1 minute read
12.2 Laju Segerak, Laju Pemutar & Gelincir
from TEKNOLOGI ELEKTRIK
by PolisasLib3
12.2 LAJU SEGERAK, LAJU PEMUTAR DAN GELINCIR
12.2.1 LAJU SEGERAK
Advertisement
Fluks berputar pada motor aruhan dua kutub yang dibekalkan dengan bekalan AC 50 Hz akan melengkapkan 50 pusingan sesaat atau 3000 pusingan per minit (r.p.m.). Laju putaran ini dikenali sebagai laju segerak. Laju ini boleh dikurangkan dengan menambah bilangan kutub pada pemegun. Laju segerak untuk motor empat kutub ialah 1800 p.p.m. sementara untuk enam kutub pula ialah 1200 r.p.m. Secara umumnya, laju segerak boleh ditentukan melalui Persamaan 12.1.
Laju segerak, ns = 120f/p (p.p.m) Dengan f = frekuensi bekalan (Hz) p = bilangan kutub (12.1)
Contoh: Tentukan laju segerak motor aruhan enam kutub yang dikendalikan dari bekalan 220 V, 50 Hz.
Penyelesaian: Laju segerak, ns = 120f/p = (120)(50)/6 = 1000 r.p.m.
12.2.2 LAJU PEMUTAR
Laju pemutar motor aruhan bergantung kepada laju segerak dan beban yang mesti dipacunya. Pemutar tidak akan berputar pada laju segerak tetapi sebaliknya cenderung untuk tergelincir kebelakang. Laju pemutar tidak boleh melebihi laju segerak kerana sebaik sahaja laju pemutar sama dengan laju segerak, tiada sebarang arus akan teraruh di dalam batang-batang pengalir pemutar. Pemutar tidak mendapat daya baharu dan ini menyebabkan lajunya akan mengurang.
12.2.3 GELINCIR
Gelincir ditakrifkan sebagai perbezaan di antara laju fluks pemegun (laju segerak) dengan laju pemutar. Nilainya selalunya dinyatakan dalam sebutan peratus. Nilai gelincir pada keadaan tanpa beban selalunya di sekitar 1% tetapi boleh mencapai sehingga 5% pada keadaan beban penuh.
Gelincir, s = (ns – nr)/nr x 100% Dengan ns = laju segerak (r.p.m.) nr = laju rotor (r.p.m.) (12.2)