Lampiran Jawatankuasa Hal ehwal Murid & Pembangunan 2015 “Discipline is the bridge between goals and accomplishment.”
#Leaps@Tgs “Time to Change
1
SMK TANJONG SEPAT 42800 TANJONG SEPAT KUALA LANGAT SELANGOR
PANDUAN PENGURUSAN KELAS
2
ISI KANDUNGAN
A. Senarai Tugas Guru Tingkatan B. Tindakan Guru Tingkatan Pada Hari Pertama Persekolahan C. Pengurusan Bilik Kelas D. Tugas Guru Tingkatan Semasa Perhimpunan Pagi E. Panduan Mengisi Jadual Kedatangan Murid (Register) F. Panduan Mengisi Buku Pendaftaran Murid (Admission Book) G. Pengurusan Murid Tukar Sekolah H. Tatacara Menangani Masalah Ponteng Sekolah I. Cara Mengisi Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan J. Format Buku Kawalan Kelas
3
A. Senarai Tugas Guru Tingkatan 1.
Pengurusan dan organisasi kelas 1.1 Memastikan aspek fizikal kelas sentiasa kondusif untuk P&P – bersih, kemas, tersusun dan ceria. 1.2 Sentiasa memberi nasihat, bimbingan dan motivasi kepada pelajar agar berusaha ke arah kecemerlangan dalam semua bidang baik akademik mahu pun bukan akademik. 1.3 Sentiasa memantau penampilan diri murid dan mengawasi disiplin murid serta mengambil tindakan yang munasabah ( seperti teguran / amaran, memaklumkan Badan Disiplin Sekolah/Kaunselor Sekolah) demi melahirkan murid yang mematuhi peraturan, bertanggung jawab, berakhlak mulia dan mempunyai budi pekerti. 1.4 Sentiasa memupuk semangat mencintakan sekolah / Negara / alam sekeliling.
2.
Mengutip bayaran tambahan dan lain-lain bayaran. 2.1 Mengeluarkan resit bayaran kepada pelajar bagi setiap pembayaran. 2.2 Menyerahkan wang kutipan kepada Penolong Kanan dan wang kutipan derma PIBG kepada bendahari PIBG.
3.
Menandakan Jadual Kedatangan Murid semasa perhimpunan pagi dan menghantar Jadual Kedatangan ke pejabat selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir. Pelajar tidak dibenarkan memegang buku kedatangan dan membuat catatan kedatangan kelas.
4. Menutup Jadual Kedatangan Murid pada hari akhir setiap bulan dan membuat analisa kedatangan murid. 5.
Mengambil buku Kawalan Kelas (BKK) dari Pejabat Sekolah dan menyerahkannya kepada ketua kelas semasa perhimpunan pagi.
6.
Mendaftarkan murid baru dalam Buku Pendaftaran Murid (Admission Book) yang disimpan di pejabat sekolah dan mendapat nombor pendaftaran untuk menentukan rumah sukan murid.
7.
Memastikan setiap murid mempunyai dokumen-dokumen berikut: -
Kad kemajuan pelajar (kecuali pelajar tingkatan 1) Kad 001 Kad UDTA Rekod kesihatan murid Buku Penilaian Kokurikulum Buku Nilam Buku Peraturan Sekolah Fail Peribadi Pelajar (Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak / Bil Elektrik atau Air / Keputusan UPSR / PMR / SPM)
4
B ) Tindakan Guru Tiingkatan Pada Hari Pertama Persekolahan
1.
Membawa kain buruk dan mendapatkan peralatan dari pejabat untuk membersihkan kelas. - labelkan semua penyapu, penyodok, bakul sampah dan pemadam papan hitam. - pastikan kerusi, meja guru dan tingkap dilap. - pastikan kerusi – meja murid disusun dan langsir kelas dipasang.
2.
Memperkenalkan diri kepada pelajar dan memberitahu murid tentang kelakuan yang dikehendaki: - menjaga kekemasan diri - mematuhi semua peraturan sekolah dan arahan guru. - Menghormati Pentadbir Sekolah, Guru dan murid-murid lain. - Menjaga nama baik sekolah dan berasa bangga menjadi warga SMKTS. - Menjaga harta benda sekolah dan semua kemudahan yang disediakan.
3.
Mengadakan mesyuarat agung kelas serta membentuk organisasi kelas: a) Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan (bertanggung jawab atas BKK, memastikan setiap AJK Kelas menjalankan tugas, menjemput guru yang lupa masuk ke kelas. b) Setiausaha kelas – (mencatat minit mensyuarat agung kelas) c) Bendahari kelas – (menyimpan rekod tabung kelas. Duit kelas mesti disimpan oleh guru tingkatan) d) AJK Keceriaan – sentiasa mengemaskini papan kenyataan) e) AJK kebersihan – (mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang sampah). - Tentukan tabung kelas
4.
Minta ketua tingkatan menyediakan BKK mengikut format yang ditetapkan. Beritahu ketua kelas: a) menyimpan BKK setiap waktu dan menyerahkan kepada guru mata pelajaran setiap waktu untuk membuat catatan. b) Menghantar BKK ke pejabat pada waktu terakhir.
5.
Mendapatkan maklumat peribadi murid: Setiap murid mesti membawa: a) 4 keping gambar terkini. b) satu salinan kad pengenalan, surat beranak, bil letrik/air. c) satu salinan keputusan UPSR/PMR/SPM (Simpan semua dokumen ini dalam fail peribadi pelajar masing-masing untuk rujukan guru nanti)
6.
Minta setiap murid menandatangani ‘Surat Akujanji Pelajar’.
5
7.
Mengutip bayaran tambahan dan lain-lain bayaran.
8.
Mendapatkan dokumen-dokumen di Fasal 6 serta markah kerja kursus untuk dihantar ke sekolah baru jika terdapat pelajar berpindah sekolah.
9.
Mengagihkan buku SPBT kepada murid yang layak dan memastikan bukubuku tersebut dibalut dan ditulis nama murid. 9.1 Mengemaskini fail SPBT dari semasa ke semasa 9.2 Bertanggung jawab mengumpul balik buku-buku SPBT pada tarikh yang ditetapkan. 9.3 Senaraikan nama murid yang tidak memulangkan buku SPBT pada akhir tahun dan menyerahkan senarai itu kepada guru SPBT.
10.
Mengisikan markah dalam Program SAP dan Kad 001 bagi setiap peperiksaan sekolah.
11.
Menyediakan sijil berhenti sekolah dan Surat Akuan (jika perlu) bagi murid yang meninggalkan sekolah (sama ada yang tamat persekolahan atau yang bertukar sekolah).
12.
Memastikan setiap murid mempunyai rumah sukan. 12.1 Memastikan setiap murid menyertai aktiviti kokurikulum dan meyerahkan senarai nama mereka mengikut persatuan, kelab dan badan beruniform yang dipilih kepada Penyelaras Kokurikulum.
13.
MEMAKLUMKAN KEPADA MURID BAHAWA MEREKA DIBENARKAN MASUK MANA-MANA BILIK KHAS TANPA GURU.
C. PENGURUSAN BILIK KELAS 1.
Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada: -
2.
Ketua Tingkatan Penolong Ketua Tingkatan Setiausaha Bendahari AJK Kebersihan AJK Keceriaan
Memastikan organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas. - Murid dikehendaki menyapu kelas setiap hari sebelum P&P bermula.
3.
Menjaga aspek fizikal kelas: - bersih, kemas, tersusun, ceria dan kondusif untuk P&P - hiasan dalaman dan luaran kelas seimbang dan harmoni. 6
TIDAK
- Papan kenyataan dipamerkan jadual terkini, jadual tugas murid, J/K kelas, senarai nama murid kelas dan bahan-bahan bacaan. - Langsir dipasang. 4.
Menentukan perkara-perkara berikut ada di dalam kelas: - Slogan / kata-kata hikmah – di luar dan dalam kelas, menarik dan di tempat strategik. - Perpustakaan mini / sudut bacaan / ruang P&P – jenis buku / bahan bacaan bersesuaian dengan tingkatan. - Keceriaan dan sudut pameran / kreatif – projek dan bahan untuk P&P yang ditukar ganti setiap 2 bulan sekali. - Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan penyodok. - Perabot kelas (kerusi, meja, meja guru) – mencukupi dan diinventorikan. - Jadual waktu - Jadual bertugas kelas - Kehadiran pelajar di sudut kanan papan putih
5.
Menentukan kawat elektrik, kipas angin dan lampu dala keadaan baik dan selamat digunakan. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang berkenaan. Setiap cermin tingkap yang dipecahkan harus dibayar ganti rugi sebanyak RM5/-
6.
Ingatkan murid memadam lampu kelas bila cukup terang dan tutup semula lampu dan kipas bila meninggalkan kelas.
7.
Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara pelajar. Tabung ini adalah bagi tujuan keceriaan kelas dan kebajikan pelajar.
8.
Sentiasa menasihati murid mematuhi peraturan sekolah, menghormati guru, menyayangi sekolah, menjaga keselamatan diri, berkelakuan baik dan sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan.
9.
Sentiasa prihatin terhadap semua masalah murid, mengenal personaliti latar belakang murid dan mengmbil tindakan yang sewajarnya.
10.
Melaporkan kerosakan di dalam kelas seperti lampu, cermin tingkap, papan putih dan lain-lain.
7
D) Tugas Guru Tingkatan Semasa Perhimpunan Pagi 1. Mengambil BKK dan Jadual kedatangan Murid semasa ‘check-in’. 2. Berada di tapak perhimpunan tepat pada pukul 7.25 pagi dan menguruskan kelas masing-masing dengan bantuan pengawas sekolah: a) Pastikan murid beratur mengikut ketinggiannya – yang rendah di hadapan dan yang tinggi di belakang. b) Catat kehadiran murid : - yang ada dalam barisan kelas semasa perhimpunan pagi tandakan / . - murid yang tiada dalam barisan kelas semasa perhimpunan pagi tandakan (0) dan (L) bila murid menyerahkan slip lewat. c) Pastikan murid berpakaian lengkap (ada tag nama, lencana sekolah, kasut kanvas) dan kemas (rambut pendek dan tidak diwarnakan, rambut panjang bagi pelajar perempuan mesti diikat. d) Menegur murid yang tidak mematuhi peraturan dan minta pengawas mencatat nama murid berkenaan untuk tindakan selanjutnya. e) Apabila perhimpunan tamat, membantu pengawas menahan murid dan tidak membenarkan mereka bergerak sehingga giliran mereka . Murid dibawa ke kelas oleh guru waktu pertama. Murid-murid yang ada dalam kelas di Bilik Khas (Bengkel KHB / Makmal Sains) pada waktu pertama dikehendaki tunggu di tapak perhimpunan sehingga kelas lain telah bergerak sebelum mereka terus ke Bilik Khas berkenaan.
E. Panduan Mengisi Jadual Kedatangan Murid (Register) 1. Isi nama murid (ikut kad pengenalan) dengan huruf besar dan susun ikut abjad. Guna pen hitam sahaja. 2. Catat bilangan kemasukan murid sekolah. Daftar murid baru dalam Buku Pendaftaran Murid di pejabat dan mendapatkan nombornya. 3. Isi maklumat peribadi murid dengan lengkap dan betul. Tulis alamat dan nombor telefon dengan pensil.
8
4. Ambil kehadiran murid semasa perhimpunana pagi. Tandakan / - pelajar yang hadir 0 - pelajar tidak hadir Dalam 0, tulis: L – pelajar lewat (dengan slip sahaja) dikira hadir. S – ada sijil sakit atau surat daripada ibubapa / penjaga. P – ponteng (tiada surat) 5. Semua sijil sakit dan surat daripada ibubapa / penjaga (dan lain-lain dokumen misalnya salinan kad pengenalan, surat beranak, bil air / elektrik, slip lewat) hendaklah disimpan di dalam Fail Peribadi Pelajar masing-masing. 6. Murid yang masuk sekolah selepas waktu ke-3 dan yang balik dengan kebenaran sebelum waktu ke-3 dianggap tidak hadir. 7. Murid yang keluar kawasan sekolah untuk mewakili sekolah dalam pertandingan rasmi dianggap hadir pada hari itu. 8. Murid yang meninggalkan kelas atas sebab-sebab tertentu, catat sebabnya di sebelah namanya.Untuk bulan yang berikut kosongkan baris namanya. Contoh: AMIRUL BIN AHMAD – BERPINDAH KE SMK SEKSYEN 9 SYAWAL BIN SALEH – DIBUANG SEKOLAH 9. Isi bahagian Bayaran Khas Contoh: Nama murid
Yuran sekolah
Majalah sekolah
RM 42.50
RM 12.00
ALI BIN MOHD.
144121
144121
ALIAH BINTI AMIR
144130
145288
PERINGATAN: Jangan masuk yuran PIBG dalam jadual kedatangan murid. 10. Tutup jadual kedatangan pada hari persekolahan akhir setiap bulan. Lengkapkan penyata bulanan dan analisa kedatangan di bahagian depan jadual. 11. Untuk murid Orang Asli / warga asing, catat dalam ruang lain-lain dan tulis dengan pensil jenis keturunannya. 12. Pelajar tidak dibenarkan mengambil atau mengisi Jadual Kedatangan Murid. Semua Jadual Kedatangan Murid mesti dipulangkan ke pejabat selewat-lewatnya sebelum waktu ke-3.
9
F. Pengurusan Mengisi Buku Pendaftaran Murid (Admission Book) 1. Buku Pendaftaran Murid tidak boleh dibawa keluar dari pejabat dan tidak boleh diisi oleh pelajar. 2. Semua butir dalam Buku Pendaftaran Murid mesti diisi sebaik sahaja murid membayar yuran sekolah. Semua maklumat mesti betul dan lengkap. 3. Dalam ruang ‘sebab meninggalkan sekolah’, catat: - ‘Dibuang sekolah’ sekiranya murid dibuang sekolah - ‘Berpindah sekolah’ sekiranya murid bertukar ke sekolah lain. - ‘Tamat tingkatan 5’ sekiranya murid tingkatan 5 tamat persekolahan. 4. Isi dengan pen biru atau hitam sahaja.
G . Pengurusan Murid Bertukar Kelas / Sekolah 1. Murid hanya dibenarkan tukar kelas sekiranya surat permohonan tukar kelas daripada ibubapa diluluskan Pengetua. 2. Murid yang bertukar sekolah (masuk atau keluar) mesti ada surat kelulusan daripada PPD atau JPS. 3. Kemasukan Murid Baru a) Terima murid baru dari penyelaras Tingkatan / PK HEM b) Pastikan murid membawa dokumen-dokumen yang dikehendaki: - surat kelulusan pertukaran dari PPD / JPS - Salinan kad pengenalan, surat beranak, bil elektrik / air terkini. - Dokumen lain seperti dalam lampiran c) Kutip semua bayaran tambahan. Sekiranya yuran telah dibayar di sekolah lama, minta salinan resit pembayaran itu. d) Daftarkan murid dalam Buku Pendaftaran Murid di pejabat dan dapatkan nombor pendaftarannya. e) Menentukan rumah sukannya. f) Daftarkan murid dalam Jadual Kedatangan Murid. g) Menyemak sama ada murid itu: - penerima buku SPBT - penerima biasiswa / bantuan Lapor kepada guru berkenaan untuk tindakan selanjutnya. h) Untuk kelas peperiksaan (Tingkatan 3 dan 5), lapor kepada setiausaha peperiksaan berkenaan dengan segera.
10
4. Murid Keluar a) Murid yang ingin bertukar sekolah mesti memaklumkan kepada guru tingkatannya. Ibu bapa dikehendaki datang ke pejabat untuk membuat permohonan pertukaran sekolah. b) Guru tingkatan dikehendaki menyediakan dokumen seperti lampiran dan menyerahkannya ke pejabat untuk dihantar ke sekolah baru. c) Untuk kelas-kelas peperiksaan (Tingkatan 3 dan 5), laporkan pertukaran tersebut kepada setiausaha peperiksaan untuk tindakan selanjutnya. d) Pastikan semua buku SPBT telah dipulangkan dan semua hutang telah dijelaskan sebelum Sijil Berhenti Sekolah dikeluarkan. e) Catat dalam Buku Pendaftaran Murid di pejabat dan Jadual Kedatangan Murid berhenti (ikut surat kelulusan PPD) dan sebab berhenti sekolah.
H. Tatacara Menangani Masalah Ponteng Sekolah Bagi kes murid tidak hadir tanpa surat (P), prosuder adalah seperti berikut: SURAT
BILANGAN HARI TIDAK HADIR BERTURUTTURUT Amaran Pertama Pada hari ke-3 Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Terakhir Jumlah hari tidak 31 hari hadir
BILANGAN HARI TIDAK HADIR BERSELANG-SELI Pada hari ke-10 10 hari selepas Amaran Pertama 20 hari selepas Amaran Kedua 20 hari selepas Amaran Terakhir 60 hari
1. Guru Tingkatan dapatkan Buku Surat Amaran daripada PK HEM. 2. Lengkapkan Surat Amaran Pertama, Amaran Kedua dan dalam 3 salinan.
Amaran Terakhir
3. Serahkan surat tersebut kepada PK HEM untuk pengesahan.
4. Surat asal akan diposkan oleh pejabat selepas direkodkan. Surat Amaran Kedua dan Amaran Terakhir akan diposkan sebagai surat berdaftar. 5. Simpan satu salinan surat amaran dalam Fail Peribadi Murid berkenaan untuk rujukan guru.
11
6. Catat di muka surat depan Jadual Kedatangan Murid tarikh Surat Amaran Pertama, Amaran Kedua dan Amaran Terakhir dikeluarkan. 7. Surat buang sekolah akan disediakan oleh Ketua Guru Disiplin. Hanya Pengetua yang boleh meluluskan surat tersebut.
I) Cara Mengisi Sijil Berhenti Sekolah / Surat Akuan 1. Hanya murid yang telah membayar bayaran tambahan sekolah yang layak menerima Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan. 2. Surat akuan akan dikeluarkan sekiranya diminta dan bagi murid yang tamat tingkatan 5. Murid yang telah dibuang sekolah dan yang merosakkan nama sekolah tidak layak menerima surat akuan. 3. Isikan salinan Sijil Berhenti Sekolah / Surat Akuan dengan huruf besar. Guna pen hitam. 4. Lengkapkan semua butir dengan betul dan tepat. Nama murid mesti ikut kad pengenalan, nama penuh dengan bin, binti, A/P tau A/L. 5. Untuk kelakuan murid, tulis: - cemerlang (rekod bersih) - sangat baik (ada sedikit salah laku yang tidak serius) - baik (biasa sahaja) - sederhana (perangai buruk / biadab / pernah digantung sekolah / dibuang sekolah) 6. Untuk murid yang telah dibuang sekolah, catat dalam ruang sebab berhenti: DIBUANG SEKOLAH.
J. Format Buku Kawalan Kelas (BKK) -
Ikut lampiran SMK. Tg. Sepat – Lampiran A BORANG SEMAKAN DOKUMEN PELAJAR
1.
Kad Kemajuan Pelajar
2.
Kad 001
3.
Kad UDTA
4.
Rekod kesihatan murid
5.
Buku Penilaian Kokurikulum
12
6.
Borang SPBT
7.
Disket SMM
8.
Laporan Disiplin
9.
Laporan ADAB
10. Markah Kerja Kursus PMR a)
Untuk pelajar T1 – T3 - KHB - PLBS - Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris
b)
Untuk pelajar T4 – T5 i) Markah ULBS - Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris ii) Markah PEKA - Biologi - Kimia - Fizik - Sains iii) Markah Projek Matematik Tambahan Lain-lain …………………………………… ……………………………………
Tandatangan ……………………… (PK HEM / Pengetua)
13
14