Kata Hikmah

Page 1

Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.


Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.


Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.


Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.


Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.


Jika anda hilang segalagalanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.


Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.


Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.


N – Nilam dalam genggamanku I – Impianku adalah cita-citaku L – Lembut hatiku kerana didikanmu A – Anak harapan doaku selalu M – Mati hidupku hanya keranaMu Nukilan: Pn.Rashidah (Guru Tingkatan 2012) Khas buat anak didik 5 Nilam


Menilai diri sendiri adalah lebih susah daripada menilai seribu orang lain. Sedangkan manusia yang paling bijaksana itu ialah mereka yang menghakimi dan menilai diri mereka sendiri.


Anda adalah pemimpin yang bijaksana andainya dapat melaksanakan amanah yang berat dengan jujur dan menunaikan janji.


 Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.  Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.  Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.  Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.


 Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.  Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”. Tetapi:  Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.  Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.  Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.  Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.  Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.  Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga. #Hargailah kedua-dua ibu bapa kita selagi mereka masih hidup di dunia ini. Anak yang soleh sentiasa mendoakan dan mengingatkan ibu bapanya. Sesungguhnya anugerah yang paling berharga di dunia ini adalah kedua-dua ibu bapa.


Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan daripada menjadi cahaya terang yang bersifat seketika cuma.


Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu atau seseorang itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.


Anda adalah sahabat sejati andainya sentiasa berada di samping sahabat dalam semua keadaan sama ada senang atau pun susah.


Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri tanpa dirinya dikuasai oleh nafsu sendiri.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.