Khurafat menurut islam

Page 1


MAKSUD IMAN DARI SEGI BAHASA: Percaya DARI SEGI ISTILAH: Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota. KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM • Membentuk insan muslim sejati • Supaya istiqamah dalam ibadat • Melahirkan generasi berakhlak mulia PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN MAKSUD SYIRIK: Menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya. JENIS-JENIS SYIRIK : Syirik Jali Maksud : Perlakuan syirik secara terang-terangan Contoh : • Menyembah patung dan berhala • Menyembah bulan atau matahari • Mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan Akibat : Rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat Syirik Khafi Maksud : Tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat Contoh : • Riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri), • Ujub (mengagumi diri sendiri), • Takbur (membangga diri) 1


Akibat : • Dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat • Sukar menerima pandangan orang lain Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana : • Ia membatalkan iman seseorang • Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah • Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik • Mencemarkan kesucian agama Islam Cara mengelak perbuatan syirik • Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas • Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi • Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik Kesan syirik • Membatalkan iman • Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah • Dimurkai Allah KUFUR MAKSUD : Tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W JENIS-JENIS KUFUR : Kufur Hakikat : Maksud :

2


Ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah Contoh : • • • •

Tidak mengakui balasan diakhirat Menolak hukum yang terdapat dalam al-quran Menyatakan solat fardhu merugikan masa Menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi

Kufur Nikmat : Maksud : Mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan Contoh : • Menggunakan nikmat kejalan maksiat • Enggan mengeluarkan zakat / sedekah • Boros membelanjakan harta FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESORANG ITU BOLEH MENJADI KUFUR : • Pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala • Terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan • Kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk memenuhi keperluan hidup KESAN PERBUATAN KUFUR RIDDAH MAKSUD : Berpaling atau keluar daripada agama islam SESORANG ITU BOLEH DIANGGAP MURTAD MELALUI 3 CARA • Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama islam 3


• Perkataan, apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama islam • Perbuatan, menganut agama selain daripada agama islam SEBAB / FAKTOR YANG MENYEBABKAN RIDDAH • Lemah pegangan agama • Jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam • Terpengaruh dengan tawaran kebendaan AKIBAT BURUK SETELAH MURTAD • • • •

Hubungan suami isteri terfasakh Haram menerima harta pusaka daripada waris beragama islam Haram dikebumikan diperkuburan Islam Menjadi penghuni neraka selama-selamanya

CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG MURTAD • Memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam • Memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf • Pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukum TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN KEPADA ORANG MURTAD • Menasihati dan memintanya bertaubat ( sebanyak 3 kali ) supaya kembali kepada Islam • Sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh HIKMAH ISLAM MENGANJURKAN HUKUMAN BUNUH TERHADAP ORANG MURTAD • Memberi amaran bahawa agama islam tidak boleh dipermain-mainkan • Mmengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama islam • Mmenghindarkan masyarakat islam daripada berpecah belah dan huruhara LANGKAH MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MURTAD • Berpegang teguh dengan ajaran islam • Menghindari daripada sebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang boleh membawa kepada riddah 4


• Mendalami ilmu-ilmu agama LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH MURTAD • Memberi pendidikan agama dengan sebaiknya kepada setiap orang Islam • Memberi kefahaman kepada orang Islam tentang akibat buruk perbuatan murtad • Mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang murtad KESAN PERBUATAN MURTAD • KHURAFAT • MAKSUD Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat. CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN • Mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang • Mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial • Membuang ancak bagi menghalau hantu • Mengunjungi kubur yang dianggap keramat FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM • Iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat • Terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat • Ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM • Menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat 5


• Mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat • Mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT • Menyebabkan syirik dan batal iman • Membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia • Menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik SIHIR MAKSUD Ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia. CONTOH • Menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna. • Mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan. • Pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus. PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR • Perasaan dendam seseorang terhadap orang lain • Iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang • Ada perasaan benci terhadap seseorang CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR • Mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir. • Menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat. • Tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut. 6


AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR • Merosakkan akidah dan membatalkan iman • Memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah • Hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR • Supaya akidah seseorang tetap terpelihara • Supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera • Supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR • Membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat • Membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya • Banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah NIFAK MAKSUD Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK • • • •

Berdusta apabila bercakap Khianat apabila diberi amanah Bersikap melampaui batas apabila bertengkar Selalu mungkir janji

CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT MUNAFIK • • • •

Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Bercakap benar apabila berbicara Bersifat jujur dan amanah Menunaikan janji

AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAK • Menghilangkan sikap percaya-mempercayai • Melemahkan perpaduan masyarakat • Menghancurkan kekuatan umat islam 7


PENGARUH DAN KESANNYA KEPADA AQIDAH UMAT ISLAM Sebelum kedatangan Islam, penduduk di Nusantara mempunyai pegangan dan keyakinan tentang adanya kuasa ghaib yang mereka tidak nampak tapi dapat mereka rasai kesannya. Kepercayaan adanya tenaga yang tak berperibadi dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda-benda dan kata-kata. Tenaga yang tak berperibadi 'MANA' Prestasi yang luar biasa yang dipunyai pemiliknya, Kulit Limau Besar, Daun Silat, Inggu, Besi Berani, Keris dll. Kepercayaan adanya jiwa dan ruh yang dapat mempengaruhi alam manusia. • • • • •

Ruh atau anasir halus yang mempunyai kekuatan dan kehendak. Kesenangan ruh perlu dijaga dan dipelihara. Ruh orang mati, gunung, sungai, batu dll. Kepercayaan kepada dewa-dewa. Dewa lebih berkuasa, lebih tinggi dan mulia.

Penyembahan dewa lebih umum Mempunyai pekerjaan-pekerjaan tertentu DEFINISI KHURAFAT Kamus Bahasa Arab: (al-Mujam al-Wasit) Cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta (al-Marbawi) Cerita karut (karut marut). KHURAFAT Kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatanperbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku. Kesimpulannya, semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat adalah bidah akidah Apa saja kepercayaan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. 8


CIRI-CIRI KHURAFAT • Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam). • Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut. • Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam. • Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya. • Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah. • Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus. BENTUK-BENTUK KHURAFAT Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu, telaga, batu, bukit, tongkat dan sebagainya. KERAMAT • • • • • •

Perkara yang luar biasa. Anugerah Allah kepada hambanya yang salih. Terjadi daripada orang salih. Bukan dari benda-benda seperti tembikar, kubur, pokok dll. Bukan dari orang fasik. Kepercayaan kepada sial majal seperti adat mandi safar, adat mandi membuang sial dan sebagainya. • Kepercayaan kepada kekuasaan jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar adat pantai dan sebagainya.

TIDAK ADA SANGKAAN SIAL DALAM ISLAM Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Tidak ada burung, tidak ada penyakit menular dan tidak ada sial. Anggapan sial itu adalah syirik. (ini diucapkan oleh Nabi sebanyak 3 kali). JIN Makhluk alam ghaib yang berakal, berkehendak, sedar dan ada kewajipan. Ia berjasad halus dan hidup bersama-sama manusia di dunia ini. Jin dicipta lebih

9


dahulu daripada manusia. Ia dicipta daripada api. Firman Allah dlm Al-Hijr 15: 26-27 yang bermaksud: Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia daripada tanah liat yang kering (yang berasal) dari Lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami menciptakan jin, sebelum itu, dari. api yang sangat panas. Firman Allah:

‫اقهر مهدازف نجلا نم لاجرب نوذوعي سنإلا نم لاجر ناك هنأو‬ Maksudnya: Dan sesungguhnya ada beberapa orang di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang di antara jin, maka jin-jin itu menambah dosa dan kesalahan bagi mereka. (Al-Jin 72: 6). Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja semangat padi yang dilakukan oleh petani-petani seperti bersemah (memuja semangat padi) dan membuang ancak di sungai dan laut dan bermain pantai. Rezeki Pemberian Allah Firman-Nya Yang Bermaksud: Kamilah Yang Memberi Rezeki (Hud : 6) Hendaklah Berusaha Banyak / Sedikit Ketentuan Allah. Kepercayaan kepada petanda-petanda, pantang larang dan mimpi. Contohnya seperti tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi, takut mendapat sial atau bala dan sebagainya. Sabda rasululullah s.a.w yang bermaksud: mimpi ada tiga jenis: mimpi yang datang dari allah, mimpi kesedihan yang datang dari syaitan dan mimpi yang datang dari kesan bisikan hati seseorang di waktu sedar, lalu dilihatnya dalam mimpi. Memuja objek-objek tertentu, pohon, roh nenek moyang, kubur-kubur yang dianggap wali dan sebagainya. Percaya kepada ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu. Sabda Rasulullah s.a.w: Janganlah Engkau jadikan kuburanku sebagai berhala yang disembah. Sangat murka Allah terhadap orang-orang yang membuat makam-makam para nabi sebagai tempat ibadat. 10


HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Qur'an, al-Hadis, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Sabda Rasulullah:

‫در وهف هنم سيل ام اذه انرمأ ىف ثدحأ نم‬ Maksudnya: Barangsiapa mengada-adakan didalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak. Percaya kepada benda-benda yang dijadikan keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

‫نم اذإ كناف تلعف ناف كرضي الو كعفني ال ام هللا نود نم عدت الو‬ ‫نيملظلا‬ Dan janganlah menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat memberi mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).

‫هل رحس وأ رحسوأ‬ Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan. Sabda Rasulullah:

‫كرش ةلوتلاو مئامتلاو ىقرلا نإ‬ Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan guna-guna itu syirik.

‫كرشأ دقف ةميمت قلع نم‬ Sesiapa yang memakai tangkal, maka ia telah melakukan kesyirikan.

11


KESAN KHURAFAT TERHADAP UMAT ISLAM • • • • • •

MEROSAKAN AKIDAH MENAMBAHKAN AMALAN BID'AH HILANG KEPERCAYAAN KEPADA QADA DAN QADAR HILANG SIKAP BERUSAHA MUDAH BERPUTUS ASA TIDAK BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH

Bahaya yang paling besar akan dihadapi umat Islam jika mempercayai khurafat dan beramal dengannya ialah terjerumus ke lembah kesyirikan. SYIRIK MENYEKUTUKAN ALLAH DENGAN SESUATU • Perkara Yang Diharamkan • Pelakunya Tidak Akan Diampunkan • Segala Amalannya Dibatalkan

‫ ماعنألا( ائيش هب اوكرشت الأ مكيلع مكبر مرح ام لتأ اولاعت لق‬: 151) Katakanlah (wahai Muhammad): Marilah aku bacakan (untuk kamu) perkara yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan Allah dengan sesuatupun.

‫كرشي نمو اشي نمل كلذ نود ام رفغيو هب كرشي نأ رفغي ال هللا نإ‬ ‫اميظع امثإ ىرتفا دقف هللاب‬ ( ‫ ءاسنلا‬: 48) Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia dan Dia mengampuni dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. Firman Allah: Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal salih, dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada tuhannya. (Al-Kahfi:10)

12


13


14


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.