BAB 1
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
BAB 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
PENGENALAN Terdapat banyak takrifan komunikasi yang dihuraikan oleh sarjana komunikasi sama ada dalam bentuk yang eksplisit mahupun implisit. Kesemua definisi yang diberi cuba menjelaskan dan memahami fenomena komunikasi. Walau bagaimanapun, ada takrifan yang diberikan berbeza di antara satu sarjana dengan sarjana yang lain. Ia banyak dipengaruhi oleh konteks serta perubahan landskap komunikasi yang berlaku pada sesuatu masa tertentu. Mengetahui pelbagai makna yang berbeza akan menjelaskan dengan lebih terperinci tentang bagaimana proses komunikasi itu berlaku.
OBJEKTIF Selepas mempelajari keseluruhan bab ini, anda seharusnya dapat: 1. memahami beberapa takrifan komunikasi; 2. mengenal pasti kepentingan komunikasi yang melibatkan semua aspek kehidupan; 3. mengenal pasti elemen-elemen asas dalam proses komunikasi; dan 4. mengenal pasti fungsi utama komunikasi.
1.1
BEBERAPA TAKRIFAN KOMUNIKASI
Berdasarkan pemahaman anda, apakah yang anda faham tentang komunikasi? Bolehkah dikatakan bahawa komunikasi dianggap sebagai suatu bentuk perhubungan melalui pertuturan?
Takrifan umum menganggap komunikasi sebagai proses interaksi dan perkongsian makna, pertukaran idea, pendapat atau perkongsian maklumat sama ada secara bertulis, simbol, bunyi-bunyian atau bertuturan baik yang disampaikan secara bersemuka mahupun menggunakan media massa.
Terdapat pelbagai pengertian komunikasi. Ada yang menganggapnya sebagai satu seni yang menyalurkan maklumat, idea-idea dan perlakuan dari seseorang kepada seorang yang lain. Tujuan komunikasi ialah menyalurkan sesuatu mesej daripada seseorang individu kepada seseorang individu lain. Perkataan komunikasi kadangkala digantikan dengan perkataan interaksi atau perhubungan.
2
OUM
UNIT 1
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
Seterusnya kita akan meninjau pengertian komunikasi yang dikemukakan untuk mengukuhkan lagi pemahaman terhadap maksudnya. Setiap pengertian itu pasti ada matlamat yang tertentu dan sesuai dimengertikan pada masa dan konteks tertentu. Walaupun komunikasi dianggap sebagai proses yang kompleks, ianya boleh di lihat dari berbagai dimensi dan berdasarkan konteks, peranan sumber dan penerima, tujuan serta maksud simbol. Jika diperhatikan takrifan yang diberikan, pengertian komunikasi boleh dilihat dari pelbagai perspektif berdasarkan tujuan komunikasi itu dijalinkan. (i)
Takrifan oleh Wood (2001) Wood mengemukakan empat aspek penting dalam definisi komunikasi sebagai proses yang sistemik yang melibatkan seseorang berinteraksi menggunakan simbol tertentu untuk membentuk dan menginterpretasi makna. Ini dapat dilihat dalam Jadual 1.1 di bawah. Jadual 1.1: Empat Aspek Penting dalam Definisi Komunikasi yang Ditakrifkan oleh Wood
(ii)
(i) Proses
Komunikasi itu berterusan dan sentiasa mengalami perubahan. Sukar ditentukan bila ia bermula dan berakhir. Dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
(i) Sistemik
Komunikasi berlaku dalam sistem yang saling berkait rapat. Ia saling mendatangkan kesan kepada satu sama lain. Sistem wujud dari sistem yang sekecil-kecilnya seperti sebuah keluarga sehinggalah sistem yang lebih besar seperti organisasi, komuniti dan bangsa serta budaya yang diamalkan.
(iii) Simbolik
Komunikasi bersifat simbolik. Ia melibatkan simbol yang berbentuk abstrak, arbitrari, dan kabur maksudnya.
(iv) Makna
Makna amat penting dalam komunikasi dan untuk menerangkan sesuatu fenomena. Makna juga dapat dilihat menerusi simbol. Makna dalam komunikasi dilihat dari dua tahap iaitu: (i) tahap kandungan makna dalam mesej, dan (ii) tahap hubungan makna - apa yang dinyatakan tentang hubungan komunikator dan mesej.
Takrifan oleh Verdeber & Verdeber (2002) Komunikasi merupakan proses membentuk dan berkongsi makna dalam perbualan tidak formal, interaksi kumpulan atau perucapan publik. Proses komunikasi itu melibatkan komunikator, konteks, mesej, saluran, elemen gangguan (bising) dan maklumbalas.
(iii) Takrifan oleh Gamble & Gamble (2002) Komunikasi didefinisikan sebagai proses pemindahan makna sama ada secara sengaja atau tidak. Gamble mengaitkan pengalaman dengan perlakuan yang diperhatikan dan tanggapan terhadap perlakuan tersebut. Jika perlakuan yang diperhatikan itu
OUM
3
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
BAB 1
diinterpretasikan sebagai mesej atau ianya memberi kesan kepada perlakuan seseorang yang lain, bermakna komunikasi telah berlaku. (iv) Takrifan oleh Hybels & Weaver ( 2001) Komunikasi merupakan proses perkongsian idea, maklumat dan perasaan yang melibatkan penuturan, penulisan, perlakuan, pergerakan badan dan stail. Pendek kata, apa sahaja reaksi yang memberi makna terhadap mesej merupakan komunikasi. (v)
Takrifan oleh Trenholm (2001) Pengertian komunikasi dintinjau dari tiga perspektif iaitu dari sudut psikologi, konteks sosial dan pragmaktik. Beliau mendefinisikan komunikasi sebagai gabungan konsep untuk melihat bagaimana manusia menggunakan simbol (berbentuk perkataan) untuk membentuk kesamaan maksud yang akan dikongsi dengan orang lain. Dari perspektif psikologi, makna komunikasi difokuskan kepada apa yang berlaku di dalam minda pada ketika mesej ditransmisi dan diterima. Perspektif konteks sosial pula melihat komunikasi sebagi proses di mana manusia menggunakan perantara yang wujud dalam sesebuah budaya, yang membentuk gambaran yang kolektif tentang realiti. Perspektif ini memfokus kepada hubungan antara komunikasi dan juga budaya yang dikongsi. Berbeza dengan kedua-dua perspektif sebelumnya, perspektif pragmatik melihat komunikasi sebagai sistem yang saling berkaitan dan melibatkan tindakan yang akhirnya membentuk corak tertentu. Menurut perspektif ini, manusia mempunyai stail komunikasi masing-masing.
Dari pengertian yang dikemukakan, nyatalah apabila berkomunikasi atau berhubungan antara satu sama lain, apa yang ingin diwujudkan ialah satu “kesamaan” dengan orang lain. Dengan kata lain, apabila berkomunikasi, kita akan cuba berkongsi pemikiran, kepercayaan, nilai-nilai sosial dengan orang lain dengan tujuan mencari “kesamaan”. Mencapai satu “kesamaan” dalam interaksi amat penting kerana tanpa kesamaan, maka akan berlakunya salah faham “communication breakdown” dalam hubungan yang cuba dibentuk. Selain kesamaan, mentransmisikan apa yang kita rasa itu juga merupakan satu elemen penting dalam komunikasi. Ringkasnya, definisi konvensional komunikasi adalah berkongsi dan mentransmisikan idea bukan sahaja di kalangan individu tetapi juga kumpulan atau masyarakat. Perkongsian ini merujuk pertukaran antara peribadi, silang budaya dan amalan, manakala transmisi merujuk kepada perantara berupa teknologi yang digunakan untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat.
Rajah 1.1: Komunikasi yang bertujuan mencari “kesamaan” dalam hubungan antara insan
4
OUM
UNIT 1
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
Apabila mengkaji komunikasi, kita mengkaji hubungan kemanusiaan yang berlaku dalam kumpulan, organisasi atau masyarakat, bagaimana ia saling mempengaruhi, memberitahu dan diberitahu, dihiburkan atau memberi hiburan. Untuk memahami komunikasi antara insan, pertama perlu difahami bagaimana manusia berhubung sesama sendiri. Apabila sesuatu perhubungan itu berjalan dengan lancar, hasilnya ialah kepuasan individu yang merupakan pengalaman yang menyeronokkan. Jika sebaliknya berlaku, akan terhasillah salah faham dan konflik dalam hubungan. Setiap definisi komunikasi yang diberikan ada kelebihan dan kegunaannya. Dengan kata lain, asas komunikasi ialah hubungan (relationship) yang wujud. Hubungan yang dimaksudkan dapat dilihat terjalin antara manusia dengan haiwan, manusia dan dirinya sendiri, manusia dengan mesin, manusia dengan komunitinya, manusia dengan kumpulan tertentu dan antara insan dengan Penciptanya.
Rajah 1.2: Takrifan komunikasi
Latihan 1.1 Berikan contoh-contoh senario di mana komunikasi: (a) membentuk kesamaan antara seorang dengan yang lain. (b) menyebarkan maklumat (c) mentransmisi idea dan (d) berkongsi maklumat.
Konsep “Seni untuk Masyarakat� seringkali dipegang oleh pengkaryapengkarya seni seperti penyair, pelukis, pemuzik dan sebagainya. Tahukah anda bahawa media yang digunakan oleh golongan ini juga merupakan suatu bentuk komunikasi yang dapat menghubungkan pengkarya dengan masyarakat. Apa pandangan anda tentang perkara ini?
OUM
5
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
BAB 1
Hubungan sosial yang terjalin tidak semestinya secara bersemuka, tidak semestinya melibatkan perlakuan secara fizikal, malah boleh menghasilkan implikasi psikologi. Dari situ juga, lahirnya perkongsian idea serta maklumat yang mampu melahirkan emosi dan perasaan. Setiap makna yang wujud dalam komunikasi ini akan melalui proses komunikasi yang tersendiri. Proses ini membenarkan kita membentuk imej-imej dalam fikiran yang boleh membantu dan membentuk keadaan sekeliling dan memandu tingkah laku kita. Sebagai kesimpulannya, takrifan komunikasi dapat kita bahagikan kepada tiga kategori berikut: 1.
Penyampaian dan penyebaran maklumat dengan membezakan antara pengaliran idea, ilmu, pemikiran dan mesej.
2.
Penghasilan idea yang mempunyai tujuan-tujuan tertentu.
3.
Perkongsian makna antara sumber dan penerima untuk membentuk hubungan.
What is communication? 1. Communication is a process of acting on information. 2. Communication is a process whereby people assign meanings to stimuli in order to make sense of the world. 3. Comunication is a transmission of ideas, emotions, skills by the use of graphics, symbols and words. 4. Communication is sharing of information. 5. Communication is a process whereby one person tells another something through the written or spoken word.
Berdasarkan pengertian di atas, yang manakah memberikan maksud komunikasi yang paling tepat pada pendapat anda? Apakah kesimpulan yang dapat anda rumuskan dari definisi-definisi di atas?
Tidaklah mencukupi sekiranya seseorang itu mempunyai otak yang baik, apa yang lebih penting ialah tahu menggunakannya – Descartes, 1639.
6
OUM
UNIT 1
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
1.2
KEPENTINGAN KOMUNIKASI
Pernahkah anda terfikir apakah kepentingan komunikasi dalam kehidupan harian anda? Apakah yang anda jangkakan sekiranya komunikasi tidak wujud dalam kehidupan seharian anda?
Komunikasi berlaku setiap masa dan kadangkala terjadi tanpa disedari. Seseorang itu melibatkan diri dalam komunikasi sama ada secara lisan atau bukan lisan. Ini dilihat dari pelbagai aktiviti seperti berbual, mendengar, berfikir, menonton filem, menonton televisyen, mendengar radio, berdiskusi dalam kumpulan, atau bertafakur. Seseorang yang mendiamkan diri juga mungkin berkomunikasi dalam dirinya sambil memikirkan sesuatu. Kemampuan berkomunikasi dengan baik dan dengan berkesan sering kali dikaitkan dengan kejayaan seseorang mengadaptasi diri dalam pelbagai situasi sama ada dalam hubungan peribadi, kumpulan etnik, budaya yang berbeza, kehidupan profesional mahupun kehidupan sivik. Kegagalan seseorang berkomunikasi dengan baik menyukarkan hubungan yang ingin dibentuk. Kepentingan komunikasi dilihat dari beberapa aspek kehidupan yang melibatkan: •
Kehidupan peribadi
•
Peningkatan berkerjaya
•
Etika dalam berkomunikasi
•
Adaptasi dalam masyarakat pelbagai budaya
•
Kesan perubahan teknologi dan hubungan
1.2.1
Komunikasi dalam Kehidupan Peribadi
Seseorang individu melihat dirinya dari pandangan atau mesej yang digambarkan oleh orang lain, umpamanya interaksi antara sahabat atau kenalan, pasangan romantis, pelajar dengan pensyarah, juga antara ibu dengan anak. Oleh itu, mengenali diri amat penting dalam komunikasi. Dalam hubungan peribadi, komunikasi merupakan asas interaksi dua insan atau dalam hubungan kekeluargaan.
1.2.2
Peningkatan Bekerjaya
Kemampuan berkomunikasi mempengaruhi kejayaan seseorang dalam berkerjaya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa memiliki kepakaran dalam bidang tertentu amat penting tetapi kemampuan berkomunikasi dengan baik dan berkesan merupakan kelebihan yang dicari-cari oleh setiap majikan. Ini kerana seseorang komunikator yang baik mampu bertutur, mendengar, berfikir, mengadaptasi diri dalam kumpulan atau dalam budaya yang berbeza dan juga membantu dalam membuahkan idea dengan jelas.
OUM
7
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
BAB 1
Rajah 1.3: Kepentingan komunikasi dalam peningkatan kerjaya
1.2.3
Etika dalam Berkomunikasi
Kita perlu menjaga etika dalam komunikasi kerana ia melibatkan prinsip moral berhubung apa yang betul atau tidak wajar dilakukan ketika berkomunikasi secara lisan atau bukan lisan. Isu etika kadangkala membawa kepada pincangnya hubungan kekeluargaan, terjejasnya interaksi pekerja dengan majikan, hilang kepercayaan rakyat terhadap pemimpin, kucar-kacir kehidupan sesebuah masyarakat atau menjarakkan persahabatan dan memutuskan hubungan kekasih. Pendek kata isu etika dalam komunikasi berkaitan dengan tanggungjawab dan sikap menghormati seseorang dalam proses berkomunikasi.
Rajah 1.4: Beretika dalam komunikasi
1.2.4
Adaptasi dalam Masyarakat Pelbagai Budaya
Kehidupan dalam masyarakat pelbagai kaum, etnik atau komuniti memerlukan seseorang itu menyesuaikan diri supaya dapat hidup dalam keadaan aman damai. Pengetahuan, sensitiviti dan sikap yang positif terhadap latar belakang budaya, bahasa, amalan hidup serta menghormati kepercayaan orang lain membantu dalam berkomunikasi dengan pihak lain.
8
OUM
UNIT 1
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
Rajah 1.5: Komunikasi berlaku di dalam masyarakat dan budaya pelbagai bangsa
1.2.5
Kesan Perubahan Teknologi dan Hubungan
Kemajuan teknologi merubah kaedah komunikasi antara insan. Kemampuan teknologi memudahkan penyampaian dan perkongsian serta penerimaan mesej dengan pantas bagi mereka yang mempunyai akses. Komunikasi yang dibentuk secara “virtual� memberi implikasi terhadap hubungan antara individu dan juga komuniti. Perubahan teknologi membolehkan orang berkomunikasi tanpa sempadan dan batasan. Rujuk Rajah 1.6. Voicemail Web Site
Calendar
5
Lead Alerts
Rajah 1.6: Perubahan teknologi dalam komunikasi
Apakah pandangan anda berhubung implikasi teknologi terhadap komunikasi bersemuka (face-to face communication)?
Saya mahu menulis perisian komputer. Saya tahu perisian komputer akan menjadi industri besar. Saya tidak tahu sama ada saya akan berjaya atau tidak, tetapi saya punya wawasan bahawa komputer akan menjadi alat yang bernilai di atas setiap meja dan, akhirnya di setiap rumah – Bill Gates, 1993.
OUM
9
1.3
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
BAB 1
UNSUR-UNSUR DALAM PROSES KOMUNIKASI
Apakah yang anda faham tentang unsur-unsur komunikasi? Misalnya, adakah unsur-unsur komunikasi memberi kesan kepada sosio budaya sesebuah masyarakat?
Komunikasi merupakan satu proses yang dinamik. Proses yang dinamik dalam komunikasi tiada awal dan tiada penghujungnya. Proses penyaluran mesej adalah satu proses yang berterusan. Lantaran itu juga, komunikasi mempunyai ciri yang dinamik, yang sentiasa mengalir dan berterusan. Proses komunikasi menggambarkan bagaimana insan saling berhubungan antara satu sama lain. Setelah kita mendapat gambaran tentang makna komunikasi, satu lagi isu penting yang harus difahami ialah elemen-elemen yang terkandung dalam setiap proses komunikasi. Persoalan yang timbul ialah sama ada wujud hubungan antara elemenelemen tersebut. Kara Berlo, jika sesuatu komunikasi itu berlaku antara seorang individu dengan seorang yang lain, maka punca (sumber) dan penerima mestilah mempunyai sistem kod yang sama. Jika hal ini tidak berlaku, maka mereka tidak akan dapat berkomunikasi dengan baik. Oleh yang demikian, untuk kita memahami dengan lebih lanjut lagi sebaik-baiknya kita lihat beberapa unsur atau elemen yang terdapat di dalam komunikasi. Ini akan membantu kita mengenal pasti apakah kekurangan atau kelebihan yang dilihat dari proses komunikasi yang berlaku. Rajah 1.7 memperlihatkan hubungan di antara elemen asas dalam proses komunikasi tersebut. Di antara unsur yang dimaksudkan ialah : •
Sumber (Source)
•
Penerima (Receiver)
•
Mesej (Message)
•
Saluran (Channel)
•
Gangguan (Noise)
•
Maklumbalas (Feedback)
•
Rangkarujuk (Frame of reference)
•
Konteks (Context)
10
OUM
UNIT 1
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
Rajah 1.7: Elemen-elemen asas dalam proses komunikasi
1.3.1
Sumber
Sumber merupakan punca sesuatu utusan. Semua orang mampu menjadi sumber tidak kira sama ada dia seorang individu, satu kumpulan, persatuan atau sebuah organisasi. Di dalam proses komunikasi sumber ialah sesiapa yang mempunyai pendapat, fikiran, perasaan, atau utusan yang ingin disampaikan kepada orang lain. Jika seseorang sumber itu berkata sesuatu atau menerangkan sesuatu perkara kepada orang lain, proses itu dinamakan mengengkod mesej atau dengan kata lain prosesproses membentuk mesej. Contohnya seorang guru sedang mengajar muridnya tentang Matematik. Penjelasan yang diberikan oleh guru tersebut adalah menghantar mesej agar difahami oleh para pelajarnya. Proses komunikasi yang mendatangkan kesan yang baik memerlukan seseorang sumber yang harus mempunyai empat ciri utama penyampai (komunikator) yang berkesan seperti: 1.
Kemahiran komunikasi
2.
Sikap
3.
Tahap pengetahuan
4.
Kedudukan dalam sesuatu sistem sosiobudaya
OUM
11
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
BAB 1
Rajah 1.8: Empat ciri utama penyampai (komunikator)
Selain daripada empat ciri yang dinyatakan, apakah ciri-ciri lain untuk menjadi komunikator yang berkesan?
•
Kemahiran Berkomunikasi Pernahkah anda mengalami situasi aktiviti berkumpulan, iaitu ‘Telefon Karat’ atau melalui aktiviti pesanan. Peserta pertama akan membaca mesej yang diberi, kemudian meyampaikannya kepada peserta kedua hingga terakhir. Hasilnya hanya 20% sahaja mesej sama dengan mesej yang asal. Apakah yang anda fahami melalui aktiviti tersebut dan apakah moral yang terkandung di dalamnya? Kemahiran bertutur dan menulis merupakan aspek yang amat penting bagi sumber. Adalah sangat sukar untuk seseorang berkomunikasi dengan seseorang yang pekak dan bisu kecuali diketahui bahasa istimewa yang digunakannya atau menggunakan alat tertentu. Komunikasi dengan insan kurang upaya pasti memerlukan pendekatan yang berbeza dalam menyampaikan sesuatu mesej. Sumber mestilah mempunyai daya pemikiran atau keupayaan untuk menimbang dan menilai sesuatu dengan akalnya. Ini sangat penting dalam proses mengenkod (menghantar mesej). Jika sumber tidak mempunyai pemikiran yang waras, maka orang tersebut akan menghadapi banyak gangguan dalam proses komunikasi hinggakan komunikasi yang dilakukannya tidak membawa erti dan tidak akan membawa kesan yang dikehendaki.
12
OUM
•
UNIT 1
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
Sikap Satu lagi ciri yang penting bagi punca atau sumber ialah sikap. Sikap yang kita maksudkan di sini ialah sikap terhadap mesej, terhadap dirinya dan faedah yang akan didapati oleh orang lain. Jika sikap negatif yang kita dapati daripada mana-mana pihak maka susah bagi komunikasi itu untuk berjalan secara lancar dan licin serta mendatangkan kesan. Kaitan antara sikap dan mesej juga amat penting. Jika terdapat pertentangan antara sikap dan mesej atau keduanya tidak selari, besar kemungkinan komunikasi tidak mendatangkan kesan. Contohnya, jika seorang yang mempunyai latar belakang pencapaian akademik yang lemah dan beliau cuba menyampaikan mesej tentang kepentingan ilmu pengetahuan maka kemungkinan besar mesej yang ingin disampaikan tidak berkesan. Khalayak mungkin akan mengambil sikap tidak mengendahkan kata-kata beliau atau memandang rendah kepada sumber yang menyampaikan mesej itu. Dalam situasi yang berbeza sekiranya terdapat banyak kesamaan antara sikap dan kandungan komunikasi yang dilakukan, besar kemungkinan komunikasi tadi akan mendatangkan kesan.
•
Tahap Pengetahuan Tahap pengetahuan juga amat penting dalam proses komunikasi. Jika punca tadi mempunyai pengetahuan yang banyak mengenai sesuatu perkara, ia akan menjadi terlalu khusus. Akan berlakulah kesilapan dalam komunikasi kerana menyampaikan sesuatu yang terlalu teknikal untuk penerima yang tidak dapat memahaminya. Contoh: Ramai orang mengalami masalah kesihatan semasa berlakunya jerebu. Individu yang mempunyai pengetahuan yang lebih akan menceritakan dengan terperinci sehingga proses-proses saintifik di mana orang biasa yang mendengarnya tidak dapat memahami atau menjadi bosan.
•
Kedudukan dalam Sistem Masyarakat atau Sosiobudaya Susun atur, norma dan sistem budaya yang tersendiri memang telah wujud dalam sesuatu masyarakat dan ahli di dalam masyarakat tersebut harus mematuhinya. Kita harus memahami peraturan-peraturan tersebut kerana ia akan mendasari bagaimana kita harus berkomunikasi. Jika kita tidak mengetahui peraturan-peraturan dalam sistem sesebuah masyarakat dan melanggarinya, mungkin kita akan dianggap sebagai “kurang ajar�, tidak bersopan atau biadap. Contohnya, Dalam masyarakat Melayu sekiranya semasa ibu bapa sedang berbualbual, anak remaja tuan rumah berulang-alik di hadapan kita beberapa kali tanpa memberi hormat. Di sini telah berlakunya pelanggaran adat budaya. Kita akan beranggapan bahawa remaja tersebut telah berlaku kurang ajar kerana tidak menghormati orang yang lebih tua.
Sebagai seorang pelajar apakah kepentingan sumber terhadap mesej yang disampaikan selain dari sikap, tahap pengetahuan, kemahiran dan kedudukan dalam masyarakat?
OUM
13
1.3.2
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
BAB 1
Penerima
Penerima dalam proses komunikasi ialah sasaran sesuatu utusan. Penerima boleh terdiri daripada seorang individu, kumpulan kecil, sebuah organisasi ataupun sejumlah orang yang ramai. Dalam komunikasi massa, penerima utusan dikenali sebagai khalayak. Sepertimana punca atau sumber, penerima mempunyai ciri-ciri tertentu seperti kemahiran komunikasi, sikap, tahap pengetahuan serta kedudukannya dalam suatu sistem sosiobudaya Ciri-ciri penerima mempunyai persamaan dengan ciri-ciri sumber. Jika punca mesti mempunyai kemahiran mengenkod (kemahiran bercakap dan menulis) penerima pula mesti mempunyai kemahiran mendekod (mendengar dan membaca). •
Kemahiran Komunikasi Seseorang penerima mestilah mempunyai kemahiran komunikasi iaitu daya mengimbang dan menafsirkan sesuatu mesej yang disampaikan. Semua ini mestilah dilakukan dengan pemikiran dan akal yang baik serta waras. Ianya penting bagi bagi melihat kebaikan dan kelemahan sesuatu mesej.
Rajah 1.9: Kemahiran komunikasi
•
Sikap Dalam berkomunikasi, penerima juga harus bersikap positif dalam menafsir sesuatu mesej. Jika terdapat pertentangan antara sikap dan mesej maka komunikasi yang berlaku tidak akan mendatangkan faedah. Keberkesanan sesuatu mesej yang disampaikan amat bergantung kepada sikap penerima terhadap sumber. Jika penerima menyenangi sikap sumber maka besar kemungkinan ia akan mempertimbangkan mesej yang disampaikan oleh sumber. Sebaliknya jika penerima tidak menyenangi sikap sumber maka dia akan bertindak sambil lewa atau tidak menghiraukan langsung apa yang cuba disampaikan oleh sumber.
14
OUM
UNIT 1
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
Rajah 1.10: Situasi penerima melalui sikap yang digambarkan Sumber: Majalah Ujang, Isu 175, 15 Oktober 2003
•
Tahap Pengetahuan Tahap pengetahuan juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan sumber. Jika penerima mempunyai pengetahuan mengenai apa yang diperkatakan oleh sumber maka apa yang disampaikan akan mudah difahaminya. Namun jika penerima tidak mempunyai pengetahuan tentang apa yang didengarnya maka mesej komunikasi sukar difahami.
•
Kedudukan dalam Sistem Sosiobudaya Sebagaimana sumber, penerima juga harus mengetahui norma, peraturan dan budaya yang ada di dalam sesuatu sistem masyarakat. Ini bertujuan memastikan supaya komunikasi berjalan lancar dan tidak menimbulkan salah faham antara satu sama lain.
OUM
15
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
BAB 1
Rajah 1.11: Situasi penerima melalui kedudukannya dalam sistem budaya
1.3.3
Mesej
Pernahkah anda menyaksikan cerita peperangan? Tahukah anda mesej yang disampaikan apabila bendera putih dikibarkan?
Mesej adalah maksud yang terkandung dalam perkataan-perkataan atau simbol-simbol yang digunakan oleh sumber untuk menyampaikan dan melafazkan sesuatu maksud. Ia adalah hasil daripada proses enkod yang dijalankan oleh punca berdasarkan kepada pemikirannya Di dalam mesej tersebut terkandung perutusan idea dan perasaan yang ingin disampaikan oleh punca kepada penerima. Mesej mengandungi idea serta perasaan yang ingin dikongsi antara sumber dan penerima. Namun, idea dan perasaan hanya dapat dikomunikasikan menerusi simbol tertentu sama ada secara lisan, konkrit, abstrak mahupun bukan lisan. Pendek kata, segala apa yang membawa makna boleh diistilahkan sebagai mesej. Contohnya, seorang pengurus menunjukkan wajah serius semasa mesyuarat apabila menerima laporan jualan yang menurun pada hujung tahun. Pasti mesej yang ingin disampaikan difahami oleh kakitangan pemasaran supaya memberi sokongan untuk mengatur strategi promosi komunikasi pemasaran bersepadu yang berkesan. Terdapat tiga ciri utama yang harus dipunyai oleh mesej jika ingin disampaikan kepada penerima dengan berkesan iaitu: 1.
Kod mesej
2.
Isi atau kandungan mesej
3.
Pengolahan mesej
16
OUM
•
UNIT 1
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
Kod Mesej Kod ialah satu kumpulan simbol-simbol, yang apabila disusun dengan teratur boleh memberi makna kepada seseorang. Kod digunakan setiap hari dalam aktiviti seharian terutamanya dalam komunikasi. Kod didapati dalam bahasa yang kita gunakan. Isyarat yang terdapat di tepi lebuh raya, di bangunan-bangunan dan di kebanyakan tempat awam juga merupakan suatu kod. Bahasa yang kita gunakan untuk berkomunikasi antara satu sama lain merupakan kod simbol-simbol yang paling meluas digunakan oleh manusia diseluruh dunia. Perkataan dalam bahasa merupakan simbol lisan yang melambangkan sesuatu benda atau idea. Simbol tanpa lisan pula merupakan cara berkomunikasi tanpa menggunakan perkataan. Bahasa sesungguhnya merupakan kod terpenting yang pernah dicipta dan diterima oleh manusia yang digunakan untuk kemudahan dan keselesaan dalam kehidupan dan difahami oleh semua yang melihat atau mendengarnya. Penggunaan kod bahasa ini amatlah penting dalam menghasilkan mesej yang difahami apabila didengar atau dilihat.
Rajah 1.12: Contoh kod mesej di tepi jalan raya
•
Isi atau Kandungan Mesej “Pernahkah anda mendapat ‘memo’ dari kawan anda? Contoh: Perjumpaan Kelab Ixora akan diadakan pada 19 Mac 2004, di Betty Villa jam 2.30 petang. Apakah kandungan mesej yang anda jangkakan dari memo tersebut? Untuk menjalankan komunikasi yang berkesan setiap mesej mestilah mempunyai kandungan yang jelas. Kandungan mesej yang kosong tidak akan membawa apa-apa makna. Isi yang di maksudkan di sini ialah maklumat yang diperolehi dan didapati dalam mesej yang dienkodkan oleh punca kepada penerima. Tajuk, topik, tujuan dan harapan yang terkandung di dalam sesuatu kandungan itulah yang disebut sebagai mesej.
OUM
17
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
BAB 1
Memo Kepada:
Cik Mariana
Daripada:
Cik Warisna
Tarikh:
3 Mac 2004
Tempat:
Betty Villa
Jam:
2.30 pm
Tarikh:
19 Mac 2004
Perkara:
Mesyuarat Bulanan Kelab Ixora
Tindakan:
Sediakan laporan
g Rajah 1.13: Isi kandungan mesej yang lengkap
•
Pengolahan Mesej Kandungan mesej sekiranya tidak diolah dengan baik tidak akan difahami oleh penerima. Pengolahan mesej yang baik akan mendatangkan kesan yang memberi makna kepada apa yang akan dikomunikasikan. Pengolahan merupakan keputusan yang dibuat oleh punca untuk memilih dan menyusun kedua-dua kod dan isi mesejnya. Bagaimana seseorang itu melakukan pengolahan kepada mesej bergantung kepada beberapa faktor. Antara faktor-faktor tersebut ialah gaya atau stail pengolahan mesej. Penyampai juga mempengaruhi pengolahan yang dilakukan terhadap mesej.
Rajah 1.14: Pengolahan mesej yang tidak lengkap dan sukar di fahami
18
OUM
UNIT 1
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
Berdasarkan Rajah 1.14, mengapakah pengolahan mesej tersebut dikatakan sukar untuk difahami oleh penerima?
1.3.4
Saluran
Saluran boleh kita definisikan sebagai alat atau perantara yang menyalurkan mesej dari sumber kepada seorang penerima atau beberapa orang penerima. Pemilihan saluran dalam komunikasi adalah penting kerana ia akan membantu keberkesanan komunikasi. Dalam masa yang sama, setiap saluran mempunyai kelemahan dan kekuatan tertentu. Untuk mendapatkan kesan yang maksimum, kaedah menggunakan beberapa saluran untuk menyampaikan sesuatu utusan merupakan cara yang paling efektif. Dalam apa sahaja bentuk saluran yang digunakan, pemilihannya harus mengambilkira kesesuaiannya dengan situasi dan penerimanya. Pada amnya saluran terdapat dalam bentuk-bentuk berikut: 1.
Saluran media
2.
Saluran bersemuka
3.
Saluran mesej bukan lisan
Cetak
Rajah 1.15: Saluran komunikasi
OUM
19
•
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
BAB 1
Saluran Media Media meliputi aplikasi jenis-jenis media berikut : 1.
Media Cetak seperti akhbar, majalah serta buku-buku.
2.
Media Elektronik seperti televisyen, radio dan Internet.
3.
Media Tradisional seperti teater, wayang kulit dan opera.
Pada pandangan anda adakah kaedah penyampaian mesej menerusi Internet, seperti e-mel atau chat mampu menggantikan kaedah komunikasi bersemuka?
•
Saluran Bersemuka Perbezaan yang nyata dapat dilihat dari kaedah penyaluran maklumat atau mesej yang menggunakan media massa. Saluran bersemuka melibatkan interaksi atau hubungan secara langsung antara sumber dan penerima. Sumber dan penerima berada dalam situasi yang sama. Kaedah sedemikian dikatakan lebih mesra dan berbentuk dua hala. Dalam situasi ini proses penyaluran mesej melibatkan maklumbalas di mana kesannya lebih cepat dan segera. Perantara yang selalunya terlibat dalam saluran mesej bersemuka ialah jiran tetangga, ketua komuniti dan sebagainya. Dari segi menentukan kesan, beberapa persoalan harus difikirkan ketika berkomunikasi. Beberapa ciri saluran perlu dikenal pasti untuk menentukan keberkesanan komunikasi untuk tujuan-tujuan tertentu.
•
Penggunaan Saluran yang Bersesuaian Sebelum melaksanakan penyampaian mesej, seseorang itu harus memikirkan saluran manakah yang paling sesuai yang harus kita gunakan supaya penerima boleh menerima mesej yang kita sampaikan dengan cara yang paling mudah diakses dan difahami.
•
Keupayaan Saluran yang Digunakan Kita harus juga memikirkan sama ada saluran itu berupaya membawa mesej dalam bentuk yang dienkodkan dan sama ada penerima berupaya mendekod mesej yang dikirimkan melalui saluran tersebut. Dalam membuat pemilihan saluran untuk mesej, haruslah diketahui apakah saluran ataupun saluran-saluran yang paling baik dan paling sesuai untuk menyampaikan mesej kita kepada penerima. Contohnya apabila kita memilih saluran television untuk menyampaikan mesej berbentuk pesanan yang panjang, sudah tentulah ianya satu pemilihan yang kurang bijak. Media massa mempunyai keupayaan yang berbeza. Radio hanya mampu menyalurkan kesan suara (audio) manakala televisyen pula mempunyai kesan audio dan visual. Akhbar dan majalah mempunyai keupayaan untuk dibaca. Internet yang merupakan saluran komunikasi tercanggih pula tiada batasannya dan tiada sempadan ruang dan masa tetapi perlu mudah diakses. Sudah pasti kesemuanya memberi implikasi keberkesanan yang berbeza-beza. Kepelbagaian keupayaan perantara komunikasi, sama ada ianya kaedah konvensional ataupun teknologi terkini, ada kelemahan dan kelebihannya. Oleh yang demikian, pemilihan sesuatu saluran mestilah disesuaikan dengan keupayaan penerima dan utusan. Pada
20
OUM
UNIT 1
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
masa kini, akses kepada teknologi dan aplikasinya menjadi isu yang hangat dibincangkan kerana jurang digital di kalangan mereka yang tidak mampu dan yang berada; antara yang kaya maklumat dan yang miskin maklumat.
1.3.5
Gangguan
Gangguan ialah sebarang bentuk halangan yang berlaku dalam proses komunikasi. Gangguan berlaku apabila penerima tidak dapat menerima utusan dengan jelas atau tepat sebagaimana yang disampaikan oleh sumber. Bunyi bising umpamanya menghalang mesej dari disampaikan, diterima dan difahami dengan tepat. Tardapat banyak sebab berlakunya gangguan yang menghalang proses komunikasi yang berkesan. Gangguan dalam komunikasi boleh berlaku disebabkan oleh saluran, keadaan sekeliling (luaran), keadaan mental seseorang (dalaman) atau gangguan semantik yang boleh mengganggu proses penyampaian mesej. Unsur gangguan mula diperkenalkan oleh Shannon dan Weaver melalui model sebaran pada tahun 1949 dan gangguan dilihat berlaku disebabkan faktor-faktor berikut:
Rajah 1.16: Unsur-unsur gangguan
1.
Gangguan Fizikal Gangguan fizikal berlaku apabila punca gangguan itu datangnya dari keadaan sekeliling. Contoh: bunyi bising akibat lalu lintas kenderaan semasa kita sedang berbual dengan rakan. Ia mengganggu tumpuan kita kepada sesuatu mesej.
2.
Gangguan Fisio-Psikologi Ia berlaku disebabkan pengaruh tahap pengetahuan asas kita, sikap kita terhadap utusan atau sumber dan keupayaan komunikasi kita. Perbezaan budaya juga merupakan satu gangguan jika kita tidak memahami budaya tersebut.
3.
Gangguan Mental Gangguan mental berpunca daripada pemikiran kita sendiri. Misalnya, fikiran yang terganggu akibat peperiksaan yang semakin hampir, masalah kesihatan dan sebagainya.
OUM
21
1.3.6
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
BAB 1
Maklumbalas
Maklumbalas merujuk kepada respons yang berlaku apabila penerima memberikan reaksi terhadap utusan yang disampaikan oleh sumber. Dalam komunikasi antara individu, maklumbalas adalah spontan. Misalnya, apabila sumber bertanya “ bagaimana keadaan anda sekarang?� dan penerima utusan menjawab “Baik-baik saja�. Maklumbalas mungkin ditunjukkan pada riak wajah sambil menjawab. Jawapan dan air muka penerima itu merupakan maklumbalas terhadap utusan yang disampaikan oleh sumber. Begitu juga dengan lawak tutur kata A terhadap B sehingga B tersenyum atau ketawa merupakan maklumbalas. Apabila maklumbalas itu positif, mungkin sumber akan meneruskan komunikasinya. Namun, jika maklumbalas itu negatif, mungkin ia akan berhenti di situ sahaja. Dalam proses komunikasi massa, maklumbalas tidak sepantas komunikasi bersemuka. Maklumbalas komunikasi massa adalah tertangguh iaitu lambat untuk diperolehi. Maklumbalas dalam konteks komunikasi massa akan dibincangkan dalam unit 3 nanti. Pentingnya maklumbalas dilihat pada tindakan yang harus diambil oleh seseorang. Di samping itu juga, kepastian akan diperolehi terhadap idea dan perasaan yang cuba dikongsi antara sumber dan penerima. Perkembangan teknologi komunikasi maklumat terkini memungkinkan maklumbalas segera umpamanya penggunaan e-mel dan pencarian maklumat menerusi Internet. Telefon bimbit kini memberi maklumbalas yang pantas dengan pelbagai kaedah untuk menyampaikan mesej.
Rajah 1.17: Maklumbalas dalam komunikasi bersemuka atau menerusi telefon
1.3.7
Rangka Rujuk
Rangka rujuk adalah pengalaman dan pengetahuan tentang sesuatu perkara yang menjadi tajuk komunikasi. Komunikasi tidak akan mendatangkan kesan jika sumber dan penerima tidak mempunyai rangka rujuk yang sama.
22
OUM
UNIT 1
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
Katakanlah seseorang yang mempunyai pengalaman bermain ski (luncur ais) di luar negeri bercerita dengan kawannya di kampung tentang cara dan pengalaman berski. Sudah pasti kawannya tidak dapat menghayati apa yang diceritakan. Di sini jika penerima kekurangan pengetahuan mengenai perkara yang dibincangkan, maka ia akan menjejaskan keupayaan penerima untuk memahami atau mengikuti apa yang dibincangkan oleh sumber. Dengan itu, sudah pasti penerima tidak dapat berkomunikasi secara berkesan dengan sumber. Bagi membolehkan komunikasi berlaku dengan berkesan, kedua-dua sumber dan penerima mestilah mempunyai rangka rujuk yang sama. Ini kerana setiap individu yang terlibat dalam proses komunikasi mempunyai pengalaman yang tersendiri. Dengan itu, hanya utusan yang difahami oleh kedua-dua pihak sahaja yang akan dapat membantu keberkesanan komunikasi. Contohnya, minat yang sama, jantina, latar belakang sosial dan lain-lain. Lebih luas ruang lingkup rangka rujuk di antara sumber dan penerima, maka lebih besar kemungkinan komunikasi antara mereka memberi kesan.
1.3.8
Konteks
Komunikasi berlaku dalam konteks-konteks tertentu. Komunikasi tidak berlaku dalam “kekosongan�. Komunikasi juga kadangkala terjadi dalam keadaan yang semulajadi tanpa disedari. Konteks komunikasi merujuk suasana atau keadaan sekeliling di mana komunikasi itu berlaku. DeVito (2001) menyatakan bahawa komunikasi yang berlaku dalam konteks tertentu akan mempengaruhi bentuk dan kandungan mesej. Konteks juga kadangkala tidak jelas dan dalam keadaan tertentu pula mendominasi (sama ada menstimulasi atau menghalang mesej yang disampaikan. Konteks komunikasi adalah seperti situasi (fizikal), temporal, pensejarahan psikologi-budaya, masa dan sosiobudaya. Setiap dimensi tersebut dikatakan saling berkait rapat dan mempengaruhi antara satu sama lain. Berdasarkan konteks situasi atau keadaan, yang mencakupi keseluruhan komunikasi yang berlaku sama ada dalam keadaan formal atau tidak formal, maka tindakan komunikasi pasti dipengaruhi oleh keadaan tertentu. Contoh, komunikasi antara seseorang dengan seseorang yang lain atau antara sekumpulan ahli dalam sesebuah organisasi; jumlah ahli dan jenis komunikasi dan interaksi; suasana, masa dan siapa yang terlibat dalam komunikasi. Konteks yang berlainan memberi kesan komunikasi yang berlainan. Setiap konteks memberi kesan terhadap apa yang dikomunikasikan. Konteks juga mempengaruhi persekitaran, perlakuan, tindakan dan sebaliknya. Konteks juga menentukan jenis komunikasi yang harus digunakan. Apakah kerja yang paling sukar di dunia? Berfikir – Emerson, 1836.
OUM
23
1.4
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
BAB 1
FUNGSI KOMUNIKASI
Pernahkah anda terfikir bahawa seseorang yang beribadah juga berkomunikasi. Apakah fungsi-fungsi komunikasi anda dan individu lain? Adakah komunikasi membantu anda dalam kehidupan seharian?
Fungsi komunikasi bergantung kepada tujuan ia dilakukan. Ia dilihat dari perspektif yang berbeza-beza. Jika diperhatikan dari perspektif sumber (penghantar mesej), komunikasi mempunyai fungsi untuk memberitahu, menghibur, belajar, memahami atau membuat keputusan sama ada menerima atau menolak mesej yang diterima. Dari perspektif individu, komunikasi bertujuan memberikan gambaran sebenar tentang realiti, memperolehi kemahiran dan pengetahuan serta membuat keputusan. Jika diperhatikan pula dari perspektif sosial, komunikasi memainkan peranan-peranan berikut : 1. menyumbang ilmu pengetahuan untuk dikongsi bersama 2. mengukuhkan proses sosialisasi ahli dalam sesebuah kumpulan 3. menghibur 4. melahirkan kesepakatan untuk mendapatkan pengaruh, dan 5. membujuk menyumbang ilmu membujuk
menghibur
PERANAN KOMUNIKASI
melahirkan kesepakatan
mengukuhkan proses sosialisasi
Rajah 1.18: Peranan komunikasi dari perspektif sosial
Untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai fungsi-fungsi komunikasi, cuba gambarkan beberapa situasi yang berlaku di dalam kehidupan kita sebagai individu. Sejak bermulanya peradaban manusia, komunikasi memainkan peranan yang penting dalam segala aspek kehidupan. Sama ada di pejabat (menulis surat, memberi arahan,
24
OUM
UNIT 1
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
berkomunikasi menerusi e-mel) dan lain-lain, di sekolah (mengajar dan belajar) mahupun di rumah (chatting dalam ruang siber), kita berkomunikasi untuk tujuan tertentu. Cuba bayangkan bagaimana dan mengapa komunikasi berlaku. Seseorang guru berkomunikasi secara bersemuka dengan sekumpulan murid di sekolah. Seorang anak menelefon ibunya untuk bertanya khabar berita ayahnya di kampung atau A yang menghantar SMS kepada teman untuk menyatakan perasaannya. Seorang tua duduk bermenungan di tepi tasik. Kesemua yang berlaku, sama ada secara terancang atau tidak disengajakan, menggambarkan sebab mengapa komunikasi berlaku. Dalam setiap keadaan yang digambarkan tadi, komunikasi memainkan peranan penting menghubungkan seseorang dengan seorang yang lain, dalam diri sendiri atau di kalangan kumpulan tertentu. Sekumpulan pelajar boleh berkomunikasi dengan gurunya; seorang ahli perniagaan dapat memperluaskan peluang perniagaan ke luar negara; seorang ibu dan anak dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Jalinan komunikasi antara insan juga memberikan ruang untuk kita mengenali diri sendiri dengan lebih baik. Kemajuan teknologi komunikasi maklumat juga membolehkan komunikasi dijalankan dengan lebih cepat dan pantas membentuk jaringan elektronik. Kepentingan berkomunikasi antara seorang pengurus yang beroperasi dari jarak jauh memerlukan kaedah berkomunikasi menerusi e-mel dengan rakan perniagaannya di sebuah negara yang lain.
Rajah 1.19: Perniagaan secara elektronik
Penggunaan komputer dan komponen interaktif Internet seperti e-mel memungkinkan kita berhubung dengan seseorang di mana-mana pada bila-bila masa. Mesyuarat sesebuah perniagaan boleh dijalankan menerusi “telesidang�. Proses komunikasi amat berkait rapat dengan pencarian maklumat. Apabila ilmu komunikasi dipelajari sebagai satu bidang pengajian atau disiplin, pakar-pakar dan para pengkaji komunikasi sering menganggap bahawa komunikasi mempunyai fungsi yang berbeza.
OUM
25
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
BAB 1
Di antara fungsi-fungsi komunikasi yang utama ialah:
Rajah 1.20: Fungsi-fungsi komunikasi
1.4.1
Fungsi Memberitahu
Pada hari ini sumber maklumat dengan mudah dapat diperolehi menerusi Internet yang juga bertujuan memberitahu. Berita yang disiarkan di akhbar, radio dan televisyen bertujuan memberitahu khalayak tentang perkembangan semasa. Fungsi ini boleh dikatakan antara fungsi komunikasi yang sering digunakan dalam kehidupan manusia. Fungsi ini bertujuan memberitahu orang lain tentang sesuatu perkara yang dirasakan oleh penyampai perlu diketahui oleh orang lain. Terdapat banyak contoh komunikasi yang menjalankan fungsi memberitahu, contohnya: papan tanda seperti “Dilarang Merokok”, “Sila beratur”, “Ikut kiri”, “berhati-hati di jalan raya” dan sebagainya. Fungsi memberitahu ini menumpukan perhatian kepada penyampai atau sumber maklumat. Penyampaian mesej bertujuan memberitahu. Sesungguhnya, maklumat adalah sesuatu yang amat penting dalam memperolehi ilmu dalam kehidupan kita. Setiap orang memerlukan maklumat dalam menguruskan kehidupan sehari-hari. Maklumat penting kerana ia akan membuatkan seseorang itu berfikir. Ini kemudiannya akan mendorong seseorang membuat keputusan tentang sesuatu isu dan akan memungkinkan tindakan diambil. Tanpa maklumat maka sukarlah untuk seseorang membuat keputusan. Anda pasti selalu mendengar pesanan-pesanan penyampai dalam rancangan-rancangan di radio yang memberitahu tentang keadaan jalan raya di bandaraya. Seorang yang sedang dalam perjalanan pulang dari kerja akan berpeluang membuat keputusan untuk mengelak dari terperangkap dalam kesesakan jalanraya di Kuala Lumpur. Berdasarkan huraian tadi, komunikasi juga memainkan peranan penting dalam proses mendapatkan maklumat. Melaui proses komunikasi, maklumat disebarkan secara berterusan dan dikongsi bersama oleh penyampai dan penerima untuk membentuk persefahaman. Namun, kita harus memastikan bahawa maklumat yang disampaikan perlu difahami oleh penerima. Jika ianya tidak difahami maka ia bukanlah komunikasi yang berkesan.
26
OUM
UNIT 1
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
Rajah 1.21: Komunikasi berfungsi memberitahu
1.4.2
Fungsi Mendidik
Komunikasi juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menyampaikan bahan pelajaran. Pendidikan/pembelajaran berlaku dari tahap kanak-kanak sehinggalah seseorang itu dewasa. Pendidik menjadi aktor utama menyumbangkan ilmu yang diberikan. Interaksi antara guru dan pelajar merupakan proses komunikasi. Dalam kehidupan manusia, kita bukan sahaja belajar daripada pengalaman peribadi sahaja tetapi kita juga belajar daripada pengalaman orang lain. Misalnya, seorang pelajar yang rajin membuat rujukan lazimnya mendapat keputusan peperiksaan yang baik. Pelajar pula mestilah memberikan kepercayaan kepada pengajar serta rela dan sanggup menerima ilmu. Dalam konteks ini tujuan komunikasi adalah memindahkan ilmu kepada penerima walaupun keberkesanannya masih boleh dipersoalkan. Fungsi mendidik ini memperlihatkan kepentingan sumber dan penerima maklumat untuk memastikan fungsi tersebut berjaya dilaksanakan. Rancangan-rancangan yang berbentuk pendidikan banyak disiarkan di televisyen. Kebanyakan rancangan yang berunsur mendidik, kadangkala bertindan dengan fungsi memberitahu dan berhibur. Rancangan “Discovery Science”, TVIQ dan “Art Attack” di ASTRO, umpamanya, jelas menjalankan fungsi mendidik untuk setiap lapisan masyarakat. Begitu juga dengan klip-klip “Teleinfo” yang membekalkan penonton dengan berbagai maklumat. Rancangan berbentuk mendidik dapat memperluaskan pengetahuan. Selain itu juga, ilmu yang diperolehi akan membantu seseorang berfikir secara kritikal atau memahami sebab-sebab berlakunya sesuatu perkara yang kompleks di sekeliling mereka.
1.4.3
Fungsi Membujuk
Komunikasi juga memainkan peranan yang sangat penting di dalam proses pembujukan. Fungsi ini berbeza dengan dua fungsi komunikasi yang telah kita bincangkan tadi. Fungsi membujuk bertujuan mengubah sikap dan tingkah laku seseorang sepertimana yang dikehendaki. Namun, pembujukan bukanlah bermakna bahawa dengan
OUM
27
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
BAB 1
menggunakan komunikasi kita dapat dengan mudah memujuk orang lain ataupun orang ramai. Jika dirujuk buku-buku yang ditulis dalam bidang psikologi sosial, kita akan dapati tidak semua orang boleh memujuk atau dipujuk untuk mengubah sikap mereka. Selain daripada memberitahu, komunikasi juga digunakan untuk menawan hati dan fikiran orang ramai. Kebanyakan contoh pembujukan ini dapat kita lihat melalui iklaniklan dan klip-klip video yang disebarkan di media. Anda pasti selalu melihat iklan di akhbar dan televisyen serta mendengarnya melalui radio. Tujuan utama iklan adalah untuk mempengaruhi kita membeli barang-barang yang diiklankan. Pembujukan bukan hanya menyebarkan maklumat tetapi mestilah dapat menembusi dan menawan perasaan serta emosi khalayak sasaran mereka. Adakala maklumat sengaja ditambah-tambah bagi mencapai tujuan tersebut. Contohnya, iklan pencuci muka menggunakan seorang bintang filem wanita yang diminati ramai. Mesej iklan ialah jika dia menggunakan ubat pencuci muka baru itu maka kulitnya akan kelihatan cantik dan nampak menawan. Dalam contoh iklan ini, emosi memainkan peranan penting. Untuk kelihatan menawan, mesej sebenar yang ingin disampaikan adalah supaya pembeli membeli produk tetapi mainan emosi dijadikan modal pembujukan dalam mesej komunikasi dalam iklan ini.
Apakah simbol-simbol di sekeliling anda yang berfungsi menyampaikan mesej pembujukan kepada khalayak?
1.4.4
Fungsi Menghibur
Fungsi komunikasi yang menghibur merupakan perkara yang paling mudah dilihat dalam kehidupan seharian. Wayang gambar, rancangan hiburan, lawak jenaka, drama, sketsa, komik, kartun merupakan contoh-contoh bagaimana komunikasi digunakan untuk menghibur. Oleh kerana hiburan merupakan fungsi komunikasi yang paling popular dan diperlukan oleh orang ramai, maka rancangan-rancangan berbentuk hiburan amat diminati ramai. Majalah-majalah hiburan ramai pembacanya. Drama komedi tempatan dan juga dari luar negara berjaya menawan hati penonton televisyen. Radio pula menyiarkan lagu-lagu kegemaran menghiburkan pendengarnya. Berbual-bual dengan rakan-rakan juga merupakan satu hiburan. Masyarakat sebelum wujud televisyen dan radio berhibur dengan mendengar ceritacerita penglipurlara atau pun dengan menonton wayang kulit. Pada umumnya keberkesanan fungsi ini boleh diketahui melalui reaksi seseorang apabila berkomunikasi. Seseorang akan berasa terhibur bila saling bercerita tentang zaman kanak-kanak, zaman persekolahan atau mengenang semula kenangan manis pada zaman remaja. Pendek kata, apabila seseorang itu dapat menghilangkan perasaan duka bolehlah dikatakan bahawa fungsi menghibur itu telah tercapai. Oleh kerana fungsi hiburan itu amat digemari oleh orang ramai, maka terdapat usaha untuk menerapkan unsur pendidikan, penerangan, dan pembujukan melalui hiburan. 28
OUM
UNIT 1
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
Oleh yang demikian, timbul beberapa konsep baru dalam fungsi komunikasi seperti edutainment (gabungan education dan entertainment) dan infotainment (gabungan information dan entertainment) Televisyen banyak menyiarkan rancangan yang menggabungkan peranan menghibur dengan membujuk. Misalnya, melalui drama diselitkan unsur-unsur perpaduan antara kaum dan semangat patriotik dalam lagu-lagu seperti Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan Malaysia Tanah Airku. Rancangan kanak-kanak pula banyak menyelitkan kedua-dua konsep edutainment dan infotainment. Senaraikan rancangan televisyen yang menyalurkan mesej menerusi kedua-dua konsep edutainment dan infotainment.
1.4.5
Mensosialisasikan Masyarakat
Fungsi ini melibatkan kebolehan membimbing ahli masyarakat dalam menggunakan kaedah ataupun tingkahlaku yang bersesuaian dalam kehidupan bermasyarakat. Di sini kita akan lihat pertindihan antara fungsi pembelajaran atau pendidikan yang telah kita bicarakan sebelum ini. Dalam proses sosialisasi ahli-ahli masyarakat saling belajar dan mengamalkan aspekaspek seperti kemahiran, kepercayaan dan norma-norma masyarakat. Contohnya, ibu bapa akan mengajar anak-anak bagaimana cara menghormati golongan tua. Proses ini bertujuan membentuk tingkah laku yang sesuai sebagai salah seorang ahli masyarakat. Menerusi komunikasi, individu membentuk hubungan dengan sahabat, kumpulan kecil, anggota keluarga, rakan sekerja dan juga komuniti tertentu. Dalam keadaan sebenar, sesuatu proses komunikasi itu tidaklah hanya tertumpu kepada satu fungsi sahaja. Fungsi mensosialisasikan masyarakat melibatkan kemampuan individu mengadaptasi diri dalam pelbagai konteks komunikasi. Bagaimana seseorang itu menyesuaikan diri dengan rakan, teman sepejabat, kumpulan sosial, komuniti tertentu melibatkan komunikasi. Kesemua bentuk hubungan ini mempengaruhi tindakan komunikasi antara insan.
Sila rujuk buku oleh Hashim Fauzy Yaacob, (2001). Komunikasi Antara Manusia. Skudai: Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.
OUM
29
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI
BAB 1
Latihan 1.2 1.
“ Dalam situasi komunikasi yang ideal, mesej diterima dan difahami seperti mana yang dirancangkan. Namun apabila mesej tidak dikomunikasikan seperti mana yang dijangkakan, timbul percanggahan terhadap mesej yang disampaikan.� Berikan pandangan anda terhadap kenyataan tersebut.
2.
Huraikan tajuk-tajuk berikut: (a) Komunikasi sebagai satu proses. (b) Implikasi budaya terhadap komunikasi
RUMUSAN Di dalam bab 1 ini, kita telah membincangkan takrifan komunikasi dari pelbagai perspektif. Setiap satu pengertian melambangkan perspektif komunikasi yang berbeza antara satu sama lain. Apa yang jelas, kita tidak mampu mencari satu takrifan komunikasi yang mempunyai ciri-ciri sepunya atau satu takrifan yang dianggap tepat dan terbaik. Oleh yang demikian, penggunaan sesuatu takrifan itu perlulah dilihat dari perspektif dan konteks komunikasi. Tiada satu definisi yang paling tepat untuk memberikan maksud yang khusus atau menyeluruh kepada makna komunikasi yang sebenarnya. Komunikasi yang terbentuk melibatkan idea, pengetahuan, perasaan dan makna yang ingin dikongsi. Proses perkongsian makna itu pula tidak berlaku sehala. Dalam kebanyakan situasi komunikasi berlakunya perkongsian yang bertimbal balik sama ada secara terang-terangan atau tersirat menerusi simbol-simbol yang membawa pelbagai interpretasi. Dalam masa yang sama, wujud elemen-elemen gangguan yang memberi impak kepada keberkesanan komunikasi. Jika bijak mengadaptasi diri dalam pelbagai konteks komunikasi akan membentuk iklim komunikasi yang harmonis dan berkesan. Lazimnya sesuatu proses komunikasi itu akan melibatkan beberapa fungsi komunikasi yang saling digabungkan untuk menghasilkan kesan komunikasi yang lebih besar. Justeru itu, komunikasi yang baik haruslah berupaya dan bersedia untuk mengenal pasti gabungan fungsi komunikasi yang mana satukah yang akan membawa kejayaan dalam perancangan strategi komunikasi yang akan dilaksanakan.
30
OUM