1 minute read

ANTArAbANgSA NEgArA SElAmAT DIlAwATI SEmASA CovID 19

negArA YAng selAmAt UntUk DilAwAti semAsA PAnDemik CoviD-19

“Hampir setahun, heboh dunia memperkatakan mengenai wabak CoviD-19 yang melanda negara masing-masing. Boleh dikatakan jumlah kes meningkat dengan sangat tinggi dari hari ke hari”

Advertisement

Teks : Nurul Husna Mat Rus

Pandemik CoviD-19 sudah

menjangkiti lebih 104.4 juta orang di seluruh dunia dan menyebabkan 2.2 juta kematian. Angka itu berdasarkan data dari statista.com (https://www.

statista.com/statistics/1043366/ novel-coronavirus-2019ncov-cases-

worldwide-by-country/). Virus itu dilaporkan sudah menular ke 210 negara dan wilayah, sejak ia mula dikesan di China, pada Disember 2019.

Namun masih ada lagi negara ‘bertuah’ dikatakan kadar kes pandemik masih rendah terkena penduduk di situ iaitu kurang 50 kes. Setakat 3 Februari 2021, terdapat 18 negara kes COVID-19 yang masih berada di tahap rendah iaitu sekitar bawah 50 kes.

Negara itu adalah Macao 47 kes, New Caledonia 47 kes, Laos 44 kes, Falkland Islands 41 kes, Saint Kitts & Nevis 39 kes, Greeenland 30 kes, Vatican City 27 kes, Saint Pierre Miquelon 24 kes, Anguilla 17 kes, Solomon Islands 17 kes, Montserrat 13 kes, Western Sahara 10 kes, MS Zaandam 9 kes, Wallis & Futuna 5 kes, Marshall Islands 4 kes, Samoa 2 kes, Micronesi 1 kes dan Vanuatu 1 kes. Majoriti negara ini adalah kepulauan kecil di tengah lautan dan ada yang masih dalam naungan dan jajahan Britain, Amerika Syarikat, Perancis dan Australia. Sejak penularan COVID-19, banyak pihak mempertikaikan ketiadaan laporan jangkitan virus itu di Korea Utara. Bagaimanapun, ia dikatakan disebabkan oleh status negara itu yang menjadi ‘negara paling terasing’ di dunia.

This article is from: