5 minute read
ANTArAbANgSA muAy ThAI
from Santai Travel 88
by Santaidesign
seni belA Diri WArisAn thAilAnD
Advertisement
Teks : Ak FoTo : Noor AshikiN & ChANATip poTi-oN TerimA kAsih : Tourism AuThoriTy oF ThAilANd kuAlA lumpur
Kalau di utara tanahair, sukan ini dilebih dikenali dengan panggilan tomoi siam. sejarah kewujudan tomoi di malaysia sukar untuk dipastikan dengan jelas, namun dipercayai seni ini wujud sejak ratusan tahun lalu ketika negeri di utara seperti kedah, perlis dan kelantan masih di bawah pengaruh siam. perkataan tomoi sendiri berasal dari perkataan siam, iaitu toi (tumbuk) dan moi (seni bertumbuk). Bagaimanapun kita tidak akan mendengar orang Thai menyebut muay Thai sebagai tomoi tetapi hanya muay. muay Thai atau Thai
Boxing adalah sukan kebangsaan dan seni mempertahankan diri di Thailand muay Thai di Thailand mula menjadi sukan untuk tontonan sejak ratusan tahun lalu sebelum kewujudan peraturan dan sarung tangan lagi. ketika itu petinju cuma memakai tali hem (kaad cheuk) dan bertarung di hadapan raja tanpa apa-apa peraturan. pada 1929, peminat muay Thai nombor satu Thailand, raja prajadhipok mula memperkenalkan gelanggang berbentuk empat segi sama, sarung tangan dan jam penentu masa untuk perlawanan. Teknik tinju seperti tumbuk lurus (jab), tumbuk sauk (uppercut) dan tumbuk cangkuk (hook) diserap dalam muay Thai untuk menjadikannya lebih menarik. kedudukan muay Thai sebelum ini yang mempunyai kekuda rendah juga mula hilang apabila petinju lebih senang berdiri tegak sambil kaki hadapan sentiasa dihenjutkan. pertarungan muay Thai moden mula diadakan pada tahun 1945 selepas siapnya stadium rajadamnern di Bangkok. latihan juga semakin sistematik apabila petinju mula belajar teknik pernafasan, regangan, dan rawatan kecederaan.
sukan Kegemaran raja raja prachao sua atau lebih dikenali sebagaiThe Tiger king merupakan
salah seorang penggerak sukan ini. Baginda begitu meminati muay Thai malah memperkenalkan kelengkapan untuk digunakan semasa bertarung. pada awal pemerintahannya, tangan peninju dibalut dengan ekor kuda. selepas beberapa ketika, ekor kuda digantikan dengan kain kapas atau tali rami yang dipintal. kadangkala dengan persetujuan peninju, serpihan kaca dilekatkan dengan gam pada ikatan tangan. ketika raja rama V berada di takhta, kebanyakan pertandingan dianjurkan pihak istana. peninju diberikan ganjaran pangkat dalam tentera oleh raja sekiranya menang. semasa pemerintahan rama Vi pula, beberapa perubahan berlaku seperti pengenalan gelanggang yang dikelilingi oleh tali dan penggunaan jam. sebelum ini, masa perlawanan ditentukan dengan menggunakan tempurung kelapa yang ditebuk dan dimasukkan ke dalam air. Apabila tempurung kelapa tenggelam, dram akan dibunyikan menandakan perlawanan tamat. perubahan zaman menjadikan muay Thai bukan lagi ilmu bertempur tentera siam namun menjadi sukan untuk semua.
Pengalaman pertama Muay thai Baru-baru ini, Tourism Authority of Thailand kuala lumpur telah mengadakan sesi perkenalan sukan muay Thai untuk rakan-rakan media dan wakil-wakil dari agensi pelancongan sekitar kuala lumpur. sesi perkenalan sukan muay Thai ini telah diadakan di ultimate muay Thai Gym. menurut pengarah Tourism Authority Thailand kuala lumpur, puan Nongyao AdA di ANTArA pelANCoNGpelANCoNG iNi yANG dATANG semATAmATA uNTuk meNdAlAmi ilmu muAy ThAi dAN mempelAjAriNyA TekNik-TekNik yANG BeTul di pusAT-pusAT lATihAN muAy ThAi di ThAilANd.
info: 1. Ram Muay adalah tarian tradisioanl Thailand yang dipersembahkan oleh peninju sebelum perlawanan bermula 2. Punching bag juga diperkenalkan bagi menggantikan batang pisang dan batang pinang 3. Pao (thai pad) dicipta bagi membantu jurulatih meningkatkan stamina dan melatih kepantasan kaki petinju 4. Belly pad (pao tong) juga dicipta untuk membantu jurulatih mengasah ketepatan tendangan kaki dan lutut petinju semasa latihan bersama-sama 5. Focus mitt yang selalu digunakan dalam sukan tinju Barat juga digunakan bagi melatih koordinasi mata dengan tangan 6. Tali lompatan (skipping rope) turut digunakan tetapi dengan sedikit pengubahsuaian kerana menggunakan getah yang tebal 7. Sarung tangan juga diubahsuai untuk memudahkan petinju bergelut rapat (clinch) dengan tepi yang bersudut dan span yang lebih keras.
jirundorn, aktiviti ini diadakan untuk memperkenalkan sukan muay Thai agar lebih dekat dengan rakyat malaysia. menurutnya lagi, sukan muay Thai amat popular di kalangan pelancongpelancong yang bercuti di Thailand.
Ada di antara pelancong-pelancong ini yang datang semata-mata untuk mendalami ilmu muay Thai dan mempelajarinya teknik-teknik yang betul di pusat-pusat latihan muay Thai di Thailand. ini merupakan pengalaman pertama saya dalam muay Thai. Nampak mudah sahaja sukan ini. Namun apabila pertama kali belajar cara dan teknik yang betul, memang cukup sukar. menurut jurulatih, muay Thai tidak boleh digunakan sesuka hati di luar. ia menerapkan rasa hormat walaupun dalam gelanggang. selepas kita berlawan kita harus berkawan semula. malah seni bela diri ini juga membentuk peribadi yang baik. Tidak saya nafikan, selepas hampir dua jam belajar teknikteknik asas muay Thai, memang ia cukup memenatkan. Tidak hairanlah ramai di luar sana yang belajar sukan muay Thai untuk kekal aktif dan sihat tubuh badan. jika seni mempertahankan diri lain memerlukan anda berlatih sehingga mencapai satu tahap dan dianugerahkan tali pinggang mengikut tahap, berbeza dengan muay Thai yang kemahirannya diuji di dalam gelanggang dengan tali pinggang kejuaraan menjadi rebutan peninju.