7 minute read
DESTINASI rumAh PANjANg SArAwAk
from Santai Travel 88
by Santaidesign
Kepala manusia yang dipotong
singkap traDisi ngayau
Advertisement
Sebut sahaja potong kepala, pasti terlintas di fikiran tentang aktiviti yang dahulunya amat terkenal di kalangan penduduk Dayak Iban.
Rumah Panjang Annah Rais Rumah Panggah
tengkorak kepala manusia di Fort Margherita
Keadaan dalam rumah panggah tuak yang dihidangkan untuk tetamu tangga menuju ke rumah panggah
Tradisi ini cukup sinonim dengan kehidupan penduduk Sarawak sekaligus mencetuskan rasa gerun buat mereka yang belum pernah ke negeri ini. Saya yang pertama kali menjejakkan kaki ke Sarawak pada tahun 1997, ketika menuntut di UiTM Kota Samarahan (ketika itu ITM) juga sering ditakutkan oleh para pelajar senior keturunan Dayak Iban. Dengan lagak mereka yang bertatu, segala apa saja yang mereka arahkan ketika di asrama pasti akan di laksanakan.
Namun sebenarnya tradisi ‘potong kepala’ masih lagi terkenal sehingga kini namun hanya sebagai warisan sejarah masyarakat Iban. Mereka yang merupakan etnik majoriti yang mendiami Sarawak, memberitahu bahawa tradisi Ngayau atau pemburu kepala adalah menggambarkan semangat kepahlawanan, keberanian dan kekuasaan mereka. Semakin banyak kepala musuh yang dipenggal dan disimpan, lebih tinggi penghormatan yang diberikan kepada mereka yang terbabit. Ia seakan lambang martabat seseorang individu di kalangan penduduk Iban. Dahulunya ia dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan di kawasan sasaran dengan tujuan demi ritual, survival dan status.
Jika anda berada di Rumah Panjang Annah Rais di Kuching, Sarawak, anda boleh melihat terdapatnya rumah panggah atau rumah kepala. Di dalam rumah ini tersimpan tengkorak kepala manusia yang sudah dibunuh. Anda boleh melihat dengan lebih dekat tengkorak-tengkorak yang tersimpan rapi di dalam rumah panggah ini. Kepala musuh yang dipenggal perlu dijaga rapi dengan upacara ritual. Makanan perlu dipersembahkan dengan api dinyala bagi mengelak kepala berkenaan mengganggu penduduk yang mendiami rumah panjang. Anda juga boleh melihat tengkorak kepala manusia yang sudah dibunuh juga di Fort Margherita. Ia adalah sebuah kubu lama dibina pada tahun 1879 oleh Charles Brooke.
MelAyAng bebAs di bloukrAns bridge
Oleh : AK
Kali pertama penulis diberi peluang untuk melakukan terjunan lelabah adalah ketika melawat Macau pada tahun 2013. Siapa yang tidak teruja apabila diberitahu boleh melakukan terjunan bungy di
Menara Macau, lokasi terjun bungy paling tinggi di dunia. Ketika itu penulis memang sudah nekad, membawa kamera GoPro untuk merakamkan detik bersejarah. Namun pada hari kejadian, penganjur yang membawa penulis ke Macau memberitahu bahawa aktiviti terjunan bungy terpaksa dibatalkan pada saat akhir oleh kerana faktor keselamatan. hanya Tuhan sahaja tahu betapa kecewanya penulis kerana tidak dapat membuat salah satu aktiviti dalam ‘wishlist’ penulis.
Namun Allah itu Maha Penyayang. Impian penulis untuk melakukan terjunan bungy telah dimakbulkan ketika bercuti di Afrika Selatan. Sebelum ini penulis hanya berpeluang menonton di kaca televisyen mengenai aktiviti ektrem ini. Malah kadang-kadang makan hati melihat beberapa rakan penulis berjaya melakukan terjunan bungy di negara-negara seperti New Zealand, China, Amerika Syarikat dan Switzerland.
Apa itu terjunan lelabah Terjun lelabah atau bungy jump adalah aktiviti ekstrem yang membabitkan terjunan daripada struktur tinggi, manakala penerjun disambungkan kepada tali elastik besar. Struktur tinggi
lazimnya objek tetap seperti bangunan, jambatan, empangan air atau tebing air terjun. Keterujaan melakukan bungy jump dicetuskan daripada terjunan bebas atau free fall selama beberapa saat dan lonjakan semula yang terhasil melalui tali elastik.
Penerjun bungee ‘terbang’ ke atas akibat pengecutan tali dan terus berayun ke semua arah sehingga tenaga kinetik yang tersimpan hilang. Itu kepuasan bagi mereka yang berani dan bersedia menyahut cabaran melawan ketakutan.
Ada yang bertanya, tidak takut matikah nekad untuk terjun dari struktur yang tinggi? Namun bagi penulis, kalau kita tidak mencuba, bagaimana kita nak melawan perasan takut dalam diri kita.
Penulis bercuti di Afrika Selatan selama 11 hari. Perjalanan dari Kuala lumpur ke Cape Town menggunakan penerbangan etihad. Setelah beberapa malam berada di Cape Town, perjalanan diteruskan melalui Garden Route untuk ke Port elizabeth.
Ketika dalam perjalanan penulis singgah di George, sebuah bandar yang menemukan persimpangan lautan hindi dan lautan Atlantik. Di sinilah terletaknya Jambatan Bloukrans, yang terkenal dengan aktiviti terjunan bungy.
Untuk rekod, terjunan bungy di Jambatan Bloukrans telah diiktiraf sebagai terjunan bungy paling tinggi di dunia untuk jambatan komersial dengan ketinggian 216 meter. Syarikat Face Adrenalin merupakan operator yang mengendalikan terjunan bungy ini dari
trivia l 230 kilogram - Berat maksimum penerjun bungy l Terjun bungy atau bungee jump kali pertama dilakukan pada 1 April 1979 dari Jambatan Gantung Clifton oleh David Kirke, Geoff Tabin dan Simon Keeling l Mereka mendapat ilham aktiviti ini setelah melihat penduduk peribumi Pulau Pentecost, Republik
Vanuatu, melakukan amalan ritual iaitu terjun dari menara yang dibina daripada kayu dan kaki mereka pula diikat dengan akar kayu l Golongan lelaki daripada puak Naghol akan bersama-sama membina menara setinggi antara 20 ke 30 meter dengan menggunakan tiang kayu, dan kayu-kayu yang membentuk menara ini diikat menggunakan akar sebelum membuat terjunan l Seorang warga New Zealand bernama A J Hackett telah mengkomersialkan aktiviti ini dengan membuat terjunan pertamanya dari Jambatan Greenhithe di Auckland pada tahun 1986 l Tapak tetap terjunan lelabah komersial pertama di dunia iaitu “Kawarau Bridge Bungy” di Jambatan
Gantung Ngarai Kawarau berdekatan Queenstown di Pulau Selatan, New Zealand dibuka oleh AJ Hackett l Harga untuk melakukan terjunan bungy di Jambatan Bloukrans adalah yang termurah di dunia iaitu 1700 rand atau RM450
tahun 1997.
nyawa tersekat di dada Ketika bas melewati jambatan ini, tidak ada apa yang istimewa kelihatan dari atas jalan. Namun realitinya di bawah jambatan ini, ribuan manusia telah melakukan terjunan bungy. Syarikat Face Adrenalin merupakan operator yang mengendalikan terjunan bungy ini dari tahun 1997.
Ketika menunggu giliran untuk memakai peralatan keselamatan seperti harness, terdetik di hati kecil penulis adakah ini perkara yang betul untuk dilakukan. Setelah mendengar taklimat ringkas, penulis dibawa ke bawah jambatan. Untuk ke tapak terjunan, penulis perlu menggunakan zipline dari tepi jambatan. Seorang demi seorang dilepaskan untuk melakukan terjunan bungy.
Tiba sahaja giliran penulis, harness atau abah-abah diperkemaskan ikatan manakala balutan di kaki yang bersambung dengan tali elastik siap dipasang. Dua orang kru membawa penulis ke hujung platform. Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan penulis.
Terbayang macammacam perasaan di fikiran,Terasa seperti nafas tersangkut di dada. Namun penulis perlu berikan pujian kepada kru-kru yang pandai mengawal keadaan dengan berborak agar perasaan takut itu hilang. Pesan mereka, sebaik berada di hujung platform jangan tengok bawah dan memikirkan pelbagai perkara seperti takut, cemas serta tidak selamat.
“When we count 3,2,1, tehn we going to push you. Don’t be afraid,” tenang kru berbicara. Dengan kiraan 3,2,1, penulis ditolak dari platform.
Jeritan kepuasan memecah keheningan di Jambatan Bloukrans. Tidak terucap dengan kata-kata perasan penulis ketika jatuh melayang dari atas jambatan sambil menyaksikan keindahan lembah dan Sungai Bloukrans yang mengalir ke lautan. Benar, saat keterujaan bermula sebaik sahaja terjun bebas dan melantun ke atas serta ke bawah sehingga tali elastik itu berhenti, kemudian penulis ditarik ke atas menggunakan mesin. Ketika disambut di platform, tepukan yang gemuruh diberikan. Untuk kembali ke bas, penulis berjalan kaki dari platform ke pejabat Face Adrenaline melalui ‘skywalk’. Akhirnya hajat penulis untuk melakukan terjunan bungy tercapai.
Tidak puas rasanya melakukan satu terjunan. Ingin rasanya untuk melakukannya buat kali kedua namun disebabkan kekangan masa hasrat itu terpaksa di simpan.
Mungkin terjunan bungy seterusnya adalah di Menara Macau dan Air Terjun Victoria di Zimbabwe.