7 minute read

DESTINASI ATv kEmENSAh

Kecut Perut Menuju sungai tangga

“aK, you nak main atV tak? Lepas main atV kita bawa you makan daging wagyu”.

Advertisement

Itulah teks pesanan ringkas yang saya dapat daripada hajjah emmy suraya, Presiden Persatuan hotel Bajet malaysia. Bergetar rusuk saya mendengar daging wagyu, daging yang biasanya hanya mampu dijamah golongan kayangan. Tetapi ada sesuatu yang mengganggu fikiran saya. macam mana nak tunggang ATV lepas tu makan daging wagyu pula? siapa yang rajin nak bawa kelengkapan memanggang ke dalam hutan?

Oleh : AK

DI KuAlA luMPur, KAwASAN yANg POPulAr DeNgAN SuKAN ATV INI ADAlAh DI KAMPuNg KeMeNSAh, hulu KlANg yANg hANyA TerleTAK 16 KIlOMeTer SAhAjA DArI BANDArAyA KuAlA luMPur. SIAPA SANgKA, DAlAM BANDArAyA MeTrOPOlITAN MAcAM KuAlA luMPur PuN MASIh ADA KAwASAN huTAN yANg MASIh TerjAgA rAPI DAN MeMPuNyAI SuNgAI DAN AIr TerjuN yANg jerNIh.

namun, semua persoalan itu terjawab setelah saya menghubungi hajjah emmy Suraya. Beliau memberitahu saya supaya berada di ATV Z extreme

Kemensah tepat jam 8 pagi. “AK tak payah risau. AK bawa ja baju basahan kalau-kalau nak mandi sungai nanti,” pesan hajjah emmy. “Apa itu ATV?

Ada antara kita yang sudah tahu, dan ada yang masih belum tahu apakah itu

ATV? Perkataan ATV ini bermaksud singkatan kepada All-Terrain Vehicle atau kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi. Ia merupakan sejenis motor bertayar empat yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti lasak”

Kebiasaannya ATV mempunyai empat tayar namun sebenarnya ada juga ATV yang mempunyai enam tayar. Mungkin ada juga yang tertanya-tanya apakah perbezaan di antara ATV dan Quadbike? Quadbike sebenarnya lebih besar dan berkuasa dari ATV dan di sesetengah negara seperti Australia, untuk menunggang Quadbike, lesen memandu adalah wajib. Mereka yang tiada lesen memandu tidak dibenarkan sama sekali menunggang Quadbike. Berbeza dengan ATV, anda boleh menunggangnya walaupun tidak mempunyai lesen memandu yang sah. Seperti namanya iaitu ATV, ia direka untuk menangani pelbagai cabaran pemanduan di atas muka bentuk bumi yang berbeza. Namun ATV merupakan kenderaan yang dilarang untuk digunakan di atas jalan raya.

Sebenarnya ATV telah lama bertapak di Malaysia dan semakin hari, semakin banyak tempat-tempat rekreasi yang menawarkan perkhidmatan untuk aktiviti sukan menggunakan ATV ini. Bukan hanya pengusaha pusat rekreasi, malah pengusaha hotel dan resort juga mengambil inisiatif untuk memperkenalkan aktiviti sukan ekstrem ATV ini sebagai salah satu tarikan yang ditawarkan di tempat mereka. Di Kuala lumpur, kawasan yang popular dengan sukan ATV ini adalah di Kampung Kemensah, hulu Klang yang hanya terletak 16 kilometer sahaja dari Bandaraya Kuala lumpur. Siapa sangka, dalam bandaraya metropolitan macam Kuala lumpur pun masih ada kawasan hutan yang masih terjaga rapi dan mempunyai sungai dan air terjun yang jernih.

Kegiatan menunggang kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan

bumi (ATV) kini menjadi trend untuk beriadah sambil menikmati keindahan alam semula jadi di hutan rimba. justeru, tidak hairanlah ramai di kalangan rakyat Malaysia tidak kira tua atau muda kini gemar menghabiskan masa hujung minggu dan cuti umum atau waktu terluang dengan menunggang ATV sama ada di kawasan hutan atau pantai.

Sebaik saya sampai di ATV Z Adventure, saya disambut oleh Sam, pemilik ATV Z Adventure. Terdapat banyak sekali ATV di sini namun apa yang menarik perhatian saya adalah beberapa buah ATV yang kelihatan lebih besar dari yang biasa. Menurut Sam, beliau mempunyai 15 buah ATV yang mempunyai kuasa kuda 450cc dan 500cc. “untuk pakej yang akan awak cuba hari, ride The lighning, laluannya cukup mencabar dan hanya ATV yang berkuasa sahaja mampu melepasi semua cabaran di laluan dalam hutan Simpan Kemensah sehingga kita tiba di Sungai Tangga untuk berehat dan makan tengah hari,” terang Sam. Menurut Sam, hanya ATV Z extreme sahaja yang mempunyai kebenaran untuk menggunakan laluan hutan Simpan Kemensah dan hanya syarikatnya sahaja yang mempunyai ATV berkuasa tinggi dalam jumlah yang banyak.

Sebenarnya cara menunggang ATV hampir sama seperti menunggang motosikal, namun ia lebih stabil dan selamat jika dibawa ke permukaan tidak rata seperti menaiki dan menuruni bukit atau cerun kerana mempunyai empat tayar. ATV pula mempunyai beberapa kategori dan saiz. Ada ATV bersaiz besar dengan kuasa kuda yang besar sehingga 500cc biasanya mempunyai gear mendaki pacuan empat roda (4wD) dan gear biasa (2wD). Biasanya ATV sebegini digunakan untuk pemanduan yang lebih ekstrem dan mencabar. ATV hanya mempunyai gear untuk memandu dan mengundur sahaja.

Buat mereka yang ingin menunggang ATV mesti bijak dan tahu bila keadaan yang sesuai untuk menekan minyak dan menggunakan brek tangan. Bagi saya yang sudah biasa menunggang ATV tidak berasa kekok untuk mengendalikan ATV. Saya cuma perlu berhati-hati dan mengikut telunjuk pemandu arah agar sentiasa selamat dan dapat melepasi segala cabaran Bagaimanapun, risiko untuk kenderaan ATV itu terbalik ke kiri atau kanan tetap ada jika penunggangnya kurang mahir mengimbangi badan terutama ketika menaiki atau menuruni kawasan

MuNgKIN rAMAI yANg TIDAK TAhu, KAMPuNg KeMeNSAh jugA MeruPAKAN lOKASI PeNggAMBArAN fIleM DO re MI, ArAhAN AllAhyArhAM TAN SrI P. rAMlee. jIKA ANDA MASIh INgAT ADegAN P. rAMlee yANg MeNAIKI KereTA leMBu SeTelAh BercerAI DeNgAN ISTerINyA TelAh DIlAKON DI KAMPuNg KeMeNSAh.

APA yANg SAyA DAPAT KATAKAN, lAluAN Ke SuNgAI TANggA cuKuP MeNcABAr. TerDAPAT lAluAN yANg curAM DI KAKI BuKIT, KAlAu TerSIlAP SAhAjA ANDA BOleh jATuh Ke DAlAM gAuNg yANg DAlAM. jugA ADA lAluAN MeNDAKI SehINggA 90 DArjAh SehINggA ANDA Perlu MeNgguNAKAN geAr MeNDAKI. APA yANg leBIh MeNcABAr ADAlAh jAlAN yANg BerSeluT DAN lIcIN.

cerun dan berbukit. Namun jika anda tiada pengalaman untuk menunggang ATV, anda tidak perlu risau kerana menunggang ATV lebih mudah daripada menunggang motosikal.

Kampung Kemensah yang terletak di hulu Klang cukup popular di kalangan wargakota untuk berehat pada hujung minggu atau cuti umum. Selain daripada aktiviti menunggang ATV, sukan lasak seperti motocross juga boleh dilakukan di Kemensah. Mungkin ramai yang tidak tahu, Kampung Kemensah juga merupakan lokasi penggambaran filem Do re Mi, arahan Allahyarham Tan Sri P. ramlee. jika anda masih ingat adegan P. ramlee yang menaiki kereta lembu setelah bercerai dengan isterinya telah dilakon di Kampung Kemensah. Menurut Sam, perjalanan pergi dan balik ke Sungai Tangga mengambil masa di antara dua hingga lima jam bergantung kepada cara pemanduan ATV. Bermula dari ATV Z extreme, ATV ditunggang melalui Kampung Kemensah sebelum masuk ke kawasan dusun buah-buahan. Kami berhenti seketika untuk penerangan keselamatan. Setiap ATV tidak dibenarkan memotong ATV lain dan harus mengikut arahan pemandu arah.

Apa yang saya dapat katakan, laluan ke Sungai Tangga cukup mencabar. Terdapat laluan yang curam di kaki bukit, kalau tersilap sahaja anda boleh jatuh ke dalam gaung yang dalam. juga ada laluan mendaki sehingga 90 darjah sehingga anda perlu menggunakan gear mendaki. Apa yang lebih mencabar adalah jalan yang berselut dan licin. Akhirnya kami sampai ke Sungai Tangga setelah berjaya melepasi segala cabaran dan rintangan. Peralatan memanggang dikeluarkan dan meja serta kerusi di susun di kawasan sungai yang tidak dalam untuk memberikan pengalaman yang unik. Daging wagyu disediakan oleh just Sears. Menurut pemilik just Sears, hisyam yusof, daging wagyu daripada just Sears telah diperap terlebih dahulu sebelum dijual kepada pelanggan. “Apa yang kami cuba buat hari ini adalah untuk memberi pengalaman yang baru kepada rakyat Malaysia. Daging wagyu kami sebenar telah separuh masak, disejukbekukan sebelum dijual kepada pelanggan. hanya dengan menggunakan pembakar dengan api yang kuat, daging wagyu siap dimasak dan boleh dimakan sertamerta,” terang hisyam . Menurut beliau lagi, pelbagai jenis daging boleh dibeli di just Sears. “Daging-daging kami adalah halal sepenuhnya dan harga yang kami tawarkan jauh lebih murah daripada makan di kedai-kedai stik di luar sana,” tambah beliau lagi.

Antara daging yang saya nikmati adalah wagyu MB7 Tomahawk, Black Angus Tomahawk, wagyu Briskets, lamb leg dan Angus Short ribs. Memang puas hati, dapat makan daging wagyu yang sedap. Perut sudah kenyang, boleh mandi sungai pula. hilang segala penat menunggan ATV pabila dapat berendam dalam sungai yang cukup jernih dan sejuk. Pengalaman beginilah yang patut dicuba oleh mereka yang inginkan sedikit kelainan. Buat mereka yang ingin mencuba pakej ride The lighting, harga untuk seorang adalah rM550 tetapi diskaun rM100 diberikan kepada pemegang MyKad. untuk menu makan tengah hari pula bergantung kepada menu daging yang dipilih.

atV Z extreme: sam – 012 232 2335

This article is from: