4 minute read
DImENSI bAhAru PElANCoNgAN PENDIDIkAN
from Santai Travel 88
by Santaidesign
nAib cAnselor city university mAlAysiA, prof dAto dr seri mohAmed mustAfA ishAk
COviD-19 yang menular dengan cepat di serata negara dan wilayah termasuk Malaysia memberi pengalaman dan cabaran berbeza dalam berdepan dengan bencana ini walaupun sudah setahun berlalu.
Advertisement
OleH: USnA RUS
Di Malaysia sendiri, pandemik ini telah membataskan pergerakan orang ramai dengan pelaksanaan beberapa perintah-perintah kawalan demi memutuskan rangkaian penyebaran virus COVID-19. Di samping menekankan amalan kehidupan ‘normal baharu’, wabak ini telah memberikan kesan yang cukup besar dalam pelbagai sektor ekonomi. Impak pandemik ini sudah tentu melekat kuat terutama dalam kotak pemikiran penggiat industri pelancongan yang paling terjejas teruk selain sektor pendidikan tinggi antara yang menerima kesan signifikan daripada COVID-19.
Ikuti wawancara eksklusif Majalah Santai Travel bersama Naib Canselor City
Mohamed Mustafa Ishak.
Umum mengetahui industri pelancongan sektor paling awal yang ‘jatuh sakit’ dengan pandemik COVID-19. Sudah setahun berlalu, ada yang ‘nyawa-nyawa ikan’, ada yang sudah gulung tikar tidak kurang juga yang telah mula bosan dan beralih arah. Untuk individu yang tergolongan dalam sektor yang paling terkesan ini tidak kira pengusaha hotel, agen pelancongan, pengangkutan, taman tema atau pelajar dalam jurusan berkaitan, adakah masih punya cara untuk meyakinkan mereka agar terus bertahan dengan sektor ini?
“Memang tidak dinafikan industri pelancongan paling terjejas dan teruk terpukul. Tetapi tidak bermakna bidang pelancongan sudah tidak relevan. Saya yakin selepas pandemik, ramai orang sudah tidak sabar untuk kembali keluar bercuti jika ada peluang berbuat demikian. Malah ada seketika, ketika rakyat dibenarkan untuk merentas negeri ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti walaupun hanya di dalam negara sahaja. Hotel habis ditempah, semua destinasi pelancongan terkenal sesak dengan kunjungan ramai. Industri ini tidak akan mati, hanya masa yang akan menentukan. Bagi pelajar yang mengambil jurusan dalam bidang berkaitan, tidak perlu rasa bidang ini merugikan. Ini adalah waktu yang tepat untuk mengkaji cara baru dan terbaik yang boleh dilakukan untuk mempromosi pelancongan negara ketika situasi getir sebegini. Akan datang, jika berlaku lagi situasi sebegini, pasti kita sudah bersiap sedia,” bicara Prof Dato
Dr Seri Mohamed Mustafa Ishak.
Pelancongan berasaskan pendidikan (edu-tourism) dilihat menjadi alternatif untuk kedua-dua sektor ini kembali rancak selepas dipukul badai pandemik. Malaysia antara negara yang menjadi pilihan hub buat pelajar-pelajar dari seluruh dunia sebelum ini melanjutkan pelajaran mereka di peringkat tinggi. Imej destinasi pelancongan bukan sahaja penting untuk menarik perhatian pelajar luar negara dalam pemilihan destinasi pendidikan, malahan turut memenuhi kepuasan akademik mereka sepanjang masa belajar di Malaysia.
Menurut Prof Dato Dr Seri Mohamed Mustafa Ishak, Malaysia akan terus kekal sebagai pasaran sumber penting bagi destinasi pengajian antarabangsa selepas pandemik kerana menawarkan institusi pengajian yang ternama dan meningkat naik. untuk belajar di Malaysia kerana di sini menawarkan mereka nilai sebenar untuk perbelanjaan. Ini kerana, Malaysia menjanjikan pendidikan berkualiti tinggi, kos hidup yang tidak membebankan, kemudahan pembelajaran lengkap dan moden, kaya dari segi budaya, tradisi dan destinasi pelancongan yang menarik. Selain itu, para pelajar boleh mendapat persijilan pendidikan tinggi seperti diploma, ijazah, sarjana atau kelayakan kedoktoran dari universiti tempatan atau swasta berprestij di Malaysia, dengan kos yang berpatutan sama seperti yang tersedia di City University Malaysia.”
“Pendidikan juga merupakan satu lagi dimensi hub pelancongan. Orang luar yang datang belajar di sini akan duduk di negara kita sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun hingga ke 4 tahun. Dalam tempoh itu, mereka pasti akan melancong dalam negara terutama ketika cuti semester panjang. Industri pelancongan masih ada masa hadapan dan akan kembali hidup selepas ini. Oleh itu, semua penggiat industri pelancongan dan sektor pendidikan sudah boleh memikir lebih banyak idea yang boleh di manfaatkan daripada kedua-dua industri ini agar memberi sinergi yang hebat dalam mempromosikan Malaysia selepas pandemik”, ujar beliau.
Prof Dato Dr Seri Mohamed Mustafa Ishak turut mempelawa pelajar tempatan juga pelajar antarabangsa berpotensi yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran mereka, untuk datang dan menyambung pengajian di City Univercity Malaysia. Ini kerana pusat pengajian ini menawarkan sistem pendidikan berimbang, mempunyai asas yang kuat serta kukuh dan telah berjaya melahirkan graduan yang cemerlang dalam kerjaya mereka.
City University Malaysia ditubuhkan sejak 37 tahun lalu kini memiliki 8 fakulti, 4 kampus pusat pengajian, dan 68 program akademi di peringkat lepasan Ijazah dan peringkat Siswazah. City University Malaysia merupakan universiti swasta tempatan yang mendapat pengiktirafan status universiti penuh daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). City Univercity Malaysia juga mempunyai jangkauan pelajar antarabangsa yang meluas iaitu hampir 1000 orang bilangan pelajar datang dari 40 buah negara yang berbeza.