8 minute read

ANTArAbANgSA CITArASA mAkANAN TurkI

Anda pasti teruja dengan teknik penjual aiskrim Turki

CItArAsA tUrKI YAng MEMIKAt HAtI

Advertisement

kepelbagaian makanan yang lazat di turki melengkapkan lagipengalaman gastronomi anda. keindahanturki menjadikannya sebuah negara yang diminati para pelancong. umpama jatuh cinta pandang pertama, turki menjanjikan pengalaman luar biasa yang tidak dapat dilupakan. selain kaya dengan sejarah, anda harus mencuba gastronomi di negara yang separuhnya adalah asia dan separuh lagi Eropah.

Turkish Delight

Simit

Sis Kebab

Fistikli Baklava

Tiada siapa mampu melupakan rasa lazat gigitan pertama hidangan istimewa Turki yang tidak pernah dinikmati sebelum

ini

Turki yang terletak di antara dua benua pasti menjanjikan pengalaman gastronomi yang pelbagai. Keadaan masa kini akibat pandemic Covid 19 mungkin membangkitkan rasa risau orang ramai untuk melancong ke negara lain namun Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Republik Turki telah mengadakan program Pensijilan Pelancongan Sihat. Inisiatif pelancongan selamat yang berterusan ini memastikan para pengunjung tidak dibelenggu risau bab pengangkutan, penginapan atau restoran sepanjang mereka berada di Turki.

Majalah Santai kongsikan beberapa hidangan istimewa yang mesti dicuba untuk melengkapkan lagi perjalanan gastronomi anda di Turki :

Kebab Sungguh enak dinikmati! Kualiti hidangan daging terutamanya daging kambing yang disajikan di Turki sememangnya di antara yang terbaik. Dianggap sebagai hidangan wajib ketika berada di Turki, Kebab (atau Kebap dalam Bahasa Turki) adalah hidangan ringkas yang lazat dan sangat memuaskan. Kebab bukanlah nama makanan tersebut tetapi nama yang diberikan untuk cara memasak. Masakan ini sebenarnya bermaksud “dipanggang menggunakan arang” dan biasanya disajikan dengan hidangan tambahan seperti buah berangan panggang.

Rasakan nikmat rasa rempah dengan Kebab Adana dan juga kombinasi unik Antep di mana daging diapit di antara kepingan terung. Bagi mereka yang inginkan sedikit kelainan, cubalah Kebab Iskander yang terkenal dengan hirisan halus daging kambing yang disempurnakan lagi dengan yogurt, sos tomato, dan mentega. Kebab terkenal ini merupakan satu penemuan unik oleh Iskander Efendi dari Bursa pada tahun 1867. Jenis hidangan Kebab yang biasa dilihat di seluruh Turki adalah Sis Kebab.

turkish Delight Maniskan memori di Turki dengan menikmati manisan Lokum atau lebih dikenali di seluruh dunia sebagai Turkish Delight. Berasal dari perkataan Arab “morsel”, Turkish Delight merupakan manisan dalam pelbagai rasa, bentuk, dan warna yang meriah di mana ia diselaputi taburan gula aising atau kelapa parut.

Sama seperti monumen terpenting di Turki, manisan ini telah wujud berabad lama! Namun hanya pada pertengahan abad ke-19 ia menempa nama di kalangan para Sultan Uthmaniyyah. Pembuat konfeksi Haci Bekir memperkenalkan penggunaan tepung jagung (yang dicipta sekitar masa itu)sebagai salah satu ramuan dalam Lokum. Hasil kejayaan Haci Bekir dalam mewujudkan manisan ini diakui penguasa waktu itu, Sultan Mahmud II, yang melantiknya sebagai Ketua Konfeksi Istana.

simit Simit merupakan pilihan terbaik untuk sarapan ketika berada di Turki. Berbentuk seperti bagel dan kadangkadang disebut sebagai Bagel Turki, Simit adalah roti yang biasa dinikmati dengan teh atau Ayran (minuman yogurt masin). Nikmati pemandangan pagi sambil memakan Simit yang dihidangkan dengan buah-buahan segar. Bagi mereka yang lebih gemar sarapan savouri, Simit boleh juga dimakan dengan keju, pastırma (daging lembu yang diasinkan), dan sayur-sayuran segar.

Hidangan ini dipercayai telah wujud sejak tahun 1500-an. Berasal dari perkataan Arab “Samid” yang bermaksud roti putih atau tepung halus, Simit biasanya dibentuk dan dicelupkan ke dalam molases buah dengan air sebelum dipanggang dan ditabur lapisan biji bijan panggang. Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis Simit yang disajikan dan tidak semuanya dilapisi dengan biji bijian seperti Kel Simit (Bald

Ada sesiapa nak ais krim Turki ini

Secangkir teh panas Turki

Simits untuk sarapan pagi Kebab

Fistikli Baklava

Turkish Tea

Turkish Delights penuh dengan kacang Pistachio

Simit) dari Kastamonu dan Simit yang dijual di sekitar wilayah Laut Hitam. Simit jenis ini kelihatan berkilat dan biasanya direndam dalam air rebusan yang dicampur dengan daging cincang dan mentega juga dikenali sebagai Tirit.

turkish Kahve Bagi penduduk tempatan, secawan Turkish Kahve (kopi) adalah satu kewajipan! Ada pepatah lama di Turki yang mengatakan “secawan kopi akan dikenang selama 40 tahun”. Peribahasa ini menggambarkan peranan penting yang dimainkan kopi dalam kehidupan sosial Turki yang membawa makna yang lebih mendalam. Pepatah itu menceritakan bahawa sekiranya dua orang yang pernah menikmati kopi bersama-sama tidak bersua muka selama empat puluh tahun sekalipun, memori yang terpahat akibat nikmat kopi yang dikongsi bersama tidak dapat dilupakan - simbol kekuatan hubungan mereka hasil kopi istimewa ini.

Rasa cinta pada kopi yang mendalam di Turki telah mendatangkan istilah “kahvaltı” yang diterjemahkan sebagai hidangan makanan sebelum kopi pertama sesuatu hari. Dapatkan cawan, bekas, dan dulang kopi sebagai cenderamata. Tradisi Kopi Turki telah termasuk dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Berwujud Kemanusiaan pada tahun 2013 oleh UNESCO

Kaedah penyediaannya yang berbeza menjadikan Kopi Turki istimewa. Benih kopi yang dihancurkan halus lalu dibiarkan di dalam kopi waktu hidangan. Kemudian ia direbus (dengan gula) dalam periuk khas yang dipanggil Cezve sehingga berbuih - dan ini dilakukan berkali-kali.

Bagi mereka yang suka kopi yang pahit, kopi Mirra boleh dijadikan pilihan kerana ia dipanggang dua kali. Bagi mereka yang mencari secawan kopi yang lebih unik (sukar dijumpai di luar Turki), kopi Menengiç mesti dicuba. Kopi ini berasal dari bahagian tenggara Turki dan dibuat dari benih pokok Pistacia Terebinthus. Kopi ini tidak mengandungi kafein dan rasa lebih berbentuk buah-buahan berbanding kopi biasa.

Maras Dondurma Maras Dondurma merupakan ais krim mastic Turki amat digemari ramai. Kelihatan seperti ais krim biasa, ais krim ini berbeza dari segi tekstur yang tiada bandingannya. Ais krim ini tidak mudah cair - ini merupakan sesuatu impian terutama pada hari yang panas! Ais krim unik ini diperbuat daripada salep iaitu tepung yang berasal dari ubi orkid yang membuatkannya bergetah dengan kemampuan mencair pada kadar yang lebih perlahan, menghasilkan rasa yang lembut tapi kenyal dan konsisten.

Ais krim ini selalunya dijual oleh penjual di dalam trak dan apa yang menambah keistimewaan pada hidangan ini adalah persembahan si penjual yang mengenakan kostum dari awal zaman Uthmaniyyah. Pengalaman Turki yang sebenar tidak lengkap sehingga anda dilayan penjual ais krim yang penuh kelucuan. Para pelanggan dapat menyaksikan aksi penuh ragam para penjual apabila mereka membalikbalikkan kon ais krim apabila ingin menghulurkannya ke tangan anda.

Bagi mereka yang ingin mencuba ais krim ini dari tempat asal-usulnya, Maras, sebuah bandar di Selatan Turki, adalah tempat yang harus dikunjungi. turkish tea Bagi mereka yang kurang meminati

kopi, Teh Turki boleh dijadikan pilihan! Sama pentingnya dengan Kopi Turki, Teh Turki juga memainkan peranan yang penting dalam budaya negara tersebut. Disiapkan dalam dua periuk yang direndam dalam jangka waktu yang lama, periuk teh diletakkan di atas periuk air mendidih yang lebih besar. Wap dari periuk yang mendidih itu meningkatkan lagi proses rendaman teh.

Semasa menghirup teh ini, terdapat beberapa perbezaan di antara teh Turki dari the negara lain. Faktor pertama yang sangat jelas adalah gelas kecil berbentuk bunga tulip yang unik di mana teh disajikan. Bentuk gelas ini bukan sahaja untuk tujuan estetik tetapi untuk faktor kedua iaitu untuk memastikan kesempurnaan rasa. Teh Turki disarankan diminum apabila ia masih panas.

Sama seperti pelbagai jenis makanan yang boleh didapati di Turki, terdapat juga banyak jenis teh khas buat peminat minuman ini. Bagi mereka yang lebih suka teh hitam, kawasan timur Laut Hitam di Turki terkenal dengan teh pilihan ini yang berkualiti tinggi akibat iklimnya yang mempunyai hujan yang tinggi dan tanah yang subur.

baklava Pencuci mulut yang amat popular adalah Baklava! Baklava diperbuat daripada pasta filo yang diperkayakan dengan penuh rasa enak. Proses penyediaan Baklava bukanlah perkara yang mudah. Manisan ini disediakan dengan 40 lapisan doh bergulung dihiris nipis yang diisi dengan kacang dicincang yang ditabur pada setiap lapisan. Lapisanlapisan tersebut kemudian dimasak dalam sirap gula (yang terdiri daripada campuran gula dan air) dan disiram secara berkala supaya ia tidak kering.

Biasanya di Turki, Fıstıklı Baklava (baklava berisi pistachio) merupakan pilihan yang banyak disajikan namun terdapat juga pelbagai lagi jenis Baklava yang boleh ditemui antaranya Sütlü Nuriye. Baklava ini berbeza daripada yang lain kerana ia dibasahi susu berbanding dengan sirap gula yang biasa digunakan. Bagi yang inginkan Baklava yang kurang manis boleh memilih Ceviz Baklava. Pilihan ini diisi dengan kacang walnut dan ia berperisa lebih pahit yang boleh memberikan keseimbangan rasa setelah menikmati baklava yang lebih manis.

Baklava yang paling enak (diperaku UNESCO) boleh ditemui di bandar Gaziantep yang terletak di bahagian barat Wilayah Anatolia di Tenggara Turki. Mereka yang melihat kemahiran yang diperlukan dalam penyediaan Baklava boleh melawat bandar ini.

Ayran Cara terbaik untuk menjelajah Turki terutamanya pada musim panas adalah dengan secawan Ayran. Kelihatan seperti yogurt biasa namun rasanya luar biasa! Minuman berasaskan yogurt ini adalah campuran yogurt yang dicairkan dengan air dan garam, mewujudkan rasa masin bercampur manis. Kombinasi ini amat disukai orang Turki termasuklah para pelancong.

Ayran berasal dari kata kerja 'yogurtmak' yang bermaksud penyatuan, menandakan kaedah bagaimana minuman menyegarkan ini disediakan. Golongan Goturks (pembuat minuman ini) pertama kali menggabungkan air dengan yogurt pahit dalam usaha memperbaiki rasa. Hari ini, ciptaan istimewa ini boleh didapati di sekitar Turki terutamanya pada musim panas di mana ia disajikan dengan pudina segar. Ayran yang paling disukai ramai boleh dijumpai di Susurluk, berhampiran Balikesir, kerana variasinya yang lebih berbuih.

Sekiranya anda tidak pasti di mana untuk memulakan pengembaraan gastronomi anda di Turki, gunakanlah aplikasi “Travel Horoscope” Turki (https://horoscope.goturkey.com/) untuk membantu anda membuat pilihan. Hanya dengan satu klik maka bermulalah perjalanan gastronomi untuk ke destinasi pertama mengikut horoskop anda.

Ayran

This article is from: