11 minute read

SANTAI PrIhATIN jElAjAh ANITA bIkErS

JelaJah anita BerBakti kePada Perwira…

Advertisement

tatkala dunia dilanda bencana, ramai yang sengsara. ada yang terpinggir ada yang tertinggal, namun masih ada lagi insan yang prihatin terhadap mereka yang kurang bernasib baik. lebih-lebih lagi ketika negara dilanda pendemik Covid 19.

Tatkala dunia dilanda bencana, ramai yang sengsara. Ada yang terpinggir ada yang tertinggal, namun masih ada lagi insan yang prihatin terhadap mereka yang kurang bernasib baik. Lebih-lebih lagi ketika negara dilanda pendemik Covid 19. Umpama sudah jatuh ditimpa tangga mereka yang terjejas sememangnya berhadapan dengan cabaran yang amat perit. Namun ada juga insan yang prihatin terhadap nasib mereka ketika mengharungi detik sukar itu. Anita Yusof, seorang wanita berjiwa kental tampil dengan inisiatif menganjurkan beberapa siri kembara bermotosikal menjelajah keseluruh negeri dengan misi membantu mereka yang terjejas akibat pendemik Covid 19 yang melanda negara ketika ini. Apa yang pasti misi murni ini mendapat sokongan dari banyak pihak yang ingin turut sama menghulur bantuan bagi meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.

ANITA South Ride Jejak Pahlawan siri 1 telah berlangsung di Pasir Gudang ,Johor pada bulan November 2020. Program tersebut telah dirasmikan oleh Dato ' Haji Che Zakaria Bin Mohd Salleh, ADUN Permas Jaya/ Memerangiap Pengerusi KEJORA. Turut sana Mejar Hasrie ,JHEV Negeri Johor serta penganjur ANITA Entertainment /President ANITA Bikers Club diiringi oleh Pasukan. Program dimeriahkan lagi dengan penyertaan Bodyguards Motor Escort Team & Persatuan Motosikal Negeri Johor Darul Takzim yang melibatkan sebanyak 150 peserta penunggang Motosikal Negeri Johor Darul Takzim. Penglibatan artis Poey Stings turut menyantuni mereka yang dikunjungi sepanjang program Konvoi Jejak Pahlawan JHEV ATM ialah. Sementara itu menerusi program Santuni Veteran ATM peserta telah dibawa melawat ke 10 Buah rumah berdekatan Pasir Gudang ,Johor .Antara bantuan yang diberikan termasuklah barangan keperluan harian,kerusi Roda dan lain-lain lagi. Kempen Jejak Pahlawan tersebut juga turut membawa mesej Kempen Go Green - Mempromosikan pelancongan di Malaysia khasnya hotel2 budget di Malaysia. Terima kasih kepada hotel-hotel yang terlibat dalam membantu menaja penginapan peserta sepanjang program seperti Desa View Hotel, Skudai Johor dan Classic Hotel, Larkin. Apa yang pasti Johor menawarkan banyak lokasi percutian menarik.

Acara siri ke 2 Jelajah Bersama ANITA merupakan Majlis Minum Petang Mempromosikan Kempen Hari Pahlawan Bersama Ketua Pengarah

JHEV ATM Negeri Sembilan & Melaka. Bersama Melaka Tourism & Puteri Qashrina Chalet,Pantai Puteri Melaka bagi Kempen Bersama Go Green Cuti2 Malaysia di Melaka.Majlis Perasmian oleh ADUN Pantai Puteri / Pemilik Qashrina Chalet & Resor serta Datuk Hj Nor Azman bin Hassan.

YB Pantai kundur Melaka. Program tersebut turut mempromosikan destinasi agro pelancongan di Madyhad Gaharu Plantation Dan Singgah Jom Makan di D' Salai,Cheng ,Melakayang menyajikan hidangan menu tradisi Negeri Melaka kepada rombingan Anita Bikers Dan Pasukan Pengiring BMET Dan Gabunfan Melaka Group ( GMB ).

Siri pergerakan Acara ANITA North Ride Jejak Pahlawan JHEV ATM 2020 pada bulan Disember telah verlangsung di Dataran Pengkalan Hulu ,Perak. Bersama Majlis Perasmian oleh ADUN Pengkalan Hulu Perak ,Dato Haji Aznel ,Ketua Pengarah JHEV ATM Perak ,Mejar Hasanudin Hassan dan Anita Bikers Club.Diiringi oleh Pasukan Pengiring BMET Dan Persatuan Bikers Negeri Perak .

Aktivit merangumni majlis minum petang meraikan dan menziarahi bersama veteran veteran Angkatan Tentera Malaysia .sebanyak 30 jemputan veteran menerima sumbangan barangan keperluan Dan Bantuan yang lainnya oleh DUN Pengkalan Hulu. Kempen ini juga turut mempromosikan pelancongan di Negeri Perak khasnya dengan menziarahi dan melawat perusahaan bot pelancongan Bekas Veteran di Tasik Banding.

Untuk siri seterusnya misi ANITA Bikers Bersama JHEV ATM meneruskan kembara ke Jelajah ya yang ke 4 di ANITA North & East Coast Ride Jejak Pahlawan PDRM & JHEV ATM ke utara pagi dan Pantai timur pada bulan december 2020.

Misi ini yang membawa Kempen Safe Ride.Go Green & Rentas Jejak Pahlawan & Asnaf-asnaf. Relax mendapat kerjasama Majlis Pelepasan Konvoi oleh Pengarah Persatuan Beliabelia Negeri Perak Darul Rezhuan oleh Dato’ Zul Kama. Di Ipoh dan. mendapat kerjaya daripada Pegawai Pemerintah Batalion ke 8 Pasukan Gerakan am ,Assist Surpt BB Tuan Mohd Shamsuddin Dan Ketua Pengarah JHEV Negeri Kelantan & Terengganu. Dengan dihadiri oleh 150 penunggang Motosikal daripada Kelantan Chopper Motor Group ,Castella Bikers ,Johor Force ,Kelantan Bikers Dan Anita Bikers Club Malaysia.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang Acara Anita North & East Coast Ride ini adalah Majlis Pelepasan dan penutup Konvoi di Batalion 8,Pasukan Gerakan Am ,Pengkalan Chepa ,Kelantan Bersama Kelantan FC Club Dan menyajtuni veteran ATM di Kota Bahru Dengan melawat dan menziarahi 3 rumah Veteran yang uzur disamping menziarahi Bekas Veteran yang satu satunya di Negeri Kelantan menerima pingat Hahaha Berani daripada Malaysia iaitu PakCik Rashmie. Sambal memberikan Bantuan Sumbangan keperluan .Misi ini juga turut membantu misi pasca banjir Bersama Pegawai khas Menteri Besar Kelantan & Pasukan sukarelawan

Untuk misi seterusnya Kempen go green meneruskan misi nya di Asutra Beach Merang Terengganu Bersama Pasukan Pengiring bermotisikalnya ,BMET dengan mengunjungi destinasi kepantai timur itu

Bersama Ketua Pengarah & Ketua Sekretariat Jabatan Hal Ehwal Angkatan Tentera Malaysia ( JHEV ATM ) , Mejar Jeneral Dato' Dzulkarnain Bin Ahmad & President Bodyguards Motor Escort Mohd Ariffin Bin Ahmad.

Pencukur PhiliPS Berikan ruPa JeJaka Yang kemaS

royal Philips telah mengumumkan penambahan kategori penjagaan dandanan lelaki dengan mesin pencukur Philips S1000 yang memberikan pengalaman bercukur yang lancar. Dengan adanya teknologi Skin Guard dan Philip’s Rotary, ia memastikan cukuran yang rapi dan licin serta tiada luka. “Penjagaan kulit muka adalah sangat penting kepada setiap lelaki dengan setiap dari mereka mempunyai kehendak dan keperluan masing-masing. Keperluan dandanan lelaki telah berubah sepenuhnya sejak adanya Covid-19 dengan lebih ramai lelaki mementingkan dandanan mereka. Generasi baru lelaki kini lebih terbuka untuk kelihatan lebih kemas dan mereka lebih terbuka untuk mencuba produk baru yang bersesuaian dengan penjagaan dandanan mereka. Kami di Philips terus berusaha untuk menginovasikan segmen dandanan lelaki agar mereka lebih yakin dengan kulit mereka,” kata Sunju Park, Pengurus Pemasaran Serantau.

Pencukur Philips S1000 menawarkan perlindungan kulit yang menjanjikan kesan yang terbaik tanpa mengorbankan keselesaan. Dengan adanya teknologi Philip’s Rotary, ia akan memberikan hasil cukuran yang licin manakala teknologi skin guard mempunyai pelindung di antara bilah-bilah pisau pencukur untuk memastikan tidak ada kegatalan pada muka. Malah 27 pisau mini akan terasah secara automatik setiap kali ia digunakan dan akan memastikan pisau kekal tajam sehingga dua tahun.

Pencukur Philips S1000 ini juga adalah kalis air sepenuhnya (IPX7). Ia boleh digunakan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Sistem kalis air ini memudahkan pengguna untuk membilas mesin pencukur di bawah pili air dengan mudah.

Dapatkan pencukur Philips S1000 dengan harga RM149.00

Galaxy taB S7+ KeSeimBanGan ProduKtiviti dan HiBuran

Jika dahulu, komputer riba amat penting dalam membantu menyelesaikan kerja harian kita. Namun komputer riba agak berat dan kurang praktikal untuk dibawa ke mana-mana. Dengan adanya evolusi tablet, ia nyata mengubah gaya bekerja kita. Tablet mempunyai skrin yang lebih besar dari telefon pintar namun lebih ringan dari komputer riba. Seiring dengan peredaran zaman, Samsung kini telah menghasilkan siri tablet terbaharu, Samsung Galaxy Tab S7 dan S7+. Saya berpeluang bermain-main dengan Galaxy Tab S7+ yang menawarkan spesifikasi yang tinggi untuk tablet. Apa yang best tentang tablet S7+ ini adalah saiz skrinnya yang besar, Super AMOLED 12.4 inci dengan kadar segar semula 120Hz. Skrinnya adalah yang terbesar di antara tablet yang berada di pasaran, sesuai untuk buat kerja atau pun untuk menonton filem dan bermain permainan video. Setelah menggunakannya untuk beberapa hari, saya dapati stylus S Pen lebih responsif manakala dentuman audio Dolby Atmos menyegarkan halwa telinga. Dengan ruang penyimpanan 256GB, saya boleh menyimpan koleksi lagu-lagu dan filem kegemaran dengan mudah. Kalau tidak cukup, ada satu slot yang kad mikroSD yang boleh menyimpan sehingga 1TB. Bercakap tentang rekabentuknya pula, bezelnya kali ini lebih nipis malah pengimbas jari telah diintegrasikan di dalam skrin. Tablet ini mempunyai kamera depan di sisi panjang tablet yang tidak akan diganggu apabila ditambah aksesori tambahan seperti papan kekunci. Galaxy Tab S7+ masih menggunakan USB type-C yang berada di bawah dan seperti Galaxy S20, tidak ada penyambung audio 3.5mm untuk earphone atau pembesar suara tambahan. Tablet ini didatangkan dengan empat buah speaker yang mana bunyi telah dihasilkan oleh SKG. Logam magnet yang digunakan di sisi tablet membolehkan S Pen ditempelkan di kesemua sisi tablet. Gambar yang diambil menggunakan Galaxy Tab S7+ juga mempunyai kualiti yang agak bagus. Terdapat dua kamera belakang, iaitu kamera utama dengan 13 Megapiksel dan kamera ultrawide 5 megapiksel. Apa yang boleh saya katakana tentang tablet ini, ia sangat sesuai digunakan sebagai pengganti kepada komputer riba. Pembelajaran anak saya di rumah menjadi lebih mudah dengan adanya tablet ini yang mempunyai Google Mobile Services sepenuhnya. Segala fungsi seperti Google Classroom atau Google Meet hanya di hujung jari dan stylus S Pen memudahkan anak saya menyelesaikan kerja-kerja yang diberi oleh guru tanpa perlu menggunakan mesin pencetak. Ia juga mudah dibawa, ringan dan selesa dipegang dengan jari. Ketahanan baterinya juga agak mengejutkan saya. Tablet ini dikuasakan dengan kapasiti bateri 10090mAh. Dalam penggunaan yang sederhana, saya boleh menggunakan tablet ini hampir 10 jam tanpa henti. Galaxy Tab S7+ kini hanya berharga RM4599 termasuk S Pen dan papan kekunci.

SenSaSi realme X7 pro 5g

Realme Malaysia telah

menampilkan telefon pintar terbaru mereka iaitu realme X7 Pro. Model terbaru ini dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 1000+ processor dan papan layaran 120Hz Super AMOLED. Rekabentuknya juga trendy dan beratnya hanya 184gram, sesuai untuk orang muda. “Telefon pintar 5G ini dikeluarkan kerana kami sedar yang remaja pada hari ini meminati telefon pintar yang menawan mata. Realme X7 Pro bukan sahaja mempunyai rangkai 5G terpantas malah ia menawarkan pengalaman baru ,” kata Tiffany Teh Pengurus Jenama realme Malaysia. Paparan 6.55” Super AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dikuasakan dengan cip pemproses Dimensity 1000+. Ciri-ciri lain termasuk rekaan yang slim dan sangat ringan dengan dua pilihan warna iaitu Iridescent dan Skyline White. Usah risau dengan ketahanan telefon pintar ini kerana ia dikuasakan oleh bateri 45000mAh dan 65W SuperDart Charge yang memastikan telefon ini dicaj penuh dalam masa 35 minit.

Mereka yang gemar mengambil gambar pasti akan berpuas hati dengan kamera 64MP Sony IMX 686 Quad. Realme X7 Pro turut didatangi dengan pembesar suara Dolby Atmos.

realme perkenalkan jam tangan S pro

realme Malaysia membuka

tahun baru 2021 dengan melancarkan jam tangan realme S Pro yang cukup bergaya. Rakyat Malaysia kini akan dapat menikmati rekaan yang canggih, bantuan kesihatan, pilihan pintar dan bateri jam yang tahan lebih lama dengan jam tangan realme S Pro. “Kami berbangga dengan sokongan yang diberikan dan membuatkan kami lebih bermotivasi untuk mencipta lebih banyak peranti AloT, dan hasilnya terciptalah jam tangan ‘stylish’ khas buat para remaja,” kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia. Jam tangan realme S Pro didatangkan dengan skrin AMOLED 1.39” gorilla glass yang mempunyai resolusi 454*454 pixels yang tinggi untuk menghasilkan visual yang hidup. Fungsi Always-On-Display memastikan pengguna mendapat infomasi tidak kira di mana sahaja dengan lebih 100 muka jam yang boleh dipilih. Jam ini mempunyai sarung besi premium untuk memastikan ketahanannya manakala talinya dibuat menggunakan silikon berkualiti tinggi. Ia dilengkapi dengan sistem GPS Dwi Satelit, sesuai untuk kegunaan aktiviti luaran seperti berlari, mendaki, berbasikal dan banyak lagi. Ia juga tahan kedalaman sehingga 50 meter, bateri mampu bertahan sehingga 14 hari, dwi pemproses kawalan Smart AloT dan banyak lagi. Jam pintar ini boleh dibeli mulai 30 Januari 2021.

MEncari ilhaM di rEbungan rEsort

“Pulau Langkawi memang terkenal dengan pantainya yang menawan. Jika diberi pilihan, tentu ramai yang memilih untuk menginap di hotel yang berdekatan dengan pantai. Kata mereka, bunyi hempasan ombak yang berlagu itu cukup menenangkan”

OLeh : AK TeRiMA KAsih : hAji ibRAhiM bin ishAK

Tapi pernahkan anda terfikir, untuk mencuba sesuatu yang baru pabila bercuti di Langkawi. Cuba anda semua lari dari persepsi kalau bercuti di pulau, mesti menginap di hotel yang ada pantai. Mungkin untuk percutian yang akan datang, anda boleh menginap di Rebungan Resort, sebuah resort berkonsepkan Agro Tourism yang baru dibuka pada Disember 2020 yang lalu. Rebungan Resort terletak di Mukim Ayer hangat, Langkawi. suasana hening, nyaman, tenang, segar dan damai. itu perasaan awal dirasai apabila sampai ke resort ini. Merentasi jalan tar untuk ke lobi, kelihatan kiri dan kanan resort dipenuhi dengan pokok buah-buahan manakala di tepinya terdapat sebatang anak sungai kecil mengalir perlahan. Tambah mengujakan apabila kelihatan tersergam indah deretan vila penginapan yang kemas. sewaktu menunggu urusan daftar masuk, saya dihidangkan dengan jus durian belanda. Menurut Wani, jus tersebut dibuat menggunakan buah durian belanda yang dipetik di dalam kawasan resort. Resort ini hanya 20 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi namun ia

This article is from: