2 minute read

PIlIhAN EDITor rEbuNg rESorT

Advertisement

sedikit jauh dari Pekan Kuah.

Walaupun masih baru, landskap di resort ini tampak kemas. Lobinya sedikit kecil namun ruang restoran agak luas dan berkonsepkan terbuka. Pabila angin bertiup membawa udara yang sejuk, terasa cukup mendamaikan.

Keheningan hutan dengan kicauan burung, unggas dan panorama indah berbukit-bukau serta udara segar seolaholah seperti berada di desa nan permai. Rebungan Resort mempunyai sembilan unit vila yang terdiri daripada vila satu bilik dan dua blik. selain vila, terdapat juga 30 bilik yang terdiri dari satu dan dua bilik. penginapan. setiap vila dilengkapi dengan televisyen skrin rata, wifi percuma, kelengkapan membuat kopi dan teh serta mini bar. sebuah kolam renang juga terletak bersebelahan dengan restoran. sambil berendam bersama ahli keluarga, boleh memesan minuman atau makanan daripada restoran di sini.

Antara tarikan pelancongan yang berdekatan dengan Rebungan Resort adalah Perkampungan Ayer hangat, Kilim Geopark dan Pantai Tanjung Rhu yang terkenal.

Resort ini sesuai untuk percutian keluarga, ‘reunion’ bersama rakan, majlis hari jadi, ulang tahun perkahwinan dan berbulan madu. Tidak kira saiz kumpulan, penginapan disertakan dengan minum petang, makan malam serta sarapan sambil menghirup bayu bertiup lembut menyegar dan mendamaikan.

Segalanya ada di ParadiSe 101

“sebut saja Langkawi, yang bermain di bibir para pelancong tentulah perihal coklat, pinggan-mangkuk, Pantai Cenang ataupun kereta kabel. Namun sebenarnya ada satu tarikan di Pulau Langkawi yang tidak kurang hebatnya. segalanya ada di situ sebenarnya. anda boleh menghabiskan masa dari pagi hingga ke petang di Paradise 101. ia dahulunya dikenali sebagai Pulau Naam”

OLeH : AK TeRiMA KAsiH : MARissA RAMiRez

Paradise 101, sebuah pulau persendirian terletak berdekatan dengan Pantai Kok. Kalau anda tidak tahu, jeti untuk ke pulau ini sebenar terletak di laluan belakang The Danna Hotel dan Telaga Harbour, tidak jauh dari Langkawi Oriental Village. Usai parkir kenderaan anda, tiket masuk untuk ke Paradise 101 boleh dibeli di kaunter yang terletak berdekatan dengan jeti dengan harga RM30 seorang. Perjalanan ke pulau ini menggunakan bot hanya mengambil masa kurang dari lima minit. Bayaran yang dikenakan sebenarnya amat berbaloi kerana anda boleh menebusnya untuk makanan atau minuman di Paradise 101. sebenarnya terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Aktivitiaktivit seperti flying fox, bermain jetski atau permainan air yang lain boleh dilakukan di sini tapi caj tambahan akan dikenakan untuk setiap aktiviti. Anda juga boleh bermalas-malasan di tepi pantai atau boleh berenang dan bermain air laut tanpa ganggguan.

Terdapat restoran dan bar untuk mereka yang hanya ingin berehat sambil menikmati pemandangan luas Laut Andaman. Paradise 101 juga mempunyai banyak ‘spot’ yang menarik dan instagrammable. Anda boleh ‘pose’ sepuas-puasnya di sini.

Untuk tetamu Muslim, usah risau, terdapat surau yang selesa malah tandas yang disediakan juga amat bersih. Apa yang saya dapat katakan, keadaan di pulau ini amat bersih dan terjaga rapi.

This article is from: