1 minute read
ProDuk PElANCoNgAN/ PArADISE 101
from Santai Travel 88
by Santaidesign
Machinchang Petland tarikan terbaru di langkawi
Advertisement
Machinchang Petland merupakan satu produk pelancongan terbaru di langkawi Skycab, Oriental Village. idea untuk membangunkan Petland ini adalah hasil jalinan kerjasama antara Panorama langkawi Sdn. Bhd. (PlSB) dengan enR Pets Shop (ePS). Membawakan konsep petting zoo, Machinchang Petland yang berkeluasan 46,700 kaki persegi ini menempatkan lebih daripada 49 spesis haiwan untuk tatapan para pengunjung.
TeKS : AK TeRIMA KASIh : PuAN FADINA OThMAN (PANORAMA LANgKAwI SDN. BhD)
antara binatang peliharaan unik di Machinchang Petland ini adalah sepasang Nilgai Antelop yang berasal dari India. Spesis ini hanya boleh dilihat di Machinchang Petland sahaja. Kerana haiwan ini adalah satu-satunya yang terdapat di Malaysia, Nilgai Antelop ini telah diangkat sebagai maskot bagi Machinchang Petland. Machinchang Petland mengambil masa selama lima bulan untuk disiapkan, dengan menelan belanja sebanyak RM 1.3 juta yang melibatkan kos pembinaan dan juga proses membawa masuk haiwan-haiwan ke Langkawi. Dengan kos penyelenggaraan bulan berjumlah RM47,600.00 ke RM55,000.00 dan melibatkan seramai 10 orang kakitangan, Machinchang Petland dilihat mampu memberikan pengalaman yang berbeza kepada para pengunjung yang berkunjung ke Oriental Village.
Beroperasi dari jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang, para pengunjung boleh memasuki Machinchang Petland dengan bayaran tiket masuk yang berpatutan iaitu RM18.00 (dewasa Malaysia) dan RM12.00 bagi kanakkanak dan warga emas (Malaysia). Manakala, harga tiket masuk bagi pengunjung antarabangsa adalah RM36.00 bagi dewasa dan RM24.00 bagi kanak-kanak dan warga emas.
Para pengunjung boleh merasai pengalaman menyentuh dan berada dengan lebih dekat haiwan-haiwan yang terdapat di Machinchang Petland. untuk perancangan masa hadapan, PLSB dan ePS akan menambah lebih banyak spesis haiwan untuk ditempakan di Machinchang Petland. Selain itu, PLSB dan ePS berhasrat untuk menjadikan Machinchang Petland sebagai tempat pembiakan untuk haiwan-haiwan eksotik selain daripada petting zoo.