1 minute read
from Asia Horizon
by Santaidesign
KANDUNGAN AH 1.15
_88
Advertisement
Perang dengan Sotong di Terengganu
Percikan dakwat hitam menyentap lamunan saya yang sedang leka menunggu umpan direntap oleh makhluk air yang bertulang satu ini. Kelihatan salah seorang rakan memegang dengan megahnya sotong katak hasil tangkapan beliau sendiri. Sotong katak bukanlah tumpuan utama bagi para nelayan kerana dikatakan sotong ini tidak semanis sotong yang lain dan agak keras. Namun jika ianya pengalaman pertama, sedikit sebanyak rasa bangga tetap ada. Oleh : KhAIRuL AZFAR AZAhARI Gambar : RIFAee ISA
_106
Di Sebalik Tabir India Banglore, Fort Cochin, Hampi dan Munnar
Sorotan kisah perjalanan saya melihat India lebih dekat bagi menyelami perjalanan hidup yang amat berbeza. Walaupun rata-rata semuanya hidup serba sederhana namun masih terpancar bibit-bibit senyum mesra kerana mereka percaya hidup hanya sementara dan menanti kelahiran semula. Oleh : MuhAMMAd hAZIq bIn AbduL hALIM\
_98
Macau Kaya Legasi Warisan
Ya ini kali ketiga saya menjejakkan kaki ke Macau. Entah kenapa setiap kali adanya tugasan ke Macau saya begitu teruja. Rasa keterujaan itu sama bagaikan pulang ke kampung halaman. Mungkin agak keterlaluan untuk berasa begitu tetapi itulah realitinya. Saya merasakan Macau bagaikan kampung sendiri. Malah tugasan kali ini lebih megujakan kerana dapat melawat beberapa kenalan yang berada di Macau. Oleh : FARIZ ALIAS
_114
Bonjour Paris! Momen indah Anuar Zain di Kota Cinta
Memang sudah menjadi impian saya untuk merakamkan artis yang satu ini untuk muka depan majalah. Kesibukkan beliau menyebabkan impian dibiarkan sepi. Peluang mengenali Pengurus beliau bagaikan membuka lembaran baru. Walaupun beberapa projek yang dirancang bersama-sama sebelum ini tidak menjadi kenyataan, kepercayaan masih diberikan dipihak saya untuk sama-sama terlibat di dalam showcase “Terindah” bersama Anuar Zain. Oleh : FARIZ ALIAS