19 minute read
PROMO ah
from Asia Horizon
by Santaidesign
Mencari Cinta di Kota Paris
Advertisement
Konsep : Fariz Alias ArAhAn seni : Rifaee Isa Jurufoto : Teng Wei Juruvideo : Khairul Anwar Abdullah JurusoleK : Eva Shahrul tAtAriAs : Zues Model : Shuhaiba Halil pAKAiAn : Rizman Ruzaini
p e Teks: khairul azfar azahari fOTO: rifaee isa rang soton gTerengganu di
Percikan dakwaT hiTam menyenTaP lamunan saya yang sedang leka menunggu umPan direnTaP oleh makhluk air yang berTulang saTu ini. kelihaTan salah seorang rakan memegang dengan megahnya soTong kaTak hasil TangkaPan beliau sendiri. soTong kaTak bukanlah TumPuan uTama bagi Para nelayan kerana dikaTakan soTong ini Tidak semanis soTong yang lain dan agak keras. namun jika ianya Pengalaman PerTama, sedikiT sebanyak rasa bangga TeTaP ada.
Matahari mula melabuhkan tirainya
Bot-bot sudah mula keluar untuk mencari hasil tangkapan
a
akTiviTi mencandaT soTong menjadi Taruhan di Terengganu. aktiviti yang saban tahun diadakan ini menjanjikan satu pengalaman yang luar biasa terutama buat mereka yang pertama kali merasai aktiviti mencandat ini
Perjalanan sejauh 5 batu nautika dari jeti Fikri setiu mengambil masa hampir 45 minit untuk tiba di perairan Pulau chepu yang merupakan lokasi pertama kami untuk memulakan aktiviti mencandat sotong. dengan menaiki bot nelayan, sempat juga saya membelek dan meninjau keadaan bot ini. mata saya tertarik pada dapur kayu yang dibuat khas di belakang bot untuk anak kapal masak hasil tangkapan laut mereka. cukup hanya dengan kicap dan sos, sudah memandai buat mereka
1 Masing-masing mempunyai misi tersendiri 2 Membelah lautan mencari lubuk sotong 3 Candat sotong aktivti yang sungguh mencabar 4 Aktivti mencadat bermula
1 2
3 4
Menanti habuan dasar laut
Perasaan teruja mencandat sotong
dalam masing-masing sibuk dengan usaha menangkaP soTong, saya Tidak melePaskan Peluang unTuk menikmaTi keindahan maTahari Terbenam. jika selalu lihaT di TePi PanTai namun kali ini cukuP berbeZa kerana hanya lauT yang mengiringi sang suria ke TemPaT beradu. kagum sebenTar dengan ciPTaan Tuhan swT yang begiTu indah. jarang sekali saya mendaPaT Peluang sebegini ruPa di ibu koTa.
Teknik mencandat sotong
untuk mencipta resipi sendiri di atas laut . sudah tentu rasanya jauh lebih segar!
Gembira berjaya menaikkan sotonG
Tidak lama kemudian, saya berjaya menaikkan seekor sotong jarum sebesar dua jari dewasa. Terasa bangga sebentar kerana ini adalah pengalaman pertama saya mencandat sotong. namun begitu keseronokan itu hanya bertahan seberapa tika kerana itulah sotong pertama dan terakhir yang saya berjaya naikkan setelah hampir dua jam berada di dalam bot. dalam masing-masing sibuk dengan usaha menangkap sotong, saya tidak melepaskan peluang untuk menikmati keindahan matahari terbenam. jika selalu lihat di tepi pantai namun kali ini cukup berbeza kerana hanya laut yang mengiringi sang suria ke tempat beradu. kagum sebentar dengan ciptaan Tuhan yang begitu indah. jarang sekali saya mendapat peluang sebegini rupa di ibu kota.
TePaT jam 9:00 malam kami bertolak balik ke jeti. sepanjang perjalanan pulang hanya ditemani deruan air tatkala malam mula menjelma. di saat itu juga , diri ini mula berasa mual dek kerana mabuk laut. Pil mabuk laut yang diambil sewaktu dalam perjalanan pergi ternyata tidak berkesan. hampir semua dari kami tumbang dan mengambil keputusan untuk menutup mata bagi menghilangkan kesan mabuk laut.
Teruja dengan hasil tangkapan
Hari menjengah ke malam
Pulau kapas menjadi lokasi untuk mencandat sotong. kali ini kami bergerak dari jeti riyaz heritage marina dan perjalanan ke lokasi yang ditujui mengambil masa 45 minit. berbanding Pulau chepu, arus di kawasan Pulau kapas ternyata lebih kuat sehingga terasa diri seperti dilambung tinggi. nama Pulau kapas dikatakan diambil bersempena dengan pantai di pulau ini yang putih dan halus bak kapas. Pulau ini juga mempunyai hutan tropika , air laut yang jernih serta kawasan tumbuhan laut dan terumbu karang. Tidak hairanlah Pulau kapas merupakan salah satu destinasi terkenal bagi penggemar aktiviti snorkeling dan selam skuba. selain daripada itu, Pulau kapas juga merupakan ‘lubuk’ bagi aktiviti mencandat sotong. bagi yang belum pernah mencuba, aktiviti mencandat sotong ini memang nampak mudah namun sebenarnya ia amat sukar sekali. Pada ketika ini, saya terfikir sejenak mengenai kepayahan hidup seorang nelayan membanting tulang empat kerat dan menanggung risiko berada di tengah laut demi mencari sesuap rezeki untuk keluarga tercinta.
berbanding dengan Pulau chepu, kali ini saya tumpas lebih awal. Tak sampai 10 minit bot bergerak dari jeti, saya meminta keizinan untuk berehat di dek kapten kerana tekak berasa loya. Faktor terhidu asap bot dan keadaan laut yang bergelora menyebabkan simptom mabuk laut terjadi. setelah hampir 30 minit berehat, saya mengambil keputusan untuk melihat keadaan sekeliling bot. ada yang berusaha menahan loya dan ada yang bersemangat mencandat sotong. menurut pemandu bot, sotong banyak naik ke permukaan tatkala bulan penuh.
Ternyata ianya benar kerana saya dapat melihat sendiri sotong-sotong naik ke permukaan walaupun tanpa dicandat. di bot kami, hampir 30 ekor sotong pelbagai jenis berjaya dinaikkan. antara jenis sotong yang diperolehi adalah sotong katak, sotong ngabang, sotong jenjarum dan sotong torok.
menjelang jam 11:00 malam , kami mula bertolak balik ke jeti. Pengalaman mencandat sotong memberi saya rasa luar biasa dan ianya pasti menjadi memori yang tidak akan dilupakan. rata-rata yang mengikuti ekspidisi ini melahirkan rasa keterujaan kerana tidak mudah mendapat peluang sebegini. malah ada yang sudah pasang angan-angan untuk kembali mencadat sotong pabila tibanya musim akan datang. bagi anda yang belum pernah mencuba aktiviti mencandat sotong, jangan lepaskan peluang datang ke negeri Terengganu yang sinonim dengan ungkapan ‘Negeri Cantik Budaya Menarik’ kerana ianya bakal menjanjikan satu pengalaman yang cukup berbeza. ah
Masih berdiri megah selepas pelbagai tragedi
mACAU KAYALEGASI WARISAN
Ya ini kali ketiga saya menjejakkan kaki ke Macau. Entah kenapa setiap kali adanya tugasan ke Macau saya begitu teruja. Rasa keterujaan itu sama bagaikan pulang ke kampung halaman. Mungkin agak keterlaluan untuk berasa begitu tetapi itulah realitinya. Saya merasakan Macau bagaikan kampung sendiri. Malah tugasan kali ini lebih megujakan kerana dapat melawat beberapa kenalan yang berada di Macau.
OLEH: FARIZ ALIAS
1
1 Muzium Grand Prix mempamerkan pelbagai bentuk kereta 2 Antara kereta yang menarik perhatian 3 Cuaca yang sedikit panas tidak membantutkan perjalanan 4 Tarikan yang mesti dikunjungi di Macau
2
3
w
WAlAupuN MAcAu HANyAlAH SebuAH kepulauan kecil yang rata-rata didiami oleh masyarakat cina, namun pelancong yang datang dapat merasakan keseronokkan yang tiada batasan. lawatan kali ini membawa saya meneroka pakej jalan-jalan di pinggiran kota sambil melihat muziummuzium yang menyimpan khazanah-khazanah yang berharga bagi masyarakat Macau. bagi yang pertama kali datang ke sini, tanggapan mereka bahawa Macau sebagai duplikasi kota perjudian Las Vegas mungkin benar. Namun jika diteroka dengan lebih mendalam, Macau mempunyai pelbagai tarikan istimewa.
PERNAh dIjAjAh PoRtUGIS
Macau pernah dijajah portugis pada kurun ke-16. Kesan penjajahan tersebut menyebabkan masyarakat Macau terbahagi kepada dua iaitu cina dan portugis. Malah bahasa portugis telah menjadi bahasa kedua bagi Macau. bukan itu sahaja budaya portugis jelas kelihatan di beberapa destinasi pelancongan di Macau. pulau yang kecil ini menawarkan 1,001 tarikan seperti bangunan warisan, budaya yang unik destinasi hiburan selain dikenali sebagai pusat belibelah dengan kepelbagaian produk fesyen berjenama seperti Chanel, MCM, Tory Burch, Prada dan Gucci.
Selain daripada itu Macau juga telah mewartakan 22 monumen sebagai warisan dunia antaranya A-Ma Temple, Moorish Barracks, Mandarin’s House, Gereja St Lawrence, Panggung Dom Pedro V, Pustaka Sir Robert Ho Tung, Rumah Agam Lou Kau, kubu pertahanan Mount Fortress dan kuil Na Tcha.
BERjALAN KAKI mELAWAt mUzIUm
Walaupun cuaca kali ini agak panas, namun kami tidak melepaskan peluang untuk berjalan-jalan sambil melawat muzium. Sempat juga kami singgah
The Venetian Resort
begitu indah
Macau pernah dijajah portugis pada kurun ke-16. kesan penjajahan tersebut Menyebabkan Masyarakat Macau terbahagi kepada dua iaitu cina dan portugis. Malah bahasa portugis telah Menjadi bahasa kedua bagi Macau. bukan itu sahaja budaya portugis jelas kelihatan di beberapa destinasi pelancongan di Macau.
di Muzium Grand Prix dan Muzium Wine. Muzium Grand Prix menempatkan pelbagai jenis kereta lumba yang digunakan oleh pelumba-pelumba terkenal dunia termasuklah Michael Schumacher. Muzium ini turut mempamerkan sejarah Fomula Tiga yang menjadi salah satu acara pelancongan bagi Macau.
peRSeMbAHAN “PeRFoRMANCe oF FADo” yang istimewa daripada pemain gitar dapat disaksikan di Muzium Wine. petikan gitar yang sungguh mengasyikkan dengan alunan muzik yang menyentuh jiwa. Di sini bukan sahaja dapat menyaksikan sejarah wine malah anda juga berpeluang untuk melihat transformasi masyarakat Macau pada satu ketika dahulu. Selain itu, gereja Ruins of St Pauls merupakan antara ikon tarikan yang terdapat di Macau. uniknya gereja
5
ini mengalami dua kali kebakaran dan salah satunya berpunca daripada kelalaian tukang masak. Ketika kebakaran pertama, ada usaha memperbaikinya namun insiden kedua menyebabkan sebahagian besar bangunan itu ranap sekali gus meninggalkan hanya bahagian depan dan tangga. Kini tinggalan gereja ini menjadi perhatian ribuan pelancong yang datang ke sini.
hIBURANYANG mENGASYIKKAN
Tidak lengkap kunjungan ke Macau sekiranya tidak berkunjung ke City of Dreams. City of Dreams merupakan
5 Bagaikan dibuai perasaan tatkala pendayung gondola mengalunkan irama merdu 6 Membeli-belah di The Venetian satu kemestian 7 Senado Square menjadi tempat tumpuan pelancong
6
Permandangan Macau daripada Menara Macau
kawasan resort berintergrasi yang menempatkan City of Dreams, Hard Rock Hotel, Crown Towers dan Grand Hyatt. peluang untuk menyaksikan The House of Dancing Water tidak dilepaskan. pertunjukan yang berasaskan air ini dibina khusus untuk Macau.
The House of Dancing Water menceritakan kisah cinta dan pengorbanan yang dijelmakan melalui tarian dan persembahan berasaskan air. Malah set pertunjukkan ini dibina di atas kolam yang besar memuatkan lebih kurang 3.7 juta gelen air bersamaan lima kolam bersaiz olimpik. persembahan ini begitu mengasyikkan dengan reka tari, set yang mengkagumkan dan aksi-aksi lasak yang mendebarkan. Menjejakkan kaki ke The Venetian Resort Macao
Pertunjukkan House of Dancing Water
Jika berani cubalah.
Dari kejauhan kelihatan bangunan moden di sebalik bangunan lama
CARA KE SINI
AirAsia terbang terus dari Kuala Lumpur ke Macau setiap hari. Layari www.airasia.com untuk maklumat lanjut.
MAKAN-MAKAN
Agar sukar mendapatkan makanan halal di sini. Namun ada beberapa Restoran India yang mendapat status Halal seperti Taste of India dan Golden Peacock. Cadangan membawa makanan segera boleh membantu mengatasi masalah ini.
OLE-OLE
Anda boleh berkunjung ke Senado Square yang menjadi pusat beli-belah dan cenderahati. Muzium Macau juga menjadi lokasi kedai cenderahati pada harga yang berpatutan.
MATAWANG
Matawang Macau ialah Macau Pataca (MOP). Namun Dolar Hong Kong juga boleh digunakan di sini.
PENGINAPAN
Hotel Royal Macau www.hotelroyal.com.mo Sheraton Macao Hotel, Cotai Central www. sheratonmacao.com
Terima kasih AirAsia dan Macau Tourist Government Office Kuala Lumpur kerana menaja lawatan ini. yang berkeluasan 10,500,000 kaki persegi, bagaikan mimpi. Walaupun sudah tiga kali perasaan teruja tetap sama. The Venetian Resort antara bangunan berstruktur tunggal terbesar di Asia serta keenam di dunia.
Mengambil inspirasi The Venetian di Las Vegas, tarikan utama hotel serta resort itu terserlah melalui terusan dengan perkhidmatan gondola selain langit buatan seolah-olah berada dalam dunia tersendiri.
Cari ole-ole di Senado Square
Senado Square atau Dataran Senado menjadi tumpuan saat tibanya musim festival ataupun perayaan. Namun popularitinya sebagai lokasi beli-belah yang menawarkan barangan pada harga yang lebih murah menjadikan dataran ini dipenuhi pengunjung setiap hari. Malah pelbagai jenis barangan dan oleole tempatan boleh didapati di sini. bagi yang sukakan cabaran, apa kata berkunjung ke Macau Tower. uji keberanian dengan menyahut cabaran untuk melakukan terjun bungee ataupun berjalan-jalan mengelilingi luar menara hanya berbekalkan tali yang diikat pada badan. perasaan ketika adrinalin memenuhi ruang badan membuatkan wujudnya rasa teruja yang amat luarbiasa. Ah
d i S e b a l i k t a b i r
I n d I a BanGLORE PORT COCHIn HaMPI MUnnaR
Sorotan kiSah perjalanan Saya melihat IndIa lebih dekat bagi menyelami perjalanan hidup yang amat berbeza. Walaupun rata-rata semuanya hidup serba Sederhana namun maSih terpancar bibit- bibit senyum mesra kerana mereka percaya hidup hanya Sementara dan menanti kelahiran Semula. oleh: MUHaMMad HaZIQ B. aBdUL HaLIM
Memandang jauh mungkin memikirkan masa depan yang tiada kepastian
Mengusaha perniagaan kecil-kecilan bagi menampung kehidupan
Mencuci pakaian masih dilakukan secara tradisional
Keretapi menjadi pengangkutan awam yang popular memandangkan jarak sesebuah bandar yang jauh di samping harga yang lebih murah
Berehat sementara menanti tibanya destinasi yang dituju
Teh antara hasil yang boleh didapati di Munnar
Walaupun serba sederhana namun kemudahan untuk pelancong tetap ada
Memberikan senyuman saat lensa merakamkan wajah comel mereka
!parisb uno oj r m mo en hni ad anuar az in c ni atd koi ta
MeMang sudah Menjadi iMpian saya untuk MerakaMkan artis yang satu ini untuk Muka depan Majalah. kesibukkan beliau Menyebabkan iMpian dibiarkan sepi. peluang Mengenali pengurus beliau bagaikan MeMbuka leMbaran baru. Walaupun beberapa projek yang dirancang bersama-sama sebelum ini tidak menjadi kenyataan, kepercayaan masih diberikan dipihak saya untuk sama-sama terlibat di dalam shoWcase “terindah” bersaMa AnuAr ZAin.
Konsep: Fariz Alias ArAhAn seni: Rifaee Isa Jurufoto: Teng Wei Juruvideo: Khairul Anwar Abdullah JurusoleK: Eva Shahrul penYelArAs: Zues pAKAiAn: Koleksi Peribadi Anuar Zain teriMAKAsih: Nana Ahmad dan Sam Kassim
Ya! anuar Zain.
Penyanyi yang menjadi pujaan saya sejak dibangku sekolah. Ingatan terhadap saat popularnya lagu Kain Pelikat sememangnya tidak jelas. Namun jika diputarkan lagulagu seperti Bila Resah dan Cinta Itu Terindah mulut lekas menangkap bait-bait lirik yang indah melodinya.
Acapkali Anuar Zain membuat persembahan pasti ramai yang terpukau. Konsert demi konsert dan showcase demi showcase semuanya mendapat sambutan. Ketika Nana; Pengurus Anuar Zain menghubungi untuk berkerjasama sempena showcase “Terindah” saya tidak berfikir panjang terus menyatakan persetujuan.
Lebih tiga dekad menghambakan diri di dalam dunia seni, tidak sekali pun pelantun lagu “Ajari Aku” ini menoleh ke belakang lagi dan setiap kali itu juga dia cuba memastikan setiap persembahan yang dilakukannya sentiasa berbeza agar semua peminat tersayang mendapat kepuasan setiap kali menonton persembahannya.
Bonjour PAris!
Kolaborasi saya dan Anuar Zain membawa kami ke kota Paris, destinasi pelancongan yang seringkali menjadi pilihan pelancong dari seluruh pelosok dunia. Selain meraikan pemenang bertuah ketika showcase “Terindah”, kami juga berpeluang merakamkan momen-momen istimewa Anuar Zain di Paris untuk tatapan pembaca majalah Asia Horizon.
Jika ditanya perasaan saya ketika itu, jawapan saya hanya satu. Gementar. Bukan senang untuk merakamkan potret muka depan. Segalanya perlu dirancang dengan teliti. Tambahan bekerja dengan artis berkelas A ianya sudah cukup memberikan rasa gundah kerana saya perlu memastikan urusan penggambaran dijalankan dengan sempurna. Apa yang lebih membanggakan, ini merupakan penggambaran pertama untuk Anuar Zain di luar negara bagi sebuah pembikinan muka depan majalah. Saya menjadi bertambah teruja.
Apa yang dirancang tidak semestinya berjalan dengan lancar. Ketika kami berada di Paris, hampir setiap hari hujan dan saat kami ingin memulakan penggambaran hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah hujan berhenti saat Anuar sudah siap untuk memberikan pose yang terbaik.
Senang sekali bekerja dengan beliau. Bagaikan ada chemistry di antara jurugambar dengan Anuar Zain. Membawa tiga persalinan peribadi, Anuar Zain memukau lensa kamera dengan gerak gaya yang bersahaja menjadikan segala kerja begitu mudah.
Buat peminat-peminat Anuar Zain, kami di Asia Horizon tampilkan ceritera indah berserta potret-potret eksklusif Anuar Zain di Paris. Ikuti temubual kami bersama the one and only – Anuar Zain.
anuar Zain: Why not Paris? Paris is one of the most visited city in the world. Paris tiada duanya. Rasa sangat teruja saat kita menjejakkan kaki di Paris. pemandangan yang indah, kota Paris bukan sahaja kaya dengan budaya malah sejarahnya juga begitu menarik perhatian saya.
BilA KAli terAKHir Ke PAris?
Kali terakhir saya ke Paris lapan tahun lalu. Waktu itu musim panas. It was too hot. Saya memang tidak tahan panas. Jadi masa lebih banyak dihabiskan di hotel. Tidak banyak berjalan. Hanya berjalan tika tibanya matahari terbenam. It is a lovely weather now. Seronok berjalan-jalan. Tambahan pula dapat meluangkan masa bersama peminat menjadi momen indah buat saya.
APA yAng ingin dicAri selePAs lAPAn tAHun?
Paris ni macam candu. You want to come again and again. Setiap kali datang pasti ada sahaja benda baru yang kita terokai. Selalunya saya ke Paris sendiri tapi kali ini bersama agen pelancongan. Banyak, informasi baru yang saya perolehi, Misalnya kisah Statue of Liberty dan saya berasa gembira berpeluang melihat statue tersebut di Paris.
ApA perAsAAn bersAmA-sAmA peminAt di pAris?
Terima kasih kepada FBa Media kerana menjadikan ianya satu kenyataan. Saat sesi diskusi dengan team anuar Zain network, kami ingin memberi kejutan dan penghargaan kepada peminat yang menyokong saya. Alhamdulillah saya berjaya merealisasikannya ketika showcase “Terindah” bersama Anuar Zain. Seorang peminat bertuah telah dipilih berdasarkan cabutan bertuah dan here i am bersama mereka pusing-pusing Paris and I am very happy.
jAdi seKArAng AnuAr ZAin telAH menetAPKAn sAtu tAndAArAs yAng tinggi?
Saya sentiasa mahu berikan kejutan. Tidak salah kita ingin bagi reward kepada peminat. Setidak-tidaknya kejutan itu memberikan kegembiraan kepada mereka. Saya tidak pernah meletakkan apa-apa tanda aras. Apa yang penting setiap peminat yang datang persembahan saya berasa relax and enjoy every moment.
APA yAng mesti dilAKuKAn KetiKA BerAdA di PAris?
Pertama sekali mesti pergi berjalan-jalan di Eiffel Tower. Pemadangan dari atas Eiffel Tower sungguh indah. Anda akan dapat melihat keseluruhan kota Paris dari menara ini. Kemudian jalan-jalan sambil shopping di The Avenue des Champs-Élysées. Ianya begitu indah pada waktu malam. Selain itu anda boleh mencuba dinner cruise; Bateaux Parisiens. Hari ini saya menikmati dinner cruise ini dan ianya sungguh menarik. Selain makanan yang enak anda juga berpeluang menyelusuri River Seine sambil melihat panorama indah Paris. Jangan lupa The Louvre Museum, muzium yang mempamerkan khazanahkhazanah yang berharga seperti potret Monalisa yang begitu dikagumi dunia. Gallery Lafayette juga mesti dikunjungi untuk mereka yang suka membeli-belah.
AndA leBiH gemAr merAncAng PercutiAn AtAu seBAliKnyA?
Setiap percutian saya mesti dirancang. Oleh sebab jadual saya yang tidak menentu maka setiap percutian saya mesti dirancang. Jika saya lihat jadual saya kosong cepat-cepat saya rancang percutian (sambil ketawa kecil). Selalunya waktu bercutilah saya ingin berehat sepenuhnya kerana kerja saya menuntut masa dan tenaga yang berterusan.
APA yAng dicAri KetiKA Bercuti?
Saya suka melihat sesuatu budaya sesebuah negara. Bagi saya budaya mencerminkan peradaban sesuatu masyarakat. Saya akan berkunjung ke muzium-muzium bagi memahami sejarah dan ia sungguh mengujakan.
BendA yAng mesti BAwA KetiKA Bercuti?
Benda yang paling penting ialah international adapter. Tanpa adapter memang haru-biru jadinya. Saya juga akan bawa kasut yang sesuai kerana saya gemar berjalan pusing-pusing melihat tempat-tempat menarik. Saya akan menaiki bas yang membawa pelancong ronda-ronda sekitar tempat menarik. Saya juga akan bawa seluar yang selesa untuk kegunaan seharian.
PeKemBAngAn terKini?
Saya dalam proses menyiapkan album terbaharu. Amat sukar untuk saya nyatakan dengan tepat bila ianya akan dipasarkan. Saya mahukan buah tangan saya yang ini memberi kepuasan bukan sahaja kepada saya malah kepada semua peminat yang menyokong saya. Di samping itu ada beberapa show istimewa yang di dalam perancangan. Insyaallah 2015 akan memberikan lebih kegembiraan buat peminat tersayang.
AndA seorAng yAng perfectionist. AndA tAHu APA yAng AndA mAHuKAn. tidAK ingin cuBA menciPtA lAgu sendiri?
Saya pernah mencuba menghasilkannya. Saya juga amat bertuah mempunyai rakan-rakan yang sangat kreatif baik di Malaysia mahupun di seberang. Hasil karya mereka kena dengan jiwa saya dan mereka tahu apa yang saya mahukan dan ianya menjadi lebih mudah.
tidAK KePingin BerlAKon lAgi?
Kecintaan saya begitu mendalam dalam dunia nyanyian. Saya ingin terus berkarya dan ingin terus memberikan yang terbaik buat peminatpeminat saya. AH
1
1 Ketika baru tiba di Paris. Semuanya kelihatan lapar dan sabar menanti siapnya snek yang dipesan 2 Berjalan sekitar Paris mencari lokasi untuk penggambaran seterusnya 3 Menjadi kemestian untuk bergambar beramairamai
Di Sebalik Tabir
!parisb uno oj r m mo en hni ad anuar az in c ni atd koi ta
- PARIS Pengembaraan krew Asia Horizon ke Paris meninggalkan segala memori indah. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak terutama selebriti terkenal, Anuar Zain memudahkan segala urusan. Yang pasti semuanya gembira. Untuk tatapan pembaca, sedikit coretan Di Sebalik Tabir pembikinan “Bonjour Paris!”
2
4
5
6
4 Ready, one, two, three... 5 Semua memainkan peranan masing-masing 6 Efek dedaun. Inilah yang perlu dilakukan 7 Penggambaran di Grand Palais 8 Berehat menjamu selera di Bateaux Parisiens