Nama : Pn Siti Hasanah bt Mohd Noor Jawatan : Guru Penyelaras Bestari SK Sri Kerian – admin frogvle Pengalaman menjalankan frogvle bersama murid Tahun 4. Saya memperkenalkan frogvle kepada murid Tahun 4 pada awal Januari 2013 setelah semua guru diberi kursus frogvle. Murid mengganggap frogvle seperti facebook yang boleh berinteraksi sesama mereka. Masalah pertama ialah password yang diberikan susah nak diingati kerana password itu bercampur huruf besar dan kecil serta ada nombor. Jadi saya permudahkan dengan reset password tersebut. Perkara kedua, saya tayangkan video clip frogvle, saya tunjukkan beberapa contoh dashboard yang dibina oleh guru-guru semasa kursus. Perkara penting yang murid perlu tahu ialah orang lain tak boleh melihat dashboard kita. Dashboard adalah seperti sebuah digital diari. Boleh letak apa saja yang berkaitan dengan diri sendiri seperti meletakkan gambar peribadi, menulis calendar , memuatnaik lagu dan lain-lain lagi. Perkara ketiga , saya tunjukkan dan terangkan tentang penggunaan storage seperti school document (SD), my document(MD) serta kegunaannya seperti murid boleh capai bahan sekolah melalui SD dan menyimpan hasilan kerja mereka di dalam MD. Tak perlu lagi guna pendrive atau simpan dalam computer. Langkah seterusnya. Saya ambil gambar mereka dan letak dalam school document. Minggu seterusnya saya tunjukkan cara bina dashboard – layout, setting, tukar bahasa, calendar , widget media (cara insert gambar dari school document dan dari komputer) , time dan widget text. Minggu 3dan 4 – saya fokuskan cara memasukkan bahan pembelajaran ke dashboard murid melalui widget embed website, external link, link to file dan site link. Minggu 5 dan 6 – ulangkaji pembelajaran minggu kedua dan ketiga. Minggu 7 hingga 8 – saya mulakan penggunaan app assignment. Murid membuat latihan yang diberi di rumah dan masa lapang di sekolah . minggu seterusnya saya menghantar latihan melalui email. Murid belajar membaca email , compose email , attach a file dan send email. Minggu-minggu seterusnya murid akan update dashboard mereka. Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Saya menggunakan widget embed website jika PdP saya merujuk kepada sesuatu website. Saya juga gunakan widget sitelink yang telah saya sediakan untuk PdP.
Kebaikan dan masalah/kelemahan yang dihadapi sepanjang 4 bulan saya menggunakan frogvle. Kebaikan 1. murid belajar satu program baru yang tidak dijual di kedai-kedai cd. 2. murid aktif kerana mereka terlibat sepenuhnya mengendali computer dan membina dashboard sendiri.