Dari Meja Pentadbir / دري م يجا ڤ ي ن تادب ير
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT Laman Rasmi SK Tanjung Tualang ini dapat dibangunkan dan beroperasi bagi tujuan komunikasi dua hala antara pentadbir dan warga sekolah dan juga komuniti Tanjung Tualang. Besarlah harapan saya sekiranya laman rasmi ini dapat dijadikan sebagai medium untuk kita berkomunikasi dan sebagai perantara untuk sebaran maklumat secara lebih cepat dan berkesan. Sama-samalah kita memanafaatkan laman ini sebaik dan semaksima mungkin dan menggunakannya secara beretika.
Yusri Zainol Abidin Guru Besar / Web Master
،ال سالم ع ل ي كم دان سالم سجه ترا دڠن اي ذي ن هللا س بحان وت عال ى المن را سمي سق ت نجوڠ ت وال ڠ اي ن داڤ ت،ال حمدهلل دب اڠون كن دان ب روڤ ر سي ب اڬ ي ت وجوان ك ومون ي كا سي دوا هاال ان تارا ڤ ي ن تادب ير دان .ورڬ س كول ه دان جوڬ ك ومون ي تي ت نجوڠ ت وال ڠ داڤ ت دجادي كن س باڬ اي م يدي وم اون توق ب سرل ه هارڤ ن ساي س ك يراڽ الم ن را سمي اي ن ك يت ب رك ومون ي كا سي دان س باڬ اي ڤ ران تارا اون توق س بارن مع لومت سچارا ل ب يه .چ ڤت دان ب رك سن سام- سام له ك يت ممان ف ع ت كن الم ن اي ن س باي ق دان سم ك س يم موڠ ك ين دان مڠ ڬون اك نڽ .سچارا ب يري ت ي كا ي و سري زاي نول عاب دي ن وي ب م س تر/ ڬ ورو ب سر
Hasrat Pengarah Pendidikan Perak / ح سرت ڤ ڠاره ڤ ندي دي قن ڤ راق
Sejarah Sekolah /
سجاره س كول ه
Sejarah Sekolah Kebangsaan Tanjung Tualang ini telah bermula pada tahun 1925. Pada masa itu sekolah ini telah ditempatkan di Batu 9 iaitu lebih kurang 1.5km dari Pekan Tanjong Tualang dan 5km dari sekolah yang ada sekarang. Bangunannya pada masa itu hanyalah merupakan suatu bangunan kecil yang berdindingkan buluh dan beratap daun nipah. Kemajuan sekolah ini telah dapat dipertingkatkan dari hanya mempunyai 2 kelas menjadi 5 kelas dengan bilangan muridnya seramai lebih kurang 100 orang iaitu pada tahun 1937. Sekolah ini tidak dapat kekal lama beroperasi di tapak asal, pada tahun 1954 sekolah ini telah di pindahkan ke Kampung Batu 7, jaraknya kira-kira 6km dari Pekan Tanjung Tualang. Perpindahan ini disebabkan tapak bangunan asal bangunan sekolah ini dituntut semula oleh pemilik iaitu Syarikat Perlombongan Australia, Osborne & Chappel. Syarikat tersebut telah membiayai kos pemindahan dan kerja-kerja pembinaan dibuat secara gotong-royong oleh penduduk setempat dan para pekerja syarikat perlombongan tersebut. Setelah ditempatkan di Kampung Batu 7, bangunannya telah dinaik taraf kepada bangunan kayu, kelas dan bilangan muridnya terus bertambah. Disebabkan pertambahan murid, tahun 1, 2 dan 3 telah ditumpangkan belajar di bangunan Madrasah Kampung Batu 8 yang terletak 1km dari sekolah asal. Pada tahun 1964, sebuah lagi bangunan batu JKR No.750 telah didirikan bagi menampung pertambahan murid yang mendadak pada masa tersebut. Pada awal tahun 70 an, sekolah ini terpaksa beroperasi dalam dua sesi iaitu pagi dan petang kerana faktor pertambahan murid yang mendadak dan kekurangan bilik darjah. Sehingga kini SK Tanjung Tualang mempunyai murid sekitar 170 orang dengan tenaga pengajar dikalangan guru-guru terlatih. Berbagai kemudahan infrastruktur telah disediakan seperti makmal komputer, pusat akses, makmal sains, bilik kemahiran hidup, surau dan sebagainya bagi kemudahan pembelajaran dan pengajaran.
Antara Guru Besar yang pernah bertugas di sekolah ini ialah : Mohammad Nor bin Hood (1925 - 1936) Ibrahim bin Ngah (1937 - 1949) Abdul Karim Haji Abdullah (1949 - 1962) Ahmad Bizayan Abdul Ghani (1963 - 1980) Kamaruddin Ramli (1981 - 1986) Hamzah Ahmad (1987 - 1989) Jalaluddin Kamaruddin (1990 - 1994) Shamsuddin Mahfizullah (1994 - 1994) Abdul Rahim Sintek (1994 - 1996) Abdul Aziz Surur (1996 - 1998) Ahmad Tarmizi Abdul Majid (1999 - 2001) Ismail Mohd Sam (2001 - 2003) Mohd Mokhtar Zawree (2003 - 2008) Anuwar Amir Hassan (2008 - 2012) Yusri bin Zainol Abidin (2012 - Sekarang)
Visi & Misi / ۏي سي & م ي سي
VISI / ۏيسي Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
ڤنديديقن بركواليتي انسان ترديديق نڬارا سجهترا MISI / ميسي Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
ملستاريكن سيستم ڤنديديقن يڠ بركواليتي اونتوق ممباڠونكن ڤوتينسي اينديۏيدو باڬي ممنوهي اسڤيرسي نڬارا
Piagam Pelanggan / ڤ ياڬ م ڤ ل ڠ ڬن Kami Warga Sekolah Kebangsaan Tanjung Tualang Dengan Penuh Tekad Dan Semangat Berikrar Dan Berjanji Akan Menumpukan Sepenuh Tenaga Dan Usaha Kami Untuk: 1. Mewujudkan dan melaksanakan sistem pendidikan yang terbaik selaras dengan dasar semasa Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Memastikan anak didik sekolah ini menjadi insan yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia. 3. Meningkatkan kualiti dan tahap profesionalisma kami. 4. Mewujudkan komunikasi yang baik dan berkesan dengan komuniti dan agensi lain. 5. Memastikan sekolah sentiasa selamat dan kondusif dari aspek infra, perkhidmatan dan layanan untuk keselesaan murid dan pelanggan. 6. Mewujudkan budaya sekolah penyayang dan perihatin.
Lagu Rasmi Sekolah / الڬ و را سمي س كول ه
Lirik Megahmu SKTT berkobar dalam jiwa, Kami anak bangsa berikrar, Memberi yang terbaik untuk cita-cita, Janji kami guru ibu bapa. Walaupun tersungkur kami tidak rela, Bingkas kami bangun semula, Berbekal senjata di dalam dada, SKTT sentiasa berjasa. Kami anak bangsa mulia, Budi pekerti akhlak dijaga, Untuk agama, bangsa dan negara, SKTT yang tercinta. Walaupun tersungkur kami tidak rela, Bingkas kami bangun semula, Berbekal senjata di dalam dada, SKTT sentiasa berjasa. SKTT sentiasa berjasa.
Lirik Cikgu Sahril Amar. Guru Muzik & Guru Data Maklumat SK Tanjung Tualang.
Pelan Lokasi / ڤ لن ل وك ا سي
Sumber Manusia / سي
سوم بر مأن