studio216.co siaran akhbar(press release) 2015

Page 1

SIARAN AKHBAR 2015


Ditubuhkan pada tahun 1968, jenama Porada sudah sinonim dengan perabot kayu pepejal elegan yang di reka bentuk dan dibuat di Itali. Porada juga adalah salah satu jenama di zaman ini yang mengekalkan kawalan penuh terhadap pengeluaran setiap keping perabotnya. Dengan penggunaan kayu yang terbaik yang diperolehi dari hutan mampan, dan juga rekaan buatan-tangan terbaru di kilangnya di Como, kualiti tertinggi dikehendaki pada setiap peringkat proses penghasilanya. Keupayaan unik jenama ini adalah dengan kebolehannya dalam menyatukan keindahan bahan binaan alam semula jadi dengan inovasi teknologi yang terkini. Lantas, ini meneguhkan kedudukannya sebagai jenama yang terunggul di dalam industri tersebut. Antara perabot yang terlaris termasuk reka bentuk klasik seperti meja “Infinity�. Ringkas dan canggih, meja ini mempunyai pangkalan terputar infiniti yang diukir dari sebuah papan tunggal yang menyokong sekeping kaca di atasnya. Porada telah mengasah nilai estetiknya selama beberapa tahun yang lepas dengan kerjasama ramai pereka cipta yang berbakat dan terbaik. Anggun, mewah dan abadi, jenama itu mempunyai pandangan yang tersendiri, di mana ia percaya bahawa: "Sentuhan kayu memberikan perasaan yang mesra dan anggun, di mana perabot yang bersifat minimalis tidak dapat berikan kepada anda." Ia juga berpendapat yang, "Kayu pepejal adalah bahan semula jadi yang bernyawa, tidak seperti plastik." Misi Porada adalah untuk meluaskan semangat penghargaan terhadap kayu pada setiap ruang terperinci di dalam rumah. Dengan ini, Porada telah mencuba untuk memberi makna baru pada bahan binaan ini dengan cara yang kontemporari dan inovatif, di mana kayu dipasangkan dengan batu marmar, kulit dan juga kaca "lacquered". Di pameran Salone de Mobile 2015, jenama Porada juga telah melancarkan "Fifteen"; koleksi perabotnya yang paling komprehensif sehingga kini. Buat pertama kalinya, Porada memperkenalkan bangku, rak buku dan cermin ke dalam rangkaiannya. Diilhamkan oleh zaman 50-an, reka bentuk koleksi ini adalah moden dan pada masa yang sama mempunyai gaya “chic� pertengahan abad.


biblio design – t. colzani Rak buku ini dicorak dengan garis bersih yang cermat dan menarik. Rangka ini boleh didapati dengan kayu asli "canaletta walnut" dan raknya pula boleh diwarnakan atau dicelup dalam kemasan pilihan.

bolla d e s i gn – o. favaretto Sederhana dan elegan, lampu meja ini mempunyai potensi untuk menjadi reka bentuk yang klasik. Dengan menggunakan kayu "ash" dan peresap lampu yang boleh didapati dalam opal putih, salai atau kaca sutera, ia boleh digunakan secara individu atau set.


flag 190/ flag 220 d e s i gn – u. asnago Cermin minimalis ini mempunyai bentuk tidak simetri yang memberikannya reka bentuk tersendiri. Sesuai untuk digantung atau disandar pada dinding, ia mempunyai bingkai yang diperbuat daripada “canaletta walnut”.

hilton desig n – t. colzani Dengan reka bentuk grid grafik, skrin pembahagi bilik "peek-a-boo" ini yang diperbuat daripada "canaletta walnut" pasti menonjol di dalam rumah anda.

lolita con braccioli d e s i gn – e. gallina Ini adalah sebuah kerusi makan canggih yang memberi penghormatan kepada reka bentuk pereka induk Itali, Gio Ponti. Bingkai kerusi ini diperbuat dari pepejal kayu abu dan kusyennya boleh disarungkan dengan kain dari koleksi pilihan.


p a usa de s i gn – t. col z a ni Meja sisi walnut yang anggun ini mempunyai permukaan kaca "lacquered" yang pasti membuat perabot ini iringan bergaya untuk set ruang tamu anda.

m a sa i m a dia de s i gn – m . m a r con a to & t. z a p p a Almari berdiri ini mempunyai pintu hiasan yang menonjolkan keindahan semula jadi dan nuansa kayu pepejal "canaletta walnut". Almari ini juga mempunyai asas yang diperbuat dari logam.

r og e r s de s i gn – c. ba l l a bio Pasangan meja sisi yang diperbuat daripada kayu pepejal "canaletta walnut" ini mempunyai kaki yang langsing dengan penghujung yang diperbuat dengan kayu “maple”. Ini memberikannya penampilan yang halus dan ringan.


we bby Satu pasangan di antara gaya klasik dan kontemporari, bangku yang diperbuat daripada kayu pepejal "canaletta walnut" ini menampilkan kusyen "capitonne" dalam pilihan warna yang terang dan garang. Butang untuk perabot ini boleh dipadankan bersama dengan sarung kusyen, di mana ia boleh didapati pada warna yang berbeza untuk mendapati "contrast" yang menawan.

z ig g y d esign – c . b a ll a bio Ini adalah sebuah meja yang tegap dengan bingkai yang diperbuat daripada kayu pepejal "canaletta walnut" dan ia boleh didapati dengan permukaan marmar mewah atau kaca "lacquered" dengan permukaan marmar mewah atau kaca "lacquered" hitam.


Cierre adalah sebuah jenama yang sudah beroperasi dalam perniagaan perabot kulit selama lebih dari 40 tahun. Banyak jenama lain seperti Roche Dubois dan Armani Casa bergantung kepada Cierre untuk menghasilkan perabot kulit mereka, namun jenama Cierre kini semakin terkenal dengan hasil reka bentuk yang tersendiri. Gianmarie Conficconi dari Cierre berkata: "Bagi kami, kulit adalah seperti papan warna untuk pelukis. Kita mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang bahan ini, jadi apabila kita mereka bentuk perabot, kita boleh menolak add sepenuhnya sempadan industri ini." Kecanggihan produk Cierre terletak pada butirannya. Hubungan dengan penyamakan kulit yang baik membolehkan Cierre untuk menyediakan sofa yang diperbuat dari kulit bijirin penuh change to asli yang berkualiti paling tinggi di dunia. Sebagai pakar kulit, kilangnya juga dilengkapi dengan mesin yang membolehkan ia berkerja dengan kulit yang lebih tebal dan lebih bertahan lasak. Kilang Cierre juga menempatkan lebih 130 pakar, ramai yang telah bekerja dengan Cierre semanjak syarikatnya itu bermula sejak mulanya syarikat itu. Tangan pakar inilah yang melekukan segala-galanya daripada pemasangan getah busa ke dalam sofa hingga menjahit, Ini merupakan tulang belakang Cierre dan rahsia kejayaannya. Produk tandatangan Cierre seperti sofa modular "Play", kerusi "Madame" dan sofa sudut "New York", yang telah di reka menggabungkan gaya klasik Itali dengan teknologi baru. Gabungan estetika dan daya praktikal adalah di antara ciri-ciri unik sofa Cierre dan ini termasuk mekanisme berbaring yang membolehkan pengguna untuk membaringkan sokongan belakang untuk keselesaan maksimum. Di pameran Salone de Mobile 2015, Cierre telah mengemaskini barisan "bestsellers" dengan memperkenalkan warna kuning ala musim panas, sabak sejuk kelabu, dan kulit baru yang inovatif. Kulit yang dinamakan "Nappalin" ini adalah sebuah kulit bijirin penuh yang dicelup dengan "aniline" untuk mengekalkan permukaan yang asal. Manakala, kulit yang dinamakan "Vintage" telah disalut dalam kemasan serbuk yang menonjolkan.


karma bedframe

design – stefano conficconi Kemewahan terunggul adalah katil yang direka untuk bersantai dan membolehkan kita tidur nyenyak pada waktu malam. Sesuai untuk membaca dan menonton televisyen di tempat tidur, Karma lengkap dengan kepala katil empuk yang diisi busa dalam poket individu untuk keselesaan maksima. Ia juga dilengkapi dengan mekanisme yang membolehkan lipatan untuk menyokong belakang dan kepala anda.

madame armchair d e s i gn – stefano conficconi Sebuah tafsiran kontemporari pada kerusi ruang tamu klasik, Madame menggabungkan keselasaan kerusi "armchair" dan "ottoman" dengan kemudahan swivel aluminium di bahagian bawahnya.


play modular sofa d e s i gn – stefano conficconi Unit sofa inovatif ini menjemput anda untuk bersenang-senang dengan reka bentuknya, dan mengubah rupa ruang tamu anda pada bila-bila masa saja. Setiap komponen individu boleh dicampur dan disusun semula ke pilih atur yang berbeza – dari tempat duduk bertiga yang selesa dan juga aturan elegan "chaise lounge".


margot sofa d e s i gn – stefano conficconi Cierre mengemas kini sofa ikonik dan klasik dari zaman 1930-an ini dengan kaki keluli aluminium yang digilap, dan juga sokongan belakang "reclining" yang sudah menjadi tandatangan jenama ini. Gabungan inovatif di antara reka bentuk yang menarik dan daya keselesaan boleh dihargai dengan mekanisme lipatan belakang yang membolehkan ia disesuaikan untuk muat kelengkungan postur pengguna.


Di Studio216, kami teramat intim dengan reka bentuk kontemporari dan kehidupan yang mewah. Kami adalah sebuah kedai perabot pakar yang menawarkan jenama Itali yang terkemuka seperti Porada dan Cierre. Pilihan perabot di kedai kami telah dipilih dengan rapi untuk memenuhi keperluan pemilik rumah yang arif. Di Studio216 juga, setiap keping perabot adalah rekaan klasik moden. Dengan kepakaran dan pengalaman yang mendalam dalam industri ini, kami telah membina reputasi sebagai rakan pilihan bagi arkitek dan pereka dalaman yang terkemuka di rantau ini.

U N T U K M A K L U M AT L A N J U T S I L A H U B U N G I :

LEON T 013 - 319 2713 E leon@studio216.co CAMY LING T 012 - 976 5737 E camyling@rocketmail.com / studio216@studio216.co

STUDIO AT 216 SDN BHD THE GARDENS LE VEL 2 UNIT S216 LINGK ARAN SYED PUTRA 59200 KUAL A LUMPUR MAL AYSIA T 03 – 2201 1798


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.