HIA3013

Page 1

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN

IMAN DAN KEHIDUPAN LIA 1012

PROGRAM JARAK JAUH (PJJ) © UPSI 2012


LIA 1012 IMAN DAN KEHIDUPAN Penyelaras

:

Wahibah Twahir@H.Tahir

Penyunting

:

Wahibah Twahir@H.Tahir Dr Azmil Hashim

Penulis

:

Wahibah Twahir@H.Tahir Husna Husain Dr Ibrahim Hashim


i

PENGENALAN Panduan kursus disediakan bagi membantu anda memahami sepenuhnya keperluan dan kandungan kursus. Pelajar dinasihatkan membaca bahagian ini dengan teliti dan selepas itu berusaha untuk mengikuti segala perkara yang disarankan bagi membolehkan anda melengkapkan kursus ini dengan cemerlang. Kursus LIA1012 Iman dan Kehidupan merupakan kursus yang menggabungkan 10 unit yang membincangkan tajuk-tajuk dalam bidang aqidah iaitu hakikat kehidupan, hakikat iman, mentauhidkan Allah SWT, beriman kepada Malaikat, beriman kepada Kitab dan Rasul, beriman kepada hari Kiamat, beriman kepada Qadha’ dan Qadar, hubungan mukmin dengan alam, ibadah, syariah dan akhlak mukmin, dan amalan yang merosakkan iman. Kursus ini membincangkan konsep iman serta penghayatannya dalam kehidupan seharian. Penekanan diberikan kepada tuntutan setiap rukun iman dalam kehidupan yang menjadi asas pengembangan ibadah dan syariah serta faktor pembentukan akhlak umat Islam. Di samping itu, ia menjelaskan amalan dan fahaman yang boleh merosakkan iman yang membawa kepada rosaknya amal seperti amalan syirik, ajaran sesat, bid’ah dan khurafat serta fahaman-fahaman moden dalam bentuk ideologi masa kini.

KUMPULAN SASARAN Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam di UPSI. Walau bagaimanapun, modul ini digubal khas untuk pelajar Program Jarak Jauh.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Mengikut piawaian UPSI dan MQA, setiap jam kredit memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam waktu pembelajaran. Oleh itu bagi setiap kursus ini pelajar perlu memperuntukkan 240 jam waktu pembelajaran. Anggaran agihan waktu pembelajaran bagi kursus ini adalah seperti dalam Jadual 1.


ii

Jadual 1 Anggaran agihan masa pembelajaran (3 jam kredit)

Jam Pembelajaran Aktiviti Pembelajaran Bersemuka Membaca modul, ulangkaji, menyiap tugasan Tutorial di Pusat Tutorial dalam talian (E-Learning, contohnya melalui BigBlueButton, Skype, dll.)

Tidak Bersemuka 40

10 32

Forum (E-Learning melalui MyGuru2)

28

Video P&P melalui MyGuru2

6

Tutorial di Pusat

10

Kuiz dalam talian melalui MyGuru2

4

Jumlah Masa Pembelajaran

42

78

HURAIAN LIA 1012 IMAN DAN KEHIDUPAN HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Di akhir kursus, pelajar akan dapat; 1. 2. 3. 4. 5. 6.

menjelaskan kedudukan tauhid sebagai tunjang keimanan. menganalisa penghayatan tauhid dalam kehidupan. Menghuraikan rukun iman dan hubungannya secara umum antara rukun iman dan tauhid. menganalisis adat kebiasaan masyarakat Melayu yang berkaitan aqidah. menganalisa unsur-unsur khurafat dan bid'ah dalam kehidupan harian mukmin. mengenal pasti cabaran-cabaran aqidah yang wujud dalam kehidupan mukmin dalam konteks masa kini.


iii

SINOPSIS KURSUS Kursus ini membincangkan konsep iman bertunjangkan tauhid serta penghayatannya dalam kehidupan seharian muslim yang mukmin. Penekanan diberikan kepada tuntutan setiap rukun iman dalam kehidupan semasa yang menjadi asas pengembangan ibadah dan syariah serta faktor pembentukan akhlak umat Islam. Di samping menjelaskan amalan dan fahaman yang boleh merosakkan iman yang membawa kepada rosaknya amal seperti amalan syirik, ajaran sesat, bid’ah dan khurafat serta fahaman-fahaman moden dalam bentuk ideologi masa kini yang disebarkan menerusi gerakan orentalisme dan westenisasi.

ISI KANDUNGAN KURSUS UNIT

TAJUK

1

HAKIKAT KEHIDUPAN Unit ini membincangkan tentang fitrah bertuhan yang ada pada setiap diri manusia, penemuan akal dan petunjuk wahyu, keimanan sebagai manifestasi fitrah manusia dan kepentingan aqidah yang benar.

2

HAKIKAT IMAN Unit ini membincangkan tentang pengertian iman Dan Islam, hubungkait antara aqidah dengan iman dan Islam, rukun iman dan kepentingannya, serta hakikat iman dan faktor perubahan iman.

3

MENTAUHIDKAN ALLAH SWT Unit ini membincangkan tentang Tauhid dan hakikatnya, perbezaan mentauhidkan Allah SWT sebagai rabb dan ilah, pembahagian Tauhid dan tuntutan mentauhidkan Allah SWT sebagai pemilik nama-nama indah dan sifat kesempurnaan.

4

BERIMAN KEPADA MALAIKAT Unit ini membincangkan tentang pengertian beriman kepada malaikat, hukum beriman kepada malaikat, cara beriman kepada malaikat, sifat-sifat malaikat, nama-nama dan tugas malaikat, kesan beriman kepada malaikat, pekerjaan malaikat dan hubungan dengan manusia serta hikmah beriman kepada malaikat.


iv

5

BERIMAN KEPADA KITAB DAN RASUL Unit ini mempunyai dua bahagian iaitu beriman kepada kitab dan beriman kepada Rasul. Bahagian pertama membincangkan pengertian beriman kepada kitab-kitab, keperluan manusia kepada kitab-kitab dan beriman kepada kitab terakhir: al-Quran. Sementara bahagian kedua membincangkan tentang sebab pengutusan para rasul, pengertian beriman kepada Rasul, Ulul `Azmi dalam kalangan rasul dan beriman kepada Nabi Muhammad SAW serta mukjizat Baginda SAW.

6

BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT Unit ini membincangkan tentang pengerrtian Hari Kiamat, hikmah Hari Kiamat, tanda-tanda Hari Kiamat, fenomena tentang hari kiamat yang dinyatakan di dalam al-Quran, tuntutan penghayatan terhadap beriman kepada Hari Kiamat.

7

BERIMAN KEPADA QADA’ DAN QADAR Unit ini membincangkan tentang pengertian Qada’ Dan Qadar, maksud beriman dengan Qada’ dan Qadar, hubungkait antara usaha, ikhtiyar dan tawakkal manusia dengan Qada’ dan Qadar Allah SWT dan bagaimanakah sepatutnya penghayatan mukmin terhadap Qada’ Dan Qadar Allah SWT.

8

HUBUNGAN MUKMIN DAN SESAMA MANUSIA Unit ini membincangkan tentang maksud hubungan mukmin dengan alam, hak-hak alam yang perlu dipenuhi oleh manusia dan maksud hubungan mukmin dengan alam.

9

IBADAH, SYARIAH DAN AKHLAK SEORANG MUKMIN Unit ini membincangkan tentang pengertian ibadah dalam Islam, konsep Syariat Islam dan konsep akhlak dalam Islam. Ia juga menjelaskan tentang hikmah ibadah, tujuan dan asas Syariat Islam serta kedudukan akhlak dalam Islam.

10

AMALAN YANG MEROSAKKAN IMAN Unit ini membincangkan tentang bentuk-bentuk amalan yang boleh merosakkan iman, anasir perosak iman, jenis-jenis syirik dan kaedah mengatasi amalan yang merosakkan iman.


v

PENAKSIRAN Tugasan

% Wajaran Kaedah dan Hasil Tugasan

2 Kuiz

25

Dalam talian menggunakan MyGuru2

Tugasan Kursus berkumpulan I (tiga atau empat orang satu kumpulan)

25

Bercetak dan dijilid beserta salinan CD

Tugasan Kursus berkumpulan II (tiga atau empat orang satu kumpulan)

25

Bercetak dan dijilid beserta salinan CD

Forum 25

25

Dalam talian menggunakan MyGuru2

Jumlah

100


vi

ISI KANDUNGAN PANDUAN KURSUS ISI KANDUNGAN UNIT 1

UNIT 2

UNIT 3

i-v vi-ix

HAKIKAT KEHIDUPAN Hasil Pembelajaran Pngenalan

1 1 1

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5

3 6 9 11 15

Apa Itu Fitrah BERTUHAN Yang Ada Pada Setiap Diri Manusia? Penemuan Akal Dan Petunjuk Wahyu Keimanan Sebagai Manifestasi Fitrah Manusia Kepentingan Aqidah Yang Benar Rumusan

Peta Konsep Kata Kunci Penilaian Kendiri Rujukan Jawapan serta maklum balas

16 16 17 18 19

HAKIKAT IMAN Hasil Pembelajaran Pengenalan 2.1 Pengertian Iman Dan Islam 2.2 Hubungkait Antara Aqidah Dengan Iman Dan Islam 2.3 Rukun Iman Dan Kepentingan Iman 2.4 Hakikan Iman Dan Faktor Perubahan Iman 2.5 Rumusan

20 20 20 23 27 32 34 39

Peta Konsep Kata Kunci Penilai Kendiri Rujukan Jawapan Serta Maklum Balas

40 40 41 42 42

MENTAUHIDKAN ALLAH SWT Hasil Pembelajaran Pengenalan

43 43 43

3.1 Apa Itu Tauhid Dan Hakikatnya? 3.2 Perbezaan Mentauhidkan Allah SWT Sebagai Rabb Dan Allah SWT Sebagai Ilah 3.3 Pembahagian Tauhid Dan Pengertian Setiap Kategori Tauhid

45 46 52


vii

3.4 Tuntutan Mentauhidkan Allah SWT Pemilik Nama-Nama Indah Dan Sifat Kesempurnaan57 3.5 Rumusan 58

UNIT 4

UNIT 5

Peta Konsep Kata kunci Penilaian kendiri Rujukan Jawapan Serta Maklum Balas

59 59 60 61 61

BERIMAN KEPADA MALAIKAT Hasil Pembelajaran Pengenalan

62 62 62

4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8

62 63 64 65 68 72 73 73

Apakah Pengertian Beriman Kepada Malaikat? Apakah Hukum Beriman Kepada Malikat? Bagaimana Beriman Kepada Malikat? Apakah Sifat-sifat Malaikat? Nama-nama Dan Tugas Malaikat Apakah Kesan Beriman Kepada Malaikat Pekerjaan Malaikat Dan Hubungan Dengan Manusia Hikmah Beriman Kepada Malaikat

Kata Kunci Penilaian Kendiri Rujukan

74 75 75

BERIMAN KEPADA KITAB DAN RASUL Hasil Pembelajaran Pengenalan

76 76 76

5.1 Apakah Penertian Beriman Kepada Kitab-Kitab? 5.2 Mengapakah Manusia Memerlukan Kepada Kitab-Kitab? 5.3 Beriman Kepada Kitab Terakhir: Al-Quran i) Apakah Keistimewaan Al-Quran ii) Al-Quran: Mukjizat Teragung 5.4 Beriman Kepada Rasul-Rasul i) Mengapakah Diutus Para Rasul? ii) Apakah Pengertian Beriman Kepada Rasul? iii) Ulul 窶連mi Dalam Kalangan Para Rasul 5.5 Beriman Kepada Nabi Muhammad SAW 5.6 Mukjizat Para Rasul 5.7 Rumusan

76 78 79 79 81 82 82 83 84 85 86 87

Kata Kunci Penilaian kendiri Rujukan

87 87 88


viii

UNIT 6

UNIT 7

UNIT 8

BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT Hasil Pembelajaran Penganalan

89 89 89

6.1 6.2 6.3 6.4 6.5

Apa Itu Hari Kiamat Hikmah Al-Quran Begitu Banyak Menceritakan Tentang Hari Kiamat Tanda-tanda Hari Kiamat Fenomena Tentang Hari Kiamat Yang Dinyatakan Di Dalam Al-Quran Apakah Tuntutan Ataupun Penghayatan Yang Sepatutnya Berlaku Jika Seseorang Itu Benar-benar Beriman Kepada Hari Akhirat? 6.6 Rumusan

91 92 93 98

Kata kunci Penilaian kendiri Rujukan Jawapan serta maklum balas

102 103 103 103

BERIMAN KEPADA QADA’ DAN QADAR Hasil Pembelajaran Pengenalan

104 104 104

7.1 Apa Itu Qada’ Dan Qadar 7.2 Maksud Beriman Dengan Qada’ Dan Qadar 7.3 Hubungkait Antara Usaha, Ikhtiyar Dan Tawakkal Manusia Dengan Qada’ Dan Qadar Allah SWT 7.4 Bagaimanakah Sepatutnya Penghayatan Mukmin Terhadap Qada’ Dan Qadar Allah SWT 7.5 Rumusan

106 107

Kata Kunci Penilaian Kendiri Rujukan Jawapan Serta Maklum Balas

117 117 117 117

HUBUNGAN MUKMIN DENGAN ALAM DAN SEMASA MANUSIA Hasil Pembelajaran Pengenalan

118 118 118

8.1 Maksud Hubungan Mukmin Dengan Alam 8.2 Hak-hak Alam Yang Perlu Dipenuhi Oleh Manusia 8.3 Maksud Hubungan Mukmin Dengan Alam 8.4 Rumusan

119 121 124 130

Kata kunci Penilaian kendiri

130 130

101 102

109 113 116


ix

UNIT 9

Rujukan Jawapan Serta Maklum Balas

131 131

IBADAH, SYARIAH DAN AKHLAK SEORANG MUKMIN Hasil Pembelajaran Pengenalan 9.1 Apakah Pengertian Ibadah Dalam Islam 9.2 Asas-asas ‘Ubidiyyah i) Syarat Ibadah ii) Apakah Hikmah Ibadah 9.3 Apakah Konsep Syariat Islam i) Tujuan Syariat ii) Apakah Asas Syariat Islam 9.4 Akhlak i) Pengenalan ii) Apakah Pengertian Akhlak iii) Kedudukan Akhlak Dalam Islam 9.5 Rumusan

132 132 132 139 133 134 134 136 137 138 138 139 139 139 140 142

Kata kunci Penilaian kendiri Rujukan

142 142 142

UNIT 10 AMALAN YANG MEROSAKKAN IMAN Hasil Pembelajaran Pengenalan

143 143 143

10.1 Apakah Bentuk-bentuk Amalan Yang Boleh Merosakkan Iman? i) Anasir Perosak Iman (Kufur) ii) Anasir Perosak Iman (Syirik) a) Jenis-jenis Syirik i) Syirik Kecil Yang Terang ii) Syirik Kecil Tersembunyi iii) Anasir Perosak Iman (Nifaq)

144 145 148 150 153 154 156

10.2 Kaedah Mengatasi Amalan Yang Merosakkan Iman. 10.3 Rumusan

158 159

Rujukan Jawapan Serta Maklum Balas

160 160


Iman Dan Kehidupan |1

UNIT PELAJARAN 1 HAKIKAT KEHIDUPAN

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan fitrah bertuhan dan hubungkait antara fitrah bertuhan dengan aqidah, iman dan Islam serta kepentingannya dalam kehidupan manusia. 2. Membincangkan fenomena pencarian manusia terhadap hakikat kehidupan. 3. Mengenalpasti dalil-dalil aqli dan naqli mengenai hakikat kehidupan dan hubungkaitnya dengan pencipta sebenar. 4. Menganalisa kepentingan aqidah dalam kehidupan manusia yang memiliki fitrah bertuhan.

PENGENALAN

M

ari kita mulakan perbincangan kita dengan sebuah teori tentang permulaan alam yang begitu popular dikalangan para ahli Sains abad ke 21 ini. Teori ini mengatakan bahawa alam jagat raya ini bermula dari satu ledakan dahsyat satu titik tunggal bervolume nol dan berkerapatan tidak terhingga yang terjadi sekitar 14 milion tahun lalu.

Rajah 1.1 (a) Rajah 1.1 : Teori Permulaan Alam

Rajah 1.1 (b)


Iman Dan Kehidupan |2

“Alam ini dikatakan bermula dari satu titik hitam yang meledak dengan mengambil satu masa dan tempat tertentu sehingga akhirnya membentuk objek-objek yang melayakkan manusia ini hidup dengan selesa“

Dapatkan maklumat tentang teori “Big Bang” ini menerusi capaian laman sesawang berikut: http//:www.harunyahya.com sehingga anda jelas bagaimana teori ini mendapat perhatian para pengkaji dan pemikir pada hari ini sama ada di kalangan pengkaji Barat dan Ulama Islam. Apakah yang anda temui?

A

dakah anda juga sedar sejak zaman berzaman para pemikir dan penyelidik terus terusan tenggelam dengan pencarian tentang kehidupan dan ciptaan alam ini? Pelbagai teori yang muncul di dalam khazanah keilmuan alam sama ada dalam ilmu Sains atau ilmu Geografi atau ilmu Astronomi dan lain-lain serta bagaimanakah alam jagat raya ini bermula? Dari manakah asal kehidupan ini? Begitu juga kita pernah membaca tentang perdebatan pemikir-pemikir tentang teori Dapatkan maklumat tentang tokoh-tokoh asal kejadian manusia. Dari manakah asal manusia pemikir di bawah ini dan teori-teori ini? tentang alam yang diperkenalkan serta riwayat hidup dalam pencarian mereka Di luar sana, pernahkah anda terfikir keunikan itu. kepelbagaian manusia menzahirkan Copernicus (15M) kepercayaannya terhadap Tuhan? Pelbagai bentuk Galileo…(17M) peribadatan dan penyembahan dilakukan oleh Albert Einstain (19M) manusia tanpa mengira kaum dan bangsa, Stephen Hawking (21M) diseluruh ceruk rantau dan benua. Jarang sekali Karls Mark (21M) kita menemui adanya kelompok manusia yang Sekadar menyebut beberapa nama ini, tidak memiliki sebarang kepercayaan tentang apakah yang telah anda temui? Tuhan atau tentang kuasa-kuasa hebat yang menguasai alam dan kehidupan manusia ini.

Sebagai seorang manusia pula, anda pasti pernah mengalami satu keadaan yang memaksa anda menyendiri dan mencari jalan penyelesaian berpandukan bimbingan spiritual sama ada dengan bertafakkur atau berdoa atau membuat penelitian untuk mencari jalan penyelesaian dengan mengharapkan bantuan dari sesuatu keajaiban.


Iman Dan Kehidupan |3

Sedarkah anda bahawa teori-teori, penemuan-penemuan akal manusia, fenomena beragama dan bertuhan serta tindakan anda berbentuk spiritual itu merupakan satu bentuk desakan yang datang dari dalam diri setiap manusia secara fitrah yang dikatakan sebagai sebuah pencarian secara fitrah. Apakah sebenarnya fitrah ini?

ISI KANDUNGAN 1.1 Apa itu FITRAH BERTUHAN yang ada pada setiap diri manusia? 1.2 Penemuan Akal Dan Petunjuk Wahyu 1.3 Keimanan Sebagai Manifestasi Fitrah Manusia 1.4 Kepentingan Aqidah Yang Benar

1.1 Apa itu FITRAH BERTUHAN yang ada pada setiap diri manusia?

Fitrah merupakan fenomena semulajadi yang ada pada setiap diri manusia. Manusia memiliki pelbagai fitrah yang melengkapkan sifatnya sebagai manusia yang normal seperti fitrah berkomunikasi, berseksualiti, bersosialisasi, berilmu, berintegriti, berpersonaliti dan sebagainya. Fitrah yang dimiliki oleh manusia ini mendorong manusia mengembangkan aktiviti kehidupan sehingga terjamin kesinambungan generasi demi generasi. Pada hakikatnya, fitrah-fitrah ini bertitik tolak dari satu fitrah yang paling asasi iaitu fitrah beragama. Fitrah ini memberikan gambaran bahawa setiap manusia begitu berhajat kepada sesuatu Yang Maha Kuasa, Yang Maha Tahu, Yang Maha Pencipta segala kewujudan dan kejadian. Fitrah ini tidak dapat dibuang dari diri setiap manusia yang normal sama ada secara tidak disedari atau secara terancang yang disebut sebagai fitrah ketuhanan..

M

ari kita ikuti susur galur fitrah ini menerusi fakta rabbani yang lebih meyakinkan. Setiap manusia mempunyai fitrah yang berupa kepercayaan terhadap adanya Zat yang Maha Kuasa iaitu Tuhan Yang Mencipta diri manusia itu. Desakan-desakan dalam diri dan keinginan mencari dalam kehidupan manusia ini adalah disebabkan asal kejadian manusia yang dijadikan Allah SWT pada hakikatnya sudah mengenal siapa penciptanya sebelum manusia itu dilahirkan ke muka bumi ini. Al-Quran sebagai panduan kepada golongan beriman menjelaskan hakikat ini menerusi firman Allah SWT dalam surah al-Aâ€&#x;raf: ayat 172 yang berbunyi:


Iman Dan Kehidupan |4

                              Maksudnya: ”Dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anakanak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". (Surah Al-A‟raf : 172)

Ayat ini menjelaskan persaksian manusia di alam ruh yang telah ditetapkan oleh Allah SWT menerusi satu bentuk dialog antara manusia dengan Tuhan. Apabila setiap jiwa manusia ditanya ُ ‫” أَلَس‬ mengenai kepercayaan dan keyakinan terhadap kewujudan Tuhan dengan pertanyaan ” ‫ْت بِ َزبِّ ُك ْن‬ yang bermaksud „„Bukankah Aku ini Tuhanmu?‟‟ Maka seluruh ruh manusia itu menjawab dengan tegas dan jelas: ” ‫ ” بَلَى َش ِ​ِ ْذًَب‬iaitu ”Betul, kami menyaksikan itu”.

O

leh kerana itu, apabila manusia ini dilahirkan ke dunia, secara fitrahnya akan muncul desakan halus dan tindakan-tindakan dalam hidupnya menuju kepada persaksian yang telah dinyatakan di dalam surah al-A‟raf ayat 172 itu. Justeru, kemahuan untuk mencari hakikat kehidupan dan desakan untuk mencari jalan penyelesaian dalam hidup menerusi runtunan spritual merupakan manifestasi kepada hakikat persaksian manusia di alam ruh tersebut.

P

ada kemuncak pencarian itu, manusia akan menemui hakikat asal kejadian manusia dan seluruh alam ini. Akhirnya, manusia terpaksa akur pada hakikat bahawa di sebalik alam ini ada TUHAN YANG MAHA BERKUASA YANG PENCIPTA. Hakikat ini akhirnya muncul dalam pelbagai bentuk kepercayaan dan keyakinan kepada Zat Yang Maha Berkuasa dan pencarian demi pencarian terhadap hakikat kehidupan serta pembongkaran terhadap rahsia alam menerusi pelbagai aktiviti penyelidikan dan keilmuan.


Iman Dan Kehidupan |5

Namun, perbincangan kita ini tidak terhenti di sini sahaja. Di sebalik kepelbagaian fenomena beragama dan bertuhan ini, kita sudah bersetuju untuk membuat kesimpulan bahawa pada hakikatnya manusia ini memiliki sebuah kepercayaan dan keyakinan bahawa hakikat kehidupan ini berada di dalam penguasaan Yang Maha Kuasa yang disebut sebagai ‟TUHAN‟ dengan pelbagai bahasa.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan perkataan TUHAN? Dapatkan jawapannya dengan bertanya kepada rakan-rakan anda yang muslim dan non muslim tentang pengertian Tuhan dan catatkan dapatan anda yang berbeza-beza di sini.

Bincangkan fitrah-fitrah tersebut di bawah yang dimiliki manusia dan bagaimana Islam menyuburkan fitrah tersebut yang membawa kepada keimanan dan pengabdian kepada Allah SWT. 1. Fitrah makan………………………………………………………………………………. 2. Fitrah seks……………………………………………………………………………….. 3. Firah cinta………………………………………………………………………………… 4. Fitrah bersosialisasi ……………………………………………………………………… 5. Fitrah berintegriti………………………………………………………………………….


Iman Dan Kehidupan |6

1.2 Penemuan Akal Dan Petunjuk Wahyu

Adakah dengan mengakui bahawa adanya Tuhan Yang Mencipta Alam ini atau adanya Tuhan Yang Menguasai alam dan kehidupan ini pencarian manusia itu sudah berakhir dan memenuhi fitrah bertuhan yang bergejolak dalam dirinya? Mari kita teruskan penelitian terhadap fitrah ketuhanan ini. Fitrah bertuhan yang ada pada diri manusia itu tidak akan menemui ketenangan dan kebahagiaan hakiki menerusi pelbagai amalan keagamaan yang pelbagai itu. Kita dapat saksikan amalan-amalan keagamaan manusia di luar sana sering bercanggah dan tidak selari dengan pelbagai fitrah manusia yang lain. Terdapat agama yang melarang pengamalnya berkahwin dan bergaul dengan masyarakat. Terdapat juga agama yang menyuruh penganutnya menyiksa diri sehingga memudaratkan nyawa dan orang lain. Manakala penemuan teori-teori ilmiah juga tidak mampu memberikan jawapan yang pasti tentang kebenaran hakiki apabila munculnya pelbagai lagi teori-teori baru yang menyanggahi teoriteori yang lama.

Ini bermakna pencarian fitrah bertuhan yang mengaku adanya TUHAN masih lagi belum berakhir. Sekian ramai manusia yang menderita terseksa yang terpaksa mengenepikan fitrah-fitrahnya yang lain semata-mata mahu memenuhi fitrah bertuhan yang bergelora dalam jiwanya.

Mengapa keadaan ini melanda kehidupan manusia dalam pencarian fitrah berTuhannya? Apakah jalan penyelesaian dalam pencarian ini? Bolehkah anda fikirkan jawapannya? Sila rujuk buku �Iman dan Kehidupan� karangan al-Sheikh Yusuf al-Qardawi berkaitan keterbatasan akal dan keperluan kepada bimbingan wahyu.

Berdasarkan pandangan al-Qardawi yang telah anda teliti tadi, dapatlah difahami bahawa akal sematamata tidak mampu menemukan pencarian fitrah bertuhan dalam diri manusia. Akal hanya ibarat air yang menyirami benih yang masih memerlukan tanah, baja, udara dan faktor-faktor yang membolehkannya tumbuh subur menjadi pokok. Benih itu adalah kesedaran bertuhan yang perlu disuburkan dengan bimbingan wahyu. Sehingga akhirnya keyakinan kepada TUHAN itu bercambah kepada keyakinan bahawa TUHAN bukan sahaja memiliki kuasa mutlak berbanding kuasa yang ada di alam ini tetapi TUHAN YANG MAHA KUASA itu adalah TUHAN YANG MAHA ESA.


Iman Dan Kehidupan |7

Ya...yang

jelasnya sepanjang pencarian fitrah bertuhan ini manusia hanya menjadikan akalnya semata-mata sebagai alat untuk mencari Tuhannya. Namun, saksikan gambar di sebelah dan apakah yang anda fikirkan apabila melihat posisi otak yang ada di dalam tempurung kepala setiap manusia itu? Teliti terjemahan ayat di dalam al-Quran surah al-Raâ€&#x;du: 15 dan apakah pandangan para ulama tafsir berkaitan ayat tersebut?

Rajah 1.2 : Otak Manusia

Rajah 1.4 : Teori Evolusi Manusia Rajah 1.3 : Peringkat kejadian Manusia dalam Janin Bolehkah anda bincangkan pandangan ahli pemikir Barat berkaitan kejadian manusia dan sejauhmana kebenaran pandangan tersebut berbanding pengkhabaran Allah SWT tentang kejadian manusia di dalam al-Quran. Siapakah tokoh yang membawa teori tentang asal kejadian manusia ini dari beruk dan bagaimanakah pandangan itu akhirnya ditolak secara lojik akal? Apakah pula ayat al-Quran


Iman Dan Kehidupan |8

yang menjelaskan tentang proses asal kejadian manusia dan bagaimana pula para Saintis akhirnya membenarkan kebenaran ayat tersebut?

J

usteru, bagaimanakah fitrah bertuhan itu disuburkan sehingga akalnya dapat mengetahui Tuhannya yang sebenar? Dan Tuhannya yang sebenar itu adalah TUHAN YANG ESA? Dan...akhirnya akalnya akur bahawa Tuhannya yang Esa itu adalah ALLAH SWT? Ya..pastinya TUHAN YANG SEBENAR itulah yang memberitahu akal sehingga fitrah bertuhan ini menemui sebuah kebahagiaan hakiki iaitu manusia itu mengenali Tuhannya yang sebenar iaitu ALLAH SWT.

Pencarian manusia akan berakhir apabila manusia ini tunduk akur dengan pengkhabaran sebenar dari TUHAN YANG MAHA KUASA YANG MAHA ESA itu sendiri iaitu ALLAH SWT menerusi wahyuNYA yang disampaikan kepada utusanNYA di kalangan para nabi dan rasul Mari kita teliti ayat-ayat al-Quran yang memberikan pengkhabaran tentang siapakah Tuhan sebenar di alam ini? 1. Surah al-Fatihah: 2 2. Surah al-Nas: 1 3. Surah al-Ikhlas: 1 4. Surah al-Ankabut:62 5. Surah al-Muzzammil: 8-9

I

nilah sebenarnya kemuncak kepada fitrah pencarian manusia selama ini yang sering tidak disedari oleh manusia itu sendiri. Pencarian Rajah 1.5 : Al-Quran Tuhan yang sebenarnya yang mencipta dan menguasai alam ini. Tuhan yang mampu menyelesaikan segala permasalahan dalam hidup manusia itu sendiri. Tuhan yang menjadi tempat manusia meletakkan segala pengharapan dan mengharapkan perlindungan serta pertolongan. Tanpa bimbingan wahyu menerusi al-Quran dan Hadith, para pencari kebenaran dan hakikat bertuhan tidak mampu menemui hakikat fitrah kejadian dirinya dan alam ini disebabkan akal pemikiran yang sangat terbatas tanpa dibantu oleh panduan wahyu sebagaimana pemikir-pemikir Sains Barat. Ramai yang hidup menjadi pencari yang kecewa atau dibunuh dengan pelbagai teori tentang kejadian dan penciptaan dan ramai juga yang akhirnya sesat di tengah jalan pencarian sehingga menolak akan kewujudan Tuhan sehingga mencipta pelbagai fahaman yang turut menyesatkan manusia yang lain. Namun, pada hari ini semakin ramai para pemikir Barat dan pencari Tuhan


Iman Dan Kehidupan |9

menemui kebahagiaan menjadi seorang yang beriman kepada Allah SWT menerusi pelbagai penemuan yang kemudiannya disuburkan dengan penelitian mereka ke atas ayat-ayat al-Qurâ€&#x;an dan Hadith.

Teliti surah al-â€&#x;Ankabut : Ayat 61-63 dan nyatakan pengkhabaran dari ayat ini tentang Allah SWT sebagai Tuhan Yang Maha Mencipta dan Maha Berkuasa terhadap alam ini.

Bincangkan pengalaman beberapa personaliti yang menganut Islam hasil penelitian mereka terhadap teori-teori Sains dan ayat-ayat al-Qurâ€&#x;an yang berkaitan fakta Sains.

1.3 Keimanan Sebagai Manifestasi Fitrah Manusia

Akhirnya kita menemui jawapan bahawa pada hakikatnya manusia yang sering berdoa, mengharap, mencari, menyelidik, membongkar rahsia alam ini adalah fenomena manusia itu ingin kembali kepada persaksian asalnya yang telah dilalui semasa mereka di alam ruh dahulu sebagaimana yang dikhabarkan oleh Allah SWT sendiri dalam surah al-Aâ€&#x;raf : ayat 172 menerusi perbincangan kita sebelum ini. Hal ini dengan nyata menunjukkan bahawa manusia yang memiliki keyakinan mengesakan Allah SWT dan mengimani segala yang diwahyukan di dalam al-Quran serta berpegang dengan agama tauhid dalam hidupnya merupakan manusia yang menuju fitrahnya yang sebenar.

M

aha benarlah Allah SWT dalam membentangkan hakikat fitrah manusia ini menerusi surah alRum: 30, Allah SWT berfirman :


I m a n D a n K e h i d u p a n | 10

                          Maksudnya: ”(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah SWT, iaitu agama yang Allah SWT menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah SWT itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. (Surah Ar-Ruum: 30) Daripada ayat ini dinyatakan bahawa, Allah SWT telah memerintahkan manusia untuk menghadapkan dirinya kepada agama yang jauh daripada kesesatan iaitu, agama yang telah diwahyukan oleh Allah SWT. Dalam ayat tersebut juga, dinyatakan bahawa beragama merupakan fitrah manusia kerana memang Allah SWT menciptakan manusia sesuai dengan fitrah untuk beragama. Menurut ayat ini, manusia yang merupakan ciptaan Allah SWT yang paling sempurna sememangnya mempunyai naluri untuk beragama tauhid. Oleh sebab beragama tauhid merupakan fitrah manusia, maka ketauhidan yang wujud dalam diri seseorang itu telah ada sejak dilahirkan. Maka dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa, telah menjadi keperluan umat manusia kepada aqidah yang bersumberkan daripada Allah SWT kerana keperluan ini merupakan fitrah manusia sejak diciptakan. manusia yang tidak beragama tauhid bererti telah menyimpang daripada fitrah asalnya. Senaraikan prinsip-prinsip aqidah yang terkandung di dalam hadith di bawah: Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa RasululLah saw bersabda:

ًَ‫كل هْلْد يْلذ على الفطزة فأبْاٍ يِْداًَ أّ يٌصزاًَ أّ يوجسب‬ Yang bermaksud: ”Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka ibubapanya yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi” (Muttafaq Alaih)


I m a n D a n K e h i d u p a n | 11

1.4 Kepentingan Aqidah Yang Benar

Daripada perbincangan di atas, adakah anda dapat mengenalpasti apakah yang dimaksudkan dengan aqidah? Apakah kepentingan aqidah yang benar dalam kehidupan manusia? Mengapa perlunya aqidah yang benar kepada manusia? Apakah keistimewaan aqidah yang benar ini? Mulakan perbincangan dengan meneliti pengertian aqidah serta kedudukannya yang boleh diperolehi dari pelbagai bahan rujukan dan capaian laman web.

Apakah yang dimaksudkan dengan AQIDAH? Aqidah merupakan satu perkataan yang berasal daripada bahasa Arab. Makna literalnya merujuk kepada ‟ikatan kemas‟ atau ‟simpulan mati‟ yang melambangkan adanya unsur-unsur makna seperti kekuatan dan keyakinan. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:25), ‟aqidah‟ merujuk kepada kepercayaan dan A keyakinan. Keyakinan yang menjadi unsur makna kepada perkataan ‟aqidah‟ itu juga turut menjadi unsur makna kepada perkataan ‟keimanan‟ dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:568) tersebut. Maka, perkataan aqidah merujuk kepada perihal keimanan. Hal ini juga bermaksud bahawa, aqidah sinonim dengan keimanan atau iman dan perkara ini bertepatan dengan ulasan Dr. Salah ‟Abd al-‟Alim Ibrahim (1982) dalam buku tulisan Zakaria Stapa (1997), ”Dan apabila kita merujuk kepada al-Quran al-Karim kita dapati al-Quran mengungkapkan mengenai ‟aqidah‟ itu dengan istilah ‟iman‟, sebagaimana terungkap dalam firman Allah SWT :

                 Maksudnya: ”Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka Dengan sebab iman (aqidah) mereka Yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di Dalam syurga Yang penuh nikmat”. (Surah Yunus:9)


I m a n D a n K e h i d u p a n | 12

Justeru, jelaslah bahawa aqidah yang benar itu adalah keimanan kepada Allah SWT. Kedua-dua istilah ”aqidah” dan ”iman” merupakan dua istilah mempunyai konotasi makna yang sama dan penggunaannya boleh ditukar ganti. Justeru, aqidah atau iman yang benar mestilah mengandungi ciri-ciri berikut: i. Kepercayaan dan keyakinan itu mestilah berasaskan kefahaman minda dan ilmu yang mantap, iaitu ilmu yang diperoleh daripada sumber yang tulen, iaitu wahyu Allah SWT. ii. Kepercayaan dan keyakinan itu mestilah berada dalam keadaan yang cukup teguh, iaitu tiada sebarang perasaan syak atau ragu-ragu serta sebarang perkara yang boleh mengugatnya seperti yang dikhabarkan dalam Al-Quran: Firman Allah SWT :

                    Maksudnya: ”Sesungguhnya, orang-orang yan beriman ialah orang-orang yang beriman kepada Allah SWT s.w.t. dan Rasul-Nya,kemudian mereka tidak ragu-ragu”. (Surah Al-Hujuraat: 15)

iii. Kepercayaan dan keyakinan itu mesti pula diikuti bersama dengan ketaatan dan kepatuhan hati dan penyerahan kemahuan untuk mempraktikkan segala suruhan dengan rela dan tanpa sebarang paksaan. iv. Kepercayaan dan keyakinan itu mestilah berupaya menjadi pencetus segala aktiviti dan pelakuan pemiliknya, iaitu pada taraf wujudnya rasa kemahuan yang amat berkobar-kobar untuk melaksanakan kerja dan suruhan yang terkandung dalam aqidah yang dipegang. Di samping itu, beriltizam pula dalam melaksanakan prinsip-prinsip tingkah laku serta berjihad dengan seluruh jiwa dan harta benda. Setelah ciri-ciri ini dipenuhi secara sempurna dalam kepercayaan dan keyakinan seseorang, barulah aqidah itu terangkat menjadi aqidah dalam pengertiannya yang sejati iaitu aqidah beriman kepada Allah SWT. Berdasarkan penerangan di atas, aqidah merupakan kepercayaan, keyakinan dan keimanan umat Islam yang teguh bersama ketaatan dan kepatuhan hati dalam melaksanakan segala suruhan serta menjauhi larangan secara rela hati dengan bersumberkan ilmu yang mantap, iaitu wahyu Allah SWT.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 13

Apakah kepentingan aqidah dalam hidup manusia? Anda akan menemui jawapannya dengan membuat analogi kehidupan manusia ini ibarat sebatang pokok.

Aqidah yang benar ibarat akar tunjang dan batang utama pokok. Apakah yang menyebabkan sebatang pokok itu subur dan hidup merimbun, berbunga dan berbuah? Ini menunjukkan bahawa aqidah adalah asas dan punca kebahagiaan dalam kehidupan manusia. Rajah 1.6 : Pokok Kehidupan

A

pakah akan jadi kepada pokok sekiranya akarnya busuk atau kekeringan? Akar dan batang merupakan perkara asas dan paling utama. Ia bagaikan „batang‟ yang subur kepada sepohon pokok, iaitu semua dahan dan ranting pokok berkenaan amat memerlukannya bagi mendapatkan ruang untuk tumbuh dan berkembang di atasnya. Aqidah yang benar dan tidak menyeleweng amat diperlukan oleh seseorang muslim untuk membolehkan semua amal kebaikan yang dilakukannya dalam sehari-hari diterima oleh Allah SWT. Aqidah yang benar menentukan hala tuju kehidupan manusia di dunia ini dan corak kehidupan sehariannya. Manakala aqidah yang tidak benar dan terseleweng bagaikan „batang‟ pokok yang tidak subur dan kering serta tidak mungkin boleh menumbuhkan dahan atau ranting (Zakaria Stapa:1999). Ini akan menyebabkan amalan manusia yang tidak berpegang kepada aqidah yang benar tidak diterima dan mendapat kerugian di dunia dan akhirat. Hal ini jelas dalam firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 217:

                       Maksudnya: ”...dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)”. (Surah Al-Baqarah: 217)


I m a n D a n K e h i d u p a n | 14

Mari bincangkan bersama kepentingan aqidah yang benar dalam kehidupan manusia berpandukan bahan-bahan rujukan yang disenaraikan:1. Berfungsi sebagai piawai penentu nilai dan kedudukan segala aktiviti serta amal perbuatan. 2. Menjadi motivasi untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT swt secara berterusan dan melakukan kebaikan sesame makhluk. 3. Menanamkan keyakinan diri dan kepergantungan hanya kepada Allah SWT. 4. Menghilangkan segala keluh kesah, kebimbangan, kekecewaan, kelesuan dan segala sifat-sifat keji

A

Apakah keistimewaan aqidah yang benar ini? Anda boleh membuat perbandingan dengan kepercayaan yang ada pada agama-agama dunia yang lain untuk meyakini keistimewaan aqidah yang benar ini.

1. Bersumberkan Tuhan yang Maha Esa (Bersifat Rabbani). 2. Disampaikan oleh para rasul yang bersifat benar dan amanah. 3. Kekal sepanjang zaman dan tidak mengalami sebarang perubahan. 4. Sesuai untuk fitrah manusia dan pelbagai golongan manusia.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 15

1.5 RUMUSAN 1. Manusia yang normal secara fitrahnya memerlukan kepada satu pegangan yang dapat mengisi kekosongan jiwa dan satu kuasa untuk mencapai kebahagian hidup. 2. Ilmu yang kukuh hasil penelitian akal masih terbatas untuk menemui hakikat ketuhanan dan kehidupan ini kerana persoalan ketuhanan melibatkan pelbagai perkara yang bersifat ghaib. 3. Wahyu Ilahi yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadith melengkapkan penelitian akal sehingga mampu mengenal Tuhan yang sebenar dan pencipta alam ini. 4. Keyakinan yang wujud terhadap Tuhan yang sebenar iaitu ALLAH SWT YANG ESA hasil paduan akal dan wahyu merupakan sebuah aqidah yang benar dan keimanan yang menjamin kebahagian manusia di dunia dan akhirat. 5. Aqidah yang benar sangat diperlukan oleh setiap manusia kerana ia menjadi neraca penilaian antara yang haram dan yang halal, yang baik dengan yang buruk, agar dapat membimbing manusia kepada segala amalan yang diredhai Allah SWT. Manusia memerlukan aqidah untuk memperbaiki dan memelihara jasmani, rohani dan akal fikiran bagi memberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat. usteru, jelaslah bahawa aqidah merupakan asas terpenting dalam menjalani kehidupan di dunia dan sebagai bekalan kehidupan di akhirat. Selain itu, manusia, terutamanya umat Islam perlu percaya dan yakin bahawa aqidah Islam itu benar dan bersumberkan kemantapan ilmu yang sah daripada wahyu Allah SWT. Manusia juga perlu mengimani dan meyakini bahawa Allah SWT telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab sebagai panduan manusia sejagat. Aqidah Islam yang �tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas� sesuai digunakan oleh segenap golongan masyarakat pada bila-bila masa serta di manamana mereka berada di atas muka bumi Allah SWT. Dengan ini, umat Islam mestilah berusaha bagi memantapkan aqidah masing-masing supaya mencapai kehidupan yang sejahtera dan selamat di dunia dan di akhirat.

J


I m a n D a n K e h i d u p a n | 16

PETA KONSEP

Isikan carta alir di bawah bagi menunjukkan secara ringkas proses fitrah bertuhan dalam kehidupan manusia sehingga akhirnya menemui hakikat asas dalam beriman kepada kepada Allah SWT.

Rajah 1.7 : Carta alir menunjukkan proses fitrah bertuhan dalam diri manusia mencari hakikat kehidupan.

KATA KUNCI

1. Fitrah bertuhan 2. Pencarian akal 3. Penemuan Wahyu 4. Aqidah

5. Manifestasi Keagamaan

6. Kepercayan dan Keyakinan 7. Hakikat Kehidupan 8. Teori 9. Fakta Saintifik


I m a n D a n K e h i d u p a n | 17

PENILAIAN KENDIRI 1. Berpandukan bahan bacaan anda, apakah yang dimaksudkan dengan fitrah bertuhan? 2. Senaraikan pelbagai fitrah yang ada pada manusia dan bagaimanakah al-Quran memimpin fitrah tersebut ke arah kesempurnaan manusia sebagai hamba Allah SWT? 3. Teliti ayat-ayat al-Quran yang berunsur Sains dan bagaimanakah ayat-ayat ini boleh membantu anda sebagai guru untuk pengajaran dan pembelajaran agar pelajar mampu mengenal Tuhannya yang sebenar? 4. Senaraikan 5 ayat al-Quran yang menjelaskan kepada manusia bahawa Tuhan yang sebenar ialah Allah SWT. 5. Apakah yang anda lakukan apabila menyedari bahawa anda sudah memiliki fitrah bertuhan yang berpandukan wahyu? 6. Nyatakan sifat-sifat yang muncul apabila manusia itu memiliki aqidah yang benar.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 18

RUJUKAN Abu Bakr Jabir Al-Jazairi (1997). Aqidah Mukmin Jilid 1, Kuala Lumpur: Pustaka Antara Sdn. Bhd. H. M. Abdul Majid Aziz az-Zindani, (2004). Kitab Tauhid diperakui oleh Fakta Sains, Kuala Lumpur; Pustaka Salam Abdur Rahman Hanabakah (1998) Pokok-pokok Aqidah Islam, Jakarta; Gema Insani Al-Maududi, Abu al-Aâ€&#x;la, (1989) Empat Istilah dalam al-Quran, Singapura; Pustaka National Danial Zainal Abidin (2007). Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains. Kuala Lumpur: PTS Publication

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Sulaiman Yasin (1987). Pengantar Aqidah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Naim Yasin (2001). Iman, Rukun, Hakikat dan Pembatalan. Kedah: Pustaka Darussalam Sdn. Bhd. Qardhawy, Yusuf (1989). Hakikat Tauhid dan Fenomena Kemusyrikan, Jakarta; Rabbani Press

Sayed Sabiq (2005). Aqidah Islam: Menurut Al-Quran dan Hadis, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Said Hj. Ibrahim. (1996). Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Kuala Lumpur; Dar al-Maâ€&#x;rifah. Syed Sabiq, (1988) Aqidah Islamiah, Kota Bharu; Pustaka Aman Press

Yusran Asmuni (2000). Ilmu Tauhid. Jakarta: PT Raja Grafindo Persada Zakaria Stapa (1999). Aqidah dan Akhlak dalam Kehidupan Muslim. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. http//:www.harunyahya.com

Pengukuhan Aqidah Menerusi Penghayatan Sains Dalam al-Quran, ttp://pasakeedah.blogspot.com/


I m a n D a n K e h i d u p a n | 19

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS 1. Fitrah bertuhan adalah kemahuan semula jadi dan desakan yang muncul secara tidak dirancang untuk meyakini sesuatu kuasa yang mengendalikan hidup manusia dan alam ini. 2. Antara fitrah manusia ialah keperluan kepada makanan dan minuman, keperluan kepada hidup berpasangan, keperluan berinteraksi semasa manusia, keperluan menjaga integriti dan kehormatan diri, keperluan berorganisasi dan sebagainya. Al-Quran menerusi ayat-ayat tertentu memberikan panduan kepada manusia khususnya golongan yang beriman untuk menyuburkan fitrah tersebut. 3. Di antara ayat-ayat berkaitan unsur-unsur Sains ialah ayat tentang kejadian hujan, peredaran malam dan siang, kandungan air laut dan sungai, proses kejadian manusia, tumbuhan, binatang, besi, gunung ganang, bulan bintang, dan sebagainya. 4. Amalan golongan yang menyedari hakikat bertuhan antaranya ialah sentiasa berusaha meningkatkan ilmu yang membawanya lebih mengenal Allah SWT dan memandunya melaksanakan amalan-alaman yang diredhai Allah SWT. 5. Antara sifat-sifat golongan yang memiliki aqidah yang benar ialah ikhlas, yakin diri, tawadhuâ€&#x;, redha, sabar, cintakan ilmu, pemurah, rajin berusaha, tawakkal, banyak berdoa, sukakan kesempurnaan dan sebagainya.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 20

UNIT PELAJARAN 2 HAKIKAT IMAN HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menyatakan konsep Iman serta hubungkait dengan Islam dan fitrah. 2. Membincangkan rukun-rukun Iman menerusi al-Qur'an dan Hadith dan kepentingannya. 3. Mengenalpasti hakikat Iman dan faktor Iman dalam diri manusia.

PENGENALAN ari kita teruskan perbincangan berkaitan aqidah yang benar dengan lebih mendalam dalam konteks Iman dan Islam. Apakah yang akan dilalui oleh manusia yang telah menemui hakikat ketuhanan dan kehidupan yang sebenar berpandukan wahyu? Sudah pasti kemuncak penemuan dalam pencarian fitrah ketuhanan pada diri manusia beraqidah ini tidak akan disiasiakan begitu saja. Kita telah bersetuju dalam perbincangan yang lepas bahawa fitrah bertuhan ini perlu disuburkan dengan baja aqidah dan siraman air wahyu dan ilmu agar amalan keislaman tercerna dalam setiap perilaku individu itu, beramal sehingga fitrah bertuhan itu akhirnya bersatu dengan keyakinan yang sebenar bernama Iman.

M

Rajah 2.1


I m a n D a n K e h i d u p a n | 21

Sila perhatikan lakaran gambar di atas dan juga papan tanda di bawah ini. Apa yang anda fahami berkenaan kehidupan umat Islam hari ini?

Menurut pandangan anda, mengapakah fenomena ini berlaku dalam kehidupan umat Islam? Bagaimanakah sebenarnya kedudukan fitrah bertuhan yang telah menerima hakikat keimanan kepada tuhan yang sebenar itu? ……………………………………………….. ……………………………………………….. ……………………………………………….. ……………………………………………….. ……………………………………………….. ……………………………………………….. ………………………………………………… ………………………………………………..

Rajah 2.2

Di sekeliling kehidupan luar sana, pelbagai bentuk cara hidup yang diperlihatkan oleh umat Islam. 1. Ada yang menjadi muslim yang benar-benar berusaha mentaati Allah SWT sehingga sebati segala perintah Allah SWT yang terkandung di dalam al-Quran menerusi amalan seharian. 2. Ramai juga manusia yang mengaku muslim atau memiliki nama sebagai orang Islam terjerumus dalam amalan yang bertentangan dengan perintah yang terkandung di dalam alQuran dan Hadith. 3. Tidak kurang juga didapati segolongan muslim yang memiliki dua identiti ini iaitu mengamalkan ibadat fardhu ain yang dituntut seperti solat, puasa, zakat, dan haji tetapi dalam masa yang sama mereka masih lagi mengambil minuman keras, menagih najis dadah, mengamalkan riba, menipu, berlaku zalim, berzina, membuka aurat, menyebar fitnah, membelakangkan hukum Allah SWT, dan seribu bentuk pelanggaran muslim terhadap perintah Allah SWT. 4. Kebelakangan ini terdapat juga individu yang semakin berani meminta untuk keluar dari agama Islam dan tidak mahu lagi mengaku menjadi muslim.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 22

Senaraikan 3 amalan yang memaparkan keImanan seseorang muslim dan 3 amalan yang bertentangan dengan aqidah muslim. 1 : ……………………………………………………………………………………… 2 : ……………………………………………………………………………………… 3 : ……………………………………………………………………………………… 4 : ……………………………………………………………………………………… 5 : ……………………………………………………………………………………… 6 : ………………………………………………………………………………………

dakah mereka yang mempamerkan amalan ketaatan itu merupakan muslim yang memiliki Iman dan adakah mereka yang sebaliknya itu tidak memiliki keimanan? Bagaimana pula kedudukan muslim yang mencampur adukkan amalan ketaatan dengan kemaksiatan dalam hidupnya? Dalam hal ini adakah terdapat perbezaan antara Iman dan Islam atau mukmin dan muslim?

A S

edarkah anda bahawa perlakuan-perlakuan yang telah anda senaraikan di atas mempunyai faktor-faktornya. Faktor yang paling asas ialah bertitik tolak dari penguasaan ilmu dan kefahaman diri individu muslim itu terhadap hakikat Iman dan Islam serta keprihatian mereka terhadap tuntutan-tuntutan fitrah keimanan dan perkara-perkara yang boleh mencacatkan atau merosakkan keimanan.

ISI KANDUNGAN 2.1 Pengertian Iman Dan Islam 2.2 Hubungkait Antara Aqidah Dengan Iman Dan Islam 2.3 Rukun Iman Dan Kepentingan Iman 2.4 Hakikat Iman Dan Faktor Perubahan Iman


I m a n D a n K e h i d u p a n | 23

2.1 Pengertian Iman Dan Islam Perkataan Iman dari sudut bahasa merupakan masdar daripada kata dasar „amana‟. Dalam al-Mu‟jam al-Wasith (1976) „amana‟-„Imana‟, ertinya menjadi aman, sedangkan „amana bihi‟ maksudnya ialah mempercayai dan membenarkannya. Penggunaan perkataan „amana‟ dalam makna ini terdapat di dalam al-Quran seperti di dalam surah Yusuf ayat 17:

ُ ْۡ َ‫ًت ِب ُو ۡؤ ِه ٍ۬ي لٌََّب َّل‬ َ َ‫َّ َهبٓ أ‬ َ‫ص ٰـ ِذلِيي‬ َ ‫ڪٌَّب‬ Maksudnya: “Dan kamu sekali-kali tidak akan berIman kepada kami, sekalipun kami adalah orang-orang yang benar”. (Surah Yusuf : 17)

Justeru, Iman menurut bahasa melibatkan suatu kepercayaan, keyakinan, merasa aman pada sesuatu perkara sama ada ketuhanan, kemanusiaan, ideologi ataupun falsafah. Dalam bahasa Malaysia pula, apabila dilihat di dalam Kamus Dewan, Iman dinyatakan sebagai kepercayaan adanya Allah SWT dan mematuhi segala perintahNya. Pengertian ini lebih hampir pada definisi Iman menurut istilah syarak berdasarkan pandangan para ulama dalam membincangkan pengertian Iman yang bersumberkan al-Qur‟an dan Hadith.

Bolehkah anda merujuk kepada ayat-ayat al-Qur‟an yang dibincangkan oleh para ulama dalam menjelaskan lagi pengertian Iman menurut syara‟? Anda boleh merujuk beberapa buah buku yang berikut untuk lebih mendalami pengertian Iman menurut istilah syara‟. 1. Abdul Majid Aziz az-Zindani, (2004). Kitab Tauhid diperakui oleh Fakta Sains, Kuala Lumpur; Pustaka Salam.

2. Muhammad Naim Yasin (2001). Iman, Rukun, Hakikat dan Pembatalan. Kedah: Pustaka Darussalam Sdn. Bhd.

3. Al-Maududi(,1988) Asas-asas Islam. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar 4. Al-Qardhawi (2005) Iman dan Kehidupan, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar 5. Dan lain-lain kitab berkaitan aqidah dan tauhid yang ditulis oleh ulama muktabar ahli sunnah wal jamaah.

6.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 24

Daripada penelitian terhadap pandangan ulama, disenaraikan ringkasan pengertian Iman menurut syara‟ agar mudah difahami. 1. Ibn Hajar al-„Asqalani berpendapat Iman itu adalah perkataan dan perbuatan merangkumi ucapan dua kalimah syahadah, iktikad dan perbuatan anggota dengan mengerjakan segala amalan ketaatan kepada Allah SWT. (Syarah Sahih al-Bukhari Kitab Iman) 2. Dr. Yusuf al-Qardhawi (2000) berpendapat Iman ialah kepercayaan yang meresap ke dalam hati dengan penuh keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu, serta memberi pengaruh bagi pandangan hidup, tingkah laku, dan perbuatan sehari-hari. 3.

Muhammad Amin al-Misri (1974) Iman adalah satu istilah yang dipakai khusus untuk membenarkan hal-hal yang ghaib dan tidak digunakan kepada yang lain selain daripada itu.

4. Sayid Sabiq (1991) pula mentakrifkan Iman berdasarkan hadith Rasulullah SAW. ketika menjawab pertanyaan Jibrail a.s berkenaan Iman, Islam dan Ihsan. Apabila Jibrail a.s bertanya apa itu Iman? Baginda SAW menyatakan Iman ialah, “Kamu beriman dengan Allah SWT, para malaikatNya, kitab-kitabNya, hari kiamat, dan kamu beriman qadak serta qadarNya, yang baik dan yang buruknya”.

Pengertian Iman di atas akhirnya membantu ulama muktabar membuat percambahan ilmu dalam disiplin ilmu aqidah untuk meletakkan 6 RUKUN IMAN iaitu: a) Makrifat kepada Allah SWT: Makrifat dengan nama-namaNya yang mulia dan sifat-sifatNya yang tinggi berdasarkan bukti-bukti naqli dan aqli. Ringkasannya Beriman kepada Allah SWT. b) Makrifat kepada alam yang ada di sebalik alam semesta ini iaitu kewujudan makhlukmakhluk Allah SWT seperti malaikat, Iblis, syaitan, jin, al-Quran, Lauh Mahfuz dan sebagainya. Ringkasannya Beriman kepada Malaikat. c) Makrifat dengan kitab-kitab Allah SWT yang diturunkan kepada para rasul untuk menjadi panduan dan ikutan seluruh manusia. Ringkasannya Beriman kepada kitab-kitab. d) Makrifat dengan nabi-nabi dan rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah SWT untuk menjadi pembimbing ke arah jalan yang lurus. Ringkasannya Beriman kepada Para Rasul.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 25

e) Makrifat dengan hari akhirat dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada ketika itu seperti kebangkitan dari kubur, perhimpunan di mahsyar, perhitungan awal, titian sirat, syurga dan neraka. Ringkasannya Beriman kepada Hari Kiamat. f) Makrifat dengan takdir iaitu qadak dan qadar. Di atas landasannya terlaksana segala peraturan dan dan peristiwa di alam semesta ini. Ringkasannya BerIman kepada Qada‟ dan Qadar. Keenam-enam rukun ini dapat disimpulkan kepada tiga dasar keimanan sebagaimana dalam carta di bawah ini.

IMAN

ILAHIYYAT (KETUHANAN) Beriman kpd Allah SWT dan Beriman kepada Qada dan Qadar

SAM‟IYYAT/ GHAIBIYYAT (PERKARA GHAIB) Beriman kepada Malaikaty+Hari Qiamat

NUBUWWAT (KENABIAN) Beriman kepada Kitab dan Beriman kepada Rasul

Rajah 2.3

Sebagai seorang muslim yang menjadikan Islam sebagai agama, adakah anda boleh menjelaskan apakah pula pengertian Islam? Apabila anda

memeriksa kitab-kitab kamus, anda akan mengetahui bahawa makna perkataan Islam berasal daripada kata dasar “Salima Yaslamu Salaman” bermakna selamat dan sejahtera. Pecahan kata dasar Islam pula menjadi “Aslama Yuslimu Islaman” bermakna menyerah diri, tunduk dan patuh. Justeru, Abu alA‟la al-Maududi (1990) memberi erti Islam ialah “tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan larangan-Nya tanpa bantahan”.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 26

Sila rujuk ayat berikut dan apakah yang telah anda fahami tentang pengertian Islam yang disebutkan di dalam ayat-ayat tersebut: 1. 2. 3. 4. 5.

Surah al-Baqarah Surah al-Baqarah Surah Ali Imran Surah al-Maidah Surah al-Nisa‟

: 112 : 131 : 19-20, 83, 85 : 3, 44 : 125

Bincangkan nama yang diberikan kepada agama-agama yang ada di dunia ini. Bagaimanakan asal usul nama agama tersebut? Bolehkah anda membezakan antara agama-agama tersebut dengan Islam dari sudut asal usul nama? Adakah anda dapat menyatakan keistimewaan Islam berbanding agamaagama yang lain dari sudut nama ini.

Justeru, Islam dijadikan sebagai nama kepada agama Islam kerana ia mengajarkan manusia kepatuhan kepada Allah SWT dan tunduk kepada perintahNya tanpa membantah. Apa pula sabda Rasulullah SAW tentang pengertian Islam menerusi sebuah hadith yang mengandungi kisah kedatangan malaikat Jibrail a.s menemui Rasulullah SAW. bertanya tentang Islam, Iman dan Ihsan. Bolehkah anda mendapatkan pengertian Islam yang terkandung di dalam hadith tersebut:

Sila rujuk kitab hadith empat puluh karangan dan tulis potongan hadith yang berkaitan pengertian Islam beserta pengertiannya: ………………………………………………………………………………………………………………. ……………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………


I m a n D a n K e h i d u p a n | 27

2.2 Hubungkait Antara Aqidah, Iman Dan Islam Daripada perbincangan yang mendalam berkaitan pengertian Iman dan Islam di atas, sudah pasti anda semakin jelas adanya hubungan antara Iman dan Islam. Pemahaman kita tentang hubungan di antara Islam dengan Iman pastilah berilhamkan dari al-Quran dan Hadith. Di dalam al-Quran mengemukakan hubungan antara keduanya melalui contoh antara tanah yang baik dengan tanaman yang subur sebagaimana di dalam surah al-A‟raf ayat 58 :

                    Maksudnya: “Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah SWT; dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda (kemurahan dan kekuasaan) Kami dengan berbagai cara bagi orangorang yang (mahu) bersyukur”.

Secara jelasnya anda boleh lihat hubungan Iman dan Islam menerusi hadith berikut ini. Sabda Rasulullah SAW pada rombongan „Abdul Qiss:

‫اتدزّى هاااليواى باهلل ّحدٍ؟ شِادة اى ال الَ االهلل‬,ٍ‫اهسكن بااليواى باهلل ّحد‬ ‫ّحدٍ ال شسيك لَ ّ اقام الصالة ّايتاء الزكا ة ّاى تؤدّا خوس ها غٌوتن‬ Maksudnya: “Aku menyuruh kamu beriman dengan Allah SWT Maha Esa. Adakah kamu mengerti apa dia yang dikatakan beriman dengan Allah SWT yang Maha Esa? Iaitulah penyaksian bahawa, tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah SWT yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan menunaikan satu perlima daripada harta rampasan perang”. (Muttafaqun „alaih)


I m a n D a n K e h i d u p a n | 28

Hadith ini memberi kefahaman kepada kita betapa adanya hubungan yang erat di antara Iman dan Islam, di mana Islam itu sendiri menjadi salah satu prinsip Iman dan Iman itu pula dilahirkan dengan Islam secara amali, dengan melafazkan syahadah, mendirikan solat, berpuasa, menunaikan zakat dan haji seterusnya mendorong kepada amal soleh yang lain dan menjauhi larangan Allah SWT.

Justeru, dapatkah anda menghubungkaitkan Iman dan Islam? Adakah perbezaan antara seorang mukmin dengan seorang muslim? Dan seterusnya dapatkah anda menghubungkaitkan aqidah fitrah bertuhan dengan Iman dan Islam berdasarkan rajah-rajah di bawah?

FITRAH BERTUHAN

IMAN

ISLAM

Rajah 2.4 Ya, di sana terdapat pertalian yang berterusan dan saling berkait antara fitrah bertuhan dengan Iman dan Islam. Iman bukan semata-mata sebuah aqidah kepada Tuhan yang Esa yang diyakini di dalam hati. Akan tetapi Iman itu memperkukuhkan aqidah sehingga tidak lagi tergugat dengan pelbagai keraguan, malah dideklarasikan menerusi lisan dalam bentuk perakuan dan seterusnya direkayasakan melalui perbuatan-perbuatan dan amalan-amalan yang bersesuaian dengan ajaran-ajaran aqidah itu sendiri yang dihimpunkan sebagai ajaran Islam. Justeru, aqidah yang benar itu adalah penyuburan fitrah kemanusiaan yang memiliki hubungan yang sangat rapat dengan Iman dan Islam yang dibuktikan dengan kata-kata dan perbuatan. Tidak mungkin aqidah yang berakar di dalam hati tetapi tidak memiliki manifestasi yang jelas dan terpandu dalam kehidupan beragama. Malah, dalam hal ini aqidah sedemikian tidak sempurna dan tidak boleh


I m a n D a n K e h i d u p a n | 29

dinamakan aqidah tetapi hanya disebut sebagai kepercayaan semata-mata atau sekadar pengetahuan sahaja. Kita selalu menyaksikan orang yang mengetahui kebenaran, tetapi mereka tidak mengikutinya atau tidak menjalani kehidupan mereka berlandaskan kebenaran tersebut. Malah ada di antara mereka yang menentang kebenaran tersebut.

Mari kita bincang kepercayaan Fir‟aun terhadap Tuhan yang diceritakan dalam surah al-Naml ayat 14 dan kedudukan Iman Abu Talib menerusi kata-katanya yang diabadikan dalam sirah nabawiyyah.

Firman Allah SWT :

            

Maksudnya: “Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. oleh itu, lihatlah BagaImana kesudahan orang-orang Yang melakukan kerosakan” (Surah al-Naml : 14)

Pengertian tentang Iman dan Islam merupakan pengertian yang sangat penting kerana dengan itu, dapat dijadikan sebagai ukuran dan panduan Abu Thalib berkata : “Aku tahu untuk membezakan antara mukmin dan muslim bahawa agama yang dibaca oleh atau sebaliknya. Dari segi psikologi pula, setiap Muhamad adaah salah satu agama mukmin dan muslim yang menyedari keimanan terbaik di dunia, seandainya aku tidak dan keislaman dirinya merasa begitu penting takut dikecam dan difitnah, maka kamu untuk mengetahui hakikat Iman dan Islam kerana akan melihat aku mengakuinya secara dengan itu, mereka dapat membentuk kesempurnaan dirinya sebagai seorang mukmin terang-terangan. dan muslim. Anda juga sepatutnya sudah dapat mengenalpasti hubungan antara Iman dan Islam? Ya, keduanya bertalian erat hingga merupakan barang yang satu. Tidak ada Iman bagi yang tidak Islam dan tidak ada Islam bagi yang tidak beriman, kerana seorang Islam tidak dapat luput dari Iman yang menyebabkan sahnya Islam. Sebagaimana seorang yang beriman tidak dapat lepas dari keislaman yang akan mewujudkan keimanannya.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 30

Bagaimana pula dengan firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 14, seolah-olah wujudnya pengasingan antara Islam dan Iman. Allah SWT berfirman :

                               

Maksudnya: “Orang-orang Arab berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara Iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah SWT RasulNya (zahir dan batin), Allah SWT tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

Mohd Sulaiman Haji Yasin (1987) menyatakan bahawa antara Islam dan Iman memang berbeza. Iman melambangkan suatu yang batin dan Islam melambangkan suatu yang lahir. Adanya perbezaan ini tidak bererti adanya percanggahan di antara kedua-duanya yang tidak disatukan. Sebaliknya kedua-duanya merupakan dua unit yang mempunyai kedudukan dan fungsinya masingmasing dalam satu lambang diri yang saling isi mengisi, sempurna menyempurna, untuk mempertingkatkan kesempurnaan dirinya. Sebagaimana di antara unsur lahir dengan unsur batin tidak boleh dipisahkan maka demikianlah juga di antara Islam yang melambangkan aspek yang lahir dengan Iman yang melambangkan unsur yang batin, tidak boleh dipisahkan. Hakikatnya di antara keduaduanya sememangnya tidak boleh dipisahkan. Pemisahan antara Iman dan Islam samalah seperti memisahkan binaan dari tapak asasnya, atau dengan lebih tepat lagi samalah seperti memisahkan pohon dari akar tunjangnya. Namun begitu, sekiranya berlaku ikrar syahadah dan menunaikan rukun-rukun Islam akan tetapi masih melakukan perlanggaran terhadap perintah dan hukum-hukum Allah SWT. Maka sedangkan hatinya tidak ada kepercayaan atau ragu-ragu atau tidak memperakui akan hukum-hukum Allah SWT, maka seseorang itu dihukum tidak beriman walaupun masih dinamakan Islam sebagaimana yang berlaku kepada setengah orang-orang Badwi di zaman Rasulullah SAW yang dikisahkan dalam surah al-Hujurat di atas tadi.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 31

Sila kaitkan perbincangan di atas dengan hadith nabi SAW yang berikut ini:

‫ ّال يسزق السبرق حيي يسزق‬،‫ال يشًي الشاًي حيي يشًي ُّْ هؤهي‬ ‫ ّاليشزة الخوز حيي يشزبِب ُّْ هؤهي‬،‫ُّْ هؤهي‬ Maksudnya: “Tidak akan berzina seorang penzina dalam keadaan dia beriman, tidak akan mencuri si pencuri dalam keadaan dia beriman dan tidak akan minum arak ketika dia minum dalam keadaan dia mukmin”

Rajah di bawah dapat membantu anda memahami hubungan antara Iman dan Islam dan wujud atau tidak perbezaan antara Iman dan Islam.

Iman

Islam

Iman

Islam

Islam

Iman Dan Islam

Iman

Rajah 2.5

2.3 Rukun Iman Dan Kepentingan Iman


I m a n D a n K e h i d u p a n | 32

Setelah kita membincangkan pengertian Iman dan Islam serta hubungkait kedua-duanya dengan fitrah, mari kita mengimbau tentang maklumat sedia ada sejak zaman kanak-kanak dahulu tentang rukun Iman atau semasa dibangku persekolahan dahulu. Sejak sekian lama kita sudah ditanamkan keyakinan bahawa Iman itu ada 6 rukun. Bagaimanakah rukun ini diformulasikan oleh para ulama terdahulu? Sila teliti ayat 285 surah al-Baqarah dan senaraikan rukun Iman yang terkandung di dalamnya. Firman Allah SWT:

                               Maksudnya: “Rasulullah telah beriman kepada apa Yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang Yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang Dengan Yang lain Rasul-rasulnya". mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan َ‫أى تؤهي باهلل ّهالئكت‬ kami, dan kepadamu jualah tempat kembali".

‫ّكتبَ ّزسلَ ّاليْم‬ ‫ ّتؤهي بالقدز‬,‫اآلخس‬ ٍ‫خيسٍ ّشس‬

Bagaimana pula dengan hadith ini. Ya, sudah pasti kita tidak dapat menyanggah bahawa para ulama telah membina formulasi rukun Hadith riwayat Bukhari dan Iman ini berdasarkan ayat al-Quran dan hadith tersebut. Muslim Mengapakah keenam-enam perkara di atas wajib diyakini dan menjadi rukun kepada keyakinan manusia? Sudah tentu keenamenam rukun tersebut mempunyai kepentingannya yang membimbing manusia yang beriman itu ke jalan kebenaran. Abdul Majid Aziz alZindani (1990) telah membincangkan panjang lebar tentang kepentingan keenam-enam rukun Iman ini menerusi bukunya yang bertajuk Kitab Tauhid diperakui oleh Fakta Sains.

Dengan merujuk buku tersebut dan berpandukan gambar dan rajah di bawah, sila bincangkan kepentingan setiap rukun tersebut.

Surah Muhammad : 12

Kepentingan Beriman kpd Allah SWT

Gambar beruk


I m a n D a n K e h i d u p a n | 33

Gambar Bomoh/jin

Kepentingan Beriman kpd Kitab

Surah Ali Imran : 164

Kepentingan Beriman kpd Rasul

Gambar ideologi

Surah al-Maidah : 79

Kepentingan Beriman kpd Hari Akhirat G ambar idol

Surah al-Taghabun : 11

Kepentingan Beriman kpd Qada dan Qadar Rajah 2.6

2.4 Hakikat Iman Dan Faktor Perubahan Iman Setelah anda memahami kepentingan beriman kepada keenam-enam rukun di atas, bagaimana pula hakikat dan kedudukan Iman dalam diri manusia? Sheikh Yusuf al-Qardawi (2005)


I m a n D a n K e h i d u p a n | 34

dalam bukunya “Iman dan Kehidupan” menyatakan hakikat Iman dalam hidup manusia dengan katakatanya:

Rajah 2.7 Mengapakah beliau meletakkan Iman dalam diri manusia sedemikian rupa? Mari kita teliti ayat berikut ini yang terdapat dalam surah Ghafir ayat 40:

               

        

Maksudnya: "Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas

melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya; dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh - dari lelaki atau perempuan - sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung” (Surah Ghafir:40)

dan surah an-Nahl ayat 97:


I m a n D a n K e h i d u p a n | 35

            

      

Maksudnya: “Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan” (Surah an-Nahl : 97)

Hakikat Iman 1: Jelaslah bahawa Iman merupakan indikator kepada amal perbuatan manusia itu diterima oleh Allah SWT dan diberikan pahala di dunia dan penentu pengakhiran syurga atau neraka di akhirat kelak. Betapa besarnya nikmat Iman ini kepada manusia sehingga setiap amal kebaikan walaupun sekecil atom pasti akan dinilai Allah SWT berdasarkan tahap keimanan semasa ia dilakukan. Betapa meruginya golongan yang ingkar lantaran betapa besarnya amal kebajikan yang dilakukan tetapi tidak akan dinilai Allah SWT sebagaimana yang terkandung dalam surah al-Kahfi ayat 103 hingga 105, Allah SWT berfirman:

                                

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". Merekalah orangorang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak” (Surah al-Kahfi : 103-105)


I m a n D a n K e h i d u p a n | 36

Mari teruskan penelitian tentang hakikat Iman ini. Adakah keimanan tersebut akan terus kekal dan bersifat statik atau berlaku perubahan sama ada boleh bertambah dan berkurang. Sejak awal perbincangan kita sudah memperakui bahawa Iman merupakan fitrah yang disubur dengan wahyu dari Allah SWT yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Justeru, suburnya fitrah itu menuju sebuah keimanan penanda adanya perubahan pada keyakinan seseorang yang juga menyebabkan akhirnya Iman akan bertambah dari masa ke semasa. Hakikat Iman 2: Perbincangan ringkas di atas menunjukkan Iman itu tidak statik. Iman boleh bertambah dan menjadi kurang. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 2:

           

     

Maksudnya: ”Sesungguhnya orang-orang Yang berIman itu (yang sempurna Imannya) ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah SWT (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah Iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”

dan firmanNya lagi dalam surah Ali Imran ayat 173:

           

     

Maksudnya: ”Mereka juga ialah Yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". maka berita itu makin menambahkan Iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya Segala urusan kami)". (Surah Ali-Imran:173)


I m a n D a n K e h i d u p a n | 37

Manakala antara hadis Rasulullah SAW yang menunjukkan Iman boleh bertambah dan berkurang ialah daripada Abi Sa‟id al-Khudriyi bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫ فئى‬، ًَ‫ فئى لن يستطع فبلسا‬، ٍ‫هي زأٓ هٌكن هٌكسا فليغيسٍ بيد‬ 

‫ ّذلك أضعف اإليواى‬، َ‫لن يستطع فبقلب‬

Maksudnya: “Siapa dari kamu yang melihat sesuatu perkara mungkar maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika ia tidak kuasa (mengubah dengan tangannya) maka hendaklah (ia mengubah) dengan lidahnya. Jika tidak kuasa (mengubah dengan lidahnya) maka hendaklah (ia mengubah) dengan hatinya (dengan mengingkarinya kemungkaran itu) dan (mengubah dengan hati) adalah selemah-lemah Iman” (Hadith riwayat Muslim) Oleh kerana Iman boleh berubah, sudah pasti perubahan Iman itu membawa manusia itu berada pada tahap yang lebih baik dan tidak mustahil juga boleh menyebabkan manusia itu berada pada tahap yang kurang memuaskan apabila Iman berkurangan. Hakikat Iman 3 : Justeru itu, manusia digambarkan di dalam al-Quran dengan pelbagai kategori sesuai dengan tahap Iman dan amalannya. Inilah hakikat Iman ke 3 yang perlu difahami oleh setiap orang Islam agar dia dapat meletakkan dirinya pada posisi yang sebaik-baik di sisi Allah SWT. Justeru, Allah SWT Yang Maha Adil telah menyediakan ganjaran pahala dan kedudukan yang berbezabeza bermula dengan ganjaran pahala sebanyak 10 kebaikan (surah al-An‟am:160) sehingga mencapai 700 kali ganda kebaikan (surah al-Baqarah:261). Rajah ini memberikan gambaran kategori manusia sebagaimana yang digambarkan dalam al-Quran dan Hadith yang menunjukkan peringkat dan kadar-kadar keimanan yang berbeza. Rajah 2.8

Mukhlisun

Mukhl Mukhl Muhsinun

isun isun Muhsinun Muhsinun

Mukminun

Mukminun Mukminun

Muslimun

Batas Iman dan kufur : Fasiqun, Mujrimun, Munafiqun

Muslimun Kafirun, Musyrikun, Muslimun Mulhidun Batas Batasiman imandan dankufur kufur::Fasiqun, Fasiqun,Mujrimun, Mujrimun,Munafiqun Munafiqun Kafirun, Kafirun, Musyrikun, Musyrikun,Mulhidun Mulhidun


I m a n D a n K e h i d u p a n | 38

Berpandukan rajah di atas, siapkan sebuah tugasan yang membincangkan ayat-ayat berkaitan satu daripada golongan di atas dan jelaskan metod yang dilalui oleh golongan tersebut untuk mencapai tahap itu beserta contoh-contoh. Tiga hakikat Iman di atas menjadi panduan yang jelas kepada umat Islam agar menjaga setiap amal perbuatan yang dilakukan mestilah atas dasar keimanan kepada rukun-rukun Iman. Kedudukan Iman yang tidak statik juga memberi peluang kepada setiap muslim berusaha untuk menjaga Imannya agar tidak berkurangan dan menambah Iman dari masa ke semasa agar keimanan yang dimiliki meninggikan darjatnya di sisi Allah SWT. Dan, yang lebih penting hakikat Iman yang sudah difahami membuka peluang muslim dan mukmin mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah SWT di akhirat kelak. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan setiap muslim mencari jalan-jalan menambah Iman dan meningkat darjatnya menerusi bimbingan Rasulullah SAW dan para ulama muhtadin.

Dr Muhammad Naim Yasin telah membincangkan faktor perubahan Iman di dalam bukunya Iman: Rukun, Hakikat dan Pembatalannya. Anda juga akan mendapati bagaimana para sahabat r.hum dan para ulama silam yang begitu memgambil berat tentang faktor perubahan Iman. Rajah di bawah merupakan proses yang perlu dilalui oleh setiap individu muslim untuk menjaga Imannya. Anda boleh merujuk beberapa laman sesawang yang boleh anda capai untuk memudahkan anda terlibat dalam perbincangan ini. Setiap muslim yang berilmu, berfikir, berzikir dan bermujahadah mampu meningkatkan Imannya dan Iman akan menjadi pengawal dirinya dalam menghadapi pelbagai ujian dan dugaan terutama godaan nafsu syaitan, bisikan jin dan manusia serta persekitaran yang sering menarik kepada kejahatan dan kedurhakaan kepada Allah SWT dan Rasul. Bincangkan salah satu faktor di atas sehingga mendorong Iman boleh bertambah dan bagaimana pula dengan mengabaikan faktor tersebut Iman akan berkurangan atau menjadi cacat.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 39

Bermujahadah

Berilmu

Berzikir

Berfikir

Rajah 2.9

RUMUSAN Iman merupakan sebuah anugerah Allah SWT yang tidak ada bandingannya dan perlu disyukuri oleh setiap umat Islam kerana diberi hidayah dapat mengenal Allah SWT tuhan sebenar. Al-Quran telah memberi panduan yang jelas kepada umat manusia dalam kehidupan ini dalam mensyukuri niâ€&#x;mat yang sangat bernilai ini. Setiap panduan itu telah diterjemahkan sepenuhnya oleh Rasulullah SAW sepanjang hayat baginda dan diikuti seberapa dayanya oleh para sahabat r.hum, para tabiâ€&#x;in, tabiâ€&#x; tabâ€&#x;in, para ulama mujtahidin muhtadin dan para mujahidin sepanjang zaman. Rasulullah SAW telah memberi jaminan kepada umat baginda tidak akan sesat selama-lamanya selagi mereka berpegang dengan alQuran dan sunnah (maksud hadith). Hanya terletak kepada diri indivdu itu sendiri mahu memilih untuk taat atau tidak.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 40

PETA KONSEP

PENGERTIAN IMAN DAN ISLAM

FAKTORFAKTOR PERUBAHAN IMAN

HUBUNGKAIT DENGAN FITRAH DAN ISLAM

HAKIKAT IMAN

IMAN DI DALAM AL-QUR‟AN

Rajah 2.10

KATA KUNCI

5. Aqidah

6. Amal Soleh

6. Iman

7. Zikir

7. Islam

8. Tafakkur

8. Muslim

9. Taat

9. Mukmin

10. Derhaka


I m a n D a n K e h i d u p a n | 41

PENILAIAN KENDIRI 7. Berpandukan bahan bacaan anda, apakah yang dimaksudkan dengan Iman dan Islam? 8. Selain manusia, makhluk yang lain di alam ini juga Islam? BagaImana anda boleh menjawab kenyataan ini? 9. Apakah perbezaan antara mukmin dengan muslim? 10. Bagaimana cara seseorang itu boleh menjadi mukmin yang muslim? 11. Senaraikan ciri-ciri orang yang berIman daripada surah al-Mukminun 12. Apakah pandangan anda terhadap muslim yang melakukan maksiat tetapi masih lagi melaksanakan rukun Islam dengan konsisten? 13. Bagaimanakah cara seorang muslim itu boleh menambah keImanannya? 14. Apakah kepentingan Iman dan Islam dalam kehidupan manusia 15. Apakah keistimewaan orang beriman di dunia dan akhirat?


I m a n D a n K e h i d u p a n | 42

RUJUKAN Abu Bakr Jabir Al-Jazairi (1997). Akidah Mukmin Jilid 1, Kuala Lumpur: Pustaka Antara Sdn. Bhd. H. M. Yusran Asmuni (2000). Ilmu Tauhid. Jakarta: PT Raja Grafindo Persada. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd SulaIman Yasin (1987). Pengantar Akidah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Naim Yasin (2001). Iman, Rukun, Hakikat dan Pembatalan. Kedah: Pustaka Darussalam Sdn. Bhd. Sayed Sabiq (2005). Akidah Islam: Menurut Al-Quran dan Hadis, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Zakaria Stapa (1999). Akidah dan Akhlak dalam Kehidupan Muslim. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Danial Zainal Abidin (2007). Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains. Kuala Lumpur: PTS Publication Abdul Majid Aziz az-Zindani, (2004). Kitab Tauhid diperakui oleh Fakta Sains, Kuala Lumpur; Pustaka Salam Abdur Rahman Hanabakah (1998) Pokok-pokok Aqidah Islam, Jakarta; Gema Insani Said Hj. Ibrahim. (1996). Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Kuala Lumpur; Dar al-Maâ€&#x;rifah. Qardhawy, Yusuf (1989). Hakikat Tauhid dan Fenomena Kemusyrikan, Jakarta; Rabbani Press Al-Maududi, Abu al-Aâ€&#x;la, (1989) Empat Istilah dalam al-Quran, Singapura; Pustaka National Al-Maududi, (1988). Asas-asas Islam, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar Syed Sabiq, (1988) Aqidah Islamiah, Kota Bharu; Pustaka Aman Press http//:www.harunyahya.com http://pasakeedah.blogspot.com/

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS


I m a n D a n K e h i d u p a n | 43

UNIT PELAJARAN 3 MENTAUHIDKAN ALLAH SWT HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menyatakan konsep tauhid dan kedudukannya dalam kerangka beriman kepada Allah SWT. 2. Menjelaskan perbezaan ketauhidan kepada Allah SWT sebagai RABB dan ILAH. 3. Mengenalpasti sifat-sifat khusus yang perlu ada pada diri mukmin yang mentauhidkan Allah SWT yang memiliki nama-nama yang indah dan sifat-sifat yang sempurna.

PENGENALAN

(a)

(b) Rajah 3.1

Sila lihat gambar kapal terbang dan helikopter ini. Anda mesti meyakini bahawa setiap kapal terbang dan helikopter yang sedang terbang diawan ada juruterbangnya atau ada pengendalinya. Ya, kalau tidak, masakan dia boleh terbang di langit? Dan, anda juga pastinya meyakini hanya seorang sahaja pemandu atau pengendali kapal terbang dan helikopter ini. Pernahkah anda menemui atau mengetahui ada dua orang pemandu dalam sesebuah kapal terbang? Apakah akan berlaku sekiranya terdapat dua orang atau ramai pemandu sesebuah kapal terbang? Mari teruskan berfikir, apakah yang menyebabkan anda meyakini bahawa setiap kapal terbang dan helikopter ini ada pemandunya? Dan, apakah lagi keyakinan anda tentang pemandu tersebut? Sudah tentu terdetik dalam fikiran anda, bahawa pemandu-pemandu ini memiliki pengetahuan dan kemahiran yang cukup untuk memandu sehingga mampu membawa kapal terbang itu dengan selamat.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 44

(a)

(b) Rajah 3.2

Bagaimana pula dengan gambar di atas ini? Pernahkah anda terfikir siapakah sebenarnya yang menggerakkan dan mengendali setiap pergerakan alam cakrawala yang sangat hebat dan luas ini, yang dipenuhi dengan bulan, bintang dan matahari, di langit, di bumi dan dalam lautan malah dalam perut manusia? Bagaimana mungkin seorang manusia boleh hidup yang kita salah seorang darinya pernah berada dalam perut ibu yang kemudiannya dikeluarkan ke dunia ini dengan penuh kesempurnaan dan rezeki yang tidak putus-putus? Anda juga mendapati adanya hubungan secara rapi antara makhluk di langit, di bumi, di laut dan di dalam perut ibu sehingga kehidupan ini berjalan dengan penuh sempurna dan indah. . Kita telah berbincang dengan mendalam pada bab sebelum ini bahawa secara fitrahnya manusia tidak akan menolak hakikat kewujudan tuhan yang mencipta dan mengendali alam ini. Namun, kita juga bersetuju fitrah meyakini Tuhan yang Maha Mencipta tidak mampu mencapai penemuan bahawa Tuhan sebenar yang mencipta alam ini ialah Allah SWT kecuali menerusi pengkhabaran wahyu. Fitrah dan akal sangat terbatas untuk membongkar hakikat kebenaran dan kehidupan ini. Pemikiran yang waras juga mampu untuk berfikir bahawa sekiranya kapal terbang tadi diyakini hanya ada seorang pemandu sahaja, adalah mungkin alam yang luas tidak bertepi ini boleh dikendalikan oleh Tuhan yang lebih dari satu. Alam yang tersusun indah dan berjalan saling berkaitan antara satu sama lain mengikut satu peraturan ini sudah pasti dicipta oleh pencipta yang Maha Esa dan Maha Bijaksana dan Maha Perkasa, Pencipta yang juga Maha Pengatur, Maha Pengawal‌

Tahukah anda keyakinan itu merupakan sebuah keimanan iaitu keimanan kepada Tuhan yang Esa yang dituntut dalam mengimani Allah SWT sebagai Tuhan. Tuntutan ini disebut sebagai Tauhid yang menjadi pusat keimanan kepada Allah SWT dan kemuncak kepada seluruh keimanan dalam rukun iman. Tauhid merupakan ruh kepada keimanan kepada malaikat, keimanan kepada Rasul dan Kitab, keimanan kepada hari Akhirat dan keimanan kepada Qada dan Qadar. Sekiranya keimanan kepada 6 perkara ini tidak diasaskan dengan tauhid, segala keimanan lainnya tidak ada nilainya dan segala amal kebajikan yang dilakukan oleh umat manusia itu juga tertolak.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 45

ISI KANDUNGAN 3.1 Apa Itu Tauhid Dan Hakikatnya? 3.2 Perbezaan Mentaudhidkan Allah SWT Sebagai Rabb Dan Allah SWT Sebagai Ilah. 3.3 Pembahagian Tauhid Dan Pengertian Setiap Kategori Tauhid. 3.4 Tuntutan Mentauhidkan Allah SWT Pemilik Nama-Nama Indah Dan Sifat Kesempurnaan.

3.1 Apa Itu Tauhid Dan Hakikatnya?

(a)

(b)

(c)

Rajah 3.3

Tauhid adalah prinsip paling asas dan utama yang ditekankan dalam ilmu Aqidah. Semudah angka 1 yang dimulakan dalam mempelajari ilmu Matematik sebagaimana rajah di atas. Di dalam susunan angka, 1 adalah angka pertama dalam senarai angka yang bersifat infiniti. Tanpa angka 1, formula Matematik tidak akan bermula. Angka sifar hanya sebagai penanda aras bahawa tidak ada angka lain sebelum 1 dan kekal sedia ada angka 1 untuk menjadi sebab musabab segala proses pengiraan objek.

J

usteru, wujudnya alam dan seluruh makhluk ini menjadi indikator kepada kewujudan Allah SWT yang Maha Esa, Yang Maha Pencipta dan Maha Bijaksana. Hakikat ini tidak dapat disangkal lagi oleh akal yang waras menerusi setiap kejadian makhluk dan peristiwa yang berlaku yang di luar kudrat dan iradah manusia. Angka 1 mengajar umat Islam bahawa Allah SWT itu Esa. Allah SWT menjelaskan tentang zat dan sifatnya secara jelas di dalam al-Qurâ€&#x;an menerusi surah al-Ikhlas ayat 1 hingga 4.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 46

                   Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". (Surah al-Ikhlas: 1-4)

Daripada analogi yang dibentangkan di atas tadi sudah pasti anda sudah dapat memahami maksud tauhid yang menjadi asas kepada keimanan kepada Allah SWT yang merupakan rukun Iman yang pertama.

3.2 Perbezaan Mentauhidkan Allah SWT Sebagai Rabb Dan Allah SWT Sebagai Ilah Untuk lebih mendalami ilmu ini, mari kita teliti pandangan para ulama berkaitan tauhid.

Perkataan tauhid berasal daripada Bahasa Arab iaitu ,‫ ﺗْﺤيذ‬,‫ يْﺤذ‬, ‫ْﺤذ‬, (Wahhada, Yuwahhidu Tauhidan) ertinya “mengEsakan”. Angka 1 disebut wahid. Maka, tauhid dari sudut bahasanya ialah menjadikan ia satu sahaja atau „menjadikan sesuatu itu Esa‟. Kemudiannya para ulama menggunakan istilah Tauhid dalam ilmu aqidah dengan maksud „mengesakan Allah SWT sebagai rabb dan ilah, menjadikan hanya Allah SWT sebagai ilah. Justeru, manusia yang mentauhidkan Allah SWT melafazkan kalimah La Ilaha illallah yang dinyatakan sebagai kalimah tauhid. Menurut bahasa Melayu, Tuhan adalah suatu kuasa yang hebat yang menjadi pelindung dan penjaga seluruh alam ini. Manakala dalam bahasa Arab Tuhan itu diertikan sebagai “RABB‟ dan „ILAH” dalam pelbagai pengertian selain bermaksud TUHAN. Perkataan ini disebut oleh Allah SWT di dalam al-Quran menerusi sekian banyak ayat. AlMaududi telah mengumpulkan ayat-ayat ini untuk kita lebih memahami maksud Rabb dan ilah yang sebenar berpandukan kepada wahyu dengan merujuk kepada buku yang bertajuk 4 istilah di dalam al-Quran. Rajah 3.4


I m a n D a n K e h i d u p a n | 47

Mari kita lihat beberapa ayat yang terkandung perkataan Rabb yang sering kita baca setiap hari.

            Maksudnya: “Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)…” (Surah Al-Fatihah: 2-4) 1. Apakah yang dimaksudkan “Tuhan Sekelian Alam” di dalam surah al-Fatihah ayat 2 di atas?

     Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia” (Surah an-Nas: 1)

     Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad) "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan Yang menciptakan sekalian makhluk” (Surah al-Falaq: 1)

2. Apakah pula yang boleh anda fahami maksud Rabb di dalan surah al-Nass dan al-Falaq ini?

             Maksudnya: “Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Yang Menguasai Rumah (Kaabah) ini, Tuhan Yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan” (Surah Quraisy: 3-4) 3. Bagaimana pula kefahaman anda tentang perkataan Rabb yang terdapat dalam surah Quraisy ini?


I m a n D a n K e h i d u p a n | 48

Anda diminta merujuk kitab tafsir al-Quran untuk membincangkan makna Rabb yang terkandung di dalam ayat-ayat di bawah: 1- Al-Naba ayat 37 2- Al-Najm ayat 49 Al-Jathiyah ayat 36 3- Ghafir ayat 64 4- as-Sajdah ayat 22

Sila bincangkan penghayatan mukmin yang menjadikan Allah SWT sebagai Rabb berdasarkan pengertian yang dijelaskan tentang Rabb sebagaimana rajah di bawah.

PENCIPTA PENJAGA / PENGAWAL

PENGUASA

ALLAH SAHAJA RABB

PEMBERI REZEKI

PENGATUR / PENGENDALI

PELINDUNG

Rajah 3.5

PEMILIHARA


I m a n D a n K e h i d u p a n | 49

Rajah 3.6

Pernahkah anda terfikir atau bertanya Mengapakah seorang muslim itu semestinya melafazkan kalimah syahadah yang mengandungi perkataan Ilah? Pernahkah anda menggantikan perkataan ilah itu dengan perkataan rabb sahaja “La Rabb IllalLah” kerana pada zahirnya rabb dan ilah itu sama sahaja maknanya iaitu tuhan. Kita juga selalu menterjemah makna kalimah tauhid dengan makna “ Tidak ada tuhan melainkan Allah”.

Untuk mencari jawapan terhadap persoalan di atas, anda perlu memahami terlebih dahulu apa pula yang dimaksudkan dengan ILAH. Walaupun dalam bahasa Melayu ILAH juga diertikan sebagai TUHAN akan tetapi alQur‟an telah memberikan panduan kepada umat Islam bahawa perkataan ILAH bukan sahaja bererti TUHAN semata-mata sebagaimana makna RABB. Penggunaan ILAH dalam kalimah tauhid dan syahadah sudah pasti membezakan makna RABB dan ILAH.

Di dalam buku al-Maududi juga, beliau ada mengumpulkan ayat-ayat al-Quran yang mengandungi perkataan Ilah. Bolehkah anda meneliti ayat-ayat yang berkaitan untuk dikongsikan di sini? Ya, antaranya terdapat dalam surah al-Furqan ayat 43:

         

Maksudnya: “Adakah kamu lihat (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?” (Surah al-Furqan : 43)

Sudah pasti anda merasa terkejut bagaimana adanya manusia yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Ilah. Pada kebiasaannya hawa nafsu manusia mendorong kepada kejahatan dan mengikut syaitan. Ini bermakna manusia yang diikuti dorongan nafsu syahwatnya telah menjadikan nafsunya sebagai Ilah dalam erti kata nafsunya menjadi tuhan yang ditaati dan dipuja.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 50

Oleh itu, dapatlah difahami secara mudah bahawa antara maksud ILAH ialah sesuatu yang ditaati dan dipuja sehingga akhirnya nafsu itu berstatus TUHAN yang diutamakan oleh manusia. Dalam kamus Arab, „Al-Ilah‟ adalah „al-Ma‟luh wa Al-Ma‟bud bihaqqin‟ iaitu yang dicintai, ditaati dan berhak diibadati kerana ia memiliki segala sifat kesempurnaan. Kesimpulannya, Dia berhak mendapat kekhususan puncak cinta dan puncak ketundukan. Rajah di bawah adalah himpunan pengertian ILAH yang berpandukan ayat-ayat al-Qur‟an. Oleh itu, sudah tentu anda telah menemui jawapan tentang perbezaan antara RABB dan ILAH. Seterusnya mengakui bahawa golongan yang beriman selayaknya melafazkan ikrar syahadah dan kalimah tauhid dengan menggunakan perkataan ILAH sahaja bukan RABB.

YANG DISEMBAH YANG DIMINTA SEGALA REZKI

YANG DIJADIKAN SUMBER PERATURAN HIDUP

YANG DITAATI

HANYA ALLAH SAHAJA ILAH

YANG DISERAHKAN SEGALA URUSAN

YANG DICINTAI

YANG DIMINTA PERTOLONGN YANG DIHARAPKAN PERLINDUNGN

Rajah 3.7


I m a n D a n K e h i d u p a n | 51

Mari kita teruskan penelitian terhadap beberapa lagi ayat al-Quran yang terkandung makna ILAH agar kefahaman kita tentang maksud ILAH menurut rajah di atas lebih jelas. 1. Apakah yang dimaksudkan ILAH dalam surah al-Nas ayat 3 :

   Maksdunya: "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia..” 2. Apakah pula makna ILAH dalam surah al-Mukminun ayat 32 di bawah ini.

                Maksudnya: “Lalu Kami mengutus kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka (dengan berfirman melalui Rasul itu): "Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya?"

3. Di dalam surah Fatir ayat 3 pula, apakah pula maksud ILAH?

                         Maksudnya: “Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?”

Setelah meneliti contoh-contoh ayat yang mengandungi perkataan RABB dan ILAH, dapatkan anda menemui perbezaan antara penggunaan RABB dan ILAH? Sudahkah anda memahami hanya perkataan ILAH sahaja selayaknya digunapakai dalam kalimah Tauhid dan setiap syahadah? Ya, secara mudahnya perkataan ILAH bermakna „al-Ma‟luh‟ dan „al-Ma‟bud‟ iaitu Yang diberikan pengabdian dan ditaati. Perkataan RABB tidak boleh digunakan dalam kalimah tauhid dan syahadah


I m a n D a n K e h i d u p a n | 52

disebabkan makna RABB hanya menuntut perakuan terhadap tuhan yang mencipta dan berkuasa. Berbanding pengertian ILAH yang menuntut tindakan di sebalik perakuan iaitu menjadikan Allah SWT sebagai sembahan dan tumpuan ketaatan dalam seluruh amalan dalam bentuk pengibadatan. Berdasarkan pengertian dan perbezaan perkataan RABB dan ILAH, setiap muslim dituntut bukan sahaja menjadikan Allah SWT sebagai Rabb semata-mata. Seorang muslim itu tidak lagi dikira Iman dan Islamnya hanya mengakui Allah SWT sebagai RABB semata-mata. Ini disebabkan keyakinan Allah SWT sebagai Rabb merupakan keyakinan universal yang diterima oleh akal manusia yang waras menerusi penelitian dan kajian-kajian ilmiah yang sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri. Namun, seorang muslim itu digolongkan sebagai muslim dan mukmin hanya setelah memperakui hanya Allah SWT sebagai Rabb, Yang Maha Pencipta, Yang Maha Berkuasa, Memberi Perlindungan dan Mengatur seluruh perjalanan alam ini dan menyusul tindakan yang berupa Iâ€&#x;tiqad, perkataan dan perbuatan memperakui hanya Allah SWT sebagai ILAH. Muslim mukmin meletakkan hanya Allah SWT Ilah yang mesti ditaati, dibadati, yang dicintai, yang dijadikan matlamat hidup, yang dijadikan sumber segala peraturan cara hidup dan pemikiran.

3.3 Pembahagian Tauhid Dan Pengertian Setiap Kategori Tauhid Bagi menjelaskan lagi secara mendalam tentang erti mengimani Allah SWT dengan mentauhidkan-Nya. Imam Ibnu Taimiyyah dan Muhammad bin Abdul Wahab telah memformalisasikan Tauhid kepada 3 bentuk selaras dengan pengertian yang terkandung dalam perkataan Rabb dan Ilah. Anda juga menemui formula ini diterima oleh para ulama kontemporari seperti Sheikh Yusuf al-Qardhawi , Seikh Muhammad al-Ghazali, Sheikh Muhammad Naim Yasin dan lain-lain dengan membahagikan Tauhid kepada 3 bentuk yang saling berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan iaitu :

Tauhid . Rububiyyah

Tauhid. Asma Wa Sifat TAUHID

Tauhid Uluhiyyah . Rajah 3.8


I m a n D a n K e h i d u p a n | 53

Sebelum anda meneruskan tugasan anda, mari kita teliti perbincangan para ulama tentang jenis-jenis tauhid ini secara ringkas. Keyakinan dalam bentuk Tauhid Rububiyyah ini dimiliki secara fitrahnya di dalam jiwa manusia dan menjadi asas kepada jenis-jenis tauhid yang lain. Manifestasi Tauhid Rububiyyah di dalam al-Qur‟an dapat dilihat dalam bentuk pujian (surah al-Fatihah ayat 2), penyerahan (surah al-An‟am ayat 71) dan perakuan (al-A‟raf ayat 54) dan ibadah (surah al-Baqarah ayat 21-22)

1- Tauhid Rububiyyah Beri‟tiqad bahawa hanya Allah SWT sahaja sebagai Rabb bersifat Esa, Pencipta, Pemilik, Penguasa, Pemelihara dan Tuan sekelian alam secara mutlak. Beri‟tikad dengan jelas dan tegas bahawa Allah SWT adalah “Rabb atau Tuanpunya” bagi segala sesuatu tidak ada Rabb selain-Nya.

Dalam hal mengimani Allah SWT di sudut rububiyyah ini, terdapat golongan yang mengakui rububiyyah Allah SWT (mengakui Allah SWT sebagai Rabb) tetapi turut meyakini adanya tuhan atau makhluk lain yang dikongsi kuasa dengan Allah SWT sebagai Rabb. Terdapat pula golongan yang tersasar dalam menghayati Tauhid Rububiyyah Allah SWT ini dengan menjadikan makhluk-makhluk sebagai perantaraan untuk berhubung dengan Allah SWT. Kedua hal keadaan ini bertentangan sama sekali dengan hakikat keimanan dan tidak dapat diterima sebagai Tauhid Rububiyyah Allah SWT tetapi tergolong dalam mensyirikkan Allah SWT sebagai Rabb iaitu keimanan yang ditolak. Tauhid Rububiyyah ini pada hakikatnya masih memerlukan keyakinan yang lebih khusus iaitu kepada Tauhid Uluhiyyah kerana ramai manusia yang mengakui rububiyyah Allah SWT tetapi dalam masa yang sama tidak meyakini Uluhiyyah Allah SWT. Keyakinan di sudut rububiyyah Allah SWT sahaja tidak diterima dan tidak menjadikan seorang itu beriman kepada Allah SWT.

Rajah 3.9


I m a n D a n K e h i d u p a n | 54

2- Tauhid Uluhiyyah Beri‟ktikad dengan jazam bahawa hanya Allah SWT sahaja Ilah iaitu Tuhan yang sebenar, tiada Tuhan selain-Nya dan Dialah Tuhan yang mesti diEsakan dalam beribadah,yang mesti ditaati, diletakkan sepenuh kecintaan dan dijadikan matlamat dalam hidup dan menjadi sumber peraturan. Rajah 3.10 Tauhid Uluhiyyah ini merangkumi ikrar (pengakuan) akan Rububiyyah Allah SWT dan beriman kepada Asma‟ dan Sifat-sifat-Nya. Unsur utama dalam mengaplikasikan Tauhid Uluhiyyah ini ialah ikhlas kepada Allah SWT pada lahir dan batin, dalam erti kata segala kegiatan ibadah dan amalan harian tidak dikerjakan untuk selain dari Allah SWT dengan rasa cinta, takut, harapan doa, tawakkal, taat, patuh, dan tunduk, dan merendah diri hanya kepada Allah SWT sahaja. Firman Allah SWT dalam surah al-Bayyinah ayat 5:

                  Maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar” (Surah al-Bayyinah : 5)


I m a n D a n K e h i d u p a n | 55

Tauhid ini menjadi tujuan Allah SWT menciptakan jin dan manusia iaitu agar jin dan manusia mengabdikan diri hanya kepada-Nya sebagaimana firman-Nya dalam surah az-Zariyat ayat 56 dan 57:

                

Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu” (Surah az-Zariyat : 56-57)

Tauhid ini juga menjadikan para nabi yang diutuskan dan kitab yang diturunkan adalah sebagai membimbing manusia mengimani tuhannya yang sebenar dalam bentuk pengabdian yang bersandarkan syara‟ dan menjadi mesej dakwah para nabi dan disempurnakan oleh Nabi SAW sehingga mereka dimusuhi dan ada yang dibunuh oleh kaumnya lantaran tauhid ini menggugat kekuasaan dan kedudukan golongan yang menghambakan diri sesama manusia dan memperalatkan agama untuk kepentingan diri sendiri. Dan kerana tauhid ini juga Allah SWT menciptakan syurga untuk mereka yang menganutnya (tauhid uluhiyyah) dan menciptakan neraka bagi mereka yang meninggalkannya. Tauhid Uluhuyyah ini menjadi hakikat kepada ajaran Islam itu sendiri yang membezakan dengan agama-agama yang lain. Tauhid Uluhiyyah pada hakikatnya mengandungi Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Asma‟ dan Sifat. (Dr. Muhammad AW.Al-Aqil: 228), Sebaliknya Tauhid Rububiyyah tidak mengandungi Tauhid Uluhiyyah kerana kadang-kadang seseorang itu mengaku Rububiyyah Allah SWT tetapi tidak beribadah kepada Allah SWT sebagaimana yang disyariatkan-Nya.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 56

3- Tauhid Asma’ wa Sifat Beri‟tiqad dengan jazam bahawa Allah SWT sahaja yang memilik nama-nama yang indah yang disebut di dalam alQuran dan Hadith sebagai al-Asma alHusna i dan hanya Allah sahaja yang memiliki sifat-sifat yang penuh kesempurnaaan (sifat kamalat)

Rajah 3.11 Asma ialah al-Asma‟ al-Husna iaitu 99 nama (asma) Allah SWT yang dinyatakan di dalam al-Quran dan Hadith. Ia adalah nama-nama Allah SWT yang baik dan agung sesuai dengan zat-Nya sebagai Rabb dan Ilah yang mutlak. Firman Allah SWT dalam surah Thaa-Haa ayat 8:

          Maksudnya: “Dialah Allah SWT, tidak ada Tuhan/Ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaa‟ul husna (nama-nama yang baik).” (Surah Thaa-Haa : 8)

Sifat pula bermaksud sifat kamalat yang menjelaskan kesempurnaan Allah SWT sebagai Rabb dan Ilah. Menurut pegangan ahli sunnah wal Jamaah, Allah SWT bersifat dengan 20 sifat wajib dan 1 sifat harus yang kamalat yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu : 

Istighna' yang bermaksud Kaya Allah SWT daripada sekalian yang lain daripadaNya iaitu tidak berkehendak ia kepada sesuatu. Maksudnya, Allah SWT tidak mengkehendaki yang lain menjadikan-Nya dan tidak berkehendakkan tempat berdiri bagi zat-Nya. Sifat wajib Allah SWT yang digolongkan dalam kategori ini ialah Sifat Wujud, Qidam, Baqa', Mukhalafatuhu Lilhawadith, Qiamuhu Binafsih, Sama', Basar, Kalam, Kaunuhu Sami'an, Kaunuhu Basiran, Kaunuhu Mutakalliman.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 57

Iftiqar yang bermaksud Yang lain berkehendakkan sesuatu daripada Allah SWT iaitu yang lain berkehendakkan daripada Allah SWT untuk menjadikan dan menentukan mereka dengan perkara yang harus. Sifat yang tergolong dalam kategori ini ialah Sifat Wahdaniat, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Kaunuhu Qadiran, Kaunuhu Muridan, Kaunuhu Hayyan.

3.4 Tuntutan Mentauhidkan Allah SWT Pemilik Nama-nama Indah dan Sifat Kesempurnaan. 3 asas yang menjadi pegangan dalam mentauhidkan Allah SWT yang memiliki asma‟ wa sifat ini ialah : i. Menyucikan Allah Azza wajalla dari menyerupai makhluk dan dari mana-mana sifat kekurangan. ii. Beriman dengan nama-nama Allah SWT dan sifat-sifatNya yang sabit di dalam alQuran al-Karim dan hadith tanpa mengurang, mengubah dan mentaktilkan (menafikannya makna setengah sifat Allah SWT) iii. Membuang segala perasaan ingin tahu kaifiyyat dan bentuk sifat-sifat Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Qur‟an dan hadith dengan pelbagai tafsiran dan gambaran. Empat perkara yang perlu dijauhi dalam menanamkan tauhid asma‟ wa sifat ini iaitu : a. Tasbih iaitu menyerupai sifat-sifat Allah SWT dengan sifat-sifat makhluk seperti orangorang Nasara menyerupakan Isa Bin Maryam dengan Allah SWT, orang-orang Yahudi menyerupakan Uzair dengan Allah SWT, orang-orang musyrikin menyerupakan berhala-berhala mereka dengan Allah SWT dan seperti segolongan manusia lain . b. Tahrif iaitu menukar atau mengganti nama-nama Allah SWT dan sifat-sifat dengan sempurna dan menambah atau mengurang atau mengubah baris ikrab seperti membaca ayat suci Al-Quran dengan menasabkan kalimah “Allah” yang memberi erti. c. Takyif iaitu menentukan kaifiyat sifat-sifat Allah SWT dan menetapkan hakikatnya. Cara mengambil sifat-sifat dan nama–nama Allah SWT yang tersebut di dalam alQuran dan al-Hadis mengikut maknanya yang zahir tanpa tasbih, taktil dan takyif itu adalah sebagaimana ulama‟–ulama‟ dahulu seperti dari para sahabat r.hum, tabi‟in dan tabi‟ tabi‟in.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 58

d. Taktil iaitu menafikan sifat-sifat Uluhiyyah Allah SWT dan mengingkari adanya sifat itu pada Allah SWT seperti menafikan sifat-sifat sempurna dari Allah SWT, dalalm erti kata mengingkari nama-namanya dan sifat-sifatnya, menafikan hubungan manusia dengan Allah SWT dalam erti kata mengingkari beribadat kepadanya dan menafikan sesuatu yang dibuat dari pembuat-Nya seperti orang berkata : segala makhluk ini qadim, Allah SWT tidak mengada dan menciptanya. Kedudukan tauhid Asmaâ€&#x; wa Sifat dalam tauhid sebagai pelengkap dan sangat penting untuk mengelakkan seseorang muslim itu tidak menyeleweng dan tersesat dalam mentauhidkan Allah SWT sebagai Rabb dan Ilah..

Mari bincangkan salah faham yang berlaku dikalangan umat Islam dalam mentauhidkan Allah SWT sebagai Rabb dan Ilah dan tuhan yang memiliki Asma wa Sifat.

RUMUSAN Keseluruhan ajaran Islam adalah berasaskan kepada tauhid dan keseluruhan kandungan al-Quran juga hanya berkisar tentang tauhid. Setiap orang yang mengakui dirinya sebagai muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT wajib beriman dengan ketiga-tiga jenis tauhid ini serentak tanpa mengasingkan di antara satu sama lain. Keimanan kepada rubbubiyyah Allah SWT semata tidak akan menjadikan seseorang itu mentaati perintah Allah SWT iaitu dalam erti kata hanya mengakui Allah SWT sebagai Rabb tetapi menolak kedudukan Allah SWT sebagai matlamatmnya dalam kehidupan. Manakala Tauhid Uluhiyyah pula merangkumi Tauhid Rabubiyyah dan Tauhid Asma wa Sifat kerana Allah SWT yang diyakini sebagai Ilah semestinya Rabb dan turut mengandungi makna kesempurnaan pada nama-Nya dan Sifat-Nya.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 59

PETA KONSEP TAUHID Pengakuan Pujian Penyerahan

Rububiyyah Uluhiyyah

Ibadah Penyerahan Penyerahan

Asma wa Sifat

Ikhlas badah Penyerahan Raja‟ Penyerahan Penyerahan Penyerahan Khauf

Tidak Tasybih Tidak Tahrif Tidak Takyif Tidak Ta‟til

KATA KUNCI 1.Tauhid

6. Kauniyyah

2. Syirik

7. Rububiyyah

3. Rabb

8. Uluhiyyah

4. Ilah

9. Khauf dan Raja‟

5. Asma wa Sifat

10.Tasybih

Penyerahan Penyerahan


I m a n D a n K e h i d u p a n | 60

PENILAIAN KENDIRI 1. Bagaimankan kedudukan tauhid dalam mengimani Allah SWT? 2. Mengapakah keimanan kepada Allah SWT sebagai rabb atau tauhid rububiyyah masih belum menyebabkan seorang itu diterima sebagai muslim dan mukmin? 3. Nyatakan 3 contoh amalan mukmin yang mentauhidkan Allah SWT sebagai Rabb, Ilah dan memiliki nama-nama indah dan sifat-sifat sempurna. 4. Apakah keistimewaan Tauhid Uluhiyyah? 5. Terdapat ayat-ayat al-Quran yang disebut sebagai mutasyabihat dalam menyatakan sifat-sifat Allah SWT. Kemukakan 3 contoh ayat tersebut dan bagaimana anda mengimani ayat tersebut dalam kerangka tauhid asmaâ€&#x; wa sifat.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 61

RUJUKAN Abdul Majid Aziz az-Zindani, (2004). Kitab Tauhid diperakui oleh Fakta Sains, Kuala Lumpur; Pustaka Salam Abdur Rahman Hanabakah (1998) Pokok-pokok Aqidah Islam, Jakarta; Gema Insani Abu Bakr Jabir Al-Jazairi (1997). Akidah Mukmin Jilid 1, Kuala Lumpur: Pustaka Antara Sdn. Bhd. H. M. Yusran Asmuni (2000). Ilmu Tauhid. Jakarta: PT Raja Grafindo Persada. Al-Maududi, Abu al-Aâ€&#x;la, (1989) Empat Istilah dalam al-Quran, Singapura; Pustaka National Danial Zainal Abidin (2007). Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains. Kuala Lumpur: PTS Publication Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Sulaiman Yasin (1987). Pengantar Akidah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Naim Yasin (2001). Iman, Rukun, Hakikat dan Pembatalan. Kedah: Pustaka Darussalam Sdn. Bhd. Qardhawy, Yusuf (1989). Hakikat Tauhid dan Fenomena Kemusyrikan, Jakarta; Rabbani Press Sayed Sabiq (2005). Akidah Islam: Menurut Al-Quran dan Hadis, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Said Hj. Ibrahim. (1996). Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Kuala Lumpur; Dar al-Maâ€&#x;rifah. Syed Sabiq, (1988) Aqidah Islamiah, Kota Bharu; Pustaka Aman Press Zakaria Stapa (1999). Akidah dan Akhlak dalam Kehidupan Muslim. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. http//:www.harunyahya.com Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains Dalam al-Quran, ttp://pasakeedah.blogspot.com/

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS


I m a n D a n K e h i d u p a n | 62

UNIT PELAJARAN 4 BERIMAN KEPADA MALAIKAT HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit, ini anda diharap : 5. Menerangkan pengertian beriman kepada malaikat. 6. Menjelaskan nama, tugas dan sifat malaikat yang wajib diimani secara umum dan terperinci 7. Membincangkan kesan beriman kepada malaikat terhadap kehidupan orang mukmin.

PENGENALAN Adakah alam yang wujud hanya terhad kepada apa yang dapat ditanggapi oleh pancaindera kita sahaja atau terdapat juga alam yang lain? Adakah amalan manusia sama ada yang dilakukan secara terang-terangan dan tersembunyi, semuanya dicatat?

4.1 Apakah Pengertian Beriman Kepada Malaikat? Beriman kepada malaikat termasuk beriman kepada hal-hal yang ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia. Beriman kepada malaikat ialah meyakini bahwa Allah SWT mempunyai malaikat-malaikat yang dijadikan dari cahaya, diciptakan untuk sentiasa taat kepada-Nya dan tidak pernah engkar terhadap apa yang diperintahkan Allah kepada mereka. Para malaikat sentiasa mengerjakan semua perintah-Nya dan bertasbih kepada Allah siang dan malam. Jumlah malaikat tidak diketahui Rajah 4.1 kecuali Allah. Tugas mereka adalah berbeza mengikut apa yang ditetapkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 285:

ِ ِ ِ ِ ِ ‫الرسو ُل بِما أ‬ ٌّ َ ‫ِّو واْلم ْؤ ِمُن‬ ‫آم َن بِالمّ ِو َو َمآلئِ َكتِ ِو َو ُكتُبِ ِو َوُر ُسمِ ِو‬ ُ َّ ‫آم َن‬ َ ‫ون ُكل‬ ُ َ ‫ُنز َل إلَ ْيو من َّرب‬ َ َ

Maksudnya: Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (al-Baqarah: 285).


I m a n D a n K e h i d u p a n | 63

Dalam hadith Jibril, ketika dia datang kepada Rasulullah SAW bertanya tentang iman, Islam dan ihsan. Jibril berkata: Beritahukan kepadaku tentang iman! Kemudian Rasulullah SAW menjawab: “Anda beriman kepada Allah, malaikat-malaikat Nya, rasul-rasul-Nya, hari kemudian dan beriman kepada takdir baik dan buruk.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Apakah kedudukan beriman kepada malaikat dalam akidah Islam? Apakah akibat daripada menolak kepercayaan kepada malaikat dari segi akidah? Bagaimana beriman kepada malaikat secara umum dan terperinci?

4.2 Apakah Hukum Beriman Kepada Malaikat? Beriman kepada malaikat merupakan salah satu daripada rukun iman. Tidak sah iman tanpa beriman kepada malaikat. Para ulama bersepakat bahawa hukum beriman kepada malaikat adalah wajib berdasarkan dalil qat`ie. Orang yang mengingkari kewujudan mereka atau sebahagian dari mereka yang telah disebutkan di dalam al-Quran menjadi kafir. Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa‟ ayat 136 :

ِ ِ​ِ ِ ِ​ِ ِ ِ ‫يدا‬ ً ‫ضالَالً َب ِع‬ َ ‫ض َّل‬ َ ‫َو َمن َي ْكفُ ْر بِالمّو َو َمالَئ َكتو َو ُكتُبِو َوُر ُسمو َواْل َي ْوِم اآلخ ِر فَقَ ْد‬ Maksudnya: “Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah SWT, dan malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh”. (Surah An-Nisa’: 136)

Ayat-ayat al-Quran dan hadith yang menyentuh tentang malaikat biasanya membincangkan soal hubungan mereka dengan manusia. Hakikat kejadian malaikat dan kedudukannya secara terperici tidak diketahui melainkan Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Ini adalah keistimewaan akidah Islam yang membincangkan hakikat ilmu tentang perkara ghaib dan memperkenalkan kepada manusia sekadar keperluan manusia dan sesuai dengan keupayaan pemikiran mereka sahaja. Dengan pengetahuan tersebut manusia dapat memperbaiki cara hidup mereka di dunia ini dan di akhirat. Allah SWT tidak mendedahkan kepada manusia semua perkara ghaib yang tidak memberi manfaat kepada mereka. Orang mukmin yang benar akan beriman dengan apa sahaja yang dijelaskan oleh Tuhannya sama ada keterangan secara terperinci atau umum tanpa mengubah, menambah dan mengurang apa yang dijelaskan. Mereka juga tidak memberatkan diri mereka untuk menyelami perbahasan yang tidak dibenarkan oleh Allah SWT untuk mereka ketahui.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 64

4.3 Bagaimana Beriman Kepada Malaikat? Beriman kepada malaikat secara umum mencakupi beberapa perkara di antaranya: i.

Mengakui kewujudan malaikat yang mana mereka adalah makhluk ciptaan Allah. Mereka diciptakan untuk beribadah kepada-Nya dan kewujudan mereka adalah hakiki. Walaupun kita tidak mampu melihat mereka tetapi hakikatnya mereka wujud. Nabi SAW pernah melihat malaikat Jibril dalam bentuk asalnya. Begitu juga sebahagian sahabat pernah menyaksikan sebahagian malaikat dalam bentuk manusia.

ii.

Meletakkan mereka sesuai dengan kedudukan yang Allah SWT tetapkan untuk mereka iaitu mereka adalah sebagai hambaNya yang sentiasa bersiap sedia untuk diperintah. Allah telah memuliakan mereka dengan mengangkat kedudukan serta mendekatkan mereka kepadaNya. Terdapat di antara mereka ditugaskan sebagai utusan untuk membawa wahyu dan yang lainnya sesuai dengan kehendak Allah SWT. Walaupun demikian mereka tetap makhluk dan hamba Allah SWT yang tidak boleh mendatangkan manfaat dan mudarat sama ada terhadap dirinya sendiri atau orang lain. Kita dilarang beribadah untuk mereka. Para Malaikat tidak mempunyai sifat-sifat ketuhanan seperti keyakinan orang-orang Nasrani terhadap Ruhul Qudus (malaikat Jibril AS). Allah SWT berfirman dalam surah al-Anbiya‟ ayat 26:

           Maksudnya: “Dan mereka (yang musyrik) berkata: "(Allah) Ar-Rahman mempunyai anak". Maha Sucilah Ia. Bahkan (mereka yang dikatakan menjadi anak Allah itu) ialah hamba-hambaNya yang dimuliakan”. (Surah al-Anbiya‟: 26)

Dalam firman Allah SWT yang lain:

         Maksudnya: “…Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (Surah al-Tahrim: 6).


I m a n D a n K e h i d u p a n | 65

Beriman kepada malaikat secara ijmal adalah wajib ke atas setiap orang Islam. Oleh itu, wajib ke atas mereka mempelajari dan meyakininya. Senaraikan perkara-perkara yang wajib diimani berhubung beriman kepada malaikat. _______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________

4.4 Apakah Sifat-sifat Kejadian Malaikat? Beriman kepada malaikat meliputi kepercayaaan kepada kejadian malaikat, jumlah malaikat, namanama malaikat serta tugas-tugas mereka. 1. Asal kejadian malaikat Malaikat ialah makhluk Allah yang mulia. Malaikat dijadikan sebelum kejadian Nabi Adam Rajah 4.2 A.S. Allah menciptakan para malaikat dari cahaya. Sementara jin dicipta dari api dan anak cucu Adam dari tanah liat. Dalam sebuah hadis disebutkan:

ُّ ‫الج‬ ‫صفَ لَ ُك ْن‬ َ ِ‫ َّ ُخل‬،‫برج ِه ْي ًَبر‬ َ ِ‫ َّ ُخل‬،‫ت ْال َوالَئِ َكتُ ِه ْي ًُْ​ْ ر‬ َ َّ ‫ك آ َد ُم ِه َّوب‬ َ ‫ك‬ ِ َ‫ُخلِم‬ ِ ‫بى ِه ْي َه‬

Maksudnya: Malaikat diciptakan dari cahaya, dan jin diciptakan dari api dan diciptakan anak Adam dari apa yang telah dijelaskan kepadamu (iaitu tanah). (Riwayat Muslim).

Malaikat merupakan makhluk nurani (berunsur cahaya) dan tidak berjisim seperti manusia. Allah SWT telah menciptakan malaikat terlebih dahulu sebelum menciptakan Adam A.S. Allah SWT telah memberitahu malaikat bahawa manusia hendak dicipta sebagai khalifah di atas bumi ini.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 66

Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 30:

                               Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Surah al-Baqarah: 30)

2. Jumlah malaikat Bilangan Malaikat terlalu banyak dan hanya Allah SWT yang mengetahui bilangannya. Setiap ruang di langit dipenuhi oleh para Malaikat yang sentiasa bersujud atau berdiri. Allah SWT berfirman dalam surah al-Muddaththir ayat 31:

…..        …. Maksudnya: “…..Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri….” (Surah al-Muddaththir : 31).

Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda:

َّ ‫ت ال َّس َوب ُء َّ ُح‬ ٌ َ‫ض ُع لَذَم إِالَّ َّفِ ْي َِ َهل‬ ‫ك َسب ِج ٌذ َّ َرا ِك ٌع‬ ِ ْ​ْ‫ َهب فِ ْيَِب َه‬،َّ‫ك ّ​ّ أَ ْى ﺗَئِط‬ ِ َّ‫أَط‬ Maksudnya: “Langit merintih kepenatan, dan sewajarnya dia merintih, tidak ada satu tempat selebar tapak kaki di langit melainkan di situ ada malaikat yang senantiasa sujud dan ruku” (Riwayat Bukhari dan Muslim).


I m a n D a n K e h i d u p a n | 67

Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda:

‫ َه َع ُك ِّل ِس َهبم َس ْبعُْ​ْ ىَ أَ ْلفَ َهلَك‬،‫ي ُْؤﺗَى ِب َجٌََِّ َن يَْ​ْ َهئِذ لََِب َس ْبعُْ​ْ ىَ أَ ْلفَ ِس َهبم‬

Maksudnya: “Akan didatangkan neraka Jahannam pada hari itu, padanya terdapat tujuh puluh ribu tali kendali, beserta setiap tali kendali tujuh puluh ribu malaikat (yang menariknya)” (Riwayat Muslim).

3. Sifat-sifat malaikat Sifat-sifat malaikat yang wajib diimani ialah: a. Malaikat mempunyai tubuh fizikal yang besar. Allah ciptakan mereka dalam bentuk yang besar dan kuat sesuai dengan tugas mereka yang besar dan berat. Malaikat diciptakan oleh Allah SWT bersayap. Rasulullah Rajah 4.3 SAW pernah melihat malaikat Jibril a.s dalam rupa asalnya dengan memiliki 600 sayap sampai menutupi ufuk. Ini dinyatakan dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah SAW telah menyaksikan Malaikat Jibril a.s mempunyai enam ratus sayap. Allah SWT berfirman dalam surah Fatir ayat 1:

           ….         Maksudnya: “Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat; Ia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya….” (Surah Fatir: 1).

b. Malaikat tidak makan dan minum kerana mereka tidak memerlukannya. Mereka juga tidak tidur, tidak penat, tidak berkahwin dan tidak berketurunan. Mereka suci daripada sifat-sifat biasa manusia dan syahwat kebinatangan. Justeru mereka tidak melakukan maksiat dan dosa. c. Malaikat mampu mengubah rupa asalnya kepada bentuk yang lain seperti seorang manusia.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 68

d. Malaikat juga mempunyai saat kematian. Di hari kiamat semua malaikat akan mati termasuk malaikat pencabut nyawa, kemudian mereka dibangkitkan kembali untuk melaksanakan tugastugas yang telah ditugaskan Allah kepada mereka. e. Para malaikat sentiasa taat kepada Allah, tidak pernah melanggar perintah Allah dan patuh terhadap arahanNya. Firman Allah SWT:

         ….. Maksudnya: “Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan” (Surah al-Tahrim: 6)

f.

Para malaikat sentiasa melakukan berbagai bentuk ibadah siang dan malam seperti solat, do`a, tasbih, ruku‟, sujud dan rasa takut kepada Allah SWT. Mereka tidak pernah rasa jemu untuk beribadah dan tidak pernah engkar dari melakukan ibadah tersebut. Firman Allah SWT:

      Maksudnya: “Mereka beribadat malam dan siang, dengan tidak berhenti-henti” (Surah al-Anbiya‟: 20)

4.5 Nama-Nama Dan Tugas-Tugas Malaikat Setiap orang beriman wajib mempercayai nama-nama malaikat yang disebutkan nama mereka di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW secara tafsil. Namun, banyak lagi tugas-tugas malaikat selain yang disebutkan di atas seperti yang diterangkan di dalam al-Quran.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 69

Allah SWT berfirman:

           ……   Maksudnya: “Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji Tuhan mereka, dan beriman kepadaNya serta memohon ampun bagi orang-orang yang beriman.” (Surah al-Mukmin: 7)

Malaikat mempunyai tugas dan pekerjaan yang banyak. Berikut adalah keterangan dari al-Quran dan hadith mengenai tugas-tugas yang ditetapkan kepada malaikat sebagai amal ibadah dan ketaatan mereka kepada Allah SWT: i. Jibril atau disebut juga Jibrail. Dia juga dikenali sebagai Ruhul Qudus yang diberikan tugas yang mulia dan penting untuk menyampaikan wahyu kepada rasulrasul Allah. Firman Allah SWT:

                   Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman". (Surah al-Baqarah: 97)

Jibril telah disifatkan oleh Allah SWT mempunyai sifat kuat dan amanah berdasarkan firman-Nya dalam surah al-Takwir ayat 19 hingga 21:


I m a n D a n K e h i d u p a n | 70

                Maksudnya: “Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia, Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy, Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai.” (Surah al-Takwir: 19-21). Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa malaikat Jibril a.s telah menjadi teman baginda SAW dalam perjalanan Isra‟ dan Mikraj iaitu perjalanan agung dari Makkah alMukarramah ke Baitul Maqdis dan seterusnya ke Sidaratul Muntaha. ii. Mikail bertugas untuk menurunkan hujan dan dengan itu hidupnya bumi, tumbuhtumbuhan dan binatang. iii. Israfil bertugas untuk meniup sangka kala sebagai tanda akhir dari kehidupan dunia dan awal kehidupan akhirat. iv. Izrael atau Malakul maut diberi tugas untuk mencabut roh. Pembantu Malakul maut terdiri daripada Malaikat Rahmat dan Malaikat azab. v. Malaikat Ridwan ditugaskan untuk menjadi ketua penjaga syurga. Para pengawal syurga itu bilangannya sangat ramai dan tidak terhitung jumlah mereka. Firman Allah SWT:



       …….        

Maksudnya: “Sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.” (Surah al-Ra`d: 23-24)


I m a n D a n K e h i d u p a n | 71

vi. Malaikat Malik sebagai ketua pengawal neraka. Pengawal neraka ditugaskan menjaga semua neraka dan mengazabkan para penghuni neraka.

Firman Allah SWT:



Rajah 4.4

                

Maksudnya: “Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka, dengan berkata): "Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan menderita)!" Maalik menjawab: "Sesungguhnya kamu tetap kekal di dalam azab!" (Bagi menyatakan sebabnya mereka dibiarkan di dalam azab, Allah Taala berfirman): "Demi sesungguhnya! Kami telah menyampaikan kebenaran kepada kamu (melalui Rasul Kami), akan tetapi kebanyakan kamu (telah menentangnya, kerana kamu) tidak suka kepada kebenaran itu". (Surah al-Zukhruf: 77-78) Selain dari itu, terdapat malaikat yang menjalankan berbagai tugas lain seperti yang ditentukan Allah SWT kepada mereka termasuk: 1. Memikul arsy. 2. Menjaga bukit-bukau dan gunung-ganang. 3. Mencatat amalan manusia. Malaikat tersebut dikenali sebagai Kiraman Katibin. Tugas mereka ialah menulis semua amalan manusia. Di sebelah kanan pencatat kebaikan dan di sebelah kira pencatat keburukan. 4. Menjaga keselamatan manusia. Apabila Allah hendak mentakdirkan sesuatu atas orang tersebut maka malaikat meninggalkannya dan terjadilah apa yang dikehendaki oleh Allah SWT. 5. Menyertai manusia dan mendo‟akannya dengan kebaikan. 6. Menjaga janin, meniupkan ruh kepada manusia, menulis takdir manusia termasuk rezeki, amalan dan nasib celaka atau bahagia. 7. Menyoal orang mati di dalam kubur. Ia dikenali dengan Munkar dan Makir 8. Menyampaikan salam kepada Nabi Muhammad SAW dari umatnya.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 72

4.6 Apakah Kesan Beriman Kepada Malaikat? Malaikat adalah makluk yang sentiasa takut dan taat kepada Allah SWT. Namun kedudukan manusia lebih utama daripada mereka. Allah SWT memuliakan manusia dengan mengurniakan ilmu pengetahuan yang tidak diberikan kepada para malaikat. Manusia juga diberi keistimewaan dengan dianugerah keupayaan untuk mengenal dan mengetahui berbagai-bagai benda. Selain itu Allah SWT telah memerintahkan malaikat untuk memberi penghormatan kepada Adam A.S. Hal ini menggambarkan keutamaan dan kemuliaan manusia melebihi malaikat. Firman Allah SWT:

                                                                    Maksudnya: “Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar". Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?". Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.” (Surah al-Baqarah: 31-34)


I m a n D a n K e h i d u p a n | 73

4.7 Pekerjaan Malaikat Dan Hubungannya Dengan Manusia. Malaikat sentiasa mendampingi manusia sepanjang hidupnya dan sesudah mereka meninggal dunia. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: Sesungguhnya terdapat malaikat yang menyertai kamu semua dan tidak memisahkan diri daripadamu melainkan di waktu kamu semua berada di tempat sunyi (buang air besar dan kecil), juga ketika bersetubuh. Maka dari itu bersikap malulah kepada mereka itu dan muliakanlah mereka. Para malaikat juga mendorong kepada peningkatan kekuatan rohani dalam diri manusia dengan mengilhamkan kebaikan dan kebenaran. Selain itu para malaikat sentiasa berdoa untuk orang-orang mukmin. Para malaikat memohon kerahmatan Allah SWT dan keampunan kepada orang-orang mukmin. Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Pada setiap pagi para hamba Tuhan pasti disertai dua malaikat yang berdoa. Yang satu berdoa: “Ya Allah, berikanlah kerosakan terhadap orang yang enggan membelanjakan hartanya, sedankan yang lain berkata: “Ya Allah, berikanlah penggantian terhadap orang yang suka membelanjakan hartanya (untuk kebaikan). (Riwayat Muslim) Malaikat juga menta‟minkan bersama-sama orang yang bersembahyang seperti sabda Rasulullah ِّ ِ ‫غض‬ ِ ‫ َغ‬maka ucapkanlah: SAW yang bermaksud: Jikalau imam mengucapkan: ‫ين‬ ُ ‫الم‬ َ ‫وب َعمَي ِي ْم َوالَ الضَّال‬ َ ‫ير‬ “Aamiin” kerana sesungguhnya malaikat itu pun mengucapkan: “Aamiin”. Sesungguhnya imam pun mengucapkan: “Aamiin”. Maka barangsiapa yang bacaan aminnya bersamaan dengan bacaan aminnya malaikat, maka diampunkanlah untuknya dosa-dosa yang telah lalu. (Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Nasa‟i)

4.8 Hikmah Beriman Kepada Malaikat Di antara hikmah seseorang beriman kepada malaikat dan pengaruhnya dalam kehidupan ialah: 1. Menyedarkan kepada manusia tentang kebesaran, keagungan dan kekuasaan Allah SWT kerana kebesaran makhluk adalah sebagai bukti kebesaran penciptanya. 2. Menambah keimanan seorang Islam dengan mengetahui sifat-sifat, keadaan dan tugastugas malaikat.

Rajah 4.5


I m a n D a n K e h i d u p a n | 74

3. Memberi ketenangan dan kedamaian pada diri orang beriman kerana Allah SWT telah menetapkan untuk mereka malaikat yang senantiasa menjaga dan mendampingi mereka. 4. Menambah rasa cinta kepada malaikat kerana mereka melaksanaan ibadah secara sempurna, dan mereka mendoâ€&#x;akan keampunan untuk orang-orang mukmin. 5. Membangkitkan rasa benci terhadap perbuatan-perbuatan maksiat. 6. Membuahkan rasa syukur di atas rahmat Allah SWT terhadap hambaNya dengan menugaskan malaikat untuk menjaga kemaslahatan manusia dan mencatat semua amalan mereka. 7. Menjadikan seseorang itu sentiasa beristiqamah di atas perintah Allah SWT dan meninggalkan tegahanNya kerana tertanam dalam dirinya keyakinan tentang kewujudan malaikat sebagai pengawas dan pencatat segala amalan yang dilakukan. Mereka tidak akan melakukan maksiat walaupun dalam keadaan bersendirian kerana mereka merasai kehadiran malaikat yang mengawasi mereka sepanjang masa. 9. Beriman kepada malaikat menimbulkan rasa sabar dan tenang jiwa ketika berada di dalam kesusahan dan berjihad di jalan Allah SWT. Ini kerana, seseorang mukmin tidak bersendirian dalam berjihad di jalan Allah SWT. Mereka ditemani oleh malaikat-malaikat yang sentiasa menetapkan hatinya untuk terus berada di atasan landasan kebenaran.

Lakukan satu tugasan mengenai soalan “Apakah hubungan malaikat dalam kehidupan manusia berdasarkan al-Quran dan Sunnah?�

KATA KUNCI 1. 2. 3. 4.

Beriman kepada malaikat Tugas-tugas malaikat Sifat-sifat malaikat Nama-nama malaikat


I m a n D a n K e h i d u p a n | 75

PENILAIAN KENDIRI 1. 2. 3. 4. 5.

Berikan pengertian beriman kepada malaikat. Jelaskan sifat-sifat kejadian malaikat. Sebutkan nama-nama dan tugas-tugas malaikat yang dinyatakan di dalam al-Quran. Huraikan kesan beriman kepada malaikat dalam kehidupan manusia. Huraikan hikmah beriman kepada malaikat.

RUJUKAN Abu Bakar Jabir al-Jazairi. 1997. Akidah Mukmin. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Muhammad Naim Yasin. 2007. Iman: Rukun, Hakikat dan Pembatalannya. Kedah: Pustaka Darussalam. Muhammad Sulaiman Hj Yasin.1988. Pengantar Aqidah. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka. Said Hj. Ibrahim. 1996. Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Kuala Lumpur: Dar al-Ma`rifah. Sayid Sabiq. 1991. Akidah Islam. Singapura: Pustaka Nasional.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 76

UNIT PELAJARAN 5 BERIMAN KEPADA KITAB DAN RASUL HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. 2. 3. 4.

Menjelaskan pengertian beriman kepada kitab-kitab Allah. Menjelaskan maksud beriman kepada para Rasul. Menghuraikan keistimewaan kitab al-Quran dibandingkan dengan kitab-kitab terdahulu. Menjelaskan keperluan manusia untuk beriman kepada para Rasul Allah.

PENGENALAN Allah SWT menciptakan manusia di atas muka bumi ini dengan tujuan dan peranan tertentu. Oleh itu, tentunya mereka memerlukan panduan dan rujukan bagi menjalani kehidupan selari dengan kehendak Pencipta mereka. Persoalannya, apakah fungsi kitab-kitab Allah SWT dan para Rasul dalam kehidupan manusia? Rajah 5.1

5.1 Apakah Pengertian Beriman Kepada Kitab-Kitab?

B

eriman kepada kitab Allah adalah salah satu daripada rukun iman. Tidak sah iman seseorang tanpa mengimani rukun ini. Firman Allah SWT:

ِ ‫يا أَُّييا الَِّذين آم ُنوْا‬ ِ َ‫اب الَِّذي َن َّز َل َعمَى ر ُسولِ ِو واْل ِكت‬ ِ َ‫آمُنوْا بِالمّ ِو ور ُسولِ ِو واْل ِكت‬ ‫اب‬ َ َ​َ َ َ َ َ َ َ ِ ‫َنز َل ِمن قَْب ُل ومن ي ْكفُر بِالمّ ِو ومالَئِ َكتِ ِو و ُكتُبِ ِو ورسمِ ِو واْليوِم‬ َِّ ‫اآلخ ِر فَقَ ْد‬ َ‫يأ‬ َ ‫الذ‬ ْ َ َ​َ َْ َ ُ ُ َ َ​َ َ ‫يدا‬ ً ‫ضالَالً َب ِع‬ َ ‫ض َّل‬ َ Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh”. (Surah al-Nisa’:136)


I m a n D a n K e h i d u p a n | 77

Beriman kepada kitab bermaksud membenarkan secara mutlak bahwa Allah SWT mempunyai kitabkitab yang diturunkan kepada Rasul-rasul-Nya. Kitab-kitab tersebut merupakan kalam Allah SWT yang hakiki. Ia merupakan cahaya dan petunjuk. Semua isi kandungannya merupakan kebenaran yang wajib diikuti dan dilaksanakan. Setiap orang Islam wajib beriman kepada semua kitab yang diturunkan kepada Rasul-rasul Allah SWT, kandungannya adalah kalam Allah SWT dan kitab-kitab tersebut bukanlah makhluk. Sesiapa yang menolak semua kitab-kitab Allah SWT atau sebahagiannya maka ia dikira tidak beriman. Beriman kepada kitab-kitab merangkumi beriman kepada kitab-kitab terdahulu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasul-rasulNya. Kitab Allah SWT yang diturunkan kepada Rasul-rasul seperti yang dinyatakan oleh al-Quran ialah: i. Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa A.S.

ii. Kitab Injil diturunkan kepada Nabi Isa A.S.

Firman Allah SWT.:

Firman Allah SWT.:

َ َ‫إِ َّنا أ‬ ‫نز ْل َنا ال َّت ْو َرا َة فِي َها ُه ًدى َو ُنور‬

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi. (al-Mai’dah: 44)

iii. Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Dawud A.S. Firman Allah SWT:

‫ور‬ ‫ود َزُب ًا‬ َ ‫َوآتَْي َنا َد ُاو‬

iv.

Maksudnya: Dan Kami telah berikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud (alIsra’: 55)

v. Kitab al-Quran merupakan kitab terakhir yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT:

ِ ِ ِ ‫َشير رمضان الَِّذي أ‬ ‫آن‬ ُ ‫ُنز َل فيو ا ْلقُ ْر‬ َ َ َ َ ُْ َ

Maksudnya: Bulan Ramadan yang diturunkan padanya Al-Quran. (alBaqarah: 185)

ِ ِ ‫يسى‬ َ ‫ثَُّم قَفَّْيَنا َعمَى آثَ ِارِىم بِ ُر ُسمَنا َوقَفَّْيَنا بِع‬ ِْ ُ‫ْاب ِن م ْرَيم وآتَْيَناه‬ ‫يل‬ َ ‫اْلن ِج‬ َ َ َ Maksudnya: Kemudian Kami iringi sesudah mereka Rasul-rasul Kami silih berganti dan Kami iringi lagi dengan Nabi Isa Ibni Mariam, serta Kami berikan kepadanya Kitab Injil. (al-Hadid: 27)

iv. Suhuf Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Musa A.S. Firman Allah SWT.

ِ ‫ف ْاْلُولَى صح‬ ِ ‫إِ َّن ى َذا لَ ِفي الصُّح‬ ‫ف‬ َ ُ​ُ ُ ِ ِ ‫وسى‬ َ ‫يم َو ُم‬ َ ‫إ ْب َراى‬

Maksudnya:Sesungguhnya (keteranganketerangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu. Iaitu Suhuf Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. (al-A`ala: 18-19)


I m a n D a n K e h i d u p a n | 78

Di samping itu, terdapat kitab-kitab lain yang tidak dijelaskan bilangan dan namanya oleh al-Quran. Namun Allah SWT menyatakan bahawa tiap-tiap orang nabi diturunkan kepada mereka risalah untuk disampaikan kepada kaum mereka. Firman Allah SWT:

ِ ِ ِ ‫ُمةً و‬ ِّ ‫اب بِا ْل َح‬ َّ ُ‫ث المّو‬ َّ ‫ان‬ ‫ق‬ َ ‫اح َدةً فَ​َب َع‬ َ ‫ين َوأ‬ َ َ‫َنز َل َم َعيُ ُم ا ْلكت‬ َ ‫ين َو ُمنذ ِر‬ َ ‫ِّين ُمَب ِّش ِر‬ َ ‫النبِي‬ َ ‫َك‬ ُ ‫الن‬ َ َّ ‫اس أ‬ ِ ‫اختَمَفُوْا ِف‬ ِ ِ ‫الن‬ َّ ‫لَِي ْح ُك َم َب ْي َن‬ ‫يو‬ ْ ‫يما‬ َ ‫اس ف‬

Maksudnya: “Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu, maka Allah SWT mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi amaran dan Allah SWT menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab suci yang benar untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan”. (Surah al-Baqarah: 213)

Oleh yang demikian, wajib beriman kepada kitab-kitab yang tidak disebutkan namanya. Kita tidak boleh menisbahkan mana-mana kitab kepada Allah SWT kecuali apa yang disebutkan di dalam al-Quran. Wajib beriman bahawa kitab-kitab yang diturunkan itu membawa kebenaran, petunjuk dan mengesakan Allah SWT. Sekiranya didapati berlaku perselisihan dalam perkara-perkara tersebut di dalam kitab-kitab ini, ia sebenarnya hasil dari perbuatan manusia sendiri yang mengubah kandungannya.

5.2 Mengapakah Manusia Memerlukan Kepada Kitab-Kitab? i.

Kitab-kitab adalah pedoman bagi umat manusia untuk mengenal dan memahami ajaran agamanya.

ii.

Kitab-kitab adalah pemutus, rujukan dan hakim yang adil dalam semua permasalahan yang dihadapi manusia.

Rajah 5.2

iii.

Penurunan Kitab Al-Qur‟an adalah untuk menjaga kesucian dan kemurnian agama Islam setelah wafatnya Rasulullah SAW.

iv.

Kitab-kitab adalah hujjah Allah SWT terhadap makhluk-Nya pada hari Kiamat kelak. Tiada alasan bagi manusia untuk mengatakan di hadapan Allah SWT nanti bahawa belum datang petunjuk kepada mereka.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 79

5.3 Beriman Kepada Kitab Terakhir: Al-Quran Al-Quran adalah wahyu terakhir yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Ia diturunkan kepada Nabi SAW secara beransur-ansur selama 23 tahun. Semasa Rasulullah SAW masih hidup, al-Quran tidak dikumpulkan dalam sebuah mushaf tetapi ia ditulis di atas tulang belulang, kulit binatang, pelepah tamar dan sebagainya dalam keadaan terpisahpisah. Malaikat Jibrail memberitahu kepada Rasulullah bagaimana menyusun surah-surah dan ayatayat. Rasulullah SAW juga menugaskan para Sahabat yang dikenali sebagai penulis wahyu untuk menulis ayat-ayat yang diturunkan dan memberitahu kepada mereka di mana letak sesuatu ayat. Ayat-ayat al-Quran dikumpulkan selepas kewafatan Rasulullah SAW, semasa zaman Khalifah Abu Bakar R.A. di atas usul yang dikemukakan Umar al-Khattab. Abu Bakar RA melantik Zaid bin Thabit sebagai sahabat yang bertanggungjawab untuk melakukan kompilasi al-Quran. Al-Quran mempunyai berbagai nama dan sifat. Antaranya ialah:  Al-Qur'an  Al-Furqaan  Al-Kitab  Al-Huda  As-Shifa'  Az-Zikr -

i)

Apakah Keistimewaan Al-Quran?

i.

Al-Quran meliputi intisari semua ajaran kitab-kitab terdahulu. Allah SWT berfirman:

Rajah 5.3

ِ َ ‫َنزْلَنا إِلَ ْي‬ ِّ ‫اب بِا ْل َح‬ ‫ص ِّدقًا لِّ َما َب ْي َن َي َد ْي ِو ِم َن ا ْل ِكتَاب‬ َ ‫َوأ‬ َ َ‫ك ا ْلكت‬ َ ‫ق ُم‬ Maksudnya: “Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (AlQuran) dengan membawa kebenaran untuk mengesahkan benarnya Kitabkitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya …” (Surah al-Ma’idah: 48)


I m a n D a n K e h i d u p a n | 80

Al-Quran membenarkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalam kitab-kitab samawi yang terdahulu seperti mengajak manusia untuk mentauhidkan Allah dan beribadah serta taat kepada Allah SWT. Al-Quran juga membawa syariat yang menyeluruh, mengandungi segala kebaikan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Syariat yang terkandung di dalam al-Quran menggantikan syariat terdahulu. Syariat ini merupakan syariat yang terakhir dan kekal sehingga ke hari Kiamat serta sesuai dilaksanakan pada setiap masa dan zaman. ii.

Allah SWT memberi jaminan untuk memelihara Al-Quran seperti firmanNya:

ِ ِّ ‫ون‬ َ ُ‫إَِّنا َن ْح ُن َن َّزْلَنا الذ ْك َر َوِاَّنا لَوُ لَ َحافظ‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”. (Surah al-Hijr: 9)

Al-Quran terpelihara daripada perubahan dan penyelewengan. Sedangkan penyelewengan, penambahan dan pengurangan berlaku kepada isi kandungan kitab yang terdahulu seperti penyelewangan orang-orang Yahudi terhadap kitab Taurat. Firman Allah SWT:

ِ ‫ادوْا يحِّرفُون ا ْل َكمِم عن َّمو‬ َِّ ‫اض ِع ِو‬ َ َ ُ ُ ‫ين َى‬ َ ‫ِّم َن الذ‬ َ َ َ

Maksudnya: “Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah Kalamullah (Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar.” (Surah al-Nisa’: 46)

Justeru, al-Quran datang untuk menjelaskan penyelewengan yang berlaku serta menerangkan akidah yang sebenar. Oleh itu, tiada satu kitab pun yang masih kekal asli melainkan al-Quran. Hanya al-Quran, kitab Allah yang sebenar dan tiada satu kitab pun yang boleh dinisbahkan kepada Allah SWT melainkan al-Quran. iii.

Al-Quran diturunkan untuk seluruh manusia. Ia diturunkan bukan untuk sesuatu kaum dan bangsa tertentu sahaja sebagaimana kitab-kitab terdahulu.

iv.

Semua lafaz dan makna yang terkandung di dalam al-Quran adalah mukjizat.

v.

Al-Qur‟an merupakan kitab samawi yang terakhir, dengannya ditutup kitab-kitab sebelumnya.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 81

vi.

Al-Qur‟an menasakhkan (menghapus) syariat yang terkandung di dalam kitab-kitab sebelumnya.

ii)

Al-Quran: Mukjizat Teragung

Al-Quran ialah mukjizat terbesar yang berterusan dari aspek berikut: Dapatkan maklumat tentang apa yang dimaksudkan dengan mukjizat.

Ketinggian bahasa al-Quran.

Ilmu pengetahuan dan sains. Al-Quran menampilkan banyak ilmu pengetahuan dan sains yang tidak dapat dicapai oleh pemikiran manusia. Sebagai contoh, fenomena saintifik yang dijelaskan oleh al-Quran sebelum manusia memahaminya seperti:  Pemisahan air tawar dan masin dalam lautan yang tidak bercampur.  Perkembangan embrio dalam kandungan ibu.

Menepati ramalan apa yang akan berlaku. Antaranya: 

Allah SWT memberitahu Rasulullah SAW bahawa Baginda akan berperang dengan kaum Quraisy dan baginda akan mengalahkan mereka dalam Surah al-Qamar ayat 145. Ayat ini diturunkan ketika sebahagian kecil sahaja penduduk Mekah menerima Islam dan sinar Islam hampir padam. Ramalan ini hanya menjadi kenyataan selepas 16 tahun kemudian.

Kesan al-Quran kepada ruh manusia. Al-Quran mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap ruh seseorang sehinggakan orang bukan Islam pun merasai kesannya.

Tiada pertentangan di antara satu ayat al-Quran dengan ayat al-Quran yang lain. Sekiranya sesuatu ayat dimansukhkan dan digantikan dengan ayat lain, ia adalah rahmat dari Allah SWT yang Maha Pengasih.

Senaraikan kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi-nabi beserta dalil dari al-Quran. 1.______________________________________________________________________________ 2.______________________________________________________________________________ 3.______________________________________________________________________________ 4.______________________________________________________________________________ 5.______________________________________________________________________________


I m a n D a n K e h i d u p a n | 82

5.4 Beriman Kepada Rasul-Rasul Kemampuan manusia untuk memahami hakikat kehidupan adalah terhad. Bagi memahami hakikat kebenaran untuk menjalani kehidupan ini, tentunya manusia memerlukan bimbingan dan panduan dari Penciptanya. Oleh itu, bagaimanakah manusia memperoleh pengetahuan tentang hakikat-hakikat kejadian mereka dan perkara-perkara ghaib? Rajah 5.4 Beriman kepada Rasul adalah rukun Iman. Seseorang dikira tidak beriman tanpa rukun ini. Firman Allah SWT:

ٌّ ‫َح ٍد ِّمن ُّر ُسمِ ِو‬ ُ ‫آم َن بِالمّ ِو َو َمآلئِ َكتِ ِو َو ُكتُبِ ِو َوُر ُسمِ ِو الَ ُنفَِّر‬ َ ‫ق َب ْي َن أ‬ َ ‫ُكل‬

Maksudnya: “Semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya dan KitabkitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata:) Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. (Surah al-Baqarah: 285)

i)

Mengapakah Diutuskan Para Rasul?

Manusia sangat memerlukan utusan Allah (Rasul). Sebagaimana firman Allah SWT di dalam al-Quran:

َّ ِ ‫ُّرسالً ُّمب ِّش ِرين وم ِنذ ِر‬ ِ ‫ون لِ َّمن‬ ‫الر ُس ِل‬ ُّ ‫اس َعَمى المّ ِو ُح َّجةٌ َب ْع َد‬ َ ‫ين لَئال َي ُك‬ َ َُ َ َ ُ

Maksudnya: “Rasul-rasul (semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orangorang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau alasan untuk berdalih pada hari kiamat) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu.” (Surah al-Nisa’: 165)

Pengutusan Rasul-rasul sebagai hujah kepada manusia. Tiada sesiapapun diadili di hari kiamat kecuali risalah para Rasul sampai kepada mereka. Firman Allah SWT:

ِّ ‫ال‬ ً ‫ث َر ُسو‬ َ ‫ين َحتَّى َن ْب َع‬ َ ِ‫َو َما ُكَّنا ُم َعذب‬

Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengazabkan mengutuskan seorang Rasul”. (Surah al-Isra’: 15)

sesiapapun

sebelum

Kami


I m a n D a n K e h i d u p a n | 83

Rasul-rasul membimbing manusia kepada manfaat yang sebenar. Bagaimanakah manusia dapat mengetahui tentang ibadah, halal, haram dan sebagainya melainkan para Rasul datang menyampaikannya. Hakikat kebenaran dan kemanfaatan ini adalah untuk kebaikan manusia di dunia dan akhirat. Rasul diutuskan untuk menyelamatkan manusia daripada kebinasaan. Apabila manusia meninggalkan perintah Allah SWT dan rasulNya, akan berlakunya kerusakan dan ketidakadilan di atas muka bumi. Apabila manusia menuruti peraturan Allah SWT dan ajaran yang dibawa oleh para Nabi,akan wujud keadilan dan limpahan kurnia Allah SWT. Oleh itu dengan rahmatNya Allah SWT menurunkan wahyu yang mengimbangi kedudukan kita sebagaimana ia mendidik kita untuk berhubungan sesama manusia dengan adil. Firman Allah SWT:

ِ ‫َنزْلَنا معيم ا ْل ِكتَاب وا ْل ِم َيز‬ َّ ‫وم‬ ‫اس بِا ْل ِق ْس ِط‬ َ ُ ‫الن‬ َ ُ‫ان لَيق‬ ُ ُ َ َ َ ‫َوأ‬ َ َ

Maksudnya: “Dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan.” (Surah al-Hadid: 25)

ii)

Apakah Pengertian Beriman Kepada Rasul?

Beriman kepada para Rasul bermaksud kita beriman kepada setiap seorang Rasul sama ada dinyatakan nama-nama mereka atau tidak seperti firman Allah SWT:

َّ ِ َ ِ‫ولَقَ ْد أَرس ْمَنا رس ًال ِّمن قَْبم‬ ‫ص َعمَ ْي َك‬ َ ‫صَنا َعَم ْي‬ ْ ‫ص‬ ْ ‫ص‬ ُ ‫ك َو ِم ْنيُم َّمن ل ْم َن ْق‬ َ َ‫ك م ْنيُم َّمن ق‬ ُ​ُ َْ َ

Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelummu; di antara mereka ada yang Kami ceritakan perihalnya kepadamu, dan ada pula di antaranya yang tidak Kami ceritakan kepada kamu” (Surah Ghafir: 78)

Terdapat 25 orang Rasul dinyatakan nama mereka di dalam al-Quran iaitu: 1. Adam 2. Idris 3. Noh 4. Hud 5. Saleh 6. Ibrahim 7. Luth 8. Yunus 9. Ismail 10. Ayub

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Ishak Yakub Yusuf Shuib Musa Harun Al-Yasa’ Zulkifli Daud Zakaria

21. Sulaiman 22. Ilyas 23. Yahya 24. Isa 25. Muhammad SAW


I m a n D a n K e h i d u p a n | 84

Semua Nabi dan Rasul tidak ada sifat ketuhanan. Walaupun mereka adalah manusia pilihan dan terbaik serta memiliki mukjizat dengan kehendak Allah SWT, namun mereka tetap bersifat sebagai manusia. Allah SWT menegaskan perkara ini di dalam ayat berikut:

ِ ‫وما أَرسْم َنا قَْبمَ َك ِمن اْلمرسمِين ِإ َّال إَِّنيم لَي ْأ ُكمُون الطَّعام ويم ُش‬ ِ ‫َسوا‬ ‫ق‬ َ َْ​َ َ َ َ َ ُْ َ َ ُْ َ َْ َ َ ْ ‫ون في ْاْل‬

Maksudnya: “Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar.” (Surah al-Furqan: 20)

Semua Nabi dan Rasul di kalangan lelaki.

Orang yang beriman wajib percaya bahawa Allah SWT mengutuskan RasulNya untuk mengajak manusia untuk beribadah kepadaNya sahaja tanpa syirik. Firman Allah SWT:

ِ ‫ول إِ َّال ُن‬ ٍ ‫ك ِمن َّرس‬ ِ ‫اع ُب ُد‬ ‫ون‬ َ ِ‫َو َما أ َْر َس ْمَنا ِمن قَْبم‬ ْ َ‫وحي إِلَ ْي ِو أََّنوُ َال إِلَوَ ِإ َّال أَ​َنا ف‬ ُ

Maksudnya: “Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu". (Surah al-Anbiya’: 25)

iii)

Ulul `Azmi Di Kalangan Para Rasul

Seramai 5 orang orang ulul `azmi daripada para Rasul iaitu: 1. Muhammad SAW 2. Ibrahim A.S. 3. Musa A.S.

4. 5.

Nuh A.S. `Isa A.s.

Firman Allah SWT:

ِ ِ َ ‫ِّين ِميثَاقَيم و ِمن‬ َّ ‫َخ ْذَنا ِم َن‬ ‫يسى ْاب ِن َم ْرَي َم‬ َ ‫َوِا ْذ أ‬ َ ‫النبِي‬ َ ‫وسى َو ِع‬ َ ‫يم َو ُم‬ َ ‫ك َومن ُّنو ٍح َوِا ْب َراى‬ َ ُْ

Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya): perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta. Nabi Isa ibni Maryam” (Surah al-Ahzab: 7)


I m a n D a n K e h i d u p a n | 85

5.5 Beriman Kepada Nabi Muhammad SAW Orang yang beriman wajib meyakini bahawa Muhammad bin Abdullah adalah Nabi dan Rasul, hamba pilihan Allah SWT. Baginda tidak pernah menyembah berhala, mensyirikkan Allah SWT dan tidak pernah melakukan dosa kecil dan dosa besar. Nabi Muhammad SAW juga adalah Nabi dan Rasul yang terakhir. Tiada lagi Nabi dan Rasul selepas Baginda. Firman Allah SWT:

Rajah 5.5

َّ ‫ول المَّ ِو َو َخاتَ َم‬ ‫ِّين‬ َ ‫َح ٍد ِّمن ِّر َجالِ ُك ْم َولَ ِكن َّر ُس‬ َ ‫ان ُم َح َّم ٌد أَ​َبا أ‬ َ ‫النبِي‬ َ ‫َّما َك‬

Maksudnya: “Bukanlah Nabi Muhammad bapa bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi”. (Surah al-Ahzab: 40)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dan sesungguhnya akan timbul di kalangan umatKu 30 orang pendusta. Kesemuanya mendakwa menjadi Nabi. Dan Aku penyudah para Nabi yang tidak ada Nabi selepasKu” (Riwayat Muslim). Wajib beriman bahawa Nabi Muhammad SAW penghulu orang-orang yang bertakwa. Kehidupan Rasulullah SAW menjadi contoh kepada semua kebaikan. Keperibadian Bagindalah yang layak diikuti dan diteladani oleh orang-orang Islam. Firman Allah SWT:

ِ ُ‫ون المّوَ فَاتَّبِ ُعونِي ُي ْحبِْب ُك ُم المّو‬ َ ‫ُق ْل إِن ُكنتُْم تُحُّب‬

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu..” (Surah Ali `Imran: 31)

Nabi Muhammad SAW diutuskan kepada seluruh golongan jin dan manusia dengan membawa kebenaran dan petunjuk.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 86

Firman Allah SWT:

ِ ‫ك إِ َّال َكافَّةً لِّ َّمن‬ ‫ير‬ ‫ير َوَن ِذ ًا‬ ‫اس َب ِش ًا‬ َ ‫َو َما أ َْر َسْمَنا‬

Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orangorang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar)”. (Surah Saba’: 28)

5.6 Mukjizat Para Rasul Allah SWT membantu dan menguatkan Rasul-rasul dengan mukjizat. Bentuk mukjizat yang diberikan kepada para Rasul terbahagi dua iaitu mukjizat hissiyyah yakni mukjizat yang dapat dirasa dan dilihat dan mukjizat ma`nawiyyah. Rajah 5.6 Antara mukjizat hissiyyah yang dianugerahkan kepada Rasulullah SAW ialah bulan terbelah dua, batu mengucap salam kepada Baginda, terpancar air dari celah-celah jari Baginda, makanan yang sedikit dapat mengenyangkan bilangan yang ramai dan awan menaungi Baginda sebelum Baginda diangkat menjadi Rasul, Mukjizat-mukjizat ini ialah sebagai bukti kebenaran Rasulullah SAW. Manakala mukjizat ma‟nawiyyah yang diberikan kepada Rasulullah SAW ialah Kitab al-Quran.Al-Quran merupakan mukjizat yang mampu mempengaruhi jiwa manusia. Jika seseorang membacanya dia akan merasakan pengaruh al-Quran dalam jiwanya. Kandungan al-Quran adalah mukjizat dari segi lafaznya yang fasih, uslubnya, susunan kata dan kalimatnya. Al-Qur‟an adalah mukjizat karena kandungan keilmuannya dan penyataannya terhadap hakikat ilmiyyah alam semesta seiring dengan kemajuan sains dan teknologi.

Bincangkan bersama-sama rakan-rakan anda, bagaimanakah untuk menanamkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dalam diri orang-orang mukmin. _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________


I m a n D a n K e h i d u p a n | 87

5.7 RUMUSAN 1.

Setiap orang yang beriman wajib percaya kepada kitab-kitab yang terdahulu seperti dinyatakan di dalam al-Quran.

2.

Al-Quran adalah kitab terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Ia merupakan mukjizat teragung yang terpelihara keaslian kandungannya sehingga hari Kiamat.

3.

Setiap orang yang beriman wajib percaya kepada semua Rasul yang diutuskan oleh Allah SWT sama ada disebut nama mereka atau tidak di dalam al-Quran.

4.

Nabi Muhammad SAW adalah Rasul terakhir yang diutuskan kepada manusia. Baginda dianugerahkan dengan berbagai mukjizat bagi menguatkan risalah yang dibawanya.

KATA KUNCI 1. Kitab Allah SWT

4. Mukjizat

2. Rasul

5. Ulul `Azmi

3. Al-Quran

PENILAIAN KENDIRI 1. Apakah pengertian beriman kepada Kitab-kitab Allah? 2. Jelaskan keperluan manusia kepada kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah. 3. Bincangkan keistimewaan al-Quran dibandingkan dengan kitab samawi yang terdahulu. 4. Mengapakah Allah SWT mengutuskan Rasul-rasul kepada manusia? 5. Apakah pengertian beriman kepada Rasul-rasul? 6. Sebutkan nabi ulul `azmi beserta dalil.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 88

RUJUKAN Abu Bakar Jabir al-Jazairi.1997. Akidah Mukmin. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Muhammad Naim Yasin. 2007. Iman: Rukun, Hakikat dan Pembatalannya. Kedah: Pustaka Darussalam. Muhammad Sulaiman Hj Yasin.1988. Pengantar Aqidah. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka. Said Hj. Ibrahim. 1996. Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Kuala Lumpur: Dar al-Ma`rifah. Sayid Sabiq. 1991. Akidah Islam. Singapura: Pustaka Nasional.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 89

UNIT PELAJARAN 6 BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 8. Menerangkan maksud beriman kepada hari kiamat secara samâ€&#x;iy. 9. Membincangkan beberapa tanda-tanda kecil dan besar hari kiamat dan fenomena kejadiannya berdasarkan dalil-dalil naqli. 10. Menjelaskan penghayatan mukmin terhadap hari akhirat.

PENGENALAN

Rajah 6.1 Sebagai seorang manusia yang waras akal dan fikiran, dan mampu berfikir secara rasional dan matang, kita pasti akan menyedari bahawa hakikat kehidupan manusia itu pasti akan berakhir pada satu ketika sama ada cepat atau lambat. Ya, hakikat kematian adalah fasa baru yang pasti akan ditempuh oleh sesiapa sahaja yang bergelar manusia. Namun, pernahkah anda berfikir bahawa hakikat itu jugalah yang akan berlaku kepada dunia yang anda diami kini kerana dunia ini juga merupakan


I m a n D a n K e h i d u p a n | 90

sesuatu yang dicipta oleh Yang Maha Pencipta. Sifir yang sangat mudah, makhluk pasti binasa, Khaliq kekal selamanya.

A

dakah anda sedar bahawa mengimani akan kejadian hari kiamat adalah merupakan antara syarat sahnya iman seseorang? Jika seseorang mengingkari atau meraguinya, maka imannya tidak sah dan dia menjadi murtad iaitu terkeluar daripada Islam. Perkara ini disepakati oleh semua ulama‟ sebagaimana dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Nisa‟ ayat 136:

                              Maksudnya: “Wahai orang-orang Yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran Yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan dahulu daripada itu. dan sesiapa Yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga hari akhirat, maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang amat jauh” (Surah an-Nisa‟: 136) Beriman kepada kewujudan hari akhirat serta perkara yang berlaku di dalamnya seperti hari kebangkitan, hari perhitungan, balasan syurga dan neraka menjadi asas kepada Iman. Hidup manusia menurut Islam bukanlah sekadar umurnya di dunia tetapi ia hanyalah sebahagian kecil daripada kehidupan itu sendiri.

ISI KANDUNGAN 6.1 Apa Itu Hari Kiamat? 6.2 Hikmah Al-Quran Begitu Banyak Menceritakan Tentang Hari Kiamat. 6.3 Tanda-tanda Hari Kiamat. 6.4 Fenomena Tentang Hari Kiamat Yang Dinyatakan Di Dalam Al-Quran. 6.5 Apakah Tuntutan Ataupun Penghayatan Yang Sepatutnya Berlaku Jika Seseorang Itu Benar-benar Beriman Kepada Hari Akhirat?


I m a n D a n K e h i d u p a n | 91

6.1 Apa Itu Hari Kiamat? ari kiamat adalah hari di mana dunia dihancurkan oleh Allah SWT sebagai menunjukkan berakhirnya kehidupan di dunia ini dan manusia akan dibangkitkan kembali untuk tujuan pembalasan terhadap segala perkara yang telah dilakukannya ketika di dunia dahulu. Hari kiamat juga menunjukkan sejauh mana manusia itu melaksanakan tanggungjawabnya serta adakah dia berjaya dalam ujian ataupun tidak.

H

Di dalam al-Quran begitu banyak sekali peringatan dan penerangan Allah SWT berkenaan hari kiamat dan kejadiannnya sebagai nasihat dan amaran penting buat manusia. Begitu juga dengan nama-nama hari kiamat, dijelaskan dengan pelbagai nama bertepatan dengan nama surah yang terdapat di dalam al-Quran serta fenomena kejadian tentang hari yang dahsyat itu.

Bolehkah anda mengenalpasti apakah nama-nama lain bagi hari kiamat yang telah dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran beserta maksudnya dan di dalam surah apa?

1._________________________________________________________________________________ 2._________________________________________________________________________________ 3._________________________________________________________________________________ 4._________________________________________________________________________________ 5.______________________________________________________________________________

Ya, di antara nama-nama lain bagi hari kiamat ialah al-Waqiah, al-Zalzalah, al-Qariâ€&#x;ah, al-Taghabun, alBaâ€&#x;th dan banyak lagi. Anda diminta menyenaraikan seberapa banyak yang anda dapati supaya anda mendapat gambaran yang lebih luas tentang situasi dan fenomena hari kiamat ini. Sememangnya gambaran tentang hari kiamat ini begitu banyak dijelaskan di dalam al-Quran dan hadith Nabi SAW. Jika anda teliti, setiap kali anda membaca al-Quran, pasti anda akan menjumpai perkataan atau perkara yang berkaitan dengan hari kiamat pada setiap halaman. Anda juga akan mendapati bahawa perkara berkaitan hari kiamat ini disebutkan beriringan dengan keimanan kepada Allah SWT dalam setiap ayat sebagaimana contoh surah al-Nisaâ€&#x; ayat 136 sebagaimana dibincanglan sebentar tadi. Perkara ini juga bukan sahaja berlaku di dalam al-Quran, bahkan di dalam hadith Nabi SAW juga mengaplikasikan kaedah yang sama.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 92

Sebagai contoh sebuah hadith dari riwayat Abu Hurairah r.a yang mengatakan baginda Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat, dia perlu bercakap yang baik atau diam, sesiapa yang beriman pada Allah SWT dan hari akhirat dia perlu memuliakan jirannya, sesiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat dia perlu memuliakan tetamunya” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Hal ini juga menjelaskan bahawa kepercayaan kepada hari akhirat juga merupakan asas kepada segala amal kebajikan manusia itu diterima oleh Allah SWT kerana ia merupakan asas aqidah Islam yang mulia ini dan berkait rapat dengan aktiviti seharian manusia.

6.2 Hikmah Al-Quran Begitu Banyak Menceritakan Tentang Hari Kiamat. Mungkin anda dapat mengandaikan bahawa sekian banyak pernyataan tentang hari kiamat di dalam alQuran adalah memiliki begitu banyak hikmah tersirat yang tersendiri. Antaranya yang boleh kita kongsikan ialah; 1- Sebagai memberi penekanan kepada kaum musyrikin dan kafirin yang tidak mempercayai akan ketibaan hari kiamat dan sering mempersendakannya. Allah SWT merakamkan situasi mereka ini di dalam al-Quran dalam surah al-Jatsiyah ayat 24;

                        Maksudnya: “Dan mereka berkata: Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata” (Surah al-Jatsiyah: 24)


I m a n D a n K e h i d u p a n | 93

2- Kenyataan wujudnya hari kiamat menyebabkan umat Islam ada tujuan hidup dan matlamat yang jelas dari segi jangka pendek dan jangka panjang. Umat Islam juga akan sentiasa fokus terhadap misi utama kehidupan sementara ini iaitu sebagai hamba Allah SWT dan khalifah-Nya dengan sentiasa berusaha mengerjakan kebaikan dan menghalang kejahatan dan kemungkaran. 3- Hikmah yang lain juga agar dapat menundukkan sifat-sifat „maddiyyahâ€&#x; atau materialistik dalam minda dan jiwa manusia yang seringkali tewas dengan hawa nafsu dan godaan syaitan yang sentiasa membawa dan mempengaruhi mereka ke arah itu. Justeru, peringatan yang berulang kali dan kerap amat perlu sebagai ingatan bagi manusia yang fitrahnya bersifat pelupa.

Cuba anda fikir dan teliti beberapa lagi hikmah lain kenapa al-Quran begitu banyak memberi pengulangan tentang hari kiamat ini. Senaraikan sebanyak yang boleh. _______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________

6.3 Tanda-Tanda Hari Kiamat. Setiap sesuatu yang berlaku atau bakal berlaku biasanya mempunyai tanda-tandanya. Manusia apabila menjangkau usia tua akan kelihatan beruban, sakit dan sebagainya. Begitu juga binatang apabila menghampiri mati akan lemah badannya, serta tumbuhan akan kelihatan layu, kekuningan dan akhirnya kering dan tumbang. Maka begitu juga dengan dunia ini, Allah menampakkan kepada kita tanda-tanda hampir ajalnya dan seterusnya binasalah segala isi alam ini. Namun, tiada siapa pun yang mengetahui hakikat bilakah masanya hari kiamat akan berlaku hatta Nabi SAW sendiri. Baginda pernah bersabda;

“Tempoh antara waktu aku diutuskan dengan waktu berlakunya kiamat adalah seperti ini�. Kemudian baginda mengisyaratkan dengan jari telunjuk dari jari tengah dengan mendampingkan kedua-duanya� (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)


I m a n D a n K e h i d u p a n | 94

Berdasarkan maksud-maksud hadith yang dinyatakan di bawah, sila anda nyatakan dan huraikan antara tanda-tanda kecil hari kiamat yang dapat anda fahami.

1. Dari Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda: “Bersegeralah melakukan amalan-amalan sebelum datangnya fitnah yang menjadikan keadaan seperti malam yang gelap gelita. Seseorang itu mengaku beriman di sebelah pagi dan menjadi kafir di sebelah petang, di sebelah petang dia mengaku beriman tetapi pagi esoknya menjadi kafir. Dia menjual agama dengan harta benda dunia”. (Hadith riwayat Muslim)

____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________ 2. Anas b. Malik berkata Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya antara tanda-tanda hampirnya berlaku kiamat adalah ilmu diangkat, kejahilan terserlah, zina, meminum arak tersebar dengan luasnya, bilangan lelaki semakin sedikit ramai yang tinggal hanyalah wanita sehingga nisbah antara lelaki dan wanita, seorang lelaki 50 wanita.” (Hadith riwayat Bukhari)

____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________ 3. Umar al-Khattab menyatakan Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya perkara yang aku takut menimpa umatku adalah wujudnya orang munafik yang berilmu dan petah bercakap” (Hadith riwayat Ahmad)

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _________________________________________


I m a n D a n K e h i d u p a n | 95

4. Dari Aisyah r.a, Nabi SAW bersabda: “Peristiwa bumi tenggelam, penghapusan dan gempa bumi akan berlaku di kalangan umat yang akhir ini.” Aku bertanya,‟Wahai utusan Allah, adakah kami semua akan dihancurkan sedangkan di kalangan kita ada orang-orang yang melakukan kebaikan?” Baginda menjawab,”Ya, semua akan dihancurkan apabila amalan jahat dilakukan secara terang-terangan.” (Hadith riwayat Tirmizi)

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________ Tanda-tanda besar hari kiamat juga adalah antara topik yang banyak dibahaskan oleh para ulama‟ dengan panjang lebar, antaranya kemunculan Imam Mahdi, kemunculan Dajjal, keluarnya Yakjuj dan Makjuj, turunnya Nabi Isa a.s, binatang keluar dari perut bumi, dan matahari terbit dari arah barat. 1. Kemunculan Imam Mahdi Imam Ibn Kathir menjelaskan antara imam-imam yang memimpin umat Islam adalah al-Mahdi. Menurut Ibn Taimiyyah, hadith-hadith yang menjadi hujah berhubung kemunculan Imam Mahdi adalah hadith-hadith sahih yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Imam Ahmad, Tirmizi dan lain-lain. Golongan al-Rafidhah berpendapat bahawa Imam Mahdi sudah lahir. Beliau akan muncul dari satu kawasan yang dinamakan Samarra. Pendapat ini tiada asasnya.

Tanda-tanda Imam Mahdi: 1.Membawa perjuangan islah atau pembaikan ke arah Islam. Beliau dibantu Allah SWT dengan keterangan dan dalil yang nyata. 2.Menyerupai Nabi SAW dari segi perbuatan dan akhlak, tetapi berbeza dari segi rupa paras. 3. Beliau bersama mujahidin menegakkan Islam dan dibantu oleh para malaikat. 4. Berketurunan Nabi Muhammad SAW pada salasilah Hassan b. Ali. 5. Sezaman dengan Dajjal, lalu beliau melimpahkan bumi dengan keadilan dan keberkatan.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 96

2. Kemunculan Dajjal

1Banyak hadith sahih yang menjelaskan tentang Dajjal. Antaranya hadith di mana Nabi SAW berdoa agar dilindungi daripada 3 perkara iaitu azab neraka, azab kubur, fitnah hidup dan mati dan fitnah al-Masih al-Dajjal.

3-

Imam Ibn Hajar alAsqalani berpendapat, mulamula Dajjal mengaku membawa keimanan dan kebaikan, kemudian dia mengaku menjadi nabi, akhirnya dia mengaku menjadi

2-

Hanya orang-orang yang jelas akidahnya terhadap Allah dan mampu memahami Islam dalam maksud yang sebenar dapat selamat daripada tipu daya Dajjal ini, manakala Dajjal akan menegakkan lagi kesesatan orang-orang kafir dan munafik.

4-

Imam Nawawi – Ulama akidah ahli sunnah, hadith dan fiqh, sepakat mempercayai kemunculan Dajjal. Golongan Khawarij, Jahmiyyah, dan sebahagian Muktazilah mengingkarinya.

tuhan.

Semak, kaji dan teliti. Silakan anda membuka lembaran al-Quran dan rujuk pada surah al-Nisa’ ayat 157-159, dan surah al-Naml ayat 82. Berdasarkan kitab tafsir yang anda rujuk, apakah pula tanda-tanda besar hari kiamat yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam 2 ayat tersebut? Berdasarkan pendapat anda juga, adakah tanda-tanda besar kiamat ini sudah mula berlaku ataupun sama sekali belum berlaku? Berikan hujah anda. Seperkara lagi, bincangkan penghayatan mukmin terhadap tanda-tanda kiamat dalam kehidupan hariannya dari sudut keyakinan, perkataan dan amalan.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 97

Rajah di bawah menunjukkan kategori hari kiamat. KIAMAT KECIL (KEMATIAN DAN ALAM BARZAKH) Alam barzakh sebagai pendiding antara manusia yang hidup dengan manusia yang telah mati dalam kehidupan dunia ini.

KIAMAT BESAR (KEMUSNAHAN DAN PEMBALASAN) Kemusnahan seluruh alam dan kebangkitan semula manusia menuju alam yang kekal abadi tempat menerima balasan dan ganjaran.

Rajah 6.2 Apabila menyebut tentang kematian, semua manusia yang beriman berasa gerun dan takut mengenangkan amalan yang bakal dibawa berkemungkinan masih jauh dari mencukupi. Sedangkan manusia tiada satu pun yang mengetahui bilakah saat kematian dirinya? Hari ini, esok, lusa atau mungkin bulan hadapan, segalanya berkemungkinan kerana yang pasti setiap saat berlalu, seseorang itu adalah semakin hampir dengan ajalnya! Dari Uthman b. Affan, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya kubur adalah tempat perhentian yang pertama daripada tempat-tempat perhentian di alam akhirat. Apabila seseorang itu terselamat dari ujiannya, maka yang selepasnya lebih mudah kepadanya. Tetapi jika tidak terselamat daripada ujian itu, maka yang selepasnya lebih berat lagi�

Justeru, amal soleh, ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa anak soleh yang berterusan adalah antara bekalan yang teramat penting untuk memastikan kiamat kecil anda berada pada tahap yang baik. Namun, untuk mendapatkan itu semua, anda harus bermujahadah melawan hawa nafsu dan syaitan yang sentiasa berperanan mencuba menyesatkan manusia daripada jalan-Nya yang benar.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 98

6.4 Fenomena Tentang Hari Kiamat Yang Dinyatakan Di Dalam Al-Quran. Mari kita bersama meneliti dan menghayati fenomena hari kiamat berdasarkan kata-kata Allah SWT di dalam al-Quran. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Tiupan sangka-kala pertama. Kemusnahan dan kehancuran alam. Tiupan sangkakala kedua- Kebangkitan manusia dari kubur. Perhimpunan raya di padang mahsyar. Hisab dan Mizan. Syafaat. Sirat. Syurga dan Neraka.

Fenomena 1 dan 2- Tiupan sangkakala pertama di mana sejurus selepas itu bumi dihancurkan. Allah SWT berfirman :

               

     

   

                Maksudnya: “Apabila ditiupkan sangkakala dengan sekali tiup, dan bumi serta gunung ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan dengan sekali hancur. Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat. Dan terbelahlah langit, lalu jadilah pada saat itu reput (dan runtuh), sedangkan malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjuru, dan „Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu. Pada hari itu kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu yang tersembunyi (dari Allah SWT) dari perkara yang kamu sembunyikan.” (Surah al-Haqqah:13-18)


I m a n D a n K e h i d u p a n | 99

Fenomena 3- Tiupan sangkakala kedua dan manusia dibangkitkan dari alam kubur. Allah SWT berfirman :

                     Maksudnya: “Iaitu hari mereka segera keluar dari kubur masing-masing menuju (ke Padang Mahsyar) dengan keadaan seolah-olah mereka berkejaran (ke tempat) berhala-hala (yg mereka sembah dahulu), sambil pandangan mereka tunduk, serta mereka diliputi kehinaan, itulah hari yang telah dijanjikan kepada mereka.” (Surah al-Ma‟arij : 43-44)

……          Maksudnya: “Ingatlah hari yang pada waktu itu Allah SWT mengumpulkan kamu pada hari pengumpulan bagi dihitung. Itulah hari yang dinampakkan kesalahan-kesalahannya.” (Surah alTaghabun : 9)

Fenomena 4 – Perhimpunan di Padang Mahsyar, Allah SWT berfirman : Fenomena 5- Hisab dan Mizan, Allah SWT berfirman :

   

                    

Maksudnya: “Adapun orang yang kitabnya diberikan pada tangan kanannya, maka dia berkata ambillah, bacalah kitabku ini. Sesungguhnya aku yakin bahawa aku akan menerima perhitungan terhadap diriku.Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diredhai dalam syurga yang tinggi.” (Surah al-Haqqah:19-22)


I m a n D a n K e h i d u p a n | 100

Fenomena 6 – Syafaat, Allah SWT berfirman :

             Maksudnya: “Pada hari itu, tidak berguna syafaat kecuali kepada orang-orang yang diizinkan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah dan Dia meredai perkataannya” (Surah Taha:109)

Fenomena 7 – Titian sirat, Allah SWT berfirman :

                    Maksudnya: “Dan tidak ada seorang pun daripada kamu (sama ada yang beriman atau kafir), melainkan akan sampai kepadanya dengan melalui (di atas titian sirat). Yang demikian adalah satu perkara yang mesti berlaku yang sudah ditetapkan oleh Tuhanmu. Kemudian kami akan selamatkan orang-orang yang bertakwa dan kami akan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan melutut”. (Surah Maryam : 71-72)

Fenomena 8 – Balasan syurga dan neraka, Allah SWT berfirman :

             Maksudnya: “(Ingatlah) hari Kami himpunkan orang-orang yang bertaqwa untuk mengadap (Allah) ArRahman, dengan berpasuk-pasukan. Dan Kami akan menghalau orang-orang yang bersalah ke neraka Jahannam, dalam keadaan dahaga.” (Surah Maryam : 85-86)


I m a n D a n K e h i d u p a n | 101

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang menjadi dalil tentang keadaan dan fenomena yang berlaku ketika hari kiamat nanti, anda pasti dapat membayangkan betapa dahsyatnya kejadian yang bakal berlaku itu, dan betapa kerdilnya keadaan manusia ketika itu. Justeru itu, keimanan tentang hari kiamat ini sebenarnya menyedarkan kepada diri manusia agar sentiasa kerdil dan tunduk di hadapan Allah SWT, dan begitu juga sebaliknya sentiasa berjiwa besar untuk mempersiapkan diri bagi menghadapinya kelak dengan selamat dan aman.

6.5 Apakah Tuntutan Atau Penghayatan Yang Sepatutnya Berlaku Jika Seseorang Itu Benar-benar Beriman Kepada Hari Akhirat? •

Sentiasa meneliti ayat-ayat al-Qur‟an tentang fenomena hari kiamat dan membayangkan kejadiannya.

Merenung hakikat kematian dan menginsafi kekurangan dan dosa-dosa diri.

Bertafakkur terhadap segala fenomena kemusnahan dan kehancuran yang berlaku di muka bumi ini seperti banjir, gempa bumi, tanah runtuh, ribut taufan dan sebagainya.

Membanyakkan zikir dan doa terselamat dari azab kubur, azab di Padang Mahsyar, dipermudahkan hisab, mendapat syafaat Rasulullah SAW dan ditempatkan ke dalam syurga.

Menghidupkan akhlak mulia dalam diri.

Berlumba-lumba melakukan kebaikan.

Memperkecilkan kekurangan dan kesilapan manusia, keseronokan duniawi dan cintakan pangkat, harta dan nafsu.

Anda juga harus memiliki refleksi terhadap diri kesan daripada penghayatan anda terhadap hari akhirat. Antaranya. 1. Memiliki tujuan dan misi jangka pendek serta jangka panjang. 2. Tentukan perkara yang mesti diutamakan. 3. Mulakan dengan doa dan target yang jelas. 4. Laksanakan dengan penuh komitmen dan konsisten


I m a n D a n K e h i d u p a n | 102

6.6 RUMUSAN 1. Hari kiamat adalah hari di mana dunia dihancurkan oleh Allah SWT sebagai menunjukkan berakhirnya kehidupan di dunia ini dan manusia akan dibangkitkan kembali untuk tujuan pembalasan terhadap segala perkara yang telah dilakukannya ketika di dunia dahulu. 2. Di antara nama-nama lain bagi hari kiamat ialah al-Waqiah, al-Zalzalah, al-Qariâ€&#x;ah, alTaghabun, dan al-Baâ€&#x;th. 3. Al-Quran menyebutkan tentang peringatan hari kiamat pada setiap muka surat sebagai menunjukkan bahawa perkara ini sangat penting dan manusia sentiasa melupainya. 4. Terdapat tanda-tanda kiamat kecil dan tanda-tanda kiamat besar berdasarkan dalil-dalil naqli. 5. Kematian adalah merupakan kiamat kecil bagi seseorang di mana dia mula melalui alam barzakh sebelum ke alam akhirat yang kekal. 6. Fenomena hari kiamat berdasarkan kata-kata Allah SWT di dalam al-Quran bermula dengan tiupan sangka-kala pertama,kemusnahan dan kehancuran alam, tiupan sangkakala keduakebangkitan manusia dari kubur, perhimpunan raya di padang mahsyar, hisab dan mizan, syafaat, titian sirat serta pembalasan syurga dan neraka.

KATA KUNCI 1- Hari kiamat

5- Padang mahsyar

2- Tanda kecil

6- Alam barzah

3- Tanda Besar

7- Titian Sirat

4- Tiupan sangkakala

8- Syafaat


I m a n D a n K e h i d u p a n | 103

PENILAIAN KENDIRI 1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang dimaksudkan dengan beriman kepada hari kiamat? 2. Senaraikan tanda-tanda kecil dan besar hari kiamat berdasarkan dalil naqli yang diingati. 3. Jelaskan siapakah Imam Mahdi dan Dajjal? 4. Huraikan tentang kiamat kecil dan besar? 5. Ada yang mengatakan, mengingati hari kiamat ini hanya membina mentaliti takut dan inferior kepada umat Islam. Apakah pendapat anda?

RUJUKAN Abdul Hadi Awang. (2008). Beriman Kepada Hari Akhirat. Batu Caves: PTS ISlamika. Ibn Kathir (2002). Al-Nihayah: Fitan Wa Ahwal Akhir al-Zaman. H. Ansori Umar Sitanggal et.al (terj.), Jakarta: Pustaka Al-Kautsar.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS Jawapan boleh didapati daripada teks huraian.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 104

UNIT PELAJARAN 7 BERIMAN KEPADA QADA’ DAN QADAR

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 11. Menerangkan maksud beriman kepada Qada‟ dan Qadar. 12. Membincangkan penghayatan mukmin terhadap Qada‟ dan Qadar. 13. Menjelaskan hubungan Qada‟ dan Qadar dengan usaha dan tawakkal.

PENGENALAN

Adakah perjalanan hidupku sudah sedia termaktub dalam ketentuan Yang Esa?

Dimanakah letaknya usaha manusia kalau hidup sudah ditentukan?

Adakah insan hanya berserah kepada apa yang ditentukan atau mampu mengubahnya? Rajah 7.1

Kadangkala persoalan-persoalan yang dihadapi oleh saudara kita di atas turut terlintas difikiran kita sebagai seorang manusia biasa. Khususnya ketika di mana seseorang itu berada dalam keadaan yang disangkanya kesusahan dan penderitaan. Tetapi jarang sekali kita terfikir persoalan di atas ketika diri senang lenang, bukankah begitu? Namun, sedarkah anda bahawa jika persoalanpersoalan di atas seringkali hadir dalam pemikiran kita, ia merupakan tanda bahawa seseorang itu


I m a n D a n K e h i d u p a n | 105

masih belum benar-benar menghayati dan memahami maksud dan penghayatan beriman kepada Qada‟ dan Qadar yang sebenar-benarnya.

B

eriman kepada Qada‟ dan Qadar merupakan inti dalam rukun Iman yang wajib dihayati oleh setiap muslim. Tidak sempurna Iman dan keyakinan seseorang itu kepada Allah SWT jika dia tidak beriman dengan Qada‟ dan Qadar-Nya, seumpama seseorang yang mengatakan bahawa dirinya mencintai kedua ibu bapanya, tetapi pada masa yang sama tidak meyakini akan tindakan dan kata-kata keduanya. Allah SWT menyatakan dengan banyak sekali di dalam al-Quran, melalui hadith Nabi SAW dan juga melalui akal yang sihat tentang kewajipan beriman kepada Qada‟ dan Qadar-Nya. Antaranya dalam surah Ali Imran ayat 26:

                            Maksudnya: “Katakanlah wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, engkau memberi kerajaan kepada sesiapa yang engkau kehendaki, engkau muliakan sesiapa yang engkau kehendaki dan engkau hinakan sesiapa yang engkau kehendaki, di tanganMu segala kebaikan sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu” (Surah Ali Imran : 26)

Sebagai seorang yang berpegang kepada manhaj aqidah ahli sunnah wal jamaah, golongan ini sebenarnya berpegang kepada paksi keimanan kepada Qada‟ dan Qadar Allah SWT berdasarkan dalil naqli yang jelas, sehingga beriman kepada kedua-dua perkara ini sangat mudah difahami, tidak berbelit-belit dan tidak janggal, bahkan dapat dikaitkan terus dengan kehidupan manusia. Mari kita bersama telusuri apakah yang perlu difahami dan dihayati daripada beriman kepada Qada‟ dan Qadar ini.

ISI KANDUNGAN 7.1 Apa Itu Qada‟ Dan Qadar? 7.2 Maksud Beriman Dengan Qada‟ Dan Qadar. 7.3 Hubungkait Antara Usaha, Ikhtiyar Dan Tawakkal Manusia Dengan Qada‟ Dan Qadar Allah SWT. 7.4 Bagaimanakah Sepatutnya Penghayatan Mukmin Terhadap Qada‟ Dan Qadar Allah SWT?


I m a n D a n K e h i d u p a n | 106

7.1 Apa Itu Qada’ Dan Qadar?

Q

ada‟ menurut Imam Abu Hasan al-Ashari dan majoriti ahli sunnah mengatakan bahawa ia adalah ilmu Allah SWT sejak azali yang Allah SWT membuat keputusan dengannya. Manakala Qadar pula ialah pelaksanaan kepada apa yang diqada‟kan Allah SWT pada azali itu. Sesetengah ulama‟ mendefinisikan Qada‟ itu sama sahaja dengan Qadar. Oleh itu disebut Qadar sahaja iaitu peraturan yang diputuskan oleh Allah SWT bagi mengadakan sesuatu serta peraturan-peraturan umum dan perjalanan mengikut sebab yang telah ditentukan. Ada juga dalam kalangan ulama‟ yang mendefinisikan Qada‟ dengan Qadar dan Qadar dengan pengertian Qada‟. Namun, anda jangan risau kerana secara kesimpulannya jelas Qada‟ dan Qadar mempunyai hubungan yang kuat antara satu sama lain dan sesekali tidak dapat dipisahkan, kerana salah satunya bertindak sebagai asas manakala yang satu lagi sebagai binaannya.

Berdasarkan definisi yang dinyatakan oleh Imam Abu Hassan al-Ashari dan majoriti ahli sunnah di atas, bolehkah anda memberikan beberapa contoh Qada‟ dan Qadar-Nya secara berpasangan? 1.______________________________________________________________________________ 2._________________________________________________________________________________ 3.______________________________________________________________________________

Mari kita lihat pula apakah dalil-dalil yang lain yang mendasari keimanan terhadap Qada‟ dan Qadar ini selain surah Ali Imran ayat 26 yang telah dinyatakan sebelum ini. Firman Allah SWT dalam surah alAhzab ayat 38 :

                         Maksudnya: “Tidaklah ada sebarang keberatan yang ditanggung oleh Nabi dalam melaksanakan perkara yang telah ditetapkan Allah baginya. Yang demikian itu adalah menurut peraturan Allah yang tetap, yang berlaku juga kepada Nabi-Nabi yang terdahulu. Dan ingatlah perintah Allah itu adalah satu ketetapan yang ditentukan berlakunya” (Surah al-Ahzab : 38)


I m a n D a n K e h i d u p a n | 107

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Bekerjalah, setiap orang akan dimudahkan kepada apa yang dia diciptakan untuknya” (Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan logik akal manusia juga, jika seorang arkitek menulis satu pelan rumah di atas sehelai kertas dan menentukan masa pembinaannya, maka akhirnya sebuah rumah akan terbina dalam bentuk yang sebenarnya. Jika begitulah lumrah yang terjadi pada manusia, sudah tentulah tidak boleh ditolak yang Allah SWT telah menulis segala yang bakal berlaku di alam ini sesuai dengan sifat kesempurnaan-Nya.

7.2 Maksud Beriman Dengan Qada’ Dan Qadar. Sebagai seorang muslim kita harus mengimani bahawa Allah SWT mengetahui segala perkara yang dilakukan oleh hamba-Nya sama ada perbuatan yang berbentuk ketaatan atau maksiat dengan ilmunya yang ada sejak azali. Apa-apa yang telah ditetapkan kepada manusia berlaku dengan betul dan tidak menyalahi ketetapan Qadar-Nya. Sebagaimana firman-Nya dalam al-Quran dalam surah al-Hadid ayat 22 :

                       Maksudnya: “Tidak ada sesuatu kesusahan yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah” (Surah al-Hadid : 22)

Ini bermaksud kita meyakini bahawa segala kehendak Allah SWT akan pasti berlaku dan perkara yang tidak dikehendaki tidak akan berlaku. Dialah yang Maha Berkuasa atas segala makhluk-Nya di langit dan di bumi. Dialah Pentadbir dan Pengatur segala kehidupan yang ada, sebagaimana perkara ini juga sangat berkaitan dengan tauhid uluhiyyah, rububiyyah dan asma‟ dan sifat-Nya. Justeru, secara langsung keimanan kepada Qada‟ dan Qadar Allah SWT adalah juga meyakini keEsaaan Allah SWT dan mengakui segala sifat dan kesempurnaan yang ada pada-Nya, kerana manusia meyakini bahawa


I m a n D a n K e h i d u p a n | 108

sehebat manapun kemampuan manusiawi mereka, segala-galanya adalah bersandarkan kepada kekuasaan dan kehendak Allah SWT jua dan bukannya datang daripada diri mereka sendiri yang serba lemah ini. Terdapat pendapat daripada para ulama‟ yang membahagikan jenis Qada‟ kepada 2 iaitu Qada‟ Mubram dan Qada‟ Mu‟allaq. Qada‟ Mubram ialah takdir yang tidak dapat dielakkan. Manakala Qada‟ Mu‟allaq ialah takdir yg melibatkan usaha dan ikhtiar manusia dan memerlukan kepada sabab dan musabbab. Berdasarkan definisi ringkas tersebut cuba anda fikirkan apakah contoh yang bertepatan dengan 2 jenis Qada‟ tadi berpandukan ujian ringkas di bawah.

Kejadian makhluk, dan sifat makhluk yang tersendiri.

Menghubungkan silaturrahim yang membawa kepada berpanjangan doa.

Kebinasaan alam semesta disebabkan kejahatan manusia.

QADA’ MUBRAM

QADA’ MU’ALLAQ

Kejadian yang tidak diduga dan tidak dirancang.

Di antara kesan atau implikasi daripada beriman kepada Qada‟ Mubram antaranya ialah menanamkan keyakinan kepada keEsaan, keKuasaan dan keBesaran Allah SWT Yang Maha Mengetahui (al-Alim) dan Yang Maha Berkuasa (al-Qadir). Sebagaimana dinyatakan sebelum ini bahawa, keyakinan kepada Qada‟ dan Qadar memberi makna bahawa seseorang itu juga mengakui segala sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT. Selain itu mengimani Qada‟ Mubram juga membentangkan keunikan dan keajaiban ciptaan Allah SWT yang sangat hebat dan luar biasa. Secanggih manapun kekuatan dan pencapaian sains dan teknologi manusia tidak mampu menandingi dan menyaingi kehebatan makhluk ciptaan Allah SWT. Sebagai contoh yang paling dekat dengan kita ialah penciptaan manusia.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 109

Anda juga mungkin menyedari bahawa sikap dan perasaan kagum terhadap Allah SWT sebagai pencipta juga sepatutnya mampu mendorong muslim dan mukmin memiliki semangat cintakan ilmu yang tinggi. Semangat ini akan lahir hasil pemerhatian dan keyakinannya bahawa ketinggian khazanah ilmu Allah SWT adalah sesuatu yang perlu dikaji dan dicungkil oleh muslim sebagai menzahirkan lagi kebesaran dan keagungan-Nya. Justeru, Islam juga adalah deen ataupun cara hidup yang sangat menggalakkan umatnya menggali rahsia ilmu Allah SWT asalkan ia tidak bertentangan dengan batasan yang telah ditetapkan oleh syarak. Segala kajian dan penyelidikan yang dilakukan secara berterusan oleh para ilmuwan Islam pastinya akan mendorong kepada penemuan-penemuan dan ilmu-ilmu baru yang akhirnya memberi manfaat kepada manusia secara amnya dan kepada Islam itu sendiri secara khusus.

Kini, uji pula minda anda dengan menyenaraikan apakah pula antara implikasi daripada beriman dengan Qadaâ€&#x; Muâ€&#x;allaq. __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________

7.3 Hubungkait Antara Usaha, Ikhtiar Dan Tawakkal Manusia Dengan Qada’ Dan Qadar Allah SWT.

QUDRAT ALLAH VS

QUDRAT MAKHLUK

Rajah 7.2 Kebanyakan masa manusia keliru, siapakah sebenarnya yang menentukan perjalanan hidup manusia, dirinya sendiri atau Allah SWT? Jika Allah SWT sepenuhnya, di manakah keadilan Allah SWT dalam menentukan golongan yang baik dan buruk? Pastinya Allah SWT sangat zalim apabila menentukan seseorang tanpa sebarang pertimbangan yang wajar ke arah kesesatan, dan begitu juga sebaliknya.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 110

Dalam persoalan ini ada baiknya kita melihat beberapa pandangan atau aliran pemikiran yang timbul berkaitan persoalan ini.

-

Manusia adalah makhluk yang telah ditentukan pergerakannya oleh Allah SWT secara mutlak, manusia tiada pilihan dalam persoalan iman, kafir, kekayaan kemiskinan, nasib baik dan buruk.

-

Kesan buruk – manusia pasrah tidak mahu berusaha, menggalakkan sifat malas / menyalahkan taqdir di atas segala yang berlaku dan perbuatan buruk yg dilakukan.

-

Manusia diberi kuasa mutlak menguruskan kehidupan dan tindak tanduk di dunia. Ikhtiar dan takdir adalah daripada manusia semata-mata tanpa ada kaitan dengan Allah SWT.

-

Kesan – manusia menafikan rubiyyah, uluhiyyah dan asma wa sifat, dan iradah Allah SWT terhadap makhluk. Membentuk sifat takabbbur, memandang hina orang lain, tidak dapat menerima hakikat sesuatu natijah.

-

Manusia yang meyakini segala yang akan, sedang dan telah berlaku adalah di bawah takdir-Nya tetapi manusia tidak tahu apa yang telah ditakdirkan Allah SWT untuknya.

-

Menghayati konsep tawakkal dengan sebaik-baiknya

-

Memaksimakan segala usaha dan ikhtiar yang berpegang kepada syaraâ€&#x; dan patuhi suruhan Allah SWT sentiasa.

-

Menghidupkan amalan berdoa untuk mendapatkan kebahagiaan dan hasil yang terbaik sepanjang hayat.

MAZHAB JABARIYYAH

MAZHAB QADARIYYAH

MAZHAB AHLI SUNNAH WAL JAMAAH


I m a n D a n K e h i d u p a n | 111

Mari kita bersama menghayati pesanan baginda Nabi SAW yang bermaksud:

“Setiap orang sudah diketahui oleh Allah SWT tempatnya di dalam syurga atau neraka. Para sahabat bertanya: Apa gunanya lagi kita beramal Ya Rasulullah, apakah tidak baik kita bertawakkal – menunggu takdir Allah SWT sahaja? Rasulullah SAW menjawab: Jangan! Berusaha dan beramallah. Maka setiap kamu akan dimudahkan Allah berusaha/beramal sesuai dengan taqdirnya. Lalu Rasulullah SAW membaca firman Allah SWT: “Sesiapa yang suka membelanjakan hartanya di jalan Allah SWT dan bertakwa kepada Allah SWT, dan membenarkan adanya syurga, maka Kami akan memudahkan baginya jalan yang mudah_________ “ (Riwayat Muslim)

Cuba juga anda renungkan sejenak, jika manusia hanya bergantung kepada takdirnya tanpa sebarang usaha, sudah pastilah baginda Rasulullah SAW tidak perlu bersusah payah beribadah kepada Allah SWT dan berdakwah menyeru kepada Islam kerana baginda sudahpun mengetahui janji baik buatnya di akhirat nanti. Begitu juga jika segala usaha dakwah Islam adalah semata-mata bergantung kepada kudrat dan kekuatan manusia semata-mata, mengapakah baginda tidak henti-henti memohon kepada Allah SWT agar memberi kekuatan dan kemudahan kepada Islam selama-lamanya. Mari juga kita teliti ayat-ayat Allah SWT di bawah ini; Firman Allah SWT dalam surah al-A‟raf ayat 57:

                                Maksudnya: “Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (hujan), hingga apabila awan itu membawa awan mendung, Kami halakan ia ke negeri yang mati lalu kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buahan. Demikianlah Kami menghidupkan semula orang yang telah mati supaya kamu beringat” (Surah al-A‟raf : 57)


I m a n D a n K e h i d u p a n | 112

Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 14:

            Maksudnya: “Perangilah mereka nescaya Allah SWT akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu dan Allah SWT akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.” (Surah at-Taubah:14)

Di dalam ayat 57 surah al-A‟raf di atas, Allah SWT menjelaskan Dialah yang menggerakkan awan dengan angin dan menumbuhkan tumbuhan dengan air. Dalam ayat 14 surah al-Taubah pula Allah SWT menjelaskan Dia mengazab orang-orang kafir manakala tangan-tangan orang beriman adalah merupakan sebab, alat dan perantaraan yang menyebabkan sampainya azab tersebut kepada mereka. Dengan kudrat inilah seseorang melakukan dan meninggalkan sesuatu perbuatan, beriman atau kufur, bertaqwa atau fasiq. Oleh kerana itu ijma‟ ulama mengatakan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah SWT. Ini bermakna manusia mempunyai daya dan kekuatan tetapi keduanya tidak datang daripada dirinya sendiri, sebaliknya datang daripada Allah SWT juga. Manusia adalah insan yang bebas memilih, mempunyai kehendak dan kekuatan di dalam melakukan sesuatu. Tetapi siapakah yang menciptakan itu semua kepadanya? Siapakah yang menganugerahkan akal kepadanya sehingga membolehkannya merancang, mentadbir dan melaksanakan apa yang dirancang? Tidak ada yang menciptakannya melainkan Allah SWT juga. Imam al-Haramain di dalam alNazamiyyah menolak anggapan sesetengah orang yang menyatakan tidak ada kesan sama sekali kepada kudrat manusia terhadap perkara yang dilakukannya, kerana anggapan sebegini adalah bertentangan dengan syariat dan menolak apa yang dibawa oleh para nabi. Jika kudrat manusia tiada kesan, tidak ada manfaat Allah SWT memberikan taklif kepada mereka begitu unjuran agar manusia berdoa. Tegasnya segala perbuatan manusia itu disandarkan kepada kuasa dan kemahuan mereka sebagai sandaran sebab kepada musabbab. Sedangkan sandaran perbuatan itu kepada kuasa dan kemahuan Allah SWT adalah sandaran makhluk kepada Khaliq. Dengan itu, tidak ada pertentangan antara kepercayaan bahawa manusia mampu melakukan sesuatu perkara dengan kepercayaan bahawa segala sesuatu itu adalah di atas kemampuan Allah SWT. Hal ini kerana kemampuan manusia melakukan sesuatu adalah kesan kepada kekuasaan Allah SWT Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 113

Ikhtiar dan Usaha

Ketentuan Allah SWT Kuasa dan Kemahuan Manusia

KEKUASAAN DAN TAKDIR ALLAH SWT (MENGUASAI SEGALA-GALANYA) Rajah 7.3 Kenyataan yang jelas antara hubungan usaha dan ikhtiar manusia dengan ketetapan Allah SWT sebagaimana rajah di atas telahpun dengan jelas dinyatakan oleh Allah SWT dalam al-Quran sejak lebih 1400 tahun yang lalu di dalam ayat 11 surah al-Ra‟d:

                   …        Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubah apa yang ada di dalam diri mereka sendiri.” (Surah al-Ra‟d : 11)

7.4 Bagaimanakah Sepatutnya Penghayatan Mukmin Terhadap Qada’ Dan Qadar Allah SWT? Sebelum anda menelusuri penghayatan yang sewajarnya berlaku, mari fikirkan sejenak apakah yang sepatutnya dihayati oleh individu-individu dalam situasi berikut;


I m a n D a n K e h i d u p a n | 114

SITUASI

PENGHAYATAN


I m a n D a n K e h i d u p a n | 115

Sebagai seorang mukmin, di antara penghayatan yang dikenalpasti harus ada pada diri individu ialah sentiasa meyakini kehebatan dan ketauhidan Allah SWT di sudut Rububiyyah-Nya, Uluhiyyah-Nya dan Asma wa Sifat-Nya. Diri insan akan sentiasa merasai kehebatan dan keagungan Allah SWT, lantas dia akan sentiasa merasai kemanisan iman dalam dirinya. Hal ini kerana dia mengetahui dengan jelas akan kedudukan dan fungsinya yang sebenar di muka bumi ini iaitu sebagai hamba Allah SWT dan khalifah-Nya. Penunaian tanggungjawab-tanggungjawab tersebut akan cuba dilakukannya dengan bersungguh-sungguh dan jihad yang tinggi agar kalimah Allah tersebar ke seluruh muka bumi.

Rajah 7.3

Selain itu, dalam apa juga hal dan keadaan, susah atau senang, gembira atau duka, seorang hamba yang beriman akan sentiasa taqarrub dengan Allah SWT dan sentiasa mengharapkan pertolongan daripada-Nya. Ketika susah mengharapkan bantuan Allah SWT agar diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapinya, ketika senang juga ia mengharapkan pertolongan yang sama kerana dia meyakini bahawa kesenangan juga merupakan satu ujian keimanan buat dirinya. Meskipun apa yang dihajatinya tidak dimakbulkan dan tidak berlaku namun dia tetap yakin dan bersangka baik kepada-Nya kerana menghayati bahawa segala apa yang ditentukan oleh Allah adalah yang terbaik buat dirinya meskipun apa yang dihajati tidak dicapai. Anda mungkin menyedari bahawa seorang individu yang benar-benar menghayati ayat Allah SWT melalui kejadiannya di muka bumi ini, akan sentiasa meningkatkan usaha untuk menambah ilmu dan kepakaran bagi memahami rahsia dan hikmat kejadian dan ketentuan Allah SWT terhadap hukum alam dan kehidupan. Mereka ini adalah golongan ulamaâ€&#x; yang sentiasa melihat secara kritis tentang sesuatu kejadian yang akhirnya akan memberi jawapan terhadap persoalan mereka tentang alam dan Penciptanya. Namun sayangnya, usaha kajian dan penyelidikan sebegini lebih dipelopori dan dikuasai oleh golongan bukan Islam yang rata-rata terdorong untuk menjalankan kajian atas sifat ingin tahu yang tinggi dan bukannya untuk mencapai penghayatan spiritual. Penghayatan terhadap qadak dan qadar Allah SWT juga seharusnya melahirkan sifat tawakkal yakni berserah kepada Allah SWT setelah berusaha. Seorang mukmin tidak hanya berpeluk tubuh mengharapkan bantuan Allah SWT tanpa digerakkan dahulu kemahuan dan usaha dari dalam dirinya sendiri. Apabila usaha yang optimum telah dilakukan, maka ia akan berserah kepada Allah SWT akan natijahnya. Namun, jika usahanya ternyata gagal dia akan terus mendapatkan bantuan dan berusaha ke arah yang lebih baik tanpa mengenal erti menyerah kalah. Di sinilah anda dapat melihat kehebatan individu yang sentiasa progresif dan inovatif hasil daripada keimanan yang tinggi kepada takdir-Nya. Di samping itu, orang beriman juga akan sentiasa tawadhuâ€&#x; atau merendah diri antara sesama manusia meskipun kedudukan, pangkat dan hartanya lebih berbanding orang lain. Sikap ini lahir akibat


I m a n D a n K e h i d u p a n | 116

penghayatannya bahawa segala apa yang dimilikinya adalah bukan miliknya, tetapi milik mutlak Allah SWT yang mampu mengambil daripadanya pada bila-bila masa dan dalam apa jua keadaan. Segala kelebihan yang ada padanya akan dikongsi bersama dengan yang lain kerana hakikatnya kelebihan yang ada pada manusia itu tiada nilainya berbanding kelebihan dan kehebatan Allah SWT. Orang beriman juga jauh daripada keluh kesah atas mudarat atau musibah yang menimpanya. Ia juga akan sentiasa memuhasabah diri di atas setiap kejahatan dan maksiat yang dilakukannya dan bukannya menyalahi Allah SWT atas apa yang berlaku padanya. Sifat menyalahkan Allah SWT ini akan membawa kepada kekufuran dan harus diawasi oleh setiap mukmin. Kesan kesedaran yang ada padanya, dia akan kembali memperbetulkan kesalahannya dengan taubat nasuha agar Allah SWT memberikan hidayah dan rahmat kepada dirinya dan dalam masa yang sama dia turut menyusun perancangan agar hidayah itu akan sentiasa kekal bersamanya.

7.5 RUMUSAN 1. Qada‟ adalah ilmu Allah SWT sejak azali yang Allah SWT membuat keputusan dengannya. Manakala Qadar pula ialah pelaksanaan kepada apa yang diqada‟kan Allah SWT pada azali itu. 2. Beriman dengan Qada‟ dan Qadar bermaksud meyakini bahawa segala kehendak Allah SWT akan pasti berlaku dan perkara yang tidak dikehendaki tidak akan berlaku. Dialah yang Maha Berkuasa atas segala makhluknya di langit dan di bumi. 3. Terdapat pendapat daripada para ulama‟ yang membahagikan jenis Qada‟ kepada 2 iaitu Qada‟ Mubram dan Qada‟ Mu‟allaq. Qada‟ Mubram ialah takdir yang tidak dapat dielakkan. Manakala Qada‟ Mu‟allaq ialah takdir yg melibatkan usaha dan ikhtiar manusia dan memerlukan kepada sabab dan musabbab. 4. Terdapat 3 aliran pemikiran yang utama berkaitan persoalan Qada‟ dan Qadar ini iaitu Jabariyyah, Qadariyyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah. 5. Usaha, ikhtiar dan tawakkal manusia mempunyai tempat dan nilai di sisi Allah SWT. Hal ini kerana kemampuan manusia melakukan sesuatu adalah kesan kepada kekuasaan Allah SWT Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. 6. Penghayatan sebenar terhadap Qada‟ dan Qadar Allah SWT ini akan melahirkan mukmin hebat yang bersinergi serta memiliki kesedaran, ketenangan dan keyakinan dalam berusaha, kerana pengetahuan akan kepastian hukum alam dan hukum sosial.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 117

KATA KUNCI 1. 2. 3. 4. 5.

Qada‟ Qadar Qada‟ Mubram Qada‟ Mu‟allaq Qadariyyah

6. Jabariyyah

PENILAIAN KENDIRI 6. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang dimaksudkan dengan Qada‟ dan Qadar? 7. Senaraikan beberapa dalil yang menunjukkan kewajipan beriman dengan Qada‟ dan Qadar?. 8. Apakah perbezaan utama antara Qada‟ Mubram dan Qada‟ Mu‟allaq? 9. Berikan kefahaman anda tentang aliran pemikiran yang utama berkaitan Qada‟ dan Qadar Allah SWT? 10. Jelaskan refleksi yang sepatutnya berlaku apabila seseorang itu menghayati dan beriman dengan Qada‟ dan Qadar Allah SWT?

RUJUKAN Basri Ibrahim al-Hasani al-Azhari (2004). Manhaj Aqidah Ahli SUnnah Wa Al-Jamaah Dalam Memahami Qadak dan Qadar. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers. Abdul Hadi Awang (2008). Beriman Kepada Qadak dan Qadar. Batu Caves: PTS Islamika.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS Jawapan dapat didapati daripada nota dan huraian yang diberikan .


I m a n D a n K e h i d u p a n | 118

UNIT PELAJARAN 8 HUBUNGAN MUKMIN DENGAN ALAM DAN SESAMA MANUSIA

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 14. Menerangkan hubungan antara mukmin dengan alam. 15. Membincangkan hubungan mukmin sesama manusia dalam konteks sebagai hamba dan khalifah Allah SWT. 16. Menjelaskan hak-hak alam dan sesama manusia yang perlu dipenuhi.

PENGENALAN

Rajah 8.1 Andakah anda mempunyai hubungan baik dengan bumi?


I m a n D a n K e h i d u p a n | 119

Anda mungkin menyedari bahawa apa-apa sahaja yang berada dalam satu tempat yang sama pasti mempunyai kaitan dan hubungan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sebagai contoh sebuah bangunan memerlukan tanah untuk ia dapat dibina dan didirikan di atasnya, seekor kerbau di sawah padi memerlukan rumput-rumput yang sesuai sebagai makanannya begitu juga seorang manusia memerlukan tempat tinggal, makanan dan pakaian untuk menampung keperluan asas hidupnya. Ringkasnya, segala kehidupan di muka bumi ini sebenarnya tanpa kita sedari saling berkait dan berhubung antara satu sama lain, hatta sekecil-kecil zarah yang berlegar di sekeliling kita!

ISI KANDUNGAN 8.1 Maksud Hubungan Mukmin Dengan Alam. 8.2 Hak-hak Alam Yang Perlu Dipenuhi Oleh Manusia. 8.3 Maksud Hubungan Mukmin Sesama Manusia.

8.1 Maksud Hubungan Mukmin Dengan Alam. Sebelum anda meneliti hubungan mukmin dengan alam, kita perhatikan dahulu apakah itu alam sebenarnya? Apakah sifat-sifatnya yang menjadikannya sesuatu yang penting kepada kita? 1. Sesungguhnya alam sekitar dan segala kekayaan alam adalah milik mutlak Allah SWT sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah jualah Yang Menguasai alam langit dan bumi serta Segala Yang ada padanya; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu� (al-Maidah, 120). Jelas, tiada siapa yang berhak melarang orang lain menceroboh haknya sendiri untuk mencari sara hidup di alam ini. Namun, sebagai khalifah yang tugasnya mengurus bumi dengan baik, disiplin, peraturan dan sempadan tertentu harus diikuti berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh pemerintah supaya konsep alam adalah hak mutlak Allah SWT ini tidak dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab demi mengait keuntungan diri sendiri. 2. Oleh kerana alam adalah hak milik mutlak Allah SWT kerana Dia jualah yang menciptanya, maka alam juga tidak lari dari bersifat makhluk yang bakal binasa. Justeru, sebagaimana manusia bakal mati pada hari yang tertentu, alam dan segala sumbernya juga bakal binasa dan habis pada satu waktu yang tertentu sama ada pada hari kiamat nanti ataupun sebelumnya. Dalam hal ini Allah SWT mengatakan di dalam al-Quran, surah ar-Rum ayat 41:


I m a n D a n K e h i d u p a n | 120

                Maksudnya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” (Surah ar-Rum: 41) Daripada ayat ini dapat kita lihat bahawa alam secara sunnatullahnya akan bertindak balas dengan apa yang dilakukan oleh manusia terhadapnya. Jika baik pengurusannya oleh khalifah, maka akan eloklah natijahnya, dan begitu juga sebaliknya. 3. Allah SWT. juga menjelaskannya dalam al-Quran, bahawa semua yang ada di alam ini sememangnya dicipta untuk kepentingan manusia. Daripada segala benda hidup kepada benda yang bukan hidup faedah akhirnya adalah kepada manusia juga. Hal ini menunjukkan bahawa pusat dan fokus utama alam dicipta adalah untuk memenuhi keperluan manusia. Begitulah betapa pemurah dan penyayangnya Allah SWT kepada kita jauh melebihi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 29:

………

       

Maksudnya: “Dia-lah Allah SWT, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu” (Surah al-Baqarah: 29)

Sekarang, cuba anda fikirkan sejenak, apakah benda di alam ini yang pada pendapat anda tidak mempunyai faedah kepada manusia? Fikirkan sedalam-dalamnya. Sukar bukan? Tetapi fikirkan sahaja. Untung-untung anda menjumpainya.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 121

8.2 Hak-Hak Alam Yang Perlu Dipenuhi Oleh Manusia. Bertepatan dengan tugas manusia sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi yang bertanggungjawab mengurusnya, maka manusia mempunyai tanggungjawab yang besar yang perlu dilakukan. Namun, sebaliknya bumi tidak mempunyai sebarang tanggungjawab yang perlu dilaksanakannya terhadap manusia. Bumi hanya perlu patuh dan tunduk kepada perintah Allah SWT sahaja. Antara hak alam yang utama ialah; 1. Dipelihara dan dipulihara: Sebagaimana anda maklumi, pelihara dan pulihara memberi maksud yang berbeza. Pelihara merujuk kepada proses penjagaan alam sebagaimana keadaannya yang asal dan sedia ada, manakala pulihara membawa maksud memulihkan alam yang telah rosak atau tercemar. Kedua-dua perkara ini harus berlaku seiring supaya keseimbangan alam dapat dipelihara. Allah SWT mengingatkan manusia di dalam al-Quran, surah asy-Syu‟ara ayat 183:

          Maksudnya: “Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi” (Surah asySyu’ara: 183)

Ayat di atas mengingatkan manusia supaya sentiasa berwaspada dan beringat-ingat dalam menggunakan sumber alam serta menggunakannya dalam kadar yang diperlukan sahaja. Hal ini kerana alam dan sumbernya adalah sesuatu yang dikongsi bersama oleh seluruh manusia sama ada muslim atau bukan muslim. Pembaziran air sebagai contohnya, hanya akan memberikan kesan buruk yang berpanjangan pada masa hadapan kerana apabila ia dibazirkan, sumber air tawar akan menjadi semakin kurang tambahan pula dengan pencemaran sungai yang semakin menjadi-jadi dek kerana perbuatan manusia juga. Dalam konsep Islam terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sebagai satu pengurusan alam sekitar yang dikehendaki oleh Islam, maka Islam meletakkan 5 konsep penting yang perlu diterapkan ke dalam diri manusia supaya wujudnya proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.(Mohd Nur Hakim Razana, 2004)


I m a n D a n K e h i d u p a n | 122

i.Konsep Tauhid: Dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, aspek penting yang paling ditekankan ialah konsep tauhid. Ini kerana ia merupakan keperluan asas dalam Islam. Dalam pandangan tauhid, manusia hanya takut pada satu kuasa dan dipertanggungjawabkan dihadapan seorang hakim sahaja, mengadap pada satu kiblat dan menumpukan harapan dan kehendak pada satu sumber sahaja. ii.Konsep Syariah: Syariah adalah teras perundangan hidup Islam. Ia merupakan bidang ilmu pengetahuan yang menyediakan peradaban Islam dengan peraturan yang tetap. Segala teori Syariah merangkumi semua aspek kehidupan manusia dan meliputi kehidupan peribadi, sosial, politik dan intelektual. Secara praktiknya, ia memberi makna dan isi kepada perbuatan orang Islam dalam kegiatan mereka di dunia. iii.Konsep Ilmu: Sebagai langkah ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, ilmu pengetahuan merupakan perkara penting yang mesti ditekankan. Ini kerana orang yang berilmu dan mengamalkannya tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan diri, masyarakat dan juga alam sekitar. iv.Konsep Khalifah: Dalam konsep mengurus alam sekitar, konsep ini amat penting untuk manusia menjaga alam sekitar. Apabila mereka sedar diri mereka sebagai seorang khalifah, maka mereka tidak akan melakukan kerosakan kepada alam sekitar malah akan menjaga dengan sebaik mungkin. v. Konsep Akhlak: Akhlak adalah amat penting terutama sekali ke arah pengurusan alam sekitar. Akhlak yang mulia adalah akhlak yang mengarahkan ke arah kebaikan dan keharmonian. Dalam konsep penjagaan alam sekitar, sifat-sifat mulia seperti kasih sayang, sifat suka menjaga kebersihan, bertanggungjawab dan sikap murni yang lain amat penting dalam menjaga alam sekitar dengan sebaiknya.

2. Dikaji dan diselidiki Oleh kerana Islam adalah agama yang sangat bertepatan dengan akal dan ruh, maka sudah pasti bagi mereka yang berfikir akan menanggapi bahawa dunia ini bukan dicipta secara kebetulan. Alam adalah dicipta dengan penuh kesempurnaan dan perhubungan yang kuat antara satu sama lain. Persoalan ini hanya mampu ditanggapi apabila muslim mendalami ilmu sains ataupun sekurang-kurangnya memahaminya. Di dalam al-Quran, Allah SWT memerintahkan manusia untuk memikirkan dan mengkaji tanda-tanda penciptaan di sekitar mereka, kerana agama sebenarnya mendorong kajian sains. Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 191:


I m a n D a n K e h i d u p a n | 123

                      Maksudnya: “iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata: Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan siasia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka (Surah Ali ‘Imran:191) Pengamatan ilmiah terhadap langit, hujan, tumbuhan, binatang, kelahiran, astronomi dan sebagainya memperkenalkan manusia kepada misteri penciptaan, pengetahuan, kebijakan, dan kekuasaan tanpa batas yang dimiliki oleh Allah SWT. Sains adalah satu cara untuk mengenal Allah SWT dengan tepat, dan oleh sebab itu jugalah sejumlah ilmuwan yang memberikan sumbangan besar dalam sains telah beriman kepada Allah SWT.

Renungkan sejenak kata-kata di bawah: Isaac Newton; ”Saya tidak dapat menemukan ungkapan yang lebih baik daripada agama untuk keyakinan terhadap sifat rasional dari realiti, selagimana dapat diterima akal sihat manusia. Apabila perasaan (beragama) ini tiada, sains merosot menjadi empirisme yang membosankan.” Beliau juga berkata;”Pendorong utama di belakang minatnya terhadap sains adalah keinginannya untuk mengenal Tuhan dengan lebih baik.” Johannes Kapler; ”Saya terlibat dalam sains untuk menggali karya Sang Pencipta”. Refleksi: Wujudkah perasaan untuk mengenal Pencipta ketika diri anda belajar subjek Sains dahulu? Anda boleh merujuk laman web http://harunyahya.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 124

8.3 Maksud Hubungan Mukmin Sesama Manusia. Islam bukan sekadar iman dalam jiwa, malah hendaklah diamalkan dalam kehidupan keluarga dan masyarakat, bersesuaian dengan maksud Islam sebenar, iaitu selamat, sejahtera, aman, dan damai. Namun banyak unsur negatif yang berlaku di dunia ini hinggakan perpecahan dalam keluarga dan masyarakat dilihat sebagai salah satu cabaran utama masa kini. Islam menganjurkan umatnya agar bersatu dan menjaga hubungan sesama manusia. Namun apakah yang dimaksudkan dengan hubungan sesama manusia menurut perspektif Islam? Jika dilihat konsepnya dalam Islam, ada satu prinsip yang Allah SWT tetapkan bagaimana sepatutnya umat manusia berhubungan antara satu dengan yang lain sebagaimana firman-Nya dalam surah alMaidah ayat 2:

….             Maksudnya: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran. (Surah al-Maidah: 2)

Ayat tersebut menggesa agar kita tolong-menolong atas kebaikan dan ketakwaan dan Allah SWT tegas melarang perkara yang boleh membawa kepada dosa atau permusuhan mahupun dengan ibu bapa, anak-anak, jiran tetangga, masyarakat, majikan dengan pekerja, pemimpin dengan rakyat dan sebagainya. Konsep tersebut amat jelas kerana kita mempunyai nafsu dan akal, namun kedua-duanya ini ada kalanya tidak seimbang. Nafsu tidak boleh dibuang kerana tanpa nafsu ia bukan sifat manusia tetapi malaikat. Nafsu dan akal ini adalah pelengkap, malahan menyebabkan kita hilang pedoman kerana tidak menggunakan akal dalam membuat sesuatu tindakan. Akhirnya, hubungan tersebut membawa kepada permusuhan, perselisihan pendapat dan pandangan, perbalahan, persengketaan hingga membawa kepada satu fenomena yang tidak diredai Allah SWT. Sikap manusia yang suka bermusuh-musuhan ini merupakan satu sikap yang ditegah oleh Allah SWT. Dengan lain perkataan, jika kita suka mengumpat, ia satu perkara yang diharamkan. Namun masih dilakukan juga. Mengapa? Ia adalah kerana nafsu. Begitu juga dengan fitnah kerana ia lebih dahsyat dan besar dosanya daripada membunuh.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 125

Dalam konteks hubungan mukmin sesama manusia, ia terbahagi kepada 2 hubungan iaitu hubungan sesama muslim dan hubungan dengan bukan muslim. Kita akan bincangkan bentuk hubunganhubungan ini satu persatu melalui perbincangan tentang hak yang berkaitan antara mereka. 1- Hak dan hubungan sesama muslim adalah berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang berikut:

Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW: Hak muslim terhadap muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda: i. ii. iii. iv. v. vi.

Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia. Jika dia sakit, maka kunjungilah dia. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah)nya. (Hadis Riwayat Muslim)

(i)

Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.

Salam adalah salah satu sebab yang dapat menjalin kasih sayang sesama muslim. Salam adalah benih keimanan yang dapat membawa seseorang ke syurga Allah SWT. Salam adalah salah satu bukti keindahan Islam, karena jika masing-masing muslim yang bertemu dengan rakannya seagama mereka akan saling mendoakan keselematan agar terhindar daripada keburukan dan juga saling mengharapkan agar Allah SWT mencucuri rahmat dan berkat di dalam hidup rakannya. Selain itu juga biasanya salam akan diikuti oleh ucapan-ucapan yang sesuai dan muka yang manis sehingga terjalin rasa kasih sayang dan kemesraan antara sesama mereka, dan salam juga dapat menjauhkan dari perasaan kasar, hasad dengki, dendam dan pemutusan hubungan silaturrahmi. Salam adalah hak muslim ke atas muslim lainnya. Dan ke atas muslim yang mendapat ucapan salam hendaklah membalas ucapan tersebut dengan ucapan yang lebih baik ataupun dengan ucapan yang serupa.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 126

(ii)

Jika dia mengundang, hadirilah undangannya

Kalau muslim mengundang anda untuk suatu upacara munasabah seperti perkahwinan, akikah, kenduri kesyukuran dan lain-lain maka penuhilah undangannya itu. Dia sebenarnya telah menyatakan penghormatannya terhadap anda dengan undangan tersebut. Oleh sebab itu janganlah anda hampakan harapannya itu, kecuali jika ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan. (iii)

Jika dia minta nasihat, berilah dia nasihat.

Kalau dia memohon nasihat tentang sesuatu pekerjaan, apakah sebaiknya dia lakukan ataupun tidak? Maka nasihatilah dia sebagaimana anda mengambil keputusan dan menginginkan untuk diri anda sendiri. Sekiranya menurut pertimbangan anda ianya baik maka doronglah dia melakukannya dan sekiranya boleh mendatangkan mudharat maka ingatkanlah dan cegahlah dia melakukannya. Tetapi jika perbuatan tersebut mengandungi kedua-duanya (baik dan buruk) maka jelaskanlah kepadanya dan buatlah pertimbangan yang wajar. Ini termasuk nasihat dalam mencari jodoh, rakan kongsi dalam usaha dan lain-lain. Perlakukanlah muslim lain yang memohon nasihat sebagaimana kamu memperlakukannya untuk dirimu sendiri. Hindarkanlah segala unsur penipuan di dalamnya. Nasihat hukumnya wajib secara mutlak tetapi hukumnya akan menjadi lebih wajib jika ia dipinta oleh muslim lain. Imam An-Nawawi berkata: Pensyaratan memberi nasihat jika dipinta, hanya terbatas pada masalah dunia. Tetapi jika bersangkutan dengan masalah agama, kita wajib memberi nasihat walaupun tidak dipinta. (iv)

Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.

Bersin adalah nikmat Allah SWT karena angin yang terperangkap pada bahagian badan dipermudahkan oleh Allah SWT untuk keluar sehingga insan merasa lega. Oleh sebab itu disyari‟atkan kepadanya agar bersyukur kepada Allah SWT dengan mengucapkan tahmid ‫( اَ ْل َح ْو ُد َهلل‬segala puji milik Allah SWT). Dan disyaria‟atkan pula kepada saudara seagamanya yang mendengar tahmid itu untuk mentasymitkan / mendoakannya ‫( يَ ْس َح ُو َك هللا‬semoga Allah SWT mencucuri rahmat). Dan selanjutnya muslim yang bersin tadi disuruh oleh agama agar menjawab tasymit itu dengan doa ‫صلِ ُح‬ ْ ُ‫يَ ِْ ِدي ُك ُن هللا ّي‬ ‫(بَالَ ُك ْن‬semoga Allah SWT memberimu petunjuk dan memperbaiki hatimu). Barangsiapa yang tidak bertahmid (memuji Allah SWT) ketika bersin maka dia tidak berhak mendapat tasymit dari muslim lainnya. (v)

Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.

Mengunjungi muslim yang sedang sakit adalah suatu kewajiban ke atas muslim lain. Lebih-lebih lagi jika pesakit itu kaum kerabat dan sahabat sendiri. Mengunjungi orang sakit tersmasuk salah satu amal soleh yang sangat afdhal. Rahmat Allah SWT senantiasa menaungi diri pesakit dan orang yang


I m a n D a n K e h i d u p a n | 127

mengunjunginya. Orang yang datang berkunjung sebaiknya mendoakan untuk pesakit agar dia lekas sembuh dan menasihatinya supaya memperbanyak taubat dan berpesan dengan pesanan penting lainnya. (vi)

Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah jenazahnya.

Barangsiapa yang mengikuti penyempurnaan jenazah hingga solat jenazah maka dia akan memperolehi ganjaran satu qirath, dan barangsiapa yang mengikutinya hingga dikebumikan maka dia akan memperolehi ganjaran dua qirath. Mengikuti jenazah adalah hak Allah SWT, hak jenazah dan hak kaum kerabatnya yang masih hidup.

Jika diteliti daripada hak-hak di atas, hak mukmin ke atas muslim yang lain nampaknya hanya pada perkara-perkara yang kecil sahaja. Pada pendapat anda, apakah implikasinya perkaraperkara di atas terhadap pemupukan ukhuwwah Islamiyyah serta perpaduan dalam kalangan umat Islam? __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________

2- Hak antara mukmin dengan bukan muslim: i- Hak mendapat perlindungan : Hak ini merangkumi perlindungan daripada pencerobohan luar dan kezaliman daripada dalam negara. Golongan bukan Islam berhak menikmati keamanan dan kestabilan hidup. Hak ini adalah hak sama yang dikecapi oleh orang Islam. Pemerintah Islam bertanggungjawab untuk melindungi walaupun setitik darah mereka. Orang Islam dalam negara Islam juga dilarang sama sekali menyakiti bukan Islam atau mencerobohi diri, keluarga harta atau agama mereka sama ada melalui tangan (kekuasaan) atau lidah mereka. Apatah lagi, umat Islam ditegah daripada membunuh mereka. Hak perlindungan yang tetap ini meliputi darah, jiwa dan tubuh mereka. Begitu juga harta benda dan kemuliaan mereka. Perkara itu dapat dilihat daripada syariat yang ditetapkan. Umpamanya, mencuri harta bukan Islam boleh dikenakan hukuman yang ditetapkan Allah SWT dalam al-Quran, sama seperti mencuri harta orang Islam. ii- Kebebasan beragama : Islam menjamin bukan Islam mengamalkan agama mereka. Orang bukan Islam bebas menganuti agama, kepercayaan dan beribadat mengikut agama mereka. Orang bukan Islam tidak boleh dipaksa


I m a n D a n K e h i d u p a n | 128

menganut agama Islam dan tidak akan ditekan semata-mata agar mereka memeluk Islam. Sejarah membuktikan Islam disebarkan bukan melalui mata pedang, tetapi kerana keindahan dan keadilannya yang menambat hati bukan Islam memeluk agama suci ini. iii- Kebebasan memegang jawatan dalam kerajaan : Orang bukan Islam diberi kebenaran untuk memegang jawatan dalam kerajaan Islam, selain yang membabitkan hal keagamaan seperti ketua negara, ketua angkatan tentera, ketua hakim dan sebagainya yang mana membabitkan urusan agama. Dalam urusan lain tiada halangan bagi bukan Islam menyandang jawatan kerajaan. Bagi jawatan ketua negara, umpamanya, jawatan itu membabitkan pentadbiran sebuah negara Islam yang juga negara ideologi. Maka, wajar bagi orang Islam sendiri mengendalikannya dan tidak munasabah urusan berkaitan pentadbiran agama Islam diserahkan kepada ketua negara yang bukan Islam. Begitu juga dalam hal jawatan ketua angkatan tentera yang mana dalam Islam sebenarnya mempertahankan kedaulatan negara adalah satu ibadat. Jihad adalah kemuncak seluruh ibadat dalam Islam. Oleh itu, dalam hal ibadat seperti ini adalah tidak wajar ia diserahkan kepada bukan Islam. Namun, bukan Islam tidak dilarang bersama-sama dengan orang Islam berjuang mempertahankan kedaulatan negara. Orang bukan Islam tidak boleh dipaksa menjadi askar dalam sebuah negara Islam. Menjatuhkan hukuman pula adalah suatu perkara yang disyariatkan oleh Allah SWT. Dari sudut ini, kita dapat lihat bukan Islam tidak dipaksa menjatuhkan hukuman yang mana mereka sendiri tidak beriman kepadanya terhadap orang Islam. Begitu pun, hakim bukan Islam boleh menjatuhkan hukuman yang tidak selari dengan hukum Islam, selagi mana pihak terbabit adalah juga pihak yang tidak beragama Islam. iv- Kebebasan bekerja dan mencari untung : Orang bukan Islam mempunyai hak yang tidak boleh disangkal untuk bekerja, berniaga dan mendapat untung. Ini boleh dilakukan dengan berkongsi sesama mereka atau dengan orang Islam atau bekerja secara sendirian. Keadaan mereka dari aspek ini langsung tidak berbeza dengan keadaan orang Islam yang diberi peluang untuk menjalankan kegiatan ekonomi dan perdagangan bagi memajukan diri masing-masing. Dalam Islam, umat Islam dan bukan Islam perlu bersaing demi memajukan diri mereka sendiri. Orang bukan Islam tidak ditindas dalam mencari kekayaan dan ini memberi peluang kepada semua rakyat bersaing dalam keadaan yang memberi keadilan kepada semua pihak. v- Jaminan hak asasi : Syariat Islam memperuntukkan hak yang jelas bagi bukan Islam dan kebebasan ini dijamin oleh


I m a n D a n K e h i d u p a n | 129

pemerintah Islam. Adalah menjadi kesalahan bagi umat Islam sekiranya mereka melanggar atau mengugut untuk melanggar hak asasi bukan Islam. Dari aspek ini sebenarnya, syariat Islam dilihat lebih melindungi hak bukan Islam berbanding agama lain. Hak asasi ini adalah pelbagai dan merangkumi hak berkaitan kehidupan seharian, perkara berhubung keluarga dan kemasyarakatan serta aspek yang lebih besar seperti pendidikan, keturunan dan perekonomian. Masyarakat Islam secara kolektif bertanggungjawab menjalankan syariat Islam dan melaksanakan hukum yang termaktub dalamnya, termasuk perkara berhubung hak bukan Islam. Sekiranya berlaku kecuaian atau penyelewengan oleh orang Islam dan melampaui batas dibenarkan, maka umat Islam sendiri perlu memperbetulkan keadaan. Mereka perlu mengembalikan hak itu kepada yang berhak berlandaskan jalan benar dengan menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran. Syariat Islam sebenarnya sentiasa memihak kepada orang yang dizalimi atau dicerobohi biarpun orang itu bukan Islam. Pembelaan akan diberikan kepada mereka tanpa mengambil kira faktor keagamaan. Pemerintah Islam yang zalim terhadap rakyat bukan Islam pun boleh diambil tindakan kerana kezaliman yang dilakukan oleh mereka. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa mencela kafir zimmi maka sesungguhnya dia telah mencelaku�. (Hadis Riwayat Muslim)

Pada pandangan anda, mengapakah Rasulullah SAW begitu mengambil berat tentang hal ehwal kafir zimmi pada zamannya? Pada zaman kini, siapakah yang boleh ditakrifkan atau dicirikan sebagai kafir zimmi dalam sebuah Negara Islam? __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________


I m a n D a n K e h i d u p a n | 130

8.4 RUMUSAN 1. Alam adalah hak mutlak Allah SWT yang bakal binasa sebagaimana manusia. Namun, ia

perlu ditadbir oleh manusia yang berperanan sebagai khalifah di muka bumi dengan sebaiknya. 2. Semua yang ada di alam ini sememangnya dicipta untuk kepentingan dan faedah manusia. 3. Hak-hak alam yang perlu dipenuhi oleh manusia ialah dipelihara dan dipulihara, serta dikaji dan diselidiki. 4. Teras dalam hubungan sesama muslim ialah tolong menolong dalam melakukan perkara kebajikan dan taqwa. 5. Kedudukan dan hak kafir zimmi dalam sesebuah Negara Islam sangat diambil berat oleh Rasulullah SAW. 6. Mukmin yang sejahtera adalah yang baik hubungannya dengan sesama manusia, serta sentiasa mengambil berat segala perbuatannya terhadap alam.

KATA KUNCI

1. Khalifah 2. Kafir zimmi 3. Pelihara dan pulihara

PENILAIAN KENDIRI 11. Mengapakah manusia perlu mempunyai hubungan dengan alam sekitar dan manusia di sekelilingnya? 12. Senaraikan beberapa dalil yang menunjukkan kuatnya hubungan antara manusia dan alam? 13. Mengapakah wujudnya perbezaan antara hak mukmin dengan muslim dengan bukan muslim?


I m a n D a n K e h i d u p a n | 131

RUJUKAN Harun Yahya .(2004).Al-Quran Dan Sains. Bandung: Dzikra. Muhammad Abdullah Al-Khatib. (1990). Ciri-ciri Khusus Masyarakat Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Abdul Majid.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS Soalan-soalan adalah dalam bentuk inkuiri terbuka yang memerlukan pelajar membuat sedikit rujukan sumber.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 132

UNIT PELAJARAN 9 IBADAH, SYARIAH DAN AKHLAK SEORANG MUKMIN HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 5. 6. 7. 8.

Menjelaskan definisi Ibadah, Syariah dan Akhlak dalam Islam. Menghuraikan ruang lingkup ibadah dan syarat-syarat ibadah. Menjelaskan konsep Syariah Islam serta kepentingannya kepada manusia. Menghuraikan kedudukan akhlak dalam ajaran Islam.

PENGENALAN Manusia sebagai sebagai sebaik-baik makhluk ciptaan Allah SWT tentunya tidak diciptakan dengan sia-sia tanpa matlamat. Cuba anda fikirkan tujuan anda diciptakan oleh Allah SWT dengan merujuk kepada Surah al-Zariyat ayat 46.

          Maksudnya: “Dan kaum Nuh (Kami juga telah binasakan) sebelum itu; Sesungguhnya mereka adalah kaum Yang fasik – derhaka” (Surah al-Zariyat : 46)

Rajah 9.1


I m a n D a n K e h i d u p a n | 133

9.1 Apakah Pengertian Ibadah Dalam Islam?

I

badah dari segi bahasa bermaksud merendahkan diri serta tunduk. Sementara menurut istilah syarak, perkataan ibadah mempunyai beberapa definisi. Antara definisi ibadah ialah:   

Ibadah adalah taat kepada Allah SWT dengan melaksanakan perintah-Nya melalui lisan para Rasul-Nya. Ibadah adalah merendahkan diri kepada Allah SWT. Ketundukan yang paling tinggi disertai dengan rasa mahabbah (kecintaan) yang paling tinggi. Ibadah mencakupi seluruh apa yang dicintai dan diredhai Allah SWT, sama ada dalam bentuk ucapan atau perbuatan, yang zahir dan yang batin.

Ibadah terbahagi kepada ibadah hati, lisan, dan anggota badan. Ibadah hati termasuk rasa khauf (takut), raja‟ (mengharap), mahabbah (cinta) dan tawakkal. Sementara ibadah lisan meliputi tasbih, tahlil, takbir, tahmid dan syukur dengan lisan dan hati. Ibadah anggota badan seperti sembahyang, zakat, haji, dan jihad . Ibadah inilah yang menjadi tujuan penciptaan manusia. Allah SWT berfirman dalam surah al-Zariyat ayat 56:

       Maksudnya: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu” (Surah al-Zariyat : 56)

Allah SWT menjelaskan bahawa tujuan penciptaan jin dan manusia supaya mereka beribadah hanya kepada Allah SWT yang bersifat Maha Kaya. Allah SWT tidak memerlukan ibadah mereka, tetapi merekalah yang memerlukan-Nya. Ini kerana kebergantungan mereka kepada Allah SWT. Ibadah kepada Allah SWT yang dituntut untuk dilaksanakan hanya berdasarkan apa yang disyariatkan seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Sesiapa yang beribadah kepada-Nya dengan cara selain apa yang disyari‟atkan-Nya, maka ibadah itu ditolak. Ibadah yang tidak didasarkan kepada apa yang diperintah dan ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dianggap bid`ah.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 134

9.2 Asas-asas `Ubudiyyah Menurut Ibn Taimiyyah, ibadah yang disyari`atkan Allah SWT kepada manusia merangkumi makna kehinaan dan kecintaan bersama, iaitu kemuncak kehinaan diri seseorang apabila berhadapan dengan Allah SWT di samping kemuncak kecintaan terhadap-Nya. Ibadah yang dikerjakan hendaklah berlandaskan kepada tiga asas iaitu: hubb (cinta), khauf (takut), raja‟ (harapan). Rasa cinta hendaklah disertai dengan rasa rendah diri, sedangkan khauf hendaklah diiringi dengan raja‟. Dalam setiap ibadah hendaklah terkumpul unsurunsur ini. Allah SWT berfirman tentang sifat hambahamba-Nya yang beriman dalam surah al-Maidah ayat 54:

Rajah 9.2

……   …. Maksudnya : “Dia mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya” (Al-Maidah: 54)

Dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman:

….      ... Maksudnya : “Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah” (Surah Al-Baqarah : 165)

i)

Syarat Ibadah

Ibadah adalah perkara tauqifiyah iaitu suatu bentuk ibadah yang disyari`atkan berdasarkan Al-Qur-an dan As-Sunnah. Apa yang tidak disyari`atkan bererti bid`ah yang ditolak. Sabda Nabi SAW: Maksudnya : “Barangsiapa yang beramal tanpa adanya tuntunan dari kami, maka amalan tersebut tertolak” (Riwayat Muslim)


I m a n D a n K e h i d u p a n | 135

Syarat supaya sesuatu ibadah yang dikerjakan diterima Allah SWT ialah: i. Ikhlas. Dilaksanakan semata-mata kerana Allah SWT. Ia bebas dari syirik besar dan kecil. ii. Ittiba`. Sesuai dengan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Syarat ikhlas dalam mengerjakan ibadah merupakan implikasi dari ucapan syahadah “Tiada tuhan (yang berhak disembah) selain Allah SWT”. Ini kerana, syahadah menghendaki supaya segala ibadah hanya untuk Allah SWT semata-mata tanpa syirik kepada-Nya. Sedangkan syarat kedua adalah hasil dari ucapan syahadah “Muhammad Rasulullah SAW” kerana ia menuntut wajib taat kepada Rasul, mengikuti syari‟atnya. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 112:

                  Maksudnya : “(Tidak demikian) bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala di sisi Rabbnya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati” (Surah Al-Baqarah: 112)

Hikmah kedua-dua syarat tersebut bagi menjadikan ibadah itu sah dan diterima kerana Allah SWT memerintahkan hamba-Nya untuk mengikhlaskan ibadah kepada-Nya semata-semata. Maka, beribadah kepada selain Allah SWT di samping beribadah kepada-Nya adalah perbuatan syirik. Allah SWT berfirman dalam surah al-Zumar ayat 2:

           Maksudnya : “Maka sembahlah Allah dengan tulus ikhlas beragama kepada-Nya” (Surah Al-Zumar: 2)


I m a n D a n K e h i d u p a n | 136

ii)

Apakah Hikmah Ibadah?

Ibadah di dalam Islam merupakan tujuan akhir penciptaan manusia. Allah SWT berfirman:

               Maksudnya : “Dan Rabbmu berfirman, „Berdo`alah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu beribadah kepadaKu akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Surah al-Mu'min: 60)

Pensyariatan ibadah di dalam Islam bukan untuk menyusahkan dan membebankan manusia. Sesungguhnya ibadah mengandungi berbagai hikmah dan kebaikan yang besar. Pelaksanaan ibadah dalam Islam adalah mudah. Berikut ialah hikmah ibadah: 

Ibadah mensucikan jiwa dan mengangkatnya ke kedudukan tertinggi menuju kesempurnaan manusiawi. Ruh manusia memerlukan ibadah sebagaimana jasad memerlukan makanan dan minuman. Bahkan keperluan ruh manusia kepada ibadah lebih besar daripada keperluan jasadnya kepada makanan dan minuman. Ini kerana elemen utama hamba adalah pada hati dan ruhnya. Kedua-duanya tidak akan baik kecuali dengan bertawajjuh kepada Allah SWT dengan beribadah. Jiwa tidak akan merasai kedamaian dan ketenteraman kecuali dengan zikir dan beribadah kepada Allah SWT . Ibadah dapat mendorong seseorang untuk melakukan berbagai kebajikan dan meninggalkan kemungkaran. Ibadah dapat menghibur seseorang ketika dilanda musibah dan meringankan penderitaan ketika kesusahan. Orang yang beriman dapat menerima ujian Allah SWT di atas muka bumi ini dengan dada yang lapang dan jiwa yang tenang.

Keutamaan ibadah juga ialah dapat membebaskan diri manusia dari belenggu penghambaan kepada makhluk dan kebergantungan serta harap kepada mereka. Dengan ibadah seseorang merasa percaya pada diri dan berjiwa besar kerana ia berharap dan takut hanya kepada Allah SWT sahaja.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 137

Bagaimanakah untuk menjadikan amalan seharian kita sebagai satu ibadah kepada Allah SWT? __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________

Bincangkan penyataan Ibnu al-Qayyim: “Tidak ada kebahagiaan, kelazatan, kenikmatan dan kebaikan hati melainkan bila ia meyakini Allah SWT sebagai Rabb, Pencipta yang Maha Esa dan ia beribadah hanya kepada Allah SWT sahaja, sebagai puncak tujuannya dan yang paling dicintainya daripada yang lain�

9.3 Apakah Konsep Syariat Islam? enurut pengertian umum, syariat Islam membawa maksud seluruh ketentuan ajaran agama Islam yang bersumberkan al-Quran dan Hadis. Ini bererti syariat mencakupi seluruh ajaran agama Islam yang meliputi bidang akidah, ibadah dan akhlak. Mana ka la sya ria t me ng iku t peng ert ian khu sus be re rt i ketentuan-ketentuan atau peraturan-peraturan agama Islam yang hanya mencakupi bidang ibadah dan tidak termasuk di dalam bidang akidah dan akhlak.

M

Rajah 9.3

Syariah menurut Imam al-Qurthubi adalah agama yang ditetapkan oleh Allah SWT untuk hambahamba-Nya yang terdiri dari berbagai hukum dan ketentuan. Syariat Islam dilaksanakan untuk menjaga kepentingan setiap individu dan masyarakat . Tanpa syariat, kehidupan akan menjadi kucar kacir disebabkan tiada sistem yang mengawal kehidupan manusia. Syariat Isl am ini merupakan satu kepentingan pada setiap individu. Secara umum, tujuan syarak dalam menetapkan hukum-hukumnya adalah untuk kemaslahatan manusia sama ada kemaslahatan di dunia dan di hari akhirat kelak. Pengertian konsep asas syariat Islam secara men yeluruh ialah panduan dan penetapan kepada perundangan Islam. Kehidupan manusia mesti berlandaskan syariat Islam kerana tanpa syariat yang ditetapkan kehidupan akan menjadi porak poranda dan musnah. Ini menunjukkaan betapa pentingnya syariah dalam kehidupan.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 138

i)

Tujuan Syariat

Allah SWT mencipta manusia di atas permukaan bumi sebagai khalifah yang dilengkapi dengan peraturan-peraturan yang sempurna yang akan menyelamatkan mereka dari segala bentuk ketidakadilan dan penginayaan. Peraturan ini dikenali sebagai syariah. Tujuan umum syariat dan hukum adalah untuk merealisasikan maslahat bagi manusia dalam kehidupan, baik dengan mendapatkan manfaat atau menolak kemudaratan dari mereka. Sementara maqasid syariah adalah makna-makna dan tujuan-tujuan yang ditekankan dalam syariat pada hukum-hukumnya. Ianya juga boleh diertikan sebagai tujuan dari penentuan syariat dalam setiap hukum. Di antara tujuan syariat ialah: 

Untuk menunjukkan bahawa ajaran dan ketentuan Allah SWT itu lebih tinggi dan luhur nilainya dibandingkan pemikiran manusia.

Melaksanakan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Untuk mempersatukan pandangan hidup manusia agar semuanya berada pada jalan yang benar dan mempersatukan dalam segala sikap serta perbuatan.

Untuk kesejahteraan dan keselamatan hidup manusia.

Menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Menjaga kepentingan setiap individu manusia.

ii)

Apakah Asas Syariat Islam?

Syariat Islam menekankan beberapa aspek utama iaitu: 

Mendidik individu. Matlamat dan maksud tujuan perundangan Islam ialah untuk mendidik individu supaya menjadi insan yang berguna seterusnya sebagai ikutan kepada orang lain. Seperti pensyariatan sembahyang adalah untuk mendidik manusia daripada sifat keji dan maksiat.

Menegakkan keadilan. Dasar perundangan Islam adalah untuk menegakkan keadilan terhadap individu dan masyarakat. Keadilan dibina untuk mengambil hak daripada orang zalim dan memberikan hak kepada yang dizalimi.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 139

Menjaga kemaslahatan. Maksud perundangan juga adalah untuk menjaga kemaslahatan dan kepentingan individu serta masyarakat umum.

9.4 AKHLAK Insan diciptakan Allah SWT dengan dibekali peraturan dan adab-adab supaya kemuliaan mereka terpelihara. Cuba fikirkan apakah yang akan berlaku sekiranya manusia tidak diberikan dengan sebarang garis panduan yang perlu mereka ikuti dan yang mereka tinggalkan dalam kehidupan ini.

i)

Pengenalan

gama Islam merangkumi aqidah, syariat dan akhlak. Akhlak adalah roh kepada risalah Islam sementara syariat adalah lembaga jelmaan daripada roh tersebut. Ini bererti Islam tanpa akhlak seperti rangka yang tidak berisi, atau jasad yang tidak bernyawa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Islam itu akhlak yang baik”. Begitu juga sabda Baginda yang bermaksud : “Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak yang mulia.”

A

ii)

Apakah Pengertian Akhlak?

Rajah 9.4 Perkataan akhlak dari segi bahasa bermaksud kebiasaan, tabiat atau maruah. Menurut Imam al-Ghazali istilah akhlak bermaksud satu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatanperbuatan dengan mudah, dengan tidak memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Sementara Ibnu Maskawaih mendefinisikan akhlak sebagai keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa melalui pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Terdapat perbezaan di antara akhlak dan perilaku di mana akhlak merupakan perkara atau sifat yang ma`nawi (rohani) manakala perilaku merupakan terjemahan atau kesan daripada akhlak yang bersifat ma`nawi tadi. Kadangkala perilaku yang diterjemahkan bukannya dari akhlak yang sebenar kerana ianya dibuat-buat atau dari pengaruh luar. Oleh yang demikian, terdapat tiga syarat utama untuk memastikan bahawa perilaku adalah terjemahan dari akhlak ialah: i. ii.

Perlu kepada ulangan dan dilakukan secara berterusan (istiqamah). Perilaku yang diterjemahkan itu bukanlah daripada unsur luar.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 140

iii.

Perilaku tersebut mestilah bertepatan dengan al-Quran dan Sunnah.

Begitu juga terdapat perbezaan di antara akhlak dan etika. Antaranya ialah: i.

Akhlak merupakan perilaku berdasarkan al-Quran dan Sunnah manakala etika bermaksud sistem tingkah laku manusia berdasarkan perundangan atau peraturan yang diciptakan oleh manusia.

ii.

Akhlak mempunyai daya kerohanian dalam melakukannya manakala etika dilakukan kerana peraturan atau keadaan masyarakat mahukan sedemikian dan bukanlah lahir dari keikhlasan semata-mata.

iii.

Matlamat daripada akhlak yang baik adalah untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat manakala etika bermatlamat untuk mendapatkan keuntungan dan mengelakkan daripada kerugian.

iv.

Prinsip akhlak dalam Islam adalah tetap dan tidak berubah-ubah semenjak dari zaman Rasulullah SAW sehingga hari Kiamat manakala etika berdasarkan pemikiran dan pandangan manusia yang sentiasa berubah mengikut tempat dan masa.

v.

Akhlak yang baik member kesan yang mendalam kepada seluruh kehidupan seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani manakala etika member kesan kepada satu keadaan sahaja kerana ia berdasarkan logik akal semata-mata dan bukannya atas pegangan akidah.

iii)

KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM

Akhlak mempunyai kedudukan yang utama dalam agama Islam. Antaranya : 

Akhlak yang mulia adalah matlamat utama ajaran Islam di mana tujuan Perutusan Rasulullah SAW ialah Rajah 9.5 menyempurnakan akhlak manusia. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat al-Baihaqi). Ini menunjukkan pentingnya kedudukan akhlak dalam Islam.

Akhlak menentukan kedudukan seseorang di akhirat kelak yang mana akhlak yang baik dapat memberatkan timbangan amalan yang baik. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Tiada sesuatu yang lebih berat dalam daun timbangan melainkan akhlak yang baik.”


I m a n D a n K e h i d u p a n | 141

Akhlak dapat menyempurnakan keimanan seseorang mukmin. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Orang mukmin yang paling sempurna keimanannya adalah yang paling baik akhlaknya.”

Akhlak yang baik dapat menghapuskan dosa manakala akhlak yang buruk boleh merosakkan pahala. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Akhlak yang baik mencairkan dosa seperti air mencairkan salji dan akhlak merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.”

Akhlak yang terpuji merupakan sifat Rasulullah SAW di mana Allah SWT telah memuji Rasulullah kerana akhlaknya yang baik seperti yang terdapat dalam al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Sesungguhnya engkau seorang yang memiliki peribadi yang agung lagi mulia.” (al-Qalam: 4) Pujian Allah SWT terhadap Rasul-Nya dengan akhlak yang mulia menunjukkan betapa besar dan pentingnya kedudukan akhlak dalam Islam.

Akhlak tidak dapat dipisahkan dari Islam, sebagaimana dalam sebuah hadith diterangkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, apakah itu agama?” Rasulullah menjawab : “Akhlak yang baik.”

Akhlak yang baik dapat menghindarkan seseorang itu daripada api neraka sebaliknya akhlak yang buruk menyebabkan seseorang itu jauh dari syurga. Sebuah hadith menerangkan bahawa, “Si fulan pada siang harinya berpuasa dan pada malamnya bersembahyang sedangkan akhlaknya buruk, menganggu jiran tetangganya dengan perkataannya. Baginda bersabda : tidak ada kebaikan dalam ibadahnya, dia adalah ahli neraka.”


I m a n D a n K e h i d u p a n | 142

9.5 RUMUSAN 1. Tujuan penciptaan manusia ialah untuk melaksanakan ibadah semata-mata kerana Allah SWT. 2. Islam terdiri daripada akidah dan syariah. Sementara akhlak adalah roh yang menyerapi dalam semua aspek dan bidang di dalam Islam. 3. Rasulullah SAW adalah sebaik-baik manusia dalam berakhlak serta orang yang paling mulia dan bertaqwa dalam pergaulan sesama manusia yang wajib dijadikan contoh teladan.

KATA KUNCI 1. Ibadah 2. Syariah 3. Akhlak

PENILAIAN KENDIRI 1. Jelaskan definisi dan skop ibadah menurut Islam beserta dengan contoh. 2. Huraikan konsep syariah dan tujuan syariat di dalam Islam. 3. Berikan ciri-ciri yang menjadi perbezaan di antara akhlak dan etika. 4. Huraikan kedudukan akhlak dalam ajaran Islam.

RUJUKAN Haron Din. 1988. Manusia dan Islam. Shah Alam: Hizbi. Said Hj. Ibrahim. 1996. Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Kuala Lumpur: Dar al-Ma`rifah. Yusuf al-Qardhawi. 2008. Iman dan Kehidupan. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar


I m a n D a n K e h i d u p a n | 143

UNIT PELAJARAN 10 AMALAN YANG MEROSAKKAN IMAN

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat:1. Menyatakan amalan-amalan yang merosakkan iman 2. Membincangkan kesan amalan-amalan tersebut dalam kehidupan umat Islam 3. Mencadangkan kaedah mengelakkan amalan yang merosakkan iman dalam kehidupan umat Islam

PENGENALAN         











 

Rajah 10.1

P

Maksudnya: Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) Demi Sesungguhnya Aku akan memperelokkan Segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan Aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hambahambaMu Yang dibersihkan dari sebarang syirik". (Surah al-Hijri: 39-40)

ada akhir perbincangan ini, mari kita mengimbau kembali kisah bermulanya kehidupan manusia pertama sebaik-baik sahaja diciptakan. Pernahkah anda meneliti kisah ini sebagaimana Allah SWT telah menceritakannya di dalam al-Qur‟an pada surah al-Hijri ayat 39-40. Ya, ayat ini menjelaskan bagaimana Iblis yang tertipu dengan sifat keangkuhannya akhirnya dihalau keluar dari syorga kerana tidak mahu mentaati perintah Allah SWT agar tunduk sujud kepada Adam manusia pertama sebaik-baik sahaja dia dicipta. Lebih dari itu, dia meminta agar hukuman azabnya ditangguhkan sehingga datangnya hari pembalasan dan meminta Allah SWT memberi peluang kepadanya menyesatkan manusia agar manusia akan bersama-samanya menerima azab neraka.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 144

Tahukah anda, Iblis tidak akan berhenti rehat membiarkan manusia yang beriman kepada Allah SWT dan melakukan kebaikan amal soleh. Dengan janji yang sudah dilafazkan sebelum Iblis dicampakkan ke bumi ini, Iblis bertungkus lumus menggoda nabi Adam dan Hawa sehingga akhirnya bermula kehidupan manusia di bumi ini turun temurun berketurunan sehingga ke hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan untuk beriman kepada Allah SWT. Bermula dengan godaan Iblis dan keturunannya syaitan membisik-bisik pelbagai bentuk godaan agar iman manusia menjadi rosak dan mengakibatkan segala amalan yang dilakukan tidak diterima Allah SWT. Anda juga memahami bahawa manusia tidak akan dibiarkan begitu sahaja mengakui keimanannya dan melalui jalan-jalan mudah menuju ke syurga. Justeru, amatlah perlu setiap umat Islam mengenalpasti bentuk-bentuk perosak iman yang mengakibatkan amalan yang dilakukan tidak diterima Allah swt malah mendapat kemurkaan Allah SWT di dunia dan diazab di akhirat kelak.

ISI KANDUNGAN 10.1 10.2

Apakah Bentuk-bentuk Amalan Yang Boleh Merosakkan Iman? Kaedah mengatasi amalan yang merosakkan iman.

10.1 Apakah Bentuk-Bentuk Amalan Yang Boleh Merosakkan Iman? Pada bab-bab terdahulu kita telah memahami bagaimana seseorang itu menjadi muslim dan mukmin bermula dengan penyuburan fitrah bertuhannya menerusi akal dan wahyu sehingga akhirnya berpegang kepada rukun Iman dan melafazkan syahadah sehingga melaksanakan tuntutan dua kalimah syahadah. Kita juga telah membincangkan tentang tauhid sebagai asas Islam dan Iman yang menjadi garis pemisah antara Iman dan kufur. Baiklah. Setelah mendalami segala aspek keimanan yang menyempurnakan seseorang muslim itu di sisi Allah SWT dan kehidupannya di dunia ini, mari kita akhiri perbincangan kita ini dengan mengenalpasti perkara-perkara yang menyebabkan Iman seseorang itu cacat, rosak dan menjadi terbatal yang membawa implikasi tertolak segala amalan kebaikan di dunia dan dimasukkan ke dalam neraka jahanannam di akhirat kelak.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 145

Secara umumnya terdapat 3 anasir yang sering menjadi fenomena rosaknya iman seseorang muslim. 1. Kufur, 2. Syirik 3. Nifaq. Daripada 3 anasir ini muncul pelbagai bentuk amalan manusia seperti khufarat dan ajaran sesat sehingga merosakkan iman sampai tahap seseorang muslim itu batal imannya dan murtad. Rajah 10.2

i)

Anasir Perosak Iman 1: Kufur (Ingkar rukun iman)

Kufur pada bahasa bererti “menutupi” atau “mengingkari”. Manakala menurut „Ulama Usuluddin kufur boleh diertikan menurut istilah sebagai “tutup” ini kerana hati orang kafir tertutup atau terkunci mati daripada mendapat hidayah Allah SWT. Menurut Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, kufur ialah pendustaan kepada Rasulullah SAW dan ajaran yang dibawanya. Abdul Majid Aziz Az-Zindani (2004), mengatakan kufur menurut syara‟ ialah tidak mempercayai Allah SWT, malaikat, kitab-kitabnya, para rasulnya, hari akhirat, hukum-hukum Allah SWT atau sebarang ketetapan agama yang secara daruri diketahui oleh orang Islam. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa‟ ayat 136:

                              Maksudnya: “Wahai orang-orang Yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah SWT dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran Yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan dahulu daripada itu. dan sesiapa Yang kufur ingkar kepada Allah SWT, dan Malaikat-malaikatNya, dan KitabkitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga hari akhirat, maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang amat jauh” (Surah an-Nisa‟ : 136)


I m a n D a n K e h i d u p a n | 146

Terdapat 180 ayat al-Quran yang membicarakan tentang kufur. Kebanyakan ayat-ayat berkaitan kufur membentangkan penolakan sesuatu kaum terhadap rasul yang diutus kepada mereka agar beriman kepada Allah SWT. Dan mentauhidkanNya. Sebagai contoh, Firaun dan kaumnya yang mengetahui kebenaran Nabi Musa dan Nabi Harun Alaihimassalam, tetapi mereka tetap menolak ajakan nabi Musa agar beriman kepada Allah SWT dan menjadi kufur Sebagaimana firman Allah SWT, dalam surah alIsra‟ ayat 102:

                Maksudnya: Nabi Musa menjawab: "Sebenarnya Engkau (hai Firaun) telah pun mengetahui: tiadalah Yang menurunkan mukjizat-mukjizat ini melainkan Tuhan Yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi, sebagai bukti-bukti Yang menerangkan kebenaran; dan sebenarnya Aku fikir, Engkau hai Firaun, akan binasa". (Surah al-Isra‟ : 102)

Begitu juga kisah para ahlul-kitab yang sudah mengetahui dan mengenali Nabi Muhammad SAW serta memperakui kebenaran ajaran yang baginda bawa tetapi mereka menolak kenabian baginda. Seperti firman Allah SWT dalam surah al-An‟am ayat 20:

               Maksudnya: “Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang telah Kami berikan Kitab kepada mereka, mereka mengenalinya (Nabi Muhammad SAW), sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. orang-orang Yang merugikan diri sendiri (dengan mensiasiakan pengurniaan Allah SWT), maka mereka (dengan sebab Yang tersebut) tidak beriman.” (Surah al-An‟am :20)


I m a n D a n K e h i d u p a n | 147

Jenis Kufur

Kufur Hakikat Menolak Rukun Iman

Kufur Ni‟mat Menyalahgunakan Ni‟mat yang dianugerahkan Allah swt ke jalan maksiat Rajah 10.3

Kesan Kufur Hakikat : Apabila amalan kekufuran ini dengan i‟tiqad, perkataan dan perbuatan, di mana sesiapa yang melakukannya batallah Imannya dan keluar daripada agama Islam dan syahadahnya tidak sah sehinggalah dia bertaubat dan kembali ke jalan kebenaran. Kesan Kufur Ni’mat : Mengurangkan Iman dan menyebabkan pelakunya berdosa sehingga kembali kepada Allah SWT membanyakkan amal soleh dan kesyukuran.

Anda dikehendaki membincangkan fenomena kufur yang menimpa umat Islam dalam kehidupan harian mereka. Sejauh manakah usaha yang telah dilakukan oleh pihak berwajib bagi mencegah fenomena ini berleluasa di kalangan umat Islam. 1. Menolak kewujudan Tuhan. 2. Menolak Allah SWT sebagai Tuhan Pencipta iaitu dengan meyakini alam ini terjadi dengan sendirinya. 3. Menghina al-Qur‟an. 4. Menolak atau mempersendakan hukum Allah SWT. 5. Menolak hadith. 6. Mempersendakan sunnah Rasulullah SAW.

Rajah 10.4

Berpandukan kemudahan capaian laman sesawang, bincangkan perumpamaan yang diberikan di dalam al-Qur‟an berkaitan golongan yang kafir.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 148

ii)

Anasir Perosak Iman 2 : Syirik

(b)

(a)

Rajah 10.5

Pernahkah anda melihat labah-labah membuat sarangnya? Berapa lamakah sarang labahlabah boleh bertahan? Apakah jadi kepada sarang labah-labah apabila ditiup angin atau disentuh dengan tangan? Ya, anda pasti mendapati sarang labah-labah begitu rapuh dan mudah rosak dan musnah. Di dalam al-Quran, terdapat sebuah surah bernama al-Ankabut yang bermakna labah-labah. Sifat rumah labah-labah ini diceritakan di dalam surah ini sebagai ahwanal buyut. Iaitu serapuh-rapuh rumah. Firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut ayat 41:

                      Maksudnya: “Misal bandingan orang-orang Yang menjadikan benda-benda Yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah Yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal Sesungguhnya sarang-sarang Yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang Yang berpengetahuan” (Surah al-Ankabut : 41)

Inilah perumpamaan yang Allah SWT bentangkan kepada golongan beriman berkenaan golongan yang menjadikan selain Allah SWT sebagai tuhan atau mengambil tuhan lain bersama Allah SWT sebagai tuhan. Amalan ini disebut sebagai amalan syirik. Apakah yang anda fahami dari perumpamaan ini? Golongan yang mensyirikkan Allah SWT dengan menjadikan makhluk lain sebagai tempat mereka mendapatkan perlindungan dan pertolongan serta menyandarkan keyakinannya dalam kehidupan ini samalah dengan labah-labah yang berlindung pada sarangnya.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 149

Apakah yang dimaksudkan dengan syirik ini? Untuk mendapatkan penjelasan secara ilmiah berdasarkan sumber yang muktamar anda dikehendaki merujuk buku karangan al-Qardawi dan Muhammmad Naim Yasin atau mana-mana buku karangan ulama yang membincagkan secara khusus persoalan aqidah. Anda akan mendapati perbicangan syirik ini tidak akan bercanggah antara satu rujukan dengan rujukan yang lain Di dalam surah Luqman pula, Allah SWT menggambarkan bahawa perbuatan syirik adalah satu kezaliman yang sangat dahsyat. Sebagaimana firman-Nya dalam surah Luqman ayat 13:

                Maksudnya: “dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah SWT (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar". (Surah Luqman : 13)

Mengapakah agaknya amalan syrik ini digolongkan sedemikian rupa? Pernahkah anda membaca kisah Saidina Umar r.a. yang sering menangis dan tertawa seorang diri apabila menyendiri? Kisah ini ada kaitan dengan amalan syirik yang pernah dilakukan oleh beliau sebelum Islam. Bincangkan kisah ini bagi mendapatkan jawapan kepada soalan di atas. Dalam bab sebelum ini, kita sudah membincangkan tentang tuntutan dan kepentingan rukun iman khususnya beriman kepada Allah SWT dalam bentuk mentauhidkan-Nya. Tauhid merupakan syarat utama dalam mengimani Allah SWT. Kita juga sudah meyakini hanya Allah SWT sahaja tuhan sebagai rabb dan ilah untuk ditaati dan dserahkan segala pengharapan dan diharapkan segala bantuan dan pertolongan. Dengan sifat-sifat Allah SWT Yang Maha Sempurna, tidak patut sama sekali manusia berpaling dari Allah SWT dan mengambil selain-Nya sebagai tuhan. Meletakkan amalan mensyirikkan Allah SWT sebagai amalan kezaliman yang dahsyat sangat bertepatan disebabkan amalan tersebut adalah amalan yang sia-sia malah mendedahkan pengamalnya dengan kerugian dunia dan akhirat. Dalam erti kata yang lain, para ulama bersepakat bahawa kezaliman ini bermaksud terhapusnya segala amal kebaikan yang dilakukan oleh manusia dan menyebabkan pelakunya mendapat kemurkaan di dunia dan akhirat dan seterusnya nerakalah sebaik-baik tempat dan selayaknya untuk mereka. Benarlah pelaku syirik ini menzalimi dirinya lantaran sia-sia segala amalan yang dilakukan dengan penat lelah tetapi tidak mendapat ganjaran dari sisi Allah SWT. Malah menghapus amal kebaikan lain yang dilakukan itu. Manakala di akhirat kelak segala amal diibaratkan seperti debu-debu berterbangan. Firman Allah SWT dalam surah al-Furqan ayat 23:


I m a n D a n K e h i d u p a n | 150

         

1

Maksudnya: “dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa Yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan Dia terbuang sebagai debu Yang berterbangan.” (Surah al-Furqan : 23)

a) Jenis-jenis Syirik Berpandukan rajah di bawah, anda akan mudah mengenalpasti pembahagian jenis-jenis syirik. Sila rujuk buku “Pengertian Tauhid” karangan Dr Yusuf al-Qardhawi.

SYIRIK

SYIRIK AKBAR (SYIRIK BESAR)

SYRIK JALI (SYIRIK TERANG)

SYIRIK ASGHAR (SYIRIK KECIL)

SYIRIK KHAFI (TERSEMBUNY)

JALI

AMALAN DOSADOSA BESAR SELAIN SYIRIK

Rajah 10.6

KHAFI

RIYA‟

TAKABBUR


I m a n D a n K e h i d u p a n | 151

Syirik besar yang terang ialah mengambil selain Allah SWT sebagai tuhan dan menyembahnya di samping menyembah Allah SWT dengan menjadikan sembahan itu sebagai sekutu atau saingan yang disamakan dan disamakan taraf dengan Allah SWT, Tuhan bagi semesta alam seperti menyembah objek tertentu dalam masa yang sama beribadah kepada Allah SWT, atau menyamakan makhluk lain dengan Allah SWT sebagai tuhan seperti mempercayai Nabi Isa a.s sebagai tuhan, atau menyifatkan makhluk sebagai tuhan bersama Allah SWT seperti menjadikan nabi Isa a.s. atau manusia sebagai tuhan di samping Allah SWT. Manakala syirik besar yang tersembunyi (syirik khafi) pula menurut Sheikh Yusuf al-Qardawi (1999) ialah: 1. Meminta pertolongan dari makhluk ghaib seperti jin dengan meyakini makhluk itu dapat memberi manfaat dan mudharat. 2. Berdoa atau memanggil ruh si mati atau meminta Rajah 10.7 sesuatu di maqamnya atau kuburnya. Syirik ini tersembunyi kerana orang yang melakukan amalan ini menyangka ia sebagai ibadah dalam bentuk bertawassul (sebagai perantaraan) antara mereka dengan Allah SWT. Sedangkan inilah prasangka yang batil sama sekali yang berlaku sepanjang zaman sebagaimana yang dinyatakan Allah SWT di dalam surah al-Zummar ayat 3 dengan firman Allah SWT:

                                    Maksudnya: “Ingatlah! (hak Yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah Segala Ibadat dan bawaan Yang suci bersih (dari Segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik Yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi Pelindung dan Penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan Kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang Yang tidak melakukan syirik) tentang apa Yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang Yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)” (Surah az-Zumar : 3)


I m a n D a n K e h i d u p a n | 152

3. Mengambil selain Allah SWT sebagai penggubal undang-undang. Dengan kata lain memberi hak wewenang mencipta peraturan kepada hak perseorangan atau kumpulan sehingga menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal menurut kehendak sendiri walaupun bertentangan dengan syariat seperti menghalalkan perkahwinan sesama jantina atau menjatuhkan hukuman pesalah zina dengan undang-undang Barat. Rasulullah SAW menjelaskan hal keadaan golongan Nasrani mengikut pendeta Yahudi dan Nasrani yang mencipta dan mereka-reka undang-undang mengikut kehendak dan kepentingan mereka sebagaimana dalam surah al-Taubah: 31 dengan sabda baginda:

‫ إًِن حسهْا عليِن‬،ٔ‫ بل‬:‫ فقال‬،‫إًِن لن يعبدُّن‬ ‫الحالل ّأحلْالِن الحسام فاتبعُْن فرلك عبادتِن‬ ‫"إياُن‬. Maksudnya: “Mereka tidak menyembah pendeta-pendeta tetapi pendeta-pendeta itu mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram, kemudian mereka menuruti kehendak oendeta itu, maka itulah ibadah yang dilakukan ke atas mereka”

Firman Allah SWT tentang amalan pendeta yang membuat undnag-undang sendiri itu ialah:-

                          Maksudnya: “Mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidikpendidik selain dari Allah, dan juga (Mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Maha suci Allah dari apa Yang mereka sekutukan.” (Surah at-Taubah : 31)

11 Begitu juga dengan fahaman-fahaman manusia hari ini yang meletakkan pemikiran manusia lebih baik dari panduan al-Quran. Ini bermakna golongan ini tidak meyakini ajaran Islam yang jelas sumbernya dari Allah swt Yang Maha Bijaksana menyediakan panduan untuk manusia yang dijadikan oleh Allah ini seperti berpegang dengan ideology Komunis, sosialis dan isme dalam masa yangsama menyembah Allah swt.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 153

Golongan yang melakukan pelbagai bentuk syirik akbar ini sama ada terang atau tersembunyi ini digolongankan di dalam al-Quran sebagai golongan musyrikin. Dosa mereka tidak diampunkan sehinggalah dia bertaubat nasuha dan tidak mengulangi lagi perbuatan syirik iatu sebagaimana yang difirmankan Allah swt dalam surah an-Nisa‟ ayat 48:

                      Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar.” (Surah an-Nisa‟ : 48)

1. Senaraikan sembahan yang dijadikan manusia sebagai tuhan. 2. Nyatakan bentuk amalan yang dikatakan bertawassul untuk memohon kepada Allah SWT yang dinyatakan sebagai syirik besar yang tersembunyi. 3. Kemukakan bentuk hukuman yang ditetapkan dalamundang-undang hari ini yang bertentangan dengan hukum Allah SWT dalam al-Quran.

b) Syirik Kecil Yang Terang 1. Bersumpah dengan yang lain dari Allah SWT seperti bersumpah dengan nama ibubapa, bulan bintang dan sebagainya. 2. Memakai tangkal, azimat, jampi serapah yang tiada sumber yang syar‟i. 3. Sihir 4. Bertenung nasib, ramalan masa depan dan seumpamanya 5. Bernazar dan menyembelih bukan kerana Allah SWT.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 154

c) Syirik Kecil Tersembunyi Sifat-sifat keji dalam hati yang terpedaya dengan hawa nafsu sehingga membesarkan diri menyamakan sifat kebesaran Allah SWT seperti riyaâ€&#x;, ujub, takabbur, sumâ€&#x;ah dan seumpamanya. Mengapa amalan tersebut dikira sebagai syirik? Menerusi lafaz syahadah, umat Islam sudah berikrar bahawa hanya Allah SWT sahaja sebagai ilah. Kita telah memahami makna ilah iailah tuhan yang ditaati, tuhan yang cintai, tuhan yang diminta segala perlindungan dan peraturan, tuhan yang mesti diletakkan segala harapan, tuhan yang diyakini menyediakan peraturan dan panduan hidup yang amat sempurna dan tiada cacat cela sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran. Malangnya, dalam meletakkan hanya Allah SWT sebagai ilah, terdapat manusia mengambil selain Allah SWT sebagai ilah. Dengan menjadikan bomoh tempat menyelesaikan masalah sedangkan sebahagian besar bomoh dalam masyarakat Melayu tidak mengambil al-Quran dalam memberi rawatan atau mencampur adukkan kaedah rawatan dengan sumber yang diragui atau rekaan turun temurun yang bertentangan dengan ajaran al-Quran. Manakala sifat keji yang dibiarkan dalam hati manusia menyebabkan pemiliknya menolak kebesaran Allah SWT dan menghilangkan rasa kekerdilan manusia di hadapan Allah SWT.

Dengan merujuk bahan rujukan dari buku-buku atau laman sesawng, anda dikehendaki membincangakn Faktor-faktor berlakunya syirik berpandukan fakta di bawah ini. Taqlid buta kepada amalan turun temurun. (Surah As-Syuâ€&#x;ara:74)

Tidak Mahu bersyukur. (Yusuf:38)

Kejahilan. (Yusuf:40)

Ingkar. (Al-Aâ€&#x;raf:37) Rajah 10.8RajahRRr


I m a n D a n K e h i d u p a n | 155

Bincangkan satu daripada fahaman-fahaman di bawah berdasarkan pengertiannya, sejarahnya dan kandungan fahaman ini dan sejauhmanakah fahaman ini dikategorikan oleh para ulama sebagai fahaman yang boleh merosakkan iman. (Komunisme, Sosialisme, Libralisme, Nationalisme, Pragmatisme, Kapitalisme)

Justeru, apabila seorang manusia itu melakukan perkara yang bertentangan dengan tuntutan tauhid sebagaimana yang telah dibincangkan pada bab 3 dahulu, maka mereka telah mendedahkan diri dengan amalan syirik. Jenis syirik 1. Syirik

Bincangkan fenomena syirik yang semakin berleluasa dalam filem kanak-kanak pada hari ini dan kesannya kepada keimanan mereka.

Rajah 10.9


I m a n D a n K e h i d u p a n | 156

iii)

Anasir Perosak Iman 3: Nifaq

Para ulama‟ bersepakat mengatakan bahawa sesiapa yang mengakui dengan lidahnya pada zahirnya tetapi mendustai di dalam hatinya tidak termasuk di dalam lingkungan nama Iman. Mereka ini termasuk dalam golongan orang-orang yang munafik, yang telah dijanjikan oleh Allah SWT azab yang lebih pedih dari para jahidin (orang-orang yang ingkarkan Allah SWT, kerana mereka akan berada di dasar neraka. Malah mengakui dan mempercayai dalam hati juga belum mencukupi untuk mencapai Iman, kerana ianya mestilah disertai dengan pengakuan dengan lidah. Firman Allah swt:

                                     Maksudnya: “Dan di antara manusia ada Yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah SWT dan orang-orang Yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. Dalam hati mereka (golongan Yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah SWT tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)” (Surah al-Baqarah : 8-10)

Bagaimanakah kedudukan manusia yang rosak imannya dengan amalan syrik, kufur dan nifaq? Sesungguhnya Allah SWT mengkehendaki perkataan dan perbuatan dari hamba-Nya. Di mana perkataan di sini ialah mengakui dengan hati, mengucapkannya dengan lidah dan perbuatan pula bermaksud membenarkan apa-apa sahaja yang diakui di hati dan diucapkan dengan lidah dengan mengamalkannya melalui perbuatan. Ini adalah kerana seseorang hamba yang mempercayai dalam hati dan mengakui dengan lidah, tetapi tidak mahu beramal dengan anggotanya, maka dia termasuk ke dalam golongan orang-orang yang menderhakai Allah SWT dan rasulNya dan akan menerima seksa sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 157

Manakala orang muslim yan melakukan dosa besar tidak akan dihukumkan sebagai kafir, sekalipun dia mati sebelum sempat bertaubat, selagi dia tidak memperakui dirinya terkeluar dari Islam atau menghalalkan yang haram seperti menghalalkan dosa yang dilakukan. Golongan ini dikategorikan sebagai golongan yang „Asi (derhaka) dan fasiq. Oleh yang demikian, berhak ke atasnya diperlakukan sebagai seorang muslim dan diberi peringatan dan dijatuhkan hukuman yang sesuai dengan kesalahan atau keingkarannya di dunia dan tidak boleh dihukumkan kafir atau musyrik.

Manusia

Kafirin, Musyrikin, Mulhidin, Munafiqin

Muslim, Mukmin

Mukhlisin, Muhsinin

Muqtasidin

Fasiqin

Mujrimin

Rajah 10.10 Rajah di atas merupakan gambaran golongan manusia yang disebutkan di dalam al-Quran dan Hadith sebagai panduan kepada golongan beriman dan muslim untuk menilai kedudukan dirinya di sisi Allah SWT dan amalannya dalam kehidupan ini. Golongan 1: Di kalangan orang yang beriman, ada yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan Iman yang teguh sehingga dia meninggal dunia dengan mentasdiqkan dan mengamalkan segala tuntutan keimanan dalam ertikata lain mati dalam Iman. Golongan ini sentiasa memperbaiki keimanannya dan syahadahnya dengan memperbanyakkan amalan kesolehan dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ujian keimanan sehingga akhirnya kembali ke sisi Allah SWT sebagai muhsinun mukhlisun. Golongan ini disebut oleh Allah SWT dalam surah al-Fajr sebagai Jiwa yang Tenang (Nafs al-Mutmainnah). Golongan 2: Ada juga yang melalui jalan pertengahan yang disebut sebagai muqtasidun iaitu melakukan ketaatan dan adakalanya tergelicir melakukan larangan Allah SWT atau teralpa dengan mengerjakan maksiat atas kelemahan dan kekurangan iman tetapi bersegera bertaubat dan sentiasa mengharapkan keampunannya. Golongan 3: Ada pula yang terjebak jauh dengan amalan keingkaran dan yang mecacatkan Imannya disebabkan jauh dari faktor-faktor yang boleh menambah Iman dan tewas melawan nafsu tetapi di


I m a n D a n K e h i d u p a n | 158

dalam hati dan perakuan lidahnya tetap beriman kepada rukun Iman dan mengakhiri hayatnya sebagai seorang muslim. Golongan 4: Golongan manusia yang sudah beriman dan mengaku muslim tetapi berpaling tadah sehingga mengakhiri hayatnya sebagai golongan mulhidin, musyrikin, kafirin dan murtad. Hal keadaan ini disebabkan jauhnya mereka daripada faktor-faktor keimanan yang telah kita bincangkan sebelum ini sehingga keingkaran, kedurhakaan dan keangkuhannya tidak lagi dapat disembunyikan lagi dan tidak mahu melalui pemuliahan atau menolak untuk bertaubat lalu mengistiharkan dirinya keluar dari Islam.

Bincangkan fenomena yang merosakkan Iman dalam kehidupan umat Islam hari ini sebagaimana yang disenaraikan di bawah dan kemukakan cadangan anda untuk mengatasinya. 1. Khurafat. 2. Ajaran Sesat. 3. Melampau dalam agama seperti mengagongkan nabi dan orang soleh. 4. Memuliakan kubur dan menjadikan masjid. 5. Mengambil berkat dari pokok-pokok atau benda. 6. Bertawassul yang tidak syarâ€&#x;i seperti memanggil nama-nama ruh wali.

10.2 Kaedah Mengatasi Anasir Perosak Iman Pada bab awal sebelum ini, anda sudah mengenalpasti Iman merupakan sebuah hakikat yang sangat besar dan niâ€&#x;mat yang tidak ternilai anugerah Allah SWT kepada hamba-hamba pilihan-Nya. Menjadi kewajipan setiap umat Islam mensyukuri dan menjaga niâ€&#x;mat Iman ini dengan pelbagai amalan yang sudah anda cadangkan dalam perbincangan lalu. Anda juga sudah bersetuju bahawa dunia ini tempat untuk manusia mengumpul seberapa banyak bekalan menuju alam yang abadi di akhirat kelak.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 159

10.3 RUMUSAN Mari kita akhiri perbincangan kita dengan beberapa kaedah menjaga Iman agar tidak dirosakkan dengan anasir perosak yang sudah dikenalpasti itu. 1. Mendalami ilmu aqidah dan membudayakan ilmu Fardhu „Ain 2. Memperbetulkan niat dalam setiap amalan. Setiap kali seorang muslim mahu memulakan amal ibadahnya seperti solat, puasa, berwuduk, dan haji dia disyariatkan berniat kerana Allah SWT. Inilah simulasi yang menjadi panduan kepada muslim memulakan setiap amal perbuatan. 3. Mewujudkan persekitaran yang baik (biâ€&#x;ah solehah). 4. Menguatkuasakan syariat Islam yang berbentuk pencegahan dan hukuman.


I m a n D a n K e h i d u p a n | 160

RUJUKAN Muhammad Naim Yasin.2001. Persoalan Iman dan Perkara-perkara yang Merosakkannya. Alor Setar: Pustaka Darussalam Sdn. Bhd. AbdurRahman Habanakah. 1998. Pokoh-pokoh Aqidah Islam, Jakarta; Gema Insani Hj Said bin Hj Ibrahim. 1996. Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Kuala Lumpur; Darul Maâ€&#x;rifah Ismail Umar. 1992. Manhaj Aqidah Ahli as-Sunnah wal Jamaah, Shah Alam; Access Infotech Al-Maududi. 1989. Empat Istilah dalam al-Qurâ€&#x;an, Singapura; Pustaka Nasional Al-Qardhawi. 1989. Hakiqat Tauhid. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Ismail Awang. 1983. Adat Orang-orang Melayu Yang Bertentangan Dengan Akidah Islam. Kota Bharu:Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. O.K Rahmat. 1983. Pencemaran Aqidah di Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Nasih Ulwan. 1998. Pendidikan Anak-anak Dalam Islam. Singapura; Pustaka Nasional Syamsul Bahri Andi Galigo. 2007. Beberapa Isu dalam Pemikiran Islam, Universiti Sains Islam Negeri Sembilan: Penerbit Usim

http://khalic.com/mengenali-ajaran-sesat-di-malaysia http://www.islam.gov.my/en/jakim-akan-membenteras-ajaran-sesat-hingga-ke-akar-umbi http://www.alazim.com/masjid/seminar/pemantapan_aqidah/Ajaran%20Sesat%20Dan%20Bahayanya%20Terhadap %20Agama%20Dan%20Negara.pdf

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.