Sirah2

Page 1


ISI KANDUNGAN Pelajaran 1

Nabi Muhammad S.A.W. Dipelihara Oleh

2

Halimatus Saadiah Pelajaran 2

Ibu Nabi Muhammad S.A.W. Meninggal Dunia

7

Pelajaran 3

Dipelihara Oleh Abu Talib

13

Pelajaran 4

Bertemu Dengan Bahira

19

Pelajaran 5

Al-Amin

25

Pelajaran 6

Berniaga Ke Negeri Syam

31

Pelajaran 7

Perkahwinan Nabi Muhammad S.A.W.

37

Pelajaran 8

Akhlak Nabi Muhammad S.A.W.

42

Pelajaran 9

Mengasingkan Diri Di Gua Hira’

46

Pelajaran 10

Nabi Ishak A.S.

50

Pelajaran 11

Nabi Yaakub A.S.

55

Pelajaran 12

Nabi Yunus A.S.

61

Pelajaran 13

Nabi Ayub A.S.

69

Pelajaran 14

Nabi Zulkifli A.S.

76

Pelajaran 15

Nabi Syuaib A.S.

81

Pelajaran 16

Dakwah Nabi Yunus A.S.

89


Pelajaran 1

NABI MUHAMMAD S.A.W. DIPELIHARA OLEH HALIMATUS SAADIAH

Sebaik sahaja Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan, baginda telah diserahkan oleh Abdul Mutalib kepada Halimatus Saadiah untuk disusukan. Halimah Saadiah berakhlak mulia. Dia berasal daripada Bani Saad Bin Bakr. Halimatus Saadiah menjadi ibu susu Nabi Muhammad s.a.w. Halimatus Saadiah menyusukan Nabi Muhammad s.a.w. selama lima tahun.

2


Halimatus Saadiah sangat sayang kepada Nabi Muhammad s.a.w. Halimatus Saadiah berasal daripada keluarga yang miskin. Semenjak Nabi Muhammad tinggal bersamanya, hidupnya bahagia. Rezekinya semakin bertambah. Unta dan kambing peliharaannya membiak dan mengeluarkan susu yang banyak. Tanaman di kebunnya juga menjadi subur dan mengeluarkan hasil yang berlipat ganda daripada biasa. Pada suatu hari, Nabi Muhammad s.a.w. telah dikunjungi oleh dua orang malaikat. Malaikat tersebut telah diperintahkan oleh Allah untuk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu Nabi Muhammad berumur 4 tahun. Malaikat-malaikat itu membelah dada baginda dan membersihkan hati baginda dengan air zam-zam. Semasa tinggal dengan Halimatus Saadiah, Nabi Muhammad s.a.w. hidup dengan cara sederhana. Baginda dapat menguasai Bahasa Arab dengan fasih.

3


Tarikh : ________________ Pelajaran 1

Latihan 1

Markah :

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Halimatus Saadiah

malaikat

bahasa arab

miskin

Saad bin Bakr

jin

1. Nabi Muhammad s.a.w. dapat menguasai ___________________ dengan fasih. 2. Halimatus Saadiah anak kepada ___________________. 3. Abdul Mutalib menyerahkan Nabi Muhammad s.a.w. kepada ___________________ untuk di susukan. 4. Semasa berumur empat tahun Nabi Muhammad s.a.w. dikunjungi oleh dua ___________________. 5. Halimatus Saadiah berasal daripada keluarga ___________________.

4


Pelajaran 1

Tarikh : ________________

Latihan 2

Markah :

Tandakan ( 9 ) pada jawapan yang betul dan ( X ) pada jawapan yang salah. 1. Halimatus Saadiah ialah ibu susuan Nabi Muhammad s.a.w. 2. Halimatus Saadiah menyusukan Nabi Muhammad s.a.w selama tiga tahun. 3. Halimatus Saadiah berasal daripada keluarga yang kaya. 4. Semenjak Nabi Muhammad s.a.w. tinggal bersama ibu susuannya, hidupnya bahagia. 5. Malaikat-malaikat itu membelah dada baginda.

5


Tarikh : ________________

Pelajaran 1

Latihan 3

Markah :

Isikan tempat-tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Halimatus Saadiah sangat

1

kepada Nabi

Muhammad s.a.w. Halimatus Saadiah berasal daripada

2 yang miskin. Semenjak

3

tinggal bersamanya, hidupnya bahagia. Rezekinya semakin bertambah. Unta

dan

4

peliharaannya membiak dan

mengeluarkan

5

yang banyak.

Nabi Muhammad

susu

sayang

lembu

keluarga

kambing

6


Pelajaran 2

IBU NABI MUHAMMAD S.A.W. MENINGGAL DUNIA Ibu Nabi Muhammad s.a.w. bernama Aminah. Nabi Muhammad telah mengikut ibunya pergi ke Madinah. Ketika itu baginda berumur enam tahun. Mereka pergi bersama seorang hamba bernama Ummu Aiman. Di Madinah, mereka menziarahi sanak saudara mereka. Mereka juga menziarahi kubur ayah Nabi Muhammad s.a.w. Dalam perjalanan pulang ke Makkah, Aminah jatuh sakit.

7


Aminah mendapat demam panas. Akhirnya beliau meninggal dunia. Aminah meninggal dunia di suatu tempat bernama Abwa’. Selepas kematian ibunya, Nabi Muhammad s.a.w. menjadi seorang anak yatim piatu. Nabi Muhammad s.a.w. diserahkan kepada datuknya Abdul Mutalib untuk dipelihara. Abdul Mutalib sangat sayang kepada Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w. dipelihara oleh Abdul Mutalib hanya selama dua tahun sahaja. Ketika Nabi Muhammad s.a.w. berumur lapan tahun, Abdul Mutalib pula meninggal dunia.

8


Tarikh : ________________ Pelajaran 2

Latihan 1

Markah :

Tuliskan jawapan yang betul. 1. Nabi Muhammad s.a.w. telah mengikut ibunya pergi ke ___________. ( Madinah / Makkah ) 2. Ketika itu baginda berumur ___________________ tahun. ( empat / enam ) 3. Di Madinah mereka menziarahi kubur ________________ Nabi Muhammad s.a.w. ( datuk / ayah ) 4. Aminah meninggal dunia di suatu tempat bernama _______________. ( Abwa’ / Abyad ) 5. Selepas kematian ibunya, Nabi Muhammad s.a.w. dipelihara oleh ____________________. ( datuknya / pakciknya ) 6. Ketika umur baginda lapan tahun, ________________ pula meninggal dunia. ( Abdul Mutalib / Abu Talib )

9


Pelajaran 2

Tarikh : ________________

Latihan 2

Markah :

Tandakan ( 9 ) pada jawapan yang betul dan ( X ) pada jawapan yang salah.

1. Ibu Nabi Muhammad s.a.w. bernama Halimah. 2. Hamba Aminah bernama Aiman. 3. Nabi Muhammad s.a.w. dan ibunya menziarahi sanak saudara mereka di Madinah. 4. Aminah meninggal dunia kerana demam panas. 5. Selepas kematian ibunya Nabi Muhammad dipelihara oleh Abu Talib.

10


Tarikh : ________________

Pelajaran 2

Latihan 3

Markah :

Pecahkan kod istimewa di bawah ini.

2

1

3

A

4

B

8

C

9

H

I

15

O

2

9

13

5

14

4

15

24

W 8

1

1

1

14

11

13

N

20

S

21

T

25

U

26

Y

X

13 21

14

M

19

R

23

V 1

Q

G

13

L

18

P

F

12

K

17

22

E

11

J

16

14

D

10

7

6

5

Z

13

1

4

19

5

12

1

12 21

9

2

21

2

1

16

1

14 25

11

1


Susun semula huruf-huruf berikut supaya menjadi perkataan yang betul.

1. L U A B D M U B L T I A

Æ ______________________

2. M A S H A I L U T A A H S A I D Æ ______________________ 3. M A I H A N

Æ ______________________

4. M U M U I A N A M

Æ ______________________

5. B U A

Æ ______________________

LATIB

12


Pelajaran 3

DIPELIHARA OLEH ABU TALIB ` Sewaktu Abdul Mutalib hampir wafat, dia telah mewasiatkan kepada Abu Talib supaya memelihara Nabi Muhammad s.a.w. Abu Talib ialah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. Abu Talib sangat sayang kepada Nabi Muhammad s.a.w. Dia menyayangi Nabi Muhammad s.a.w. seperti anak-anaknya sendiri.

Menggembala Kambing Semasa kecilnya, Nabi Muhammad s.a.w. pernah menggembala kambing-kambing. Kambing-kambing itu adalah kepunyaan ibu susu baginda, Halimatus Saadiah.

13


Semasa tinggal bersama Abu Talib, Nabi Muhammad s.a.w. juga menggembala kambing. Baginda menggembala kambing kepunyaan bapa saudaranya. Kambing-kambing ini menjadi bekalan makanan mereka. Mereka mendapat susu dan daging daripada kambing yang dipelihara. Menggembala kambing mengajar Nabi Muhammad s.a.w. supaya bersikap sabar.

Berniaga di Syam Pekerjaan utama orang-orang Arab pada ketika itu ialah berniaga. Sejak kecil lagi Nabi Muhammad s.a.w. sudah belajar berniaga. Ketika Nabi Muhammad s.a.w. berumur 12 tahun, baginda telah pergi ke Syam. Nabi Muhammad s.a.w. pergi bersama bapa saudaranya Abu Talib. Mereka pergi untuk berniaga. Abu Talib mengajar Nabi Muhammad s.a.w. cara-cara berniaga. Nabi Muhammad s.a.w. berniaga dengan jujur dan ikhlas. Berniaga adalah satu pekerjaan baik dan mulia. Berniaga mengajar Nabi Muhammad supaya bersikap jujur, amanah dan adil.

14


Tarikh : ________________

Pelajaran 3

Latihan 1

Markah :

Tuliskan jawapan yang tepat. 1. Bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. ialah ____________________. a. Abdul Mutalib

b. Abu Talib

c. Abdullah (

)

2. Menggembala mengajar Nabi supaya bersikap ___________________. a. sabar

b. rendah diri

c. peramah (

)

3. Abu Talib menyayangi Nabi Muhammad s.a.w. seperti _____________. a. anak-anak sendiri b. bapanya sendiri c. adiknya sendiri

(

)

4. Semasa kecilnya Nabi Muhammad s.a.w. pernah _________________. a. berniaga b. menggembala unta c. menggembala kambing

(

)

5. Semasa berumur 12 tahun baginda pergi ke _____________________. a. Syam dan berniaga b. Makkah dan bekerja c. Madinah dan berniaga

(

)

15


Tarikh : ________________

Pelajaran 3

Latihan 2

Markah :

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

berniaga

menggembala

mewasiatkan

memelihara

sabar

jujur

1. Sewaktu Abdul Mutalib hampir wafat, dia telah ____________________ kepada Abu Talib supaya _____________________ Nabi Muhammad s.a.w. 2. Semasa tinggal bersama Abu Talib, Nabi Muhammad s.a.w. juga _____________________ kambing. 3. Menggembala kambing mengajar Nabi Muhammad s.a.w. supaya bersikap _____________________. 4. Abu Talib mengajar Nabi Muhammad s.a.w. cara-cara ______________. 5. Nabi Muhammad s.a.w. berniaga dengan _____________________ dan ikhlas.

16


Berniaga amatlah digalakkan oleh agama kita. Jika kita berniaga secara jujur dan ikhlas, terutama jika kita menjual barangan Islam atau barangan yang dibuat oleh orang Islam, selain dari mendapat keuntungan, kita juga akan mendapat pahala yang banyak. Bersama rakan disebelah kamu, bayangkan kamu di beri peluang berniaga. Fikirkan perniagaan apa yang ingin kamu lakukan dan mengapa kamu memilih perniagaan itu. Lakunkan bersama rakan kamu satu adengan kecil yang menunjukkan jual beli di dalam Islam. Contoh: Kamu dan rakan berniaga menjual buku cerita Islam atau alat-alat tulis atau makanan dan sebagainya. Kamu boleh gunakan dialog yang telah disediakan. Tukarlah nama pelakon dan perniagaan tersebut kepada yang kamu inginkan. Saya ingin berniaga menjual ____________________________ secara Islam. Saya memilih perniagaan ini kerana _____________________ ________________________________________________________

17


Ali

: Assalam mua’alaikum, Ahmad. Hari ini saya ada membawa buku cerita Islam yang bagus. Kamu ingin melihatnya?

Ahmad

: Boleh juga?

Ahmad mengambil buku tersebut dan melihatnya. Ali

: Hmm‌ bagaimana Ahmad? Baguskan buku cerita ini?

Ahmad

: Ya lah! Bagus sungguh buku cerita ini. Berapakah harganya?

Ali

: Oh tidak mahal. Hanya $3.00 senaskah. Inginkah kamu membelinya, Ahmad?

Ahmad

: Boleh juga. Saya ingin membeli lima naskah buku. Saya ingin memberinya kepada rakanrakan saya yang lain.

Ali

: Kerana awak membeli banyak, saya menjual awak $2.50 senaskah. Jadi jumlahnya hanya $12.50.

Ahmad

: Terima kasih ya. Nah ini wangnya. Saya beli, ya!

Ali

: Ya, saya jual.

18


Pelajaran 4

BERTEMU DENGAN BAHIRA Jarak di antara Makkah dan Syam sangat jauh. Nabi Muhammad s.a.w. dan bapa saudaranya terpaksa menempuh padang pasir yang luas. Di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang pendita Nasrani. Nama pendita itu ialah Bahira. Bahira sentiasa memerhatikan kumpulan dagang Nabi Muhammad s.a.w. Dia tahu ada awan yang sentiasa melindungi Nabi Muhammad s.a.w. Bahira memberitahu Abu Talib bahawa Nabi Muhammad s.a.w. akan dilantik menjadi Nabi akhir zaman.

19


Bahira menasihati Abu Talib supaya menjaga Nabi Muhammad s.a.w. dengan baik. Dia juga memberitahu akan niat jahat orang Yahudi yang mahu membunuh Nabi Muhammad s.a.w. Abu Talib diminta supaya membawa Nabi Muhammad s.a.w. pulang ke Makkah dengan segera.

20


Tarikh : ________________

Pelajaran 4

Latihan 1

Markah :

Tuliskan jawapan yang tepat. 1. Nabi Muhammad s.a.w. dan bapanya pergi ke ______________________. a. Madinah

b. Mekkah

c. Syam

(

)

2. Dalam perjalan, mereka bertemu dengan seorang ___________________ Nasrani. a. guru

b. ketua

c. pendita

(

)

3. Abu Talib di minta supaya membawa Nabi Muhammad s.a.w. pulang ke __________________________ dengan segera. a. Syam

b. Madinah

c. Makkah

(

)

4. Bahira melihat ada tanda _______________________ di belakang badan Nabi Muhammad s.a.w. a. kenabian b. keikhlasan c. kenikmatan

(

)

(

)

5. Mereka terpaksa menempuh ____________________ yang luas. a. lautan b. padang pasir c. hutan belantara

21


Tarikh : ________________ Pelajaran 4

Latihan 2

Markah :

Gariskan jawapan yang betul.

1. Jarak di antara Makkah dan Syam sangat ( jauh / dekat ). 2. Nama pendita Nasrani ialah ( Bahrin / Bahira ). 3. Ada ( awan / kabus ) melindungi Nabi Muhammad s.a.w. daripada panas terik. 4. Nabi Muhammad s.a.w. akan dilantik menjadi Nabi ( akhir zaman / awal zaman ). 5. Orang-orang ( Yahudi / Yahuza ) mahu membunuh Nabi Muhammad s.a.w.

22


Tarikh : ________________ Pelajaran 4

Latihan 3

Markah :

Apakah yang diketahui oleh pedita Bahira tentang Nabi Muhammad s.a.w.. Warnakan kotak-kotak jawapan di bawah ini.

Nabi s.a.w. lemah

akan dilantik menjadi rasul mati dibunuh orang jahat

dilindungi oleh awan akan dibunuh

tiada perlindungan

Yahudi musuh nabi

Kebudakbudakkan

Nabi & Rasul akhir zaman

23


Lukiskan kota Makkah pada zaman dahulu.

24


Pelajaran 5

AL-AMIN

Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai sifat yang mulia dan akhlak yang terpuji. Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah berdusta. Baginda selalu menolong orang yang miskin dan susah. Semua penduduk Makkah mengenali Nabi Muhammad s.a.w. kerana budi pekerti baginda yang mulia. Mereka memberi gelaran Al-Amin kepada baginda. Al-Amin bererti orang yang dipercayai. Pada suatu ketika, Kaabah telah rosak akibat banjir.

25


Penduduk Makkah telah bekerjasama membaiki Kaabah yang rosak itu. Semasa mereka hendak meletakkan batu Hajarul Aswad di tempatnya semula, mereka berselisih pendapat untuk menentukan siapakah yang patut berbuat demikian. Masing-masing berpendapat merekalah yang layak untuk meletakkan batu tersebut di tempatnya semula. Akhirnya mereka memilih Nabi Muhammad s.a.w. untuk meletakkan Hajarul Aswad itu di tempatnya. Masalah itu dapat diselesaikan dengan baik dan semua pihak berpuas hati. Sejak peristiwa itu, penduduk Makkah bertambah percaya kepada Nabi Muhammad s.a.w.

26


Tarikh : ________________

Pelajaran 5

Latihan 1

Markah :

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

berdusta

susah

kebijaksanaan

terpuji

Al-Muluk

Al-Amin

1. Baginda selalu menolong orang yang miskin dan _________________. 2. _________________ bererti orang yang dipercayai. 3. Semua pihak berpuas hati dengan _________________Nabi Muhammad s.a.w. 4. Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah _________________. 5. Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai sifat yang mulia dan akhlak yang _________________.

27


Tarikh : ________________ Pelajaran 5

Latihan 2

Markah :

Warnakan hijau pada jawapan yang betul dan warna kuning pada jawapan yang salah.

1. Semua penduduk Makkah mengenali Nabi Muhammad s.a.w. kerana budi pekerti baginda yang mulia. 2. Mereka memberi baginda gelaran Al-Alim. 3. Pada suatu ketika, Kaabah telah rosak akibat gempa bumi. 4. Penduduk Makkah telah bekerjasama membaiki Kaabah yang rosak. 5. Mereka berselisih pendapat untuk membaiki Kaabah. 6. Akhirnya mereka memilih Nabi Muhammad s.a.w. untuk meletakkan Hajarul Aswad ditempatnya. 7. Semua pihak tidak berpuas hati. 8. Sejak peristiwa itu, penduduk Makkah bertambah percaya kepada Nabi Muhammad s.a.w.

28


Tarikh : ________________ Pelajaran 5

Latihan 3

Markah :

Tuliskan sifat-sifat dan akhlak terpuji Nabi Muhammad s.a.w.

2 3 1

NABI MUHAMMAD S.A.W.

4 6

5

29


Senaraikan tiga sikap Rasulullah s.a.w. yang kamu ketahui. 1. _________________________________________ 2. _________________________________________ 3. _________________________________________

Pilih satu sikap yang kamu ingin contohi. __________________________________________________ __________________________________________________

Mengapakah kamu ingin mencontohi sikap ini? __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________

30


Pelajaran 6

BERNIAGA KE NEGERI SYAM

Siti Khadijiah binti Khuwaili ialah seorang yang kaya dan cantik. Siti Khadijah berasal daripada keturunan bangsawan. Dia juga mempunyai budi pekerti yang mulia. Siti Khadijiah telah menawarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk membawa barang dagangannya ke negeri Syam. Nabi Muhammad s.a.w. telah menerima tawaran tersebut. Siti Khadijah percaya kepada Nabi Muhammad s.a.w. kerana baginda adalah seorang yang jujur. Pada ketika itu, Nabi Muhammad berumur 24 tahun. Nabi Muhammad s.a.w. pergi ke Negeri Syam dengan ditemani oleh seorang hamba yang bernama Maisarah.

31


Di Syam, Nabi Muhammad s.a.w. telah berniaga dengan jujur dan cekap. Mereka mendapat untung yang banyak. Apabila mereka kembali ke Makkah, Maisarah telah menceritakan tentang kecekapan dan kejujuran Nabi Muhammad s.a.w. kepada Siti Khadijah.

32


Tarikh : ________________

Pelajaran 6

Latihan 1

Markah :

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

kecekapan bangsawan

menawarkan berumur

1. Siti Khadijah berasal daripada keturunan _____________________. 2. Siti Khadijah telah _____________________ Nabi Muhammad s.a.w. untuk membawa dagangannya ke Negeri Syam. 3. Ketika itu, Nabi Muhammad s.a.w. _____________________ 24 tahun. 4. Maisarah telah menceritakan tentang _____________________ dan kejujuran Nabi Muhammad kepada Siti Khadijah.

33


Pelajaran 6

Latihan 2

Tarikh : ________________ Markah :

Tandakan ( 9 ) pada jawapan yang betul dan ( X ) pada jawapan yang salah.

1. Siti Khadijah binti Khuwailid ialah seorang yang mempunyai budi pekerti yang mulia. 2. Nabi Muhammad s.a.w. membawa barang-barang dagangan Siti Khadijah ke negeri Syam. 3. Siti Khadijah percaya kepada Nabi Muhammad s.a.w. kerana baginda adalah seorang yang jujur. 4. Baginda ditemani oleh seorang hamba yang bernama Maisarah. 5. Mereka mendapat keuntungan yang banyak.

34


Tarikh : ________________

Pelajaran 6

Latihan 3

Markah :

Susun huruf-huruf di dalam bulatan di bawah ini untuk membentuk 6 patah perkata mengenai berniaga. Huruf pertama setiap jawapan telah diberikan.

(1)

(3)

L A A P A H

(2)

J J R U U

P

1

2

J

3

B

N

4

5 6

(4) A

R B I A N E

I

N G A

B

S (6) R (5)

K T A E B R

S

Y

U A G

35


lsam mengajar kita mesti bersikap jujur dan amanah. Bersama rakan disebelah kamu, bincangkan apakah itu bersikap jujur dan amanah yang disuruh oleh Islam? Berikan contoh yang menunjukkan sikap-sikap terpuji tersebut. Bersikap jujur adalah _____________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ Contoh: _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ Bersikap amanah adalah ________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ Contoh: _________________________________________________________________ _________________________________________________________________

36


Pelajaran 7

PERKAHWINAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Siti Khadijah amat tertarik dengan kejujuran dan budi pekerti Nabi Muhammad s.a.w. Siti Khadijah telah menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. kepada Abu Talib. Ketika berkahwin, Nabi Muhammad s.a.w. berumur 25 tahun manakala Siti Khadijah berumur 40 tahun. Mereka telah membina sebuah keluarga yang bahagia. Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah telah dikurniakan tujuh orang anak, tiga orang lelaki dan empat orang perempuan. Anak-anak Nabi Muhammad bernama Abdullah, Ibrahim, Qasim, Zainab, Ruqayyah, Ummi Kalsum dan Fatimah. Abdullah dan Qasim meninggal dunia semasa masih kecil lagi.

37


Tarikh : ________________

Pelajaran 7

Latihan 1

Markah :

Tuliskan jawapan yang tepat.

1. Siti Khadijah amat tertarik dengan _________________ dan budi pekerti Nabi Muhammad s.a.w. a. kejujuran

b. kegagahan

c. ketampanan (

)

2. Siti Khadijah telah menyatakan hasratnya untuk __________________ dengan Nabi Muhammad s.a.w. a. berniaga

b. bersama

c. berkahwin (

)

3. Nabi Muhammad s.a.w. ____________________ untuk berkahwin dengan Siti Khadijah. a. bersetuju

b. keberatan

c. tidak bersetuju (

)

4. Baginda telah membina sebuah keluarga yang _________________. a. bahagia

b. kaya

c. buruk

(

38

)


Tarikh : ________________

Pelajaran 7

Latihan 2

Markah :

Isikan jawapan yang betul di tempat yang telah disediakan.

Nabi Muhammad s.a.w. berkahwin ketika berumur (1)_________________ manakala Siti Khadijah r.a. berumur (2)____________________. Mereka dikurniakan (3)____________________ orang anak, tiga orang lelaki dan (4)____________________ orang anak perempuan. (5)___________________ dan (7)____________________ meninggal semasa masih kecil lagi.

Abdullah

tiga

Firdaus

40 tahun

25 tahun

Zainab

tujuh

Qasim

Fatimah

satu

23 tahun

empat

39


Pelajaran 7

Tarikh : ________________

Latihan 3

Markah :

Tuliskan nama anak-anak Nabi Muhammad s.a.w.

1. _________________________________________________________ 2. _________________________________________________________ 3. _________________________________________________________ 4. _________________________________________________________ 5. _________________________________________________________ 6. _________________________________________________________ 7. _________________________________________________________

40


Bersama rakan disebelah kamu, lengkapkan carta keluarga Rasulullah s.a.w. di bawah ini.

Ibu

Ayah

Rasulullah

Ibu Susuan

Isteri

Anak

41


Pelajaran 8

AKHLAK NABI MUHAMMAD S.A.W. Orang Arab jahiliah tinggal di kota Makkah. Mereka menyembah berhala. Mereka menganggap berhala itu sebagai tuhan mereka. Di samping itu mereka juga suka berjudi dan membunuh anak perempuan hidup-hidup. Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah meminum arak, menyembah berhala atau berjudi. Nabi Muhammad s.a.w. juga tidak pernah mengikut sebarang upacara keagamaan yang dilakukan oleh masyarakat Arab jahiliah. Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa menjaga dirinya daripada perbuatan keji tersebut. Baginda dipelihara oleh Allah s.w.t. daripada melakukan maksiat.

42


Pelajaran 8

Latihan 1

Tarikh : ________________ Markah :

Gariskan jawapan yang betul.

1. Orang Arab Jahiliah tinggal di kota ( Makkah / Madinah ). 2. Mereka menganggap ( piala / berhala ) itu sebagai tuhan mereka. 3. Mereka juga suka berjudi dan ( memelihara / membunuh ) anakanak perempuan. 4. Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah mengikuti sebarang upacara ( perkahwinan / keagamaan ) yang dilakukan oleh masyarakat Jahiliah. 5. Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah minum ( arak / air ). 6. Allah s.w.t. memelihara baginda daripada ( melakukan maksiat / berbuat baik ). 7. Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa menjaga diri daripada melakukan perbuatan ( keji / menolong orang miskin ).

43


Pelajaran 8

Latihan 2

Tarikh : ________________ Markah :

Nabi Muhammad s.a.w. tidak melakukan perkara-perkara yang keji. Lengkapkan peta minda di bawah ini dengan sifat-sifat keji yang tidak pernah dilakukan oleh nabi mulia kita, Nabi Muhammad s.a.w...

NABI MUHAMMAD TIDAK ‌

44


Secara berkumpulan, bincangkan mengapakah Allah s.w.t. melarang orang Islam berjudi? Lengkapkan peta minda di bawah ini dengan jawapan kamu.

KEBURUKAN BERJUDI 1

3

5

2

4

6

45


Pelajaran 9

MENGASINGKAN DIRI DI GUA HIRA’

Nabi Muhammad s.a.w. tidak suka melihat kaumnya melakukan perbuatan maksiat. Malangnya baginda tidak berupaya untuk mencegah perbuatan mungkar tersebut. Oleh itu, Nabi Muhammad s.a.w. selalu mengasingkan diri di gua Hira’. Gua tersebut terletak berhampiran dengan kota Makkah. Setiap kali ke gua Hira’, baginda membawa bekalan makanan yang mencukupi untuk beberapa hari. Semasa

di

sana,

Nabi

Muhammad

s.a.w.

berusaha

untuk

mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Baginda sentiasa berzikir dan memuji-muji Allah s.w.t.

Baginda bermunajat mengikut cara yang disyariatkan oleh Nabi Ibrahim a.s. Semasa mengasingkan diri di gua Hira’, Nabi Muhammad s.a.w. berusia 40 tahun. 46


Tarikh : ________________

Pelajaran 9

Latihan 1

Markah :

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

maksiat

Hira’

40 tahun

berzikir

mungkar

berhampiran

berusaha

berzakat

berjudi

1. Baginda mengasingkan dirinya di gua _____________________. 2. Gua Hira’ terletak _____________________ dengan kota Makkah. 3. Baginda tidak suka melihat kaumnya melakukan perbuatan _____________________. 4. Nabi Muhammad s.a.w. tidak berupaya untuk mencegah perbuatan _____________________ mereka. 5. Semasa di gua Hira’, Nabi Muhammad s.a.w. _____________________ untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. 6. Baginda mengasingkan diri ketika berusia _____________________. 7. Semasa mengasingkan diri, baginda sentiasa _____________________ dan memuji Allah s.w.t. 47


Pelajaran 9

Latihan 2

Tarikh : ________________ Markah :

Pandankan apakah yang sentiasa Nabi Muhammad s.a.w. memohon daripada Allah s.w.t.

dimurahkan rezeki.

mendapat dosa.

Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa

meminta ampun daripada Allah s.w.t.

mendapat taufik dan hidayah.

membenci umatnya.

48


Bersama rakan disebelah kamu, bincangkan mengapakah Rasulullah suka mengasingkan diri di gua Hira’? Rasulullah s.a.w. suka mengasingkan diri di gua Hira’ kerana ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

49


Pelajaran 10

NABI ISHAK A.S. Nabi Ishak a.s. ialah anak Nabi Ibrahim a.s. Ibunya bernama Siti Sarah. Baginda dilahirkan di Syam. Semasa baginda dilahirkan, ibu dan bapanya sudah tua. Sebelum itu Nabi Ibrahim a.s. dan Siti Sarah selalu berdoa kepada Allah s.w.t. supaya mengurniakan mereka seorang anak. Allah s.w.t. memakbulkan doa mereka dan lahirlah Nabi Ishak a.s. Nabi Ishak a.s. adalah seorang yang gagah. Baginda mempunyai banyak ilmu. Nabi Ishak a.s. dimuliakan oleh Allah s.w.t. Nabi Ishak a.s. menyeru kaumnya supaya menyembah Allah s.w.t. Baginda juga menyeru mereka supaya berbaik-baik sesama manusia. Nabi Ishak a.s. berkahwin dengan seorang gadis bernama Rifayah binte A’sar. Baginda telah dikurniakan dua orang anak. Anak-anak Nabi Ishak a.s. bernama Yaakub dan Ishu.

50


Tarikh : ________________ Pelajaran 10

Latihan 1

Markah :

Tandakan ( 9 ) pada jawapan yang betul dan ( X ) pada jawapan yang salah.

1. Nabi Ishak a.s. ialah anak Nabi Yaakub a.s. 2. Ibu Nabi Ishak bernama Siti Sarah. 3. Semasa dilahirkan ibu dan bapanya masih muda. 4. Nabi Ishak berkahwin dengan Rifayah A’sar. 5. Baginda menyeru menyembah Allah s.w.t. 6. Baginda juga menyeru mereka supaya bergaduh sesama manusia. 7. Anak-anak Nabi Ishak a.s. bernama Yaakub dan Ishu.

51


Tarikh : ________________ Pelajaran 10

Latihan 2

Markah :

Cuba reka lima patah perkataan dari perkataan di bawah ini.

D I K U R N I A KAN 1. _______________________________________________ 2. _______________________________________________ 3. _______________________________________________ 4. _______________________________________________ 5. _______________________________________________

MENYEMBAH 1. ______________________________________________ 2. _______________________________________________ 3. _______________________________________________ 4. _______________________________________________ 5. _______________________________________________

52


Tarikh : ________________ Pelajaran 10

Latihan 3

Markah :

Lengkapkan rangkaian keluarga Nabi Ishak a.s. Nama Bapanya:

Nama Ibunya:

Anaknya:

Nabi Ishak a.s.

Nama Isterinya:

JASA & PENGORBANNYA KEPADA AGAMA ISLAM 1. _____________________________________

1.

Anaknya:

_____________________________________ 2. _____________________________________ _____________________________________ 3. _____________________________________

2.

Anaknya:

_____________________________________

53


Nabi Ishak adalah seorang yang berani, gagah dan banyak ilmu. Jika kamu disuruh pilih, kamu ingin menjadi seorang yang berani, gagah atau banyak ilmu. Saya ingin menjadi seseorang yang _____________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

Mengapa kamu memilih jawapan tersebut? Saya memilih untuk menjadi seorang yang ______________________ ________________________________________________________________ kerana ________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

54


Pelajaran 11

NABI YAAKUB A.S. Nabi Yaakub a.s. ialah anak Nabi Ishak a.s. Baginda adalah cucu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Yaakub a.s. tinggal di negeri Syam. Setelah beberapa lama menetap di Syam, Nabi Isyak a.s. berpindah ke Palestin. Di Palestin baginda telah bermimpi. Mimpi itu adalah wahyu daripada Allah s.w.t. Allah s.w.t. telah melantik baginda menjadi rasul. Nabi Yaakub a.s. mempunyai empat orang isteri. Isteri-isterinya bernama Lailah, Rahil, Zulfa dan Balhah. Baginda dikurniakan dua belas orang anak. Pekerjaan Nabi Yaakub ialah seorang petani dan menggembala kambing. Nabi Yaakub a.s. dikenali sebagai Nabi yang suka berjalan pada waktu malam. Pada siangnya baginda berehat. Pada suatu hari, Nabi Yaakub a.s. telah berdakwah kepada raja negeri Kan’an. Baginda menyeru raja itu supaya menyembah Allah s.w.t. Raja itu ingkar dan menolak seruan Nabi Yaakub a.s. Akhirnya satu peperangan berlaku.

55


Nabi Yaakub a.s. dibantu oleh anak-anaknya untuk menentang raja tersebut.

Raja Kan’an mempunyai tentera yang ramai. Dengan

pertolongan

Allah

s.w.t.,

Nabi

Yaakub

a.s.

berjaya

mengalahkan raja yang sombong itu. Sebelum Nabi Yaakub a.s. wafat, baginda berwasiat kepada anakanaknya supaya taat menyembah Allah s.w.t. Baginda wafat di negeri Mesir ketika berusia 150 tahun.

56


Tarikh : ________________

Pelajaran 11

Latihan 1

Markah :

Tuliskan jawapan yang tepat.

1. Nabi Yaakub a.s. ialah _______________ Nabi Ishak a.s. a. anak

b. cucu

c. datuk (

)

(

)

2. Nabi Yaakub a.s. tinggal di _______________. a. Yaman

b. Syam

c. Mesir

3. Nabi Yaakub a.s. menerima wahyu menjadi Nabi setelah __________. a. bermimpi

b. berehat

c. bermain (

)

4. Mimpi itu ialah _____________________ daripada Allah s.w.t. a. wahyu

b. amaran

c. peringatan (

)

(

)

5. Allah melantik baginda menjadi _______________. a. rasul

b. raja

c. guru

57


Tarikh : ________________ Pelajaran 11

Latihan 2

Markah :

Tuliskan jawapan yang tepat.

berjalan raja

dua belas petani

Mesir dua

1. Baginda dikurniakan _____________________ orang anak. 2. Pekerjaan Nabi Yakub adalah seorang _____________________ dan menggembala kambing. 3. Nabi Yaakub dikenali sebagai Nabi yang suka _____________________ diwaktu malam. 4. Nabi Yaakub a.s. telah berdakwah kepada _____________________ Negeri Kan’an. 5. Baginda wafat di negeri _____________________ ketika berusia 150 tahun..

58


Tarikh : ________________ Pelajaran 11

Latihan 3

Markah :

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1.

Nabi Yaakub a.s. ialah cucu kepada Nabi _______________. ( Ibrahim / Ishak )

2.

Setelah beberapa lama menetap di Syam, Nabi Ishak a.s. berpindah ke _______________. ( Makkah / Palestin )

3.

Nabi Yaakub mempunyai _______________ isteri. ( dua orang / empat orang )

4.

Nabi Yaakub a.s. suka _______________ di waktu siang. ( rehat / jalan )

5.

Raja Kan’an ingkar dan _______________ seruan Nabi Yaakub. ( menerima / menolak )

6.

Akhirnya satu _______________ berlaku.( peperangan / perjanjian )

7.

Nabi Yaakub dibantu oleh _______________ untuk menentang Raja Kan’an. ( askarnya / anak-anaknya )

59


Susun semula nama-nama isteri Nabi Yaakub a.s.

1. F A L Z U

Æ ________________________

2. H A L I R

Æ ________________________

3. L A H B A H Æ ________________________ 4. H A L I A L Æ ________________________

60


Pelajaran 12

NABI YUSUF A.S. Peribadi Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf a.s. adalah anak kepada Nabi Yaakub a.s. Ibunya bernama Rahil. Baginda mempunyai sebelas orang adik-beradik. Ibu Nabi Yusuf a.s. meninggal dunia ketika baginda masih kecil. Setelah dewasa, Nabi Yusuf a.s. menjadi seorang pemuda yang kacak dan tampan. Baginda mempunyai budi pekerti yang mulia. Ayah Nabi Yusuf sangat sayang kepada baginda. Pada suatu malam, Nabi Yusuf a.s. bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan tunduk menghormati baginda. Mimpi itu adalah tanda pemberian ilmu dan kemuliaan daripada Allah s.w.t. Nabi Yusuf a.s. mempunyai seorang adik yang seibu sebapa dengannya bernama Bunyamin. Nabi Yaakub a.s. sangat sayang kepada Nabi Yusuf a.s. dan Bunyamin. Ini menyebabkan abang-abangnya dengki kepada baginda. Pada suatu hari mereka merancang hendak membunuh Nabi Yusuf a.s. Mereka membawa Nabi Yusuf a.s. pergi bermain. Mereka

61


mencampakkan Nabi Yusuf a.s. ke dalam perigi. Perigi tersebut gelap dan dalam.

Abang-abang Nabi Yusuf a.s. balik ke rumah. Mereka membawa balik baju yang dilumurkan dengan darah kambing. Mereka berpura-pura menangis di hadapan ayah mereka. Mereka memberitahu Nabi Yaakub a.s. bahawa Nabi Yusuf telah dimakan oleh serigala. Nabi Yaakub a.s. tahu anak-anaknya bercakap bohong. Baginda bersabar dan berserah diri kepada Allah s.w.t.

Nabi Yusuf a.s. Diselamatkan Allah s.w.t. memelihara Nabi Yusuf a.s. Dengan takdir Allah, sekumpulan penggembara telah berhenti untuk berehat berhampiran dengan perigi tersebut.

62


Semasa salah seorang peniaga pergi mencari air, dia telah menjumpai Nabi Yusuf a.s. di dalam perigi tersebut. Peniaga itu membawa Nabi Yusuf a.s. ke Mesir. Di Mesir Nabi Yusuf a.s. menjadi terkenal. Nabi Yusuf a.s. terkenal kerana baginda boleh meramal mimpi. Nabi Yusuf a.s. juga terkenal kerana baginda seorang yang berakhlak mulia. Baginda mempunyai otak yang cerdas. Nabi Yusuf a.s. juga seorang yang sabar dan peramah. Raja Mesir melantik Nabi Yusuf a.s. menjadi menteri. Nabi Yusuf a.s. telah mentadbir Mesir dengan jujur dan bijaksana. Baginda telah menyelamatkan negeri Mesir daripada bencana kebuluran. Bencana ini berlaku akibat musim kemarau yang panjang.

Isteri dan Anak-Anak Nabi Yusuf a.s. Selepas dilantik menjadi menteri, Nabi Yusuf a.s. berkahwin dengn Zulaikha. Nabi Yusuf a.s. dikurniakan dua orang anak-anak lelaki. Anak-anaknya bernama Ifratsein dan Minsya.

Bertemu Dengan Saudara-Saudaranya Pada suatu ketika, bencana kemarau telah melanda seluruh tanah Arab termasuk negeri Kan’an.

63


Kan’an ialah negeri di mana ayah dan saudara-saudara Nabi Yusuf a.s. tinggal. Apabila mengetahui Mesir mempunyai banyak makanan, abangabang Nabi Yusuf a.s. datang ke Mesir. Di Mesir mereka telah bertemu dengan Nabi Yusuf a.s. Mereka menyesal di atas perbuatan mereka dahulu. Mereka bimbang Nabi Yusuf a.s. akan menghukum mereka. Nabi Yusuf a.s. seorang yang berjiwa mulia. Baginda memaafkan kesalahan abang-abangnya itu. Abang-abang Nabi Yusuf a.s. memberitahu baginda tentang ayah mereka. Mata ayah Nabi Yaakub a.s. buta kerana bersedih di atas kehilangan Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf a.s. meyuruh abang-abangnya membawa baju baginda kepada ayah mereka. Baginda berpesan supaya membawa ayah mereka ke Mesir. Abang-abang Nabi Yusuf a.s. memberi baju tersebut kepada Nabi Yaakub a.s. Nabi Yaakub a.s. mencium dan menyapu baju tersebut ke matanya. Dengan kuasa Allah mata ayah baginda celik semula. Abang-abang Nabi Yusuf a.s. memberitahu pesanan baginda kepada ayah mereka. Mereka sekeluarga berhijrah ke Mesir. Akhirnya Nabi Yusuf a.s. dapat bertemu semula dengan ayahnya. Mereka bergembira dan sujud kepada Allah s.w.t. sebagai tanda syukur. Nabi Yusuf a.s. dan keluarganya hidup bahagia di Mesir.

64


Pelajaran 12

Tarikh : ________________

Latihan 1

Markah :

Gariskan jawapan yang betul.

1. Nabi Yusuf a.s. adalah anak kepada ___________________ ( Nabi Yaakub a.s. / Nabi Ishak a.s. ). 2. Ibunya bernama ___________________ ( Siti Sarah / Rahil ). 3. Baginda mempunyai ___________________ ( sebelas / sepuluh ) adikberadik. 4. Ibu Nabi Yusuf a.s. meninggal dunia ketika baginda ___________________ ( sudah dewasa / masih kecil ). 5. Setelah dewasa Nabi Yusuf a.s. menjadi seorang yang ___________________ ( tampan / kuat ) dan kacak. 6. Pada suatu hari, mereka merancang hendak ___________________ ( melarikan / membunuh ) Nabi Yusuf a.s. Mereka membawa Nabi Yusuf a.s. pergi bermain.

65


Tarikh : ________________

Pelajaran 12

Latihan 2

Markah :

Isikan tempat kosong dengan perkataan yang diberi.

Bulan

sebelas

dengki

Bunyamin

bermimpi

pemberian

sayang

sombong

Allah

membunuh

perang

adik

1. Pada suatu malam, Nabi Yusuf a.s. ___________________ melihat ___________________bintang,

matahari

dan

___________________

tunduk menghormati baginda. 2. Mimpi itu adalah tanda ___________________ ilmu dan kemulian daripada ___________________. 3. Nabi Yusuf a.s. mempunyai seorang ___________________ yang seibu sebapa dengannya, bernama ___________________. 4. Nabi Yaakub a.s. sangat ___________________ kepada Nabi Yusuf a.s. dan Benjamin. 5. Ini menyebabkan abang-abangnya ___________________ kepada baginda.

66


Tarikh : ________________ Pelajaran 12

Latihan 3

Markah :

Warnakan hijau pada jawapan yang betul dan warna merah jawapan yang salah.

1. Nabi Yusuf a.s. telah dicampakkan oleh abang-abangnya ke dalam perigi. 2. Mereka membawa balik baju Nabi Yusuf a.s. yang berlumuran darah. 3. Mereka sangat bersedih dan menangis. 4. Mereka memberitahu Nabi Yaakub a.s. bahawa Nabi Yusuf a.s. telah di makan serigala. 5. Nabi Yaakub a.s. tahu anak-anaknya bercakap benar. 6. Baginda bersabar dan berserah diri kepada Allah s.w.t.

67


Islam mengajar kita untuk bersabar dan saling memaafkan. Jika kamu mempunyai seorang kawan yang telah mencuri duit kamu, apakah yang kamu akan lakukan? Jika seorang kawan saya telah mencuri duit saya, saya akan ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ ____________________________________________________________

Saya melakukan demikian kerana __________________________ ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ ____________________________________________________________

68


Pelajaran 13

NABI AYUB A.S. Nabi Ayub a.s. adalah cucu Nabi Ishak a.s. Baginda berasal daripada keturunan Bani Israil. Nabi Ayub a.s. adalah seorang yang kaya. Baginda suka menolong orang miskin dan anak-anak yatim. Nabi Ayub a.s. mempunyai rumah yang besar, tanah ladang yang luas dan ternakan yang banyak. Isteri Nabi Ayub a.s. bernama Rahmah. Baginda dikurniakan anak yang ramai. Nabi Ayub a.s. seorang yang bertakwa. Baginda mengajak kaumnya beribadat kepada Allah s.w.t.

69


Baginda sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah s.w.t. dan selalu beribadat kepada-Nya.

Iblis Menggoda Nabi Ayub a.s. Iblis yang sentiasa dengki dengan keturunan Nabi Adam a.s. cuba menggoda Nabi Ayub a.s. Iblis pergi menghadap Allah s.w.t. Iblis berkata bahawa Nabi Ayub a.s. beribadat kepada Allah s.w.t. kerana baginda takut kehilangan segala kemewahannya. Allah s.w.t. Maha Mengetahui. Allah s.w.t. tahu bahawa Nabi Ayub a.s. seorang yang benar-benar beriman kepada-Nya. Allah s.w.t. mengizinkan Iblis menggoda Nabi Ayub untuk membuktikan keimanannya. Iblis memulakan usahanya. Iblis memusnahkan harta benda Nabi Ayub a.s. Kemudian Iblis meruntuhkan rumah Nabi Ayub a.s. Semua anak baginda mati. Iblis meletakkan benih penyakit ke dalam badan Nabi Ayub a.s. Nabi Ayub a.s. tidak berdaya untuk bangun. Hanya lidah dan hatinya sahaja yang masih baik. Tidak ada seorang pun yang bersimpati dengan Nabi Ayub a.s. Hanya isterinya sahaja yang masih setia menjaganya. Walaupun ditimpa bermacam-macam ujian, baginda masih bersabar. Hati dan lidahnya sentiasa mengingati dan menyebut nama Allah s.w.t.

70


Iblis tidak berpuas hati kerana Nabi Ayub a.s. masih mengingati Allah s.w.t. Iblis

menggoda

Rahmah.

Dia

mempengaruhi

Rahmah

supaya

meninggalkan Nabi Ayub a.s. Rahmah telah terpedaya dengan bisikan Iblis. Nabi Ayub tetap bersabar dan berserah diri pada Allah s.w.t. Segala usaha Iblis tidak berjaya melemahkan imannya.

Nabi Ayub a.s. Sembuh Daripada Penyakit Setelah ditinggalkan isterinya, Nabi Ayub a.s. hidup seorang diri. Nabi Ayub a.s. berdoa kepada Allah s.w.t.: “Wahai Tuhanku, aku telah diganggu oleh syaitan dengan kepayahan dan kesusahan serta seksaan dan Engkaulah wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.� Allah s.w.t. menerima doa Nabi Ayub a.s. Allah s.w.t. memerintahkan supaya Nabi Ayub a.s. menghentakkan kakinya ke tanah. Allah s.w.t. memerintahkan supaya Nabi Ayub a.s. minum dan mandi dengan air yang keluar dari tanah tersebut. Nabi Ayub a.s. melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Dengan izin Allah s.w.t., penyakitnya sembuh. Badannya menjadi sihat dan kuat. Isteri Nabi Ayub a.s. yang telah meninggalkannya berasa insaf. Dia pulang semula ke rumah Nabi Ayub a.s. Rahmah terkejut melihat Nabi Ayub a.s. yang telah kembali sihat.

71


Balasan Allah s.w.t. Terhadap Nabi Ayub a.s. Setelah Allah s.w.t. menyembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. Allah s.w.t. mengembalikan semua kekayaan baginda. Setelah itu, Allah s.w.t. mengurniakan baginda anak-anak yang ramai. Begitulah balasan yang Allah s.w.t. berikan berkat kesabaran Nabi Ayub a.s.

Pengajaran 1. Iblis dan syaitan sentiasa berusaha untuk melemahkan iman manusia. 2. Orang yang bersabar akan diberi ganjaran yang banyak. 3. Manusia hendaklah bersabar menghadapi ujian Allah s.w.t.

72


Tarikh : ________________

Pelajaran 13

Latihan 1

Markah :

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. anak yatim Bani Israil beribadat

isteri bersyukur bertaqwa

ternakan Iblis

kaya beriman

memperdaya

kawan

1.

Nabi Ayub a.s. berasal daripada keturunan ____________________.

2.

Nabi Ayub a.s. seorang yang _______________________.

3.

Nabi Ayub a.s. suka menolong orang miskin dan _________________.

4.

Nabi Ayub a.s. mempunyai rumah yang besar, tanah ladang yang luas dan _______________________ yang banyak.

5.

_______________________ Nabi Ayub a.s. bernama Rahmah.

6.

Nabi Ayub a.s. seorang yang _______________________.

7.

Baginda mengajak kaumnya _______________________ kepada Allah s.w.t.

8.

Baginda sentiasa _______________________ dengan nikmat Allah s.w.t. dan selalu beribadat kepada-Nya.

9.

_______________________ menggoda Nabi Ayub a.s.

10. Allah s.w.t. tahu bahawa Nabi Ayub a.s. seorang yang benarbenar _______________________ kepada-Nya. 73


Pelajaran 13

Tarikh : ________________

Latihan 2

Markah :

Tandakan ( 9 ) pada jawapan yang betul dan ( X ) pada jawapan yang salah. 1.

Iblis memulakan usahanya untuk memusnahkan harta benda Nabi Ayub a.s.

2.

Semua anak Nabi Ayub a.s. mati.

3.

Nabi Ayub a.s. tidak berdaya untuk bangun.

4.

Ramai orang bersempati dengan Nabi Ayub a.s.

5.

Walaupun ditimpa bermacam-macam ujian, baginda masih bersabar.

6.

Iblis telah berpuas hati kerana Nabi Ayub a.s. masih mengingati Allah.

7.

Rahmah tidak terpedaya dengan godaan Iblis.

8.

Iblis berjaya melemahkan iman Nabi Ayub a.s.

9.

Allah s.w.t. tidak menerima doa Nabi Ayub a.s.

10. Allah s.w.t. telah mengembalikan semua kekayaan Nabi Ayub a.s. 74


1.

Nabi Ayub a.s. ialah seorang yang kuat imannya kepada Allah. Secara berkumpulan, berikan tiga contoh yang menunjukkan kekuatan iman Nabi Ayub a.s. Setelah selesai, kongsikan bersama rakan dan guru di dalam kelas. 1. _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________

2. _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________

3. _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________

75


Pelajaran 14

NABI ZULKIFLI A.S. Nabi Zulkifli a.s. ialah anak Nabi Ayub a.s. Nama sebenar baginda ialah Bayan. Allah s.w.t. memberi nama Zulkifli kepadanya kerana ketaatannya. Zulkifli bermaksud “orang yang sanggup�. Kaum Nabi Zulkifli a.s. diperintah oleh seorang raja yang tua. Raja itu hendak mencari pengganti beliau. Pada suatu hari, raja itu memanggil rakyatnya. Beliau bertanya kepada rakyatnya siapakah yang sanggup menggantikan beliau. Orang yang dipilih hendaklah bertakwa kepada Allah s.w.t. dan tidak menzalimi rakyat.

76


Orang itu hendaklah berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malamnya. Dia juga tidak boleh memarahi sesiapa. Nabi Zulkifli a.s. sanggup memikul tanggungjawab itu. Setelah menjadi raja, baginda menunaikan janjinya. Baginda membahagikan separuh daripada masanya untuk rakyat. Sebahagiannya lagi baginda gunakan untuk beribadat kepada Allah s.w.t.

77


Tarikh : ________________ Pelajaran 14

Latihan 1

Markah :

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

memarahi

menzalimi

masanya

adil

Zulkifli

Bayan

1. Nama sebenar Nabi Zulkifli a.s. ialah _______________________. 2. _______________________ bermaksud “orang yang sanggup�. 3. Orang yang dipilih menjadi raja mestilah bertakwa kepada Allah dan tidak _______________________ rakyat. 4. Dia juga tidak boleh _______________________ sesiapa. 5. Baginda membahagikan separuh _______________________ untuk rakyat.

78


Tarikh : ________________ Pelajaran 14

Latihan 2

Markah :

Tandakan ( 9 ) pada jawapan yang betul dan ( X ) pada jawapan yang salah.

1. Kaum Nabi Zulkifli a.s. diperintah oleh seorang Raja yang tua. 2. Raja itu hendak mencari pengganti beliau. 3. Orang yang dipilih hendaklah kuat dan kaya. 4. Nabi Zulkifli a.s. berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malamnya. 5. Setelah menjadi raja, baginda tidak menunaikan janjinya.

79


Islam tidak menyukai orang yang mempunyai sifat marah. Ianya kerana sifat ini akan hanya merugikan diri kita sendiri. Warnakan bulatan-bulatan di bawah yang menunjukkan akibat mengapa kita tidak boleh mempunyai sifat yang keji ini. tidak dirahmati

disukai rezeki murah tidak disenangi

dihormati

dibenci Allah

dipulau dicontohi menjadi bengis disukai oleh syaitan

tidak dihormati

Marilah kita berdoa agar Allah s.w.t. menjauhikan kita dari mempunyai sifat-sifat yang keji, Amin.

80


Pelajaran 15

NABI SYUAIB A.S. Kaum Madyan Kaum Madyan ialah kaum yang hidup pada zaman Nabi Syuaib a.s. Kaum Madyan tinggal di satu lembah yang bernama Madan. Mereka dikenali sebagai penghuni hutan kerana mereka tinggal berhampiran hutan yang tebal. Pekerjaan mereka ialah berniaga dan berdagang. Kaum Madyan mempunyai akhlak yang buruk. Mereka menyembah sebidang padang pasir yang ditumbuhi pokok dan tanaman.

81


Tempat ini dipanggil ‘Aikah’. Mereka menjadikan padang pasir itu tempat beribadat. Kaum Madyan juga suka menipu di dalam perniagaan. Mereka suka mengurangi sukatan dan timbangan sewaktu berniaga. Selain itu, mereka juga menahan rombongan pedagang. Mereka akan merampas barang-barang dan menakutkan rombongan tersebut.

Dakwah Nabi Syuaib a.s. Allah s.w.t. mengutuskan Nabi Syuaib a.s. kepada kaum Madyan. Baginda menyeru kaumnya supaya menyembah Allah s.w.t. Baginda menyuruh mereka meninggalkan kejahatan. Nabi Syuaib memberitahu mereka tentang azab Allah s.w.t. Malangnya, kaum Madyan menolak dakwah Nabi Syuaib a.s. Mereka mengejek baginda. Nabi Syuaib a.s. tetep bersabar. Segala ejekan kaumnya disambut dengan tenang. Baginda meneruskan dakwah. Kaum Madyan mula berasa jemu dengan seruan Nabi Syuaib a.s. Mereka menghina baginda. Mereka mengancam untuk merejam baginda dengan batu dan menghalau baginda.

82


Berbagai-bagai tuduhan dilemparkan ke atas Nabi Syuaib a.s. Mereka mencabar baginda supaya menurunkan bencana seperti yang dijanjikan.

Azab Allah s.w.t. Tiba Setelah merasakan dakwahnya tidak mahu diterima, Nabi Syuaib a.s. berdoa kepada Allah s.w.t. Baginda berdoa supaya Allah s.w.t. menurunkan azab kepada kaumnya. Ini adalah untuk dijadikan teladan kepada umat seterusnya. Allah s.w.t. mengkabulkan doa Nabi Syuaib a.s. Allah s.w.t. menurunkan hawa yang sangat panas. Kaum Madyan berasa sangat haus. Kulit mereka seakan-akan terbakar. Tanaman tidak tumbuh dan bumi kering kontang. Pada suatu hari mereka melihat sekumpulan awan hitam. Mereka menyangka hujan akan turun. Kaum Madyan berlari-lari untuk berlindung daripada panas terik. Sebaik sahaja mereka berkumpul di bawah awan itu, tiba-tiba bumi bergegar. Dari awan hitam, turun hujan api yang panas. Api itu membakar kaum Madyan yang ingkar. Gempa bumi telah memusnahkan segala harta benda. Kaum Madyan terbakar menjadi abu.

83


Akhirnya mereka yang tidak beriman dibinasakan oleh Allah s.w.t. Hanya Nabi Syuaib a.s. dan pengikutnya sahaja yang terselamat daripada azab tersebut.

Pengajaran 1. Allah s.w.t melindungi orang-orang yang mentaati-Nya.

84


Pelajaran 15

Latihan 1

Tarikh : ________________ Markah :

Gariskan jawapan yang betul.

1. Kaum ( Madyan / Madin / Mahin ) ialah kaum yang hidup pada zaman Nabi Syuaib a.s. 2. Mereka tinggal di suatu lembah yang bernama ( Medan / Mudan / Madan ). 3. Nabi Syuaib a.s. menyeru kaumnya supaya menyembah ( Allah s.w.t. / Nabi a.s. / Aikah ). 4. Kaum Madyan mempunyai akhlak yang ( baik / buruk / sederhana ). 5. Kaum Madyan juga suka ( berniaga / menipu / belajar ) di dalam perniagaan.

85


Pelajaran 15

Latihan 2

Tarikh : ________________ Markah :

Tandakan ( 9 ) pada jawapan yang betul dan ( X ) pada jawapan yang salah. 1.

Kaum Madyan menyembah sebidang padang pasir yang ditumbuhi pokok dan tanaman.

2.

Allah s.w.t. mengutuskan Nabi Syuaib a.s. kepada kaum Madyan.

3.

Nabi Syuaib memberitahu mereka tentang azab Allah s.w.t.

4.

Kaum Madyan menerima dakwah Nabi Syuaib a.s.

5.

Kaum Madyan tertarik dengan seruan Nabi Syuaib a.s.

6.

Mereka memuji Nabi Syuaib a.s.

7.

Allah s.w.t. menurunkan hawa yang sangat sejuk.

8.

Kaum Madyan merasa sangat segar.

9.

Awan hitam itu menurunkan api yang sangat panas.

10. Kaum Madyan terbakar menjadi abu.

86


Tarikh : ________________

Pelajaran 15

Latihan 3

Markah :

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Allah s.w.t. mengutuskan

1.

kepada kaum

Madyan. Baginda menyeru kaumnya Allah s.w.t. Baginda

3.

2. mereka meninggalkan

kejahatan. Nabi Syuaib memberitahu mereka tentang Allah s.w.t. Malangnya, kaum

5.

4.

menolak dakwah

Nabi Syuaib a.s.

menyembah

azab

Nabi Syuaib r.a.

menyuruh

Madyan

87


Lukiskan peristiwa Allah s.w.t. menurunkan hujan api kepada kaum Madyan yang jahil itu.

88


Pelajaran 16

DAKWAH NABI YUNUS A.S.

Dakwah Nabi Yunus a.s. Nabi Yunus a.s. diutuskan kepada penduduk yang tinggal di negeri Ninawa. Negeri Ninawa berhampiran dengan pantai. Penduduk di sini bekerja sebagai petani dan nelayan. Penduduk Ninawa menyembah berhala. Mereka menolak dakwah Nabi Yunus a.s. supaya menyembah Allah s.w.t.

89


Bertahun-tahun baginda menyeru kaumnya tetapi mereka tetap ingkar. Mereka mengejek Nabi Yunus a.s. Raja negeri itu menangkap Nabi Yunus a.s. dan menyeksa baginda. Akhirnya Nabi Yunus a.s. berasa kecewa. Nabi Yunus a.s. marah dengan sikap umatnya. Baginda mengambil keputusan untuk meninggalkan Ninawa. Sebelum meninggalkan negeri tersebut, Nabi Yunus a.s. berdoa supaya Allah s.w.t. menurunkan azab kepada mereka. Baginda juga memberi amaran kepada penduduk di situ tentang azab Allah s.w.t.

Hukuman Allah ke Atas Penduduk Ninawa Tiga hari selepas Nabi Yunus a.s. meninggalkan Ninawa, penduduk di situ mula takut. Awan hitam berarak menyebabkan keadaan menjadi gelap. Binatang peliharaan mereka menjadi gelisah. Bunyi guruh dan angin kencang membimbangkan mereka. Mereka mencari-cari Nabi Yunus a.s. Mereka berkumpul beramai-ramai dan menuju ke bukit. Di sana mereka berdoa dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Akhirnya Allah s.w.t. menjauhkan azab yang hampir menimpa mereka. Keadaan menjadi pulih seperti sedia kala. Penduduk Ninawa terus mencari Nabi Yunus a.s.

90


Mereka ingin supaya Nabi Yunus a.s. meneruskan dakwah baginda.

Ditelan Ikan Paus Nabi Yunus a.s. meninggalkan Ninawa dengan menumpang sebuah kapal. Kapal itu membawa ramai penumpang. Apabila tiba di tengah lautan, laut berombak dengan kuat. Angin pula bertiup dengan kencang. Kapal yang dinaiki oleh Nabi Yunus a.s. hampir tenggelam. Nakhoda kapal mengarahkan supaya muatan dikurangkan. Salah seorang penumpang mesti dibuang ke laut. Undian dibuat untuk menentukan siapa yang akan dibuang. Selepas tiga kali undian dijalankan, semuanya terkena kepada Nabi Yunus a.s. Nabi Yunus a.s. sedar bahawa ia adalah kehendak Allah s.w.t. Baginda pun terjun ke laut. Tiba-tiba muncul seekor ikan paus dan menelan baginda. Ikan itu telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya menelan Nabi Yunus a.s. Tetapi Allah s.w.t. tidak membenarkan ikan itu membinasakan Nabi Yunus a.s.

91


Di dalam Perut Ikan Paus

Keadaan di dalam perut ikan paus tersangat gelap. Ini adalah hukuman daripada Allah kepada Nabi Yunus a.s. Allah s.w.t. menghukum baginda kerana meninggalkan Ninawa. Nabi Yunus a.s. berasa insaf. Baginda berzikir dan berdoa:

“Tiada Tuhan selain Engkau. Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.�

Dibebaskan Daripada Hukuman Beberapa hari kemudian, Allah s.w.t. memerintahkan ikan paus memuntahkan Nabi Yunus a.s. Ikan itu memuntahkan baginda di tepi pantai. 92


Badan baginda sakit dan lemah. Allah s.w.t. menumbuhkan pokok buah-buahan untuk melindungi Nabi Yunus a.s. Nabi Yunus a.s. memakan buah-buahan tersebut. Akhirnya baginda sihat seperti sedia kala.

Kembali ke Ninawa Setelah sihat Allah s.w.t. memerintahkan Nabi Yunus a.s. supaya kembali kepada kaum baginda. Sesampainya di Ninawa, baginda mendapati tiada lagi berhala di negeri tersebut. Sebenarnya penduduk Ninawa telah menjadi orang mukmin. Mereka menanti-nantikan kepulangan Nabi Yunus a.s. Nabi Yunus a.s. berasa gembira dan bersyukur kepada Allah s.w.t. Akhirnya mereka hidup dengan aman dan beriman kepada Allah s.w.t.

Pengajaran 1. Allah s.w.t. Maha Penerima Taubat. 2. Allah s.w.t. mengampunkan hamba-hambaNya. 3. Allah s.w.t. berkuasa menarik balik segala bencana yang hendak diturunkan.

93


Tarikh : ________________ Pelajaran 16

Latihan 1

Markah :

Gariskan jawapan yang betul.

1. Nabi Yunus a.s. merasa _____________________ dan marah dengan sikap umatnya. ( gembira / kecewa ) 2. Baginda mengambil keputusan untuk _____________________ Ninawa. ( tinggal / meninggalkan ) 3. Baginda juga memberi amaran kepada penduduk di situ tentang _____________________ Allah s.w.t. ( azab / nikmat ) 4. Kaum Ninawa berdoa dan _____________________ kepada Allah s.w.t. ( berdoa / bertafakur ) 5. Akhirnya Allah _____________________ azab yang hampir menimpa mereka. ( menjauhkan / menurunkan )

94


Pelajaran 16

Latihan 2

Tarikh : ________________ Markah :

Padankan kenyataan yang betul di bahagian A dengan bahagian B. Kemudian tuliskan semula.

1

Nabi Yunus a.s. diutuskan kepada

dakwah Nabi Yunus a.s.

2

Penduduk Ninawa

tetapi mereka tetap ingkar.

3

Mereka menolak

penduduk yang tinggal di negeri Ninawa.

4

Bertahun-tahun baginda menyeru kaumnya

dan menyiksa baginda.

5

Raja negeri itu menangkap Nabi Yunus a.s.

menyembah berhala.

95


Secara berkumpulan, tuliskan apakah pelajaran yang dapat kamu pelajari daripada kisah Nabi Yunus a.s.? 1. _________________________________________________________ _________________________________________________________ 2. _________________________________________________________ _________________________________________________________ 3. _________________________________________________________ _________________________________________________________ 4. _________________________________________________________ _________________________________________________________ 5. _________________________________________________________ _________________________________________________________

96


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.