Kecerdasan Emosi (Harvard Business Review) (Preview)

Page 1


P W

IE

V

E

R


W IE

P

R

E

V

Kecerdasan Emosi


P W

IE

V

E

R


W IE V E R P

Kecerdasan Emosi Jika anda tidak membaca apa-apa bahan lain tentang kecerdasan emosi, bacalah koleksi artikel yang terbaik ini dari Harvard Business Review.


HBR’S 10 Must Reads Kecerdasan Emosi: Edisi Bahasa Melayu © 2020 Sunway University Sdn Bhd HBR’s 10 Must Reads on Emotional Intelligence: Original work copyright © 2015 Harvard Business School Publishing Corporation

W

Published by arrangement with Harvard Business Review Press Edisi Bahasa Melayu ini diterbitkan oleh Sunway University Press Percetakan Sunway University Sdn Bhd

IE

No. 5, Jalan Universiti Bandar Sunway 47500 Selangor Darul Ehsan Malaysia press.sunway.edu.my

E

V

Semua hak terpelihara. Tiada bahagian buku ini boleh ditiru, disimpan dalam sistem pengeluaran semula atau disebarkan, dalam sebarang bentuk atau melalui sebarang cara, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau lain-lain, yang sedia ada atau tercipta selepas ini, tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit. ISBN 978-967-5492-06-8

R

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

P

On Emotional Intelligence: Kecerdasan Emosi/Penterjemah: Eileen Yap Eng Moi.Edisi Bahasa Melayu. ISBN 978-967-5492-06-8 1. Emotional intelligence. 2. Executive recognition. I. Yap, Eileen Eng Moi. 152.4

Penterjemah: Eileen Yap Editor Siri: Peter Tham Editor Urusan: Hani Hazman Editor: Nordiana Hamidon & Noor Husna Zulkifli Pereka Bentuk: Rachel Goh Pengatur Huruf: Pauline Loo Pencetak: Vinlin Press Sdn Bhd, Malaysia


Kandungan Apakah Ciri Pemimpin?

1

W

Daniel Goleman

Kepemimpinan Primal: Pemacu Tersembunyi Prestasi Hebat

27

IE

Daniel Goleman, Richard Boyatzis dan Annie McKee

Mengapakah Sukar untuk Bersikap Adil? Joel Brockner

V

Sebab Pemimpin Cekap Membuat Keputusan yang Tidak Baik

54

74

E

Andrew Campbell, Jo Whitehead dan Sydney Finkelstein

Membina Kecerdasan Emosi Pasukan

89

R

Vanessa Urch Druskat dan Steven B. Wolff

Kesan Ketidaksopanan: Kurangnya Rasa Hormat Mempengaruhi Semangat — dan Keuntungan

116

P

Christine Porath dan Christine Pearson

Cara Daya Tahan Berfungsi

132

Diane L. Coutu

Kecerdasan Emosi: Cara Pemimpin yang Cekap Mengurus Pemikiran dan Perasaan Negatif Mereka

151

Susan David dan Christina Congleton

Ketakutan akan Maklum Balas

161

Jay M. Jackman dan Myra H. Strober

v


KANDUNGAN

Pemimpin Muda yang Kurang Pengalaman

179

Kerry A. Bunker, Kathy E. Kram dan Sharon Ting

201

Indeks

203

P

R

E

V

IE

W

Perihal Penyumbang

vi


Apakah Ciri Pemimpin?

IE

W

oleh Daniel Goleman

kisah tentang seorang eksekutif yang amat pintar serta sangat mahir yang telah dinaikkan pangkat sebagai ketua dalam kepemimpinan syarikat namun gagal menjalankan tugasnya. Mereka juga mengetahui kisah tentang seseorang yang mempunyai kelayakan akademik dan kemahiran teknikal — tetapi bukanlah luar biasa — yang juga dinaikkan pangkat sebagai ketua dalam kepemimpinan syarikat dan menjalankan tugasnya dengan baik sekali. Anekdot sedemikian menyokong kepercayaan umum bahawa kebolehan mengenal pasti individu yang memiliki “sifat sesuai� untuk menjadi pemimpin sebenarnya lebih merupakan kesenian daripada ilmu sains. Tambahan pula, gaya peribadi pemimpin hebat berbeza-beza: ada pemimpin yang pendiam dan analitis; pemimpin lain kuat mencanangkan kebolehan mereka. Yang sama pentingnya ialah situasi berlainan memerlukan jenis kepemimpinan yang berbeza. Kebanyakan penggabungan syarikat memerlukan pemimpin bersifat perunding manakala kebanyakan usaha untuk menyelamatkan syarikat memerlukan pemimpin yang lebih tegas dan berwibawa. Walau bagaimanapun, saya mendapati bahawa pemimpin paling efektif mempunyai satu persamaan penting: mereka memiliki sifat yang disebut kecerdasan emosi pada tahap yang tinggi. Hal ini tidak bermakna bahawa tahap IQ dan kemahiran teknikal tidak penting. Kedua-duanya penting tetapi hanya sebagai

P

R

E

V

SETIAP AHLI PERNIAGAAN MENGETAHUI

1


GOLEMAN

R

E

V

IE

W

“kemahiran ambang”, iaitu kedua-duanya ialah keperluan asas untuk jawatan eksekutif. Namun, kajian saya, bersama-sama kajian lain baru-baru ini, jelas menunjukkan bahawa kecerdasan emosi ialah syarat paling penting dalam kepemimpinan. Tanpa kecerdasan emosi, seseorang mungkin mendapat latihan terbaik di dunia, mempunyai pemikiran yang tajam, analitis dan sentiasa mempunyai idea pintar, namun dia masih tidak dapat menjadi pemimpin yang hebat. Sepanjang tahun lepas, saya dan rakan sekerja saya memberikan tumpuan pada cara kecerdasan emosi berfungsi di tempat kerja. Kami telah meneliti hubungan antara kecerdasan emosi dengan prestasi efektif, terutamanya dalam kalangan pemimpin. Kami telah mengamati cara kecerdasan emosi diperlihatkan dalam kerja. Sebagai contohnya, bagaimanakah kita dapat mengetahui seseorang itu mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dan bagaimanakah anda dapat mengetahui wujudnya kecerdasan emosi dalam diri anda? Dalam halaman yang berikutnya, kita akan meneroka semua persoalan ini, mengupas setiap komponen kecerdasan emosi — kesedaran diri, pengaturan diri, motivasi, empati dan kemahiran sosial — satu demi satu.

Menilai Kecerdasan Emosi

P

Kebanyakan syarikat besar sekarang menggaji ahli psikologi terlatih untuk membangunkan “model kompetensi” bagi membantu syarikat mengenal pasti, melatih dan mendorong pekerja yang berpotensi menjadi pemimpin. Ahli psikologi itu juga membangunkan model sedemikian bagi jawatan tahap rendah. Beberapa tahun belakangan ini, saya telah menganalisis model kompetensi daripada 188 buah syarikat, kebanyakannya terdiri daripada syarikat besar dan bertaraf global, termasuklah syarikat seperti Lucent Technologies, British Airways dan Credit Suisse. Dalam menjalankan analisis itu, objektif saya adalah untuk menentukan keupayaan peribadi yang mendorong prestasi cemerlang dalam syarikat tersebut, dan setakat mana dorongan tersebut. Saya mengelaskan keupayaan peribadi ini kepada tiga

2


APAKAH CIRI PEMIMPIN?

P

R

E

V

IE

W

kategori: kemahiran teknikal sahaja seperti perakaunan dan perancangan perniagaan; kebolehan kognitif seperti penaakulan analitis; dan kompetensi yang menggambarkan kecerdasan emosi seperti kebolehan untuk bekerja dengan orang lain dan kecekapan dalam memacu perubahan. Untuk mencipta sesetengah model kompetensi itu, ahli psikologi meminta pengurus kanan di syarikat tersebut mengenal pasti keupayaan lazim yang terdapat pada pemimpin paling hebatnya. Untuk mencipta model lain pula, ahli psikologi menggunakan kriteria objektif, misalnya keuntungan jabatan, bagi membezakan pekerja cemerlang pada tahap pengurusan kanan dalam organisasi daripada pekerja sederhana. Individu yang dikenal pasti itu kemudiannya ditemu bual dan diuji secara meluas, serta keupayaan mereka dibandingkan. Proses ini menghasilkan senarai sifat untuk pemimpin yang sangat efektif. Senarai ini berbeza-beza panjangnya, daripada 7 sifat hingga 15 sifat, dan mencakupi sifat seperti inisiatif dan visi strategik. Apabila saya menganalisis semua data itu, saya mendapat hasil yang dramatik. Yang pastinya, daya intelek ialah pemacu prestasi cemerlang. Kemahiran kognitif seperti pemikiran menyeluruh dan visi jangka panjang juga penting. Namun, apabila saya mengira nisbah kemahiran teknikal, IQ dan kecerdasan emosi sebagai sifat prestasi cemerlang, kecerdasan emosi terbukti dua kali ganda lebih penting daripada sifat yang lain untuk semua pekerjaan pada semua peringkat. Selain itu, analisis saya menunjukkan bahawa kecerdasan emosi memainkan peranan yang semakin penting pada peringkat tertinggi dalam syarikat, yang mana perbezaan dalam kemahiran teknikal tidak penting langsung. Dengan kata lain, semakin tinggi kedudukan seseorang yang dianggap sebagai pekerja cemerlang, semakin banyak keupayaan kecerdasan emosi menjadi sebab untuk kecekapannya. Apabila saya membandingkan pekerja cemerlang dengan pekerja sederhana dalam kedudukan kepemimpinan kanan, hampir 90% daripada perbezaan dalam profil mereka disebabkan oleh faktor kecerdasan emosi dan bukannya kebolehan kognitif. 3


GOLEMAN

Idea secara Ringkas

• Motivasi – menikmati pencapaian demi pencapaian semata-mata

W

• Empati – memahami emosi orang lain yang berbeza-beza • Kemahiran sosial – memupuk hubungan dengan orang lain demi mendorong mereka ke arah yang diingini Kita dilahirkan dengan tahap kemahiran kecerdasan emosi yang tertentu. Namun kita dapat mengukuhkan kebolehan ini melalui keazaman, latihan dan maklum balas daripada rakan sekerja atau pembimbing.

V

Kemahiran kecerdasan emosi ialah:

• Pengaturan diri – mengawal atau mengalihkan emosi dan impuls negatif yang mengganggu

IE

Apakah yang membezakan pemimpin hebat daripada pemimpin yang sekadar baik? Menurut Daniel Goleman, sifat perbezaannya bukan tahap IQ atau kemahiran teknikal. Sifatnya ialah kecerdasan emosi: sekumpulan lima kemahiran yang membolehkan pemimpin terbaik untuk memaksimumkan prestasi diri dan prestasi pekerjanya. Apabila pengurus kanan di sesebuah syarikat mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi, keuntungan cawangan mereka melebihi matlamat keuntungan tahunan sebanyak 20%.

R

E

• Kesedaran diri – mengetahui kekuatan, kelemahan, dorongan, nilai dan impak terhadap orang lain

P

Pengkaji lain juga mengesahkan bahawa kecerdasan emosi bukan sahaja membezakan pemimpin hebat tetapi juga dapat dikaitkan dengan prestasi yang kukuh. Dapatan David McClelland, pengkaji tersohor dalam bidang kelakuan manusia dan organisasi, merupakan contoh baik. Pada tahun 1996, dalam kajian yang dijalankan di sebuah syarikat pengeluar makanan dan minuman global, McClelland mendapati bahawa apabila pengurus kanan memiliki keupayaan kecerdasan emosi yang tinggi, keuntungan cawangan mereka melebihi matlamat keuntungan tahunan sebanyak 20%. Sementara itu, cawangan yang tidak mempunyai pengurus kanan dengan kecerdasan emosi yang tinggi pula menunjukkan keuntungan yang 20% kurang baik daripada matlamat keuntungan tahunan. Yang menariknya ialah hasil dapatan McClelland ini

4


APAKAH CIRI PEMIMPIN?

IE

W

bukan sahaja berlaku dalam cawangan syarikat itu di Amerika Syarikat tetapi juga dalam cawangannya di Asia dan Eropah. Secara ringkasnya, perangkaan semakin memperlihatkan hakikat yang sukar dinafikan tentang kaitan antara kejayaan syarikat dengan kecerdasan emosi yang dimiliki pemimpinnya. Yang sama pentingnya ialah kajian juga menunjukkan bahawa seseorang dapat membangunkan kecerdasan emosinya jika menggunakan pendekatan yang betul. (Lihat artikel sisipan “Dapatkah Kecerdasan Emosi Dipelajari?”)

Kesedaran Diri

P

R

E

V

Kesedaran diri ialah komponen pertama dalam kecerdasan emosi — memang wajar jika kita menimbangkan bahawa tempat keramat di Delphi memberikan nasihat “mengenali diri sendiri” kepada orang beribu-ribu tahun dahulu. Kesedaran diri bermakna memahami emosi, kekuatan, kelemahan, keperluan dan dorongan diri secara mendalam. Orang yang memiliki kesedaran diri yang kukuh tidak bersikap terlalu mengkritik mahupun amat berharap sehingga tidak realistik. Sebaliknya, mereka amat jujur — kepada diri sendiri dan orang lain. Orang yang mempunyai tahap kesedaran diri yang tinggi menyedari cara perasaan mereka mempengaruhi diri mereka sendiri, orang lain dan prestasi kerja mereka. Oleh itu, orang yang mempunyai kesedaran diri mengetahui bahawa tarikh akhir yang ketat akan menyebabkan dia tertekan, lalu dia akan merancang masanya dengan cermat dan menyelesaikan kerjanya jauh lebih awal. Orang lain dengan tahap kesedaran diri yang tinggi akan dapat bekerja dengan klien yang cerewet. Dia dapat memahami impak klien itu terhadap moodnya dan sebab sebenarnya bagi kekecewaannya. “Permintaan remeh mereka telah mengalihkan perhatian kami daripada kerja sebenarnya yang sepatutnya dilakukan,” dia menjelaskan. Dia akan melangkah setapak lagi dan menukar rasa marahnya kepada emosi yang membina. Kesedaran diri mencakupi pemahaman seseorang tentang nilai dan matlamat hidupnya. Seseorang yang mempunyai kesedaran diri 5


GOLEMAN

Idea secara Amalan Memahami Komponen Kecerdasan Emosi Komponen Kecerdasan Emosi

Ciri

Contoh

Kesedaran diri

Mengetahui emosi, kekuatan, kelemahan, pendorong, nilai dan matlamat diri — serta impaknya terhadap orang lain

• Keyakinan diri • Penilaian diri yang realistik • Bergurau tentang kelemahan diri sendiri • Dahaga akan kritikan membina

Pengaturan diri

Mengawal atau mengalihkan emosi dan impuls yang mengganggu

• Kebolehpercayaan • Integriti • Selesa dengan ketaksaan dan perubahan

IE

V

E R P

Motivasi

6

Terdorong untuk mencapai sesuatu demi pencapaian semata-mata

Seorang pengurus mengetahui bahawa tempoh akhir yang ketat akan menyebabkan dia tertekan. Oleh itu, dia merancang masanya untuk menyiapkan kerjanya lebih awal.

W

Definisi

• Keghairahan terhadap kerja dan cabaran baharu • Sentiasa bersemangat untuk terus membaiki diri • Optimistik ketika menghadapi kegagalan

Apabila sesebuah pasukan gagal menyampaikan persembahan dengan baiknya, ketua pasukan mengawal desakan untuk menjerit. Sebaliknya, dia akan memikirkan sebab yang mungkin untuk kegagalan itu, menjelaskan kesannya kepada pasukannya dan mencari penyelesaian bersama-sama mereka. Seorang pengurus portfolio di syarikat pelaburan mendapati bahawa dana pelaburan merosot bagi tiga suku tahun berturut-turut. Banyak klien penting menarik diri. Dia tidak menyalahkan faktor luaran, sebaliknya belajar daripada pengalaman itu kemudian merancang cara untuk menyelamatkan keadaan.


APAKAH CIRI PEMIMPIN?

Komponen Kecerdasan Emosi

Ciri

Contoh

Empati

Mengambil kira perasaan orang lain, terutamanya ketika membuat keputusan

• Kemahiran dalam menarik dan mengekalkan pekerja yang berbakat • Kebolehan dalam membangunkan orang lain • Peka akan kelainan antara budaya

Seorang pakar runding Amerika Syarikat dan pasukannya mencuba untuk membentangkan suatu projek kepada bakal klien di Jepun. Pasukannya menganggap klien itu tidak berminat kerana tidak memberikan apa-apa maklum balas lalu bersedia untuk meninggalkan mesyuarat. Pakar runding itu mengamati bahasa badan klien dan merasakan minat klien. Dia meneruskan mesyuarat dan akhirnya berjaya mendapat projek tersebut.

Kemahiran sosial

Mengurus hubungan demi mendorong orang ke arah yang diingini

V

IE

W

Definisi

P

R

E

• Keefektifan dalam mengetuai perubahan • Daya pujuk yang tinggi • Rangkaian hubungan yang luas • Kemahiran dalam membina dan memimpin pasukan

Seorang pengurus ingin syarikatnya menggunakan strategi Internet yang lebih efektif. Dia mencari orang yang berpandangan sama dan membentuk pasukan sedia ada untuk membina tapak web prototaip. Dia memujuk mereka yang bersependapat dengannya daripada cawangan lain untuk sama-sama membiayai penyertaan syarikat dalam persidangan Internet yang berkaitan. Syarikatnya membentuk bahagian Internet — dan melantiknya untuk mengetuai bahagian tersebut.

(sambungan)

7


GOLEMAN

Perkukuh Kecerdasan Emosi Anda Banyak berlatih dan manfaatkan maklum balas daripada orang lain untuk memperkukuh kemahiran kecerdasan emosi tertentu.

IE

W

Contoh: Seorang eksekutif mendapat maklum balas yang menyatakan bahawa dia kurang empati, terutamanya kebolehan untuk mendengar. Dia mahu membaiki kelemahannya itu, lantas dia meminta seorang pembimbing memberitahunya apabila dia bersikap kurang mendengar. Kemudian, dia mengadakan kejadian main peranan untuk berlatih cara pemberian respons yang lebih baik, misalnya tidak mencelah. Dia juga mula memerhatikan eksekutif lain yang mempunyai kemahiran dalam mendengar — dan meniru kelakuan mereka.

P

R

E

V

yang tinggi mengetahui hala tujunya dan sebab dia memilihnya; sebagai contohnya, dia akan bersikap tegas semasa menolak tawaran kerja yang memberikan imbuhan kewangan yang sangat menarik tetapi tidak sepadan dengan prinsip hidupnya atau matlamat jangka panjangnya. Seseorang yang kekurangan kesedaran diri biasanya akan membuat keputusan yang menyebabkan pergolakan jiwa kerana tidak sepadan dengan nilai hidupnya. “Ganjaran kewangan yang ditawarkan sangat menarik, lantas saya menerima tawaran kerja tersebut,” seseorang mungkin berkata begitu selepas dua tahun membuat sesuatu pekerjaan, “tetapi kerjanya sangat tidak mencabar sehingga saya selalu bosan.” Keputusan mereka yang mempunyai kesedaran diri sepadan dengan nilai mereka. Oleh itu, mereka mendapati kerja yang dilakukan mereka itu mencabar lagi memuaskan. Bagaimanakah kita dapat mengenali kesedaran diri? Pertama sekali dan paling penting, kesedaran diri diperlihatkan sebagai sikap berterus terang serta kebolehan menilai diri sendiri secara realistik. Orang yang memiliki kesedaran tinggi dapat bercakap dengan tepat dan terbuka — namun bukanlah melampaui batas atau membuat pengakuan — tentang emosi mereka dan impak emosi itu terhadap kerja mereka. Sebagai contohnya, seorang pengurus yang saya kenali sangat skeptik akan perkhidmatan pembeli peribadi yang bakal diperkenalkan oleh syarikatnya, sebuah

8


P

• Kebolehan untuk memahami emosi orang lain yang berbeza-beza • Kemahiran dalam melayan orang lain mengikut reaksi emosi masing-masing

• Kecekapan dalam mengurus hubungan dan menjalin rangkaian hubungan • Kebolehan untuk mencari titik persamaan dan membina hubungan baik

Empati

Kemahiran sosial

Ciri

• Kebolehpercayaan dan integriti • Selesa dengan ketaksaan • Keterbukaan kepada perubahan

• Keyakinan diri • Penilaian diri yang realistik • Bergurau tentang kelemahan diri sendiri

• Keefektifan dalam mengetuai perubahan • Daya pujuk yang kuat • Kemahiran dalam membina dan mengetuai pasukan

• Kemahiran dalam menarik dan mengekalkan pekerja yang berbakat • Peka akan kelainan antara budaya • Perkhidmatan kepada klien dan pelanggan

W

• Dorongan kuat untuk meraih pencapaian • Optimistik walaupun berdepan dengan kegagalan • Komitmen kepada organisasi

IE

V

• Keghairahan untuk bekerja bukan kerana wang atau status semata-mata • Kecenderungan untuk mengejar matlamat dengan penuh bersemangat dan kecekalan

Motivasi

E

• Kebolehan untuk mengawal atau mengalihkan impuls dan mood yang mengganggu • Kecenderungan untuk melengahkan keputusan — berfikir dahulu sebelum bertindak

Pengaturan diri

R

• Kebolehan untuk mengenali dan memahami perasaan, emosi dan dorongan anda, serta impaknya terhadap orang lain

Definisi

Kesedaran diri

Komponen

Lima komponen kecerdasan emosi

APAKAH CIRI PEMIMPIN?

9


GOLEMAN

Dapatkah Kecerdasan Emosi Dipelajari? sama ada seseorang dilahirkan sebagai pemimpin atau diasuh untuk menjadi pemimpin. Begitu juga halnya dengan perdebatan tentang kecerdasan emosi. Sebagai contohnya, adakah seseorang dilahirkan dengan tahap empati yang tertentu atau mereka memperoleh empati hasil daripada pengalaman hidup? Jawabannya ialah kedua-duanya. Penyelidikan sains membuktikan bahawa terdapat komponen genetik dalam kecerdasan emosi. Penyelidikan psikologi dan pembangunan menunjukkan bahawa asuhan juga memainkan peranan. Betapa besarnya peranan gentik dan asuhan masing-masing mungkin tidak akan dapat diketahui, namun penyelidikan dan amalan jelas menunjukkan bahawa kecerdasan emosi dapat dipelajari.

W

BERABAD-ABAD LAMANYA, MANUSIA TELAH BERDEBAT

V

IE

Satu hal adalah pasti: kecerdasan emosi meningkat seiring dengan umur. Terdapat perkataan lama untuk fenomena ini — kematangan. Namun, sekalipun matang, sesetengah orang masih memerlukan latihan untuk mempertingkatkan kecerdasan emosi mereka. Malangnya, terlalu banyak program latihan yang bertujuan untuk membina kemahiran kepemimpinan — termasuk kecerdasan emosi — sebenarnya membazirkan masa dan wang. Sebabnya mudah: semua program itu bertumpu pada bahagian salah dalam otak.

P

R

E

Kecerdasan emosi sebahagian besarnya tercetus daripada neurotransmiter dalam sistem limbik otak yang mengawal perasaan, impuls dan dorongan. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa sistem limbik otak mempelajari sesuatu dengan paling efektif melalui motivasi, amalan yang berterusan dan maklum balas. Bandingkan cara pembelajaran ini dengan pembelajaran yang berlaku dalam bahagian neokorteks yang mengawal kebolehan analitis dan teknikal. Bahagian neokorteks menguasai konsep dan logik. Bahagian inilah yang memberitahu otak tentang cara menggunakan komputer atau membuat jualan menerusi telefon dengan membaca buku. Oleh itu, tidak hairanlah — tetapi disalah anggap — bahagian inilah yang selalu disasarkan oleh kebanyakan program latihan ketika mengajar cara mempertingkatkan kecerdasan emosi. Apabila program untuk mempertingkatkan kecerdasan emosi tersebut mengikut pendekatan neokortikal, hasil penyelidikan saya dengan Konsortium Penyelidikan Kecerdasan Emosi dalam Organisasi menunjukkan bahawa program tersebut boleh mendatangkan kesan negatif terhadap prestasi kerja orang. Untuk mempertingkatkan kecerdasan emosi, organisasi perlu menumpukan latihannya semula untuk mencakupi sistem limbik. Latihan itu perlu membantu orang mengikis tabiat kelakuan lama dan memupuk kelakuan baharu. Latihan itu bukan sahaja mengambil masa yang lebih lama daripada program latihan konvensional tetapi juga memerlukan pendekatan individu.

10


APAKAH CIRI PEMIMPIN?

IE

W

Bayangkan seorang eksekutif yang selama ini dianggap sebagai mempunyai tahap empati yang rendah oleh rakan sekerjanya. Sebahagian daripada kekurangan itu diperlihatkan sebagai ketidakmampuan untuk mendengar: dia mencelah percakapan orang lain dan tidak menumpukan perhatian pada perkara yang sedang dicakapkan oleh orang lain. Untuk mengatasi kelemahannya itu, dia perlu dimotivasikan untuk berubah, kemudian dia perlu berlatih dan mendapatkan maklum balas daripada pekerja lain dalam syarikatnya. Dia boleh meminta rakan sekerja atau pembimbing mengadakan kejadian main peranan dan memberitahunya jika dia kelihatan seperti tidak mendengar percakapan orang lain. Kemudian, dia perlu mengulang kejadian itu dan memberikan respons yang lebih baik, iaitu menunjukkan kebolehannya untuk mencerap apa-apa yang dikatakan oleh orang lain. Dia juga boleh diminta untuk memerhatikan eksekutif tertentu yang mempunyai kemahiran mendengar yang baik dan meniru kelakuan mereka.

P

R

E

V

Dengan ketekunan dan latihan, proses tersebut dapat membawa kepada hasil yang berkekalan. Saya mengenali seorang eksekutif Wall Street yang berusaha untuk membaiki tahap empatinya — khususnya yang berkait dengan kebolehannya untuk memahami reaksi orang lain dan melihat sesuatu dari perspektif mereka. Sebelum dia memulakan usahanya itu, pekerja bawahannya amat takut hendak bekerja dengannya. Pekerja juga tidak berani hendak menyampaikan apa-apa berita buruk kepadanya. Oleh itu, tidak hairanlah dia begitu terkejut apabila akhirnya mengetahui hakikat yang sebenarnya. Sekembali ke rumah, dia memberitahu keluarganya — tetapi mereka juga mengesahkan kebenaran tentang apa-apa yang didengarnya daripada pekerjanya. Apabila pandangan anggota keluarganya tentang sesuatu perkara tidak sehaluan dengan pandangannya, mereka juga sangat takut hendak memberitahunya. Dengan bantuan pembimbing, eksekutif itu berusaha untuk mempertingkatkan empatinya melalui latihan dan maklum balas. Langkah pertamanya ialah bercuti di negara asing yang dia tidak memahami bahasa negara tersebut. Ketika berada di sana, dia memantau reaksinya terhadap perkara yang asing kepadanya dan keterbukaannya terhadap orang yang berlainan daripadanya. Apabila kembali selepas bercuti seminggu di negara asing, dia meminta pembimbingnya memerhatikan kelakuannya pada waktu kerja, beberapa kali dalam seminggu, untuk mengulas cara dia melayan orang lain dari perspektif baharu atau berlainan. Pada masa yang sama, dia secara sedar menggunakan interaksi semasa bekerja sebagai peluang untuk berlatih idea “mendengar� yang berlainan daripada ideanya. Akhir sekali, dia membuat rakaman video tentang mesyuarat yang dihadirinya dan meminta rakan sekerja dan pekerja bawahannya mengulas kebolehannya untuk menyedari dan memahami (sambungan) 11


GOLEMAN

perasaan orang lain. Usaha ini mengambil masa beberapa bulan, namun tahap kecerdasan emosi eksekutif itu akhirnya meningkat, dan perbaikan tersebut diperlihatkan dalam prestasi keseluruhannya dalam kerjanya.

V

IE

W

Memang penting ditekankan bahawa usaha membina kecerdasan emosi seseorang tidak dapat — dan tidak akan — berjaya tanpa keinginan yang ikhlas dan usaha yang tekun. Suatu seminar yang ringkas tidak dapat membantu, begitu juga dengan sekadar membeli dan membaca manual bantu diri. Sesungguhnya, amat sukar untuk mempelajari cara untuk memberikan empati — untuk menjiwai empati sebagai maklum balas semula jadi terhadap orang lain — berbanding dengan menyesuaikan diri dengan kemahiran membuat analisis regresi. Namun perkara ini dapat dilaksanakan. “Tiada kehebatan pernah dapat dicapai tanpa keghairahan,” kata Ralph Waldo Emerson. Jika matlamat anda adalah untuk menjadi pemimpin sebenarnya, kata-kata tersebut boleh dijadikan panduan dalam usaha anda untuk membina kecerdasan emosi yang tinggi.

P

R

E

gedung beli-belah rantaian yang besar. Tanpa ditanya oleh pasukannya mahupun ketuanya, dia memberikan pandangannya: “Sukar bagi saya menyokong perkhidmatan ini,” dia mengaku, “kerana saya benar-benar ingin mengetuai projek ini namun saya tidak dipilih. Saya berharap agar kamu semua memahami perasaan saya sementara saya mencuba untuk menanganinya.” Pengurus ini benar-benar meneliti perasaannya; seminggu kemudian dia menyokong projek itu sepenuhnya. Kesedaran diri sedemikian biasanya dapat dilihat semasa proses pengambilan pekerja. Minta calon menceritakan waktu dia begitu melayan perasaannya sehingga membuat sesuatu yang dikesalinya kemudian. Calon yang mempunyai kesedaran diri akan berterus terang tentang kegagalan mereka — dan biasanya akan bercerita tentangnya sambil tersenyum. Salah satu ciri kesedaran diri ialah bergurau tentang kelemahan diri sendiri. Kesedaran diri juga dapat dikenal pasti semasa penilaian prestasi. Orang yang mempunyai kesedaran diri mengetahui — dan berasa selesa bercakap tentang — kelemahan dan kekuatan mereka, serta selalu memperlihatkan sikap dahaga akan kritikan yang membina. Sebaliknya, mereka dengan kesedaran diri yang

12


APAKAH CIRI PEMIMPIN?

P

R

E

V

IE

W

rendah akan mentafsirkan mesej bahawa mereka perlu membaiki diri sebagai ancaman atau tanda kegagalan. Orang yang mempunyai kesedaran diri juga dapat dikenal pasti melalui keyakinan diri mereka. Mereka benar-benar memahami keupayaan mereka dan kurang kemungkinannya mereka membuat sesuatu yang membawa kegagalan, misalnya memikul beban tugas melebihi kemampuan mereka. Mereka juga mengetahui masa untuk meminta bantuan. Risiko yang ditanggung dalam kerja mereka juga perlu dipertimbangkan. Mereka tidak akan meminta tugas yang, pada pendapat mereka, tidak dapat dilakukan mereka sendirian. Mereka bijak memanfaatkan kekuatan diri. Ikutilah kisah seorang pekerja peringkat pertengahan yang dipelawa untuk menghadiri mesyuarat strategi bersama-sama eksekutif atasan syarikatnya. Walaupun dia pekerja paling rendah pangkatnya dalam mesyuarat itu, dia tidak berdiam diri sambil mendengar dengan rasa takjub atau penuh ketakutan. Dia mengetahui bahawa dia dapat berfikir secara logik dan mempunyai kemahiran untuk menyampaikan idea secara yakin serta berani mengemukakan cadangan yang bernas tentang strategi syarikat. Pada masa yang sama, kesedaran dirinya menghalangnya daripada menyimpang ke aspek yang dia mengetahui dirinya lemah. Meskipun menyedari nilai memiliki pekerja yang mempunyai kesedaran diri dalam syarikat, kajian saya menunjukkan bahawa eksekutif kanan jarang menekankan kepentingan kesedaran diri semasa mencari pemimpin yang berpotensi. Banyak eksekutif tersilap anggap sifat terus terang sebagai “ketidakyakinan� dan gagal menghormati pekerja yang berani mengakui kelemahan mereka. Pekerja yang bersifat sedemikian dianggap “tidak cukup cekal� untuk memimpin orang lain. Hakikatnya, keadaan sebaliknya adalah benar. Secara umum, orang biasanya mengagumi dan menghormati sifat terus terang. Tambahan lagi, pemimpin biasanya perlu membuat penilaian yang memerlukan penilaian jujur tentang keupayaan — diri sendiri dan orang lain. Adakah kita mempunyai kepakaran pengurusan untuk menandingi pesaing? Dapatkah kita melancarkan produk baharu dalam tempoh enam bulan? Orang yang menilai diri sendiri secara 13


GOLEMAN

jujur — iaitu orang yang mempunyai kesedaran diri — sememangnya pasti akan menilai organisasi yang dikendalikan mereka mengikut cara yang sama.

W

Pengaturan Diri

P

R

E

V

IE

Impuls biologi mengawal emosi kita. Kita tidak dapat melenyapkannya tetapi banyak yang dapat kita lakukan untuk mengurusnya. Pengaturan diri, yang sama dengan perbualan dalaman yang sedang berlaku, ialah komponen kecerdasan emosi yang membebaskan kita daripada terperangkap dalam perasaan kita. Orang yang terlibat dalam perbualan sedemikian merasai mood tidak baik dan impuls beremosi seperti orang lain, tetapi mereka mencari cara untuk mengawalnya, bahkan menyalurkan emosi sedemikian dengan cara yang berguna. Bayangkan seorang eksekutif yang memerhatikan pasukannya membentangkan laporan analisis yang tidak sempurna kepada lembaga pengarah syarikat. Dalam keadaan sedemikian, eksekutif ini mungkin berasa dirinya terdorong untuk menghentak meja kerana marah atau menendang kerusi. Dia mungkin berdiri lalu berteriak pada pasukannya. Dia juga mungkin berdiam diri, memandang pasukannya dengan marahnya sebelum keluar dari bilik. Akan tetapi, jika eksekutif itu mempunyai kemahiran pengaturan diri, dia pasti memilih pendekatan yang berlainan. Dia akan bertutur dengan hati-hati sambil mengakui prestasi buruk pasukannya tanpa terburu-buru untuk membuat penilaian. Dia akan mempertimbangkan sebab-sebab kegagalan pasukannya. Adakah kegagalan itu disebabkan oleh masalah peribadi — kekurangan usaha sungguh-sungguh? Adakah terdapat sembarang faktor peringan? Apakah peranan eksekutif itu dalam kegagalan tersebut? Selepas mempertimbangkan semua soalan ini, dia akan berjumpa dengan pasukannya, menjelaskan kesan insiden tersebut dan menyatakan perasaannya tentang insiden tersebut. Selanjutnya, dia akan memberikan analisisnya tentang masalah tersebut dan mencadangkan jalan penyelesaian yang telah difikirkannya secara teliti.

14


APAKAH CIRI PEMIMPIN?

P

R

E

V

IE

W

Mengapakah pengaturan diri begitu penting kepada pemimpin? Pertama sekali, orang yang dapat mengawal perasaan dan impuls mereka, iaitu orang yang munasabah, dapat mewujudkan persekitaran saling mempercayai dan adil. Dalam persekitaran sedemikian, konflik politik dan perbalahan sesama sendiri dapat dikurangkan dengan banyaknya dan produktiviti adalah tinggi. Orang yang berbakat akan tertarik untuk menyertai syarikat itu dan tidak terdorong untuk meninggalkannya. Pengaturan diri ini juga mempunyai kesan lelehan. Tiada sesiapa dalam syarikat ingin digelar sebagai berkepala angin sedangkan ketuanya terkenal dengan pendekatannya yang tenang. Semakin kurang pegawai atasan yang memperlihatkan mood yang buruk, semakin kurang mood yang buruk di seluruh syarikat. Kedua, pengaturan diri penting atas sebab persaingan. Semua orang mengetahui bahawa perniagaan kini penuh dengan ketaksaan dan perubahan. Penggabungan dan perpecahan syarikat kerap berlaku. Teknologi mentransformasikan kerja pada kadar yang amat pantas. Orang yang berjaya mengawal emosi mereka mudah berubah mengikut rentak arus perubahan. Apabila program baharu diumumkan, mereka tidak mudah panik; sebaliknya mereka tidak cepat membuat penilaian, segera mencari maklumat dan mendengar penjelasan eksekutif tentang program baharu itu. Apabila inisiatif baharu syarikat mara ke depan, mereka dapat mara ke depan bersama-sama. Adakalanya mereka memacu inisiatif baharu syarikat. Ikutilah kisah seorang pengurus di sebuah syarikat perkilangan yang besar. Seperti rakan sekerjanya, dia telah menggunakan program perisian tertentu selama lima tahun. Program itu banyak membantunya mengumpulkan dan melaporkan data serta pendapatnya tentang strategi syarikat. Pada suatu hari, pengurus kanan mengumumkan bahawa program perisian baharu akan diperkenalkan dan akan mengubah cara pengumpulan dan penganalisisan data dalam organisasi dengan radikalnya. Walaupun banyak orang dalam syarikat merungut tentang perubahan baharu itu yang dianggap sebagai mengganggu itu, pengurus tersebut memikirkan sebab program baharu itu diperkenalkan dan yakin akan potensinya 15


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.