100 karangan contoh pmr dan spm

Page 1

BUKU KARANGAN SPM Terbitan Longman


SMK DATO` SULAIMAN, BATU PAHAT. 1. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) memang sesuai untuk menangani masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja tetapi matlamat lain PLKN juga tidak kurang pentingnya. Berikan pendapat anda tentang penyataan tersebut. Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun 2004. Semua lelaki dan perempuan yang berusia 18 tahun wajib menyertainya. Pada pendapat saya, selain membenteras masalah keruntuhan akhlak remaja, matlamat lain PLKN juga mendatangkan manfaat kepada negara dan remaja. Sememangnya PLKN dapat membenteras masalah keruntuhan akhlak remaja dengan memupuk gaya hidup yang positif dan produktif. Disiplin dapat dipupuk melalui peraturan tertentu yang perlu dipatuhi, misalnya mematuhi perintah ketua kumpulan. Remaja dapat mengisi masa lapang selepas peperiksaan SPM secara bermanfaat. Melalui PKLN, anak-anak muda dapat mencari identiti diri. PLKN menyedarkan remaja tentang tanggungjawabnya. Hal ini akan meningkatkan harga diri seseorang. Hidup mereka penuh dengan matlamat dan perancangan selepas mengikuti program motivasi dan kaunseling. Dengan itu, masalah lepak, bohsia, dan sebagainya dapat dibendung. Selain itu, aktiviti yang disediakan dalam PLKN dapat memperkuat ketahanan mental dan fizikal remaja. Remaja akan melakukan aktiviti berkumpulan seperti berkhemah, mendaki bukit, berkawat, dan latihan lasak. Semua aktiviti ini memerlukan ketabahan dan kekuatan fizikal. Remaja yang menyertainya akan menghadapi pelbagai masalah seperti keletihan, tempat tidur yang kurang selesa, sakit badan, dan kesejukan. Dengan cara ini, nilai peribadi yang lebih baik seperti bersemangat waja, perkasa, dan berikthiar dapat dipupuk. Pada pendapat saya, PLKN juga dapat merealisasikan perpaduan nasional. Hal ini demikian kerana aktiviti PLKN dilakukan secara berkumpulan. Melaluinya, remaja pelbagai keturunan akan ditemukan. Mereka akan menjalankan aktiviti bersama-sama, berinteraksi, dan bergaul mesra. Mereka akan didedahkan kepada corak hidup kaum majmuk Malaysia secara mendalam. Persefahaman yang lebih erat akan memupuk perasaan kekitaan. Dengan itu, tembok pemisah antara kaum dapat diruntuhkan. Di samping itu, PLKN juga dapat melahirkan generasi yang berilmu. Banyak aktiviti PLKN dapat mencelikkan mata remaja, misalnya Khidmat Komuniti dan Khidmat Alam Sekitar. Melalui Khidmat Alam Sekitar, remaja akan membantu untuk menyelamatkan alam sekitar. Hal ini akan menjadikan remaja kita prihatin dan sensitif terhadap sistem ekologi alam sekitar. Melalui Khidmat Komuniti, akan lahirlah remaja yang memahami masalah sosial yang berkaitan dengan golongan tua, golongan yang miskin, kanak-kanak yang terbiar, dan sebagainya. Selanjutnya, hal ini akan menjadikan generasi muda kita prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat kita. Seperkara lagi ialah PLKN dapat memupuk kepimpinan. Semasa menjalani latihan, remaja akan diberikan tanggungjawab tertentu. Ada remaja yang akan menjadi ketua sesuatu bahagian. Dengan itu, mereka dapat mengenali diri sendiri. Kelemahan diri, diatasi dan kelebihan dikekalkan serta dikembangkan. Selanjutnya, mereka dapat


membaiki nilai peribadi hidup, memupuk motivasi, kemahiran berkomunikasi, dan pengurusan organisasi. Hal ini dapat melahirkan remaja yang mempunyai sifat-sifat kepimpinan. Sebagai kesimpulannya, saya berpendapat bahawa PLKN amat penting untuk melahirkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Oleh itu, semua pihak perlu menyokong PLKN demi kebaikan remaja dan juga negara.

2. Manusia telah mengeksploitasi khazanah alam sehingga sumber alam kita habis dan pencemaran alam semakin kronik. Oleh itu, mengitar semula barangan buangan dan barangan terpakai ialah cara yang baik untuk menyelamatkan dan memelihara sumber alam. Berikan pendapat anda tentang pernyataan tersebut. Kini, sumber alam kian habis dan alam kian tercemar. Oleh itu, kempen mengitar semula barangan buangan dan barangan terpakai amat penting. Hal ini demikian kerana barangan buangan dan barangan terpakai yang dikitar semula dapat digunakan semula. Pada pendapat saya, kempen mengitar semula bahan buangan dapat memelihara alam daripada tercemar. Bumi sudah menjadi tapak lambakan sampah sarap. Besi dan plastik akan mengambil masa puluhan tahun untuk reput. Sebagai akibatnya, pencemaran alam kian serius. Oleh itu, kita perlu mengitar semula bahanbahan ini. Sebagai contohnya, kertas sisa diproses semula menjadi kertas baru dan tintin aluminium dikitar semula untuk membuat barang lain. Dengan itu, kuantiti sampah yang dibuang dapat dikurangkan dan masalah pencemaran alam sedikit banyak dapat diatasi. Pengitaran semula barangan buangan dan barangan terpakai juga memelihara sumber alam terhad. Akibat tamak haloba manusia, sumber alam kian habis. Sebagai contohnya, kawasan hutan kian berkurang akibat penebangan pokok bagi memenuhi permintaan yang kian bertambah terhadap pulpa untuk membuat kertas. Begitu juga, sumber mineral seperti bijih besi dan bijih timah semakin berkurang akibat perlombongan yang berterusan. Akan tetapi, dengan mengitar semula kertas sisa, penebangan hutan dapat dikurangkan. Kegiatan mengitar semula tin-tin aluminium dan besi buruk pula akan mengurangkan aktiviti melombong mineral tersebut. Tegasnya, sumber alam yang terhad dapat dipelihara. Pengitaran semula barangan buangan dan barangan terpakai juga dapat menjimatkan kos. Hal ini demikian kerana melombong mineral melibatkan kos yang pelbagai. Sebagai contohnya, usaha melombong bijih besi melibatkan kos pekerja, kos membina terowong bawah tanah, kos mengangkat bahan, kos memproses, dan kos-kos lain. Kebanyakan kos ini dapat dijimatkan jika besi buruk dikitar semula. Kos kutipan dan peleburan besi buruk sudah pasti jauh lebih rendah daripada kos melombong bijih besi. Begitu juga, kos menebang pokok di hutan bagi tujuan menghasilkan kertas juga tinggi. Akan tetapi, kita dapat menjimatkan kos ini dengan mengitar semula kertas sisa, kertaskertas lama, kadbod lama, dan sebanaginya untuk menghasilkan kertas yang pelbagai jenis.


Kegiatan mengitar semula barangan buangan dan barangan terpakai mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak. Kini, semakin banyak peniaga yang menjalankan perniagaan mengumpulkan bahan bacaan lama seperti surat khabar dan majalah untuk dikitar semula. Pekerja-pekerja diupah untuk mengumpul barangan buangan yang dapat dikitar semula di tapak pembuangan sampah. Kilang-kilang untuk mengitar semula barangan terpakai didirikan. Dengan itu, semakin banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan. Kempen mengitar semula akan memupuk sifat murni dalam sanubari rakyat jelata. Tabiat buruk manusia telah mencetuskan masalah pencemaran alam yang serius. Kempen ini memupuk kesedaran bahawa kita perlu berdamai dengan alam. Selanjutnya mendorong lebih ramai orang mengambil berat tentang isu ekologi alam. Sikap menghargai barangan buangan dan tidak membazir merupakan sifat-sifat murni. Sebagai kesimpulannya, kita tidak harus mencemarkan Bumi dengan sampah sarap. Kita harus sama-sama menyahut seruan untuk mengitar semula barangan buangan dan barangan terpakai. Dengan itu, kita dapat memelihara Bumi demi kebaikan kita dan juga generasi yang akan datang.

3. Bilangan siswazah yang tidak mendapat pekerjaan semakin bertambah setiap tahun. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan menggesa siswazah supaya menceburi bidang perniagaan daripada makan gaji. Berikan pendapat anda tentang pernyataan tersebut. Srtiap tahun, beribu-ribu orang siswazah keluar dari institusi pengajian tinggi. Siswazah baru ini akan mencari pekerjaan. Akan tetapi, ramai siswazah tidak akan mendapat pekerjaan kerana peluang pekerjaan yang ada tidak mencukupi untuk menampung jumlah siswazah itu. Ramai siswazah mungkin terpaksa menganggur selama beberapa tahun sebelum mendapat pekerjaan. Pada pendapat saya, keinginan kuat untuk makan gaji ini berpunca daripada cara didikan anak. Kebanyakan ibu bapa menyuruh anak-anak mereka belajar sampai ke peringkat universiti dan lulus dengan pangkat terbaik supaya dapat mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan. Mentaliti masyarakat kita jarang sekali menggalakkan anak-anak menceburi bidang perniagaan. Hal ini demikian kerana menjalankan perniagaan memerlukan modal yang besar dan berdepan dengan risiko yang pelbagai. Namun demikian, kadar pengangguran yang tinggi di kalangan siswazah kini tidak lagi mengizinkan pemikiran sedemikian. Ibu bapa wajar menggalakkan anak-anak mereka yang berkelulusan ijazah atau diploma bekerja sendiri atau menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Mungkin mereka akan gagal pada mulanya kerana tidak tahu mengurus perniagaan. Akan tetapi, mereka masih muda dan mampu menghabiskan masa untuk mencuba nasib di samping menimba pengalaman. Sebenarnya, pengalaman amat penting dalam menjalankan perniagaan. Pengalaman berniaga lebih baik ditimba dari awal lagi, iaitu sebaik-baik sahaja seseorang tamat pengajiannya di institusi pengajian tinggi. Ramai usahawan yang


berjaya tidak mendapat pendidikan formal sehingga peringkat universiti. Kejayaan mereka dalam perniagaan adalah keranan pengalaman mereka dan keinginan untuk berjaya. Semangat ingin berjaya inilah yang harus ditanam dalam hati nurani anak-anak muda kita. Mereka tidak harus berpuas hati dengan menjadi akauntan atau pegawai tadbir sahaja. Sebaliknya, mereka harus berusaha untuk menceburi bidang perniagaan dan menjadi usahawan yang berjaya. Budaya menjadi usahawan sudah lama wujud dalam kaum Cina di negara kita. Orang Cina yang berniaga akan membawa anak-anak mereka ke kedai untuk membantu sambil belajar selok belok perniagaan. Dengan itu, anak-anak itu terdedah kepada dunia perniagaan sejak kecil lagi. Pendedahan awal akan menjadi bekal yang baik kepada mereka untuk menceburi bidang perniagaan apabila mereka tamat pengajian tinggi. Saya berpendapat bahawa orientasi perniaagan harus dianjurkan agar dapat melahirkan usahawan yang lebih ramai di kalangan siswazah. Hal ini dapat memberikan kerjaya alternatif kepada siswazah yang tidak mendapat pekerjaan. Peranan kerajaan amat penting dalam menggalakkan siswazah menceburi bidang perniagaan. Kerajaan harus menyediakan insentif bagi siswazah seperti menyediakan pinjaman perniagaan yang mudah melalui bank dan mengadakan kursus keusahawanan intensif. Sebagai kesimpulannya, usaha untuk menggalakkan siswazah menceburi bidang perniagaan memerlukan kerjasama daripada ibu bapa, institusi pengajian tinggi, dan kerajaan. Yang penting sekali ialah para siswazah mesti sanggup mengubah persepsi tradisional mereka tentang kerjaya, iaitu daripada makan gaji kepada menjadi bos sendiri.

4. Setiap tahun, kerajaan membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk menyediakan pendidikan percuma kepada kanak-kanak. Untuk meringankan beban kerajaan itu, timbul cadangan untuk membenarkan sektor swasta menyediakan pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Berikan pendapat anda tentang cadangan untuk menswastakan pendidikan sekolah rendah dan pendidikan sekolah menengah sepenuhnya. Sejak tahun 1970-an, kerajaan telah menyediakan pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Pemberian pendidikan percuma ini selaras dengan prinsip pendemokrasian pendidikan yang bertujuan memberikan pendidikan bermutu kepada semua kanak-kanak. Dengan itu, adakah wajar sistem sistem pendidikan ini diswastakan sepenuhnya? Pada pendapat saya, cadangan untuk menswastakan sistem pendidikan sepenuhnya adalah kurang bijak. Hal ini demikian kerana kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan setiap kanak-kanak berpeluang mendapat pendidikan yang bermutu sehingga peringkat menengah. Dengan cara ini, negara dapat melahirkan generasi yang berpendidikan diswastakan, tanggungjawab dan hasrat kerajaan ini mungkin tidak akan diteruskan oleh sektor swasta. Penswastaan sekolah rendah dan sekolah menengah akan membebankan golongan yang miskin. Hal ini demikian kerana sektor swasta pasti akan mengenakan


yuran untuk menghadiri sekolah. Buku-buku teks juga terpaksa dibeli kerana sektor swasta tidak akan menyediakan skim pinjaman buku teks. Dengan itu, beban kewangan ibu bapa akan kurang berkemampuan tidak akan dapat menyekolahkan anak-anak mereka. Akibatnya, kadar keciciran di kalangan kanak-kanak akan meningkat. Selain itu, tiada jaminan bahawa kanak-kanak yang dididik melalui sistem pendidikan swasta akan dededahkan kepada falsafah dan aspirasi negara seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Hal ini demikian kerana pihak sekolah swasta lebih menekankan aspek keuntungan daripada nilai-nilai kemanusiaan yang wajar diterapkan dalam jiwa anak-anak muda. Penerapan nilai-nilai murni amat penting dalam nenjana warganegara yang berkeperibadian tinggi serta luhur. Dengan kata lain, hasrat kerajaan untuk melahirkan sebuah masyarakat yang mendukung cita-cita negara seperti Rukun Negara tidak akan kesampaian. Hal ini sekali gus juga akan menggalakkan impian kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Seperkara lagi, sekiranya sistem pendidikan rendah dan menengah diswastakan, kadar buta huruf akan meningkat semula seperti yang pernah berlaku sebelum zaman mereka. Dalam era globlasisasi, literasi amat penting kerana tanpa pengetahuan dan kemahiran, seseorang akan ketinggalan dalam serba-serbi. Sehubungan ini, pengkorporatan universiti-univerisiti awam tempatan sedikit banyak juga telah menyukarkan para mahasiswa yang kurang mampu membayar kos pengajian yang sentiasa meningkat. Kita tidak ingin melihat perkara yang serupa melanda anak-anak kita di sekolah rendah dan sekolah menengah. Sebagai kesimpulannya, kerajaan tidak harus menswastakan sistem pendidikan sepenuhnya. Sebaliknya, kerajaan boleh membenarkan sektor swasta menubuhkan sekolah rendah dan sekolah menengah. Dengan cara ini, sekolah swasta itu dapat menjadi pelengkap kepada sekolah awam dalam menjayakan Falsafah Pendidikan Negara.

5. Banyak pihak tidak bersetuju hukuman rotan digunakan untuk menangani masalah disiplin pelajar. Berikan pendapat anda tentang perkara ini? Kemerosotan mutu disiplin pelajar sekolah sering diperkatakan oleh masyarakat sejak akhir-akhir ini. Ada pendapat yang mengatakan bahawa keadaan ini semakin menjadi-jadi kerana guru tidak lagi diberikan merotan pelajar. Sementara pihak lain pula berpendapat bahawa hukuman rotan tidak dapat menyelesaikan maslaah disiplin pelajar. Pada pendapat saya adalah berbeza dalam soal ini. Sebagai pelajar, saya menyokong penuh cabaran untuk membenarkan guru merotan pelajar yang menimbulkan masalah di sekolah. Pendirian ini saya buat setelah melihat sendiri masalah demi masalah yang dihadapi oleh guru dewasa ini. Sebenarnya, saya amat bersimpati dengan guru, khasnya guru wanita yang sering bergelut dengan masalah gangguan pelajar dalam bilik darjah. Bilangan pelajar yang sengaja melanggar disiplin dan peraturan sekolah kian meningkat sebagai akibat daripada pengharaman tindakan merotan. Pelajar tahu


bahawa tiada tindakan drastik akan diambil terhadap mereka sekiranya mereka terangterangan bersikap kurang sopan terhadap guru atau melanggar peraturan sekolah. Justeru, mutu disiplin pelajar sejak akhir-akhir ini menjadi semakin gawat. Buka sahaja mana-mana akhbar harian, kita akan disajikan dengan berita yang menggemparkan! Antara yang terbaru termasuklah tindakan membakar rumah kedaman guru oleh pelajar, meletupkan bom buatan sendiri sewaktu perhimpunan, kegiatan gangsterisme di kalangan pelajar dan melawan guru apabila ditegur. Kita tahu bahawa tanpa disiplin, proses pembelajaran tidak dapat berjalan dengan lancar. Malah, pelajar-pelajar bermasalah ini akan mengganggu pelajar lain yang ingin belajar. Oleh itu, saya berpendapat bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia harus memperkenalkan semula hukuman rotan untuk membenteras masalah disiplin pelajar yang kian runcing. Sekiranya langkah ini gagal dilaksanakan, saya khuatir sekolah akan menjadi tempat yang tidak selamat untuk pelajar. Walau bagaimanapun, guru sendiri harus peka dengan kaedah merotan yang dibenarkan. Janganlah hendaknya guru merotan pelajar dengan sewenang-wenangnya atas kesalahan yang kecil seperti terlupa membuat tugasan sekolah, walau hanya sekali sahaja. Para guru haruslah diberi pendedahan tentang cara-cara untuk menjalankan hukuman ini terhadap kes-kes berat seperti pergaduhan sesama pelajar, merokok di kawasan sekolah, dan melawan guru. Dalam hal ini, para pengetua sepatutnya menerangkan kaedah merotan kepada guru-guru di bawah seliaannya. Pada pendapat saya, hukuman rotan merupakan cara yang efektif untuk membendung masalah disiplin pelajar. Tanpa hukuman mencegah, sememangnya kemelut disiplin ini akan berpanjangan. Para pelajar tidak cukup sekadar diinginkan tentang kesalahan mereka. Mereka yang melakukan kesalahan berat harus dihukum dengan tegas. Proses kaunseling memakan masa yang panjang dan acap kali pelajar kembali kepada tabiat lama mereka setelah diberi nasihat dan panduan oleh guru keunseling. Oleh itu, kaedah yang lebih cepat dan berkesan ialah merotan. Harus diingat bahawa kebanyakan sekolah menengah kini mempunyai lebih daripada 500 warga pelajar yang mempunyai perwatakan yang berbeza-beza yang harus dilayan dengan sebaiknya. Seperkara lagi, cara hukuman ini janganlah hendaknya sampai mencacatkan atau mencederakan pelajar berkenaan. Tujuan hukuman sebenarnya adalah untuk mengingatkan pelajar yang keterlaluan supaya mengubah sikap buruk kepada sikap yang dapat diterima oleh peraturan sekolah. Dalam hal ini, semua pihak terutamanya para guru harus peka dan sentiasa mengambil ingatan. Hal ini ditekankan kerana sekiranya pelajar dicederakan, kita bimbang masalah akan bertambah buruk dan menegangkan hubungan ibu bapa dan pihak sekolah. Sebenarnya, niat sekolah hanya satu, iaitu untuk melahirkan generasi pelajar yang bersopan santun dan tertib serta dapat menjalani kehidupan yang baik apabila tamat pengajian mereka. Generasi muda hari ini adalah pewaris bangsa. Generasi yang tidak berdisiplin akan menjadi liabiliti kepada masyarakat pada masa depan. Hal ini demikian kerana ramai antara mereka akan terjebak dalam pelbagai jenayah dan salah laku seperti penagihan dadah, penipuan dan rompakan.


Kesimpulannya, saya menyokong hukuman rotan. Kita tidak boleh menunggu sehingga kedaaan menjadi terlalu kritikal, baru hendak bertindak. Ingat, mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

6. Teknologi maklumat dan komunikasi ICT dapat merealisasikan kehidupan masyarakat Malaysia. Berikan pendapat anda. Tekologi maklumat dan komunikasi atau ICT merupakan kaedah dan cara meklumat dipindahkan. Antara teknologi maklumat yang kerap digunakan pada masa kini ialah computer, mesin faks, telefon, wayerles, satelit, dan Internet. Namun, yang paling polupar dewasa ini ialah Internet. Pelbagai maklumat dapat diperoleh daripada Internet. Corak ekonomi yang menguasai dunia kini dikenali sebagai ‘k-ekonomi’. Segala-galanya adalah berlandaskan ilmu pengetahuan. Zaman ekonomi pertanian dan perindustrian sudah berlalu. Sesebuah negara harus menguasai ‘k-ekonomi’ jika ingin bersaing di dalam era globalisasi yang kian sengit. Dalam hal ini, negara kita Malaysia tidaklah terkecuali. Sesungguhnya kita bertuah kerana mempunyai pemimpin negara yang berpandangan jauh dan awal-awal lagi telah melancarkan Koridor Raya Multimedia sebagai platform untuk membolehkan negara bersaing dengan negara gergasi ICT lain yang jauh lebih maju daripada kita, terutamanya Amerika Syarikat. Tegasnya, ICT akan merevolusikan kehidupan rakyat negara ini. Untuk ini, kita mempunyai sebuah universiti multimedia, iaitu Multimedia University (MMU) yang dijangka dapat mengeluarkan ribuan tenaga professional dan mahir dalam bidang IT. Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mendirikan sebanyak 99 buah sekolah bestari di seluruh negara sebagai projek perintis untuk merevolusikan alam pendidikan negara. Kesemua sekolah ini disambungkan ke Internet dan pelajarpelajarnya didedahkan kepada teknik terkini dalam memperoleh ilmu. Para guru hanya bertindak sebagai fasilitator dalam proses pemerolehan ilmu oleh pelajar. Dalam kata lain, revolusi ICT ini akan mengubah corak hidup masyarakat Malaysia dalam setiap aspek kehidupan. Misalnya, dalam bidang pendidikan, penggunaan komputer dan Internet dapat menambahkan ilmu para pelajar dan mengurangkan bebanan guru. Secara langsung, peningkatan dalam taraf pendidikan dapat menguntungkan pelajar sendiri dan sekali gus juga keadaan di mana guru atau pengajar tidak mempunyai segala ilmu pengetahuan. Setiap pelajar mempunyai akses kepada Internet untuk memperoleh semungkin banyak maklumat terkini dalam apa saja bidang ilmu yang dikehendaki. Guru tidak dapat lagi diharapkan sebagai pembekal maklumat dalam alaf siber ini. Tambahan pula, pelajar dapat belajar mengikut kemampuan sendiri. Pelajar yang lebih maju dapat menyiapkan sesuatu tugasan dalam masa yang lebih singkat berbanding dengan pelajar-pelajar lain. Bengitu juga dalam dunia perubatan, teleperubatan dapat digunakan oleh pakarpakar perubatan untuk merawat pesakit di dalam negara kita sendiri. Pesakit-pesakit tidak perlu lagi pergi ke luar negara untuk mendapatkan khidmat rawatan pakar. Kaedah rawatan terkini dapat disalurkan kepada pakar-pakar tempatan melalui teleperubatan.


Hal ini bukan sahaja mengubah corak pengubatan malah dapat menjimatkan kos rawatan yang mungkin mencecah berjuta-juta ringgit. Perkembangan ICT juga menggalakkan e-dagang. Ribuan syarikat maya atau syarikat dot.com dapat diwujudkan untuk menjalankan urusan pelbagai perniagaan. Selain itu, suri rumah kini dapat membeli-belah melalui Internet dalam keadaan selesa dari rumah sendiri. Mereka tidak perlu bersesak-sesak untuk mendapatkan barang keperluan di pasar raya. Hal ini dapat menjimatkan masa para warga kota. Tambahan pula masalah kesesakan lalu lintas di ibu kota dan bandar-bandar utama di negara kita menjadi semakin tenat sejak beberapa tahun belakangan ini. Fenomena ini kian menghantui para pengguna yang ingin keluar untuk berbelanja. ICT juga telah merevolusikan bidang perindustrian. Barang-barang keluaran kilang kini dapat dengan lebih pantas berkat penggunaan komputer dan teknologi maklumat. Segala reka bentuk produk dapat dilakukan dengan pantas dan tepat melalui penggunaan teknologi moden ini. Pada hemat saya, setiap warga kita harus bersiap sedia untuk menghadapi revolusi ini dengan cekal dan tabah. Tiada cara lain melainkan melengkapkan diri dengan segala pengetahuan teknologi maklumat. Kita seharusnya belajar sebagai pengguna, sebelum belajar menjadi pencipta perkakasan dan perisian pada masa akan datang. Pelbagai aplikasi seperti sistem pengoperasian komputer, pemprosesan data, pengkalan data, multimedia, grafik, desktop publishing, spreadsheet dan sebagainya harus dikuasai untuk menjadi pengguna ICT yang cekap dan berkesan. Kesimpulannya, penguasaan ICT akan mempersiapkan kita untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. 7. Hobi penting dalam kehidupan seseorang. Setiap orang harus mempunyai hobi tertentu untuk mengisi masa senggangnya. Pada pendapat anda, apakah faedah yang dapat diperoleh seseorang dengan membabitkan diri secara cergas dalam sesuatu hobi. Secara umum, hobi dapat diertikan sebagai kegiatan yang dilakukan oleh seseorang pada waktu lapangnya. Terdapat pelbagai hobi yg menjadi kegemaran manusia. Antaranya mengumpul setem, membaca, memancing, berekspedisi, mendaki gunung, dan berkayak. Kini, kegiatan hobi ini semakin diabaikan oleh para remaja kita. Salah satu sebab yang sering disebut sebagai puncanya ialah kesuntukan waktu. Mereka merungut bahawa tugasan sekolah terlalu membebankan hingga pelajar tiada masa terluang untuk membabitkan diri dengan sesuatu hobi. Pada pendapat saya, faedah pertama hobi ialah dapat digunakan sebagai benteng untuk menghindarkan anak-anak muda daripada terjebak dengan gejala sosial yang tidak sihat seperti merokok, menagih dadah dan pil ekstasi, gangsterisme, dan amalan seks bebas. Hobi sebenarnya dapat dipupuk sejak dari kecil. Misalnya, permainan catur atau pun permainan dam tradisional dapat mengisi masa senggang pelajar. Kegiatan ini


dapat diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Seseorang yang sudah menguasai kemahiran permainan ini boleh menyertai pertandingan tertentu. Begitulah juga dengan hobi-hobi lain seperti mendaki gunung, ekspedisi berbasikal, berkayak, dan berkhemah dapat dijadikan kegiatan mengisi masa lapang seseorang anak muda. Mandangkan betapa pentingnya mempunyai hobi, pelbagai aktiviti rekreasi telah diterapkan dalam Program Rakan Muda sebagai aktiviti untuk membenteras gejala sosial. Malah Kementerian Belia dan Sukan sedadng melakukan beberapa perubahan untuk mencari imej baru kepada program Rakan Muda ini agar ia serasi dengan cita rasa remaja masa kini. Beberapa acara baru seperti luncur ais, dan mendaki gunung dengan basikal akan dimasukkan dalam senarai aktivitinya. Tegasnya, kesemua acara Program Rakan Muda dapat dimanfaatkan oleh para remaja kita sebagai hobi dan rekreasi. Sehingga kini, penyertaan remaja dalam program Rakan Muda belum menyeluruh. Remaja yang bermasalah didapati langsung tidak mengambil pusing akan rancangan murni kerajaan ini. Dalam hal ini, para ibu bapa dan guru harus menggalakkan remaja mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sebagai hobi bagi mengisi masa lapang masing-masing. Di samping dapat mengisi masa senggang, kegiatan-kegiatan hobi dan rekreasi juga dapat menyihatkan badan kita. Ingat, ‘Otak yang cergas bermula dari badan yang sihat’. Para remaja yang sihat tubuh badan dapat menjamin kesinambungan kepimpinan negara apabila tiba masanya. Sebagai pewaris bangsa dan penerus kepimpina negara, kaum remaja dan belia diharap dapat meneruskan tugas yang diamanahkan. Hobi juga dapat memupuk persefahaman dan sikap bertolak ansur antara masyarakat pelbagai kaum di negara kita. Contohnya, para kaki pancing yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat bertukar-tukar idea dan pendapat dalam sesuatu pertandingan pancing yang dianjurkan. Sesungguhnya hobi ini semakin popular di kalangan masyarakat kita dewasa ini. Selain dapat memanfaatkan hujung minggu seseorang, hobi ini juga sekali gus mendatangkan hasil, iaitu ikan yang dipancing dapat dijadikan sajian keluarga. Pada pendapat saya, setiap orang harus memupuk hobi tertentu bagi mengisi waktu yang terluang. Bak kata orang, ‘masa itu emas’. Masa yang berlalu tiak dapat diganti semula atau dikembalikan lagi. Oleh itu, saya menyarankan agar setiap remaja mengisi masa senggang masing-masing. Hobi juga dapat dijadikan sebagai benteng untuk membendung pengaruh negatif yang mudah menjangkiti golongan muda yang lazimnya tiada pegangan atau pendirian yang kukuh. 8. Kerajaan kita sedang berusaha gigih untuk mewujudkan sebuah masyarakat penyayang. Bincangkan cara-cara untuk mewujudkan masyarakat penyayang. Masyarakat penyayang dapat diertikan sebagai sebuah komuniti yang anggotanya mempunyai perasaan kasih sayang, hormat-menghormati, dan tahap toleransi yang tinggi. Kerajaan kita sedang berusaha gigih untuk mewujudkan masyarakat penyayang.


Terdapat beberapa cara untuk mewujudkan masyarakat penyayang. Pertamanya, melalui sistem pendidikan negara. Pendidikan Moral dan Pengetahuan Agama Islam haruslah diberikan penekanan. Nilai-nilai murni diterapkan merentasi semua mata pelajaran yang diajarkan di sekolah. Tujuannya untuk melahirkan masyarakat penyayang. Guru yang mengajar diperingatkan agar dapat membentuk pelajar yang berilmu serta mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang luhur. Seterusnya keluarga bahagia merupakan asas sebuah masyarakat penyayang. Pelancaran ‘Hari Keluarga Bahagia’ oleh pihak kerajaan memang menepati tujuan mewujudkan masyarakat penyayang. Keluarga merupakan unit asas yang dapat membina kesejahteraan negara. Keluarga juga merupakan tapak untuk membentuk dan memupuk nilai-nilai kemanusiaan secara berkesan dalam sanubari anggotaanggotanya, iaitu ibu bapa, anak, datuk dan nenek. Kesungguhan kerajaan dalam membentuk masyarakat penyayang tidak boleh dipandang sepi. Penganjuran Minggu Keluarga Bahagia, Program Curahan Kasih, Hari Kanak-kanak, Hari Warga Mas, dan program Anak angkat yang diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan sebuah masyarakat penyayang. Pendidikan agama merupakan cara efektif dalam menyemai nilai-nilai murni yang amat diperlukan untuk membentuk masyarakat penyayang. Hal ini kerana akhlak manusia adalah berpaksikan agama. Sebagai masyarakat majmuk, kita bernasib baik kerana suasana di negara kita cukup sesuai untuk mencapai matlamat ini. Sungguhpun agama Islam diangkat menjadi agama rasmi negara kita, namun agama dan fahaman lain dibenarkan. Setiap agama menganjurkan kepada kebaikan dan amalan nilai-nilai luhur dapat melahirkan manusia yang mempunyai nilai-nilai murni dan tulen. Nilai-nilai seperti ikhlas, beserta toleransi dan berhati mulia adalah sifat-sifat sejagat yang patut diterapkan dalam masyarakat penyayang. Setiap rakyat juga dapat memainkan peranan masing-masing dalam membentuk masyarakat penyayang. Usaha kerajaan tidak akan berjaya tanpa pembabitan rakyat jelata. Usaha kerajaan harus dilengkapi dengan sumbangan setiap warga. Dalam hal ini persefahaman, tolak ansur dan perhubungan mesra dapat dipuluk melalui amalan kunjung-mengunjungi semasa perayaan besar seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai, dan Perayaan Keamatan. Tidak ketinggalan, golongan yang berada dan kaya patut menghulurkan bantuan dan derma kepada golongan miskin dan daif. Dalam hal ini, pertubuhan dan kelab-kelab kebajikan sering membantu golongan yang kurang bernasib baik. Begitu juga, sumbangan badan bukan-kerajaan seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan St John Ambulans, Shelter, dan Befrienders telah membantu mewujudkan masyarakat penyayang. Seterusnya, beberapa undang-undang telah dikemaskini selaras dengan pewujudan masyarakat penyayang. Misalnya, Akta Keganasan Rumah Tangga (1998) dan Akta Perlindungan Kanak-kanak (1974) dipinda bagi menjaga kepentingan wanita dan kanakkanak. Rumusannya, pembentukan masyarakat penyayang dapat menjamin kesejahteraan keluarga, survival masyarakat dan kestabilan negara. Sebagai negara berbilang kaum, perpaduan rakyat hanya dapat dicapai melalui kewujudan masyarakat penyayang.


9. Kemasukan pendatang asing ke negara kita telah menimbulkan pelbagai masalah. Bincangkan baik buruknya kemasukan pendatang asing kepada negara kita. Kemasukan pendatang asing ke negara kita telah berterusan untuk sekian lama. Hal ini tidak dapat dielakkan kerana kebanyakan pendatang asaing terutama yang berasal dari negara-negara yang dilanda masalah dalaman seperti kepadatan penduduk tinggi, perang saudara, dan bencana alam menganggap negara kita sebagai syurga untuk mencari nafkah. Persoalan yang dibicarakan ialah baik buruknya kemasukan pendatang asing ke negara kita. Dari segi kebaikannya, kita mengalu-alukan kemasukan mereka. Hal ini kerana ekonomi negara kita tumbuh dengan pesatnya, iaitu pada kadar 8% setahun selama 10 tahun sehingga 1997 apabila negara kita dilanda kegawatan ekonomi. Oleh sebab itu, negara memerlukan banyak tenaga kerja khususnya dalam sektor pembinaan, perkilangan, perladangan, dan pembantu rumah. Dapat dikatakan hampir kesemua sektor yang tersebut di atas telah diisi oleh pekerja asing. Umumnya, mereka tidak terlalu memilih pekerjaan. Tambahan pula kadar upah yang dibayar kepada pekerja asing tidaklah begitu tinggi jika dibandingkan dengan pekerja tempatan. Tanpa pekerja asing, pastinya kita akan menghadapi masalah kekurangan pekerja. Sungguhoun mereka pekerja tidak mahir, sumbangan mereka kepada pembangunan dan kemajuan ekonomi negara kita tidak dapat dipandang ringan. Selain itu, pekerja asing dapat dijadikan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sektor industri negara. Operasi kilang pastinya akan terbantut tanpa sumbangan golongan ini kerana sebahagian besar guna tenaga dalam sektor ini terdiri daripada pekerja asing. Sikap rajin dan gigih yang ditunjukkan oleh pendatang asing ini memang digemari oleh para majikan. Majikan lebih rela mengupah pekerja asing daripada pekerja tempatan kerana umumnya pekerja asing ini lebih mudah diurus. Kesanggupan mereka bekerja tanpa mengira waktu telah menjadikan mereka mudah diasimilasikan badan budaya kerja setempat. Sementara itu, golongan ini juga mendatangkan pelbagai masalah sosial. Umpamanya, mereka yang mempunyai kecenderungan untuk merompak, merogol, memecah rumah, dan membunuh akan tetap menjalankan tabiat buruk mereka. Kes-kes inilah yang paling menonjol. Buktinya, bilangan kes seumpama ini telah banyak berlaku. Warga kita yang menjadi mangsa kekejaman pendatang asing ini semakin meningkat dari setahun ke setahun. Tegasnya, pendatang yang terdesak sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk mendapatkan wang. Keburukan seteruasnya, kehadiran mereka telah merampas peluang pekerjaan penduduk setempat. Sebagai pendatang, mereka sanggup menerima apa sahaja kadar upah yang ditawarkan oleh majikan. Majikan pula mengambil kesempatan menawarkan kadar upah rendah kepada mereka yang memasuki negara ini secara haram. Kemasukan pendatang secara beramai-ramai juga telah menimbulkan masalah penempatan. Oleh sebab tidak mampu menyewa tempat kediaman yang lebih selesa,


mereka mendirikan tempat kediaman yang lebih selesa, mereka mendirikan tempat kediaman di atas tanah kerajaan. Sebagai akibatnya, wujudlah kawasan setinggan yang menjadi tempat kediaman mereka. Anehnya, kawasan ini pula disediakan dengan pelbagai perkhidmatan asas seperti jalan raya, perkhidmatan telefon, bekalan air dan elektrik. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tahap keselesaan golongan pendatang haram ini adalah lebih baik daripada sebilangan besar penduduk luar bandar di negara kita. Sementara sesetengah pendatang asing yang datang secara tidak sah dipercayai membawa pelbagai penyakit. Sebagai contoh, baru-baru ini telah terdedah satu kes pendatang asing yang disahkan pembawa penyakit AIDS. Kemasukan warga asing swcara tidak sah jika sekali gus mengundagn pelbagai kegiatan maksiat. Terdapat di kalangan wanita daripada para pendatang asing ini terjerumus dalam kancah pelacuran kerana kegiatan ini dapat menjana pendapatan yang lumayan dan tidak perlu pula membanting tulang empat kerat. Kesimpulannya, keburukan akibat kemasukan pendatang asing ke negara kita mengatasi kebaikannya. Justeru, difikirkan bijak sekiranya kerajaan mengawal banjiran pendatang asing di negara kita. Tanpa kawalan ketat, dikhuatiri suatu hari nanti negara kita akan dikuasai oleh golongan pendatang asing.

10. Banyak ibu bapa percaya bahawa kelas tuisyen dapat meningkatkan prestasi akademik anak mereka. Pun begitu, tuisyen yang disediakan oleh pusat tuisyen juga mempunyai keburukannya. Bincangkan baik buruk mengikuti kelas tuisyen. Kini tuisyen menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat kita. Persekolahan seseorang pelajar dianggap tidak lengkap tanpa tuisyen. Tegasnya, tuisyen telah berakar umbi dalam sistem pendidikan negara kita untuk sekian lama. Apakah untung ruginya pelajar menghadiri kesal-kelas tuisyen? Melalui kelas tuisyen, pelajar mendapat bimbingan dan panduan untuk mengukuhkan pemahaman tentang sesuatu pelajaran yang telah diajarkan oleh guru di sekolah. Guru tuisyen lazimnya akan menggunakan kaedah yang termudah untuk menjelaskan sesuatu kekaburan kepada pelajar-pelajarnya. Selain itu, pelajar akan berasa lebih yakin untuk mengajukan sekolah-sekolah kepada guru tuisyennya berbanding dengan guru di sekolah. Biasanya, bilangan pelajar di dalam sebuah kelas tuisyen adalah kecil. Justeru, pelajar akan berasa lebih yakin dan selesa untuk berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan sekelas. Pelajar masa kini terlalu dibebankan dengan pelbagai tugas sekolah. Hal ini telah menghalang mereka daripada mengulang kaji. Kelas-kelas tuisyen dapat menyajikan peluang untuk para pelajar menelaah pelajaran. Kelas tuisyen biasanya menyediakan berpuluh-puluh set soalan untuk pelajar membuat latihan. Melalui latih tubi, calon akan dapat membiasakan diri dengan kertas


soalan peperiksaan. Dengan kata lain, pelajar berpeluang membiasakan diri dengan corak soalan peperiksaan sebelum menduduki peperiksaan. Pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tertentu dapat dibantu dengan menghadiri tuisyen untuk mata pelajaran tunggal. Berkat bimbingan guru tuisyen yang mahir dalam sesuatu mata pelajaran, pelajar-pelajar tersebut akan diberi lebih perhatian dan didedahkan dengan cara pembelajaran yang lebih berkesan. Di samping kebaikan, terdapat juga beberapa kelemahan dalam sistem pusat tuisyen. Umumnya, pelajar akan menjadi tidak berminat semasa berada di sekolah. Mereka sentiasa berfikir kelas-kelas tuisyen dapat dijadikan sebagai tempat pergantungan, justeru tidak perlu sangat memberikan perhatian semasa di kelas. Perkara sebegini menimbulkan masalah kepada guru di sekolah. Pelajar yang hilang semangat untuk belajar di dalam kelas akanmenimbulkan pelbagai masalah disiplin seperti menganggu perjalanan kelas, berasa gelisah, tidak membuat kerja yang disuruh oleh guru, dan sebagainya. Tuisyen yang dikendalikan di pusat-pusat tuisyen, pada umumnya sekadar mengulangi pelajaran yang diajarkan oleh guru-guru di dalam kelas. Hal ini semata-mata membuang masa pelajar. Lantas pelajar juga akan menjadi lesu kerana dihidangkan dengan bahan pelajaran yang sama. Pelajar-pelajar yang agak terkedepan dalam prestasi akademiknya akan terasa dirinya membuang masa di pusat-pusat tuisyen sekiranya bahan pengajaran yang disampaikan oleh guru tuisyen bersifat ulangan. Perkara ini sudah tentu akan menghambarkan semangat pelajar. Kelas-kelas tuisyen juga membuatkan pelajar bersifat malas kerana mereka tahu pusat tuisyen akan menyediakan nota selepas setiap pelajaran. Di samping itu, para ibu bapa juga terpaksa banyak mengeluarkan pembelajaran untuk membiayai yuran tiusyen yang agak tinggi sejak kebelakangan ini. Adat pusat yang mengenakan caj sehingga RM100 untuk dua mata pelajaran. Wang ini sebenarnya boleh digunakan untuk membeli buku ulang kaji yang juga dapat membimbing para pelajar. Seperkara lagi, pusat-pusat tuisyen lazimnya menggaji guru-guru yang tidak bertauliah. Biasanya lulusan SPM atau calon STPM yang sedang menunggu keputusan diambil sebagai guru untuk membimbing pelajar di pusat tuisyen. Tanpa pengalaman yang mencukupi serta kelayakan ikhtisas, mereka ditugaskan mengendalikan kelaskelas peperiksaan. Hal ini amat mendukacitakan kerana yuran tinggi yang dikenakan ke atas para pelajarnya. Rumusannya, perkembangan pusat-pusat tuisyen harus dipantau oleh pihak berkuasa agar mutu pengajaran dan bimbingan yang disediakan sejajar dengan statusnya sebagai pusat bimbingan untuk kecemerlangan.


11. Pengekalan tempat-tempat masyarakat. Bincangkan.

bersejarah

penting

sebagai

warisan

Bagi sesebuah negara, tempat-tempat bersejarah adalah penting sebagai warisan masyarakat yang mendukung negara tersebut. Negara kita juga adalah tidak terkecuali dalam hal ini. Semenangnya, pengekalan tempat-tempat bersejarah adalah penting sebagai warisan masyarakat kita sejak tertubuhnya Kesulatanan Melayu Melaka pada abad kelima belas lagi. Melalui pengekalan dan pemuliharaan kesan-kesan bersejarah, sesuatu bangsa itu dapat mempelajari sejarah negaranya dengan lebih berkesan. Di negeri Melaka Bandar Raya Bersejarah umpamanya, terdapat bangunan tersohor Kota A`Famosa, Perigi Hang Tuah, kawasan jirat Bukit China, tapak kaki Hang Li Poh, dan Bukit St. Paul. Kesemua tinggalan bersejarah ini sedikit banyak dapat mengingatkan kita akan kebesaran dan kehebatan Melaka sebagai sebuah kesultanan Melayu yang tersohor pada zamannya. Negeri Melaka pada ketika itu telah menjalinkan persahabatan dengan negara China. Pengekalan tempat-tempat berunsur sejarah juga penting sebagai khazanah warisan sesuatu bangsa. Kota Pengkalan Kempas, Candi Kota Bujang di Kedah, Muzium Maharaja Lela di Pasir Salak dan sebagainya dapat dipelihara sebagai khazanah bangsa yang tidak ternilai harganya. Tinggalan-tinggalan ini jelas menggambarkan perjuangan tulen anak watan dalam menegakkan maruah bangsa. Tanpa kewujudan kesan-kesan ini, kita tidak akan dapat mengetahui sejarah sebenar di sebalik perjuangan nenek moyang kita pada zaman dahulu kala. Dengan mengkaji kesan-kesan peninggalan ini, seseorang dapat meramalkan corak kehidupan dan masyarakat pada zaman itu. Usaha kerajaan negeri Melaka dalam mengekalkan beberapa buah bangunan tinggalan penjajah Belanda di Jalan Tun Tan Cheng Lock, dengan melarang pihak menaju merobohkannya serta mengubahnya menjadi hotel tertaraf lima bintang tidak lama dahulu adalan menifestasi pentingnya bangunan-bangunan yang bernilai sejarah. Selain itu, bangunan-bangunan bersejarah menpunyai nilai ekonominya yang tersendiri, khasnya untuk mengembangkan sektor pelancongan. Umum mengetahui para pelancong sama ada dari luar atau dalam negara ingin melawat ke tempat-tempat bersejarah. Antara tempat-tempat bersejarah di negara kita yang telah dipulihkan semula termasuklah Kota Cornwallis, Istana Kellis, Kota A` Famosa, Makam Mahsuri, tapak kaki Hang Tuah, dan Bangunan Sultan Abdul Samad. Sektor pelancongan dapat menjana sumber pendapatan untuk negara kerana para pelancong asing sudah tentu akan berbelanja semsa mereka menghabiskan cuti di sini. Saban tahun, ratusan juta ringgit dapat dikutip hasil daripada sektor ‘makan angin’ ini. Bangunan-bangunan bersejarah juga dapat menarik para pembikin filem untuk melakukan penggembaraan. Misalnya, tidak berapa lama, kumpulan Bollywood dari India telah melakukan penggembaraan di beberapa lokasi bersejarah di negara kita. Secara tidak langsung, filem-filem yang menggunakan latar belakang sejarah Malaysia dapat mempopularkan negara kita di mata dunia.


Selain itu, kesan-kesan bersejarah juga dapat mengimbas kembali nostalgia kepada golongan yang mengalami sendiri sejarah itu. Dala hal ini, para tawanan perang yang dikerah membina landasan kereta api antara utara Tanah Melayu dengan negara Siam dapat mengingat kembali segala pengalaman pahit maung mereka jika dibawa melawat ke tempat ini semula. Bagi mereka pembinaan landasan kereta api yang digelar sebagai ‘Landasan Maut’ meninggalkan banyak nostalgia pada jiwa mereka. Bangunan Balai Polis Bukit Kepong juga menyimpan seribu satu rahsia sejarah. Di sebalik penggambaran filem Laftenan Adenan Saidi, masyarakat kini dapat diperingatkan akan betapa besarnya pengorbanan para anggota polis dib alai polis itu semasa mempertahankannya daripada serangan pihak komunis. Para penonton dapat menghayatinya melalui paparan adegan-adegan yang begitu menyayat hati. Kesimpulannya, tempat-tempat bersejarah merupakan sebahagian warisan bangsa Malaysia. Tinggalan-tinggalan ini tidak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit. Di dalamnya tersingkap banyak kisah yang tidak terperikan dalam buku-buku sejarah.

12.

Warga tua merupakan asset kepda negara. Bincangkan.

Warga tua banyak berjasa kepada masyarakat dan negara semasa mereka muda. Sumbangan dan bakti mereka terhadap negara tidak ternilai dan mereka merupakan asset kepada negara. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menjadikan 1 Oktober sebagai hati Warga Tua. Di negara kita, pelbagai inisiatif dilakukan bagi memastikan agar warga tuan tidak tersisih daripada arus pemodenan negara. Cadangan untuk menaikkan usia persaraan kepada 60 tahun ialah cadangan yang baik. Hal ini demikian kerana pada usia 55 tahun, banyak pekerja masih lagi sihat tubuh badan dan dapat meneruskan kerjaya masingmasing. Menamatkan perkhidmatan mereka pada usia matang ini adalah semata-mata menutup pintu rezeki atau memaksa mereka berehat sedangkan mereka masih dapat menyumbangkantenaga. Malah apa yang lebih penting ialah golongan dalam usia ini kaya dengan pelbagai pengalaman pekerjaan yang tidak ternilai harganya. Sekiranya tenaga golongan ini tidak dimanfaatkan alangkah ruginya kerana segala pengalaman mereka tidak dapat diterjemahkan kepada usaha pembangunan dan kemajuan negara. Golongan veteran, terutamanya para profesional seperti doktor, hakim, jurutera, akuantan, guru, professor, doktor pakar, peguam, perancang dan penyelidik yang sudah berkhidmat berpuluh-puluh tahun tentu cukup kaya dengan pelbagai pengalaman yang dapat menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan negara seterusnya, jika mereka dibenarkan terus berkhidmat hingga satu tempoh tertentu. Dalam pada itu, yang lebih mendukacitakan ialah terdapat antara golongan ini yang diabaikan oleh anak-anak mereka. Sesungguhnya warga tua ini perlu dihormati dan diberikan perlindungan yang sewajarnya. Kebajikan dan penjagaan orang tua seharusnya menjadi tanggungjawab anak. Anak-anak wajib menghormati dan melindungi ibu bapa yang selama ini telah membesar dan memberikan didikan sempurna hingga mereka berjaya. Dengan kata lain, generasi muda harus membalas segala jasa dan budi yang pernah ditaburkan oleh para ibu bapa yang kini sudah


menjangkau usia tua. Bagi menjayakan hsrat ini, anak-anak harus dididik dengan pengetahuan agama sejak awal kehidupan mereka lagi. Tanggapan negatif remaja terhadap warga mas ini perlu dikikis. Dalam hal ini, institusi kekeluargaan amat penting. Memanglah golongan tua mempamerkan pelbagai ragam yang sukar difahami oleh golongan muda. Para ibu bapa haruslah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak agar mereka menghormati datuk dan nenek mereka yang sudah tua dan uzur. Menyedari sumbangan warga tua kepada negara pada suatu masa dahulu, kerajaan memutuskan untuk memberikan pelbagai keistimewaan kepada golongan ini bagi merealisasikan cita-cita untuk mewujudkan sebuah masyarakat penyayang. Misalnya, warga tua diberikan keistimewaan apabila menggunakan perkhidmatan awam seperti kereta api, dan kapal terbang dengan dikenakan separuh tambang sahaja. Selain itu, pihak kerajaan ingin menunjukkan teladan kepada masyarakat agar sanggup menghormati dan mengasihi warga tua yang dianggap kurang berguna lagi kerana sering uzur, banyak ragam dan cerewet. Kesimpulannya, warga tua harus dijaga dengan penuh perihatin, ksih sayang, rasa hormat dan keikhlasan agar mereka berasa gembira dan bahagian dalam menjalani sisa-sisa hidup mereka. Sementara itu, segala pengalaman dapat dicungkil dan dikongsi oleh generasi muda yang masih kurang matang. 13. Amalan rasuah ibarat kanser yang dapat memusnahkan masyarakat. Bincangkan punca-puncanya dan cadangkan langkah-langkah bagi membenterasnya. Akta Pencegahan Rasuah 1997 mendefinisikan amalan rasuah sebagai penerima apa-apa suapan sebagai dorongan, upah dan galakan untuk membolehkan seseorang melakukan sesuatu perbuatan atau tidak diambil sebarang tindakan undang-undng oleh pihak berkuasa. Antara contoh suapan tersebut termasuklah wang ringgit, komisen, hadiah, lessen, tanah dan seumpamanya. Persoalannya kini mengapa perbuatan rasuah ini boleh berlaku dan semakin berleluasa di negara ini pada saban tahun? Antara punca amalan rasuah termasuklah dorongan nafsu manusia yang inginkan kekayaan dalam sekelip mata. Umpamanya unutk mendapatkan sesuatu tender, para kontraktor yang bersaing sanggup mengeluarkan wang berjuta-juta ringgit sebagai suapan untuk mendapatkan tender itu. Mereka tahu peluangnya adalah berkali ganda daripada suapan yang diberikan kepada pihak yang meluluskan tender tersebut. Punca yang seterusnya disebabkan oleh kelembapan jentera pentadbiran kerajaan, Para peniaga dan pelabur inginkan sesuatu permohonan diluluskan dengan segera kerana bagi mereka masa itu adalah wang. Menunggu kelulusan sesuatu permohonan bermakna mereka akan kerugian dalam perniagaan. Lantas mereka rela menyuap pegawai-pegawai yang mempunyai kuasa meluluskan tender itu, Akibatnya si pemohon akan mendapat kelulusan dalam tempoh paling singkat.


Sebab lain yang menggalakkan perbuatan rasuah ialah faktor gaji rendah. Misalnya, seorang pegawai cenderung untuk menerima rasuah kerana tahap gajinya yang rendah tidak dapat menampung kehidupannya sekeluarga. Pada pihak si pemberi pula mereka mendapat faedah akibat sokongan diberikan kepada para pegawai berkenaan kerana dia tahu tiada tindakan undang-undang akan diambil terhadapnya sekiranya pihaknya melakukan sebarang kesalahan seperti membawa kenderaan dengan barangan melampaui berat muatan yang ditetapkan. Faktor hukuman yang tidak seberapa berat seolah-oleh telah menggalakkan amalan ini daripada berterusan. Para penerima rasuah tahu bahawa hukuman yang bakal dikenakan terhadapnya adalah ringan sahaja sekiranya dia disabitkan kesalahan. Malah sering kali seseorang yang dituduh akan terlepas bebas kerana bukti yang tidak cukup. Oleh hal yang demikian, keadaan ini terus berleluasa walaupun masyarakat pada zahirnya menganggap amalan rasuah ini sebagai perbuatan yang tidak bermoral. Antara langkah yang dapat membendung kalaupun tidak membenteras sama sekali kerana usaha pembenterasan tidaklah semudah yang dibayangkan. Sehubungan dengan ini, pihak berkuasa telah mengubal undang-undang yang lebih ketat dengan mengenakan hukuman yang lebih berat seperti memanjangkan tempoh penjara sehingga maksimum 14 tahun melalui pindaan ke atas Akta Pencegahan Rasuah (Pindaan 1997). Dengan mengenakan hukuman yang lebih berat sekurang-kurangnya akan dapat menakutkan sesiapa sahaja untuk terlibat dalam kegiatan rasuah sama ada pemberi mahupun penerima. Selain itu, Badan Pencegah Rasuah perlu menjalankan kempen agresif sepanjang masa bagi menyedarkan masyarakat akan betapa jijiknya amalan rasuah ini. Kempen pendidikan ini bertujuan melahirkan masyarakat yang bebas daripada amalan rasuah. Selain itu, kerjasama orang ramai diperlukan dalam membenteras amalan yang keji ini. Maklumat daripada orang ramai diperlukan bagi membolehkan tindakan yang berkesan diambil terhadap mana-mana pihak yang disyaki. Tanpa bukti yang cukup, kemungkinan kes ini tersingkir memang ada. Oleh itu, orang ramai haruslah bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menghapuskan amalan yang dianggap sebagai ‘barah masyarakat’. Tidak kurang pentingnya, komitmen dan iltizam daripada segenap lapisan masyarakat khasnya para pegawai Badan Pencegah Rasuah untuk menjayakan usaha membenteras amalan jijik ini. Mereka perlu benar-benar jujur dan ikhlas dalam melaksanakan tugas mendakwa pihak-pihak yang disyaki terbabit dalam amalan rasuah ini tanpa memilih bulu dan status. Rasuah sememangnya merupakan satu penyakit sosial yang harus dibenteras. Jika tidak, rasuah akan menjadi sebahagian daripada budaya hidup masyarakat kita yang pada akhirnya akan memusnahkan seluruh sistem pentadbiran negara kita.


14. Pemusnahan hutan secara berleluasa tanpa kawalan boleh menimbulkan pelbagai kesan yang membahayakan kehidupan manusia. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesannya dan bagaimana gejala ini dapat dibendung? Hutan yang wujud sejak berjuta-juta tahun dahulu merupakan khazanah terpenting bagi manusia. Antara sumber asli hutan termasuklah bekalan kayu balak, air, pemeliharaan hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan, pengawalan sistem ekologi, tanah dan tempat rekreasi. Oleh itu, segala khazanah yang terdapat di dalam hutan perlu dipelihara daripada mengalami kepupusan dan kemusnahan secara besar-besaran. Namun demikian, yang sebenarnya berlaku adalah bertentangan dengan kehendak manusia, terutamanya pencinta alam sekitar. Menurut kajian, kadar pemusnahan hutan tropika dianggarkan sebanyak 20 juta hektar setahun. Pemusnahan ini berlaku melalui beberapa cara. Antaranya ialah penebangan dan pembersihan hutan untuk tujuan penempatan, pertanian dan perindustrian, kegiatan pembalakan yang berleluasa dan amalan tanaman pindah seperti yang diamalkan oleh kaum asli di beberapa buah negara membangun. Sekiranya tindakan yang dilakukan oleh manusia ini berterusan, maka dijangkakan seluruh kawasan hutan tropika akan musnah dalam tempoh yang singkat. Oleh yang demikian, akan pupuslah ekosistem hutan tropika dan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengannya juga akan turut termusnah. Pada pendapat saya, kesan yang pertama ialah kesan ‘rumah hijau’. Hal ini memang hangat diperkatakan oleh pencinta alam di serata dunia. Kesan ‘rumah hijau’ ini timbul sebagai akibat berlaku peningkatan kuantiti gas karbon dioksida, bahan kimia CFC, metana, nitrogen dioksida, sulfur dioksida, dan ozon secara berlebihan di atmosfera. Kehadiran gas-gas ini menghalang pelepasa semula tenaga suria daripada permukaan bumi. Sebagai akibatnya, suhu bumi akan meningkat antara 4-6 0C. Keadaan negatif ini ditambah pula oleh ketiadaan liputan pokok-pokok untuk memantulkan semula pancaran matahari ke arah langit. Kesan kedua ialah pertambahan peratusan gas karbon dioksida di atmosfera. Pokok dan tumbuh-tumbuhan di hutan memerlukan karbon dioksida untuk membuat makanannya melalui proses otosintesis. Oleh sebab itulah hutan rimba merupakan suatu takungan karbon yang terbesar. Dianggarkan 500 – 700 bilion metric ton karbon terkandung di dalam hutan. Melalui penebangan, pembersihan dan pembakaran hutan untuk keperluan pembangunan yang dijalankan oleh manusia, kandungan karbon yang tersimpan dalam biojisim akan terlepas ke atmosfera dalam bentuk gas kerbon dioksida. Seterusnya, pemushanan hutan boleh menyebabkan terganggunya sumber bekalan air. Ekosistem hutan amat penting bagi menjamin sumber air yang mencukupi untuk kegunaan manusia. Kitar hidrologi yang berfungsi di kawasan tadahan hujan di hutan dapat menentukan kuantiti dan kualiti air. Jika hutan dimusnahkan, maka sistem kitaran air juga akan turut terjejas. Dari segi kuantiti, ekosistem hutan berperanan sebagai ‘tombol pelaras’ air yang mengawal kadar alirannya. Kewujudan hutan dapat mempengaruh iklim mikro atau iklim setempat. Hutan boleh mengurangkan suku setempat yang tinggi. Oleh sebab itulah, pokok-pokok sering


ditanam oleh manusia di sepanjang jalan di bandar-bandar besar. Tujuannya adalah untuk memperlambat pergerakan udara di sekitarnya secara mendatar dan memantulkan pancaran matahari. Dengan itu, suhu di bandar dapat diturunkan dan kehidupan manusia di kawasan itu akan menjadi lebih selesa. Berdasarkan hakikat inilah, pemusnahan hutan secara berleluasa akan meninggikan suhu setempat. Perkara ini sudah pasti merupakan kesan yang tidak begitu menyenangkan penduduk di sesebuah kawasan. Untuk membendung gejala buruk ini, beberapa langkah boleh dilaksanakan. Umpamanya, aspek pengurusan hutan hendaklah dikendalikan dengan lebih teratur dan secara profesional. Usaha pembalakan mestilah dikawal dengan lebih ketat lagi agar pokok-pokok muda dan spesies luar biasa tidak ditebang dengan sewenangwenangnya. Begitu juga dnegan hal pdembukaan dan penggunaan tanah-tanah hutan mesti dikawal dan dirancang supaya sistem ekologi hutan tidak tergugat. Kesimpulannya, hutan memang mudah untuk dimusnahkan. Namun, untuk menghidupkan semula sudah pasti akan memakan masa beratus-ratus tahun. Oleh sebab itu, usaha-usaha pemuliharaan hutan haruslah digiatkan Tujuannya adalah untuk menjamin keadaan persekitaran yang selesa untuk kehidupan di muka buki ini. 15. Hidupan liar di hutan belentara semakin terancam. Pelbagai spesies hidupan liar kini hampir pupus akibat aktiviti manusia. Berikan pendapat anda tentang aktiviti-aktiviti manusia yang mengancam hidupan liar dan pentingnya mengekalkan hidupan liar. Hutan, yang merupakan habitat hidupan liar, telah banyak dicerobohi manusia. Pelbagai aktiviti manusia telah memusnahkan habitat hidupan liar,dan seterusnya boleh mengakibatkan kepupusan hidupan liar. Aktiviti pembalakan dan pembersihan hutan merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kepupusan hidupan liar. Sebatang pokok yang ditebang sudah pastilah menyebabkan pokok-pokok kecil di sekelilingnya turut tumbang. Hal ini secara langsung memusnahkan habitat hidupan liar. Oleh yang demikian, jika aktiviti pembalakan ini dijalankan secara berterusan tanpa kawalan sudah pastilah habitat hidupan liar akan menjadi bertambah kecil yang seterusnya akan menyebabkan kepupusan hidupan liar. Kepupusan hidupan liar ini bukan sahaja berpunca daripada projek-projek pembangunan yang besar, malah amalan-amalan kecil dan sikap cuai manusia. Antaranya ialah lalai ketika menggunakan ubat pelali sewaktu menyelamatkan hidupan liar, mengenakan lati ikatan yang terlalu kuat sehingga boleh membunuh binatang dan tidak dapat menyediakan persekitaran yang sesuai bagi hidupan liar yang telah dijerat dan ditempatkan di pusat-pusat pemeliharaan. Oleh itu, hidupan liar perlu diberi perlindungan kerana hidupan liar ini dapat menyumbang pelbagai faedah kepada negara. Satu daripada sumbangan itu ialah menjadi asset yang berupaya memajukan sektor pelancongan. Tidak dinafikan bahawa kebanyakan para pelancong gemar melihat cara hidup hidupan liar secara dekat dalam alam persekitaran semula jadi. Taman Negara di Pahang, misalnya adalah sebuah taman hidupan liar yang hidup dalam alam semula jadi yang bukan sahaja berjaya menarik minat para pelancong dari dalam negara, malah dari luar negara. Binatang-


binatang liar yang terdapat di taman ini seperti harimau, seladang, gajah, rusa, dan seumpamanya yang hidup secara bebas menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk melancong di negara ini. Selain itu, perlindungan dan pemeliharaan hidupan liar mempunyai nilai ekonomi yang boleh mendatangkan pendapatan kepada sesebuah negara. Misalnya, melalui pengeluaran lesen-lesen kepada para pemburu untuk menembak rusa, babi hutan, burung, dan pelanduk. PERHILITAN memperoleh sebanyak RM30 000 hingga RM 500 000 hasil daripada pengeluaran lesen-lesen kepada para pemburu. Di samping itu, nilai dagangan antarabangsa bagi hidupan liar bagi negara kita amat tinggi, iaitu sekitar AS $ 12 juta setahun. Hidupan liar juga ialah aset penting dalam bidang penyelidikan perubatan demi kesejahteraan kesihatan manusia. Umpamanya, monyet yang dijadikan sebagai bahan eksperimen. Sebagai contoh, seseorang saintis yang berjaya mencipta ubat untuk sesuatu jenis penyakit tentunya ingin menguji ubat tersebut ke atas sesuatu hidupan sebelum disahkan layak digunakan oleh manusia. Oleh hal yang demikian, keberkesanan sesuatu penemuan baharu dalam bidang sains sememangnya memerlukan hidupan liar. Sebagai kesimpulannya, kerajaan harus mempergiat usaha untuk melindungi hidupan liar. Usaha membiak hidupan liar dalam kurungan juga harus dipergiat bagi menjamin kelestarian sesuatu spesies. Dengan itu, generasi yang akan datang berpeluang untuk mengenali dan menghayati hidupan liar. 16. Kerajaan menggalakkan rakyat menguasia bahasa-bahasa yang lain di samping bahasa Malaysia. Di sekolah, Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua pelajar. Bincangkan faedah-faedah menguasai bahasa-bahasa yang lain. Dalam era globalisasi ini, seseorang harus menguasia beberapa bahasa untuk memanfaatkan perniagaan global. Menyedari hal ini, kerajaan menggalakkan rakyat menguasai bahasa-bahasa yang lain, terutamanya bahasa Inggeris. Sememangnya menguasai bahasa-bahasa yang lain mendatangkan faedah yang banyak. Untuk menerap ilmu terkini yang kebanyakannya datang dari negara-negara Barat, kita harus menguasai bahasa Inggeri. Ilmu yang berkembang pesat dan menguasai kehidupan kita kini ilaah ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Menurut Bill Gates, pedmilik Syarikat Microsoft, iaitu syarikat pengeluar sistem operasi dan persisian computer yang terbesar di dunia, negara yang menguasai ICT akan menguasai dunia. Dalam hal ini, kita tidak boleh menunggu ilmu ICT yang terkini diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia. Hal ini demikian kerana sebuah buku ilmiah akan mengambil masa dua atau tiga tahun untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia. Pada zaman ledakan maklumat ini, ilmu ICT yang kita peroleh selepas dua atau tiga tahun sudah menjadi ilmu usang. Oleh itu, adalah bijak jika kita terus menerap ICT melalui bahasa Inggeris tanpa melalui proses penterjemahan yang mengambil masa yang lama lagi merugikan. Penguasaan bahasa-bahasa yang lain memperluas peluang perniagaan kita. Bahasa Inggeris ialah bahasa antarabangsa. Kelancaran berbahasa Inggeris


memudahkan kita berniaga di seluruh dunia. Urusan niaga antarabangsa seperti kontrak, akaun, dan laporan juga dijalankan dalam bahasa Inggeris. Jika kita menguasai bahasa Arab, pasaran negara-negara Arab yang luas dapat diteroka. Peniaga yang fasih berbahasa Cina atau berbahasa Jepun juga mempunyai peluang perniagaan yang lebih cerah di negara-negara berkenaan. Tegasnya, bahasa ialah kunci pintu kepada dunia perniagaan yang lebih luas. Kita juga mempunyai masa hadapan yang lebih cerah jika dapat menguasai bahasa-bahasa yang lain. Peluang pekerjaan kita lebih luas kerana banyak syarikat yang menjalankan perniagaan antarabangsa memerlukan kakitangan yang fasih dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, bahasa Jepun, atau bahasa Perancis. Kita juga dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan mudah. Kita juga dapat memperoleh ilmu pengetahuan melalui Internet kalai kita memahami bahasa Inggeris. Rakyat yang dapat menguasai bahasa asing dapat memajukan industri pelancongan. Jika rakyat kita fasih dalam pelbagai bahasa, rakyat kita dapat berkomunikasi secara berkesan dengan orang asing. Pelancong asing akan suka melancong ke Malaysia kerana pemandu pelancong kita dapat melayan mereka dengan baik dan mesra lantaran penggunaan bahasa mereka yang baik. Hal ini demikian kerana mereka tidak menghadapi masalah komunikasi di sini. Dengan itu, Malaysia akan menjadi destinasi pelancongan yang utama di kalangan pelancong asing. Sebagai kesimpulannya, kita perlu menguasai bahasa-bahasa yang lain supaya tidak ketinggalan dalam bidang perniagaan dan ilmu. Penguasaan bahasa-bahasa yang lain juga dapat menyempurnakan hidup kita di samping mencerahkan masa depan kita. 17. Pada suatu ketika dahulu, isu bahasa Malaysia baku hangat diperkatakan. Apakah yang anda faham tentang bahasa Malaysia baku dan bagaimana bahasa itu dapat menbantu dalam usaha pembinaan negara? Secara umumnya, masyarakat tidak begitu memahami apa yang dimaksudkan dengan bahasa Malaysia baku yang hangat diperkatakan tidak beberapa lama dahulu. Sebenarnya bahasa Mlaysia baku dapat ditakrifkan sebagai bahasa yang bentuknya telah diseragamkan, diterima oleh seluruh penutur sesuatu bahasa itu sebagai model, rujukan atau ukuran. Oleh yang demikian, jelaslah kepada kita bahawa bahasa Malaysia baku bukanlah bahasa yang wajib digunakan dalam semua situasi. Contohnya, dalam interaksi kita dengan anggota keluarga, pergaulan dengan rakanrakan atau pertemuan dengan para penjual di pasar, bahasa Malaysia baku tidak perlu digunakan. Kita hanya sekadar bercakap dalam bahasa Malaysia pasar menurut dialek masing-masing. Oleh itu, tidak timbul soal bahasa Malaysia baku mesti digunakan sepanjang masa dalam semua bentuk komunikasi kita. Begitulah juga halnya bukan semua orang perlu berbahasa baku. Contohnya, pak tani, nelayan, peladang ataupun pekerja am tidak melerlukannya. Sebaliknya, kakitangan kerajaan yang melaksanakan tugas-tugas rasmi, guru, pensyarah, pembaca berita dan penemu duga harus berusaha menggunakan bahasa Malaysia baku dan menguasainya dengan sebaik mungkin.


Dari segi definisi linguistiknya, bahasa baku atau bahasa standard ialah satu ragam bahasa yang digunakan dalam situasi formal dan untuk keperluan rasmi. Umpamanya dalam bentuk lisan, keperluan rasmi itu lazimnya berlaku dalam pengajaran guru di bilik darjah, ucapan oleh seseorang menteri sebelum merasmikan sesuatu upacara, mesyuarat dan taklimat dalam kalangan pegawai kerajaan, pertandingan syarahan dan lain-lain yang sebagainya. Dalam pendeklamasian sajak dan nyanyian, sebutan baku digunakan semata-mata untuk menyerlahkan nilai estiteka. Seterusnya, dalam bahasa tulisan, bahasa Malaysia baku wajar digunakan dalam segala urusan surat-menyurat dengan jabatan kerajaan, sekolah, dan firma; dalam arahan rasmi, pekeliling, laporan, tender, iklan pekerjaan, minit mesyuarat dan seumpamanya. Malangnya, dalam keghairahan kita memerkatakan tentang bahasa Malaysia baku, ramai orang yang tersalah erti dan menyamakan bahasa Malaysia baku sebagai sebutan bahasa Malaysia baku. Kekeliruan ini membayangkan seolah-olah bahasa Malaysia baku itu suatu perkara baru, pada hal bahasa itu telah lama digunakan di sekolah, jabatan kerajaan, stesen penyiaran dan media massa. Walau bagaimanapun, sebutan baku hanya merupakan salah satu aspek bahasa Malaysia baku. Sebenarnya, yang dimaksudkan dengan bahasa baku adlah lebih daripada itu. Bahasa yang digunakan oleh seseorang itu cuma dianggap baku apabila dia dapat menguasai kemahiran-kemahiran dalam sistem bunyi, ejaan, peristilahan, perkamusan dan tatabahasa. Oleh itu, sekiranya pengucapan kurang jitu, dia masih dianggap belum menguasai bahasa Malaysia baku. Demikian juga cara pentakrifan baku untuk bahasa-bahasa lain. Dalam hal pembinaan negara, bahasa Malaysia telah diangkat menjadi Bahasa Kebangsaan apabila termaktubnya Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957. Oleh itu, peranan bahasa Malaysia sebagai salah satu tonggak pembinaan negara menjadi semakin penting. Selaras dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa Malaysia menjadi lambang perpaduan dan kedaulatan bangsa Malaysia. Di samping menjadi bahasa perhubungan antara semua kaum di negara ini, bahasa Malaysia juga semakin penting untuk digunakan dalam pelbagai hal kompleks dan canggih seperti dalam bidang akademik, kehakiman dan keadilan, perindustrian dan perdagangan, penyelidikan dan kajian dan seumpamanya. Dalam usaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak inilah maka bahasa Malaysia baku mampu dan wajar digunakan untuk menanganinya. Bahasa perhubungan biasa yang disebut sebagai ‘bahasa kolokial’ tidak akan berupaya menjadi wahana untuk memperkatakan bidang ilmiah dan pentadbiran negara. Dalam konteks ini juga, kita memerlukan bahasa Malaysia baku sebagai bahasa formal dan bahasa pembina banga dan negara. Kesimpulannya, bahasa Malaysia baku dapat memainkan peranan penting dalam memantapkan penggunaan bahasa. Hakikatnya, bahasa Malaysia baku tidak menghalang perlanjutan dialek-dialek dalam bahasa Malaysia kerana bahasa ini hanya diwajibkan dalam situasi formal dan tujuan rasmi.


18. Walaupun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sudah berusia lebih setengah abad, namun masih belum boleh dianggap telah berjaya melaksanakan tugasnya mengawal keamanan dunia. Bersetujukah anda dengan pandangan ini? Selepas Perang Dunia Kedua, satu badan dunia yang dinamakan sebagai pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBBP) telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 bagi menggantikan Pakatan Bangsa-bangsa terdahulu yang telah gagal menyelamatkan manusia dan dunia daripada kemusnahan yang dicipta oleh manusia sendiri, dalam perang yang berlanjutan selama lima tahun. Tujuan di sebalik penubuhan PBB adalah untuk mengekalkan keamanan dunia, terutamanya daripada bahaya peperangan. Di samping itu, PBB juga ditubuhkan untuk menyelesaikan sebarang masalah dunia dalam bidang politik, ekonomi, sosial, kesihatan, pendidikan dan seumpamanya. Tidak ketinggalan juga PBB diwujudkan bertujuan memberi bantuan kepada negara-negara miskin yang memerlukan bantuan, terutamanya dalam bidang ekonomi, sosial dan politik melalui pelbagai agensi di bawahnya. Secara peribadi, saya bersetuju dengan pandangan di atas. Pertikaian dan persengketaan antara negara-negara terus berlaku sekalipun pelbagai inisiatif dilakukan oleh badan itu. Terbaru ialah kegagalan Majlis Keselamatan PBB dalam mematahkan pencerobohan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya terhadap Iraq. Kegagalan kali ini jelas menunjukkan ketidakupayaan PBB dalam mengawal keamanan dunia seperti yang diidam-idamkan oleh seluruh umat manusia. Selain itu, contoh yang menarik perhatian kita ialah konflik antara negara Palestin dengan Israel yang telah berlarutan lebih separuh abad. Walaupun terdapat usaha-usaha untuk berdamai oleh PBB, namun ternyata tindakan badan dunia itu telah gagal dan pertelingkahan terus berlaku. Jelas sekali, ratusan ribu nyawa tidak berdosa telah melayang dalam kemelut itu. Persoalan yang bermain di kepala orang ialah apakah yang sebenarnya menghambat pelaksanaan pelan damai ‘The Pease Road Map’ di Wilayah Timur tengah itu? Dalam masa yang sama, keadaan telah menjadi lebih meruncing sejak kebelakang ini kerana kedua-dua belah pihak saling melancarkan serang bom berani mati. Senario ini sering dikaitkan dengan serangan pengganas terhadap Pusat Danagnan Dunia (WTC) pada 11 September 2001 yang kini dikenali sebagai peristiwa 911. Sekiranya diteliti, krisis di Timur Tengah itu merupakan ‘duri dalam daging’ kepada keamanan dunia. Punca pertelingkahan itu ialah pembentukan sebuah rejim Yahudi iaitu negara Isreal oleh pihak British yang enggan diiktiraf oleh pihak Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Pergolakan terus memuncak apabila tebing Gaza dan Bukit Golan ditawan oleh pihak Isreal pada tahun-tahun yang berikutnya.Insideninssiden ini semakin mengocakkan suasana yang sememangnya sukar untuk diselesaikan. Di pihak yang lain pula, walau apa pun prasangka dan kritikan yang dilemparkan kepadanya, PBB terus menyambut cabaran-cabaran yang bertali arus dan berusaha menangani setiap satunya.


Antara kejayaan utama PBB ialah menyelesaikan persengketaan di Korea pada tahun 1993 yang berakhir dengan pembahagian negara tersebut kepada dua, iaitu Korea Utara dan Korea Selatan. Dalam isu tersebut, Amerika Syarikat sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan terpaksa campur tangan bagi menyekat serangan Korea Utara terhada Korea Selatan yang di bawah cengkaman tentera Komunis Soviet Rusia pada ketika itu. Seperkara lagi, dunia kini bersifat unipolar dengan Amerika Syarikat bertindak sebagai ‘kuasa dunia tunggal’ selepas tumbangnya kesatuan Republik Soviet pada awal tahun 1990-an. Kekuatan dan kesombongan negara Uncle Sam itu sentiasa berjaya menundukkan Majlis Keselamatan PBB dengan kuasa vetonya. Ahli-ahli Majlis Keselamatan lain seperti Britain, Perancis dan China sentiasa akur dengan kehendak Amerika Syarikat. Pada hemat saya, seluruh struktur PBB harus dirombak semula bagi memberikan kuasa yang lebih kepada negara-negara kecil yang menganggotai Majlis Keselamatan. Misalnya, negara Afrika Selatan, India, Venezuela atau Malaysia wajar dilantik sebagai satu daripada 15 anggota Majlis Keselamatan PBB bagi menyuarakan pandangan negara-negara sedang membangun. Kesimpulannya, reformasi struktur PBB dan Majlis Keselamatan perlu dilaksanakan segera demi mewujudkan sesuatu badan dunia yang efektif dalam mengawal keamanan dunia. 19. Pelaburan asing memainkan peranan penting dalam proses pembangunan sesuatu negara. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang pelru dijalankan bagi menggalakkan pelaburan asing di negara ini? Pelaburan asing merupakan nadi penggerak dalam pembangunan sesebuah negara. Kemasukan pemodal-pemodal asing bukan sahaja dapat menambahkan pendapatan negara dan meningkatkan guna tenaga, malahan dapat mempercepat pemidahan teknologi dan kepakaran dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Justeru, kerajaan sentiasa menggalakkan pelaburan asing secara langsung (FDI) di negara kita. Negara-negara yang menjadi pelabur lazim di negara kita termasuklah Amerika Syarikat, Jepun, Taiwan, singapura, Hong Kong, Jerman dan sebagainya. Dalam usaha meningkatkan pelaburan asing, perngurniaan status perintis (PS) untuk membolehkan syarikat-syarikat multinasional yang baru bertapak di negara ini menikmati kemudahan pengecualian cukai haruslah diteruskan sebgai satu skim galakan. Kerajaan juga harus melonggarkan syarat pelaburan asing untuk membenarkan rakyat memiliki ekuiti yang lebih besar sehingga 100%. Dalam konteks ini, Akta Perhubungan Industri, 1975 (ICA) harus dipinda bagi memberi insentif yang dicadangkan ini. Baru-baru ini, kerajaan juga telah melaksanakan kelulusan visa industri kepada syarikat-syarikat dari Taiwan dengan serta merta. Tujuannya bagi mempermudah dan mempercepat usaha pembinaan kilang-kilang asaing di pesisir pantai Malaysia. Selain itu, kestabilan politik sesebuah negara juga dapat mempengaruhi para pelabur membuat keputusan untuk melabur di negara berkenaan. Malaysia amat


bertuah kerana selama ini negara kita menikmati kestabilan politik. Faktor ini telah berjaya menarik banyak pelabur mendirikan kilang dan operasi mereka di negara kita semenjak awal tahun 1970-an lagi. Namun begitu, kerajaan masih terus berusaha menarik lebih banyak lagi pelaburan asing ke dalam negara kita. Penghantaran rombongan penggalakan pelaburan ke luar negara adalah langkah wajar untuk menarik kemasukan pelaburan asing. Melalui misi pelaburan, diharapkan dapat menarik lebih banyak pelabur-pelabur mendirikan industri mereka di negara ini. Usaha ini dibuat melalui pamerak, seminar pelaburan, mesyuarat serta laporan dan promosi media massa di negara-negara asing. Zon-zon perindustrian yang sesuai dan kemudahan infrastruktur yang sempurna juga penting dalam menjayakan sesuatu projek pelaburan baru. Oleh yang demikian, dalam usaha menarik pelaburan asing, tapak perusahaan yang strategik harus disediakan bagi memikat para pelabur berpotensi untuk melabur di negara kita. Di samping itu, kemudahan asas dan inftastruktur seperti sistem telekomunikasi canggih, lebuh raya efisien, sistem pengangkutan selesa, dan sebagainya haruslah disediakan bagi menjayakan mana-mana projek pelaburan asing. Antara kawasan perindustrian yang disediakan termasuklah Zon Perdagangan Shah Alam, Batu Berendam, Alor Gajah, Semambu, Gurun, dan Senawang. Daya produktivitinya yang tinggi bukan sahaja dapat menjimatkan kos pengeluaran, bahkan memaksimumkan kadar keuntungan sesuatu projek pelaburan. Hal ini sejajar dengan hasrat pelabur asing. Jika kerajaan melaksanakan rancangan latihan kepakaran untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan tenaga buruh setempat, nescaya pelabur asing akan lebih terpikat untuk melabur di negara kita. Suatu perkara yang tidak kurang penting ialah setiap pekerja setempat diberi latihan vokasional yang secukupnya bagi menangani keperluan guna tenaga dan tuntutan sezaman. Kesimpulannya, jika Malaysia terus menawarkan sokongan yang menarik, nescaya negara ini akan berjaya menjadi pusat penting bagi pelabur-pelabur. Namun demikian, di sebaliknya keghairahan menarik pelaburan asing (FDI) kita harus sentiasa berhati-hati agar pelaburan itu tidak mendatangkan implikasi negatif yang boleh membebankan negara. 20. Industri pelancongan di Malaysia boleh dimajukan lagi kerana negara ini mempunyai pelbagai daya tarikah yang unggul. Secara umumnya, sumber utama daya tarikan tersebut ialah alam dan manusia. Berdasarkan pandangan ini, bincangkan untung ruginya kempen ‘Citi-cuti Malaysia’ yang dilancarkan oleh kerajaan. Industri pelancongan kian maju di negara kita kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dnegan keindahan alam semula jadi dan pelbagai kebudayaan yang terhasil melalui kawujudan masyarakatnya yang berbilang bangsa, agama dan kaum. Dengan kekayaan tersebut, Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan sebagai sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di dunia.


Melalui kempen ‘Cuti-cuti Malaysia’ yang dilancarkan oleh Kementerian Pelancongan, industri pelancongan telah memasuki satu era baharu. Usaha-usaha yang lebih gigih telah dijalankan bagi menarik minat rakyat Malaysia untuk melancong di dalam negara sendiri. Sebenarnya, kempen ini diilhamkan ketika kemerosotan ekonomi melanda rantau ini pada pertengahan tahun 1997. Ekonomi negara merundum dan pelbagai sektor ekonomi terjejas. Bagi membangunkan semula ekonomi, sektor pelancongan difikirkan sebagai sektor yang dapat menjana pendapatan negara. Justeru, rakyat diajak melancong ke serata distinasi pelancongan di dalam negara sendiri. Kempen ini diteruskan hingga ke hari ini kerana didapati berkesan. Kewujudan keadaan kondusif ekoran pengisytiharan Sabtu pertama dan ketiga sebagai cuti umum telah menyemarakkan lagi sektor pelancongan dalam negara. Pada dasarnya, kempen ‘Cuti-cuti Malaysia’ oleh kerajaan telah membawa keuntungan kepada negara. Industri ini telah berjaya meningkatkan pendapatan negara. Rakyat menjadi semakin bersedia untuk bercuit dan berbelanja, kecuali bagi tempoh awal tahun 2003 akibat wabak SARS (Sindrom pernafasan akut yang teruk) yang melanda seluruh dunia. Kesan secara langsung ialah kempen ini telah berjaya menyelamatkan berbilion ringgit wang Malaysia daripada mengalir ke negara luar. Selain itu, dengan memilih untuk bercuti dan melancong dalam negara sendiri bukan saja dapat menyekat aliran keluar wang negara, malah telah membantu membangunkan sektor pelancongan domestik. Seterusnya, oleh sebab industri pelancongan merupakan satu aktiviti ekonomi yang berintensifkan tenaga buruh, maka peluang pekerjaan yang lebih banyak dapat diwujudkan untuk penduduk tempatan. Misalnya, industri perhotelan, kraftangan dan sebagainya yang berkembang bersama-sama industri pelancongan telah menyediakan peluang pekerjaan kepada banyak anak muda dan lepasan sekolah. Selain itu, kemudahan infrastruktur juga mendapat kesan positif daripada kemajuan dalam industri pelancongan. Kini semakin banyak jalan raya dan lebuh raya yang dibina oleh kerajaan. Selain untuk memajukan sektor ekonomi di sesuatu tempat, tidak dinafikan juga pembinaan tersebut adalah untuk tujuan kemajuan industri pelancongan. Destinasi-destinasi pelancongan yang terletak di kawasan luar bandar seperti Homestay, Ecotourism station, air terjun, bukit peranginan dan seumpamanya kini dihubungkan dengan bandar-bandar melalui rangkaian sistem jalan raya dan lebuh raya yang canggih. Dalam pada itu, kempen ini yang disasarkan kepada pelancong dalam negara juga telah berjaya membawa masuk lebih 600 000 pelancong asing dari negara-negara serantau seperti negara China, Singapura, Hong Kong, dan Taiwan. Berjuta-juta ringgit dalam bentuk tukaran asing telah berjaya dikaut sebagai akibat kemasukan pelancongpelancong dari negara-negara tersebut bagi tempoh tiga tahun pertama kempen ‘Cuticuti Malaysia’ dilancarkan. Namun demikian, kempen ‘Cuti-cuti Malaysia’ yang bertujuan membangunkan sektor pelancongan dalam negara juga mendatangkan pelbagai kesan sampingan. Secara langsung rakyat digalakkan berbelanja lebih tanpa memikirkan akibatnya. Tanpa


disedari juga sikap penduduk terhadap keseronokan akan meningkat. Sebagai akibatnya, daya produktiviti penduduk akan menurun kerana keinginan untuk bekerja keras semakin pudar tahun demi tahun. Pendek kata, kecenderungan untuk bersantai mengatasi kesungguhan untuk bekerja. Rumusannya, industri pelancongan yang dipolularkan melalui kempen ‘Cuti-cuti Malaysia’ sememangnya telah memberikan keuntungan yang besar kepada negara, lebih-lebih semasa negara dilanda kemerosotan ekonomi paling teruk sejak krisis pertengahan tahun 1980-an. Namun dari aspek lain, kesan negatifnya juga harus ditangkis agar daya produktiviti rakyat tidak terjejas. 21. Menjelang tahun 2020, tugas dan peranan guru menjadi semakin mencabar. Bincangkan cabaran-cabaran yung bakal dihadapi oleh guru Malaysia pada waktu itu. “Tugas dan peranan guru semakin mencabar’. Itulah ungkapan yang sering kita dengar sejak kebelakangan ini. Sungguhpun demikian, menjelang tahun 2020, beban tugas dan tanggungjawab guru dijangka bertambah sekali ganda lagi memandangkan perubahan sosial yang berlaku dengan begitu pantas dewasa ini. Pertamanya, guru menjelang tahun 2020 terpaksa berdepan dengan set masalah disiplin yang lebih gawat. Jika pada dewasa ini para guru terpaksa bergelut dengan pelbagai ragam pelajar seperti ponteng sekolah, bergaduh, terbabit dalam aktiviti gengstrisme, melawan kekuasaan guru dan seumpamanya, tetapi menjelang 2020, profesion keguruan akan dirundung dengan bermacam-macam masalah yang tidak kunjung padam kerana pada waktu sudah tentu jauh berbeza daripada keadaan pada hari ini. Diketepikan dahulu masalah disiplin pelajar, guru tahun 2020 perlu memperlengkap diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Hal ini kerana pada ketika itu, bidang ilmu akan berkembang pada kadar ‘mega’ dan bukan lagi kadar ‘supar’ sebagaimana yang berlaku pada masa kini. Seorang guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran di sekolah sudah tentu terpaksa mengisi dadanya dengan kemajuan ilmu sedemikian rupa sekiranya tidak ingin ketinggalan. Kemungkinan terjadinya keadaan pelajar lebih maju daripada guru adalah tidak mustahil kerana perkembangan dan kemajuan dalan bidang teknologi maklumat dan komunikasi bagitu pesat sekali. Justeru, kelayakan untuk menjadi seorang guru akan lebih tinggi daripada yang diperlukan sekarang. Dengan hanya memiliki segulung ijazah mungkin tidak memadai. Seseorang guru 2020 mungkin terpaksa memiliki beberapa kelayakan lain selaion kelayakan ikhtisas dalam profesion keguruan. Sebagaimana yang kita ketahui, peranan guru tidak akan terhad kepada bilik darjah lagi. Seseorang guru perlu memperlengkap diri dengan pelbagai ilmu bantu serta pengetahuan tambahan untuk memainkan peranannya dengan berkesan. Malah, tugas dan peranan guru pada tahun 2020 mungkin diperluas oleh keraaajn. Pada ketika itu, kaum guru mungkin diminta untuk membimbing masyarakat


sekelilingnya dalam usaha memajukan negara. Masyarakat mungkin dahagakan ilmu pengetahuan yang diperlukan untuk memajukan diri, dan guru mungkin dipertanggungjawabkan untuk memastikan kejayaan ini. Dengan kata lain, kaum guru diharapkan sebagai obor pemangkin kemajuan masyarakat menjelang tahun 2020. Berbalik kepada pelaggan asal guru, iaitu golongan pelajar. Pada tahun 2020 kelak, para pelajar mungkin tidak lagi dapat menerima kaedah pengajaran dan pembelajaran sebagaimana sekarang. Harapan dan tuntutan kaum pelajar sudah tentu akan menggunung tinggi. Jika guru tidak bersedia menghadapinya, sudah tentu mereka akan mudah kecundang di tangan pelajar yang lebih maju dan canggih. Justeru, guru 2020 perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam mengendalikan tugas dan peranan mereka sebagai pendidik. Selain penggunaan computer yang begitu canggih serta terkini, guru perlu menguasai bahasa Inggeris kerana waktu itu bahasa inilah yang akan menjadi lingua franca pelbagai ilmu masyarakat pelajar Malaysia. Tidak dapat tidak, kecekapan berbahasa perlu dikuasai sebagai wadah penyampaian dan pemindahan ilmu teknologi tinggi. Guru tidak dapat lari daripada hakikat dan perkembangan mutakhir ini. Seperkara yang tidak kurang pentingnya ialah disiplin pelajar. Pada masa itu, pengaruh luar terhadap diri pelajar dijangka lebih hebat lagi berbending dengan sekarang. Keruntuhan moral dan salah laku pelajar akan kian buruk kerana pada ibu bapa terpaksa berlumba mencari nafkah dan keperluan diri. Mahu tidak mahu, keadaan ini menuntut komitmen dan keprihatinan guru-guru yang harus menerima hakikat bahawa golongan pelajar adalah terlalu sensitif dan mudah tersinggung apabila mereka ditegur. Oleh sebab itu, guru-guru mesti menggunakan kebijaksanaan dan diplomasi semasa menyelesaikan masalah-masalah yang sentiasa bertali arus. Sekimpulannya, sudah pasti guru pada tahun 2020 tidak dapat mengelakkan diri mereka daripada menghadapi cabaran demi cabaran yang membelit bidang persekolahan pelajar. Selagi seseorang guru itu sanggup menggunakan akal fikiran dan tenaganya, sudah pasti setiap masalah dapat ditangani dengan mudah. Oleh itu, mahu tidak mahu, kaum guru pada hari ini terpaksa membuat persediaan awal bagi menghadapi zaman yang kian getir dan mencabar menjelang tahun 2020.

22. Walaupun merokok adalah amalan yang menjejaskan kesihatan seseorang, amalan ini masih diteruskan secara berleluasa. Bincangkan keburukan amalan merokok dari aspek kesihatan dan dekonomi. Umum mengetahui keburukan amalan merokok sama ada dalam aspek kesihatan mahupun dari aspek ekonomi. Namun tabiat ini sukar dibendung malah telah menjadi rutin segolongan besar masyarakat kita tidak mengira remaja atau dewasa, lelaki ataupun wanita. Di Malaysia sendiri, golongan remaja lelaki merupakan golongan utama yang mebghisap rokok. Bagi mereka, dengan menghisap rokok mereka dapat menghilangkan ketegangan perasaan dan fikiran yang dialami dan juga sebagai suatu kepuasan.


Sebenarnya, perbuatan merokok merupakan salah satu punca yang menyebabkan berlakunya penyakit barah paru-paru, arteri jantung dan batuk kering. Para penghisap rokok yang menghisap sebanyak 40 batang rokok atau lebih dalam sehari adalah 30 kali lebih berkemungkinan untuk diserang penyakit barah paru-paru. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), merokok menyebabkan 90% daripada jumlah kes penyakit barah paru-paru dan 75% daripada jumlah kes penyakit kerongkong yang tenat. Asap rokok mengandungi sebatian-sebatian seperti benzpiren, fenol, dan hidrogen sianida yang mencemarkan paru-paru. Di samping itu, tar tembakau yang mengandungi nikotin juga menyebabkan ketumbuhan sel-sel barah. Keadaan ini menyebabkan kesihatan para perokok menjadi terjejas dan tidak hairanlah laporan WHO yang menyatakan bahawa seramai 4.5 juta orang mati pada setiap tahun sebagai akibat keracunan dioksida dan nikotin yang berpunca daripada rokok. Penghisap rokok biasanya mempunyai bibir yang hitam, gigi yang kuning dan kuku yang pucat. Mereka juga kadang kala kelihatan tidak bermaya sekiranya tidak menghisap rokok dalam jangka waktu yang agak panjang. Merokok juga mengakibatkan nafas berbau. Asap rokok bukan sahaja membahayakan perokok malah turut membahayakan kesihatan orang yang berada di sekitarnya. Apabila asap rokok dihembus oleh prokok, orang yang berhampiran dengannya akan turut menghidu asap tersebut dan mencemarkan paru-paru serta menjejaskan kesihatan mereka. Asap rokok turut menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Misalnya, jika terdapat 100 yang menghisap rokok di suatu ruang yang sempit, maka udara di kawasan itu akan tercemar. Andainya terdapat ramai orang yang menghisap rokok di sesuatu kawasan yang telah tercemar, kesihatan penduduk di kawasan itu sudah pasti akan terganggu. Menurut laporan WHO seterusnya, perkok-perokok membelanjakan kira-kira RM600 bilion pada setiap tahun untuk membeli 10 000 bilion batang rokok. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penduduk di dunia ini membazirkan terlalu banyak wang hanya untuk membeli rokok. Lebih baik sekiranya jumlah wang yang besar itu dibelanjakan untuk memperbanyak kemudahan-kemudahan awam, infrastruktur sosial, pendidikan masyarakat, perkhidmatan hospital dan seumpamanya. Para remaja yang menghisap rokok juga membelanjakan wang dengan jumlah yang banyak semata-mata untuk membeli rokok. Bagi pelajar-pelajar bersekolah pula, wang saku yang diperoleh daripda ibu bapa digunakan untuk membeli rokok. Sesungguhnya, perbuatan itu hanya akan merugikan diri mereka sendiri, masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, pihak ibu bapa dan guru haruslah mempastikan anakanak mereka dan para pelajar tidak menjadi perokok. Meskipun kerajaan memperoleh pendapatan yang besar melalui cukai daripada perniagaan rokok namun usaha-usaha untuk mencegah amalan merokok itu tetap dijalankan. Langkah kerajaan mengharamkan iklan rokok di kaca televisyen merupakan suatu langkah bijak untuk mengelakkan lebih ramai orang yang menghisap rokok. Langkah menaikkan harga rokok melalui duti importnya juga berjaya mengurangkan jumlah perokok di negara ini.


Kesimpulannya, amalan merokok merupakan perbuatan yang amat berbahaya kepada kesihatan manusia. Amalan ini juga merugikan kerana banyak wang ringgit yang dibakar menjadi abu. Kerjasama daripada semua pihak, terutamanya para perokok amat perlu agar amalan ini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.

23. Keracunan makanan dimaksudkan sebagai makanan yang dicemari scara tidak sengaja oleh bahan kontaminan racun. Bincangkan sebab-sebab berlakunya keracunan makanan dan cadangkan langkah-langkah mengatasinya. Makanan ialah sumber tenaga utama untuk hidupan menjalankan segala aktikviti termasuk denyutan nadi, dan tumbesaran. Secara umumnya, zat-zat yang terkandung dalam makanan dapat dibahagikan kepada kerbohidrat, protein, lemak vitamin, dan garam mineral; selain air dan pelawasn. Hakikatnya, terdapat empat sebab yang menjadikan keracunan dalam makanan boleh berlaku. Pertama, keracunan makanan berlaku sebagai akibat seseorang yang termakan makanan yang tidak bersih atau makanan yang mengandungi racun. Racunracun seperti racun serangga, racun tikus, racun rumput atau lalang, diketahui pernah termasuk dalam makanan dan mencemarinya. Sesetengah bahan makanan mempunyai racun asli. Antaranya ialah beberapa jenis cendawan dan ubi kayu yang diketahui mempunyai bahan pelindung yang beracun. Sekiranya kita tersalah makan bahan-bahan makanan ini, akibatnya amatlah buruk. Di samping itu, keracunan makanan juga boleh berlaku sekiranya seseorang itu memakan hiduoan akuatik yang mengandungi racun. Umpamanya, sungai atau kolam yang terletak berhampiran dengan kilang-kilang industri memang mudah tersemar sekiranya langkah-langkah rawatan sisa-sisa toksik tidak diambil oleh pihak kilang sebelum membuangkan sisa toksik ke dalam sungai-sungai itu. Dalam hal ini, sudah pastilah hidupan akuatik di dalam sungai berkenaan seperti ikan, udang dan ketam akan turut tercemar dengan bahan-bahan beracun. Oleh yang demikian, jika hidupan akuatik ini dijadikan sebagai sumber makanan manusia, pasti kejadian keracunan makanan akan berlaku. Seperkara lagi, keracunan makanan juga boleh berlaku melalui penggunaan makanan yang diawet untuk mengelakkannya daripada mengalami kerosakan. Dalam proses pengawetan ini, ada kemungkinan makanan tersebut tidak dibersihkan dengan secukupnya terlebih dahulu. Oleh itu, jika semakin lama makanan itu disimpan, maka semakin membiaklah virus di dalamnya. Sesiapa yang memakannya sudah pasti akan keracunan makanan. Di Malaysia, persitiwa keracunan makanan yang paling menyedihkan berlaku pada tahun 1988 di Perak. Dalam kejadian tersebut, dilaporkan seramai 17 orang muridmurid sekolah telah meninggal dunia sebagai akibat temakan sejenis makanan mi yang disebut sebagai ‘laoshufen’.


Walau apa sekalipun punca keracunan makanan, langkah-langkah tertentu untuk mencegahnya daripada berlaku haruslah diambil, khususnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Antaranya termasuklah mendidik para pelajar, terutamanya muridmurid sekolah rendah memilih makanan yang sempurna, iaitu dengan memilih makanan yang berkhasiat dan menghapuskan amalan suka memakan makanan ringan yang tidak berkhasiat, mudah memudaratkan. Dalam hal pencegahan juga, kerajaan haruslah bersungguh-sungguh mengambil tindakan menguatkuaskaan undang-undang yang berhubung dengan amalan keselamatan dan penyelidikan makanan. Umpamanya, Akta Makanan (1993) dan Peraturan Makanan (1985) yang memperuntukkan langkah-langkah memelihara keselamatan makanan dan cara-cara mengendalikan bahan makanan, wajib dikuatkuasakan dengan tegas pada setiap masa. Begitu juga dengan Akta Racun Makhluk Perosak (1974) yang bertujuan untuk menjamin bahan makan daripada keluaran pertanian tidak tercemar oleh penggunaan racun perosak yang berlainan, perlu dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi. Di samping itu, para pengguna perlulah membersihkan semua sayur-sayuran, buah-buahan atau apa-apa juga bahan makanan sebelum dimasak atau dimakan. Pihak Kementerian Kesihatan atau MARDI pula haruslah mempergiat usaha-usaha penyelidikan dan pengujian ke atas semua bahan makanan dan minuman yang dikeluarkan oleh petani atau syarikat pengeluar untuk mempastikan bahan makanan dan minuman itu benar-benar selamat dimakan atau diminum sebelum dijual kepada para pengguna. Selain itu, badan-badan sosial seperti Persatuan Pengguna haruslah memainkan peranan yang proaktif bagi menngingatkan masyarakat umum tentang bahaya dalam makanan. Sebagai penutupnya, langkah-langkah pencegahan sebelum berlakunya keracunan makana adalah lebih berfaedah daripada usaha-usaha untuk cuba mengubati seseorang yang mengalami keracunan makanan.

24. Pengalam-pengamal perubatan tradisional seperti dukun, bomoh, pawang, dan singse masih popular pada zaman moden ini walaupun kini terdapat begitu ramai doktor pakar dalam pelbagai bidang. Bincangkan baik buruknya perubatan tradisional dalam kehidupan masyarakat moden. Perubatan tradisional merupakan cara rawatan yang sering diamalkan di kampong-kampung dan kawasan pendalaman. Pengamal-pengamal perubatan yang mengubat pesakit mengikut cara tradisional dikenal sebagai dukun, bomoh, pawang atau singse. Hakikatnya, tujuan utama perubatan tradisional sama dengan perubatan moden, iaitu untuk merawat dan menyembuhkan penyakit yang dihadapi oleh manusia. Namun demikian, kedua-dua cara pengubatan ini amat berbeza sekali. Justeru, kini kerajaan telah mula memberi perhatian serius kepada penggunaan ubat-ubatan tradisional supaya ubat-ubatan itu dapat memberi sumbangan positif kepada masyarakat dan berusaha untuk membenteras dan menghapuskan sama sekali penyalaghunaan ubatubatan dan cara pengubatan tersebut.


Sama halnya dengan pengubatan moden, perubatan tradisional juga mempunyai kebaikan dan keburukan. Kebanyakan pesakit yang gagal diubati secara perubatan moden akan beralih kepada perubatan tradisional. Selepas menerima rawatan tradisional dan dalam jangka masa yang tertentu, golongan pesakit ini secara beransuransur akan bertambah baik dan sembuh. Oleh sebab itulah, mereka menyatakan bahawa perubatan tradisional lebih mujaran berbanding dengan perubatan moden. Sememangnya wujud beberapa jenis penyakit ganjil yang tidak dapat disembuhkan oleh perubatan moden, seperti penyakit-penyakit yang sering dikaitkan dengan perubatan ilmu sihir, dirasuk, dan terkena buatan orang. Hakikatnya, pesakit yang menghadapi penyakit ini hanya dapat dipulihkan melalui perubatan secara tradisional. Sehubungan dengan ini, peranan pakar-pakar perubatan tradisional tidak harus dipandang ringan oleh masyarakat moden. Pendek kata, perubatan tradisional masih mempunyai tempat di kalangan anggota masyarakat. Ditinjau dari aspek bayaran pula, para pesakit yang menerima rawatan perubatan tradisional lazimnya hanya perlu membayar kos rawatan yang jauh lebih rendah daripada rawatan moden. Ini merupakan satu kelebihan dan alternatif yang baik kepada para pesakit, khasnya mereka daripada golongan miskin yang tidak begitu mampu mendapatkan rawatan perubatan moden. Hal ini ditenatkan lagi apabila seseorang pesakit perlu menjalani pembedahan, yang kosnya mungkin membabitkan berpuluh-puluh malah ratusan ribu ringgit. Namun demikian, di samping kebaikan, pengubatan tradisional juga ada keburukannya. Ada antara pengamal perubatan tradisional yang mencemarkan nama baik profesion mereka. Mereka didapati sering kali menggunakan kesempatan dan kebolehan mereka untuk menipu orang ramai seperti dengan mengenakan wang pendahuluan yang terlalu tinggi bagi memulakan pengubatan mereka. Di samping itu, ada pengamal perubatan tersebut yang mengambil kesempatan daripada pesakit-pesakit yang lemah, khasnya kaum perempuan. Peristiwa seperti ini sering dilaporkan dalam akhbar setempat kebelakangan ini. Puluhan kes pesakit wanita dicabul atau dirogol oleh pengamal perubatan tradisional semasa mendapat rawatan amat membimbangkan orang ramai, khasnya mereka yang bercadang untuk mendapat rawatan sedemikian. Kejadian-kejadian seperti ini sekali gus telah menjejaskan nama baik para pengamal perubatan tradisional. Seperkara lagi, kebelakangan ini timbul keraguan akan keselamatan ubatan tradisional. Kes seorang pesakit yang maut di Kuala Terengganu baru-baru ini akibat makan ubat-ubatan yang diberi oleh pengamal perubatan tradisional semasa merawatnya. Persoalan yang timbul di sini ialah pengamal perubatan tersebut mungkin telah mengampurkan bahan kimia yang tidak dibenarkan atau akar-akar yang beracun. Insiden seperti ini sepatutnya diberi perhatian serius oleh pihak Kementerian Kesihatan agar keselamatan dan kesihatan orang ramai yang mendapat rawatan cara tradisional adalah terjamin. Sehubungan dengan itu, pemantauan dan pemeriksaan lebih kerap dan teliti harus dijalankan terhadap para pengamal perubatan tradisional. Kesimpulannya, sebagai satu alternatif kepada cara perubatan moden, rawatan melalui kaedah tradisional haruslah diberi perhantian sewajarnya. Pihak kerajaan haruslah bertindak untuk mempastikan bidang perubatan tradisional ini tidak dicemari


oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang boleh merosakkan imej para pengamalnya.

25. Rukun Negara merupakan tonggak tatasusila rakyat Malaysia. Bincangkan. Rukun Negara merupakan tinggak tatasusila rakyat Malaysia. Sebagai falsafah negara, Rukun Negara dapat disamakan dengan Pancasila negara Infonesia. Proses penggubalan Rukun Negara bermula sebaik saja selepas peristiwa hitan, 13 Mei 1969. Majlis Perundingan negara yang dipergerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dipertanggungjawabkan untuk merangka falsafah nasional tersebut sehingga menjadi pegangan seluruh rakyat Malaysia. Ekoran daripada penggubalan falsafah tersebut, Rukun Negara dilafazkan oleh pelajar sekolah pada setiap hari di bilik darjah masing-masing. Tidak lama kemudian amalan ini tiba-tiba dihentikan. Kini, Rukun Negara hanya dilafazkan dalam majlis-majlis tertentu sahaja, seperti sambutan Hari Kebangsaan dan pelbagai pertandingan seperti syarahan, bercerita, dan perbahasan. Kini, selepas lebih 30 tahun diperkenalkan, Rukun Negara cuba dihidupkan dan diterapkan pada jiwa sanubari generasi pasca Merdeka melalui pelbagai cara dan kempen. Usaha terbaru ialah melalui kempen “Aku, Kau Seiring’ oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tujuan kempen adalah untuk mengingatkan generasi muda akan bertapa pentingnya perpaduan kaum dikekalkan demi menjamin kelangsungan negara Malaysia. Dalam hal ini, Rukun Negara digunakan sebagai wadah dan jambatan bagi mencapai matlamat murni ini. Sesungguhnya, peristiwa hitam yang menimpa negara pada tahun 1969 yang kini lebih popular dikenal sebagai peristiwa 13 Mei telah menyedarkan para pemimpin negara bahawa sesuatu falsafah perlu dicipta untuk dijadikan sebagai pegangan seluruh masyarakat Malaysia tanpa mengira fahaman politik, anutan agama, bangsa, dan keturunan. Justeru, lahirlah Rukun Negara dengan lima prinsip utamanya. Kelima-lima prinsip Rukun Negara dirangka berdasarkan keperluan nasional dan rupa bantuk komposisi penduduk negara kita. Prinsip pertama, Kepercayaan Kepada Tuhan bersifat universal dan menuntut agar setiap warga menganuti kepercayaan agamanya sendiri. Seperti mana yang dimaklumi, setiap agama dan kepercayaan menganjurkan nilai-nilai ke arah kebaikan. Justeru, tujuan sebenar di sebalik prnsip pertama Rukun Negara ini adalah untuk mencipta sesuatu masyarakat yang mempunyai pegangan kuat terhadap ajaran agama masing-masing. Sebagai tonggak tatasusila rakyat Malaysia, Rukun Negara juga menetapkan rakyat menumpukan taat setia yang sepenuhnya kepada raja dan negara melalui prinsip keduanya, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Sebagai sebuah negara mengamalkan dasar demokrasi berparlimen, rakyat dituntut agar melafazkan kesetiaan tanpa berbelah bahagi kepada raja yang menjadi naungan setiap rakyat dan juga symbol perpaduan Negara. Negara di sini menjadi tempat setiap warga terteduh serta tempat mencari nafkah hidup.


Prinsip ketiga pula, iaitu keluhuran Perlembagaan bermaksud Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tubuh negara harus disanjung dan dipatuhi pada setiap masa. Sekiranya rakyat gagal mematuhi undang-undang, maka akan porak perandalah negara kita. Sementara prinsip keempat pula, Kedaulatan Undang-undang bermaksud sebagai sebuah negara merdeka, kita bebas menentukan haluan kita sendiri. Kita menolak sebarang campur tangan asing dalam pentadbiran negara kita. Di sana, sekali lagi, rakyat diseru agar bersedia mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara apabila keadaan kemerlukan. Sehubungan dengan itu, setiap warga bertanggungjawab memastikan undang-undang negara kita tidak dilanggar oleh mana-mana pihak luar, sama ada orang perseorangan mahupun secara berkumpulan. Tegasnya, negara kita adalah menjadi tanggungjawab kita dalam mempertahankannya. Prinsip kelima yang tidak kurang pentingnya, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan bermaksud setiap rakyat Malaysia mesti mempamerkan tahap kelakuan yang terpuji sesuai dengan amalan budaya masing-masing. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Justeru, terdapat unsur-unsur kepelbagaian dalam amalan kebudayaan. Walaupun demikian, setiap warga dikehendaki menunjukkan perilaku yang sopan dan bertatasusila dalam kehidupan seharian. Rumusannya, Rukun Negara sebagai falsagah nasional haruslah dihayati dan diamalkan oleh setiap rakyat sesuai dengan tatasusila dan norma masyarakat kita tanpa sebarang unsur paksaan. 26. Pesta Buku Malaysia telah berlangusng baru-baru ini. Anda sempat berkunjung ke pesta itu. Gambarkan suasana dan keadaan di pesta buku tersebut. Tepat jam 8.00 pagi pada hari minggu lepas, aku dan 40 orang peljar sekelas bertolak dengan bas yang disewa khas menuju ke Pesta Buku Malaysia yang diadakan di ‘Pusat Membeli-belah The Mines’. Sebaik kakiku melangkah msuk pintu, hatiku terpegun apabila melihat suasana dewan yang luas dan meriah itu. Para pengunjung pesta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah yang berpakaian seragam, orang dewasa, dan juga kanak-kanak. Oleh sebab pesta buku ini diadakan pada musim cuti sekoah, pengunjung begitu ramai sekali. Kami terpaksa berhimpit-himpit ketika bergerak dari sebuah gerai ke sebuah gerai yang lain. Walaupun begitu, tidaklah semua gerai berada dalam keadaan penuh sesak dengan pengunjung. Aku memerhatikan gerai-gerai yang menjual buku rujukan peperiksaan dan majalah hiburan dikerumuni banyak pelawat. Aku difahamkan oleh pegawai di kaunter informasi bahawa pesta kali ini disertai oleh sebanyak 72 syarikat penerbiran dari dalam dan luar negara. Suasana di pesta Buku Malaysia 2004 laksana bertih digoreng kerana suara para pengunjung dan penjual mengisi seluruh ruangan pameran. Pengunjung sibuk bertanyakan judul-judul buku yang dijual. Sementara pihak penjual pula sibuk melayan setiap pertanyaan yang diajukan oleh pelanggan.


Selain gerai-gerai menjual pelbagai jenis buku, terdapat juga gerai yang menjual kaset, VCD, dan alat bantu mengajar. Kaset-kesat yang dijual merupakan kaset perbualan dalam pelbagai bahasa asing seperti bahasa Jepun, Thai, Perancis dan Jerman. Aku hanya sekadar membelek-belek pembalut plastik kaset-kaset tersebut. Tiada keinginan untuk memilikinya kerana harga yang terpampang di luar kemampuanku. Berbagai-bagai VCD yang dipamerkan, sesetengahnya terunsur pendidikan dan tidak kurang pula yang bersifat hiburan semata-mata. Aku menjangka golongan kanak-kanak yang paling gemar menonton VCD yang bercorak kartun dan pertarungan antara kuasa-kuasa ajaib. Di tengah-tengah dewan yang serba indah itu, terdapat satu sudut bercerita. Kanak-kanak berpeluang berhibur dengan mendengar cerita-cerita yang disampaikan oleh tukang cerita. Pelbagai cerita fantasi dan pengembaraan untuk manfaat mereka. Aku tidak segan silu menyelinap di dalam sudut ini sekadar untuk mengenang kembali nostalgia cerota-cerita yang pernah diceritakan oleh guru semasa aku belajar di sekolah rendah dulu. Namun, aku mendapati cerita kanak-kanak kini jauh lebih maju kerana telah diubahsuai dengan perubahan zaman. Banyak unsur sains, computer, dan pengembaraan diterap ke dalam cerita-cerita khayalan ini. Dalam hati kecilku, aku menduga kanak-kanak pasti terpegun dan terhibur dengan cerita-cerita itu. Tidak jauh dri sudut ini terdapat pula sebuah pentas kecil. Kelihatan beberapa orang sasterawan sedang menandatangani karya-karya mereka. Antara yang kukenali ialah Datuk A. Samad Said dan Rahman Shaari. Kedua-duanya tidak putus-putus menjawab kemusykilan daripada para pengunjung. Pasti banyak antara yang bertanya ialah pelajar sekolah yang ingin mengetahui rahsia untuk mencipta karya sastera. Setelah mengunjungi hampir semua gerai, aku berasa keletihan. Aku singgah sebentar di sebuah gerai makan untuki membasahkan tekak. Tatkala itu, sahabat karibku, Mohamad Isa menghampiriku. Dia menemaniku di meja sambil berbual-bual tentang kehebatan pesta buku ini. Perbualan kami berkisar di sekitar jenis-jenis buku yang dipamerkan. Jam di tanganku menunjukkan hampir pukul 12 tengah hari. Perutku mula berkeroncong. Aku dan rakan-rakan lain berkumpul di luar pintu besar dewan untuk menaiki bas. Ketiga-tiga orang guru pengiring kami berada di sana. Kami menuju ke sebuah restoran tidak jauh dari tapak pesta untuk makan tengah hari sebelum berangkat pulang.

27. Baru-baru ini, kampung anda telah menyambut ulang tahun ke-100. Anda turut mengambil bahagian dalam sambutan itu. Tulis suasana dan keadaan di perayaan yang tersebut. Tanggal 19 Mac 2004 banyak meninggalkan kenangan yang sukar aku lupakan. Pada tarikh tersebut, kampungku Kampung Seri Jati telah menyambut ulang tahun yang ke -100. Sesungguhnya, sambutan ini telah lama aku nantikan. Kini sahlah kampungku telah mencecah usia intan selama kewujudannya.


Pelbagai acara telah disusun untuk menyambut hari yang penuh bermakna ini. Semenjak pagi-pagi lagi, seluruh isi kampong telah membanjiri padang yang terletak di sebelah balai raya. Tanpa mengira darjat dan usia, mereka datang untuk memeriahkan majlis sambutan yang julung-julung kalinya diadakan di kampungku. Aku tidak melepaskan peluang untuk turut serta kerana peluang hanya datang seakli dalam seumur hidup. Suasana perayaan begitu terasa dengan kehadiran banjiran manusia yang aku anggar tidak kurang daripada tiga ribu orang. Majlis perasmian gilng-gemilang telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka, negeri Hang Tuah. YAB Ketua Menteri yang telah disambut dengan paluan kompang oleh Kumpulan Kompang kampong ini telah diajak menaiki gajah, lambang kenderaan popular pada zaman silam untuk sampai ke astaka. Beliau telah diarak oleh 100 orang pemuda pemudi kampong ini yang masing-masing menunggang motosikal Jaguh. Selepas upacara perasmian, YAB dibawa melawat ke gerai-gerai pameran. Antaranya gerai yang mempamerkan sejarah kampung ini, gerai yang menjual hasil kraf tangan penduduk setempat dan gerai-gerai makanan. Sebanyak 100 gerai disediakan oleh pihak Jawatankuasa Sambutan Ulang tahun ke-100 Kampung Seri Jati. Perayaan ini turut disertai oleh penduduk dari kampung-kampung sekitarnya seperti kampung Jus, Nyalas, SelandarHilir, Simpang Bekoh dan Bukit Asahan. Mereka tidak mahu melepaskan peluang bersama-sama penduduk Kampung Seri Jati meraikan ulang tahun ini. Beberapa acara menarik telah diadakan sempena perayaan ulang tahun ini. Antaranya Pesta Sukan Rakyat yang disertai oleh golongan tua dan muda. Kelihatan para penonton ketawa hingga tidak kering gusi kerana gelagat peserta-peserta yang mencuit hati. Mislanya dalam pertandingan memanjat tiang licin bagi mendapatkan bendera ‘Jalur Gemilang’, penonton tidak putus-putus memberikan sokongan kepada peserta pilihan mereka dengan jeritan dan lolongan yang mengamatkan suasana. Bagitu juga pertandingan lari berganti-ganti dalam guni berjaya menghiburkan semua yang hadir. Acara memakai terompah gergasi juga tidak kurang hebat sambutannya. Pada sebelah petang pula, perlawanan bola sepak telah diadakan. Pertandingan sungguh sengit. Suasana padang menjadi bingit dnegan suara dan jeritan para penonton yang menyokong pasukan pilihan masing-masing. Johan acara ini telah disandang oleh Kelab Tenaga Kilat dari Kampung Nyalas. Turut dilangsungkan ialah pertandingan suara burung. Seramai 30 orang peminat burung merbuk telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Burung yang muncul sebagai johan suara paling merdu ialah bukung merbuk kepunyaan pak Hassan dari Kampung Bukit Asahan. Para pengunjung juga telah dihiburkan dengan pelnagai acara nyanyian, sketsa, lawak jenaka, dan lakonan yang dipersembahkan oleh bakat-bakat muda kampung ini. Suasana pada malam perayaan bertambah marak apabila penyenyi terkenal Siti Nurhaliza muncul di pentas. Para penonton begitu asyik menghayati lagu-lagu yang dibawanya. Selesai satu lagu, keadaan di padang menjadi gamat dengan tepukan dan pekikan penonton yang memintanya menyanyikan lagu-lagu lain pula. Penyanyi yang jelita itu turut melayan permintaan para peminatnya.


Sesungguhnya perayaan ulang tahun ke-100 penubuhan Kampung Seri Jati banyak meninggalkan kenangan manis dalam jiwaku. Sebagai anak jati kampung ini, inilah kali pertamanya kampungku mengadakan pesta sebegini meriah. Aku bangga menjadi salah seorang daripada penghuni kampung ini.

28. Sekolah anda telah mengadakan pesta ria sempena Hari Terbuka sekolah. Seminggu sebelumnya, seluruh warga sekolah telah bertungkus lumus membuat persiapan untuk pesta tersebut. Gambarkan suasana kesibukan membuat persiapan tersebut selengkapnya. Tanggal 15 Ogos 2004 bersamaam hari Ahad, sekolahku akan mengadakan pesta ria sempena Hari Terbuka sekolah. Inilah julung-julung kali sekolah mengadakan Hari Terbuka. Seminggu sebelumnya, seluruh sekolah seolah-olah dalam suasdana berpesta. Para pelajar, guru serta pekerja sibuk menjalankan tugas masing-masing. Persiapan rapi ini amat penting dalam menentukan kejayaan pesta ria ini. Pintu gerbang sekolah dibaik pulih semula untuk memberi wajah baru. Kelihatan beberapa orang pelajar lelaki sedang mengecat pintu gerbang tersebut. Di jenang pintu gerbang itu tertulis frasa “Selamat Datang ke Pesta Ria� sebagai mengalu-alukan para pelawat. Seluruh warga sekolah telah sama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar. Sesungguhnya kebersihan melambangkan keperibadian seseorang. Begitu jugalah dengan sekolah. Sekolah yang bersih dapat memberi imej yang baik kepada masyarakat setempat yang datang berkunjung pada hari itu. Berpuluh-puluh tong sampah disediakan di sekitar sekolah untuk kegunaan orang ramai. Di padang sekolah pula, para pekerja sibuk mendirikan khemah untuk dijadikan sebagai gerai-gerai jualan dan permainan. Selepas kerja pemasangan siap, jawatankuasa pesta melabelkan setiap gerai. Kesemuanya sebanyak 32 gerai disediakan. Rumput di sekitar kawasan sekolah juga dimesin supaya kelihatan besih dan kemas. Bunyi enjin mesin rumput amat membingitkan telinga yang mendengar. Namun, keadaan tidak selesa ini hanya buat seketika sahaja. Tidak ketinggalan juga semua bilik darjah dikemas dan dicuci kerana akan dijadikan sebagai bilik pameran. Segala hasil kerja tangan pelajar dan bahan bantu mengajar yang dibuat oleh para guru akan dipamerkan. Bilik-bilik ini juga akan digunakan oleh beberapa syarikat swasta yang aakn mempamerkan barang keluaran mereka. Aku dan pelajar-pelajar lain begitu berkobar-kobar menantikan Pesta Ria tersebut. Kami berharap semua acara akan berjalan seperti yang dirancang. Untuk tujuan ini, Tuan Pengetua telah mengadakan mesyuarat dengan semua pengerusi jawatankuasa kecil bagi menghadapi sebarang masalah yang mungkin timbul.


Sebuah bilik juga disediakan sebagai bilik urusetia pesta. Beberapa orang pelajar perempuan kelihatan sedang menghias bilik operasi itu. Tiga buah mikrofon dipasang di meja utama untuk memudahkan para petugas menjalankan tugas masingmasing. Selain itu, markas ini juga akan dijadikan sebagai DJ Korner untuk membolehkan para pengunjung meminta sebarang lagu untuk ditujukan kepada rakan, guru, atau sanak saudara mereka. Sementara di dewan sekolah pula, beberapa orang pelajar yang akan menunjukkan persembahan kebudayaan pada hari Pesta Ria sedang gigih menjalani latihan. Bunyi muzik mengisi seluruh ruang dewan. Sekali-sekala kedengaran deraian gelak-tawa yang berpanjangan daripada pelajar-pelajar berkenaan. Mungkin ada sesuatu yang mencuit hati rakan mereka hingga hilai tawa bersambung-sambung. Sebagai pengarah projek, perasaan aku semakin hari semakin gelisah. Aku percaya aku dihantui bayang-bayang sendiri sungguhpun segala persiapan dapat dianggap terbaik. Aku berharap perasaan ini akan lenyap sebaik sahaja selesai Pesta Ria ini. Persiapan terakhir ialah memastikan masyarakat setempat sanggup datang mengunjungi Pesta Ria kami. Jika tidak, segala penat lelah kami akan menjadi sia-sia. Untuk ini, aku telah menghubungi pihak radio untuk menyiarkan promosi terhadap acara kami ini. Masa bergerak sungguh pantas. Esok tibalah hari yang dinanti-nantikan. Aku hanya mendoakan agar cuaca pada pagi esok cerah. Semoga Tuhan Yang Maha Esa dapat memakbulkan permintaanku ini.

29. Anda berpeluang untuk membeli-belah di sebuah pasar raya yang tersohor di ibu kota. Gambarkan suasana dan keadaan di pasar raya tersebut. Cuti persekolahan tiba lagi, Aku menghabiskan minggu pertama cuti di rumah ibu saudaraku di Kuala Lumpur. Beberapa tempat menjadi destinasi lawatanku. Namun, tempat yang paling aku nantikan ialah pusat beli-belah. Ibu saudaraku telah membawaku ke sebuah pusat beli-belah tersohor, iaitu MidValley Mega Mall yang ketika itu baru sebulan dibuka untuk perniagaan. Kompleksnya begitu besar dan terletak tidka jauh dari stesen RTM. Oleh sebab kompleks beli-belah raksasa ini terletak di suatu lokasi strategik, tempat ini sentiasa dikunjungi ramai. Tambahan, medan kenderaan yang terletak di bawah kompleks mengenakan bayaran yang amat berpatutan. Masuk sahaja ke perut kompleks, udara dingin menerjah ke tubuhku di samping telingaku ditusuk dengan pelbagai lagu yang berirama lembut dan sentimental. Dengangan lagu-lagu ini diselangi dengan pelbagai pengumuman oleh DJ yang bertugas. Walau bagaimanapun, suara lunak dna nyanyian itu kerap ditenggelami oleh suara riuh rendah para pengunjung yang membeli-belah di situ. Keadaan menjadi lebih hiruk pikik pada musim cuti sekolah dan hujung minggu.


Pelbagai ragam manusia dapat diperhatikan di sini. Terdapat pelanggan yang serius datang untuk membeli-belah. Sesetenganhnya hanya merayau-rayau untuk mengisi masa lapang. Kelihatan juga pasangan muda yang mundar-mandir. Masingmasing dengan tujuan dan haluan sendiri. Dari pemerhatianku, bahagian pakaian yang paling sibuk. Ibu bapa sibuk mencari dan memilih pakaian untuk anak masing-masing. Kebetulan waktu itu ialah cuti sekolah dan sambutan Hari Raya menjalang tiba. Para pelanggan sentiasa dibantu oleh gadis-gadis jurujual yang manis dengan senyumannya. Banyak pilihan terdapat di sini. Aku lihat setengah-setengah pelanggan rambang mata untuk membuat pilihan. Semua pakaian dipamerkan kelihatan cantik-cantik belaka. Di bahagian pasar raya tidak kurang juga sibuknya. Pelanggan bersesak-sesak membeli keperluan harian. Barangan yang dijual kelihatan bersih dan segar. Aku kira sesiapa sahaja yang singgah di sini tentu akan membeli sesuatu. Bagi yang tidak terlalu cerewet, urusan beli belah dapat diselesaikan dalam sekelip mata sahaja. Golongan pengguna yang cerewet, aku perhatikan menghabiskan masa yang lama di sini. Tidak jauh dari kaunter pembayaran pasar raya ini, terdapat beberapa gerai yang menjual buah-buahan tempatan. Sekali pandang aku terpegun kerana inilah kali pertama aku ketemu keadaan begini. Aku difahamkan tujunnya adalah bagi mewujudkan suasana yang ceria kepada para pembeli, seperti di tepi-tepi jalan. Sambutannya juga tidak kurang hebatnya. Pelbagai buah-buahan dijual. Ada durian, rambutan, manggis, betik, tembikai, dan sebagainya. Di bahagian menjual barangan elektrik dan elektronik, bunyi bising kuat yang berkumandang dari peti televisyen dan radio yang disusun secara berderet dapat menarik perhatian sesiapa sahaja yang berada di situ. Orang ramai yang ada hati untuk memberli sesuatu asyik memerhati dan meneliti barang-barang yang dipamerkan. Ada juga mereka yang berjalan sambil melihat-lihat sahaja. Suara jurujual yang menerangkan sesuatu kepada pelanggan antara dengar dengan tidak kerana dihanyutkan oleh suasana bising. Ketika sibuk membelek-belek buku, aku terdengar suara tangisan seorang kanak-kanak perempuan tidak jauh dari kedai buku. Akku terus membawa kanak-kanak tersebut ke kaunter penerangan. Pengumuman dibuat untuk mencari ibu bapa kanakkanak itu. Tidak lama kemudian, ibu bapanya muncul. Mereka mengucapkan terima kasih kepadaku berkali-kali. Tanpa bersuara, aku terus beredar meninggalkan episode si- kecil itu. Suasana di dalam pasar raya besar tersohor itu amat membingitkan. Buku yang ingin kumiliki sudah kubeli. Apabila melangkah keluar dari kompleks itu, aku dicengkam perasaan puas kerana dapat membantu seorang kanak-kanak yang ‘sesat’ serta dapat membeli sebuah novel yang menjadi idamanku selama ini. Aku terus meninggalkan pasar raya tersebut dengan diiringi oleh bapa saudaraku.


30. Suatu ekspo pendidikan sains dan teknologi telah berlangsung di sekolah anda. Ceritakan pengalaman anda bersama rakan-rakan dalam menjayakan ekspo itu. Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Muhammad seolah-olah dalam suasana berpesta. Seluruh pelajar, guru dan pekerja sibuk menjalankan tugas masing-masing sebagai persiapan untuk ekspo pendidikan sains dan teknologi yang juling-julung jail diadakan pada tahun ini. Aku dan rakan-rakan dalam Persatuan Sains dan Teknologi sekolah diberi tugas untuk menjayakan ekspo tersebut. Akulah yang paling sibuk kerana aku pengerusi Persatuan Sains dan Teknologi sekolah. Namun aku tidak akan dapat melaksanakan tugas berat ini seorang diri. Aku memerlukan kerjasama padu semua pelajar, guru dan pekerja sekolah dalam menyempurnakan tanggungjawab ini. Sehari sebelum ekspo berlangsung, pelajar-pelajar telah berpadu tenaga menyediakan tempat pameran. Bangunan blok A diubah suai untuk dijadikan bilik pameran. Beberapa jam kemudian, seluruh blok ini telah berubah menjadi sebuah dewan pameran yang indah. Pameran dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya termasuklah Fizik, Kimia, Biologi, Teknologi Makanan, Jentera Pertanian, Sains Tenaga Nuklear, Matematik, dan Pemuliharaan Alam Sekitar. Ekspo ini telah disertai oleh sekolah-sekolah menengah dari seluruh Negeri Sembilan, selain penyertaan beberapa kolej swasta dan universiti tempatan. Padang, sekolah juga dibersihkan oleh para pekerja am. Bendera setiap negeri dalam Malaysia dipacakkan di sekeliling padang. Berbelas-belas khemah didirikan untuk menempatkan beberapa agensi dan jabatan kerajaan yang telah diundang khas untuk mempamerkan perkhidmatan mereka. Antaranya Jabatan Pertanian, Jabatan Kesihatan, pasukan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Pengairan dan Saliran, dan Jabatan Kerja Raya. Tujuan diadakan pameran dari agensi kerajaan adalah untuk mendedahkan para pelajar dan orang ramai kepada fungsi dan peranan agensiagensi yang tersebut. Selain itu, gerai-gerai menjual pelbagai makanan dan minuman ditempatkan dalam lapan khemah. Kesemua gerai itu dikendalikan oleh Kelab Usahawan Muda sekolah yan baru ditubuhkan beberapa bulan yang lepas. Aku menasihati jawatankuasa Kelab Usahawan Muda untuk menghiasi gerai-gerai mereka agar dapat memikat orang ramai untuk menjamu selera di gerai masing-masing. Tujuannya adalah bai menyerikan suasana ekspo. Pejabat pengetua telah diubah suai menjadi urusetia ekspo. Pelbagai hiasan dan carta yang menunjukkan pelbagai maklumat diletakkan pada dinding. Tiga buah meja panjang disusun untuk menempatkan para petugas. Sebuah pembesar suara dan tiga buah mikrofon dipasang untuk tujuan membuat pengumuman dan hebahan dari semasa ke semasa.


Agensi dan badan kerajaan yang paling awal datang untuk menempatkan segala alatan dan barang pameran di khemah-khemah yang disediakan. Ini diikuti oleh para peserta ekspo telah datang dengan membawa bahan pameran masing-masing pada lewat petang. Mereka menyusun barang pameran di bilik-bilik yang telah ditetapkan. Aku memerhatikan pelbagai alatan dan ciptaan mereka dibawa turun dari kereta dan van yang disewa khas. Para ahli jawatankuasa ekspo menolong mengangkut bahan-bahan pameran itu. Jawatankuasa Pelaksana terpaksa bertugas sehingga jauh malam untuk memastikan segala persiapan dibereskan. Hal ini juga disebabkan masih ada sekolah yang belum dapat menghantar bahan pameran mereka. Peserta-peserta dari Sekolah Tinggi Port Dickson merupakan pasukan terakhir tiba untuk menyusun bahan ciptaan mereka, iaitu sistem yang dapat mencegah kes pecah rumah. Aku terpegun apabila melihat alat ciptaan mereka itu. Kami berasa amat letih setelah beberapa hari bekerja keras membuat persiapan bagi menjayakan ekspo ini. Kini segala-galanya sudah siap. Kami hanya menunggu upacara persamiannya pada jam 2.00 petang keesokan harinya. Upacara perasmian akan disempurnakan oleh YB Menteri Pelajaran Malaysia. Selesai upacara perasmian, aku dan rakan-rakan dalam Jawatankuasa Pelaksana berasa lega kerana telah berjaya membantu pihak sekolah dalam menjayakan ekspo yang sebegini besar pada tahun ini. 31. Anda dan beberapa orang sahabat telah menyertai suatu ekspedisi hutan. Oleh sebab kecuaian diri, anda telah tersesat dan terpisah daripada sahabatsahabat yang lain. Ceritakan pengalaman anda sehingga anda diselamatkan. Jarum jam tanganku menunjukkan tepat 3.40 petang. Ketua pasukan kami, peter, memutuskan bahawa kami menerukan perjalanan juga agar dapat sampai ke puncak gunung sebelum matahari membenamkan tubuhnya. Aki, Zainal, Manjit dan Kee Siong akur sahaja meskipun kami berasa letih kerana sudah tujuh jam mendaki sejak awal oagi. Suasana petang tidak terasa kerana langit agak gelap dan hujan lebat dijangka turun pada bila-bila masa. Tiba-tiba aku terpandang seekor rama-rama yang sangat cantik hinggap pada sebatang dahan. Aku leka memperhatikan kumpulan rama-rama itu dan cuba menangkapnya dengan jarring yang memang kubawa bersama. Aku lalu berehat seketika untuk melonggarkan ototku yang kian kejang sambil menjaring ramai-rama itu. Aku menikmati alam sekeliling yang indah dan sunyi. Sejenak kemudian, aku mendapati kesemua anggota kumpulanku sudah tiada lagi di sisiku. Hatiku menjadi rungsing. Aku melaung sekuat-kuat hati sambil berharap launganku dapat didengar oleh sahabat-sahabatku. Sungguhpun begitu, tiada seorang pun yang menyahut launganku. Untuk berpahat balik, jaraknya amat jauh. Malah aki tidak biasa dengan jalan untuk turun. Sekiranya aku henya menunggu di sini, beberapa jam lagi, hari akan


bertukar malam. Jam di tangaku menunjukkan 6.30 petang. Apa akan terjadi sekiranya hujan turun dengan lebatnya. Tentu aku basah kuyup dan pasti mengigil kesejukan. Tiba-tiba satu idea menerjah dalam benakku. Aku mesti mencuba menghampiri mana-mana sungai yang terdekat. Dengan berbuat demikian, aku tidak perlu risau tentang sumber air agar tidak kehausan. Kegelapan menutupi hutan itu. Perasaanku semakin kecut. Aku bimbang dibaham oleh haiwan-haiwan guas sperti pak belang dan babi hutan. Aku lalu menyanyi untuk menghiburkan diri. Aku bangun dan mengumpulkan beberapa banyak ranting, dahan kayu dan dedaun kering untuk dijadikan unggun api. Tujuannya amat berguna untuk menghalau nyamuk dan binatang-binatang buas. Perutku terasa sangat lapar. Tekakku kering dan haus. Aku mengeluarkan buku roti dari beg galas dan terus menyumbatnya ke mulut. Aku tidak berasa malu kerana tiada siapa yang akan melihat gelagatku ini. Namun, makanan yang kutelan terasa keras macam batu. Seleraku hilang walaupun kelaparan. Seluruh badanku basah kuyup kerana aku banyak berpeluh. Ketika itu juga aku menyesal kerana tidak menjejak langkah-langkah pasukan kami pada siang hari. Ah, aki tidak mahu terlalu melayan perasaan diri! Aku bingkas membentangkan tikar berhampiran unggun api. Aku perlu tidur untuk memulihkan kekuatan kerana esok aku terpaksa menjelajah lagi untuk mencari arah untuk keluar dari tempat ini. Sebelum melelepkan mata, aku sekali lagi berdoa agar bantuan segera tiba dan siang akan cepat menjelma. Tiba-tiba aku tersentak apabila terdengar bunyi salakan anjing. Kusangka pasukan penyelamat sedang dalam perjalanan ke arah tempatku berehat. Aku bingkas bangun. Rupa-rupanya tiga orang pemburu sedang dalam perjalanan memasuki hutan untuk berburu. Mereka diiringi dua ekor anjing untuk membantu mengejar binatang yang diburu. Hatiku lega sekali. Apabila teserempak dengan mereka, aku menceritakan nasibku. Tanpa berlengah lagi mereka menawarkan untuk membawa aku keluar dari tempat ini pada awal pagi esoknya. Aku mengucap setinggi-tinggi kesyukuran kerana menyahut permintaanku sejak malam sebelumnya. Aku tidak pasti entah bila aku terlelap. Sedar-sedar, mentari telah menyingsingkan cahayanya. Yang pasti, aku sudah bermalam di hutan itu dengan bertemankan kesunyian rimba di ssekelilingnya. Setelah terjaga kurasakan sengalsengal pada seluruh badanku. Lebam-lebam akibat gigitan nyamuk juga kelihatan di seluruh badanku. Sungguhpun demikian, aku gembira kerana telah terselamat. Tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil berterus-terusan. Laungan dari luar tidak beberapa jauh dari tempat aku tersesat ini amat biasa buat diriku. Aku menekap telinga untuk memastikan siapa yang melaung-laungkan namaku. Kini sahlah, mereka ialah ahli-ahli kumpulanku. Peter, Zainal, Manjit dan Kee Siong dan beberapa anggota polis sedang memasuki kawasan hutan tempat aku tersesat semalam untuk menjejakiku. Kami berpelu-pelukan. Tanpa kusedari air mata kegembiraan mengalir ke pipiku. Kini aku terselamat. Aku berjanji tidak akan leka lagi semasa keluar bereskpedisi pada masa hadapan.


32. Sambutan Hari Orang Kurang Upaya peringkat kebangsaan akan diadakan tidak lama lagi. Anda ingin menulis rencana tentang nasib golongan itu untuk dipaparkan dalam akhbar setempat. Tulis rencana itu selengkapnya. Usaha Mensejahterakan Orang Kurang Upaya Oleh Rosilawaty Ramly Tanggal 3 Disember setip tahun diisytiharkan sebagai sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) peringkat kebangsaan. Bersempena sambutan tersebut, pelbagai acara diaturkan bagi memeriah serta menyedarkan masyarakat terhadap nasib yang menimpa golongan ini. Sesungguhnya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, golongan isitmewa ini semakin mendapat perhatian kerajaan. Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan masyarakat (JKM). Datuk Syed Abdul Rahman Syed Mohamad berkata kerajaan sentiasa peka terhadap perkembangan sejagat dalam usaha membela nasib OKU dan mematuhi semua instrument antarabangsa, khususnya yang dipelopori pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (UN) dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Menurut Syed Abdul Rahman, pelbagai dasar dan program digubal dan dilaksanakan untuk membolehkan OKU menikmati hidup yang lebih sempurna. Antaranya ialah mendaftar mereka bagi tujuan mengenal pasti bilangan sebenar taburan, jenis ketidakupayaan dan umur OKU di negara ini. Sehingga Jun 2002, seramai 107 831 OKU telah mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kini, Malaysia dianggarkan mempunyai kira-kira 220 000 OKU berdasarkan anggaran UN bahawa 1% daripada jumlah penduduk sesebuah negara dipercayai cacat. Sementara itu, terdapat beberapa sebab OKU tidak didaftarkan. Antaranya, ibu bapa berasa malu mendapat anak yang cacat dan penduduk di kawasan luar bandar yang menghadapi kesulitan untuk berbuat demikian. Dalam hal ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan berusaha memudahkan urusan pendaftaran, termasuk menghantar pegawai ke rumah OKU. Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat seterusnya menasihati ibu bapa supaya berfikiran positif dengan mendaftarkan anak mereka supaya anak-anak mereka tidak tercicir daripada menikmati kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Ini termasuklah hal mendapat pendidikan sempurna di Sekolah Pendidikan Khas. Begitu juga, terdapat pelbagai jenis bantuan kewangan yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi membolehkan OKU menjalani kehidupan harian. Sebagai contohnya, pekerja cacat akan menerima elaun sebanyak RM200 sebulan, dan elaun latihan sambil kerja RM80 sebulan. Selain bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, OKU juga menerima pelbagai keistimewaan dan kemudahan daripad akementerian lain. Umpamanya, Kementerian Pelajaran, menerusi Jabatan Pendidikan Khas, menyediakan Sekolah Khas bagi murid yang bermasalah penglihatan, pendengaran, dan pembelajaran. Begitu juga Program Inklusif diwujudkan dengan tujuan mengintegrasikan kanak-kanak kurang upaya ke dalam arus perdana masyarakat.


Malah kerajaan telah memperluas potongan cukai berganda pada tahun 1982 kepada majikan yang mengambil pekerja kurang upaya. Pada tahun 1991, ia ditambah dengan pelepasan cukai bagi ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya di bawah 18 tahun. Melalui Jawatankuasa Penggalakan Penggajian OKU yang ditubuhkan oleh Kementerian Sumber Manusia, seramai 4 017 OKU berdaftar untuk bekerja dan 2 592 orang ditempatkan di pelbagai sektor pekerjaan bagi tempoh antara tahun 1990 hingga 2001. Selain itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyediakan garis panduan bagi pemaju bangunan baru supaya meningkatkan kemudahan untuk OKU. Pihak Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) pula memberi pengurangan kadar sewa kepada OKU untuk menyewa rumah kos rendah dan rumah pangsa DBKL. Golongan OKU turut menikmati keistimewaan pengangkutan awam termasuklah Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negara. Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), syarikat bas Transnasional dan Putra-LRT juga memberi konsesi 50% harga tambang kepada golongan OKU. Pelancaran Skim Takaful berkelompok OKU pada Februari 2002 yang menyediakan skim insurans untuk semua OKU yang berdaftar, yang memberi perlindungan antara RM4000 hingga RM15 000 bagi kematian sebagai akibat kemalangan dan kematian biasa, RM2000 hingga RM10 000. Sebagai kesimpulannya, ternyata kerajaan dengan gandingan tenaga daripada pelnagai pertubuhan kebajikan sukarela telah, sedang dan akan terus membela nasib depan OKU melalui perancangan dan pengubalan dasar serta program yang lebih komprehensif.

33. Anda ialah pengarang di sebuah akhbar. Anda diminta menulis rencana bertajuk ‘Guru Ibarat Lilin Membakar Diri’ bagi mengenang jasa guru bersempena sambutan Hari Guru. Tulis rencana tersebut selengkapnya. Guru Ibarat Lilin Membakar Diri Oleh Omar bin Abdul Rahman Menjelang 16 mei depan, sekali lagi seluruh negara akan memberikan penghormatan kepada kaum guru. Tarikh keramat ini ialah tarikh sambutan Hari Guru. Pelbagai acara diatur bagi menyambut Hari Guru pada setiap tahun. Selain itu, satu tema akan dipilih untuk sambutan saban tahun. Tema sambutan tahun ini ialah ‘Guru Penggerak Wawasan’. Tema ini dipilih bagi memupuk kesedaran masyarakat terhadap peranan yang dimainkan oleh kaum guru dalam membangun dan memajukan negara. Sebagai nadi kepada pembangunan negara, peranan guru tidak dapat dikesampingkan lebih-lebih lagi dalam Wawasan 2020.


Sesungguhnya peranan guru semakin mencabar pada alaf baru. Pelbagai tugas dan cabaran menanti kaum guru. Umumnya, bidang tugas guru pada hari ini lebih luar berbading dengan guru pada zaman lampau. Tambahan pula, tuntutan para pelajar dan ibu bapa masa kini adalah lebih mencabar hingga kadangkala mematahkan semangat guru yang kurang mempunyai daya tahan dan keazaman. Apapun, tugas guru kini banyak berbeza daripada rakan-rakan setugas mereka 50 tahun yang lampau. Tegasnya, untuk menjadi seorang guru yang efektif dan berjaya kini memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi. Kini tugas guru bukan hanya terbatas dalam bilik darjah sahaja. Selain tugas mengajar, guru dibebani pelbagai tugas lain yang seolah-olah tidak relevan dengan tugas hakiki profesion. Antaranya, tugas perkeranian seperti mengutip yuran sekolah, yuran PIBG, dan yuran sukan, merekod markah pelajar, mendisiplinkan pelajar, mengajnurkan jogathon dan banyak lagi. Sebenarnya senarai ini berjela-jela sekiranya kita ingin menyenaraikan tugas guru. Namun, kaum guru hanya dapat merintih akan segala tanggungjawab tambahan ini secara senyap-senyap. Kebanyakan mereka sanggup melaksanakan tugas yang diamanahkan tanpa banyak soal demi keselesaan para pelajar. Pada hemat saya, masyarakat harus menghargai segala pengorbanan yang dicurahkan oleh kaum guru selama ini, Pepatah Melayu ada menyebut “Guru ibarat lilin yang menerangi orang lain, tetapi membakar diri sendiri�. Begitu besarnya pengorbanan guru dalam kehidupan seseorang pelajar. Namun begitu, pelajar dan masyarakat jarang menghargai sumbangan kaum guru terhadap pembangunan negara. Sebaliknya, yang kerap diungkitkan ialah kealpaan dan kecuaian guru dalam menjalankan tugas. Pandangan ini bukanlah untuk melindungi sebarang salah laku. Memang tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir ‘kambing hitam’ dalam profesion perguruan keseluruhannya. Salah lau atau kecuaian mereka sering dikaitkan dengan seluruh anggota profesion ini. Perlabelan secara melulu ini memanglah tidak adil sama sekali. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa peranan guru dewasa ini lebih berupa tugas pembangunan kemanusiaan yang tentunya memerlukan masa yang agak panjang untuk melihat kesannya. Oleh hal yang demikian, masyarakat khasnya kalangan ibu bapa haruslah bersabar malah bersama-sama berganding bahu dengan kaum guru untuk membentuk sahsiah pelajar. Tanpa kerjasama dua hala, sukar bagi guru menjalankan tugas murni ini. Janganlah hendaknya kita hanya pandai menuding telunjuk kepada guru setiap kali berlaku kes salah laku disiplin pelajar. Yang lebih penting ialah kita perlu sama-sama meneroka punca dan sebab-sebab sesuatu tingkah laku pelajar yang kurang menyenangkan. Dengan cara ini barulah akan wujud persefahaman antara pihak sekolah dan ibu bapa untuk sama-sama membina membina pelajar yang berdisiplin, berketerampilan, bertanggungjawab, berwawasan, komited, beramanah dan jujur terhadap diri sendiri. Tegasnya, jasa bakti yang ditabur oleh guru tidak dapat dilihat kesannya dalam tempoh jangka pendek. Kesan bimbingan dan asuhan guru hanya akan jelas kelihatan selepas suatu jangka masa yang panjang. Justeru, para ibu bapa dan masyarakat sewajarnya menghargai sumbangan bakti kaum guru dalam mendidik anak-anak mereka.


34. Anda bercadang menyertai satu sayembara mengarang rencana. Tajuk yang ditetapkan ialah Sekolah Penyayang – Konsep dan falsafah. Tulis rencana tersebut selengkapnya. Sekolah Penyayang – Konsep dan Falsafah Oleh Abu Bakar Daud Wawasan 2020 bercita-cita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju lain. Selain dapat menyaingi negara-negara industri utama dalam bidang ekonomi, sosial, serta sains dan teknoloi, nilai-nilai budaya kita yang luhur harus dipertahan. Justeru, konsep sekolah penyayang yang diperkatakan oleh Kementerian Pelajaran adalah sebagai susulan kepada gagasna ‘masyarakat penyayang’ yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kita. Sekolah penyayang dapat ditakrif sebagai sekolah yang menekankan aspekaspek murni seperti baik hati, murah hati, bekerjasama, bertolak ansur, sikap tolongmenolong, kasih sayang, dan seumpamanya. Penerapan nilai-nilai ini di kalangan pelajar diharapkan dapat menjadi amalan seluruh warga sekolah. Tujuan mewujudkan sekolah penyayang ialah untuk melahirkan suatu masyarakat yang mendukung nilai-nilai persefahaman, kesopanan dan keluhuran serta dapat hidup bersatu padu dan bersatu hati. Perasaan kasih sayang, inginkan keamanan, bantu-membantu, bertoleransi, saling memahami, dan memikul tanggungjawab secara bersama harus dipupuk dalam jiwa dan sanubari setiap pelajar bagi mewujudkan sebuah sekolah yang harmonis. Dengan kata lain, falsafah sekolah penyayang bertujuan mencipta suatu generasi pelajar yang cukup prihatin terhadap rakan-rakan yang kurang bernasib baik. Pelajar yang kurang bernasib bain wajar dibela demi mewujudkan suatu masyarakat penyayang. Prinsip falsafah ini ialah bagi menjamin kesamarataan untuk semua. Kita tidak ingin melihat suatu kelompok menikmati kesenangan sedangkian kelompok yang lain pula bergelumang dengan segala penderitaan. Apakah makna kebahagiaan kepada seseorang sekiranya pada masa yang sama terdapat pihak lain yang hidup sengsara dan menderita? Di samping itu, sekolah penyayang diwujudkan dengan tujuan untuk melahirkan masyarakat pelajar yang penyayang, iaitu sayang sesame insan dan juga menghulurkan rasa kasih sayang terhadap makhluk yang bukan insan seperti haiwan peliharaan, alam sekitar, dan tempat belajar, iaitu sekolah serta kemudahan-kemudahan awam lain. Untuk mencapai matlamat murni ini, pihak sekolah memerlukan kerjasama semua pihak, iaitu pelajar, guru, pengetua, para ibu bapa dan anggota masyarakat setempat. Dalam hal mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif untuk maksud pembelajaran, tahap keceriaan sekolah harus ditingkatkan berkat usaha dan kerjasama semua pelajar. Suasana persekitaran yang ceria dapat membangkitkan perasaan sayang terhadap tempat belajar. Peranan ini sekali gus dapat menggerakakn pelajar belajar dengan lebih tekun dan gigih lagi.


Bagi merealisasikan konsep sekolah penyayang dalam erti kata yang sebenarnya, pelbagai langkah dapat dijalankan. Umpamanya, konsep ini dapat diterapkan melalui kurikulum. Guru bolehlah memberi penjelasan tentang nilai-nilai yang harus dimiliki oleh masyarakat penyayang. Nilai-nilai ini dapat dipraktikkan oleh para pelajar di peringkat sekolah. Mata-mata pelajaran seperti Pengetahuan Agama Islam dan Pendidikan Moral juga dapat digembleng untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa setiap pelajar dnegan harapan menjadi amalan hidup seharian bagi pelajar sekolah. Semua guru dapat menjadi contoh teladan kepada pelajar-pelajar. Umpamanya, sekiranya terdapat pelajar yang miskin dan benar-benar memerlukan bantuan, guru dapat membantu mereka dengan mengadakan kutipan derma kilat. Justeru, pelajarpelajar yang mampu berpeluang menderma kepada Tabung Kebajikan Pelajar. Secara tidak langsung mereka dapat menghayati perasaan pelajar-pelajar miskin yang memerlukan bantuan. Pelajar miskin pula akan merasai diri mereka tidak diabaikan dengan bantuan yang dihulurkan secara sukarela oleh rakan-rakan yang lebih berkemampuan. Sementara itu, seseorang penderma atau pelajar akan berasa cukup gembira dan bahagia kerana dapat menghulurkan sedikit bantuan buat meringankan pihak yang memerlukan. Rumusannya, anggota masyarakat yang tidak mempunyai syak wasangka sesama sendiri, perasaan curiga-mencurigai serta hasad dengki, dapat membantu mewujudkan sebuah masyarakat penyayang. Namun, kesemua ini bermula daripada sekolah penyayang. 35. Sebagai pengiat budaya kebangsaan, anda ingin mempopularkan permainan rakyat di kalangan masyarakat kita. Tulis rencana tentang perkara ini untuk disiarkan di dalam akhbar tempatan. Mempopularkan Permainan Rakyat Oleh Sharifah Maznah Syed Akil Masyarakat Melayu kaya dengan pelbagai unsur kebudayaan. Antaranya ialah permainan rakyat. Permainan rakyat juga dikenal sebagai permainan tradisional. Terdapat berbagai-bagai jenis permainan rakyat. Contohnya wau, gasing, batu seremban, konda-kondi, dan haji, galah panjang, ketingting bulu ayam, congkak, dan tarik upih. Pada suatu masa dahulu, permainan ini hanya popular di kalangan masyarakat desa. Penduduk yang tinggal di Bandar langsung tidak mengenali permainan tradisional. Kini perkembangan teknologi moden telah mengubah segala-galanya. Perkembangan pesat teknologi menyebabkan terciptanya pelbagai peralatan permainan yang moden lagi canggih. Oleh hal yang demikian, permainan rakyat seolah-olah dipinggirkan kerana kita banyak disogokkan dengan permainan moden. Selain itu, persekitaran tempat tinggal kita juga telah berubah. Jika di Bandar, ruang halaman rumah yang sempit dan kadangkala tidak berhalaman seperti di rumah pangsa menyebabkan sukar untuk bermain permainan rakyat memerlukan kawasan luas. Faktor ini menyebabkan pupusnya permainan tradisional dari ingatan anak-anak masa kini.


Hakikatnya, jika tiada langkah bersungguh-sungguh diambil bagi mempopularkan permainan rakyat, dikhuatiri khazanah warisan bangsa ini akan berkubur ditelan zaman. Sehubungan hal ini, badan-badan budaya, sekolah, persatuan belia dan individu dapat mengorak langkah mempopularkan permainan ini di kalangan generasi muda kini. Sesungguhnya, permainan rakyat ini mudah dan menyeronokkan kerana tidak memerlukan banyak tenaga fizikal pemain. Sebaliknya dapat mengisi masa senggang seseorang, permainan ini dapat juga menjalin hubungan sesama anggota keluarga, sahabat handai, dan jiran tetangga. Malah permainan ini dapat mewujudkan integrasi kaum dan semangat perpaduan dalam sebuah masyarakat majmuk seperti negara kita. Selain itu, permainan rakyat juga dapat dijadikan sebagaai sumber hiburan. Kita semua maklum bahawa rakyat jelata di kawasan pendalaman yang masih serba kekurangan dapat mempraktikkan permainan ini yang sekali gus dapat dijadikan hiburan bagi seluruh masyarakatnya, khususnya semasa upacara perkahwinan, pesta menuai atau pesta pantai. Permainan rakyat seperti gasing leper dan wau dapat dipersembahkan bagi memerihakan suasana sambutan sesuatu upacara. Oleh hal yang demikian, generasi muda haruslah didedahkan dengan permainan rakyat ini. Di sekolah, misalnya, kelab permainan tradisional dapat ditubuhkan. Melalui kelab-kelab sebegini rupa, pelajar dapat mempelajari peraturan dan cara permainan ini dimainkan serta mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan. Di samping itu, pihak media massa seperti akhbar dan televisyen dapat juga memainkan peranan dengan menyiarkan rancangan tentang permainan rakyat dari semasa ke semasa untuk memupuk minat di kalangan penduduk sekali gus mempopularkannya. Sekiranya usaha ini dilakukan secara serius, dipercayai lambat-laun masyarakat akan terdedah dengan permainan-permainan ini serta meminatinya. Begitu juga, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan harus bergerak cergas dengan menganjurkan lebih banyak persembahan permainan rakyat seperti pertandingan wau, gasing, congkak, dan lain-lain yang sebagainya untuk ditonton oleh kumpulan-kumpulan pelancong asing yang melawat negara ini. Di samping itu, pihak kementerian juga dapat mempopularkan permainan-permainan ini di luar negara. Selain mempopularkan permainan rakyat kita di mata dunia, kita dapat memikat para pelancong asing untuk melawat ke negara kita. Permainan rakyat juga dapat dijadikan sebagai hobi untuk golongan muda. Gal ini dapat menghindarkan mereka daripada terjebak dengan aktiviti tidak berfaedah seperti melepak, berfoya, dan berpeleseran. Kesimpulannya, janganlah hendaknya permainan ini terkubur begitu sahaja. Kitalah pewarisnya. Justeru kitalah yang harus mempertahankan permainan ini demi manfaat generasi akan datang.


36. Sekolah anda terpilih sebagai Sekolah Gemilang peringkat kebangsaan. Selaku guru penolong kanan, anda ditugaskan untuk menulis rencana tentang kejayaan ini untuk disiarkan dalam halaman ‘Pendidik’ sebuah akhbar tempatan. Tulis rencana tersebut selengkapnya. SMK Tunku Besar Terpilih Sekolah Gemilang Oleh Mohd. Azmi Othman Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Memengah kebangsaan Tunku Besar Tampin buat julung-julung kalinya mencapai satu kejayaan luar biasa apabila terpilih sebagai ‘Sekolah Gemilang’ peringkat kebangsaan bagi tahun 2004 baru-baru ini. Sekolah ini berjaya menundukkan 15 sekolah lain di peringkat akhir. Suasana pesta menyelubungi sekolah ini sepanjang minggu apabila berita gembira tersebut disiarkan melalui kaca tekevisyen jam 8.00 malam pada 26 Februari lalu. Sesungguhnya kejayaan yang diraih untuk kali pertamanya dalam sejarah 80 tahun sekolah ini bukanlah tanpa keringat dan perit-getir. Bertahun-tahun sebelum pertandingan ini dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran, sekolah ini telah merintis program kecemerlangannya yang tersendiri. Umpamanya, setiap pengetua yang menerajui sekolah ini memberi penekanan terhadap pencapaian akademik para pelajarnya. Hasilnya cukup membanggakan. Misalnya, dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, calon-calon dari sekoalh ini telah mempamerkan prestasi yang maat memberangsangkan. Namun prestasi paling membanggakan yang pernah tercatat ialah pada tahun 2000. Pada tahun tersebut, peratus kelulusan ialah 100% dengan kesemua 235 pelajar berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran. Ini merupakan suatu rekod luar biasa bagi sebuah sekolah harian yang terletak di pecan kecil seperti Tampin. Hakikatnya kegemilangan sesebuah sekolah bukan hanya diukur dari segi prestasi akademik pelajarnya. Terdapat beberapa aspek lain yang diambil kira oleh psukan penilai. Antaranya kejayaan kokurikulum, pentadbir sekola, aspek fizikal dan keceriaan, kerjasama dan hubungan guru dengan pelajar, suasana dan iklim pembelajaran. Oleh hal demikian, bukanlah mudah untuk meraih kejayaan gemilang ini. Kemenangan yang dicapai oleh sekolah tertua di Negeri Sembilan Darul Khusus ini dimungkinkan oleh faktor kepimpinan. Pengetuanya, Encik Kenneth Kulasingham yang merupakan tokoh yang disenangi oleh seluruh warga sekolah tanpa mengira darjat dan kedudukan. Berkat kepimpinan dan wawasan beliaulah yang telah mengundang kejayaan demi kejayaan. Hal ini jelas terbukti pada tahun sudah Apabila pasukan drama sekolah berjaya muncul sebagai johan dalam Pertandingan Drama antara Sekolah Menengah Malaysia anjuran Sistem Televisyen Malaysia (TV3) dengan kerjasama akhbar Berita Harian. Kejayaan manis ini pula disusuli kejayaan Pasukan Bahas Bahasa Malaysia sekolah ini yang menggondol Piala Perdana Menteri dalam Pertandingan Bahas Sekolah-sekolah Malaysia pada awal tahun. Pendek kata, sekolah ini pada tahun ini seolah-olah murah rezeki kerana kejayaan datang bertali arus. Dari segi keceriaan pula, sesiapa sahaja yang kali pertama menjejakkan kaki di perkarangan sekolah ini tentu akan terpikat oleh landskap yang begitu menambat hati. Suasana ini adalah hasil usaha seluruh warga sekolah. Tegasnya, semangat gotong


royonglah yang telah menjayakan pelbagai program sekolah ini. Para pelajar sekolah ini mengamalkan peribahasa ‘ringan sama dijinjing, berat sama dipikul’. Iklim pembelajaran dan keadaan disiplin pelajar sungguh terpuji. Tiada sistem loceng bagi menandakan waktu pembelajaran. Setiap warga sekolah arif dengan tugas dan peranan masing-masing. Inilah keisitmewaan sekolah ini, sedangkan sekolahsekolah lain sedang bergelut dengan masalah disiplin pelajarnya yang tidak kunjung padam. Hubungan tiga penjuru sekolah ini, iaitu guru, ibu bapa dan pihak pentadbiran, juga mencerminkan semangat kekeluargaan yang cukup kental. Tiada perbezaan dari segi darjat dan pangkat. Keadaan ini terpancar melalui sikap rendah diri tuan pengetua ‘turun ke padang’ bergaul mesra dengan hadirin sekiranya sekolah ini menganjurkan sesuatu pertandingan atau majlis rasami. Begitu juga ahli-ahli jawatankuasa PIBG sentiasa rela menghulurkan bantuan dan nasihat untuk sama-sama memajukan sekolah. Pendek kata, kepentingan pelajar menjadi keutamaan. Tiada ukuran yang lebih penting daripada ini. Semoga Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Tampin dapat mempertahan keunggulan pada tahun-tahun akan datang. Selamat Maju Jaya SMKTB. 37. Air merupakan keperluan terpenting dalam kehidupan manusia. Sejumlah RM7.21 bilion diperuntukkan oleh kerajaan bagi memajukan sumber air di bawah Rancangan Malaysia ke-9. Tulis rencana tentang kepentingan air dalam kehidupan manusia. Kepentingan Air Dalam Kehidupan Manusia Oleh Mohd. Rosli Badrul Air merupakan keperluan paling utama dalam kehidupan manusia. Sebanyak 60% hingga 75% air terkandung dalam tubuh manusia. Selain itu, air juga merupakan punca untuk tujuan pembangunan dan pertumbuhan sektor industri. Kepentingan air dalam kehidupan manusia dapat dilihat dari aspek-aspek seperti pelarut dalam badan, ekologi, perindustrian, pelancongan, perikanan, dan hidroelektrik. Air merupakan pelarut utama dalam tubuh manusia. Manusia boleh hidup tanpa makanan selama beberapa minggu, tetapi tidak dapat hidup tanpa air walaupun untuk beberapa hari sahaja. Tanpa air, bahan-bahan makanan seperti glukosa, vitamin, asid amino dan garam mineral tidak dapat diangkut ke bahagian-bahagian tubuh manusia. Begitu juga bahan kumbahan seperti karbon dioksida, urea dan sebatian ammonia tidak dapat disingkirkan tanpa bahan pelarut dalam tubuh manusia. Tanpa air juga, tindakan biokimia tidak boleh berlaku. Hal ini kerana kebanyakan bahan dalam tubuh manusia mesti larut dalam air terlebih dahulou sebelum dapat mengambil bahagian dalam sebarang proses atau tindak balas biokimia. Di samping itu, air juga dapat menetapkan suhu badan manusia melaolui prosesproses respirasi, transpirasi (perpeluhan), pembuangan air besar dan kecil. Seorang pakar fisiologi dari California, Amerika Syarikat, iaitu Dr Howard Flax pernah menyatakan bahawa kekurangan air dalam tubuh manusia boleh menyebabkan


pelbagai kesan sampingan. Antaranya ialah kandungan lemak menjadi berlebihan, otot menjadi tidak cergas, kelemahan daya hadam, anggota-anggota badan menjadi lemah, kandungan bahan toksik dalam badan meningkat, sakit sendi, dan kehilangan daya tubuh bagi menakung air. Ada kemungkinan kekurangan air boleh menyebabkan terbentuknya ‘batu karang’ dalam buah pinggang. Ketumbuhan ‘batu karang’ ini boleh menghalang fungsi buah pinggang sebagai pembuang bahan-bahan kumuh seperti urea. Dr. Flax juga menyatakan bahawa orang yang sihat memerlukan 8 hingga 10 gelas air dalam sehari. Air juga merupakan keperluan terpenting dalam sistem tumbesaran tumbuhtumbuhan, selain cahaya matahari dan karbon dioksida. Tumbuh-tumbuhan, hijau bukan sahaja dapat membekalkan oksigen yang merupakan unsur terpenting untuk pernafasan manusia dan haiwan, malah secara tidak langsung menjadi penyumbang air yang penting. Hal ini dapat dilihat melalui kajian ahli-ahli kilamatologi yang membuktikan bahawa di kawasan hutan tropika terdapat banyak awan kumulus yang membawa banyak bekalan air dan turun sebagai hujan. Sebaliknya, tiada awan kamulus yang kelihatan di kawasan-kawasan gersang. Air merupakan nadi perindustrian. Dijangkakan sejumlah 45.6 bilion meter padu air akan diperlukan menjelang tahun 2020. Di Malaysia, industri memproses getah dan kelapa sawit merupakan industri yang paling banyak menggunakan air. Kilang kelapa sawit misalnya, menggunakan sebanyak 800 juta meter padu air sehari. Sebaliknya, permintaan dan penggunaan air dalam sektor pertanian pada umumnya dijangka menurun daripada 78% pada tahun 2000 kepada 73% sahaja menjelang tahun 2005. Kawasan berair yang berudara nyaman dan bersih seperti Pulau Tioman dan Pulau Pangkor menjadi tumpuan utama para pelancong. Di situ, air lautnya yang jernih sesuai untuk dijalankan kegiatan menyelam bagi mengecap keindahan dasar laut yang penuh keajaiban. Batu-batu karang yang pelbagai warna di situ juga dapat menarik para pelancong. Selain itu, laut, pinggir sungai dan air terjun juga boleh dijadikan kawasan pelancongan. Contohnya ialah Sungai Rusa di Seremban, air terjun di Kota Tinggi, Johor. Tasik yang sama ada buatan manusia atau semula jadi juga boleh dijadikan tampat rekreasi. Contohnya ialah Tasik kenyir di Terengganu dan Tasik Pedu di negeri Kedah. Selain itu, air juga merupakan sumber terpenting dalam sektor perikanan. Ikan yang merupakan sumber protein utama diperoleh dari laut, sungai atau kolam ikan air tawar. Tanpa air, sudah pastilah sektor perikanan tidak dapat dijalankan. Dilihat dari aspek sumber tenaga, air berperanan untuk menjana kuasa hidroelektrik. Air yang mengalir di sungai-sungai diempangan pada kedudukan yang tinggi. Seterusnya, air itu disalurkan ke bawah menerusi terowong dengan kuasa aliran yang laju yang akan memutarkan turbin-turbin yang disambungkan kepada dinamo yang besar untuk menjana kuasa elektrik. Oleh itu, empangan-empangan seperti Empangan Chenderoh, Kenyir, Tembeling, Btang Ai, Tenom Pangi, dan Pelagus telah dibina untuk tujuan tersebut. Kuasa elektrik yang dijana di stesen hidroelektrik itu digunakan oleh industri perkilangan yang tumbuh pesat di negara ini. Kesimpulannya, masyarakat umum perlu dididik agar sedar tentang kepentingan air dalam kehidupan sehari-harian. Krisis air yang melanda negeri Melaka 1992 dan Selangor tahun 1997 sudah cukup untuk membuktikan bahawa air merupakan keperluan yang amat penting bagi manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup.


38. Sebagai rakyat Malaysia, kita mempunyai tanggungjawab dan hak-hak tertentu. Bersempena dnegan sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah, sebagai pengerusi Persatuan Bahasa dan Budaya, anda ditugaskan untuk menulis rencana bertajuk, ‘Tanggungjawab dan Hak Rakyat dalam Sesebuah Negara Majmuk’ untuk dipaparkan di papan maklumat. Tulis rencana itu selengkapnya. Tanggungjawab dan Hak Rakyat Dalam Sebuah Negara Majmuk Oleh Azizul Hisham Ramli Undang-undang tubuh teragung bagi negara Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya, Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja buku perundangan, tetapi juga berupa suatu kontrak sosial antara pelbagai kaum. Sesungguhnya Perlembagaan tidak menyebut secara spesifik tanggungjawab seseorang rakyat terhadap ibu pertiwinya, namun rakyat tetap mempunyai tanggungjawab dan hak-hak sebagai warga negara Malaysia. Secara tuntas, rakyat Malaysia dikehendaki menumpahkan sepenuh taat setia kepada raja dan negara pada setiap masa. Selain itu, adalah juga menjadi tanggungjawab suci rakyat untuk mempertahankan dan memelihara keselamatan negara daripada sebarang ancaman, sama ada dari dalam atau luar. Hal ini demikian kerana tanggungjawab memelihara kedaulatan dan menjamin keselamatan negara kita ialah tanggungjawab kita bersama. Sekalipun tanggungjawab yang tersebut di atas tidak dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan, namun tuntutan terhadap keperluannya dilafazkan dnegan jelas dan nyata melalui kelima-lima prinsip Rukun Negara, iaitu suatu dokumen falsafah negara. Justeru, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ialah menisfestasi tanggungjawab ini. Sememangnya, tanpa perpaduan kukuh dan persefahaman jitu dalam kalangan pelbagai kaum di negara kita pada hari ini, usaha-usaha pembangunan dan memajukan rakyat pasti akan terbantut. Hal ini demikian kerana negara akan terjebak dengan pelbagai kemelut yang seterusnya dapat memecahbelahkan negara. Mendiang Presiden John F. Kennedy (1961) pernah menyebut bahawa, ‘Jangan tanya apa yang dapat dilakukan oleh negara untuk anda, tetapi apa yang dapat anda lakukan untuk negara’. Ungkapan ini cukup bermakna dalam konteks negara kita sebagai masyarakat majmuk. Tanggungjawab rakyat yang lain termasuklah menghormati dan mematuhi undang-undang negara, membayar cukai seperti yang dikehendaki, mengundi semasa pilihan raya, dan menjaga serta memelihara keadaan alam sekitar. Selain itu, rakyat juga mempunyai hak-hak tertentu di bawah Perlembagaan Persekutuan. Antaranya ialah kebebasan seseorang daripada ditanah sewenangwenang tanpa peruntukkan undang-undang yang sah (Perkara 5), perlindungan daripada penghambaan dan buruh paksa kecuali yang dilakukan sebagai salah satu hukuman di penjara (Perkara 6). Di samping itu, hak sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama termasuk diskriminasi tidak dibenarkan atas alasan agama,


bangsa, seks, keturnan atau tempat lahir, dalam lantikan ke mana-mana jawatan, atau pekerjaan di bawah mana-mana pihak berkuasa awam atau mana-mana pentadbiran perundangan tentang pengambilan, pemegangan atau pelupusan harta benda, perniagaan,profesyen, jawatan atau pekerjaan (Perkara 8) selain larangan buang negeri dan kebebasan bergerak. Hak ini terpakai kepada warga negara dari dibuang negara dan setiap warga negara bebas bergerak dan tinggal di mana-mana bahagian di Persekutuan Malaysia (Perkara 9). Malah rakyat Malaysia juga diberikan hak untuk bersuara, berkumpul, dan berpersatuan, iaitu menubuhkan persatuan (perkara 10). Hak mendapat pendidikan menetapkan warga negara tidak boleh dibezakan atas alasan agama, kaum, seks, keturunan, atau tempat lahir (Perkara 12). Namun demikian, Perkara 10(2) sebagai contoh menyekat kekebasan bersuara, melalui undang-undang seperti Akta Hasutan 1948 yang dipinda dalam tahun 1970 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, 1984. Kebebasan berkumpul pula dihadkan mengikut Akta Polis 1967 dan kebebasan berpersatuan dihadkan mengikut Akta Pertubuhan 1966. Hak sama rata pula tertakluk kepada keistimewaan yang diberi kepada bangsa Melayu dan Bumiputera di bawah Perkara 153 dan hak keistimewaan Orang Asli di bawah Perkara 8. Sementara itu, kebebasan beragama pula tertakluk kepada undang-undang negeri yang boleh menghukum kesalahan menyebarkan agama Islam tanpa tauliah dan menyebarkan agama lain kepada orang Islam. Secara tuntasnya, keharmonian pelbagai kaum di dalam negara kita adalah berpaksikan penerimaan hak dan tanggungjawab ini secara rela dan terbuka. Selain itu, kerajaan seharusnya terus bersikap telus dalam pelaksanaan tanggungjawabnya dan dalam menguatkuasakan hak rakyat.

39. Kejayaan negara dalam bidang sukan di peringkat antarabangsa banyak bergantung pada faktor-faktor seperti latihan secara sistematik, ganjaran kewangan, dan sikap ahli-ahli sukan. Ulas penyataan ini dengan memberikan bukti-bukti bagi menyokong pandangan anda. Minat dan kecitaan masyarakat Malaysia terhadap sukan pada hari ini boleh dibanggakan. Sambutan yang diberikan kepada beberapa acara sukan seperti bola sepak, badminton, dan olahraga sememangnya memuaskan. Sungguhpun demikian, prestasi negara dalam bidang sukan di peringkat antarabangsa masih belum begitu memuaskan lagi. Bilangan ahli sukan negara yang berjaya sampai ke tahap antarabangsa dapat dibilang dengan jari, yang terbatas kepada beberapa acara sukan sahaja. Sesungguhnya, kejayaan negara dalam bidang sukan di peringkat antarabangsa banyak bergantung pada faktor-faktor seperti latihan secara sistematik, ganjaran kewangan dan sikap ahli-ahli sukan itu sendiri.


Kemampuan menyediakan latihan secara sistematik lagi saintifik kepada ahli-ahli sukan di peringkat kebangsaan sudah tentu akan menjanjikan suatu untuk menebus kejayaan negara semula dalam beberapa jenis sukan. Malaysia pernah mencipta nama dalam arena sukan di peringkat antarabangsa. Malaysia pernah muncul sebagai johan dalam pertandingan Badminton Piala Thomas sebanyak tiga kali berturut-turut dari tahun 1949 hingga 1955 dan sekali lagi pada 1967. Pasukan hoki negara berjaya menempatkan diri ke peringkat separuh akhir dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia pada tahun 1975 di India. Namun demikian, prestasi negara dalam bidang sukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini nampaknya telah mengalami kemerosotan yang mendukacitakan. Kemerosotan prestasi dan mutu sukan ahli-ahli sukan negara mungkin berpunca daripada kelemahan latihan yang diberikan. Pakar sukan dari dalam dan luar negara berpendapat bahawa latihan untuk ahli-ahli sukan negara patut dijalankan secara sistematik dan saintifik agar taraf pencapaian mereka sekurang-kurangnya akan menjadi setanding, kalaupun tidak lebih baik daripada ahli-ahli sukan negara-negara maju. Bagi tujuan ini, Kementerian Belia dan Sukan telah mendapatkan khidmat jurulatih-jurulatih dari luar negara yang lebih arif tentang teknik-teknik latihan dan peralatan sukan yang mutakhir. Atlet-atlet kebangsaan yang berpotensi juga dihantar ke luar negara untuk menjalani latihan intensif bersama-sama atlet-atlet yang bertafar antarabangsa. Jurulatih-jurulatih kebangsaan juga telah dihantar ke luar negara untuk mendapatkan pendedahan tentang cara latihan yang mutakhir, sistematik dan saintifik. Tidak dapat dinafikan bahawa ganjaran kewangan juga berupaya untuk menyuntik semangat para atlet kita untuk lebih bersungguh-sungguh berjuang mencapai kejayaan dalam acara masing-masing yang sekali gus akan mengharumkan nama negara dalam bidang sukan di peringkat antarabangsa. Dalam hal ini, pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Persatuan Skuasy Malaysia yang menawarkan ganjaran kewangan kepada para pemain yang berjaya menggondol piala kemenangan dalam pertandingan-pertandingan di peringkat antarabangsa patut dicontohi oleh persatuan-persatuan lain. Walau bagaimanapun, seringkali tawaran ganjaran bagitu lumayan melunturkan semangat para atlet kita. Banyak contoh dapat ditampilkan. Misalnya, pasukan badminton negara gagal sampai ke peringkat akhir pertandingan Piala Thomas, setelah diberi pelbagai insentif dan ganjaran. Hal ini amat menghampakan para peminat badminton tanah air. Justeru, suatu formula baru perlu dicari bagi mengekalkan prestasi para pemain negara tanpa mengabaikan kebajikan mereka. Seperkara lagi ialah sikap ahli sukan itu sendiri yang berperanan dalam menentukan menang kala atau kecemerlangan pencapaian diri masing-masing. Keyakinan diri merupakan cirri terpenting dalam diri seseorang atlet. Seorang ahli psikologi sukan dari Kanada, Dr. Michael Gaingne menyatakan bahawa seseorang atlet yang turun ke gelanggang pertandingan bukan sahaja berhadapan dengan lawannya, malah dengan dirinya sendiri. Oleh sebab itu, sesi kaunseling diadakan antara kaunselor dengan atlet beberapa kali sebelum sesuatu pertandingan dijalankan dengan tujuan membina dan


mengentalkan lagi semangat serta daya tahan atlet tersebut. Ahli sukan yang bersikap positif akan sentiasa menetapkan sasaran pencapaian untuk dirinya. Melalui cara ini, prestasi akan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Kesimpulannya, melalui menggabungan ketiga-tiga faktor yang dibincangkan itu, diharapkan prestasi ahli sukan negara dapat dipertingkatkan lagi pada masa hadapan demi kegemilangan negara dalam bidang sukan antarabangsa.

40. ‘Pengguna Berhemah, Peniaga Beretika – Asas Kemakmuran Negara’ merupakan tema sambutan Hari Pengguna Kebangsaan pada tahun ini. Kemukakan ulasan anda terhadap slogan tersebut. Buat julung-julung kalinya Kementerian Perdagangan Dalam Negara dan Hal Ehwal Pengguna telah menyambut Hari Pengguna Kebangsaan pada 26 Julai 2003 yang lalu. Pada pendapat saya, sambutan yang dianjurkan ini tepat pada waktunya. Sebenarnya, sambutan sedemikian rupa telah lama patut diadakan bagi menyedarkan para pengguna akan hak mereka serta mengingatkan para peniaga tentang tanggungjawab masing-masing kepada pelanggan mereka. Tema yang dipilih ‘Pengguna Berhemah, Peniaga Beretika- Asas Kemakmuran Negara’ juga dianggap sebagai kena pada masa dan keadaannya. Sesungguhnya dunia perniagaan dan kepenggunaan dewasa ini sudah menjadi begitu sofistikated. Umumnya, cita rasa pengguna sudah jauh berubah berbanding dengan 20 tahun lampau. Begitu juga, para peniaga juga yang telah mengubah cara mendekati pelanggan mereka. Kini, umumnya para peniaga lebih mesra pengguna. Sesungguhnya, pada hemat saya apabila seseorang pengguna mengamalkan dasar berhemah, keluarganya tidak perlu hidup merana jika keputusan wang. Dalam hal ini beribahasa Melayu, yang berbunyi ‘berjimat sebelum habis, beringat sebelum kena’ wajar kita jadikan sebagai iktibar untuk meniti kehidupan seharian tegasnya, falsafah yang terkandung di sebalik peribahasa tersebut perlu disematkan pada jiwa setiap orang. Pun begitu, keadaan yang sebaliknya akan terjadi sekiranya seseorang ibu atau bapa bersikap boros dalam perbelanjaannya. Oleh itu janganlah kita sebagai pengguna lalai sehingga ‘nasi sudah menjadi bubur’ barulah hendak menyesal. Kata orang-orang tua, ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya’. Pendek kata, orang Melayu dahulu kaya dengan pelbagai nasihat yang diungkapkan melalui bidalan, pepatah, perumpamaan, dan sebagainya. Maksud peribahasa tersebut masih sesuai dengan senario pada hari ini. Oleh itu kita patut menjadikan segala nasihat tersebut sebagai panduan hidup, lebih-lebih lagi dalam hal perbelanjaan kita. Dengan kata lain, kita perlu merancang perbelanjaan kita agar tidak terlebih belanja. Bahagian kedua cogan kata dalam tema ini menekankan peranan yang seharusnya dimainkan oleh para peniaga. Peniaga dituntut agar bersikap penuh etika dalam urusan perniagaan mereka. Untuk sekian lama, banyak penipuan dan amalan serong berkenaan bertindak demikian adalah semaat-mata ingin mengaut keuntungan


berkali ganda tanpa mempedulikan kepentingan dan kebajikan pengguna. Yang penting bagi segolongan kecil ini ialah mengisi penuh kantung sendiri. Secara langsung tindakan mereka mementingkan diri sendiri ini telah mencemarkan dunia perniagaan. Oleh itu, janganlah kita mudah terpedaya oleh pelbagai helah dan amalan jualan yang berleluasa kini, yang semata-mata ingin memikat para pembeli dan pengunjung ke gedung-gedung perniagaan mega. Misalnya, jualan penghabisan stok, jualan runtuh, dna jualan mega sebenarnya menggalakkan orang ramai untuk berbelanja tanpa mengira kemampuan masing-masing. Kecenderungan berbelanja dewasa ini dipermudahkan dengan pelbagai fasiliti kad kredit, skim beli dulu bayar kemudian, skim ansuran, dat tawaran hadiah istimewa. Tegasnya, tema yang dipilih bagi sambutan Hari Pengguna pada tahun ini mengajak para pengguna dan golongan peniaga agar bekerjasama dan berganding bahu dalam menentukan kemakmuran negara terpelihara. Hal ini bermakna pengguna sendiri perlu berhemah semasa berbelanja, sementara para peniaga diseru agar mengamalkan etika perniagaan terpuji dengan mengutamakan poket pengguna. Ingat, tanpa pengguna tidak mungkin akan wujud peniaga. Hal ini kerana peniaga merupakan orang tengah atau ejen yang meniagakan sesuatu barangan. Suatu persefahaman antara pengguna dengan peniaga harus wujud. Ini bermakna para peniaga hanya dibenarkan mengiklankan sesuatu barangan secara beretika tanpa menyatakan sesuatu yang tidak benar tentang mutu barangan yang dijual atau dipasarkan. Sesungguhnya, beberapa contoh dapat kita kutip daripada media setempat. Kita sering disogokkan dengan pelbagai kisah kehancuran rumah tangga kerana kesilapan mereka mengurus soal kewangan keluarga. Sebagai akibatnya, mereka bertelingkah kerana kesempitan wang. Begitu juga kisah bapa yang selalu mabuk-mabuk dan kuat minum arak hingga mengabaikan tanggungjawabnya. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa punca sebahagian besar kes ini ialah kerana tiadanya perancangan dalam perbelanjaan serta tarikan iklan oleh para peniaga yang semata-mata untuk melariskan barangan mereka. Kesimpulannya, pengguna perlu berhemah semasa berbelanja sementara peniaga mengamalkan etika terpuji dalam urusan perniagaan masing-masing agar kemakmuran negara terjamin. 41. Belakangan ini tumbul cadangan agar pesalah jenayah kecil kali pertama diperintah melakukan kerja-kerja sosial bagi menggantikan hukuman penjara. Nilaikan keberkesanan perintah kerja sosial sebagai ganti hukum penjara bagi tujuan pemulihan penjenayah kecil kali pertama. Umumnya, penjara merupakan tempat bagi menahan pesalah-pesalah yang melanggar undang-undang setelah diperintahkan oleh mahkamah untuk menjalani hukuman. Tujuan utama sistem penjara ialah menyediakan banduan menjadi manusia yang berguna selepas dibebaskan dan pulang ke pangkuan masyarakat.


Namun demikian, kejayaan matlamat murni ini diragukan kerana sistem penjara kita seolah-olah tidak begitu berkesan dan perlu diperbaiki. Justeru, sejak kebelakangan ini timbul cadangan agar pesalah jali pertama bagi jenayah ringan diperintahkan menjalani kerja-kerja sosial sebagai ganti hukuman penjara. Tampaknya cadangan ini baik kerana bukan sahaja dapat mengatasi masalah kesesakan yang dialami oleh kebanyakan penjara di negara ini, malah berkesan bagi memberi kesedaran kepada pesalah berkenaan agar tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan. Perintah kerja sosial bererti pesalah jenayah ringan yang seharusnya menjalani hukuman penjara diperintahkan menjalankan kerja-kerja perkhidmatan di luar penjara yang boleh mendatangkan kebaikan dan faedah kepada dirinya dan juga masyarakat amnya. Perintah yang sama juga boleh dikenakan kepada pesalah jenayah kolar putih yang gagal membayar denda yang dikenakan oleh mahkamah. Menghukum para penjenayah ringan dengan kerja-kerja sosial bukanlah perkara baru dalam bidang perundangan. Di negara Singapura dan New Zealand misalnya, kerja-kerja sosial ini dikenal sebagai ‘tahan berkala’. Tempoh maksimum bagi perintah ini ialah selama 12 tahun. Tetapi kerja sosial yang dilakukan oleh bandung-banduan tidak boleh melebihi had 60 jam dalam seminggu. Perintah sebegini boleh dikenakan ke atas para pesalah yang telah disabitkan hukuman penjara atau atas kegagalannya menjelaskan denda yang telah dikenakan oleh mahkamah. Di England pula, undang-undang negara tersebut memperuntukkan perintah kerja sosial dikenakan ke atas pesalah-pesalah jenayah ringan yang boleh dihukum penjara dan juga para pesalah yang gagal membayar denda. Tempoh bagi para pesalah itu menjalani hukuman kerja-kerja sosial ialah antara 40 hingga 250 jam dalam sebulan. Walau bagaimanapun, hanya para pesalah yang menjalani hukuman penjara berusia 17 tahun boleh dikenakan hukuman seperti ini. Di negara kita, perintah kerja-kerja sosial yang ingin dilaksanakan boleh disesuaikan dengan nilai dan budaya tempatan. Antara kerja yang boleh dilakukan oleh para pesalah termasuklah membersihkan sesebuah kawasan sekitar secara bergotongroyong, mengerjakan ladang-ladang pertanian, kerja-kerja buruh kasar dan kontrak di sektor pembinaan, kilang dan penternakan. Hukuman memenjarakan para pesalah jenayah ringan bukanlah hukuman yang terbaik untuk mereka. Kesan-kesan negatif daripadanya merupakan faktor beberapa buah negara Barat seperti Sweden, Belanda, dan Norway menggantikan hukuman penjara dengan perintah kerja sosial. Tambahan pula, penjara bukanlah tempat paling sesuai untuk memulihkan para pesalah jenayah ringan dengan program latihan yang membina. Seringkali pesalah-pesalah jenayah ringan ini akan terdedah dan dipengaruhi oleh penjenayah-penjenayah yang melakukan kesalahan berat seperti merompak, membunuh atau merogol, yang menjalani hukuman penjara bersama-sama pesalah ringan. Pengelompokan kesemua jenis penjenayah di dalam satu penjara adalah tidak sihat kerana kesan-kesan negatif akan wujud, seperti penjenayah ringan akan dilatih menjadi lebuh berani dan ganas oleh pesalah-pesalah jenayah berat.


Berlandaskan alasan-alasan yang dibincangkan di atas, kerajaan harus meneliti semula dan memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap cadangan menggantikan hukuman penjara dnegan perintah kerja sosial bagi kesalahan-kesalahan kecil yang digolongkan sebagai jenayah ringan. Tidak keterlaluan jika dinyatakan bahawa perintah kerja sosial untuk pesalah-pesalah jenayah ringan ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan sebuah penyayang di negara ini.

42. Pakar psikologi berpendapat bahawa golongan yang mendera kanak-kanak merupakan mangsa keadaan dan memerlukan pertolongan. Ulas pendapat tersebut. Rakyat Malaysia pada hakikatnya kurang menyedari bahawa kes-kes penderaan dan penganiayaan kanak-kanak yang berlaku di negara ini semakin bertambah pada setiap tahun. Tidak dapat kita bayangkan bagaimana seorang ibu, bapa, penjaga atau pengasuh yang sepatutnya menjadi pelindung kepada kanak-kanak sanggup bertindak kejam tanpa rasa peri kemanusiaan terhadap golongan yang masih mentah ini. Sesungguhnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penganiayaan dan penderaan kanak-kanak berlaku. Faktor pertama ialah masalah keluarga yang kucarkacir dan tiada kemampuan dari segi penjagaan dan sara hidup. Keduanya, masalah kewangan, tekanan kerja, latar belakang ibu bapa yang tidak mempunyai pengalaman mendidik anak-anak dan kurangnya berpendidikan tinggi menyebabkan mereka melepaskan geram atau perasaan marah kepada kanak-kanak tanpa ditimbangi oleh kerasionalan fikiran. Faktor ketiga ialah penyalahgunaan najis dadah di kalangan ibu bapa dan penjaga kanak-kanak. Kesan daripada penyalahgunaan najis dadah di kalangan mereka lazimnya mudah menyebabkan mereka kehilangan pertimbangan. Lantaran itulah, mereka sanggup melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak. Faktor keempat ialah penderaan yang dianggap oleh ibu bapa dan penjaga sebagai salah satu cara untuk mendisiplinkan anak-anak. Ibu bapa dan penjaga kadangkadang berada dalam dilema untuk menentukan kaedah paling sesuai untuk mendisiplinkan anak-anak. Dalam situasi ini, mereka sering menggunakan deraan yang berbentuk negatif sehingga meninggalkan kesan dari aspek fizikal dan mental pada kanak-kanak. Walaupun kita bersimpati dengan keadaan dan masalah yang dihadapi oleh para ibu bapa, penjaga dan pengasuh, tetapi itu bukanlah alasan untuk melepaskan geram atau menganiayai anak-anak yang tidak bersalah atau berdosa. Kanak-kanak yang daif dan masih mentah tidak mampu untuk mempertahankan diri dengan melawan kekuasaan orang dewasa. Anak-anak merupakan anugerah Tuhan. Oleh itu, ibu bapa yang bertanggungjawab membawa anak-anak ke dunia ini seharusnya menjaga dan


melindungi mereka dengan sempurna. Masalah-masalah luaran tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mendera anak-anak. Pada hemat saya, pendapat mendera dan penganiayai kanak-kanak walau apa sekalipun asalaha tidak boleh dibiarkan. Sesungguhnya tiada kemaafan bagi perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan ini yang bersifat di luar batasan budaya manusia. Sebagai golongan dewasa, ibu bapa seharusnya mampu berfikir secara rasional dan mencari penyelesaian kepada permasalahan hidup mereka. Mereka juga seharusnya mempunyai kemampuan membuat pertimbangan, mengawal perasaan dan berfikir secara tenang dalam sebarang keadaan terutama sekali dalam soal yang membabitkan masa depan anak-anak mereka. Kita tidak boleh sama sekali bersimpati dengan golongan ini. Kita mungkin boleh memberi bantuan untuk menyelesaikan masalah mereka. Pada pendapat saya, beberapa cara dapat dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Pertamanya, golongan pendera ini seharusnya diberikan sesi keunseling dan pemulihan yang sewajarnya. Namun demikian, mereka perlu bertangungjawab terhadap kekejaman yang telah dilakukan ke atas anak-anak. Hal ini bermakna mereka patut diheret ke mahkamah dan dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka. Sekiranya kita membiarkan perbuatan terkutuk ini berlarutan, kita seolah-olah melindungi kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh mereka terhadap anak masing-masing. Selain itu, orang awam, khususnya jiran tetangga haruslah melaporkan kes-kes seperti ini kepada pihak berkuasa. Sikap ‘tidak mahu jaga tepi kain orang lain’ mungkin boleh menyebabkan nyawa seseorang kanak-kanak yang tidak berdosa diancam bahaya. Peranan media massa elektronik seperti radio dan televisyen melaporkan keskes penderaan merupakan cara ketiga yang dapat menyedarkan anggota masyarakat dan sekali gus mengurangkan jenayah ini. Seterusnya, cara keempat ialah menguatkuasakan Akta Perlindungan Kanakkanak 1997 dengan tegasnya. Pesalah-pesalah kes dera wajib dikenakan hukuman yang lebih berat. Kesimpulannya, kanak-kanak adalah aset terpenting yang bakal menentukan maju mundurnya sesebuah negara. Oleh itu, kerajaan harus bertindak tegas menyekat dan menghapuskan janayah yang tidak berperi kemanusiaan ini. 43. Rakyat yang ‘buta’ tentang sejarah negaranya dikatakan kurang patriotic. Ulas penyataan ini. Ungkapan ‘sejarah itu berulang’ sering diucapkan oleh pemimpin dunia. Memang terdapat kebenaran di sebalik ungkapan ini. Justeru, tidak keterlaluan jika dikatakan manusia dapat menimba iktibar daripada sejarah. Tegasnya, sejarah dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada umat manusia.


Oleh sebab itu, sejarah telah dijadikan sebagai mata pelajaran teras yang diwajibkan untuk semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di bawah pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sejak tahun 1988. Melalui mata pelajaran Sejarah, diharapkan fungsi menyemaikan dan memupuk nilai-nilai keperibadian bangsa, kesetiaan kepada negara, ibu pertiwi dan perasaan bangga menjadi seorang warganegara Malaysia dapat diterapkan dalam jiwa sanubari setiap warga. Secara tuntasnya, rakyat yang ‘buta’ dan tidak mengetahui tentang sejarah tanah airnya sendiri dikatakan kurang patriotik. Kebenaran di sebalik dakwaan ini jelas terserlah. Hakikatnya, seseorang yang ‘buta’ sejarah sudah pasti tidak mengetahui asal usul pembentukan negaranya. Tidak mengetahui akan hal-hal berkaitan kelahiran negara sendiri juga bermakna tidak mengenal asal usul diri. Keadaan ini dapat disamakan sebagai kita tidak mengetahui siapa nenek moyang kita kerana tidak mengkaji salasilah kekeluargaan kita. Rakyat yang tidak tahu tentang sejarah pembentukan dan pembinaan negara sendiri sukar untuk menumpahkan sepenuh taat setia kepada negara. Individu ini diibaratkan seolah-olah beranung di negara ‘orang lain’. Justeru, sukar untuk mereka menghayati aspirasi dan cita-cita negara sekiranya mereka tidak mempelajari sejarah tanah air sendiri. Misalnya, rakyat yang buta tentang sejarah negara kita tidak akan memahami rasional di sebalik pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, dan penggubalan Rukun Negara yang lahir rata-rata sebagai akibat peristiwa-peristiwa bersejarah yang telah menimpa negara. Dalam pada itu, sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan saban tahun merupakan peluang keemasan bagi rakyat memperingati peristiwa penting yang lagi bersejarah bagi negara Malaysia. Tanggal 31 Ogos 1957 ialah tarikh keramat negara dibebaskan daripada belenggu penjajahan British. Malah yang lebih pentingnya, segenap lapisan rakyat diingatkan tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing terhadap negara kerana ‘negara kita adalah tanggungjawab kita bersama’. Selain itu, sembutan ini diyakini dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisem terhadap negara. Acara-acara yang dilangsungkan sempena sambutan agung tersebut sedikit banyak dapat menyedarkan rakyat betapa pentingnya kedaulatan dan kemerdekaan negara kita dipertahankan dan dipelihara daripada ancaman musuh pada setiap masa. Kepentingan untuk mempelajari sejarah tanah air sendiri semakin terasa sejak beberapa waktu belakangan ini. Generasi muda yang dilahirkan seelpas negara mencapai kemerdekaan umumnya dikatakan tidak arif tentang proses Sejarah tanah air sendiri. Justeru, pembelajaran sejarah tentang negara sendiri perlu ditekankan dalam kurikulum sekolah. Secara langsung, pembelajaran sejarah negara dapat menginsafkan mereka akan betapa beruntungnya mereka mendiami sebuah negara demokrasi yang sentiasa dalam keadaan sentosa dan aman damai. Sikap bersyukur dan berterima kasih harus dipupuk sejak kanak-kanak masih kecil lagi. Bak kata pepatah Melayu, ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Semangat patriotisme dapat dimanifestasikan melalui tindak tanduk rakyat terhadap negaranya, misalnya kesediaan untuk memanggul senjata untuk mengawal keselamatan negara, meronda garis pesisir pantai, dan mengawal ruang udara kita


daripada ancaman luar. Semangat ini hanya dapat disemarakkan apabila rakyat tahu akan latar belakang pembentukan dan sejarah negaranya sendiri. Seiring dengan ini, kerajaan telah memperkenalkan Program Latihan Khidmat negara untuk anak-anak muda lepasan sekolah. Tujuannya adalah untuk membina semangat juang dan daya tahan dalam kalangan generasi muda. Sayugia disebut bahawa aspek sejarah tanah air menjadi sebahagian daripada sukatan latihan selama tiga bulan itu. Sekali lagi, hal ini menjelaskan kepada kita akan betapa pentingnya ilmu sejarah sebagai sebagai panduan hidup rakyat Malaysia tanpa mengira peringkat umur, jantina dan kedudukan. Kesimpulannya, sejarah wajar dijadikan iktibar untuk kita mengenal siapa diri kita. Malah pendidikan sejarah sekali gus mampu menjana patriotisme rakyat terhadap negara. Oleh itu, mempelajari sejarah tidak patut diremehkan. 44. ‘Kejayaan wira negara dalam bidang masing-masing patut dijadikan sebagai sumber inspirasi unuk generasi muda’. Ulas pernyataan yang tersebut. Malaysia sejak beberapa tahun belakangan ini telah banya melahirkan wira negara. Antara yang tersohor termasuklah Datuk Azahar Mansor sebagai Wira Pelajaran; M. Magendran dan N. Mohandas sebagai Wira Pendakian dan Datuk Hassan Nawawi sebagai Wira Jelajah Daratan. Terkini, lahir seorang lagi wira negara, iaitu Abdul Malik Mydin yang layak digelar sebagai Wira Samudera. Pada 5 Ogos 2003, Abdul Malik, anak kelahiran Pulau Pinang, mencipta sejarah yang membanggakan apabila menjadi perenang pertama Malaysia dan Asia Tenggara serta keempat Asia dapat merentasi Selat Inggeris – selat paling sukar dan mencabar dalam calendar renang marathon antarabangsa – pada tepat jam 2.46 pagi waktu Malaysia. Abdul malik mencatat 17 jam 35 minit selepas berenang hampir 58 kilometer dari Abbots Cliff di Dover ke pantai Wissang di Calais, Perancis. Biarpun catatan itu agak perlahan, hakikatnya Abul Malik terpaksa menempuh ombak setinggi 1.5 hingga 2.0 meter, arus yang kuat dan tiupan angina kencang sehingga 18 batu nautika seja, kirakira enam kilometer ketika menghampiri Pantai Calais. Kejayaannya itu melengkapkan impian negara untuk melihat seorang anak watan yang mampu melawan cabaran dengan berbekalkan semangat ‘Malaysia Boleh’. Sesungguhnya, banyak sumber inspirasi tercetus sebagai akibat daripada kejayaan wira-wira negara kita. Antaranya ialah semangat berani mencuba dan tidak takut menghadapi kesusahan dan melakukan sesuatu dengan penuh yakin dan kesungguhan. Jika ada di kalangan generasi muda hari ini yang menyimpan cita-cita untuk melakar sejarah seperti yang dilakukan wira-wira negara itu, teruskan. Mogamoga cita-cita anda akan menjadi kenyataan pada suatu hari kelak.Dalam konteks ini, pelajar perlu mencontohi kegigihan dan kejayaan wira-wira negara bagi mencapai kejayaan berteraf dunia. Hal ini adalah sejajar dengan wawasan pemimpin kita untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020, yang dapat ‘duduk sama rendahdan berdiri sama tinggi’ dengan negara-negara maju lain.


Hakikatnya, kini di kalangan pelajar tidak ramai lagi yang bersemangat waja. Mereka cepat berputus asa jika ketemu apa-apa maslaah. Sebenarnya, punca kepada keadaan ini ialah anak-anak muda kini amat bernasib baik kerana dapat hidup bersenang-lenang, tanpa perlu menghadapi banyak cabaran hidup seperti generasi pelajar terdahulu. Sebagai akibatnya, pelajar kini umumnya dianggap sebagai lembut dan kurang bermaya dalam bidang-bidang yang membabitkan tenaga fizikal dan kekuatan. Secara tuntas, peribahasa ‘genggam bara api biar sampai menjadi arang’ amat asing kepada pelajar-pelajar di alaf baru ini. Sering kali kita disajikan berita tentang pelajar-pelajar yang tidak mempunyai matlamat dan cita-cita hidup yang unggul. Mereka mensia-siakan zaman muda dengan sekadar hanyut dalam alam persekolahan dan sekali gus mengabaikan tugas dan peranan sebagai pelajar yang bertanggungjawab. Sesungguhnya, sebagai pelajar kita mesti mempunyai azam dan semangat tinggi. Banyak lagi bidang yang boleh diceburi seperti dalam bidang perniagaan, keusahawanan, sains dan teknologi, pembangunan dan penyelidikan, kesenian, ICT, muzik, dan sukan. Abdul Malik juga adalah pelajar individu biasa yang pernah bergelar pelajar. Bezanya ialah beliau memiliki semangat waja dan menjadikan kejayaan orang lain sebagai inspirasi untuk membuktikan kemampuannya menyeberangi Selat Inggeris. Kejayan Malik bukan sekadar mengharumkan nama negara malahan berjaya membuka mata masyarakat dunia bahawa rakyat Malaysia juga mampu mencatat rekod dunia standing dengan negara maju lain. Sesungguhnya, sesuatu kejayaan itu tidak akan datang bergolek. Yang dituntut ialah kesungguhan dan komitmen penuh. Tegasnya, seseorang perlu bersikap kental dan memiliki semangat waja, berulah kejayaan sedia menanti di telapak kaki. Sekiranya, kita sentiasa bertangguh dan berdolak dalih dalam melakukan sesuatu tugas atau pekerjaan, nescaya kegagalanlah yang akan menyapa diri. Kejayaan cemerlang hanya dapat diraih berkat perancangan rapi. Sesungguhnya, tidak ada jalan pintas ke arahsesuatu kejayaan. Kesimpulannya, peribahasa ‘Berakit-berakit ke hulu, Berenang-renang ke tepian, Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang kemudian’ patut dijadikan iktibar dalam menempuh dugaan hidup selama meraih kejayaan yang diharapkan.

45. Persatuan kokurikulum sekolah sering mengajurkan lawatan sambil belajar. Huraikan faedah-faedah aktiviti sedemikian. Umumnya, persatuan kokurikulum sekolah sering menganjurkan lawatan sambil belajar atau LASBELA. Tempat-tempat yang biasa dikunjungi termasuklah kilang, akhbar, pusat penyelidikan, pusat-pusat pengajian tinggi, agensi kerajaan, dan syarikat swasta. Oleh sebab lazimnya pembelajaran dalam bilik darjah tidak dapat memberikan pengalaman langsung kepada pelajar, LASBELA sering dianjurkan sebagai aktiviti persatuan. Sesungguhnya, program ini keran dinanti-nantikan oleh para pelajar. Hal ini


kerana LASBELA dapat mendatangkan keseronokan selain memberikan pelbagai pengalaman baru dan kenangan manis. Pertamanya, pengalaman yang diperoleh adalah melalui pengamatan dan pemerhatian pelajar-pelajar sendiri. Berbeza dengan pembelajaran dalam bilik darjah yang hanya melalui penerangan guru, atau tayangan video, cakera padat atau pembacaan buku teks, LASBELA memberikan peluang kepada pelajar menyaksikan sendiri proses pengeluaran, penyusunan, pembungkusan dan perlabelan sesuatu barang keluaran. Oleh itu, tiada pembelajaran lebih berkesan selain pembelajaran secara langsung dengan melawat ke suatu tempat, organisasi, dan kilang. Lawatan juga dapat membangkitkan rasa keinsafan di kalangan pelajar. Misalnya, lawatan ke sesebuah kilang pelajar dapat meninggalkan kesan mendalam pada jiwa pelajar. Pelajar dapat disedarkan akan betapa bernasib baik kehidupan mereka sekiranya dibandingkan dengan para pekerja kilang yang terpaksa bertungkuslumus demi mencari sesuap nasi. Hal ini diharap dapat menimbulkan rasa kesyukuran di kalangan pelajar akan betapa bertuahnya mereka kerana tidak perlu bersusah-payah kerana segala keperluan hidup disediakan oleh ibu bapa mereka. Begitu juga, lawatan ke tempat-tempat seperti rumah orang tua atau pusat kanak-kanak spastic dapat menanamkan rasa kesyukuran di kalangan para pelajar, selain dapat menceriakan kehidupan para penghuninya. Faedah seterusnya, LASBELA dapat menanamkan rasa kecintaan rakyat terhadap negara. Misalnya, melalui lawatan ke tempat-tempat bersejarah seperti kita A Famosa, kompleks sejarah Pasir Salak, Perigi Hang Tuah atau Kota Melawati, pelajar dapat merenung kembali mengapa negara kita pernah dijajah oleh beberapa kuasa asing seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun. Secara tidak sedar akan terbabitlah rasa kecintaan pelajar terhadap negaranya. Apabila kesedaran ini tertanam dalam sanubari pelajar-pelajar, lambat-laun kesediaan pelajar untuk mempertahankan negara dapat dipupuk. Inilah sebenarnya semangat nasionalisme tulen. Persatuan juga dapat menyumbang ke arah kesejahteraan ahli-ahlinya dengan menganjurkan lawatan-lawatan sebegini rupa. Selain mendapat pengalaman baru, LASBELA dapat merehatkan otak para pelajar yang telah belajar secara bertungkuslumus selama kira-kira setahun. Biasanya lawatan sedemikian rupa ini akan diadakan pada awal cuti lagi. Hal ini memudahkan pelajar-pelajar membuat perancangan sendiri selepas LASBELA yang tersebut. Seperkara lagi, para petugas yang menganjurkan lawatan itu dapat melatih diri dalam aspek kepimpinan supaya dapat menjadi seorang pemimpin yang berkesan pada masa hadapan. Banyak tugas yang perlu dibereskan sebelum sesuatu LASBELA dapat terlaksana. Dala hal ini, sekolahlah yang menjadi tempat latihan bagi bakal pemimpin dan cendikiawan. Ada kalanya, sesuatu LASBELA memakan masa lebih sehari sekiranya tempat yang ddikunjungi jauh atau atur cara lawatan itu banyak. Justeru itu, untuk menganjurkan sesuatu lawatan sesungguhnya memerlukan banyak kesabaran dan ketekunan pada dipertanggungjawabkan untuk menguruskan sesuatu lawatan. Hanya golongan yang bertanggungjawab, penyabar, beramanah dan berkeupayaan yang mampu melakukan kerja-kerja yang perlu untuk menjayakan sesuatu lawatan ini.


Kesimpulannya, walaupun LASBELA dapat menjana banyak pengalaman yang sukar untuk dilupakan, namun penganjur haruslah menentukan bahawa tempat-tempat yang dilawati dapat mengayakan pengalaman hidup pelajar. 46. Mesyarakat yang bersatu padu merupakan unsur terpenting di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia. Terangkan cara-cara yang berkesan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat negara kita. Malaysia merupakan negara majmuk yang berjaya setakat ini. Hal ini demikian kerana negara kita berjaya memelihara perpaduan kaum dan kestabilan politik semenjak kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Persoalan kita ialah bagaimana hendak mengekalkan dan mengukuhkan lagi perpaduan kaum yang terbina hamoir seetngah abad ini? Memang tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan selama ini amat menitikberatkan soal perpaduan. Malah, pelbagai usaha telah dijalankan untuk memastikan masyarakat Malaysia hidup dalam suasana aman damai dan sentosa di bawah bendera Jalur Gemilang, segemilang bendera kebangsaan kita. Antara usaha terawal yang dilaksanakan ialah pengenalan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan menyatupadukan semua kanak-kanak sekolah dengan satu sistem pendidikan yang seragam yang menggunakan satu bahasa pengantar bersama. Sesungguhnya dasar ini telah memperlihatkan kejayaannya dalam menyatubadukan seluruh rakyat negara ini buat sekian lamanya. Sistem pendidikan kebangsaan ini telah diperkukuh oleh Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1988 yang bermatlamatkan penghasilah manusia yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelet. Walaupun demikian, aspek perpaduan tetap menjadi agenda utama sebagai alat penyatuan semua kaum dalam negara ini. Selain itu, pihak kerajaan juga telah memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Tujuannya adalah sebagai unsur penyatuan kaum. Semua pelajar sekolah rendah dan menengah diwajibkan mempelajarinya dengan dengan harapan bahasa ini dapat menjadi lingua franca bagi semua kaum yang mendiami negara ini. Setakat ini, Dasar Bahasa Kebangsaan didapati telah berjaya menyatupadukan seluruh penduduk negara ini. Suatu lagi langkah kerajaan ialah dengan memperluas kerjasama politik selepas Tragedi 13 Mei 1969 dengan mewujudkan barisan Nasional sebagai ganti kepada Parti Perikatan yang tertubuh menjelang kemerdekaan negara. Barisan Nasional merupakan mekanisme yang dapat meraih sokongan daripada segenap lapisan rakyat. Sebagai gagasan yang terdiri daripada 14 parti komponen, Barisan Nasional dapat memenuhi aspirasi rakyat pelbagai kaum. Semangat tolak ansur da musyawarah menjadi landasan utama untuk menawan hati nurani rakyat bagi memastikan segala usaha pembangunan dan kemajuan dapat berjalan secara berterusan. Sistem berpolitik melalui gagasan Barisan Nasional telah berjaya membawa kejayaan yana membanggakan untuk selama hampir 30 tahun ini, iaitu semenjak tahun 1974.


Perpaduan kaum juga dapat tercapai menerusi penerapan nilai-nilai universal Islam dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia. Nilai-nilai seperti bertimbang rasa, sikap toleransi, tolak ansur, berprihatin, saling menghormati, jujur, dan ikhlas telah dapat membina sebuah masyarakat yang cintakan keamanan, perdamaian, dan sekali gus dapat membina perpaduan merentasi semua kaum dan suku kaum di negara ini. Suatu lagi dasar yang telah menjadi senjata perpaduan ialah Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan serampang dua mata, iaitu untuk menghapuskan kemiskinan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum serta menyusun semula masyarakat Malaysia agar tiada lagi pengenalan mana-mana etnik mengikut fungsi ekonomi. Sehingga ini Dasar Ekonomi Baru telah berjaya menghapuskan kadar kemiskinan penduduk Bumiputera kepada paras 9% pada tahun 2001. Dasar ini seterusnya digantikan oleh Dasar Pembangunan Negara. Matlamat akhir kedua-dua dasar di atas adlah untuk menyatupadukan semua kaum di negara ini dengan pengagihan ‘kek ekonomi’ dengan secara lebih adil. Setiap kaum mendapat kuotanya di bawah dasar nasional ini agar pembahagian kekayaan negara dapat menikmati oleh lebih banyak penduduk. Satu lagi amalan yang digalakkan ialah ziarah-menziarahi semasa perayaan kaum-kaum di negara ini. Umpamanya, semasa perayaan Hari Raya Aidikfitri, kuamkaum laun diundang ke majlis Rumah Terbuka kaum Muslim. Begitulah juga sebaliknya, apabila kaum-kaum lain merayakan hari kebesaran masing-masing, amalan ini digalakkan untuk mengukuhkan silaturahim antara kaum. Selain itu, amalan ini dapat menanam sikap menghormati kepercayaan dan adapt resam pelbagai keturunan. Matlamat akhirnya adalah untuk menyatupadukan semua kaum di negara ini. Sesungguhnya amalan ini harus diteruskan demi persefahaman dan kebaikan bersama. Kesimpulannya, setiap rakyat di negara ini bertanggungjawab memelihara perpaduan kaum agar semua usaha pembangunan dapat berjalan tanpa diganttu-gugat oleh musuh negara.

47. Kini semangat kejiranan masih kuat diamalkan dalam kalangan masyarakat desa. Namun keadaan sebaliknya berlaku di kawasan Bandar. Huraikan sebabsebab semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Bandar semakin luntur. Pada zaman yang serba moden dan mewah ini, amalan-amanal tradisi seperti bergotong-royong dan semangat kejiranan semakin ditinggalkan. Sungguhpun begitu, semangat kejiranan masih kuat diamalkan dalam kalangan masyarakat desa dan kawasan pedalaman. Akan tetapi keadaan di Bandar adalah amat berbeza. Umumnya masyarakat bandar terdiri daripada komposisi kaum yang berbeza-beza seperti Cina, melayu, India, dan lain-lain. Masing-masing dengan cita-cita dan impian yang tersendiri. Perbezaan dari segi budaya, agama, cara hidup dan pekerjaan bukan sahaja menghalang proses integrasi semasa semua kaum etnik di bandar, malah juga menghambat semangat kejiranan.


Kebanyakan penduduk kota keluar rumah untuk bekerja pada awal pagi dan balik pada lewat petang. Faktor masa inilah yang menghalang mereka daripada bersosialisasi atau berinteraksi dengan jiran tetangga. Masa singkat pada sebelah malam digunakan untuk menjalin perhubungan antara anggota keluarga masing-masing. Justeru masa untuk berkomunikasi dengan jiran tetangga amat terhad. Malahan mereka memerlukan rehat setelah sehari suntuk keluar bekerja. Begitu juga halnya, perbezaan dari segi bahasa telah sedikit sebanyak menghalang proses komunikasi yang berkesan antara jiran-jiran yang berlainan keturunan dan latar belakang. Misalnya, sebuah Keluarga Cina yang kurang fasih dalam Bahasa Malaysia berasa keberatan untuk berinteraksi dengan jirannya yang berketurunan Melayu. Tambahan pula, keluarga Melayu ini dikatakan kurang fasih berbahasa Inggeris yang merupakan lingua franca jirannya. Secara tidak langsung, faktor ini menjadi batu penghalang kepada interaksi sosial antara dua keluarga yang berbeza keturunan. Faktor lain yang menghalang percambahan semangat kejiranan di bandarbandar dan kota ialah sikap tidak suka mencampuri urusan orang lain. Masyarakat kota lebih mementingkan diri sendiri, ibarat peribagasa ‘bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing’. Umpamanya, mereka agak kurang bertegus sapa sesama jiran tetangga kerana berasa bimbang akan disalah mengerti ingin menjaga ‘tepi kain orang lain’. Pernah dilaporkan bahawa terdapat jiran-jiran yang tidak mengenali antara satu dengan yang lain setelah bertahun-tahun tinggal sebelahmenyebelah rumah. Hal ini amatlah dikesali. Fenomena inilah yang telah mulai meluntur semangat kejiranan di kalangan masyarakat kota yang saban hari sibuk dengan urusan masing-masing. Perasaan syak wasangka yang tidak berasas juga menjadi faktor penghalang kepada pembinaan semangat kejiranan yang kental sesame masyarakat kita. Hal ini dapat diperjelaskan melalui contoh dua keluarga yang berlainan taraf sisioekonomi yang mendiami sederet rumah dua tingkat. Oleh sebab tahap kekayaan yang berbeza, si kaya telah memandang rendah terhaadap si miskin. Sebagai akibatnya tidak wujud hubungan antara dua jiran terdekat ini. Selain itu, faktor pekerjaan juga menjadi penghalang kepada pencapaian semangat kejiranan yang kental. Sebilangan besar warga kota mempunyai lebih daripada satu kerjaya. Keadaan ini dicetuskan oleh kos sara hidup yang tinggi di kota hinggakan ramai terpaksa mencari nafkah yang lebih bagi menampung perbelanjaan harian serta lain-lain pembiayaan seperti sewa rumah, kos pendidikan anak-anak, perubatan, dan sebagainya. Kesibukan inilah yang menghambat masa para warga kota untuk bermesra sesame jiran, apatah lagi untuk menolong antara satu dengan yang lain pada saat-saat yang memerlukan seperti sewaktu kecemasan, sakit, kemalangan, kecurian, dan seumpamanya. Mereka lebih bersedia bergantung pada rakan-rakan dan sanak saudara yang tinggal berjauhan untuk menghulurkan bantuan. Kesimpulannya, semangat kejiranan ini amat penting untuk hidup bermasyarakat. Warga kota seharusnya mengorak langkah membina perasaan berbaikbaik sesame jiran tetangga melalui inisiatif sendiri. Hal ini amat penting terutmanya ketika berlaku kecemasan. Kata orang ‘Jiran Sepakat Membawa Berkat’. Jika bukan jiran kita, siapakah lagi yang akan membantu ketika saat-saat mencemaskan seperti berlaku pecah rumah, rompakan, pembunuhan, dan jenayah-jenayah lain? Pada waktu


lain, jiran juga dapat diminta menjaga atau menjenguk tempat kediaman kita sewaktu kita pulang ke kampung untuk berhari raya atau bercuti.

48. Peperiksaan merupakan cabaran yang paling menggerunkan pelajar. Huraikan sebab-sebab peperiksaan patut dikekalkan dalam sistem pendidikan di negara kita. Cadangkan juga langkah-langkah bagi mengurangkan beban pelajar dalam menghadapi peperiksaan. Ada pendapat mengatakan bahawa sistem pendidikan di negara kita dibebani dengan pelbagai jenis peperiksaan yang menggerunkan para pelajar hingga menjadikan sekolah bukan lagi suatu tempat yang sesuai untuk pertumbuhan emosi, rohani, jasmani dan intelek. Namun begitu, tidak dapat dinafikan peri pentingnya peperiksaan sebagai kayu mengukur yang dapat menguji peupayaan para pelajar dalam aspek-aspek seperti pemahaman, analisis, sintesis, penghujahan, penaakulan, dan daya intelek. Di bawah pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendan (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), keperluan peperiksaan masih dikekalkan. Cuma yang berbeza ialah bentuk dan format peperiksaan itu. Umpamanya, dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diperkenalkan semenjak tahun 1993m sorak soalan formatif dan sumatif telah diterapkan. Tujuannya adlah untuk mengelakkan pelajar daripada terlalu bergantung kepada kaedah penghafalan. Hal ini sekali gus akan mengurangkan ketegangan dan bebanan para pelajar dalam menghadapi peperiksaan itu. Seperkara lagi, kandungan yang diuji juga mencakupi suatu bidang yang lebih umum dan luas. Matlamat pengujian melalui corak-corak soalan seperti ini ialah untuk berlaku lebih adil kepada semua pelajar tanpa mengira tahap daya intelek dan keupayaan akademik mereka. Secara tidak langsung, hal ini akan menjadikan peperiksaan suatu yang menarik dan bukan lagi suatu beban yang menggerunkan para pelajar. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan peperiksaan dikekalkan dalam sistem pendidikan negara kita. Pertama, peperiksaan dapat mewujudkan daya saing di kalangan pelajar. Tanpa unsur ini, sudah pasti mutu pendidikan dan prestasi para pelajar tidak akan meningkat atau bertambah maju. Peperiksaan juga dapat mewujudkan motivasi kepada para pelajar agar mereka akan senantiasa berdamping dengan buku-buku pelajaran untuk menghadapi peperiksaan. Keduanya, peperiksaan dapat menilai dan mengukur prestasi seseorang pelajar dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang tertentu. Hal ini dapat membantu para pelajar untuk menentukan bidang kerjaya yang bakal diceburi oleh mereka. Di samping itu, sistem peperiksaan juga dapat membantu para perancangan pendidikan negara untuk menyediakan kursus-kursus pengajian di peringkat yang lebih tinggi lagi mengikut minat dan kecenderungan para pelajar. Faktor ketiga yang menyebabkan peperiksaan harus dikekalkan ialah sistem peperiksaan sahajalah yang dapat menentukan siapa yang layak dan yang sebaliknya


untuk diterima melanjutnya pelajaran di pusat-pusat pengajian tinggi sama ada IPTA dan IPTS. Sejak tahun 2002, Pihak Kementerian Pelajaran telah melaksanakan sistem meritokrasi dalam pemilihan pelajar ke IPTA. Justeru, criteria pemilihan adalah berdasarkan prestasi akademik calon-calon dalam peperiksaan di sekolah seperti SPM dan STPM. Tegasnya, prestasi peperiksaanlah yang menjadi kayu pengukur dalam membuat pemilihan oleh Unit Pusat Universiti (UPU). Sesungguhnya, terdapat beberapa cara yang berkesan untuk mengurangkan beban para pelajar dalam menghadapi peperiksaan sama ada UPSR, PMR, SPM mahupun STPM. Sebagaimana yang dihuraikan di atas, format soalan peperiksaan harus diubah suai sesuai dengan tahap kemampuan berfikir para pelajar. Contohnya, guru yang menyediakan kertas soalan peperiksaan bagi sesuatu mata pelajaran untuk para pelajar di kelasnya, haruslah mengetahui dan memahami keupayaan pelajarnya. Ini akan membantu pelajar-pelajar mencapai kejayaan. Pengubahsuaian format peperiksaan dapat mengurangkan beban pelajar dan menjadikan peperiksaan sesuatu yang menarik. Penilaian dan ujian-ujian ringkas yang berterusan harus dilaksanakan untuk menilai dan menguji pemahaman para pelajar sepanjang masa. Baru-baru ini, Lembaga Peperiksaan telah memperkenalkan Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) untuk Tahap 1 sekolah rendah hingga Tingkatan 5. Tujuannya ialah untuk menguji kefasihan pelajar dalam Bahasa Melaysia dan Bahasa Inggeris sepanjang masa. Begitu juga, kuiz dan ujian-ujian kilat boleh ditadbirkan dari semasa ke semasa dan markahnya dijumlahkan dengan markah peperiksaan akhir. Nisbah tertentu diberikan kepada jumlah markah kesemua ujian ringkas dan kuiz tersebut. Cara ini dapat meringankan beban yang dipikul oleh para pelajar jika kesemua sukatan pelajaran sesuatu mata pelajaran diuji sekali gus dalam satu peperiksaan. Markah tertentu juga boleh diberikan kepada kerja-kerja amali dan kerja kursus yang dilakukan oleh para pelajar dan penglibatan mereka dalam perbincangan dalam bilik darjah. Jumlah markah tersebut kemudiannya dicampurkan dengan markah terakhir peperiksaan sebenarnya. Strategi inilah yang dirancang oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk mata-mata pelajaran seperti Kemahiran Hidup, Sejarah, dan Geografi dalam peperiksaan PMR, dan subjek Pendidikan Seni, Biologi, Fizik, dan Kimia untuk peperiksaan SPM. Kesimpulannya, tiada alat ukuran yang boleh menggantikan peperiksaan. Oleh itu, peperiksaan harus dipertahankan dan diamalkan dalam rangka sistem pendidikan di negara kita.


49. eberapa tahun kebelakangan ini, semakin banyak kejayaan luar biasa dicapai oleh Anak Malaysia seperti belayar mengelilingi dunia, mendaki Gunung Everest, Menjejakkan kaki di Antartika, berbasikal menjelajah dunia, dan terbaru berenang menyeberangi Selat Inggeris. Huraikan kebaikan-kebaikan yang diperoleh daripada kejayaan warga Malaysia itu. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai anak Malaysia mengukir mana di persada antarabangsa dengan pencapaian-pencapaian luar biasa. Antaranya, berjaya menakluk Gunung Everest, belayar mengililingi dunia secara solo, berbasikal secara berpasangan menjelajah merentasi muka bumi, berkereta merentasi benua, dan terbaru berenang menyeberang Selat Inggeris. Secara tuntas, kejayaan-kejayaan luar biasa yang diraih ini telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa kerana mampu menandingi kejayaan yang ditempa orang Barat yang jauh lebih maju daripada kita. Selain itu, kejayaan-kejayaan yang diraih melalui pelbagai ekspedisi ini mampu menyuntik semangat ingin mencuba dan berjaya di kalangan anak watan. Sebagai akibatnya, rakyat Malaysia menjadi semakin yakin dalam meneroka bidang-bidang baru. Umum mengetahui cabaran-cabaran seperti yang tersebut di atas sanggup diharungi anak-anak Malaysia sebagai akibat kempen ‘Malaysia Boleh’ yang dilancarkan Perdana Menteri pada awal tahun 1990-an. Sesungguhnya, kempen ini telah memberi suntikan ajaib kepada banyak anak muda kita mendaki gunung, mengharungi lautan bebas, dan menjelajah benua. Pada 23 mei 1997, N. mohamdas dan M. Magendran bersama pasukannya berjaya menakluki bumbung tertinggi dunia, iaitu Gunung Everest, sekali gus memacakkan bendera Jalur Gemilang di puncaknya. Ini disusuli pula dengan kejayan Datuk Azahar Mansor mengelilingi dunia secara solo dengan kapal layarnya ‘Jalur Gemilang’ selama 192 hari. Tidak lama kemudian, pasukan penerjun negara telah berjaya membuat terjunan di Kutub Artik bersama kereta nasional, Proton Wira. Kejayaan demi kejayaan dicapai. Pada bulan februari 2002, ekspedidi ke Kutub Antartika melakar kejayaan yang tersendiri. Ekspedisi selama 10 hari ini turut disertai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, dan sekumpulan saintis tempatan yang mengkaji kesesuaian litupan salji untuk penghidpan manusia serta menyelidik hidupan yag terdapat di sana. Bulan Mac tahun yang sama, Datuk Hassan Nawawi dan abangnya berjaya menjelajah dunia merentasi enam benua dengan berbasikal selama setahun. Rekos terbaru ialah kejayaan Datuk Abdul Malik Mydin berenang merentas Selat Inggeris dari Dover di sebelah England ke Calais di sebelah Perancis pada 5 Ogos 2003 selama 17 jam 35 minit. Kejayaan ini sekali gus meletakkan datuk Abdul Malik sebagai orang Asia Tenggara yang pertama menyeberangi selat penuh cabaran itu. Pada 13 Julai 2004, Lennerd Lee, seorang pelajar Malaysia di Britain, juga berenang merentas Selat Inggeris dalam masa 9 jam 45 minit.


Selain berjaya melakar sejarah tersendiri untuk negara, ekspedisi-ekspedisi mencabar ini sekali gus berjaya membuka minda anak-anak muda agar sanggup berjuang untuk mencapai kejayaan luar biasa. Kejayaan luar biasa ini juga sekali gus membolehkan bangsa Malaysia ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ dengan bangsa-bangsa maju lain di dunia. Rentetan kejayana-kejayaan ini kini mencetuskan ilmah untuk meneroka angka lepas. Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa negara akan menghantar angkasawan Malaysia pertama ke bulan pada tahun 2005. Sehubungan dengan itu, Institut Kajian Sains Angkasa Lepas yang pertama telah ditubuhkan di Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini. Kejayaan anak watan mencipta dan membina satelit RazakSAT baru-baru ini adalah bukti betapa kita sebenarnya mempunyai barisan jurutera yang berkebolehan membawa negara menyertai era berteknologi aeroangkasa dengan bangganya. Setelah negara memulakan program angkasa lepas dengan pelancaran satelit Measat pada 1996, diikuti Tiungsat-1 pada 2000, pembiaan satelit anak tempatan itu adalah lonjakan besar bagi Malaysia. Penciptaan dan pembinaan satelit mikro itu bertambah penting memandangkan negara yang sudah lama bergiat dalam bidang itu enggan menjual teknologi pengimejan satelit resolusi tinggi. Kesimpulannya, kejayaan Malaysia meneroka angkasa lepas akan meletakkan negara kita setanding dengan negara-negara lain yang sudah lama menceburi bidang tersebut. Hal ini sekali gus menaikkan imej negara di mata dunia.

50. Setelah membaca suatu cerpen karya penulis tempata yang terkenal, anda memperoleh kesan bahawa cerpen tersebut bukan saja menarik tetapi juga banyak berisi nilai moral yang dapat dijadikan sebagai teladan dalam kehidupan. Tulis komen tentang cerpen tersebut untuk disiarkan dalam sebuah majalah. Cerpen yang telah saya baca ialah “Tanah Bukit” karya Jong Chian Lai. Jong merupakan seorang cerpenis yang prolifik berkarya sejak 1980-an. Selain mencipta cerpen, beliau juga menghasilkan skrip drama dan novel. Cerpen ini termuat dalam antologi beliau yang juga berjudul ‘Tanah Bukit’ Cerpen ini membawa tema penipuan oelh golingan kapitalis oportunis yang sanggup menipu masyarakat kampung dengan menggunakan nama kerajaan untuk kepentingan sendiri. Seorang tauke mengambil tanah Balung dengan alasan tanah tersebut dugunakan oleh pihak kerajaan untuk pembinaan jalan raya di kampungnya. Cerpen ini didukung oleh beberapa watak dan perwatakan yang menarik. Dua watak utama terdiri daripada Balung dan Tuai Kancu. Balung dianggap sebagai protagonis dan Tuai kancu sebagai antagonis. Balung merupakan seorang yang berhatihati serta peka dengan perkembangan yang berlaku di sekelilingnya. Balung juga digambarkan sebagai seorang yang berfikiran kritis tetapi bersifat terburu-buru kerana mengambil keputusan untuk mebunuh Tuai Kancu yang menerima rasuah. Tuai Kancu pula dianggap seorang yang individualistik, sanggup menipu dan menerima rasuah untuk kepentingannya sendiri.


Watak-watak lain terdiri daripada ‘Tauke’ dan Galum. ‘Tauke’ merupakan seorang yang materialistik dan individualistik. Dia sanggup menipu dan memberi rasuah demi kepentingan dirinya. Matlamatnya ialah untuk mengayakan dirinya. Sementara Galum digambarkan sebagai seorang yang tidak tetap pendirian. Ada kalanya dia berpihak kepada Balung dan pada waktu yang lain pula dia menyokong Tuai Kancu. Dalam kata lain, dia mudah mempercayau seseorang tanpa menyelidik seseorang itu layak dipercayai atau sebaliknya. Sinopsis cerpen ini ialah tanah Balung diambil oleh tauke tanpa dibayar ganti rugi dan memberi alasan tanah tersbeut digunakan oleh pihak kerajaan untuk pembangunan luar Bandar. Pada suatu hari, Balung ternampak Tuai Kancu menerima rasuah daripada drebar tauke. Apabila Balung menceritakan peristiwa itu kepada Galum, dia tidak mempercayai kerana telah diberi ganti rugi terhadap tanah kepunyaannya yang diambil oleh Tauke. Akhirnya Balung mengambil keputusan untuk membunuh Thai Kancu tetapi ditahan oleh Gulam dan penghulu Gimang. Tuai kancu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis. Unsur kemanusiaan dan kemasyarakatan yang dipaparkan melalui cerpen ini ialah golongan yang sanggup menipu dan menerima rasuah untuk kepentingan sendiri. Tuai kancu, salah seorang penduduk kampong yang menerima rasuah daripada Tauke supaya tanah bukit kampungnya diambil untuk kepentingan Tauke itu. Persoalan yang timbul selepas membaca cerpen ini ialah seseorang seharusnya tidak mudah diabai oleh mata kebendaan. Sebagai ketua rumah panjang, Tuai Kancu sepatutnya menjaga kepentingan anak buahnya, dan bukan mengkhianati kepercayaan dan amanah yang diberikan. Namun keadaan sebenar adalah sebaliknya. Dia mudah disogok oleh Tauke yang menggondolkan bukit berhampiran untuk diangkut tanahnya entah ke mana. Balung ternampak Tuai Kancu menghala ke bukit dan ingin tahu apa yang hendak dibuat oleh orang tua itu. Balung tahu Tuai Kancu mendapat habuan daripada tauke itu, Bagitu juga Galum mendapat ganti rugi tanah bukitnya. Memang Balung tidak berpuas hati kalau Galum sahaja yang mendapat habuan sedangkan dirinya tidak. Kesimpulannya, pengajaran yang dpaat diperoleh daripada membaca cerpen ini ialah setiap orang hendaklah sentiasa berwaspada supaya tidak menjadi mangsa golongan yang suka menipu untuk kepentingan mereka sendiri. Tindakan hendaklah diambil terhadap golongan yang suka menipu ini.


51. Anda dihadiahi senaskah buku pantun sempena hari jadi anda. Setelah membaca buku itu, anda ingin menulis rumusan untuk dimuatkan dalam ruangan ‘Karya Bulan Ini’ sebuah terbitan kesusasteraan tanah air. Tulis rumusan anda selengkapnya. Judul buku pantun yang telah saya baca dan kaji ialah ‘1001 Pantun Baru’ hasil nukilan Khadijah Hashim yang diterbitkan pada tahun 2000. Himpunan pantun dalam buku ini terbahagi kepada lima jenis, iaitu pantun jenaka, Pantun Nasihat, pantun Kasih, Pantun Budi, dan Pantun Agama. Menurut pengarangnya, buku pantun ini disusun untuk menambah bilangan pantun sambil mengajukan idea dan pandangan baru sesuai dengan perubahan zaman. Ditegaskan oleh Khadijah lagi, ‘pembaca akan menemui peristiwa dan isu-isu semasa dalam pantunnya sesuai dengan tugas penulis sebagai perakam sejarah zamannya. Pada hemat saya, usaha Khadijah Hashim ini harus dipuji kerana tidak ramai penulis yang berminat serta berupaya menghasilkan sebuah koleksi seumpama ini, Usaha ini dianggap penting dalam melestarikan warisan melayu jati daripada luput dek zaman yang sentiasa berputar dengan begitu pantas. Generasi muda pada masa kini tidak ramai yang berkebolehan untuk berpantun, apatah lagi untuk mencipta pantunpantun seperti yang dilakukan oleh Khadijah. Pembahagian atau penjenisan pantun dalam buku ini dibuat secara umum untuk membezakan tema-tema yang sudah sebati dalam masyarakat kita sejak dahulu hingga kini. Tema sesebuah pantun boleh berubah mengikut pentafsiran seseorang. Lihat contoh ini yang diketengahkan oleh Khadijah. Dikail dapat dijala pun dapat, Dapat belanak dapat siapak, Gopoh-gapah tidak bertempat Tangga adan memanjat tingkap? Nada pantun ini seperti menyindir atau berjenaka, tetapi maksudnya mengandungi unsur nasihat. Lalu apakah jenis pantun ini? Jenaka atau nasihat? Bagitu juga pada pantun ksih yang merakamkan kisah suka-duka orang bercinta. Dalam duka lara putus cinta, tersemat unsur nasihat, lalu ke mana hendak kita kelompokkan penjenisannya, pantun kasih atau pantun nasihat. Pada henat saya, penulis sedar penjenisan tema dalam buku ini dilakukan secara umum terpulangkah kepada pembaca untuk menentukannya asalkan 1001 pantun yang terkandung di dalamnya dapat menyampaikan mesej dalam bentuk yang indah. Penulis mengkhususkan pantun empat kerat sahaja menerusi buku ini kerana pantun jenis ini lebih popular. Kebiasaannya setiap baris pantun mengandungi empat patah perkataan dengan suku katanya antara lapan hingga 12, tetapi di sini penulis cuba memperkenalkan pantun empat kerat yang mempunyai tiga perkataan sebaris dengan enam atau tujuh suku kata. Pantun kanak-kanak biasanya disampaikan dalam bentuk ini. Lihat di bawah ini:


Buai-buai kaduk, Kaduk jalan ke rimba, Panjang janggut datuk, Buat tali timba. Walau bagaimanapun, penulis menyesuaikan pantun dewasa dalam bentuk ini. Bunyinya ringkas dan sopan. Penulis berpendapat bahawa mesejnya lebih padat dan jelas. Lihat contoh yang berikutnya: (a)

‘Dilelar tak beranjak’ Ditolak tak tumbang, Datang tak berajak, Dicabar tak bimbang’.

(b)

‘Hangat tak berapi, Sejuk tak berair, Kasih tak bertepi, Saying tak berkahir’.

Orang dahulu kala berpantun secara sopan dan bersahaja dalam pengucapan. Mesejnya mudah digahami tetapi lunak dan cantik serta indah bahasanya. Untuk mencari dan mencanai ayat-ayat yang berstruktur ‘sederhana tetapi cantik’ itu memang sukar. Walau bagaimanapun, Khadijah hashim telah mencuba sedaya uoaya untuk mengimbangi pembentukan baris-baris dalam pantunnya agar menjadi sederhana tetapi indah serta halus. Lihatlah beberapa contoh di bawah ini, dan cuba hayati keindahannya. (i)

Orang gagah bergelar Si Belang, Yang kecil Si Awang Kenit, Sakit hati mata memandang, Tua bangka melayan si genit.

(ii)

Baik dipagar burung kenari, Kenari biru bakal juara, Baik belajar di dalam negeri, Belanja sedikit jimat negara’.

Kesimpulannya, penulis buku pantun ini berasa syukur kerana dapat merakamkan keindahan alam tanah air sambil bermain bahasa dalam dua baris pembayang maksud. Semoga khazanah pantun warisan bangsa kita ini dapat dipertahankan sampai bila-bila pun demi generasi mendatang.


52. Kementerian Pelajaran Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Menulis Ulasan karya Sastera. Sebagai peminat sastera, anda bercadang menulis ulasan tentang salah sebuah karya agung dalam kesusasteraan Melayu. Sediakan skrip ulasan anda itu selengkapnya. Teks yang akan saya ulas merupakan karya agung dalam Kesusasteraan Melayu, iaitu Hikayat Hang Tuah. Sehingga kini, Hikayat Hang Tuah telah diabaikan oleh para sarjana sastera Melayu klasik. Karya ini kurang mendapat perhantian berbanding teks Sejarah Melayu. Namun demikian, Hikayat Hang Tuah merupakan suatu epik kebangsaan orang melayu sebagaimana Illiad dan Odyeesy menjadi epik bangsa Yunani dahulu kala. Di dalamnya digambarkan semangat kepahlawanan orang Melayu dan kekuatan bangsa itu dalam menghadapi ancaman dari pihak luar. Hang Tuah ialah tokoh pusat cerita ini. Dialan heronya, watak dan kejayaankejayaannyang telah dijadikan tema agung epik Malaysia. Apabila dia dewasa, Hang Tuah menolong ayahnya membeelah kayu api. Kadang-kadang dia pergi ke kampong Bendahara untuk ‘memperhambakan’ dirinya. Dengan cara ini, dia mempelajari segala adapt istiadat. Kemudian, bersama-sama empat orang sahabatnya dia keluar belayar dan pelayaran ini memberi mereka pengalaman pertama dalam berperang dan juga telah menguji keberanian mereka semenjak kecil. Kemudiannya diberitakan tentang pemergiannya dan rakan-rakannya ke atas suatu gunung yang berhampiran untuk bertapa dan belajar ilmu hulubalang daripada tuan guru pertapaan Adi Putera. Besar kemungkinannya dia telah mendengar berita bahawa mereka akan menjadi hulubalang-hulubalang terbesar pada suatu hari. Adi Putera memberitahu mereka bahawa tidak lama lagi mereka akan diterima berkhidmat di bawah raja dan mereka akan menjadi pegawai yang tersohor di bumi Melayu. Tidak lama kemudian, Tuah mendpaat kesempatan pertama untuk mencuba segala ilmu yang dipelajarinya. Seorang penjahat telah masuk ke kampungnya dan sedang mengamuk. Sebagai biasa Tuah sedang membelah kayu di hadapan kedai emaknya. Apabila penjahat itu mencuba mencederakannya, dia telah memeranjatkan segala orang yang melihatnya dengan membunuh penjahat itu dengan kapaknya. Salah seorang yang melihat bertarungan itu berkata ‘Inilah akan menjadi hulubalang yang besar di Tanah Melayu’. Berhubung dengan kepahlawanan Tuah ialah perasaan taat setianya yang tidak terhingga terhadap raja. Prinsipnya yang teguh ini jugalah yang menyebabkan keruntuhan sahabat karibnya Jebat. Sebagai akibatnya, berlaku tragedy paling hebat dalam susunan masyarakat Melayu feudal. Semasa mereka bertikam, Jebat mengatakan dengan perasaan yang penuh terharu tentang sebab-sebab dia menderhaka. Tuah bersetuju dengannya tetapi dia menyambung, ‘tetapi akan kita diperhambakan Raja ini, hendaklah barang sesuatu pekerjaan itu bicarakan sangat’. Perbezaan antara Tuah dan Jebat ialah Tuah sentiasa mengawal dirinya, berwaspada, dan berdiplomasi. Dia sangat suka memakai kata-kata ‘bicara’ dan ‘fikir’. Pada suatu malam semasa rombongan orang-orang Melayu yang berada di Majapahit


itu sedang berbicara sesame mereka, Tuah telah memberitahu jebat dan Kasturi bahawa seorang hulubalang Jawa sedang mengendap-ngendap di perkarangan rumah mereka. Dengan serentak Jebat dan Kasturi menawarkan diri untuk berjaga-jaga di pintu. Tuah mengingatkan mereka supaya bersabar dengan berkata bahawa dalam semua perkara mereka haruslah berfikir dengan teliti. Begitu juga semasa di Inderapura, Tuah telah menahan Jebat daripada membunuh megat Panji Alam dib alai penghadapan itu juga. Tuah ialah seorang yang pintar. Dia tidak akan bertangguh-tangguh lag menggunakan kepintarannya dan juga tipu helah apabila dia mendapati bahawa kekuatan dan keberaniannya sahaja tidak akan mengatasi pekerjaan yang hendak dilakukannya. Tuah mempunyai lidah yang fasih. Dia dapat melepaskan dirinya dengan cara yang bersungguh-sungguh menyakinkan. Pada suatu ketika, dia memuji Seri Betara dengan berjayanya hinggakan dia telah dikurniakan dengan yang lumayan oleh Seri Betara. Dia dapat bersifat tajam dan tegas di samping menjaga sopan santunnya. Patih Gajah Mada dan Seri Betara selalu dijadikannya tempat dia melepaskan sindiran yang pedas-pedas. Kesimpulannya, sebagai lazimnya epik memusatkan perhatian kepada beberapa watak dan mengabaikan yang lain-lainnya. Tuah menjadi watak yang dipercincangkan dengan sedalam-dalamnya. Watak Jebat ditumpukan pada bahagian akhir riwayatnya saja tetapi ini merupakan bahagian yang sangat menggirangkan perasaan. Kemudian terdapat pula Bendahara, Tun Teja, dan Sultan. Mereka ini tergolong dalam kumpulan kecil yang mengassyikkan di dalam epik tergolong dalam kumpulan kecil yang mengasyikkan di kesemuanya menjadi latar belakang yang luas dan kabur bagi seluruh pergerakan drama ini.

53. Anda begitu terkilan kerana kebelakangan ini negara kita kekurangan penulis muda yang berwibawa. Cadangkan langkah-langkah untuk melahirkan lebih ramai penulis muda yang berkaliber di Malaysia. Belakangan ini, negara kita mengalami kekurangan penulis muda yang berwibawa dalam pengkaryaan sastera. Ketandusan ini ditandai dengan kemarau berpanjangan dalam bidang penciptaan karya-karya berkualiti dalam pelbagai genre sama ada cerpen, novel, puisi, esei kritikan sastera, puisi tradisional mahupun drama. Penapat umum ialah bahawa bidanf kesusasteraan semakin dipinggirkan oleh golongan remaja kita. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana akan merugikan dunia persuratan Melayu. Kini apabila disebut penulis muda berwibawa, hanya beberapa nama terlintas dalam benak kita. Antara yang tersohor termasuklah Faizal Tehrani, Azmah Nordin, Jong Chian Lai, Saroja Theavy Balakrishnan, Tung Chee Wai, dan Mawar Shafie. Kesemua mereka dikatakan mudah bertapak agak lama dalam dunia penulisan.


Oleh itu, pada hemat saya beberapa langkah drastic perlu diambil oleh pihak Kementerian Pelajaran dan Dewan Bahasa dan Pustaka khususnya untuk menggalakkan golongan muda agar berminat untuk berkecimpung dalam dunia kesusasteraan Melayu. Sesungguhnya, langkah awal telah pun dimulakan. Misalnya, bermula tahun 2000 lagi buat julung-julung kalinya Kementerian Pendidikan telah mewajibkan komponen sastera (Komsas) dalam mengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Langkah ini harus dipuji kerana bertujuan memupuk minat dalam bidang kesusasteraan selain dapat menanam sikap membaca di kalangan pelajar. Begitu juga melalui pengajaran Komsas, nilai-nilai murni dapat diterapkan dalam jiwa pelajar yang akhirnya diharapkan dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar berbilang kaum kita selain dapat melahirkan lebih ramai penulis muda. Ke arah ini, pihak persatuan-persatuan penulis bolehsecara beganding bahu dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan sayembara penulisan dengan menawarkan hadiah-hadiah yang lumayan sebagai insentif untuk mengerakkan penulispenulis berpotensi menukilkan karya-karya bermutu. Bakat-bakat terpendam ini dapat diketengahkan melalui pertandingan sedemikian rupa. Selain itu, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta dengan kerjasama beberapa penerbit swasta boleh juga menganjurkan pelbagai kursus penciptaan untuk penulis-penulis muda. Matlamat kursus ialah unttuk mengasah bakat serta menonjolkan penulis-penulis pelapis. Usaha seperti ini pernah dijalankan dengan giatnya pada suatu masa dahulu oleh pihak DBP. Oleh itu, satu pasukan pembimbing yang terdiri daripada tokoh penulis tempatan, pendidik, pensyarah, mahupun mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang penulisan ditubuhkan untuk membimbing penulis remaja memperkembangkan bakat masing-masing. Kursus-kursus penulisan ini harus dikendalikan secara percuma untuk golongan remaja melalui penyediaan kursus secara percuma ini, diharapkan lebih banyak remaja akan berminat untuk menyertainya. Ekoran langkah ini, nescaya lebih ramai remaja yang menyimpan hasrat untuk berkarya akan menampilkan karya-karya mereka secara beransur-ansur. Dalam kata lain, kursus-kursus penulisan ini akan menjadi pemangkin yang menggerakkan golongan muda untuk terus berkecimpung dalam dunia penulisan dan terus menyumbang karya kepada pengayaan kesusasteraan Melayu. Begitu jugam pihak media cetak khasnya akhbar setempat harus menyediakan ruang secukupnya untuk penulis-penulis muda mencari tapak. Honorarium yang ditawarkan seharusnya setimpal dengan usaha yang dicurahkan. Hal ini demikian sebagai insentif buat penulis-penulis tunas. Sudah tentu tanpa galakkan kewangan, sukar untuk mencungkil bakat baru dalam arena kesusasteraan Melayu masa kini. Seiring dengan itu, beberapa aktiviti berunsur kesusasteraan seperti bicara sastera di radio, perkampungan sastera, pembacaan cerpen, puisi, berbalas pantun, dan mengenal tokoh sastera tanah air perlu dihidupkan semula. Kesimpulannya, pelbagai pihak mesti mengambil inisiatif memajukan bidang penulisan khususnya yang melibatkan penulis baru agar dapat lebih banyak melahirkan penulis muda yang berwibawa dan prolific seperti Faizal Tehrani.


54. Anda terpilih untuk menyertai pertandingan bahasa antara sekolah peringkat negeri. Tajuk perbahasan ialah ‘Seorang cendikiawan lebih berjasa kepada negaranya daripada seorang usahawan’. Sebagai ketua pasukan pencadang, sediakan hujah-hujah anda untuk menyokong tajuk perdebatan. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pengarah Pendidikan negeri Selangor, para pengetua dan guru, panel hakim yang bijaksana, pembangkang yang budiman, rakan-rakan seperjuangan dan hadirin sekalian. Berdirinya saya di sini adalah semata-mata untuk menyokong tajuk perbahasan yang berbunyi, ‘Seorang cendikiawan lebih berjasa kepada negaranya daripada seorang usahawan’. Kami barisan pencadang sependapat bahawa seorang cendikiawan adalah lebih berjasa daripada seorang usahawan dan bukan seperti yang dicanangkan oleh pihak pembangkang. Nah, langkah akan saya susun satu persatu untuk membuktikan pendirian kami yang utuh ini. Hadirin yang saya hormati sekalian, Hujah saya yang pertama. Kemajuan negara bukan bergantung kepada bidang ekonomi semata-mata. Malah, yang lebih penting ialah pembangunan kemanusiaaan, iaitu aspek kerohanian dan insaniah para penduduknya. Sebuah negara yang maju dan kaya-raya dari segi material tetapi tandus dari sudut nilai-nilai kemanusiaan, tidak dapat dianggap sebagai berjaya. Keadaan ini dapat diibaratkan sebagai bangkai yang sudah tidak bernyawa lagi. Sidang dewan yang saya muliakan. Para cendekiawan merupakan agen perubahan masyarakat. Golongan ini menjadi pakar rujuk pemimpin negara. Wahai barisan pembangkang yang bijak bestari, tidak sedarkah saudara-saudari sekalian bahawa pergolakkan di banyak negara telah dicetuskan oleh golongan cendikiawan. Kita dapat melihat contoh-contoh yang terdekat dengan kita seperti Indonesia dan Myanmar. Di kedua-dua negara yang tersebut, mahasiswa telah bangkit dan menuntut perubahan daripada pihak permerintah. Penduduk di kedua-dua negara ini telah berada di bawah pemerintahan kuku besi untuk kesekian lama. Saya ingin bertanya pihak pembangkang yang dihormati, apakah peranan golongan usahawan dalam hal ini? Saya kira mereka hanya sibuk mencari keuntungan. Mereka sedikit pun tidak mengambil pusing akan kemiskinan dan kedaifan yang menimpa rakyat jelata. Sebuah negara akan menjadi kaku sekiranya tiada golongan cendekiawan. Negara memerlukan khidmat cendekiawan seperti saintis, penyelidik, dan pencipta. Segala ciptaan, penemuan, dan hasil kajian dapat digunakan untuk manfaat masyarakat. Melalui sumbangan ini, taraf kehidupan masyarakat dapat ditingkatkan dari masa ke masa. Begitulah hebatnya sumbangan golongan cendikiawan! Hadirin yang saya hormati, Sehubungan dengan perkembangan mutakhir ini, ingin saya bertaya kepada pihak pembangkang yang arif lagi bijaksana, tidakkah para cendikiawan, yang termasuk para professor, pensyarah, penddidik, guru, dan aktivis masyarakat yang telah mendorong para mahasiswa dan pelajar pusat-pusat pengajian tinggi untuk bangkit menentang kekejaman dan salah guna kuasa serta penyelewengan-penyelewengan lain


yang merugikan rakyat jelata. Sudah tentu golongan yang terpelajar ini yang menjadi agen perubahan dan bukannya para usahawan yang hanya senantiasa menanti peluang untuk mengaut keuntungan. Warga dewan yang saya muliakan, Tanpa sumbangan golongan cendekiawan, para usahawan tidak dapat menjalankan perniagaan mereka. Jika alatan kehidupan moden tidak dicipta oleh para saintis dan penyelidik, bagaimanakah golongan usahawan dapat mengusahakannya secara besar-besaran di kilang-kilang. Apakah barangan yang hendak dikeluarkan jika tidak terdapat ciptaan-ciptaan terkini. Masyarakat kita adalah bersifat dinamik. Saban tahun pelbagai kelengkapan, ubatan dan alatan moden dicipta untuk faedah masyarakat. Jasa golongan cendekiawan walaupun besar, tetapi jarang dihargai. Sebagai contoh, ciptaan lampu elektrik dan lampu floresen oleh Thomas Alva Edison jarang disebut orang. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh Bill Gates dalam merevolusikan sistem computer pada zaman mutakhir ini jarang dihargai. Sebaliknya beliau telah didakwa menguasai pasaran dunia komputer peribadi melalui jenama Windows. Begitupun, dunia harus berterima kasih kepadanya kerana melalui usaha beliaulah, dunia kini menjadi tanpa sempadan dengan penggunaan Internet. Malah, berikutan ciptaannya, para usahawan lain dapat mengaut keuntungan besar melalui edaran dan jualan komputer peribadi. Hadirin dan hadiran sekalian, Sebelum berundur, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa golongan cendekiawan lebih berjasa daripada golongan usahawan. Saya ingin memohon berbanyak kemaafan dan ampun sekiranya terkasar bahasa dan tersilap bicara. Saya sudahi dengan lafaz terima kasih.

55. Sistem persekolahan satu sesi adalah lebih baik daripada persekolahan dua sesi. Bahaskan pernyataan ini. Tidak lama dahulu idea untuk memperkenal sekolah satu sesi hangat diperkatakan oleh masyarakat. Namun demikian, cadangan ini tidak praktikal dan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia terpaksa menggugurkan idea ini. Sungguhpun begitu, sistem persekolahan satu sesi mempunyai beberapa kelebihannya. Misalnya, sekolah yang mengamalkan satu sesi tidak mempunyai pelajar yang terlalu ramai. Lazimnya sekolah yang melaksanakan sistem satu sesi mengambil pelajar hingga 800 orang. Enrolmen ini tidak menimbulkan terlalu banyak masalah disiplin kepada pihak pengrusan sekolah. Begitu juga dari segi pengurusan kewangan dan stafnya. Selain itu, hubungan antara guru dengan pelajar akan menjadi lebih intim. Hubungan yang baik dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif. Sebagai akibatnya, prestasi pelajar dalam peperiksaan PMR dan SPM di sekolah satu sesi


biasanya lebih membanggakan. Contoh-contoh yang jelas ialah sekolah-sekolah berasrama penuh yang melaksanakan sistem satu sesi. Antara sekolah-sekolah tersebut yang kerap mencapai prestasi luar biasa ialah sekolah menengah sains, sekolah menengah agama persekutuan, seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar, Kolej Tunku Kurshiah, dan Sekolah Menengah Tun Fatimah di Johor Bahru. Di sekolah satu sesi, guru-guru dapat mengadakan kelas tambahan pada waktu petang kerana bilik-bilik darjah tidak digunakan. Hal ini tidak dapat dijalankan di sekolah dua sesi kerana waktu pembelajaran sekolah sesi pagi terpaksa ditamatkan pada pukul 1.30 petang untuk membolehkan sekolah petang memulakan pembelajaran. Sekolah petang pula terpaksa ditamatkan sebelum pukul 6.30 petang supaya para pelajar dapat sampai kje rumah sebelum waktu makan malam. Satu perkara lagi ialah pelajar-pelajar yang belajar di sekolah satu sesi dapat menjaga kebersihan bilik darjah masing-masing. Mereka tidak perlu berkongsi perabot seperti kerusi dan meja dengan pelajar lain. Dengan demikian, mereka dapat menceriakan bilik darjah sendiri dengan pelbagai hiasan. Hal ini berbeza dengan sekolah dua sesi. Pelajar-pelajarnya akan keberatan untuk menghias bilik darjah kerana tidak wujud rasa kepunyaan terhadap tempat mereka belajar. Tambahan pula, ada kalanya mereka terpaksa berpindah-randah dari sebuah kelas ke sebuah kelas yang lain kerana ketidakcukupan tempat, atau keadaan menjadi terlalu sesak. Keselamatan bilik-bilik darjah di sekolah satu sesi adalah lebih terjamin. Para pelajar dapat menyimpan buku latihan dalam laci yang dirangkumkan dengan meja mereka tanpa merasa bimbang buku-buku tersebut akan hilang. Mereka juga boleh menyimpan buku dalam almari yang disediakan untuk setiap kelas. Di samping itu, pelajar juga dapat kembali semula ke kelas masing-masing untuk membuat ulang kaji atau menelaah pelajaran pada waktu petang. Sesetengah pelajar pula akan membuat persiapan awal untuk pelajaran yang bakal diajar oleh guru. Walaupun cadangan sistem persekolahan satu sesi cukup ideal, namun terdapat beberapa kekangan. Untuk melaksanakan sistem persekolahan satu sesi, banyak sekolah di negara kita perlu duperbesar untuk menampung bilangan pelajar yang bertambah. Bangunan-bangunan tambahan terpaksa dibina. Begitu juga prasarana seperti makmal sains, bengkel untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup, bilik guru, kantin sekolah, medan meletak kereta, padang sukan dan lain-lain perlu diperbaiki dan dinaikkan taraf. Tujuannya agar segala kemudahan ini dapat digunakan oleh seluruh warga sekolah dengan selesa. Memandangkan kos terbabit terlalu tinggi, kerajaan terpaksa menangguhkan rancangan untuk memperkenalkan sistem persekolahan satu sesi sehingga kegawatan ekonomi negara pulih. Umumnya, konsep persekolahan satu sesi juga tidak dialu-alukan oleh ibu bapa. Ramai beranggapan bahawa jika sekolah satu sesi dilaksanakan, anak mereka terpaksa berada di sekolah lebih lama kerana tempoh belajar akan dilanjutkan. Di samping itu, pelajar terpaksa keluar rumah pada awal pagi dan balik pada lewat petang. Keadaan ini merisaukan ibu bapa kerana kesihatan anak mungkin terjejas. Ibu bapa juga terpaksa memberi wang saku yang lebih untuk anak berbelanja di kantin sekolah. Tempoh pembelajaran yang panjang juga akan menimbulkan rasa cepat bosan di kalangan pelajar.


Secara tuntasnya, sistem persekolahan satu sesi sukup unggul. Namun, pelbagai faktor menghalang pelaksanaannya. 56. Cuti sekolah sepatutnya dijadikan waktu untuk pelajar beristirehat, bukannya dibebankan dengan kelas-kelas tambahan dan tugasan sekolah yang banyak. Bahaskan pernyataan ini dengan selengkapnya. Cuti sekolah merupakan masa yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar. Inilah waktu yang paling gembira kerana mereka tidak perlu bangun awal pagi untuk bersiapsiap ke sekolah. Tambah pula, alam persekolahan kini dibebani pelbagai tugas dan kegiatan yang mencabar pelajar. Masa cuti dapat melapangkan fikiran mereka buat seketika. Pada hemat saya, cuti sekolah sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar. Aktiviti rekreasi seperti berekspedisi, melancong, mendaki gunung, mengembara, berkhemah, dan berkayak boleh dirancang sebagai program cuti. Sungguhpun kesemua aktiviti ini memerlukan perbelanjaan, namun pengalaman yang diperoleh dapat membantu pelajar dalam meniti kehidupan alam dewasa. Dengan membabitkan diri dalam aktiviti-aktiviti sedemikian dapat menghindarkan pelajar daripada terpengaruh dengan gejala buruk seperti melepak, membuang masa, dan kegiatan-kegiatan antisosial yang lain. Bagi pelajar-pelajar yang tidak mempunyai rancangan, mereka sekurangkurangnya boleh menolong ibu bapa dalam pekerjaan masing-masing. Selain dapat membantu ibu bapa, pelajar juga memperoleh pengalaman baru yang tidak terdapat di dalam buku pelajaran. Semoga pengalaman yang ditimba dapat mendewasakan pelajar tentang erti kehidupan dan perjuangan. Melalui cara ini, mereka akan lebih menghargai pengorbanan dan jasa baik ibu bapa masing-masing. Sementara bagi kalangan pelajar yang mempunyai keinginan untuk berdikari, mereka dapat mencari pekerjaan yang sesuai. Bekerja secara sambilan, selain dapat mengisi masa cuti dapat juga mendatangkan pendapatan. Berbekalkan pendapatan ini, saya percaya mereka dapat membantu keluarga dalam menambah pendapatan isi rumah. Malah pendapatan yang diperoleh melalui kerja sambilan dapat diguna membeli buku ulang kaji apabila sesi baru persekolahan bermula. Berlatarbelakangnya senario ini, suka saya ingatkan pelajar agar memanfaatkan cuti sekolah. Hal ini kerana masa yang berlalu tidak dapat diganti semula. Bak kata peribahasa Melayu, masa itu emas. Walau apapun yang dirancangkan, pelajar harus mendapat faedah daripada kegiatan yang diadakan. Misalnya, bagi kalangan pelajar yang kurang tertarik dengan kegiatan lasak, mereka boleh berdamping dengan kegiatan-kegiatan ringan seperti membaca, menyanyi, berdansa, dan melukis. Dengan cara ini, dapat melatih mereka menjadi seorang insan yang berjiwa seni. Dalam pada itu, saya berpendapat janganlah hendaknya seluruh masa senggang pelajar dihabiskan dengan aktiviti riadah dan hiburan. Para pelajar harus sentiasa ingat bahawa kecemerlangan akademik masih menjadi kayu ukur untuk melanjutkan pelajar ke institutsi pengajian tinggi, sama ada awam atau swasta. Untuk ini, para pelajar tidak harus mengabaikan pelajaran mereka. Sebagaimana yang


dimaklumi, prestasi yang tercatat dalam sijil bakal menentukan jurusan yang boleh diikuti oleh pelajar. Sehubungan dengan ini, saya berpendapat sudah menjadi tanggungjawab pelajar untuk belajar pada setiap masa. Walau bagaimanapun, saya ingin mengingatkan pelajar bahawa belajar tanpa berehat boleh menjejaskan kesihatan diri. Oleh itu, sambil berehat dalam masa cuti, pelajar janganlah mengabaikan pelajaran masing-masing pula. Sentiasalah mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Pada saya, cara ini lebih sesuai untuk pelajar daripada pihak sekolah mengadakan pelbagai kelas tambahan dan tugasan sekolah yang membebankan pelajar. Saya juga yakin kelonggaran yang diberi dalam hal mengulang kaji pelajaran dalam masa cuti akan lebih menggembirakan pelajar. Memaksa pelajar melakukan sesuatu yang membebankan tidak akan memberikan hasil yang baik. Sebagai rumusannya, saya berpegang kepada prinsip belajar secara gembira pada waktu cuti sekolah tanpa bebanan yang tidak sepatutnya. 57. Bahaskan pernyataan ini: ‘Golongan remaja harus menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan bukannya memikirkan soal pekerjaan’. Golongan remaja merupakan generasi pewaris. Kini terdapat kira-kira11 juta remaja di negara kita. Sebahagian besarnya, iaitu kira-kira 75% masih berada di bangku sekolah. Bakinya sedang menuntut di institusi-institusi pengajian tinggi. Sesungguhnya remaja yang cemerlang dan produktif dapat membantu mempercepat pencapaian Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju lain. Dalam hal ini, golongan remaja harus mempersiap diri untuk memikul tanggungajwab yang berat ini. Mereka harus berjuang dengan gigih untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan sebagai persediaan menghadapi alaf baru yang kian mencabar. Perdebatan ini timbul ekoran bertambahnya bilangan remaja yang membanjiri pasaran kerja. Pada hemat saya, perkembangan ini sungguh malang. Persoalannya, mengapakah remaja kini tidak sabar-sabar lagi ingin menceburi pasaran kerja sedangkan tugas mereka yang sebenarnya ialah mengisi dada dengan ilmu sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Walaupun ramai antara remaja yang mendakwa mereka hanya bekerja secara sambilan, namun hakikatnya pembabitan diri dalam pekerjaan pasti akan mengganggu pelajaran mereka. Ingin saya bertanya, jika bekerja, bilakah mereka akan mencari masa untuk belajar atau menalaah pelajaran. Masa yang sepatutnya digunakan untuk mengulang kaji pelajaran atau membuat tugasan sekolah dihabiskan dengan kerja sambilan untuk mencari sekadar beberapa ringgit Cuma bagi memuaskan nafsu diri. Pada pandangan saya, golongan remaja mempunyai banyak peluang untik bekerja. Mereka masih muda. Soal mencari wang saku tidak harus dijadikan perhitungan utama atau alasan untuk mula bekerja. Mungkin pada mulanya, mereka berjaya memperoleh beberapa ringgit sebagai upah dan hal ini mengembirakan hati. Apakah mereka ingin berterusan dengan keadaan ini? Harus diperingat bahawa setelah beroleh pendapatan sendiri, keinginan untuk belajar akan mula luntur. Dalam dunia yang


serba mencabar kini, senjata yang paling ampuh ialah ilmu. Tanpa kelayakan dan kelulusan yang sewajarnya, dapatlah direnungkan ke mana golongan remaja ini hendak tuju. Jawapannya, tepuk dada dan tanya selera. Oleh itu, saya menasihati golongan remaja yang ingin bekerja dahulu agar melupakan dahulu cita-cita tersebut. Sebaliknya tumpulah perhatian anda kepada pelajaran untuk memperoleh kelayakan yang diperlukan bagi sesuatu kerjaya. Apabila sijil, diploma atau ijazah sudah dalam genggaman, bolehlah remaja memilih atau melamar pekerjaan yang diingini. Soal berasa bimbang ketidakcukupan pekerjaan di pasaran buruh tidak timbul kerana ekonomi negara kita sedang berkembang dengan pesatnya. Pemimpin negara sedang berusaha gigih untuk mempelawa pelabur asing untuk melabur di negara kita. Kesan daripada pelaburan yang bernilai berbilion ringgit itu dapat menjana dan mencipta pekerjaan bagi menampung permintaan pekerjaan yang dikatakan kian meningkat saban tahun. Pada alaf baru ini, individu yang berilmu dan bermaklumat merupakan individu yang sedia untuk bersaing dalam pasaran global. Kini ribuan syarikat dot.com yang membanjiri pasaran global. Remaja kita sebagai generasi pewaris merupakan bakal pekerja dalam dunia tanpa sempadan yang mengamalkan pasaran global. Tegasnya, pasaran global ini menekankan sumber ilmu maklumat untuk segala transaksi perniagaan dan kewangannya. Sekiranya remaja tidak dibekalkan dengan sumber maklumat dan pendidikan yang sewajarnya, bagaimanakah mereka dapat menembusi pasaran ekonomi terbuka ini, jauh sekali untuk bersaing dengan pekerja dari negara-negara lain. Sebuah masyarakat yang tidak beralih kepada sistem yang berpaksikan ilmu tentunya akan keciciran. Sekiranya hal ini berlaku, bagaimanakah kita hendak mencapai wawasan untuk menjadi negara maju dan makmur yang menggunakan segala kemajuan sains dan teknologi. Kini banyak aspek kehidupan manusia menggunakan sistem elektronik seperti e-dagang, e-mail, e-kewangan, e-pentadbiran dan sebagainya. Kesimpulannya, sekali lagi saya mengajak kaum remaja memperlengkap diri dengan segala ilmu teknologi maklumat yang diperlukan dalam perdagangan dan urusan ekonomi melalui Internet. Janganlah remaja leka dengan keinginan untuk bekerja dahulu sebelum mempersiap diri dengan ilmu yang diperlukan. 58. Ibu bapa memainkan peranan lebih penting daripada guru dalam membentuk sahsiah anak-anak. Bincangkan pernyataan ini. Pernyataan bahawa ibu bapa memainkan peranan lebih penting daripada guru dalam membentuk sahsiah anak-anak mempunyai kebenarannya. Keluarga berupa unit kecil dalam masyarakat. Keanggotaannya terdiri daripada ibu, bapa, dan beberapa orang anak. Sementara sahsiah pula dapat diertikan sebagai keseluruhan pembawa, sikap dan tata kelakuan anak.


Tegasnya di depan mata kita ialah untuk membuktikan peranan ibu bapa itu lebih besar daripada peranan guru dalam membentuk sahsiah anak-anak. Sebagaimana kita sedia maklumi, masa anak-anak bersama ibu bapa di rumah adalah jauh lebih lama berbanding dengan masa bersama gurunya yang hanya untuk beberapa jam sahaja. Justeru, pengaruh ibu bapa lebih besar terhadap pembentukan sikap dan kelakuan anak-anak. Sebarang tindak-tanduk ibu bapa, sama ada yang bersifat baik atau sebaliknya akan menjadi ikutan anak-anak. Tegasnya, ibu bapalah menjadi role-model anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan anakanak. ‘Ke manakah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’, dan ‘bapak borek, anak rintik’ merupakan dua pepatah yang dapat mengambarkan ibu bapa sebagai idola kepada anak-anak. Setiap gerak geri ibu bapa akan menjadi perhatian anak. Sekiranya ibu bapa suka berjudi, lambat-laun tabiat ini akan menjadi ikutan anak-anak. Begitulah juga sebaliknya. Segala tingkahlaku positif yang diamalkan oleh ibu bapa juga akan menjadi model kepada si anak. Oleh itu, banyak nilai moral seperti sifat bertanggungjawab, beramanah, penyabar, rendah diri, kasih sayang, bekerjasama, dan mesra dapat diajarkan kepada anak-anak. Serentak itu, didikan agama oleh ibu bapa di peringkat awal dapat membentuk sahsiah pisitif pada diri kanak-kanak. Berbeza dengan didikan guru yang waktu tugas rasminya di bilik darjah, maka pengaruhnya tidaklah begitu berkesan. Oleh hal yang demikian, pengaruh ibu bapa terhadap pembentukan sahsiah anak adalah cukup besar. Pakar motivasi, Dr. Shukur Abdullah pernah mengatakan bahawa pembentukan sikap kanak-kanak bermula di rumah tangga. Pepatah ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’ memang tepat sekali dalam hal ini. Jika anak-anak mendapat asuhan yang sempurna dan baik, sudah tentu sahsiah yang terpancar juga menunjukkan bibit-bibit positif. Keadaan ini berbeza sekali dengan anak yang kurang mendapat jagaan, belaian, layanan dan perhatian yang secukupnya. Anak seumpama ini berkecenderungan mempamer sikap dan tabiat yang buruk. Dalam kata lain, sahsiah seseorang bergantung pada asuhan keluarga sejak kecil. Anak-anak yang sering terabai semestinya akan menunjukkan sikap dan perwatakan yang kurang sihat, seperti suka bercakap bohong, mencuri, malas berusaha, dan melakukan perbuatan tidak bermoral. Walaupun begitu, guru juga memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Namun, jika dibuat perbandingan antara kedua-duanya, peranan ibu bapalah yang lebih penting. Hal ini kerana masa yang anak-anak habiskan di sekolah hanya untuk beberapa jam sahaja. Tambahan pula, guru perlu melayan pelajar yang ramai dalam kelas. Di samping mengajar, guru perlu melakukan beberapa tugas lain seperti mencatat kedatangan pelajar, mengutip pelbagai yuran, mengendalikan ujian, membimbing persatuan, menyemak kad kesihatan pelajar dan menyediakan buku laporan prestai pelajar. Oleh itu, sukar untuk mewujudkan hubungan yang akrab antara guru dengan pelajar. Sebenarnya, masa yang lama diperlukan untuk menerapkan nilai-nilai moral positif dalam sanubari anak-anak. Lazimnya, sesautu yang baik dan positif sukar diterima pada awalnya. Namun selepas beberapa lama diulang dan diperingatkan, unsur-unsur positif ini akan melekat dalam jiwa anak-anak. Tegasnya, banyak


kesabaran diperlukan untuk mencapai matlamat. Dalam hal ini, ibu bapalah merupakan insan yang paling sesuai berbanding dengan guru yang kerap terkejar-kejar menghabiskan sukatan pelajaran. Selain itu, situasi ibu bapa dengan anak adalah berbrza dengan situasi antara guru dengan pelajarnya. Ibu bapa dapat menerapkan nilai-nilai sahsiah pada bila-bila masa dalam suasana tidak formal. Berbeza dengan keluarga, seorang guru hanya dapat memainkan peranan ini dalam suasana formal di bilik darjah. Kesimpulannya, sekali lagi saya menegaskan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang lebih penting daripada seorang guru dalam membentuk sahsiah anakanak.


59. Selaku ketua editor ‘Buletin Persatuan Sejarah’ di sekolah, anda ditugasi untuk mewawancara seorang tokoh akademik tentang sejarah tanah air. Tulis surat kepada tokoh itu untuk memohon keizinan beliau untuk diwawancara. Persatuan Sejarah, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah, 31600 Gopeng. Profesor Datuk Dr. Khoo Kay Kim, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, merangkap Ketua Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Lembah Pantai, 59200 KUALA LUMPUR.

28 FEBRUARI 2008.

Yang berbahagia Profesor, Memohon Kebenaran untuk Diwawancara Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa siding pengarang Buletin Persatuan Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah merancang untuk menerbitkan satu siri rencana tentang tokoh-tokoh sejarah tempatan. Tugas ini adalah selaras dengan topik-topik yang ditetapkan dalam sukatan mata pelajaran Sejarah untuk sekolahsekolah menengah di bawah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Untuk tujuan ini pelajar-pelajar dikehendaki mengkaji riwayat tokoh-tokoh sejarah tempatan serta jasa sumbangan mereka. 2. Sehubungan dengan ini, pihak kami telah mengenal pasti beberapa orang sejarawan untuk diwawancara bagi mendapatkan fakta sejarah yang tepat dan berwibawa. Salah seorang yang kami kenal ialah Yang Berbahagia Datuk. Di sini, kami ingin memohon kebenaran Datuk untuk diwawancara. 3. Persatuan Sejarah sekolah kami bercadang mengkaji tentang dua tokoh sejarah tempatan secara mendalam, iaitu Dr Syabil Karthigesu dan Jeneral Lim Boh Seng. Sehingga kini, kedua-dua tokoh tersebut tidak mendapat liputan meluas dalam buku teks sejarah. Sebagai anak negeri Perak, kami sedar bahawa kedua-dua tokoh ini telah memainkan peranan penting dalam menentang tentera Jepun semasa pendudukan jepun di Tanah Melayu antara tahun 1942 hingga tahun 1945. Pihak persatuan ingin merakamkan sumbangan dan jasa mereka berdua agar dapat ditatap dan dihargai oleh generasi kini. 4. Kami juga maklum bahawa Datuk, sebagai anak kelahiran negeri Perak telah banyak membuat kajian tentang kedua-dua tokoh ini dalam sejarah tanah air. Justeru, tepatlah hasrat kami untukm mencungkil sebanyak mungkin fakta dan maklumat daripada Yang Berbahagia Datuk tentang kedua-dua tokoh tersebut. Untuk makluman Datuk, hasil wawancara ini akan diterbitkan dalam bantuk rencana dengan disertai gambar-gambar yang berkaitan. 5. Untuk makluman Datuk, rombingan kami akan je Jabatan Sejarah Universiti Malaya untuk menjalankan wawancara tersebut. Kumpulan kami terdiri daripada ahli sidang pengarang seramai lima orang, termasuk seorang jurugambar. Kami juga ingin


merakam beberapa keeping gambar yang relevan dalam simpanan Datuk untuk dimuatkan dalam bulletin yang tersebut. 6. Tarikh dan masa wawancara, kami serahkan kepada Yang Berbahagia Datuk untuk menetapkannya kerana kami faham bahawa Datuk sentiasa sibuk dengan tugas. 7. Yang berikut kami perturunkan senarai soalan yang akan dikemukakan dalam wawancara itu: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j)

Latar belakang tokoh-tokoh sejarah yang telah kami kenal pasti. Sikap mereka terhadap pendudukan tentera Jepun ke atas Tanah Melayu pada zaman Perang Dunia Kedua. Senario keadaan politik dan ekonomi pada ketika itu. Jasa dan khidmat bakti mereka terhadap rakyat Tanah Melayu. Bagaimana reaksi pihak tentera Jepun terhadap penentangan mereka berdua? Apakah kesudahannya ke atas mereka selepas mereka ditangkap oleh pihak Jepun? Mengapa jasa-jasa mereka tidak banyak disebut dalam buku-buku sejarah tanah air? Minta penerangan tentang tempat-tempat persembunyian mereka berdua semasa pendudukan Jepun serta tempat mereka dibunuh oleh pihak Jepun. Pengajaran dan nilai moral di sebalik sumbangan dan jasa kedua-dua tokoh ini kepada generasi muda kini. Nasihat Datuk kepada generasi muda yang kurang berminat terhadap mata pelajaran Sejarah khususnya sejarah tanah air kita.

8. Kami berharap Yang Berbahagia Datuk sudi diwawancara untuk berkongsi pengalaman dan pendapat. Sekiranya terdapat sebarang cadangan balas daripada Datuk, kami sentiasa mengalu-alukannya. Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas.

Ho Thean Fook (Ho Thean Fook) Ketua Editor, Buletin Persatuan sejarah, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah, Gopeng, Perak Datul Redzuan.


60. Sebagai penumpang yang sering menggunakan perkhidmatan sebuah syarikat bas ekspres, anda tidak berpuas hati dengan sikap kebanyakan pemandu bas dan kelindan bas semasa menjalankan tugas mereka. Tulis surat kepada pihak pengurusan syarikat bas tersebut mengadu akan hal ini. 1158 Taman Tunku Besar, 73000 Tampin. Pengurus, Syarikat Bas Ekspres Southern, 113 Jalan Besar, 73000 TAMPIN.

27 APRIL 2008.

Tuan, Aduan tentang sikap Petugas Syarikat Bas Merujuk kepada perkara yang tersebut di atas, saya ingin membawa kepada pengetahuan tuan tentang sikap kebanyakan pemandu dan kelindan bas syarikat tuan semasa menjalankan tugas mereka. Saya kira perkara ini penting dikemukakan kerana membabitkan keselamatan para penumpang yang menggunakan perkhidmatan syarikat bas ekspes tuan. 2. Untuk makluman tuan, saya merupakan salah seorang penumpang tetap syarikat tuan kerana saya bertolak ke Kuala Lumpur pada setiap hujung minggu untuk menghadiri kuliah di Universiti Putera Malaysia. Saya juga balik ke rumah dengan menaiki bas syarikat tuan selepas menghadiri kelas pada lewat petang Ahad setiap minggu. Oleh itu, saya beranggapan bahawa pemerhatian saya adalah tetap perihal salah laku yang dilakukan oleh petugas syarikat bas tuan. 3. Daripada pemerhatian saya sejak tiga tahun lalu, kebanyakan pemandu bas tuan memandu dengan laju, iaitu melebihi had laju 110 km sejam yang dibenarkan di Lembaga Lebuh Raya Malaysia. Beberapa orang pemandu pula memandu dengan kadar kelajuan hingga 160 ka sejam. Saya berpendapat keadaan ini bukan sahaja membahayakan para penumpang bas, malah juga membahayakan keselamatan penumpang bas lain serta pengguna-pengguna lebuh raya yang lain. Keadaan akan bertambah lebih bahaya lagi sekiranya jalan raya menjadi licin, terutamanya pada hari hujan. Kesimpulan yang dapat saya buat ialah jadual waktu perjalanan untuk para pemandu terlalu ketat hingga ramai antara pemandu tuan terpaksa terkejar-kejar semasa melaksanakan tugas mereka. Saya juga diberitahu bahawa kadar gaji para pekerja syarikat tuan adalah dikira berasaskan bilangan perjalanan yang mampu dilakukan oleh pemandu. 4. Saya ingin mengesyorkan kepada pihak tuan agar dapat mengkaji semula skim perkhidmatan para pekerja. Hal ini adalah demi kebajikan semua petugas. Difikirkan wajar sekiranya mereka dibayar gaji bulanan, selain bayaran insentif bagi setiap trip yang dilakukan bagi perjalanan jarak jauh. Saya kira cara pengiraan ini lebih adil. Tambahan pula mereka tidak perlu terkejar-kejar untuk mencukupkan bilangan trip yang dicari pada sesuatu hari tertentu.


5. Selain itu, saya juga ingin mencadangkan agar para pemandu menjalani kursus kesedaran dan pemulihan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun di Jabatan Pengangkutan Jalan. Tujuannya adalah untuk menanamkan rasa tanggungjawab dan kesedaran dalam sanubari setiap pemandu tentang aspek keselamatan semasa memandu. Walaupun semua kursus ini membabitkan sejumlah wang, namun kesannya amat berguna. Tegasnya, banyak nyawa dapat diselamatkan sekiranya semua pemandu mematuhi undang-undang jalan raya pada setiap masa. 6. Dukacita dimaklumkan juga sikap sebilangan kelindan bas amat dikesali. Mereka bersikap kurang sopan semasa menjalankan tugas. Antaranya termasuklah bersikap kasar terhadap penumpang uzur dan mereka yang berumur, merokok semasa bertugas, dan gemar menganggu anak gadis yang menaiki bas. Ramai antara mereka pula tidak berpakaian kemas dan berambut panjang semasa menjalankan tugas. Perkara-perkara yang tidak menyenangkan ini turut mengganggu keselesaan kami sebagai penumpang, lebih-lebih lagi diri saya sebagai penumpang tetap syarikat bas tuan. 7. Saya suka mengemukakan beberapa cadangan untuk pertimbangan pihak tuan agar dapat meningkatkan mutu perkhidmatan. Antaranya: (a) (b) (c)

Mewajibkan pemeriksaan kesihatan ke atas setiap petugas pada setiap tahun bagi menentukan tahao kesihatan mereka. Menjalankan ujian air kencing ke atas petugas yang disyaki terbabit dalam penyalahgunaan najis dadah. Menimbang pemberian insentif dan bonus bagi meningkatkan mutu perkhidmatan di kalangan petugas.

8. Diharapkan aduan saya ini dapat membuka mata pihak pengurusan tuan agar menjadi lebih peka terhadap kepentingan para penumpang dan kebajikan pekerja. Semoga langkah-langkah sewajarnya dapat diambil untuk membetulkan tingkah laku para petugas yang kurang menyenangkan. Sekian, terima kasih.

Yang benar, Cheam Kim Leong (CHEAM KIM LEONG)


61. Banyak kemudahan awam di tempat anda tinggal telah dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tiada pihak yang mengambil berat tentang masalah ini. Sebagai penduduk yang prihatin, anda ingin mengadukan hal ini kepada pihak berkuasa tempatan. Tulis surat selengkapnya untuk tujuan ini. 756 Taman Rembau Jaya, 71300 Rembau Yang Dipertua, Majlis Daerah Rembau, 71300 REMBAU.

8 JULAI 2008.

Tuan, Aduan tentang Masalah Vandalisme Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya selaku penduduk di taman perumahan ini ingin membuat aduan tentang masalah yang tersebut di atas. Kemudahan awam yang dirosakkan termasuklah taman rekreasi, tandas awam, taman permainan kanakkanak, dan telefon awam. 2. Untuk makluman tuan, saya pernah menasihati anak-anak muda yang berkumpul di sini pada waktu petang agar membantu dalam memerhati tiada pihak yang sengaja merosakkan kemudahan-kemudahan awam. Nampaknya masalah ini juga tidak berjaya dibendung kerana jenayah vandalisme ini berlarutan. 3. Sebagai penduduk yang prihatin, saya bersama-sama pihak Rukun Tetangga telah melakukan kawalan rapi ke atas kelengkapan-kelengkapan ini untuk tempoh beberapa bulan. Dalam tempoh yang tersebut, keadaan masih terkawal kerana tidak banyak kerosakan berlaku. Namun begitu, keadaan bertukar menjadi lebih buruk lagi apabila kami memberhentikan tugas pengawalan kerana ketidakcukupan anggota Rukun Tetangga untuk membuat rondaan pada setiap malam. 4. Kini, banyak kemudahan awam di taman perumahan ini tidak dapat digunakan lagi. Sebagai contoh, papan jongkang-jongket sudah tidak boleh berfungsi lagi kerana sangganya telah tercabut. Oleh sebab itu, malang sekali bagi kanak-kanak kerana kemudahan ini tidak dapat menjadi permainan mereka. Begitu juga dengan papan gelongsor. Tangganya telah dibengkukkan. Keadaan ini amat membahayakan keselamatan kanak-kanak yang tidak sedar ketika cuba menaiki tangga yang mempunyai 11 anak tangga itu. Pada suatu petang berlaku kemalangan yang nyaris meragut nyawa seorang kanak-kanak kerana dia tersangkut pada birai tangga yang bengkuk itu. Nasib baik, bapanya bertindak cepat memisahkan leher-lehernya daripada terus tersangkut. Jika tidak, Tuhan sahaja yang tahu apa yang kaan berlaku! 5. Ketiga-tiga telefon awam di sini juga ditimpa nasib yang serupa. Wayar yang disambung kepada gagang set induknya telah tercabut. Peti duitnya juga disumbat dengan sampah hingga tidak dapat dimasukkan syiling lagi. Perbuatan sebegini menunjukkan tiada kesedaran sivik dan memalukan penduduk taman perumahan kami. Saya hanya dapat membayangkan apa yang akan berlaku kepada seseorang pesakit yagn memerlukan pertolongan cemas pada tengah malam sekiranya dia tidak memiliki telefon.


6. Untuk makluman tuan, tandas awam juga tidak terkecuali. Keadaannya sungguh mendukacitakan. Mangkuk curahnya telah disumbat dengan sampah-sarap. Para pengunjung taman rekreasi tidak dapat menggunakan tandas ini lagi. Oleh sebab itu, saya mencadangkan agar pihak Majlis Daerah Rembau menswastakan khidmat menjaga kebersihan serta mengenakan bayaran untuk kegunaan tandas awam. Dengan cara ini diharap aspek kebersihan dan keselamatan fizikalnya terjamin. 7. Keadaan taman rekreasi amat daif. Kerusi dan meja konkrit juga dirosakkan. Pada pendapat saya, perbuatan ini hanya mampu dilakukan oleh orang dewasa. Sebenarnya kemudahan ini disediakan untuk orang ramai beristirehat dan bersantai pada waktu petang. Usaha pembaikan tentu memerlukan perbelanjaan yang besar, dan tiada jaminan bahawa kesemua kemudahan awam ini tidak akan dirosakkan lagi sekiranya tiada jagaan dan kawalan ketat. 8. Saya ingin mencadangkan agar satu unit rondaan ditubuhkan oleh pihak tuan untuk tujuan memantau keselamatan kemudahan-kemudahan ini. Pelaku musnah jika dapat diberkas harus dikenakan hukuman berat dan diperintah membayar kerosakan yang dilakukan. 9. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan dalam menangani gejala ini amat dihargai. Sekian, terima kasih. Mohd Sani Mohd. Sham (MOHD. SANI MOHD. SHAM) Penduduk Taman Rembau Jaya.


62. Andaikan anda sebagai Pengerusi Kelab Cegah Jenayah di sekolah anda. Anda diminta oleh pengetua untuk memberikan ceramah bertajuk ‘Cara-cara Mencegah Jenayah di kalangan Pelajar’ di perhimpunan sekolah. Tulis teks ceramah anda selengkapnya. Terima kasih diucapkan kepada guru bertugas, Puan Halimah Abu Bakar selaku pengerusi majlis. Yang dihormati Encik Salleh Kabil, Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum, Merlimau; yang dimuliakan guru-guru dan para pelajar yang dikasihi. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan pengetua kerana sudi menjemput saya menyampaikan ceramah bertajuk ‘Cara-cara Mencegah Jenayah di kalangan Pelajar’ di perhimpunan pada pagi yang ceria ini. Para pelajar yang dihormati, Sejak kebelakangan ini, kita sering disogokkan dnegan berita menggemparkan yang membabitkan pelajar sekolah. Yang terbaru, berita tentang seorang murid Tahu 1 yang ditikam oleh sekumpulan murid lelaki kerana enggan memberi ‘wang perlindungan’. Murid tersebut Nurul Syuhadah Abdul Majid, dari Sekolah Kebangsaan Taman Muda, Ampang, Selangor turut mendakwa bahawa dia dipukul dengan kayu dan dibaling dengan batu kerana tidak memberi wang sebanyak RM 10 seperti yang diminta oleh kumpulan itu. Antara jenayah lain yang pernah dilaporkan termasuklah pembakaran bangunan sekolah dan rumah guru. Kejadian seperti ini dipercayai dilakukan oleh pelajar sekolah. Sesungguhnya, perkembangan sedemikian amat membimbangkan semua pihak terutama guru dan ibu bapa. Jika sebelum ini, kita hanya disogokkan dengan berita tentang kes pontang sekolah, menghisap rokok dan ganja, kejadian melawan guru, sengaja melanggar peraturan dan disiplin sekolah dan pergaulan bebas. Walaupun begitu, perkembangan terbaru ini, jika tidak dibendung, sekolah akan menjadi tempat tidak selamat untuk menimba ilmu. Guru-guru dan rakan-rakan sekalian, Banyak cara dapat dilakukan untuk mencegah jenayah di kalangan pelajar. Sebagai pelajar, kita harus bijak memilih kawan. Hindarilah daripada bergaul dengan kawan-kawan yang tidak mempunyai budi pekerti, berkelakuan tidak senonoh, dan berkelakuan liar. Umumnya, pelajar yang terlibat dalam jenayah terdiri daripada mereka yang rendah pencapaian akademik dan terabai. Oleh itu, untuk menarik perhatian, mereka akan bertindak menentang undang-undang, moral, dan agama. Mereka tidak ingin belajar. Sebagai akibatnya, mereka terjebak dengan jenayah. Pelajar-pelajar yang dihormati, Sekiranya anda mencurigai tingkah laku rakan yang boleh mendatangkan mudarat kepada pihak sekolah, segeralah lapor kepada pihak berkuasa sekolah. Antara tingkah laku itu termasuklah disyaki pecah rumah, mencuir harta sekolah, memeras ugut, memukul pelajar, meminta wang perlindungan, dan membuli pelajar. Kegiatan-kegiatan jenayah di kalangan pelajar juga dapat dicegah jika sekiranya wujud kerjasama padu antara pihak sekolah dengan pelajar. Pelajar-pelajar bermasalah


harus dikenal pasti untuk menghadiri sesi kaunseling. Tindakan ini sebagai langkah pencegahan awal. Langkah lain yang dapat membantu dalam mencegah jenayah di kalangan pelajar termasuklah mengenakan beberapa larangan tertentu terhadap pelajar. Mislanya, pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai barang kemas dan mengenakan pakaian menjolok mata. Langkah ini dapat menghindarkan diri pelajar daripada dirompak atau dirogol. Para pelajar sekalian, Begitu juga, dengan menyertai kelab cegah jenayah di sekolah diharap dapat memberi faedah kepada anda semua. Anda akan diajarkan tentang cara-cara mencegah jenayah. Selain itu, anda juga dapat menyampaikan maklumat ini kepada rakan-rakan lain, anggota keluarga dan anggota masyarakat setempat. Perbuatan ini sekali gus dapat menyedarkan masyarakat tentang pentingnya samangat kejiranan. Apabila semangat ini dapat diwujudkan, jenayah yang tidak diingini dapat dicegah. Kata orang, ‘mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat’. Tegasnya, setiap pelajar harus menyertai kelab cegah jenayah untuk mempelajari cara-cara dan langkah untuk menghapuskan jenayah yang membabitkan pelajar. Melalui tindakan sedemikian, kita dapat memyelamatkan jiwa sendiri dan mengurangkan beban polis. Hadirin sekalian, Hingga di sini ceramah saya. Mudah-mudahan para pelajar mendapat sedikit banyak manfaat daripada ceramah ini. Akhir kata, saya mohon berbanyak kemaafan sekiranya terdapat keterlajuran kata sepanjang ceramah saya tadi. Sekian, terima kasih.

63. Selaku pengerusi sebuah pertubuhan sukarela, anda diundang untuk menyampaikan ceramah kepada sekumpulan pelajar sekolah. Tajuk ceramah yang ditetapkan ialah ‘Peranan pertubuhan sukarela dalam pembangunan negara’. Tulis teks ceramah anda itu selengkapnya. Yang berusaha Tuan Pengerusi Majlis, Yang dimuliakan Tuan Pengetua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucius, Jelutong, Pulau Pinang, Encik Lim Hock Leng; guru penasihat Kelab Kaunseling, Encik Tan Chin Kiong; guru-guru dan ahli-ahli Kelab Kaunseling yang saya hormati. Selamat sejahtera dan selamat petang saya ucapkan kepada semua. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak pengajur kerana mengundang saya menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Peranan pertubuhan sukarela dalam pembangunan negara’ di majlis yang penuh makna pada petang yang ceria ini. Untuk makluman para pelajar, saya ialah pengerusi Persatuan St John Ambulans, cawangan Melaka. Mudah-mudahan ceramah yang akan saya bentangkan sebentar nanti dapat memanfaatkan hadirin sekalian. Hadirin yang dihomati sekalian, Pertubuhan sukarela yang diperkatakan di sini ialah badan sosial yang memberi perkhidmatan kepada orang ramai tanpa sebarang bayaran. Tegasnya, misi utama


pertubuhan-pertubuhan ini diwujudkan ialah untuk memberi pelbagai bentuk sumbangan bakti, perkhidmatan, dan bantuan kecemasan kepada orang ramai tanpa pulangan kewangan. Perkhidmatan sosial yang dicerahkanoleh pertubuhan-pertubuhan ini adalah semata-mata untuk kebajikan dan kesejahteraan umum. Antara beberapa contoh pertubuhan sukarela ialah Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan St John Ambulans, dan Persatuan Pengakap, Persatuan Pencinta Alam Sekitar, dan Persatuan Pandu Putera. Sesungguhnya pertubuhan-pertubuhan sukarela ini memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara Malaysia. Sumbangan badan-badan sosial ini jelas terserlah apabila berlaku banjir, kebakaran, kemalangan atau malapetaka. Pertubuhan sukarela sentias arela menghulurkan bantuan kecemasan pada waktu kritikal ini. Pada waktu aman, pertubuhan-pertubuhan sedemikian juga tidak hanya berdiam diri. Para petugasnya begitu prihatin terhadap nasib golonga istimewa, seperti orang pekak dan orang buta serta orang tua dan anak yatim. Mereka tetap menghulurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik ini melalui kegiatan-kegiatan amal seperti pelancaran tabung kebajikan, pungutan derma kilat, khidmat sukarela dan bantuan lain yang dianjurkan dari semasa ke semasa. Ahli-ahli Kelab Kaunseling sekalian, Proses pemodenan dan urbanisasi yang berlaku menyebabkan peranan pertubuhan-pertubuhan sukarela di Malaysia menjadi semakin penting. Hal ini demikian kerana masyarakat kini ‘bagaikan enau dalam belukar melepaskan pucuk masingmasing’. Oleh itu, sumbangan dan bantuan yang dihulurkan oleh ahli-ahli pertubuhan sukarela menjadi harapan kepada golongan yang memerlukan bantuan. Tanpa pertubuhan sukarela, sudah tentu masa depan golongan malang ini akan menjadi malap kerana tiada siapa yang sanggup berkongsi kesusahan dan kesengsaraan mereka. Oleh yang demikian, diharapkan masyarakat umum sanggup menghulurkan apa saja sumbangan kewangan yang mereka mampu ketika pertubuhan-pertubuhan sukarela ini melancarkan kutiap derma sempena Hari Amal, Hari Bendera, Tabung Kebajikan, atau Hari Jualan dan sebagainya. Setiap sumbangan, tidak kira besar atau kecil, cukup bermakna untuk kesejahteraan golongan istimewa itu. Pertubuhan-pertubuhan ini sering juga menganjurkan pelbagai aktiviti seperti kempen menderma darah, kempen menjaga kebersihan, kempen memerangi penyakit kronik seperti kusta, batuk kering, atau kanser untuk menyedarkan orang ramai. Melalui kegiatan-kegiatan ini, orang ramai berpeluang membabitkan diri dan sekali gus menyumbang ke arah kesejahteraan golongan yang kurang bernasib baik. Oleh itu, marilah kita sama-sama membatu pertubuhan-pertubuhan sukarela iniuntuk membantu golongan yang malang. Caranya mudah sahaja, iaitu dengan memberikan sumbangan ikhlas kita dalam apa bentuk sekalipun, apabila diminta berbuat demikian. Para pelajar yang hihormati sekalian, Hingga di sini dahulu ceramah saya. Moga-moga ceramah ini dapat menyedarkan para pelajar sekalian tentang peranan dan sumbangan pertubuhan-


pertubuhan sukarela di negara kita. Akhir kata, saya memohon maaf jika ada antara kata-kata saya tadi yang menyinggung perasaan hadirin sekalian. Sekian, terima kasih.

64. Sebagai pegawai pemasaran di syarikat Projek Lebih Raya Utara-Selatan (PLUS), anda telah dijemput oleh persatua geografi dari salah sebuah sekolah untuk menyampaikan ceramah bertajuk ‘Pembinaan lebuh raya di negara kita banyak mendatangkan faedah kepada rakyat’. Tulis teks ceramah anda itu selengkapnya. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang dimuliakan guru penasihat Persatuan Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama, Puan Salmah Mustapha, Yang Berusaha Pengerusi Persatuan Geografi, saudara Chong Toon Choi dan ahli-ahli persatuan sekalian. Selamat petang saya ucapkan kepada semua. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Persatuan Geografi sekolah ini yang telah sudi menjemput saya untuk menyampaikan ceramah bertajuk ‘Pembinaan lebih raya di negara kita banyak mendatangkan faedah kepada rakyat’. Ahli-ahli persatuan sekalian, Sebelum lebuh raya dibina, laluan utama yang menghubungkan Perlis di utara dengan Johor Baharu di selatan ialah jalan raya biasa. Masa yang diambil untuk perjalanan dari utara ke selatan adalah begitu lama sekali, iaitu sering melebihi 12 jam, bergantung kepada cuaca. Namun, dengan terbinanya lebuh raya PLUS, hampir separuh daripada masa perjalanan telah dapat dikurangkan. Begitu juga dengan siapnya lebuh Raya Utara-Selatan, jarak perjalanan antara mana-mana tempat di Semenanjung Malaysia telah dapat dikurangkan. Ini juga bermakna masa perjalanan yang diambil sekali gus dapat dikurangkan. Untuk pengetahuan ahli-ahli persatuan sekalian, lebuh raya juga dibina oleh pihak lembaga Lebuh Raya Malaysia di Sabah dan Sarawak. Tujuannya juga adalah serupa, untuk memendekkan jarak perjalanan dan masa yang diambil untuk satu-satu perjalanan. Lebuh Raya Utara-Selatan amat berguna kepada ahli perniagaan yang sentiasa mengejar masa untuk bergerak dari satu lempat ke katu tempat yang lain. Tegasnya lebuh raya merupakan nadi kehidupan kepada golongan perniagaan. Begitu juga, bagi golongan peniaga dari pantai timur, mereka dapat menggunakan Lebuh Raya TimurBarat atau Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur untuk memendekkan masa dan jarak perjalanan dalam urusan perniagaan seharian mereka. Para ahli persatuan geografi sekalian, Pembinaan lebuh raya juga menjadi pemangkin kepada pembangunan. Kalau dahulu kawasan-kawasan terpencil tidak dapat dibangunkan kerana masalah kesampaian dengan jalan raya. Kini dengan terbinanya lebuh raya, banyak kawasan perindustrian, kawasan perumahan, dan kawasan rekreasi telah dapat dibangunkan berhampiran dengan lokasi persimpangan lebuh raya, atau di kiri dan di kanan lebuh


raya. Misalnya, Bangi dan Rawang dpat dimajukan kerana terdapat lebuh raya yang dibina menyusuri kedua-dua pekan tersebut. Begitu juga pusat-pusat rekreasi golf telah dapat dibangunkan berhampiran lebuh raya. Umpamanya, A`Famosa Golf Resort di Alor Gajah, Melaka dan padang golf Bertam di Kepala Batas, Kedah. Seterusnya, pembinaan lebuh raya ini telah dapat menghubungkan kawasan pendalaman dengan Bandar-bandar utama dan pelabuhan. Hal ini dpaat memudahkan pengangkutan hasil keluaran dari sektor pertanian, perlombingan, perkilangan, perladangan, dan pembalakan ke Bandar dijual dan kepelabuhan untuk dieksport. Dengan kata lain, kos pengangkutan serta masa penghantaran semua hasil mahsul ini dapat dijimatkan. Hadirin yang saya hormati sekalian, Pembinaan Lebuh raya Timur-Barat pula, juga telah dapat mempercepatkan penghantaran barang-barang dan hasil keluaran dari pantai timur ke pantai barat. Misalnya hasil, tangkapan ikan dari pantai timur, sungguhpun telah disejukbekukan dapat dihantar dengan pantas ke mana-mana destinasi di Semenanjung melalui LebuhRaya Timur-Barat untuk dipasarkan. Akhirnya, saya ingin menegaskan bahawa pembinaan lebuh raya di negara kita telah mendatangkan banyak faedah kepada rakyatnya, sungguhpun para penguna dikehendaki membayar tol. Namun keselesaan dan kepantasan yang diperoleh lebih banyak daopat mengimbangi kos yang ditanggung oleh para pengguna. Sekianlah ceramah saya. Terima kasih.

65. Anda ialah pegawai penerangan Kementerian Penerangan. Anda telah diundang untuk menyampaikan ceramah di sebuah sekolah menengah. Tajuk cermaah yang ditetapkan ialah ‘Peranan Sekolah dalam Pemupukan Perpaduan Nasional’. Tulis teks ceramah anda itu selengkapnya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Panda Jaya, Encik Mazlan Lambak; guru-guru dan para pelajar yang dihormati. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih kepada diundang untuk menyampaikan cermaah pada pagi yang ceria ini. Sebagaimana yang para pelajar sedia maklum, tajuk ceramah saya ialah ‘Peranan Sekolah dalam Pemupukan Perpaduan Nasional’. Hadirin yang dihormati, Perpaduan nasional dalam konteks negara kita dapat ditakrifkan sebagai suatu keadaan semua kaum hidup dalam aman dan damai tanpa sebarang persengketaan atau pergeseran. Dengan kaia lain, seluruh masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni.


Unsur perpaduan ini amat penting bagi sebuah negara majmuk seperti Malaysia. Tanpa perpaduan, banyak usaha pembangunan negara akan terjejas. Hal ini demikian kerana banyak masa, tenaga dan wang dibazirkan untuk usaha-usaha menyatupadukan rakyat. Sesungguhnya sejarah telah mengajar kita bahawa perpecahan tidak menguntungkan sesiapa. Peristiwa hitam dalam sejaha negara, iaitu tragedi 13 Mei 1969, mencelikkan kita kentang pentingnya perpaduan nasional dalam kelangsungan hidup sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Hadirin yang dihormati, Sekolah merupakan institusi pendidikan formal yang sangat penting. Sekolah menyediakan kemudahan pendidikan kepada pelajar dari peringkat rendah hinggalah ke peringkat menengah. Satu pertiga hayat kanak-kanak dihabiskan dalam alam persekolahan, Oleh hal yang demikian, sekolah memainkan pengaruh penting dalam proses pembentukan sikap dan pandangan hidup seseorang warga negara. Selain menimba ilmu pengetahuan, sekolah merupakan tempat para pelajar mempelajari nilai-nilai sosial. Hal ini termasuklah adapt dan amalan hidup pelbagai kaum yang terdapat di negara kita. Kesemua unsur ini diajarkan merentas kurikulum , terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Moral, Geografi, Sejarah dan Pendidikan Islam. Unsur-unsur kepelbagaian ini, jika diterangkan kepada para pelajar secara jujur dan ikhlas, lama-kelamaan akan diterima sebagai sebahagian cara hidup masyarakat Malaysia. Apabila sudah wujud penerimaan di kalangan kanak-kanak sekolah, bibit-bibit pepaduan dan persefahaman akan bercambah dengan sendirinya di kalangan pelajar. Jika persefahaman ini dapat dipertahankan secara berterusanm, semangat kecintaan dan perpaduan akan wujud dikalangan rakyat. Hadirin yang dihormati, Kegiatan kokurikulum di sekolah juga dapat membantu pemupukan semangat perpaduan di kalangan pelajar. Dalam hal ini, persatuan-persatuan bahasa dan budaya dapat memikul tanggungjawab ini dengan menganjurkan pameran, pertunjukkan, dan Hari Budaya yang berkiatan dengan budaya pelbagai kaum di Malaysia. Sebagai contohnya, apabila Persatuan Bahasa Malaysia mengadakan pertunjukkan pakaian tradisional Melayu atau permaina tradisional, pelajar-pelajar bukan Melayu dapat memahami serta menghayati budaya bangsa Melayu ini. Lantaran itu, akan wujud penerimaan cara berpakaian Melayu sebagai salah satu aspek budaya masyarakat Malaysia. Apabila pelajar-pelajar telah emmahami dan menerima cara hidup, cara berpakaian, amalan budaya, pantang larang, dan adapt setiap kaum, sudah mestinya akan terbit bibit tolak-ansur, persefahaman, rasa hormat dalam diri pelajar. Persahabatan yang terjalin antara pelajar pelbagai kaum juga memainkan peranan dalam pemupukan perpaduan nasional. Hal ini dapat dilakukan dengan memastikan keanggotaan sesebuah persatuan terdiri daripada pelajar pelbagai kaum. Hal yang sama juga harus diwujudkan dalam bidang sukan. Pelajar-pelajar Melayu harus digalakkan untuk menyertai permainan bola keranjang dan pingpong. Begitu juga, pelajar-pelajar bukan Melauyu harus digalakkan untuk menyertai permainan sepak takraw. Kesediaan pelajar-pelajar untuk melibatkan diri dalam permainan kegemaran sesuatu kaum menjadi petanda baik ke arah perpaduan nasional. Hadiri yang dihormati,


Cukup sekatak ini sahaja cermaah saya. Semoga pelajar-pelajar mendapat manfaat daripada ceramah ini. Sekian, terima kasih. 66. Sebagai penolong pengarah di Jabatan Pelajaran, anda telah dijemput oleh sebuah sekolah menengah untuk memberikan ceramah tentang pentingnya pelajar membabitkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Tulis ceramah anda itu selengkapnya. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menegah Tongkang Pechah, Batu Pahat, Encik Ariffin bin Azizul; guru-guru penolong kanan, guru-guru dan para pelajar yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya amat berbesar hati kerana dijemput untuk menyampaikan cermaah kepada anda semua pada pagi yang indah ini. Saya percaya anda semua berasa ceria dan bersedia untuk mendengar ceramah ini. Oleh sebab saya dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor, tajuk cermaah yang telah saya pilih ialah ‘Pentingnya pelajar membabitkan diri dalam kegiatan kokurikulum’. Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian, Memang benar bidang akademik merupakan nadi dalam alam persekolahan para pelajar. Walaupun begitu, aspek kokurikulum tidak boleh diambil ringan. Walaupun beguitu, aspek kokurikulum tidak boleh diambil ringan. Sebenarnya, kokurikulum adalah sama penting dengan bidng akademik. Kokurikulum terdiri daripada tiga kegiatan utama yang dijalankan di luar waktu persekolahan, iaitu persatuan atau kelab, badan beruniform, dan permainan sukan. Contoh-contoh persatuan yang terdpaat di sekolah termasuklah Persatuan bahasa dan Budaya, Persatuan Kaunseling, serta Persatuan Sains dan matematik. Antara badan beruniform atau pakaian seragam pula ialah Pasukan Pengakap, Persatuan St. John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Permainan sukan pula mernagkumi permainan bola sepak, sepak takraw, badminton, renang, dan bola jarring. Pelajar-pelajar sekalian, Pihak Kementerian Pelajaran mewajibkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum. Terdapat beberapa kebaikan di sebalik langkah ini. Sesungguhnya, setiap pelajar harus mempunyai keseimbangan dalam perkembangan mental dan fizikal, Sementara bidang akademik dapat mencerna kematangan minda pelajar, kegiatan kokurikulum pula dapat membantu dalam perkembangan fizikal, pembangunan kerohanian, dan penjagaan kesihatan diri. Pelajar harus ingat bahawa prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik semata-mata adalah tidak memadai sekiranya tubuh badan kita tidak sihat. Kesihatan yang kerap terganggu akan menjejaskan cogan kata yang berbunti: ‘Minda yang cerdas datangnya daripada badan yang sihat’. Oleh itu, saya mengajak adik-adik agar renungkanlah kepentingan kegiatan kokurikulum dalam kehidupan anda sebagai seorang pelajar.


Selain itu, para pelajar perlu ingat jga bahawa kegiatankokurikulum ini dapat mendedahkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran. Umpamanya, kemahiran menganjurkan sesautu aktivit, atau mengendalikan mesyuarat dapat dipelajari jika pelajar terlibbat dalam aktiviti persatuan akademik. Begitu juga, anda dapat mempelajari cara-cara berkawad, merawat mangsa kemalangan atau memasak, sekiranya anda membabitkan diri dalam pasukan pakaian seragam. Jika anda melibatkan diri dengan cergas dalam sesuatu permainan sukan, anda dapat mempelajari serta menguasia kemahiran dalam permainan tersebut. Hadirin sekalian, Pelajar-pelajar yang membabitkan diri secara bersungguh-sungguh dalam kokurikulum dapat memupuk sifat-sifat kepimpinan diri. Misalnya, sifat-sifat mulai seperti rasa bertanggungjawab, berdikari, keyakinan diri, bertimbang rasa, beramanah, tekun, dan sebagainya dapat dibina dan diperkukuh. Inilah tujuan sebenar di sebalik penekanan terhadap aktiviti kokurikulum. Penekanan ini juga terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara, yang memberi tumpuan sama rata kepada perkembangan dalam aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek seseorang pelajar. Para pelajar sekalian, Secara tidak lengsung juga pelajar-pelajar yang terlibat dalam kegiatan kokurikulum dapat membentuk sikap prihatin terhadap masyarakat seselilingnya. Hal ini dapat dicapai melalui kerja-kerja sukarela dan kegiatan gotong-royong yang dijalankan oleh persatuan-persatuan, sama ada dalam kawasan sekolah atau di luar sekolah. Bibitbibit kesedaran terhadap kebersihan alam sekitar, rasa simpati terhadap golongan miskin dan yang kurang bernasib baik, orang-orang tua, dan seumpamanya akan terbit dengan sendirinya apabila pelajar menjalankan aktiviti kebajikan yang sedemikian. Selain dapat berinteraksi dengan anggota masyarakat sekitarnya, ahli-ahli persatuan dapat juga menjalinkan rasa kasih saying terhadap golongan berkenaan. Keadaan ini sekali gus dpat mewujudkan sebuah ‘masyarakat pnyayang’ yang sentiasa ingin hidup secara harmonis dan saling membantu. Pelajar-pelajar yang dikasihi, Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa kepentingan kegiatan kokurikulum tidak dapat disangkal lagi. Hal ini kerana melalui kegiatan kokurikulum, pelajar dapat mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang amat berguna dalam alam pekerjaan dan alam dewasanya kelak. Sekian, saya sudahi dengan lafaz terima kasih.


67. Anda terpilih mewakili sekolah dalam satu pertandingan syarahan di peringkat daerah. Tajuk syarahan ialah ‘Pentingnya Keluarga Bahagia Dalam Menjana Masyarakat Yang Sejahtera’. Tulis teks syarahan anda selengkapnya. Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Pegawai Pendidikan daerah Melaka Tengah, Tuan Haji rahmat bin Jantan; para pengetua, guruguru, rakan-rakan, dan hadirin sekalian. Pada pagi yang berbahagian ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Pentingnya Keluarga Bahagia Dalam Menjana Masyarakat Yang Sejahtera’. Hadirin yang saya hormati, Tajuk syarahan ini memang kena pada masanya kerana institusi keluarga kini sedang dilanda pelbagai memelut. Kes remaja lari dari rumah, anak tidak menghormati ibu bapa, jenayah remaja, masalah disiplin pelajar, vandalisme membabitkan remaja adalah antara masalahnya. Pendek kata, kesemua masalah ini saling berkait dengan sistem kekeluargaan kita. Sebelum saya menapak lebih jauh lagi, izin saya, mendefinisikan tajuksyarahan saya pada hari ini. ‘Keluarga’ diertikan sebagai seluruh isi rumah yang anggotanya terdiri daripada suami, isteri, dan anak-anak. Oleh itu, keluarga bahagia bermaksud sebuah keluarga yang dapat menjalani kehidupan seharian dalam keadaan amand an sentosa tanpa sebarang perselisihan faham antara anggota-anggotanya. Dalam konteks syarahan ini, saya ingin menegaskan bahawa untuk mencipta sebuah masyarakat yang sejahtera, asasnya ialah keluarga yang bahagia. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Institusi keluarga ibarat asas suatu binaan. Tanpa adunan simen, pasir, air dan konkrit dalam kuantiti yang sewajarnya, sudah tentu aspek keselamatan bangunan tersebut tidak terjamin. Begitulah juga halnya sebuah masyarakat. Sekiranya sistem kekeluargaan kita cacat dan tidak utuh, maka seluruh masyarakat akan menjadi pincang. Masyarakat adalah terbina daripada asas-asas keluarga. Dalam membina sebuah keluarga bahagia, fokus harus diberi kepada peranan atau tanggungjawab setiap anggota keluarga itu sendiri. Matlamatnya adlah untuk melahirkan perasaan saling menghormati sesame anggota keluarga. Jika hal ini dapat dilaksanakan, sudah tentu sesebuah keluarga dapat hidup dengan bahagia. Hadirin yang saya hormati sekalian, Ibu bapalah merupakan pencorak watak anak-anak. Peranan ibu bapa tidak boleh diabaikan. Tahun-tahun awal kanak-kanak adlah tempoh yang kritikal. Peribahasa Melayu ada mengungkapkan bahawa: ‘melentur bukur biarlah daripada rebungnya’. Anak-anak yang sudah dewasa adalah sukar untuk dibentuk wataknya atau diubah sikap dan tingkah lakunya. Justeru, kecuaian ibu bapa terhadap tanggungjawab keibubapaan akan membawa natijah buruk kepada seluruh kehidupan keluarganya. Kini, kebanyakan ibu bapa bekerja. Anak ditinggalkan dengan para pengasuh. Tidak salah jika saya katakana, banyak masalah remaja berpunca daripada kurang perhatian dan kasih sayang oleh ibu bapa sendiri.


Pada hemat saya, tindakan yang wajar dilakukan oleh ibu-ibu bekerja ialah bercuit daripada tugas buat beberapa tahun untuk mentadbir keluarga hingga anak-anak mereka mencapai umur masuk sekolah rendah dan boleh berdikari. Tujuanya adalah supaya anak-anak mendapat jagaan rapi dan asuhan yang sempurna. Wang tidak wajar menjadi perhitungan utama. Yang penting ialah anak-anak mendapat layanan dan asuhan yang baik. Hal ini dapat menjamin pembentukan anak-anak yang sempurna. Anak-anak yang diasuh dengan sempurna akan mencontohi tingkah laku baik yang dipamerkan oleh ibu bapa mereka. Seperkara lagi, apabila anak-anak sudah meningkat dewasa, komunikasi dua hala antara ibu bapa dan anak amat penting. Ibu bapa haruslah meluangkan masa untuk berinteraksi dengan anak-anak. Banyak salah faham dan kekusutan rumah tangga dapat diselesaikan melalui hubungan mesra sesama anggota keluarga. Hadirin yang saya hormati sekalian, Dalam usaha menjana sebuah masyarakat yang sejahtera, peranan kedua-dua ibu bapa tidak boleh dipandang ringan. Ibu bapa harus kenal rakan-rakan anak masingmasing serta memantau aktiviti mereka di luar rumah agar dpat dihindarkan daripada kegiatan-kegiatan yang tidak sihat. Selain itu, anak-anak juga harus bijak dalam memilih kawan. Dengan kata lain, mereka harus dapat membezakan antara intan dengan kaca. Jika tersalah pilih kawan, akibat buruklah yang terpaksa ditanggung. Hadirin yang dihormati sekalian, Sebagai kesimpulannya, ingin saya tegaskan sekali lagi bawah peranan ibu bapa adalah penting dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia yang seterusnya dapat menjana sebuah masyarakat yang sejahtera. Sekian, terima kasih.

68. Sebagai ketua pasukan Kadet Polis sekolah, anda diminta menyampaikan syarahan kepada pelajar di perhimpunan. Tajuk syarahan ialah ‘Mencegah Jenayah Tanggungjawab Kita Bersama’. Tulis teks syarahan itu selengkapnya. Yang Mulia Saudara Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang 1, Datin Azimah Alias; barisan guru yang dihormati, dan rakan-rakan pelajar yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhm, dan selamat sejahtera. Para pelajar yang saya hormati sekalian, Sebagai ketua pasukan Kadet Polis, peningkatan jenayah kekerasan sejak belakangan ini semakin membimbangkan. Oleh sebab demikian, saya telah memilih tajuk ‘Mencegah Jenayah Tanggungjawab Kita Bersama’ untuk syaraha ini. Hadirin yang dimuliakan, Jenayahmerupakan perbuatan jahat yang dilakukan oleh segolongan kecil anggota masyarakat kita yang tidak bertanggungjawab. Biasanya golongan ini tidak


ingin bekerja mencari nafkah secara halal bagi menampung keperluan hidup mereka. Perbuatan keju mereka ini amat ditakuti oleh masyarakat dan sekali gus bertentangan dengan undang-undang negara. Hal ini kerana acapkali janayah kekerasan membabitkan penggunaan senjata api dilakukan. Antaranya, kes rompakan, pecah rumah, peras ugut, rogol, pembunuhan, dan culit. Para pelajar yang saya muliakan, Setiap kali kita keluar rumah, kita diperingatkan tentang keselamatan diri, lebihlebih lagi jika kita seorang perempuan. Tidak lama dahulu pernah berlaku kes rogol dan pembunuhan atas seorang pelajar perempuan Tingkatan 5, Melissa Audrey. Kes yang menyayat hati ini berlaku tatkala pelajar tersebut dalam perjalanan ke sekolah pada awal pagi. Dia dilaporkan hilang untuk beberapa hari sebelum mayatnya ditemui. Hadirin yang saya hormati, Sebagai pelajar, banyak cara yang dapat kita lakukan untuk membantu dalam membenteras jenayah. Pertamanya, kita haruslah berhati-hati memilih kawan. Jauhilah diri daripada bergaul dengan kawan-kawan yang dioercayai terbabit dengan kumpulan jahat. Hal ini kerana apabila kita sudah terjebak, sukar untuk kita menarik diri. Belakangan ini, kita sering mendengar kes pembabitan pelajar dalam gengsterisme. Sebagai warga negara yang bertanggungjawab, kita harus melaporkan sebarang perlakuan yang mencurigakan. Falsafah ‘mengecah adalah lebih baik daripada mengubati’ harus diamalkan, selain itu, pihak Polis Diraja Malaysia sendiri juga mengamalkan cogan kata, ;Mesra, Cepat dan Batul’ dalam menjalankan tugas mereka. Saya juga percaya jika kita memberikan maklumat yang betul dan tepat, banyak kes jenayah dapat dibendung oleh pihak berkuasa. Elakkan daripada sikap ‘tidak ingin menjaga tepi kain orang’ atau ‘bagaikan enau dalam belukar melepaskan pucuk masingmasing’ dalam hal yang sedemikian. Kita tidak harus takut memberi maklumat kepada pihak polis dan menjadi saksi di mahkamah. Segala maklumat yang kita berikan akan dirahsiakan, dan keselamatan kita akan dilindungi oleh pihak polis. Pihak Polis Diraja Malaysia juga ada menjalankan kempen dari semasa ke semasa. Kita harus peka dengan risalah dan buku panduan yangdikeluarkan oleh pihak polis untuk membenteras jenayah kekerasan seperti kes culik, rogol, peras ugut, an pecah rumah. Sebagai warga yang cintakan keamanan, kita harus patuh dengan nasihat polis agar tidak mewujudkan keadaan yang dapat mendorong kejadian-kejadian yang tidak diingini. Sebagai contoh, pelajar perempuan wajar berpakaian sopan dan tidak menjolok mata hingga dapat memerangkap diri dengan kejadian rogol. Begitu juga jika kita ingin meninggalkan rumah kediaman untuk tempoh lama kerana bercuti atau balik ke kampong, pesanlah kepada jiran atau tinggalkan kunci dengan mereka untuk menjenguk-jenguk rumah kita. Tidak kurang pentingnya ialah pembabitan kita dalam Rukun Tetangga kerana ini dapat membantu mencegah jenayah yang berlaku pada waktu malam. Janganlah kita sentiasa berdolak-dalik untuk menjalankan tugas rondaan, kerana khidmat bakti kita itu juga adalah untuk keselamatan kita bersama. Para pelajar sekalian,


Sampai di sini dulu pidato saya. Sebelum berundur, saya memohon berbanyak kemaafan jika tersilap kata atau terkasar bahasa. Mudah-musdahan pidato saya dapat memberikan manfaat kepada anda sekalian. Sekian, terima kasih.

69. Satu pertandingan syarahan diadakan berempena Minggu Antidadah di sekolah anda baru-baru ini. Anda terpilih menyertai pertandingan tersebut. Tajuk yang ditetapkan ialah ‘Langkah-langkah untuk membasmi penyalahgunaan dadah di negara kita’. Tulis teks syarahan anda selengkapnya. Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh, dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi maha adil, Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward Ke-V, Taiping; yang dihormati barisan guru penolong kanan, guru cemerlang, para guru yang budima, dan para pelajar yang saya kasihi sekalian. Terlebih dahulu, saya ingin megucapkan terima kasih kepada guru Bahasa Malaysia yang telah memilih saya menyertai pertandingan syarahan ini. Saya menyanjung tinggi penghormatan yang diberikan. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan ialah ‘Langkah-langkah untuk membasmi penyelahgunaan dadah di negarakita’. Hadirin yang dihormati sekalian, Terlalu kerap kita mendengar perkatan ‘dadah’. Tahukah anda apa itu dadah? Dadah dalam erti kata yang mudah ialah bahan psikotropik yang boleh mendatangkan kesan-kesan mudarat apabila diambil dalam dos yang berlebihan, tanpa nasihat doktor. Justeru, ‘penyalahgunaan’ dadah’ bermaksuf menggunakan bahan psikotropik secara berlebihan untuk tujuan kononnya menjauhi masalah kehidupan. Sebagai akibatnya, kesan penagihan yang tidak berkesudahan. Hadirin yang saya hormati, Sekiranya kita ingin menghapuskan gejala yang membinasakan ini, kita perlu menggempur maslah ini daripada akar umbinya. Pertama, kita perlu menghapuskan tabiat merokok di kalangan rakyat kita. Dalam hal ini, kerajaan harus mengharamkan penjualan rokok. Saya percaya jika langkah drastik ini dapat dilaksanakan, walaupun sukar, bilangan penagih di negara ini dapat dikurangkan. Pada hemat saya, dapat dikatakan semua penagih dadah bermula sebagai perokok. Didapati banyak pelajar sekolah kini yang menghisap rokok, sedangkan duit yang digunakan untuk membeli rokok itu datangnya daripada ibu bapa masing-masin. Mungkin terdapat segelintir kecil yang bekerja secara sambilan pada masa cuti sekolah untuk menampung tabiat mereka ini. Namun, apa yang jelas, anak-anak muda ini sudah didedahkan dengan rokok pada peringkat umur yang begitu muda.


Hadirin yang saya hormati sekalian, Masalah penyalahgunaan dadah sudah lama wujud di negara kita. Pada tahun 1983 kerajaan telah menggubal undang-undang ketat untuk membenteras masalah ini. Misalnya, Akta Pencegahan Dadah (Rawatan), 1983 telah digubal utnuk membolehkan para penagih menjalani rawatan di pusat-pusat serenti.Begitu juga penguatkuasaan seksyen 39B, Ordinans Dadah Berbahaya, 1952 dan Akta Dadah Bahaya, 1975 yang mengenakan hukuman mati mandatori terhadap para pengedar. Sejak undang-undang tersebut dikuatkuasakan dengan tegas, masalah penyalahgunaan dadah di negara kita berjaya dibendung. Pada pendapat saya, kerajaan dapat menghapuskan masalah ini dengan memutuskan bekalan dadah. Untuk ini, cawangan marin, Polis Diraja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia dapat bekerjasama dengan meningkatkan kawalan di pintupintu masuk ke nagara ini. Kesungguhan dan iltizam semua pihak yang terbabit dalam usaha pembenterasan adalah amat peting jika kita inginkan kempen ini berjaya. Sekiranya bekalan dapat diputuskan, masalah ini akan dapat dibendung dan seterusnya dihapuskan secara beransur-ansur. Ini pada fikiran saya amat perlu. Jika tidak, sampai bila-bila pun maslaah ini akan berpanjangan. Pihak kerajaan juga boleh mendapatkan kerjasama daripada pihak Interpol untuk membenteras pengedaran dadah di peringkat antarbangsa. Seperkara lagi, pihak kerajaan harus meningkatkan prasarana untuk kegiatankegiatan sosial untuk golongan remaja. Misalnya melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di bawah Program Rakan Muda, sepeeti Rakan Waja Diri, Rakan Sukan, Rakan Rekreasi, dan Rakan Niaga, para belia yang tidak mempunyai matlamat hidup dapat dibimbing untuk kembali kepada tujuan asal hidup. Hadirin yang saya hormati, Kesimpulannya, slogan ‘Hidup Bebas Tanpa Dadah’ harus ditanamkan dalam jiwa setiap warga negara kita. Ingatlah, penyalahgunaan dadah akan hanya menjahanamkan kehidupan kita. Sekianlah, syarahan saya pada kali ini. Saya mengucapkan selamat maju jaya. Terima kasih.

70. Anda akan menyertai pertandingan syarahan di peringkat sekolah. Tajuk syarahan itu ialah ‘Sama-sama kita menjayakan Wawasan 2020’. Tulis teks syarahan anda itu selengkapnya. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dimuliakan serta rakan-rakan yang dihormati sekalian. Pada pagi yang ceria ini, saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk ‘Sama-sama kita menjayakan Wawasan 2020’. Sidang hadirin sekalian, Gagasan wawasan 2020 telah dilancarkan oleh bekas perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, pada 28 Februari 1991. Wawasan ini merupakan satu rangka kerja untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.


Malaysia bukan sahaja setakat ingin mencapai kemajuan fizikal yang dicapai kebanyakan negara maju sekarang, malah kemajuan yang dihajati tidak akan menghapuskan nilai-nilai murni rakyat negara ini, seperti yang berlaku ke atas negaranegara maju lain. Hadirin yang saya hormati, Untuk mencapai status negara maju, rakyat Malaysia harus mengatasi sembilan cabaran yang ditetapkan dalam Wawasan 2020. Sembilan cabaran yang dimaksudkan ialah mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, berjiwa bebas, demokratik, bermoral tinggi, beretika, melahirkan sebuah masyarakat yang ilberal, serta bersifat saintifik dan prograsif, penyayang, dan yang adil dalam bidang ekonomi. Hadirin yang saya muliakan, Untuk mencapai cita-cita wawasan 2020 seperti yang saya nyatakan tadi, seluruh rakyat Malaysia perlu mempunyai sikap positif. Tanpa rasa kepercayaan dan keyakinan diri, sudah tentu cita-cita dan matlamat Wawasan 2020 sukar untuk dicapai. Sehubungan dengan ini, Perdana Menteri telah memperkenalkan dan mempopularkan slogan ‘Malaysia Boleh’ untuk membakar semangat rakyat Malaysia agar senantiasa mempercayai kebolehan diri untuk maju ke depan. Sungguhpun kita merupakan sebuah negara kecil, kehebatan kita telah teruji di persada antarabangsa. Pemimpin kita pernah menyuarakan pendapat dan pandangan di bawah dunia, iaitu Pertubuhan Bangsa-bangsa Berstu. Acapkali pendapat kita diberi perhatian oleh negara-negara maju, walaupun pandangan dan pendapat kita tidak dihebahkan dengan meluas dalam media massa mereka. Misalnya, pendapat Tun Dr Mahathir tentang sikap ‘double-standard’ negara-negara maju berhubung isu penebangan hutan-hutan. Negara-negara maju menentang keras langkah penebangan hutan di negara-negara sedang membangun, sedangkan sebahagian besar hutan rimba di negara mereka telah digondolkan untuk tujuan yang sama pada zaman lampau. Sebenarnya, terdapat muslihat atau agenda tertentu di sebalik desakan negara-negara maju terhadap negara-negara sedang membangun. Sikap berani dan tegas Tun Dr Mahathir dalam membidas negara-negara maju dalam Kumpulan G-15, jelas menunjukkan pendirian positif kita terhadap isu antarabangsa. Sesungguhnya sikap yang serupa harus dimiliki oleh seluruh rakyat negara ini. Tanpa sikap positif dan berani, sampai bila pun, pandangan kita akan disisihkan oleh negara-negara besar. Sidang hadirin yang dihormati, Dalam menuju era Wawasan 2020, warisan sejarah dan bangsa perlu dikekalkan. Dalam hal ini, amalan dan kepercayaan hidup kaum-kaum yang terdapat di negara ini tidak boleh dikesampingkan, sambil kita menjana jati diri yang dapat melambangkan corak dan rupa bentuk masyarakat Malaysia yang berjiwa bebas dan demokratik. Para pemimpin perlu memahami sejarah dan aspirasi rakyat supaya kemajuan yang dirintis tidak mengorbankan aspek agama, tradisi dan budaya masyarakat setempat, seperti yang berlaku kepada banyak negara maju kini. Sebagai masyarakat Timur, kita masih menghargai nilai-nilai ketimuran yang kita warisi dan senantiasa terpancar melalui setiap aspek kehidupan penduduk negara ini.


Kita tidak mahu rakyat negara ini menjadi suatu bangsa yang kerdil yang sentiasa mengharapkan bantuan dan ehsan orang lain. Sikap positif lagi terbuka ini harus disemaikan dalam jiwa sanubari setiap daripada kita, bermula dengan para pelajar di bangku sekolah lagi. Jika tidak, suatu masyarakat yang cekal, utuh dan berani tidak mungkin direalisasikan menjelang era Wawasan 2020. Sehubungan dengan cita-cita untuk mencapai matlamat wawasan 2020, generasi muda harus diperlengkap dengan semangat keusahawanan, sikap berdikari, keterampilan mengurus, dan berjiwa besar, untuk menyongsong cabaran-cabaran globalisasi yang sedang melanda dunia kini. Sekiranya kecekapan-kecekapan ini tidak didedahkan kepada generasi pewaris bangsa kita, nescara cita-cita yang terkandung dalam Wawasan mustahil untuk dicapai. Hadirin yang saya hormati sekalian, Semoga saudara dan saudari memperoleh manfaat daripada syarahan saya ini. Sekiranya terdapat kesilapan kata, atau kekasaran bicara, saya memohon berbanyak ampun dan kemaafan. Sekian, terima kasih.

71. Cuti persekolahan menjelang tiba. Selaku ketua murid, anda diminta untuk menyampaikan syarahan bertajuk ‘Menggunakan cuti sekolah secara bijak’ di perhimpunan akhir sebelum cuti sekolah. Tulis syarahan anda itu selengkapnya. Selamat sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan kepada guru bertugas, Puan Siti Fatimah Hussin selaku pengacara majlis. Yang dimuliakan Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum, Encik Tan Cheng San; guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya berasa bangga kerana diberi peluang untuk menyampaikan syarahan bertajuk ‘Menggunakan Cuti sekolah secara bijak’. Rakan-rakan pelajar yang saya kahisi, Esok kita semua akan mula bercuti panjang. Mungkin ramai antara kita telah merancang untuk cuti kali ini. Mungkin ramai juga yang belum membuat apa-apa persiapan lagi. Walau apapun rancangan nada, cuti sekolah adalah untuk para pelajar merehatkan fikiran dan menghilangkan rasa bosan setelah setahun suntuk menghadapai pelajaran. Pada pendapat saya, terdapat banyak cara cuti panjang ini dapat digunakan. Pertamanya, bagi menghuni asrama, inilah peluang untuk mereka mengeratkan perhubungan dengan keluarga masing-masing. Selama hampir sepuluh bulan pelajarpelajar ini tinggal berjauhan daripada keluarga masing-masing, pada cuti kali ini dapatlah mereka berdamping dan bergaul mesra dengan ahli-ahli keluarga. Hadirin yang saya hormati sekalian, Selain itu, saya menasihati para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Penilaian Menengah Rendah pada tahun hadapan agar senantiasa berdamping dengan buku pelajaran masing-masing. Persiapan awal adalah sangat oenting untuk memastikan kejayaan. Bagi mereka yang lemah dalam mata pelajaran tertentu, cuti kali ini bolehlah digunakan dengan menghadiri kelas-kelas


tuisyen untuk memperbaiki kelemahan tersebut. Jika hal ini tidak mungkin dilakukan, saya mencadangkan agar mereka membentuk kumpulan belajar dengan rakan-rakan untuk sama-sama mengulang kaji. Bagi golongan pelajar yang mempunyai hobi tertentu, cuti kali ini adalah masa yang ditunggu-tunggu. Mereka dapat menggunakan masa yang terluang ini untuk membabitkan diri dalam kegemaran mereka, di samping beristirehat di rumah, mengelakkan diri daripada gejala yang tidak sihat seperti melepak, terjebak dengan penyalahgunaan dadah, terbabit dalam kumpulan budak nakal, dan seumpamanya. Selain dapat menceriakan diri, hobi juga dapat memupuk kesabaran dan ketekunan dalam jiwa pelajar-pelajar. Oleh sebab itu, tidak lama dahulu, satu pertandingan hobi telah dianjurkan oleh Kelab Kaunseling sekolah kita. Seingat saya, ramai antara rakanrakan kita telah menyertainya. Kesannya sungguh mengagumkan. Tidak sedikit pun saya menyangka, terdapat pelbagai hobi yang digerami para pelajar kita. Para pelajar sekalian, Pada cuti panjang ini, pelajar-pelajar boleh melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lasak yang tidak dapat dijalankan semasa sesi persekolahan. Misalnya, projek kembara, mendaki gunung, berkayak, berkhemah dan ekspedidi berbasikal. Sementara bagi pelajar-pelajar yang hanya ingin melancong, mereka bolehlah meminta ibu masing-masing merancang untuk bercuti di pusat-pusat peranginan yang terdapat di merata tempat di dalam atau luar negara. Percutian singkat ini dapat menyuntik semangat baru pada jiwa pelajar. Bagi pelajar-pelajar yang ingin mencari pengalaman kerja, cuti panjang ini merupakan masa terbaik untuk mereka bekerja sambilan. Walau bagaimanapun, saya suka mengingatkan pelajar yang bekerja secara sambilan ini agar tidak mengabaikan pelajaran masing-masing. Anda harus ingat bahawa tugas utama anda kini ialah belajar. Perbaiki diri dahulu dalam bidang akademik. Peluang kerja memang terdapat pada bilabila masa. Tambahan pula, anda masih terlalu muda. Yang penting kini ialah untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran sebelum melangkah kea lam pekerjaan. Hadirin yang saya hormati sekalian, Akhir kata, saya memohon maaf seandainya saya tersilap kata atau terlajak bahasa sepanjang syarahan saya tadi. Semoga segala pendapat yang saya utarakan dapat memanfaatkan saudar-saudari seklaian. Sekian, terima kasih.

72. ‘Cara-cara Mencegah Kebakaran’ merupakan tajuk syarahan yang telah anda berikan semasa perjumpaan dengan ahli-ahli persatuan penduduk di tempat anda. Tulis semula teks syarahan anda itu selengkapnya. Assalamualaiku dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Diperlua Persatuan Penduduk Taman Seri Selandar Baru, ketua-ketua blok, para penduduk, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.


Terlebih dahulu saya suka merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Persatuan Penduduk Taman seri Selandar Baru kerana sudi mengundang saya memberi syarahan bertajuk ‘Cara-cara Mencegah Kebakaran’. Sebagai makluman, saya ialah Ketua Pasukan Kadet Bomba di sekolah saya. Oleh itu, tidaklah menjadi masalah untuk saya berkongsi pengalaman dengan tuan-truan dan puan-puan. Saya berharap syarahan saya ini dapat membantu tuan-tuan dan puanpuan mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mencegah kebakaran di taman perumahan ini. Hadirin yang saya hormati sekalian, ‘Api semasa kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan’. Begitulah ungkapan yang sering kita dengar. Memang terdapat kebenaran dalam ungkapan ini. Api adalah penting dalam kehidupan seharian kita. Kita menggunakan api untuk pelbagai tujuan. Misalnya, untuk menerangkan kegelapan, menanak nasi, menjerang air, mendirikan unggun api semasa perkhemahan, dan seumpamanya. Namun begitu, api yang besar tidak memanfaatkan kita sama sekali. Apa yang saya maksudkan di sini ialah kebakaran yang menjilat bangunan tinggi, rumah kediaman, kilang, sekolah, dan sebagainya. Wang dan harta benda melayang dalam sekelip mata sahaja. Begitu juga kebakaran kerap mengorbankan nyawa. Tuan-tuan dan puan-puan, Kata orang, ‘malang tidak berbau’. Oleh itu kita perlu mengambil langkahlangkah keselamatan untuk mencegah anak-anak daripada bermain dengan poin tenaga di rumah. Perlakuan ini amat berbahaya kerana litar pintas akan berlaku dan mengakibatkan kebakaran. Hal ini sekali gus juga boleh menyebabkan renjatan elektrik yang mengorbankan nyawa. Selain itu, kanak-kanak juga harus ditegah bermain mancis api. Hal ini kerana api daripada mancis ini akan menyambar bahan-bahan yang mudah terbakar seperti minyak petrol, kainm kertas, gas, dan lain-lain sebagainya. Apabila berlaku kebakaran, sukar untuk mengawal api daripada merebak. Malah apabila api bertambah marak dan keadaan menjadi kelam-kabut, usaha untuk menyelamatkan menjadi rumit. Dalam hal ini, kanak-kanak harus diingatkan tentang bahaya bermain dengan mancis api. Orang dewasa pula wajib menyimpan semua bahan mudah terbakar daripada dicapai oleh kanak-kanak. Hadirin yang saya hormati, Membakar sampah terlalu hampir dengan rumah juga boleh membahayakan keselamatan. Apabila angin kencang bertiup, percikan api akan berterbangan. Jika apaapa bahan mudah terbakar disambar percikan api, kemungkinan kebakaran akan berlaku. Sebagai akibatnya, rumah akan dijilat api jika keadaan tidak terkawal. Begitu juga, setiap rumah kediaman perlu dipasang pemadam api seperti yang diwajibkan ke atas kilang, sekolahm, pejabat, dan gedung perniagaan. Tujuannya adalah untuk kegunaan kecemasan apabila berlaku kebakaran. Berbekalkan alat pemadam api, sekurang-kurangnya usaha memadam dapat dijalankan sementara menuggu enjin bomba tiba ke tempat kejadian kebakaran. Dalam hal ini, semua isi rumah perlu diajar cara menggunakan alat pemadam api ini.


Suka juga saya menyarankan di sini agar sistem pendawaian rumah kediaman diperiksa lebih kerap untuk mengesan sebarang kelemahan. Misalnya penebat getah wayar yang sudah keras atau retak perlu diganti. Kata otang, ‘mencegah adalah lebih baik daripada merawa’. Tuan-tuan dan puan-puan, Selaku ketua pasukan Kadet Bomba sekolah, saya juga ingin mencadangkan kepada pihak persatuan penduduk taman perumahan tuan-tuan agar dapat menubuhkan satu pasukan penyelamat. Saya juga difahamkan jika setiap keluarga di sini dapat menyumbang seorang tenaga, maka satu platun bomba sukarela dapat dibentuk. Para anggota dapat dilatih cara-cara melawan api dan memyelamat. Matlamatnya adalah sangat mulia. Perlu diingatkan, keselamatan penduduk adalah tanggung jawab kita bersama. Tampaknya, setakat ini dahulu syarahan saya. Sebelum berundur, suka saya ingatkan kita senantiasa mengutamakan langkah-langkah keselamatan untuk mencegah kebakaran di rumah kita. Sekian, terima kasih.

73. Sebagai Ketua Pelajar, anda dikehendaki memberikan ucapan dalam majlis untuk mengalu-alukan serombongan pelajar dari sekolah lain yang melawat sekolah anda. Anda hendaklah memberikan penerangan tentang sekolah anda. Tulis ucapan anda itu selengkapnya. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebansgaan Taman Indah Tampin, Puan Hajah Saleha binti Sharif, yang diraikan rombongan dari Melaka, guru-guru dari kedua-dua buah sekolah dan dan seterusnya rakan-rakan seperjuangannya. Terlebih dahulu, saya mewakili pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebansgaan Taman Indah Tampi untuk mengucapkan selamat datang kepda ahli-ahli rombongan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Iskandar Shah, Jasin, Melaka. Saudara dan saudari yangdihormati, Izinkan saya menerangkan latar belakang sekolah kami serba sedikit. Sekolah ini dibubuhkan pada 4 Disember 1989. Keperluan untuk mendirikan sekolah ini adalah kerana jumlah penduduk di taman perumahan ini telah meningkat kepada 10 000 orang pada ketika itu. Tambahan pula, dengan wujudnya sekolah ini dpat juga menampung pelajar dari kawasan sekitarnya, iaitu dari Kampung Seri Tampin, Tampin Jaya, Kampung Keru, Taman Clonlee, Taman Gunung Mas dan kampong Seri Repah. Sebab lain ialah kerana Sekolah Menengah Kebangsaan Tampin sudah tidak mampu lagi untuk menampung bilangan pelajar yang sentiasa bertambah dari setahun ke setahun. Selepas empat belas tahun penubuhannya, sekolah ini kini mempunyai kemudahan asas yang agak baik yang termasuklah padang, surau, bilik computer, pusat sumber, yang baru dinaiktarafkan, perkhidmatan kaunseling, bilik bahasa, sebuah pentas yang baru siap dibina, dan kedai koperasi yang baru beroperasi.


Pengetua pertama sekolah ini ialah Haji Latif bin Abdullah. Beliau menjawat jawatan ini hanya selama dua tahun setengah. Selepas itu, para pengetua silih berganti. Sehingga kini, sekolah ini telah diterajui oleh enam orang pengetua dalam sejarah singkatnya. Walaupun begitu, pertukaran kepimpinan sekolah sedikit pun tidak menjejaskan semangat para guru untuk mendidik anak bangsa. Begitu juga, para pelajarnya sentiasa gigih berusaha untuk membaiki diri. Hari ini dpat dibuktikan melalui keputusan peperiksaan awam seperti SPM dan PMR semenjak beberapa tahun belakangan ini. Dalam peperiksaan SPM tahun lalu, sekolah ini mencatatkan kadar kelulusan 75%, iaitu suatu percapaian yang membanggakan. Dari segi kualiti pula, enam orang telah muncul sebagai pelajar cemerlang dengan agregat antara enam hingga 10 mata. Prestasi yang sama juga terpancar dalam peperiksaan PMR, iaitu 111 orang calon telah mencapai A dalam semua mata pelajaran yang diduduki. Saudara dan saudari yang saya hormati, Sekolah ini mempuunyai seramai 1 500 orang pelajar dengan 48% pelajarCina, 46% pelajar Melayu dan bakinya 16% pelajar India. Sungguhpun begitu, hubungan sesame pelajar adalah mesra sepanjang masa. Hal ini dapat diperhatian melalui pembabitan pelajar dalam bidang kokurikulum. Dapat dikatakan hampir setiap jenis permainan disertai pelajar dari semua kaum. Sebagai contohnya, terdapat pelajar melayu yang berminat dalam permainan pingpong. Begitu juga, ada pelajar Cina yang menyertai permainan sepak takraw. Dalam bidang sukan, sekolah ini berjaya untuk meraih beberapa kejayaan di peringkat kebangsaan. Sebagai contohnya, dua orang pelajar kami telah terpilih untuk bermain dalam skuad hoki kebangsaan dan seorang pelajar mewakili pasukan Negeri Sembilan dalam acara tae kwan do di Sukan Malaysia yang berlangsung baru-baru ini. Sekolah ini juga menempa kejayaan dalam pertandingan keceriaan pada tahun lepas. Sekolah ini muncul sebagai Johan dalam Pertandingan Sekolah Dalam Taman untuk kategori sekolah bandar, yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Saudara-saudari yang dihormati sekalian, Saya berharap penerangan ringkas saya ini dapat memberikan saudara saudari suatu gambaran umum tentang sekolah kami. Sebelum saudara-saudari dibawa untuk melawat ke sekitar sekolah, saya menjemput saudara dan saudari menikmati sedikit jamuan ringan yang disediakan. Sekian, terima kasih.


74. Pasukan pemantun sekolah anda telah muncul sebagai johan dalam pesta pantun di peringkat negeri. Pihak sekolah telah menganjurkan majlis kesyukuran untuk meraikan kemenangan tersebut. Sebagai ketua pasukan, anda diminta menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Sediakan teks ucapan anda itu selengkapnya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak, Encik Haron bin Kidam, guru-guru penasihat pasukan pemantun, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Tanam selasih di tengah laman, Usaha dipinggir si bunga dedap, Ucapan terima kasih saya ajukan, Sebab diberi kesempatan berucap. Hadirin yang saya hormati sekalian, Sebagai wakil rakan-rakan sepasukan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pihak sekolah, terutamanya Tuan Pengetua kita, Encik Haron bin Kidam kerana telah bersusah payah menganjurkan majlis kesyukuran ini. Kemi tidak pernah mengaharapkan sanjungan seperti ini. Kami berasa terlali dihargai dan diberi pujian berlebih-lebihan semenjak menjadi johan pertandingan pantun peringkat negeri Melaka, seminggu yang lalu. Rakan-rakan yang dihormati sekalian, Bagi kami, kejayaan merebut gelaran juara memanglah menis dan sesuatu yang kami impikan selama ini. Elaran ini telah membuat kami disanjung ke mana-mana sahaja kami pergi. Namun, yang lebih penting bagi kami ialah kemenangan ini telah dpat menaikkan nama sekolah di mata masyarakat. Liputan meluas oleh pihak media telah mengharumkan nama sekolah kita di seluruh pelosok negara. Sungguhpun selama ini sekolah kita tidak dapat berbangga dengan pencapaian sukan, namun sekolah kita tetap disegani ramai kerana kehebatan pasukan pemantunnya yang sukar ditandingi. Kemenangan ini telah membuka mata peserta-peserta dari sekolah lain, yang selama ini hanya menganggap sekolah-sekolah luar bandar sebagai kelas kedua. Sesungguhnya, kejayaan yang diraih ini bukanlah kejayaan kami semata-mata. Kejayaan ini merupakan kejayaan kita bersama. Saya mengatakan begitu kerana yang memberi galakan kepada kami hingga dapat berpantun dengan baik ialah guru-guru penasihat dan sahabat-sahabat sekalian. Tanpa bimbingan para guru dan dorongan rakan-rakan sekalian, adalah mustahil untuk kami mencipta kejayaan yang julung-julung kalinya untuk sekolah ini. Saudara-saudari sidang hadirin sekalian, Tida keterlauan, jika saya katakana bahawa kemenangan ini mempunyai pengertian yang cukup besar. Hal ini kerana kita telah menyumbang ke arah pengayaan kebudayaan Melayu, walaupun sumbangan kita hanya sezarah di lautan yang luas. Tidak salah jika saya katakan juga bahawa tidak banyak anak muda generasi kini yang


mempunyai kemahiran untuk berpantun. Mereka sekadar membuang masa, dan hanya untuk sasterawan dan orang-orang yang berjiwa seni sahaja. Sebenarnya pandangan ini adalah kurang tepat. Jika ditilik secara mendalam, kebolehan berpantun mempunyai kelebihanya. Dengan berpantun, seseorang dapat menyampaikan suatu mesej secara halus dan sopan. Seorang pemantun perlu mempunyai pengetahuan kosa kata serta keindahan bahasa yang jitu. Dalam kata lain, untuk memiliki keterampilan berpantun secara spontan, seseorang ketandusan individu yang mahir berpantun. Oleh sebab itu, pesta pantun yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Melaka merupakan suatu wadah untuk mencungkil dan mengasah bakat serta memupuk minat berpantun di kalangan para pelajar sekolah menengah. Usaha murni ini harus dipuji dan dijadikan acara tahunan. Rakan-rakan sekalian, Kejayaan yang kita raih adlaah bakat kesungguhan semua pihak. Tanpa pengorbanan dan kegigihan, sudah tentu kejayaan ini tidak akan datang bergolek. Dalam hal ini, kami amat terhutang budi kepada guru-guru penasihat, terutamanya Cikgu Ramlah Razali, Cikgu Gayah Senawi, dan Cikgu Rohaya Abu Bakar. Tanpa bimbingan mereka bertiga, sudah tentu kami kehilangan punca dan sekaligus kecundang ke tangan pihak lawan. Namun berkat bimbingan dan pemimpin ketiga-tiga guru penasihat, kami dapat berdiri penuh yakin menentang musuh di medan pertarungan. Pantun dijual dan dibeli ibarat membeli sayur di pasar. Kami begitu bersahaja membalas serangan demi serangan dari pihak lawan hingga taktik kami digeruni mereka. Sebelum berundur, saya ingin mengajak anda sekalian untuk merenungkan serangkap pantun tradisional. Pisang emas dibawah belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Sekian, terima kasih.

75. Sekolah anda akan mengadakan Hari Guru. Sebagai wakil pelajar, anda dikehendaki menyampaikan ucapan pada hari tersebut. Tulis teks ucapan anda itu selengkapnya. Yang mulia saudari Pengerusi Majlis. Tuan Pengetua, Encik Jeffrey Wee Fook Chuan, guru-guru penolong kanan, guru-guru yang dihormati dan pelajar yang dikasihi sekalian. Pertamanya, saya mengambil kesempatan ini mewakili pelajar-pelajar mengucapkan ‘Selamat Hari Guru’ kepada semua guru. Saya berharap cikgu-cikgu akan bergembira pada hari yang berbahagia ini.


Pada setiap tanggal 16 Mei, kita menyambut Hari Guru. Tema Hari Guru tahun ini ialah ‘Guru Berkesan, Pelajar Gemilang’. Tema ini amat sesuai dan tepat masanya. Hal ini kerana dewasa ini masyarakat pelajar kita dilanda pelbagai masalah sosial yang menanti penyelesaian. Contohnya, masalah penagihan dadah, melepak, video lucah, vandalisme, ‘budaya rockers’, dan gengsterisme. Guru yang berkesan dapat menangani gejala yang tidak sihat. Gurulah yang menjadi pemimpin pelajar tersesat untuk balik ke pangkal jalan. Hari ini, tugas mendidik diserahkan bulat-bulat kepada para guru. Ibu bapa mendakwa tidak mempunyai masa untuk mengasuh anak masing-masing. Mereka sibuk mencari nafkah siang dan malam. Gurulah yang menjadi pelindung kepada anak-anak muda ini. Hadirin yang saya hormati, Pada tahun ini, badan Pengawas merancang pertandingan bola sepak berpakaian aneka ragam. Tujuannya untuk menghiburkan para guru yang mengambol bahagian dan pelajar-pelajar. Perlawanan dijalankan antara pasukan guru dengan pasukan pelajar yang terdiri daripada pengawa. Kita dapat sama-sama menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi sebentar lagi. Guru-guru yang saya kasihi sekalian, Sistem pendidikan negara telah berkembang pesat. Kini, segala-gala bersendikan teknologi maklumat dan digital. ‘Sekolah bestari’ akan menjadi fenomena lumrah pada masa depan. Setinggi-tinggi sanjungan saya ucapkan kepada semua guru Sekolah Menengah Kebangsaan Dato` Dol Said kerana sanggup berkorban massa dan tenaga mempelajari ilmu baru untuk mendidik kami. Kita tahu bahawa untuk menjadi seorang guru yang berjaya bukanlah perkara yang mudah. Banyak cabaran dan masalah harus dilalui. Saya menyeru para guru agar banyak bersabar dengan pelbagai ragam dan kerenah pelajar. Bagi pihak semua pelajar, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan yang telah kami lakukan secara tidak sengaja selama ini. Keterlanjuran kami adalah disebabkan oleh usia kami yang terlalu muda dan belum matang. Untuk itu, kami sentiasa dahagakan bimbingan dan pimpinan cikgu-cikgu sekalian. Kini, dunia pekerjaan semakin mencabar. Sekolah harus melahirkan pelajarpelajar yang berdaya saing. Dalam hal ini, guru-guru dapat menjadi pembimbing untuk pelajar memilih kerjaya yang serasi dengan minat dan kebolehan mereka. Kita sebagai pelajar harus berterima kasih atas tunjuk ajak dan panduan yang diberikan oleh guru kita. Para guru yang saya hormati, Pada zaman yang serba mewah ini, kami terpaksa menghadapi pelbagai pancaroba hidup. Saya berkata demikian kerana gejala negatif sentiasa menanti untuk ‘membaham’ kami yang cuai dan leka. Seks bebas, ‘budaya rockrs’, dan keruntuhan moral merupakan antara masalah yang mengundang kami sekalian. Tanpa bimbingan guru, kami mudah terperangkap. Jika generasi hari ini rosak akhlaknya, masyarakat akan musnah akhirnya. Oleh itu, saya minta Cikgu bimbinglah kami ke jalan yang benar dan yang diredai Tuhan. Pada hari yang mulia ini, saya mewakili semua pelajar melafazkan ikrar untuk membantu sekolah mengurangkan masalah disiplin pelajar.


Sebagai pelajar, kami sedia menerima nasihat dan teguran guru untuk memperbaiki peri laku dan sahsiah kami. Kami juga berikrar untuk memelihara nama baik sekolah pada setiap masa. Guru-guru yang dikasihi sekalian, Sebelum berundur, saya sekali lagi mewakili semua pelajar mengucapkan ‘Selamat Hari Guru’ kepada cikgu-cikgu semua. Sekian, terima kasih.

76. Sahabat pena anda dari Indonesia meminta anda menceritakan tempattempat pelancongan yang terdapat di negara anda. Tulis surat untuk menerangkan tempat-tempat menarik di Malaysia yang anda ketahui. No. 3145 Taman Minang, 73000 Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia. 21 Julai 2008. Menemui sahabatku Kartina yang kini berada di Semarang, Jawa dengan selamatnya. Saudari Kartina, Surat saudari tempoh hari beserta gambar-gambar telah semalat saya terima. Rupa-rupanya negara saudari juga banyak mempunyai tempat yang menarik. Dalam warkah ini, saya akan menceritakan serba sedikit tentang destinasi pelancongan di negara saya seperti yang saudari minta. Negeri Sembilan Darul Khusus tanah tumpah darahku terletak ke selatan Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia. Tidak jauh dari tempat tinggal saya terletak sebuah pusat akuatik Taman Tema Air A`Famosa yang menjadi tarikan kanak-kanak untuk mandi-manda. Pelbagai kemudahan seperti gelongsor air, kayak, air terjun buatan manusia, dan kolam renang disediakan untuk pengunjung dengan harga tiket yang berpatutan. Tidak jauh ke selatan melalui lebuh raya, saudari akan sampai di negeri Melaka Bandar Raya Bersejarah. Tempat yang penuh dengan kesan sejarah ialah Kota A`Famosa dan Bukit St. Paul yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka. Dari puncak Bukit St. Paul, saudari dapat menikmati panorama Selat Melaka yang sungguh menakjubkan. Lawatan bleh diteruskan dengan singgah di Muzium Budaya yang terletak berhampiran dengannya. Jika berkesempatan, saudari wajar menyaksikan pertunjukkan cahaya dan bunyi pada malam harinya. Pertunjukkan ini mengisahkan sejarah silam Kesultanan Melayu Melaka. Lawatan ke sini tidak akan lengkap jika saudari tidak


singgah di Memorial Perisytiharan Kemerdekaan untuk menyingkap sejarah para pejuang tanah air dalam menuntut kemerdekaan negara daripada pihak penjajah British. Tempat-tempat lain yang patut dilawati termasuklah Taman Mini Malaysia, Taman Buaya, Zoo Negeri, Taman Burung, dan Taman Rama-rama. Kesemua destinasi ini terletak di Ayer Keroh. Bukit Auyin wajar dimasukkan dalam program lawatan saudari. Bukit peranginan ini merupakan tempat yang sesuai untuk bergambar kenangkenangan kerana di sini berdapat banyak ciri budaya kaum Cina iaitu kaum kedua terbesar Malaysia. Lawatan saudari ke negeri Hang Tuah tidak lengkap tanpa menjejakkan kaki ke Perigi Hang Tuah yang terletak di Sungai Duyong. Mengikut legendanya, perigi ini tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau. Inilah keajaibannya yang hingga kini mampu memikat ribuan pengunjung sama ada dari dalam atau luar negara. Satu lagi destinasi yang popular dalam kalangan pelancong ialah Pulau Langkawi, pulau legenda. Saya akan membawa saudari melawat ke Makam Mahsuri yang terkenal itu. Mengikut kisahnya,Mahsuri telah dihukum bunuh kerana difitnah oleh ibu mentuanya. Beliau dituduh berlaku sumbang dnegan suami orang. Namun sebagai akibat sumpah Mahsuri, pulau ini telah menjadi ‘padang jarak, padang tekukur’ selama tujuh keturunan. Bagi mereka yang menginginkan ketenangan, pusat peranginan Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Cameron di negeri Pahang Darul Makmur menjadi pilihan jitu. Di sini, disediakan chalet dan hotel yang sesuai. Saudari boleh menghabiskan masa sehari untuk bersantai sambil menikmati keindahan dan iklim sejuknya. Di ibu negara Malaysia pula, saudari dapat singgah di Kuala Lumpur City Center atau KLCC. Di sinilah letaknya Menara Berkembar Petronas yang dicantumkan di tengah-tengahnya dengan sebuah jambatan gantung. Saya pasti saudari tentu kagum kerana dapat menyaksikan sendiri keunggulan bangunan luar biasa ini. Di tingkat bawahnya, terdapat pusat beli-belah yang terkenal, iaitu Suria KLCC. Tempat-tempat lain yang wajar dilawati ialah Planetarium Negara, Pusat Sains, dan Tugu Negara. Jika saudari ingin ke sini, saudari bolehlah tinggal dengan keluarga saya. Kami sentiasa mengalu-alukan kunjungan saudari. Sampai di sini dulu. Hingga berjumpa lagi, sambutlah salam daripada kami sekeluarga. Sahabatmu, Shalia Intan Ali.


77. Anda menerima sepucuk surat daripada adik angkat anda yang bakal menghadapi peperiksaan SPM. Dalam suratnya, adik angkat anda itu meminta anda menerangkan teknik-teknik belajar yang berkesan kepadanya. Tulis surat anda itu selengkapnya. 215 Jalan 15/2E, USJ, Subang Jaya, 47300 Petaling Jaya. 31 September 2008. Menemui adik Izan yang diingati selalu. Semoga adik berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Adik Izan, Apa khabar Izan sekeluarga? Kak Wani dan keluarga di sini saihat-sihat sahaja. Begitulah juga doa dan harapan Kak Wani buat Izan sekeluarga di Johor Bahru. Surat Izan tempoh hari telah selamat Kak Wani terima. Seluruh kandungannya telah Kak Wani fahami. Namun, Kak Wani ingin memohon maaf di sini kerana terlewat menjawab surat adik. Hal ini bukanlah disengajakan kerana pada dua minggu yang lepas, Kak Wani sibuk dengan Ekspo Sains dan Matematik peringkat sekolah. Untuk makluman Izan, Kak Wani ialah Pengerusi Persatuan Sains dan Matematik. Kini, ekspo itu telah selesai dan Kak Wani mempunyai masa untuk menjawab kemusykilan Izan. Bagaimanakah dengan pelajaran Izan sekarang, khasnya mata pelajaran Matematik? Kakak berharap adik akan rajin membuat latihan pada setiap hari. Latihan dapat meningkatkan keyakinan adik untuk menghadapi peperiksaan SPM pada akhir tahun. Kak Wani yakin Izan dapat menempa kejayaan yang luar biasa sekiranya Izan berusaha tanpa mengenal penat lelah. Di sini, kakak akan cuba menerangkan beberapa teknik belajar seperti yang Izan minta. Kak Wani ingin mencadangkan agar Izan dapat membentuk kumpulan belajar untuk mengulang kaji pelajaran. Kaedah belajar secara berkumpulan dapat mengatasi masalah cepat rasa bosan. Namun, Kak Wani ingin mengingatkan adik agar kumpulan itu jangan melebihi lima orang. Bimbang nanti matlamat mengulang kaji tidak kesampaian kerana berborak lebih pula! Melalui kumpulan belajar juga, kita dapat bertukar-tukar pendapat dan idea mengenai topik yang kurang difahami. Jika di kelas, kita berasa keberatan untuk bertanya guru, dalam kumpulan belajar rasa malu mudah terkikis kerana kita sudah biasa dengan teman-teman sedarjah. Tambahan pula, guru-guru mempunyai masa terhad untuk melayan semua pelajar. Jika ada ahli kumpulan yang lokek untuk berkongsi ilmu, nescaya niat murni ini tidak akan tercapai. Selain itu, Izan juga perlu membuat nota ringkas bagi mata pelajaran tertentu. Pakar motivasi Dt Shukri Abdullah dan Dr HM Tuah pernah menyatakan bahawa sesuatu perkara yang sukar akan menjadi mudah sekiranya pelajar sanggup membuat nota ringkas dan peta minda. Adik pautu menulis nota ringkas mulai sekarang. Kakak sedar cara ini memakan masa, namun usaha ini dapat membuahkan hasil yang diharapharapkan.


Kak Wani juga percaya bahawa penentu kecemerlangan seseorang pelajar ialah disiplin diri. Dalam hal ini, adik perlu menggubal jadual wakut belajar di rumah dan mematuhinya. Belajarlah mengikut masa yang adik tetapkan sendiri. Jika adik bimbang adik akan lupa, letakkan jadual di birai katil. Pada mulanya, adik mungkin berasa kekuk. Namun selepas seminggu dua, saya yakin adik akan menjadi serasi dengan kaedah ini. Satu perkara lagi, adik perlu mengulang kaji pelajaran setiap hari. Dengan berbuat demikian, adik akan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Setakat ini sahaja untuk kali ini. Insya-Allah kita akan bersua lagi di lembaran lain. Semoga kejayaan menanti Izan. Wassalam. Kakak angkatmu, Wani Salim 78. Sahabat pena anda di luar negara amat tertarik oleh kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Dia ingin mengetahui perkara ini lebih lanjut. Tulis surat kepadanya untuk menerangkan kepebagaian ini. No. 29 Lorong Empat, Taman Mesra, 06400 Sungai Petani, Kedah Darul Aman, Malaysia. 22 Ogos 2008. Menemui sahabatku Peter Baum yang kini berada di Stuggart, Persekutuan Jerman Bersatu. Semoga saudara sihat sejahtera dan gembira di samping keluarga tersayang. Saudara Peter, Apa khabar saudara sekarang? Saya yakin saudara kini sibuk dengan peperiksaan semester akhir. Nampaknya saudara amat berminat dengan cirri-ciri yang pelbagai dalam masyarakat Malaysia. Di sini, saya menerangkan perkara tersebut dengan lebih lanjut. Moga-moga maklumat yang saya sampaikan dapat menjawab kemusykilan saudara. Masyarakat negara saya terdiri daripada berbilang kaum. Terdapat tiga kaum etnik terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India. Hampir keseluruhan mereka ini mendiami Semenanjung Malaysia. Sementara itu, terdapat lebih 60 suku kaum yang menghuni negeri Sabah dan Sarawak. Antaranya kaum Iban, Dayak, Melanau, dan orang bukit di negeri Sarawak. Di Sabah pula terdapat suku kaum Kadazan, Murut, Bajau, dan Dusun. Jumlah penduduk Malaysia ialah 24 juta.


Perbezaan etnik ini menyebabkan amalan budaya dan agama yang berlainan antara kaum. Contohnya, kaum Melayu menganut agama Islam dan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Penganutnya berpuasa selama sebulan sebelum hari lebaran itu sebagai salah satu rukun Islam. Penduduk keturunan Cina pula menyambut Tahun Baru Cina. Sebahagian besar orang Cian menganut agama Buddha. Mereka juga menyambut perayaan Hari Wesak. Segelintir yang beragama Kristian menyambut Hari Natal. Kaum keturunanIndia pula kebanyakannya menganut kepercayaan Hindu menyambut hari Deepavali. Suku kaum Iban di Sarawak menyambut Hari Gawai pada tanggal 1 Jun. Masyarakat Kadazan pula menyambut Pesta Keamatan. Kedua-dua perayaan ini ialah berupa sambutan kebudayaan. Umumnya, konsep ‘rumah terbuka’ diamalkan semua kaum. Ini bermakna amalan kunjung-mengunjungi menjadi tradisi masyarakat Malaysia. Misalnya, pada Hari raya, kaum-kaum daripada keturunan lain akan mengunjungi rakan Melayu untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Raya’ sambil menikmati juadah tradisional. Begitu juga dengan kaum-kaum lain semasa menyambut perayaan mereka. Amalan ini sungguh unik kerana dapat menjalin persahabatan sesame penduduk pelbagai kaum di negara ini. Saudara Peter, Dari segi pakaian pula, kaum-kaum di Malaysia mempunyai pakaian tradisional masing-masing yang menarik. Wanita Melayu menggemari baju kurung dan baju kebaya. Bagi lelaki pula, baju Melayu dan kain samping menjadi pilihan. Songkok melengkapkan baju Melayu serta dapat menampilkan diri yang lebih tampan dan segak. Untuk pengetahuan saudara, pakaian tradisional Melayu telah diangkat sebaagi pakaian kabangsaan bagi melambangkan jati diri bangsa Malaysia. Cheongsam dan samfu pula berupa pakaian tradisional bagi wanita keturunan Cina. Pakaian ini biasa dikenakan pada Tahun Baru Cina untuk membangkitkan suasana perayaan. Kaum lelaki Cina pula memakai pakaian tradisional mereka yang tersendiri. Lelaki India pula cukup senang dengan dhoti sementara kaum wanitanya akan memakai sari bagi melambangkan cirri tradisional mereka. Dalam hal makanan pula, masyarakat Melayu menggemari sate yang diperbuat daripada daging. Sate yang didpanggang hingga masak dicecah dengan gulai kacang dan dimakan bersama ketupat atau nasi himpit. Aromanya bukan kepalang lagi! Satu lagi jenis makanan popular masyarakat Malaysia ialah laksa. Terdapat beberapa buah negeri mempunyai laksanya yang tersendiri. Misalnya, laksa Penang mempunyai perisa yang unggul. Begitu juga laksa Johor, laksa Kedah, dan laksa Kelantan, masing-masing mempunyai cita rasa yang berbeza-beza. Saya berharap melalui maklumat yang saya paparkan, saudara akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang masyarakat saya. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudara sekeluarga. Sahabatmu yang jauh, Mohd. Shah


79. Seorang rakan sekelas anda telah melahirkan diri dari rumahnya. Sebagai rakan karibnya, anda ingin menasihatinya agar balik ke pangkuan keluarganya. Tulis nasihat anda itu selengkapnya. 177 Jalan Kemboja, Taman Rasa Sayang, 16300 Bachok. 14 April 2008 Menemui sahabatku, saudara Mustafarah yang diingati, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Saudara Mus, Apa khabar saudara sekarang di Kepala Batas, Pulau Pinang? Sudah lebih tiga minggu saudara tidak belajar dan bermain besama-sama kami di Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok. Rakan-rakan sekelas dan guru-guru tertanya-tanya tentang saudara da berharap dpat segera berjumpa dengan saudara. Sebagai rakan karib saudara, saya sama sekali tidak berniat mencampuri urusan peribadi saudara. Sebenarnya saya mendapat alamat saudara daripada seorang teman kita di Kepala Batas yang pernah sama-sama menyertai Ekspo Sains dan Teknologi Sekolah-sekolah Menengah Malaysia di Kuala Lumpur tidak lama dahulu. Saya amat memahami keadaan saudara. Di sini, saya sekadar ingin mengingatkan saudara bahawa setiap masalah atau kekusutan pasti ada jalan penyelesaian. Saya ingin menasihati saudara agar ‘ambil yang jernih, buang yang keruh’ dalam hal ini. Pulanglah ke pangkuan keluarga untuk meneruskan penghidupan. Saya faham bahawa kedua-dua orang tua saudara amat merindui saudara. Perasaan ini saya kesan semasa saya menziarahi kedua-dua orang tua saudara di kampung kelmarin. Percayalah mereka tidak sama sekali berniat untuk melukakan hari saudara. Siang dan malam, ibu saudara astik menyebut nama saudara. Perasaan rindunya terhadap amat mendalam. Hal ini juga telah mengganggu kesihatannya. Saya percaya kekusutan masalah keluarga itu hanyalah setitik zarah dalam lautan yang luas. Mereka senantiasa bersedia untuk memaafi saudara dan melupakan peristiwa tidak manis yang menimpa saudara tempoh hari. Sebagai rakan yang begitu akrab dengan saudara sejak di bangku sekolah rendah lagi, saya ingin melihat saudara berjaya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang bakal kita hadapi. Kini sudah masuk minggu ketiga saudara tidak balik ke rumah. Saya bimbang akan kesihatan saudara. Saya dapat membayangkan betapa peritnya perjalanan hidup saudara kini. Menumpang di rumah kawan, pada hemat saya, sungguh tidak selesa dan tidak berpanjangan. Yakinlah suatu hari nanti akan timbul juga perselisihan antara saudara dengan abang angkat saudara. Sudahlah perasaan saudara terganggu, inikan pula makan dan minum yang tidak terurus! Sebagai rakan yang memahami jiwa saudara, saya ingin sekali lagi menasihati saudara agar mengambil jalan bijak untuk pulang ke pangkuan keluarga.


Saya sedia membantu saudara dalam hal ini. Saudara boleh menelefon saya. Saya akan membantu dengan menghubungi kedua-dua ibu bapa saudara di sini untuk memaklumkan kesediaan saudara untuk balik semula ke pangkuan keluarga. Yang penting saudara hanya perlu memberitahu saya akan hasrat saudara secepat mungkin, dan saya akan menguruskan perkara-perkara lain yang sewajarnya. Setelah saudara balik nanti, kami akan membantu saudara dalam pelajaran yang tertinggal selama ini. Untuk makluman saudara, kami baru saja selesai menghadapi Ujian Tara bagi bulan April, pada hari Jumaat yang lepas. Alangkah eloknya sekiranya saudara berada di samping kami! Kami tentu dapat berbincang dengan saudara yang sememangnya handal dalam beberapa mata pelajaran seperti Matematik, Bahasa Inggeris, Kimia dan Fizik. Saudara Mus, Peribahasa Melayu ada menyebut bahawa ada masanya “gigi dan lidah pun boleh tergigit, inikan pula kita manusia�. Perselisihan adalah merupakan asam garam hidup kita. Selagi kita sedia untuk memaafkan dan melontarkan babak yang tidak menyenangkan ini jauh-jauh daripada kotak ingatan kita, hidup kita akan menjadi bahagia semula. Rasanya, cukuplah setakat ini luahan hati seorang teman karib yang senantiasa mengharapkan saudara pulang ke pangkuan keluarga yang merindui saudara. Temanteman sekelas juga mendoakan agar hati saudara akan terbuka dan pulang semula ke pangkuan keluarga di Bachok secepat mungkin. Akhir kata, sambutlah salam manis daripada kami semua di sekolah. Sahabatmu, Mohd. Ilham


80. Anda selaku wartawan, telah ditugaskan untuk mewawancara seorang sasterawan muda yang telah menempa nama dalam dunia kesusasteraan tanah air. Tulis semula hasil wawancara tersebut. Puan Seroja Theavy Balakrishnan, salah seorang pengarang kreatif berketurunan India telah berjaya mencipta nama dalam dunia penulisan sastera Melayu. Namanya menjulang ketika muncul sebagai pemenang pertama bersama dua pemenang lain dalam Pertandingan Formula Malaysia. Beliau yang kini berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Alam Megah, Shah Alam, turut muncul sebagai pemenang Hadiah Cerpen Maybank – Dewan Bahasa dan Pustaka (BDP) pada tahun 1988, 1991, dan 1996. Ikuti wawancara saya, Salbiah Ani, wartawan Sastera dan Budaya bersama pengarang ini. Wartawan : Apakah Puan Saroja tidak pernah mencuba menghasilkan novel? Puan Saroja : Sehingga ini, saya sudah menghasilkan dua naskah novel. Novel pertama saya, novel remaja yang ditulis lama dulu tetapi tidak diterbitkan sehingga saya lupa judulnya. Novel kedua yang berkisar kepada orang asli sudah dihantar kepada penerbit tetapi masih dalam proses penerbitan. Wartawan : Dalam setahun, berapakah cerpen Puan Saroja yang disiarkan? Puan Saroja : Antara tiga dan empat yang diterbitkan dalam setahun. Wartawan : Mengapakah Puan Saroja memilih isu alam sekitar sebagai tema dan cerpen? Puan Saroja : Saya sayang akan alam sekitar. Lagi pun sangat kurang pengarang kreatif yang mengangkat tema ini. Saya sememangnya suka alam sekitar sejak kecil dan nyaris mati lemas ketika memetik bunga teratai. Kita kaya dengan alam sekitar dan sepatutnya memliharanya. Wartawan : Apakah tidak sukar mengangkat persoalan alam sekitar dalam karya keratif? Puan Saroja : Saya senang dengan isu ini. Kemusnahan batu karang sekian lama menghantui diri saya sehingga terhasil ‘Di sebuah Kanopi Biru’ Walau bagaimanapun, saya turut menulis cerpen bertemu futuristik (Khazanah Hijau) dan perpaduan (Harum Mawar di Hutan Paya) Wartawan : Penulis India yang terbabit dalam penulisan sastera Melayu sangat terbatas bilangannya dan apakah Puan Saroja tidak berasa terasing? Puan Saroja : Saya tidak merasa terasing. Sebaliknya orang sastera mesra seolah-olah berkata, ‘datanglah, tulislah’. Ketika cerpen ‘Kilau Kemilau Jandil hijau’ berkongsi hadiah pertama sebanyak RM150 000 bersama dua lagi pemenang lain dalam Peraduan Formula Malaysia, ramai rakan penulis yang mengucapkan tahniah. Wartawan : Bagaimanakah saroja mendapat keyakinan menulis cerpen? Puan Saroja : Di peringkat awal penulisan saya tidak begitu yakin. Saya bimbang sekiranya tiada orang yang membaca karya saya. Saya masih ingat seorang guru yang mengajar di sekolah yang sama, Normah Tumpang, mengajak saya menyertai pertandingan. Beliau meraih hadiah ketiga dan saya mendapat hadiah sagu hati. Karya saya yang ditulis ketikam terlantar di hospital menang tempat kedua dalam Pertandingan Menulis Cerpen Bukan Melayu Maybank DBP, menguatkan lagi azam saya dalam dunia penulisan.


Wartawan

: Apakah yang Puan Saroja pentingkan, mutu karya atau kekerapan ia tersiar? Puan Saroja : Saya mementingkan mutu karya dan inginkan peningkatan pada setiap karya saya. Kalau boleh peningkatan dari segala segi dalam penulisan kreatif. Wartawan : Siapakah pengarang yang Puan Saroja minati? Puan Saroja : Saya meminati Sasterawan Negaraa (SN) Datuk A. Samas Said, Datuk Dr. Anwar Ridhwan, Aminah Mokhtar, Zaharah Nawawi, dan Azmah Nordin. Azmah dan saya sama-sama berkarya pada 1987 tetapi saya masih pernah menangis mengapa saya tidak profilik sebagaimana Azmah. Bagaimanapun pandangan saya kini sudah berubah. Saya mahu terus berkarya tetapi mengikut kemampuan dan kekuatan saya sendiri. Wartawan : Mungkinkah Saroja berhenti menulis karya kreatif dan beralih kepada penulisan buku bimbingan untuk Komsas dan Sastera. Puan Saroja : Tidak mungkin. Saya tak boleh memaksa diri dan mengabaikan anakanak semata-mata untuk mendapat tambahan kewangan yang lumayan daripada penulisan sedemikian. Kepuasan mencipta karya lebih daripada menulis buku sedemikian. Wartawan : Apakah Puan Saroja melihat kemungkinan penulisan kreatif dijadikan sebagai karya sepenuh masa? Puan Saroja : Saya tidak melihat kemungkinan ini di Malaysia. Walau bagaimanapun, saya sudah menetapkan untuk bersara awal pada usia 45 tahun sekiranya mendpat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan. Saya mahu berkarya secara sepenuh masa. Sekurang-kurangnya masa itu saya sudah ada sedikit wang pencen. Saya beruntung kerana suami sedai memberi sokongan dan memahami minat saya. Wartawan : Apakah pandangan Puan Saroja tentang cara terbaik untruk memilih teks Komsas? Puan Saroja : Pilih karya penulis mapan seperti Sasterawan Negara (SN), penulis yang sudah lama berkarya tetapi konsisten dan karya yang menang pertandingan. Wartawan : Apakah nasihat Puan Saroja kepada penulis angkatan baru? Puan Saroja : Mesti gigih dan jangan ingat tulis sekali dua hasil penulisan itu akan diterbitkan. Sesetengah daripada karya saya cepat diterbitkan tetapi ada juga yang mengambil masa tujuh lapan bulan. Sehingga hari ini saya masih menggunakan frasa ‘sekiranya sesuai diterbitkan’. Saya hanya dikenal selepas memenangi Pertandingan Formula Malaysia. Wartawan : Puan Saroja, setakat ini saja temu bual saya. Bagi pihak Sastera dan Budaya, saya ingin mengucapkan terima kasih sebanyak-banyaknya atas kesudian Puan untuk diwawancara. Puan Saroja : Terima kasih kembali.


81. Sebagai setiausaha Persatuan Kaunseling di sekolah, anda dikehendaki menyediakan laporan tahunan persatuan untuk dibentangkan dalam mesyuarat agung akan datang. Tulis laporan anda itu selengkapnya. Laporan Tahunan Persatuan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah Tampin Negeri Sembilan Darul Khusus Persatuan Kaunseling sekolah ini telah mengadakan mesyuarat pertamanya di kelas Tingkatan 1A pada 26 Januari 2008. Seramai 55 orang ahli persatuan dan dua orang guru penasihat telah menghadiri mesyuarat itu. Tujuan diadakan mesyuarat tersebut adalah untuk membentangkan minit mesyuarat agung sesi yang lalu serta untuk memilih barisan ahli jawatankuasa baru. Yang berikut ialah senarai nama ahli jawatankuasa yang dipilih bagi sesi tahun 2008/2009. Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari AJK

: : : : : :

Chua Pei Pei Tong Cih Kong Calor Gan Hui Thing Kesavan Subramaniam Ee Hing Kong Lim Chi Seng (Wakil Tingkatan 1) Mazni Mohamad (Wakil Tingkatan 2) Chandran Mutusamy (Wakil Tingkatan 3) Devaki Ravani (Wakil Tingkatan 4) Faizal Mohammad (Wakil Tingkatan 5)

Persatuan mengadakan perjumpaan mingguan pada hari Rabu, bermula jam 2.30 petang di bilik kelas Tingkatan 1A. Persatuan ini mempunyai pelembagaan sendiri dan setiap ahli tertakluk kepadanya. Yuran tahunan yang disetujui oleh semua ahli ialah RM3.00 seorang. Bendahari dipertanggungjawabkan untuk mengutip yuran keahlian. Beliau dibantu oleh wakil-wakil kelas setiap tingkatan. Ahli-ahli diwajibkan menghadiri setiap perjumpaan yang telah ditetapkan, kecuali sakit atau atas sebab-sebab tertentu yang diberitahu kepada Pengerusi atau Setiausaha terlebih dahulu. Mereka yang gagal menghadiri perjumpaan melebihi tiga kali tanpa sebab akan dilucutkan keahlian tanpa sebarang notis. Yang berikut ialah aktiviti yang telah dijalankan oleh Persatuan Kaunseling sekolah ini pada sepanjang tahun lepas: 1. Pada 23 Februari 2007, Persatuan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah Tampin telah menganjurkan Pertandingan Melukis Poster sempena Minggu Antidadah Kebangsaan yang diadakan di peringkat sekolah. Setiap peserta dikenakan yuran masuk sebanyak RM1.00 sahaja. Para pemenang pertandingan ialah seperti yang berikut: • •

Johan Naib Johan

- Baradhan a/l Gopalan (Tingkatan 5B) - Ng Joo Gei (Tingkatan 5A)


• •

Tempat ke- 3 - Susie Goh May Hua (Tingkatan 3A) Tempat ke-4 - Nor Hayati binti Zainal Abidin (Tingkatan 2A)

2. Pada 24 April 2007, persatuan ini telah mengadakan lawatan sambil belajar sehari ke Pusat Serenti Tampin. Tujuannya adalah sebagai sebahagian aktiviti Skim Lencana Antidadah (SLAD) dan juga untuk membuka mata para ahli SLAD akan kesengsaraan dan pendirian yang dialami oleh para pelatih di pusat ini. 3. Pada 30 April 2007, para AJK telah berjaya mengadakan gerai jualan pada Hari Sukan sekolah. Pelbagai buah-buahan dan kuih dijual. Tujuannya adalah untuk ahli-ahli mencari pengalaman berniaga. Persatuan berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM120 hasil aktiviti jualan tersebut. 4. Pada 29 Mei 2007, persatuan ini telah menganjurkan lawatan sambil belajar sehari kje negeri Hang Tuah. Walaupun singkat, lawatan ini berjaya memberi faedah kepada para peserta rombongan. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Akademi Kastam dan Eksais Diraja, Mahkamah Tinggi Melaka, Jabatan Psikiatari Hospital Melaka dan Akademi Laut Malaysia di Kuala Linggi. 5. Aktiviti persatuan ini seterusnya ialah mengadakan Bengkel Teknik Belajar untuk pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan SPM dan PMR. 6. Sebagai penutup untuk sesi ini, pihak persatuan telah mengadakan majlis perpisahan pada 27 Oktober 2007. Para AJK telah diberi sijil penghargaan. Akhir kata, saya bagi pihak persatuan mengucapkan syabas kepada semua ahli yang telah bersama-sama menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Persatuan Kaunseling. Semoga persatuan akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang lagi pada sesi akan datang. Laporan disediakan oleh, Carol Gan (CAROL GAN HUI THING) Setiausaha, Persatuan Kaunseling, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah, 73000 Tampin, Negeri Sembilan.

2 FEBRUARI 2008.


82. Baru-baru ini, sebuah pasukan beruniform di sekolah anda telah mengadakan kem tahunannya. Sebagai setiausaha perkhemahan, anda diminta menyediakan laporan untuk dikemukakan kepada pengetua. Tulis laporan tersebut selengkapnya. Laporan Perkhemahan Tahunan Pasukan Pengakap ke- 21 Temerloh Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Temerloh, di Kem Chatin, Batu Tiga Pasukan Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh sekali lagi telah menganjurkan kem tahunannya baru-baru ini. Sejumlah 72 orang pengakap kanan dan pengakap baru telah menyertai perkhemahan tiga hari dua malam itu di Kem Chatin, dekat sini mulai 21 hingga 23 Mac 2008. seramai 11 pengakap perempuan turut menyertai kem yang diadakan bagi kali yang ke-6 ini. Untuk menjayakan kem tersebut, jawatankuasa pengendali perkhemahan telah dilantik seperti yang berikut: Pemimpin Pengakap Ketua Perkhemahan Timbalan Ketua Perkhemahan Setiausaha Bendahari AJK

: : : : : : :

Encik Lim Chi Teong Encik Victor Foo Wee Sim Jeffery Wee Fook Chuan Azizah Harun Selvarajah A/L Karthigesu Leong Kwai Kiong Gopal Govidan Kenneth Kulasingam Basri Muhsin Hussein Jabai Shariff Liang Kok Siang Mohd Afandi Ibrahim

Oleh sebab tapak perkemahan hanya terletak tiga kilometer dari sekolah, para peserta bersetuju berjalan kaki. Pengembaraan tersebut dipimpin oleh Encik Lim Chee Teong dan Encik Victor Foo Wee Sim. Selain sekolah ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato` Bahaman Lachang, Sekolah Menengah Kebangsaan Mentakab, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut 1 turut berkhemah di Kem Chatin. Namun pengakap sekolah-sekolah itu menjalankan aktiviti mereka secara berasingan. Tujuan perkhemahan ini adalah untuk memberi pengalaman kepada pengakappengakap baru sekolah ini. Selain itu, melalui kem ini diharapkan dapat memupuk semangat kerja berpasukan. Sebaik sahaja sampai ke tapak perkhemahan, para peserta dibahagikan kepada patrol masing-masing untuk menjalankan tugas yang telah ditetapkan. Ketua-ketua patrol mengajar pengakap baru tentang cara mendirikan khemah. Pada hari pertama, tiada aktiviti lain dijalankan kerana hari sudah malam dan masing-masing keletihan.


Pada hari kedua, kegiatan harian dimulai dengan senaman pagi dan diikuti upacara menaikkan bendera ‘Jalur Gemilang’ dan bendera negeri Pahang Darul makmur, serta panji-panji Pasukan Pengakap ke- 21 Temerloh. Selepas itu, para peserta sibuk dengan aktiviti membina gajet kerana ada pertandingan antara patrol. Aktiviti lain yang dilangsungkan termasuklah ilmu kepandaian pengakap seperti teknik ikatan, mamasak, terking dan merempuh halangan. Antara halangan yang dilalui ialah titi berhayun, meniti dahan, mencari jalan, dan langkah ranting. Acara kemuncak pada hari kedua perkhemahan ialah Pesta Malam Kebudayaan yang dilangsungkan hingga larut malam. Setiap patrol menyediakan dua acara persembahan. Kesemua 12 patrol telah berjaya mencuit perasaan semua yang hadir. Ada yang ketawa hingga tak kering gusi kerana telatah para peserta. Antara acara yang dipersembahkan ialah sketsa, lawak jenaka, nyanyian, tarian dan bacaan puisi. Tepat pukul 10 pagi, 23 Mac, bersamaan hari Ahad, tibalah masa untuk ‘pecah khemah’. Para peserta berasa sedih kerana menganggap perkhemahan terlalu singkat. Mereka mengeluh kerana baru hendak berseronok, perkhemahan telah sampai ke penghujung jalan. Upacara menurunkan bendera menandakan berakhirnya perkhemahan ini. Para peserta balik ke sekolah dengan menaiki bas yang disewa khas. Mereka tidak sanggup lagi berjalan kaki kerana masing-masing kepenatan. Secara umunya, perkhemahan ini berjaya mencapai matlamatnya. Hal ini diperhatikan daripada cerita-cerita dan pengalaman yang diluahkan oleh para pengakap muda. Kegembiraan jelas terbayang di setiap wajah yang menyertai perkhemahan ini. Mereka berharap dapat menyertai perkhemahan yang serupa lagi pada tahun hadapan. Laporan disediakan oleh, Selvarajah Karthigesu (SELVARAJAH A/L KARTHIGESU) Setiasuaha Perkhemahan, Kem Tahunan, Pasukan Pengakap ke- 21 Temerloh, SMK Sultan Abu Bakar, Temerloh.

31 MAC 2008.


83. Anda ialah setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia sekolah anda. Persatuan ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka Bandar Raya Bersejarah. Tulis laporan lawatan tersebut dengan lengkap. Lawatan Sambil Belajar ke Melaka Bandar Raya Bersejarah Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, Kuala Lumpur telah menganjurkan suatu lawatan sambil belajar pada hari Sabtu, 24 Mei 2008. Lawatan ini disertai 40 orang pelajar dari Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima. Lawatan ini diketuai oleh Puan Rohana Khamis selaku guru penasihat persatuan dan Encik V. Vivekanandan. Lawatan ini mempunyai tujuan serampang dua mata. Yang pertamanya adalah sebagai aktiviti tahunan persatuan dengan melawat ke institusi pengajian tinggi, dan yang keduanya adalah untuk mendekatkan para pelajar dengan sejarah tanah air khususnya, tinggalan-tinggalan sejarah di negeri Hang Tuah itu. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka mengambil masa kira-kira dua jam setengah. Kami tiba di Melaka pada pukul 9.30 pagi. Tempat yang mula-mula kami lawati ialah Universiti Multimedia (MMU), cawangan Melaka yang terletak di Ayer Keroh. Ketibaan kami disambut oleh Penolong Pengarah Pemasaran MMU, Cik Angelina Khoo. Kami terus dibawa ke Dewan Utama universiti untuk mendengar taklimat. Selepas itu, kami melawat ke sekitar kampus. Bahagian yang menambat hari kami ialah perpustakaan universiti yang menggunakan sistem digital keseluruhannya dalam sistem operasinya. Para pelajar dan kakitangan universiti termasuk para pensyarah diberi kada pintas untuk digunakan dalam semua urusan harian mereka. Keunikan universiti ini jika dibandingkan dengan universiti-universiti yang lain terlatak pada kepelbagaian negara asal pelajarnya. Terdapat mahasiswa yang datang dari Indonesia, Taiwan, Bangladesh, Afrika Selatan, Republik Kongo, Zambia, dan Kenya. Atur cara lawatan disambung dengan lawatan ke Akademi Kastam Diraja Malaysia, atau nama singkatnya AKMAL., yang terletak di Bukit Baru. Kini kami mengetahui bahawa akademi ini menjadi pusat latihan untuk para pegawai kastan negara ini. Selain itu, terdapat juga para pelatih dari negara-negara lain, seperti China, Pakistan, Koream bangsaldesh, dan Maldives. Barulah kami sedar sekarang betapa hebatnya akademi ini. Lawatan ke akademi ini mencelikkan kami dari segi pemilihan kerjaya kelak. Selepas itu, kami melawat ke tempat-tempat bersejarah yang terletak di tengahtengah bandar raya Melaka. Antara tempat-tempat yangsempat kami lawati termasuklah Kota A`Famosa, Bukit St. paul, Muzium Budya, bangunan Stadthuys, dan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. Kota A`Famosa pernah menjadi benteng kubu pertahanan orang-orangPortugis daripada serangan luar sepanjang 130 tahun pemerintahan Portugis di Tanah Melayu. Bangunan Stadthuys pula dibina oleh orangorang belanda sebagai pusat pentadbiran seterlah Melaka ditawan oleh Belanda pada tahun 1724. Perkampungan Portugis yang menjadi sebutan ramai tidak terekluar daripada atur cara lawatan kami. Kami disambut oleh Ketua Kampung, Encik Martin Gomez yang


sudi memberi penerangan ringkas tentang latar belakang kampong itu. Kami dimaklumkan bahawa kampung ini dibina pada tahun 1936 sebagai langkh untuk megumpulkan kesemua orang yang berketurunan Portugis di suatu penempatan berpusat. Bahasa yang dituturkan oleh masyarakat di sini bukanlah bahasa Portugis, tetapi bahasa Kristangm, iaitu suatu bahasa campuran yang mengandungi banyak kosa kata bahasa Portugal pada hari ini. Rombongan kami bertolak pulang pada kira-kira 9.00 malam. Walaupun keletihan, kami berasa puas kerana segala pengalaman lawatan ini tidak dapat dikaut daripada buku teks sejarah. Kami bersedia untuk melawat negeri Hang Tuah lagi pada masa hadapan jika berkesempatan. Laporan disediakan oleh,

3 JUN 2008.

Rahimah Amann (RAHIMAH BINTI AMAN) Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, Kuala Lumpur.

84. Sebagai Ketua Pengawas, anda dikehendaki menulis laporan untuk dibentangkan dalam mesyuarat badan pengawas sekolah anda. Tulis laporan anda itu selengkapnya. Laporan Ketua Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan St David, Melaka. Badan Pengawas Sekolah Menengah kebangsaan St David, Melaka bagi tahun 2008 ditubuhkan pada 17 Januari 2008 dengan perlantikan 55 orang pengawas dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Daripada bilangan ini 28 orang ialah pengawas lama yang pernah berkhidmat pada tahun yang lalu. Anggota baru badan pengawas dilantik oleh guru-guru dala mesyuarat guru yang diadakan sebelum sesi baru persekolahan tahun ini. Badan pengawas tahun ini terdiri daripada dua puluh orang pelajar Tingkatan Lima, sepuluh orang pelajar Tingkatan Empat, dan lima belas pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Tiga. Kesemua pengawas dilantik berdasarkan kecemerlangan dalam bidang akademik, penglibatan dalam kokurikulum, kesanggupan untuk berkhidmat dan budi pekerti yang tinggi. Jawatankuasa Badan Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan St. David bagi tahun 2008 terdiri daripada anggota-anggota yang berikut. Ketua Pengawas Penolong ketua Pengawas Setiausaha

: : :

Chong Yoon Choi Tan Siok Yen Noridah Ali


Bendahari

:

Nordin Bakeri

Ketua-ketua Biro Disiplin Kurikulum Kokurikulum Keceriaan Keselamatan Kebajikan Pelajar

: : : : : :

Jayant Kumar Goh Joo Sin Khairuddin Daud Billy tan ban Hock Hamzah Abdul Hamid Saleha Ibrahim

Setiap tugas kepengawasan dijalankan mengikut biro-biro yangtelah dibentuk. Pengawas-pengawas yang telah diletakkan di bawah biro-biro tertentu dengan ketua masing-masing dikehendaki untuk menjalankan tugas mereka dengan cemerlang. Setia masalah yang dihadapi haruslah diselesaikan di peringkat biro sebelum dibawa ke mesyuarat Badan Pengawas induk. Sebagai Ketua Pengawas, saya ingin menegaskan matlamat dan fungsi Badan pengawas Sekolah menengah kebangsaan St. David sekali lagi. Badan ini dipertanggungjawabkan untuk membantu pihak pentadbiran sekolah mewujudkan suatu suasana yang kondusif untuk proses pembelajaran dan pengajaran. Tanpa keadaan yang serasi ini, mustahil objektif pendidikan dapat dicapai. Sebagai organisasi pelajar yang dianggap sebagai “mata dan telinga” para guru, Badan Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan St. David telah merancang beberapa aktiviti untuk tahun ini. Tujuannya adlaah untuk menjalin serta merapatkan hubungan silaturahim antara pengawas dengan pelajar sekolah ini, dan sekali gus menangkis sangkaan buruk pelajar terhadap Badan Pengawas. Selama ini, pelajar mengangggap Badan Pengawas sebagai musuh mereka kerana sentiasa mengambil tindakan terhadap mereka. Kegiatan-kegiatan yang telah dirancang dan disetujiu para pengawas sesi pada hujung tahun yang lalu termasuklah : • • • • • •

Program suai kenal dan orientasi untuk pelajar baru Projek gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekitar sekolah Menganjurkan diskusi tentang cara gaya hidup remaja masa kini Mengadakan acara sambutan Hari Guru peringkat sekolah Mengadakan kem pembimbing rakan sebaya Melaksanakan kursus kepimpinan untuk pengawas baru

Selaku Ketua Pengawass, saya sentiasa mengharapkan mutu perkhidmatan yang sebaik-baiknya daripada para pengawas yang telah berikrar meningkatkan imej sekolah di mata masyarakat setempat. Impian saya adalah agar setiap pengawas dapat mempamerkan personaliti yang dpaat dicontoh oleh anak-anak buah pemimpin mereka. Akhir kata, tidak lupa juga saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru penasihat Badan Pengawas, Encik Ng Kee Riang dan Puan Lim Ling Choo yag telah membimbing kami tanpa mengenal penat lelah. Ucapan


terima kasih juga ditujukan kepada semua rakan pengawas yang telah sanggup berkhidmat dengan cemerlang. Laporan disediakan oleh,

21 JANUARI 2008.

Chong Yoon Choi (CHONG YOON CHOI) Ketua Pengawas, Badan Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan St David, Bukit Baru, Melaka. 86. Sekolah anda telah menganjurkan kem pembimbing rakansebaya (PRS). Anda salah seorang peserta kem tersebut. Sekembalinya anda ke sekolah, guru penasihat Persatuan Bimbingan dan Kaunseling meminta anda menyediakan laporan tentang kem yang tersebut. Laporan kem Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Menengah Raja Shahariman, Beruas, Perak. Suatu kem pembimbing rakan sebaya (PRS) telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Shariman di Marang, terengganu selama tiga hari dari 5 Jun 2008 hingga 7 Jun 2008. Kem ini diserati 40 orang pelajar. Rata-rata para peserta kem ini terdiri daripad aanggota persatuan. Hanya terdpaat tiga orang peserta lain yang bukan anggota persatuan. Rombongan kami diiringi empat orang guru, dua daripadanya guru wanita. Kami bertolak ke Marang dengan menaiki bas yang disewa khas pada pukul 8.30 malam, 4 Jun 2008. perjalanan menambil masa 11 jam. Pada pukul 7.30 pagi keesokan harinya, kami tiba di Sekolah Menengah Agama Rusila yang menjadi tempat penginapan kami sepanjang kem itu. Selepas bersarapan di kantin asrama, kami membersihkan diri. Kami seterusnya dibawa ke dewan besar sekolah. Kami dibahagikan kepada lima kumpulan dengan diketuai seorang ketua bagi setiap kumpulan. Pada pukul 9.30 pagi, taklimat diberikan oleh Komandan kem, Encik Zambri Hassan. Beliau menasihati semua peserta agar mematuhi segala peraturan kem. Jika tidak, tindakan disiplin yang sewajarnya akan dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang ingkar. Pengisian hari pertama kem termasuklah ceramah tentang pembinaan keyakinan, pengurusan masa dan pengurusan diri. Ketiga-tiga aspek ini penting dalam latihan kami sebagai pembimbing rakan sebaya. Tanpa keyakinan diri serta kemahiran mengurus diri serta masa, sudah tentu kami tidak mampu membimbing rakan-rakan yang lain pula. Cermaah-ceramah ini telah dapat menyedarkan kami tentang kebolehan dan kemampuan kami sebagai insan yang mempunyai kekuatan diri yang unggul. Kami juga diajarkan teknik berkomunikasi yang efektif. Selam ini, kami hanya beranggapan bahawa komunikasi merupakan penyampaian maklumat secara mudah


antara manusia. Sebenarnya komuniksi efektif lebih daripada itu, Untuk mencapai tahap komunikasi yang berkesan, seseorang perlu menghormati pihak yang dilawan bercakap serta menguasi kemahiran-kemahiran tertentu seperti gaya pertuturan, kadar percakapan, kesabaran diri, dan kejelasan sebutan. Hari kedua kem diisi dengan latihan dalam kelompok, penerokaan kendiri, dan adas kaunseling. Asas-asas kaunseling merupakan komponen penting untuk menjadi seorang pembimbing yang berjaya. Pada sebelah petangnya, kami menjalani aktiviti merempuh halangan untuk menguji ketahanan diri. Kini sedarlah kami bahawa kekuatan fizikal kami begitu terbatas. Hal ini berpunca daripada kurangnya latihan jasmani dan senaman di kalangan kami sendiri. Kini kami sedar bahawa untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya, kesihatan adalah amat penting’ bak kata pepatah otak yang cerdas terletak pada badan yang sihat. Acara kemuncak pada malam kedua ialah persembahan kebudayaan. Pelbagai telatah dan ragam yang menghiburkan dipersembahkan oleh para peserta kem. Perassan gembira tergambar degan jelas pada wajah setiap peserta. Sedikit pun tidak kami sangka bahawa banyak antara kami yang mempunyai bakat untuk berlakon. Pada hari terakhir, tidak banyak aktiviti dilakukan. Selapas sarapan, acara sukaneka dijalankan. Hadiah-hadiah isitmewa disampaikan kepada kumpulan-kumpulan yang menang dalam acara sukaneka. Acara seterusnya ialah penilaian oleh para peserta kem. Borang-borang diedarkan kepada setiap peserta untuk menjawab segala pertanyaan. Pendek kata, rata-rata berasa puas terhadpa perjalanan kem ini. Laporan disediakan oleh,

10 JUN 2008.

Ahmad Shamsudin Ismail (AHAMD SAMSUDIN BIN ISMAIL) Peserta kem PRS, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sahariman, Beruas, perak. 86. Anda telah menghadiri kursus kepimpinan pelajar pada cuti semester yang lepas. Sekembali daripada kursus tersebut, guru pengawas sekolah anda meminta anda menyediakan laporan lengkap tentang kursus tersebut. Tuliskan laporan tersebut selengkapnya. Laporan Kursus Kepimpinan Pelajar 2008 Tarikh Krusus Anjuran

: :

Tempat Kursus Nama Peserta Alamat Sekolah

: : :

22 – 25 Jun, 2008 Jabatan Pelajar Negeri Sembilan dengan kerjasama Biro tatanegara. Kem Bina Semangat, Pasri Panjang, Port Dickson. Mohd. Firdaus bin Pasillah SMK Datuk Mohd Taha, 73200 Gemencheh , Negeri Sembilan Darul Khusus.


Pada cuti semester yang lepas, saya telah menghadiri kursus kepimpinan pelajar untuk sekolah-sekolah seluruh Negeri Sembilan. Kursus yang julung-julung kali dianjurkan untuk para pengawas sekolah disertai sejumlah 180 peserta. Majlis suai kenal telah diadakan selepas makan malam pada 22 Jun. Para peserta lelaki terasa tercabar apabila seorang peserta perempuan menawarkan diri sebagai ‘penghulu’ kursus. Namun setelah undian dijalankan, peserta lelaki dari Sekolah Menengah kebangsaan St Paul dipilih sebagai ketua kursus. Peserta perempuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Puteri, yang menawarkan diri dipilih sebagai penolong penghulu. Latihan yang dikendalikan oleh Unit Latihan, Buro tatanegara dijalankan secara ala-tentera. Komandan kem, Kapten Abdul Karim bin Jaafar memberi taklimat yang panjang lebar tentang peraturan kem. Beliau berharap setiap peserta dapat mematuhi segaal undang-undang kem yang ditetapkan untuk selama empat hari tiga malam berkampung di sini. Para peserta diwajibkan bangun pada pukul 5.00 pagi setiap hari. Sementara peserta-peserta beragama Islam menunaikan solat subuh, pelajar lain menghadiri kelas moral yang dianjurkan oleh seorang sami yang didatangkan khas. Tepat pukul 6.30 pagi, lawatan kawad kaki dan senaman jasmani diadakan sehingga pukul 7.30 pagi. Sepanjang kursus, sebanyak empat ceramah, dua forum dan tiga sesi dialog telah diadakan bagi menjelaskan isu-isu semasa kepada para peserta. Antara ceramah menyentuh tentang pergolakan remaja masa kini, peranan belia dalam era globalisasi, pentingnya literasi komputer dalam alaf baru. Sesi dialog dan forum juga mengupas permasalahan remaja dan pelajar pada zaman mutakhir ini. Latihan dalam kelompok (LDK) diadakan pada setiap malam untuk membina semangat ‘yakin boleh’, memupuk fikiran positif, dan kesanggupan menghadapi cabaran di kalangan ‘bakal pemimpin’ ini yang merupakan generasi pewaris bangsa. Kami dibahagikan kepada 12 kumpulan. Setiap kumpulan dilontarkan masalah untuk dicari jalan penyelesaiannya. Selapas sesi LDK, seorang wakil dari setiap kumpulan dikehendaki menyampaikan hasil perbincangan kumpulan masing-masing. Di sini, peserta harus bersedia untuk dikritik dan mempertahankan pendapat sendiri. Aktiviti sukan diadakan pada hari kedua dan ketiga. Peserta lelaki bermain bola sepak sementara pelajar perempuan bola jarring. Acara paling mencabar ialah aktiviti meredah hutan yang dilangsungkan pada hari ketiga. Sepanjang empat kilometer laluan kembara, para peserta diuji dari segi cirriciri seperti kepimpinan, kepatuhan, kejelikitan kumpulan, daya ingatan, kebolehan berfikir dan membuat keputusan. Para peserta berpendapat bahawa aktiviti ini merupakan pengalaman yang sukar dilupakan. Kini, barulah saya sedar bahawa kehidupan ini diselubungi cabaran yang sedia menanti. Pada malam ketiga, pesta kebudayaan telah diadakan. Peserta dapat menunjukkan bakat masing-masing sambil menghiburkan diri sendiri dan peserta-


peserta lain. Acara-acara yang sempat dipersembahkan termasuklah nyanyian, lakonan, deklamasi sajak, berpantomin, berdikir barat, dan berpantun. Kumpulan saya telah mempersembahkan sebuah sketsa ‘Pak Kaduk Moden’ yang telah mencuit perasaan para hadirin. Sebelum masuk tidur, sesi musahabah atau ‘renungan kendiri’ telah diadakan bersama-sama para fesilitator. Sesi ini telah berlarutan hingga subuh pagi kerana secara keseluruhannya banyak peserta yang kepingin berkongsi pengalaman dan mengutarakan buah fikiran masing-masing. Pada 25 Jun 2008, kursus ini tamat dengan rasminya. Sesi bergambar dengan tetamu-tetamu khas diadakan. Setelah makan tengah hari, kami bersalam-salaman sesame sendiri sebelum menaiki bas. Perasaan sedih dan terharu jelas tergambar di wajah masing-masing. Laporang disediakan oleh,

30 JUN 2008

Firdaus Padillah (FIRDAUS BIN PADILLAH) Peserta Kursus kemimpinan Pelajar 2008. 87. Sekolah anda terpilih sebagai tuan rumah untuk suatu seminar yang bertajuk ‘Ke arah pembelajaran sejarah yang berkesan’. Sebagai setiausaha seminar, anda dikehendaki menyediakan laporan tentang perjalanan seminar tersebut. Tulislah laporang tersebut selengkapnya. Laporan Tentang Seminar ‘Ke Arah Pembelajaran Sejarah yang Berkesan’ Tarikh Masa Tempat Anjuran

: : : :

12 Julai 2008 (Sabtu) 9.00 pagi hingga 5.30 petang Dewan Besar, SMK Yu Hwa Kajang, Selangor Darul Ehsan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat dengan kerjasama Persatuan Sejarah Negeri Selangor.

1.0

Mukadimah 1.1 Seminar ‘Ke Arah Pembelajaran Sejarah yang Berkesan’ merupakan seminar sulung dalam siri seminar yang dianjurkan untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, mulai tahun ini. 1.2 Seminar ini akan memberi panduan dan motivasi untuk mempelajaru Sejarah.

2.0

Matlamat Seminar ‘Ke Arah Pembelajaran Sejarah yang Berkesan’ 2.1 Memberi pendedahan kepada calon peperiskaan tentang teknik menguasai mata pelajaran Sejarah 2.2 Membangkitkan minat pelajar agar menggemari Sejarah 2.3 Memupuk semangat nasionalisme yang kental di kalangan pelajar


2.4

Mendedahkan para pelajar dengan cara mengendalikan seminar

3.0

Persiapan mengendalikan Seminar ‘Ke Arah Pembelajaran Sejarah yang Berkesan’ 3.1 Untuk membuat persiapan yang rapi dan teratur, pihak Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat telah mengadakan sebanyak empat mesyuarat bdengan pihak sekolah sebagai tuan rumah, sejak Mei 2005. 3.2 Pegawai Pelajaran Daerah dan Yang Diperlua Persatuan Sejarah Selangor telah berunding untuk menentukan pengisian seminar.

4.0

Atur cara Majlis

8.30 pagi

:

9.00 pagi

:

9.20 pagi

:

9.45 pagi : 10.30 pagi : 11.00 pagi : 12.30 tengah hari : 1.30 petang : 3.00 petang : 4.30 petang : 5.15 petang 5.0

:

Pembentangan Kertas kerja dan perantara sesi pembentangan 5.1 Sebanyak empat kertas kerja telah dibentangkan oleh tokoh-tokoh sejarah tanah air yang terkenal. Mereka terdiri daripada pensyarat universiti tempatan dan pengkaji sejarah.

Kertas kerja 1 Pembentang : Tajuk

:

Kertas Kerja 2 Pembentang : Tajuk

:

Kertas kerja 3 Pembentang : Tajuk

Ketibaan para jemputan dan peserta seminar. Pendaftaran semua peserta Ucapan aluan oleh yang Dipertua Persatuan Sejarah Selangor merangkap Timbalan Pengarah Seminar ‘Ke Arah Pembelajaran Sejarah Yang Bereksan’ Ucapan perasmian seminar oleh Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat. Pembentangan Kertas Kerja 1 dan sesi soal jawab Jamuan teh Pembentangan Kertas Kerja 2 dan sesi soal jawab Majlis makan tengah hari dan rehat Pembentangan Kertas Kerja 3 dan sesi soal jawab Pembentangan Kertas Kerja 4 dan sesi soal jawab Upacara Majlis Penutup oleh Yang Dipertua Persatuan Sejarah Negeri Selangor. Jamuan ringan

:

Profesor Dr Ong Hak Cheng Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia Masalah Pembelajaran Sejarah – Cabaran dan Penyelesaian Profesor Mohamad bin Abu Bakar Pensyarah, Pusat Kajian Asia Tenggara Pembelajaran Sejarah Membina Tamadun dan Memupuk Nasionalisme Datuk Profrsor Zainal kling Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur Strategi mempelajari Sejarah untuk peperiksaan SPM


Kertas kerja 4 Pembentang : Tajuk 6.0

:

Profesor Datuk Ramlah Hamzah Profesir Sejarah, Universiti Malaya Mencapai Kecemerlangan dalam Mata Pelajaran SejarahPerspektif seorang Pemeriksa

Penyertaan Seramai 425 orang pelajar telah menyertai seminar ini.

7.0 Pendapatan dan perbelanjaan Pendapatan : 425 orang X RM10 seorang : RM4250.00 Perbelanjaan : Pembentang kertas Kerja : RM800.00 Jamuan dan minuman : RM1500.00 Alat tulis dan kertas cetak : RM1300.00 Jumlah : RM3600.00 Keuntungan : RM650.00 8.0

Penutup 8.1 Keseluruhannya Seminar ‘Ke Arah Pembelajaran Sejarah yang Berkesan’ telah berjaya mencapai matlamatnya. Hal ini tampak jelas daripada minat dan kecenderungan yang mendalam daripada kalangan pelajar selepas seminar ini. Diharapkan minat ini dapat bertahan sehingga mereka menduduki peperiksaan SPM, malah selepas mereka meninggalkan bangku sekolah. 8.2 Keuntungan sebanyak RM650.00 akan dijadikan sebagai dana untuk Persatuan Sejarah sekolah tuan rumah menjalankan kegiatan pada masa akan datang. Ini juga sebagai penghargaan buat ahli-ahli persatuan sejarah sekolah yang telah bertungkus-lumus membantu urus setia Persatuan Sejarah Selangor dan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat dalam menjayakan seminar sulong ini.

Laporan disediakan oleh, Abdullah Jumain (ABDULLAH BIN JUMAIN) Setiausaha, Seminar ‘Ke Arah Pembelajaran Sejarah yang Berkesan’

22 JULAI 2008


88. Andaikan bahawa anda pengarang di sebuah syarikat akhbar. Anda telah ditugasi membuat liputan tentang perasmian perayaan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri. Tulis berita tersebut selengkapnya.

Transformasi Pertanian Lahirkan Petani Mewah Oleh Mokhtar Alias SEREMBAN, Rabu : Melihat kemamouan kalangan petani dan penternak ketika ini dapat dibuat suatu andaian bahawa sektor ini mempunyai masa depan yang cerah sekiranya usaha dapat dilakukan secara berterusan. Dengan mengambil pendekatan komersial dan menggunakan teknologi terkini dalam kegiatan ini, tidak syak lagi hasil pengeluaran boleh dipertingkatkan, tidak hanya menampung keperluan dalam negara, malah apa lebih penting untuk dieksport ke negara luar. Ketika negara menghadapi deficit perdagangan makanan sebanyak RM5 bilion pada tahun 2004, maka usaha meningkatkan pengeluaran makanan ini perlu dibuat secara lebih agresif. Sebab itulah perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan serta Pesta Buahbuahan peringkat Negeri Sembilan yang baru-baru ini diadakan di Simpang Pertang, Jelebu, sangat relevan dalam usaha meningkatkan tahap kesedaran semua pihak yang berkaitan dalam bidang ini. Dalam perayaan kali ini yang dirasmikan oleh Menteri Besar dan turut dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, serta Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri dapat dilihat transformasi pertanian itu semakin menjadi reality. Menyingkap kejayaan pemenang pelbagai pertandingan diadakan dapat disaksikan mereka kini tidak hanya berjaya, malah boleh menikmati hidup yang lebih mewah. Peladang Jaya lelaki, Atan Arof tidka hanya berjaya dalam bidang pertanian, malah mengusahakan rumah sewa dan kedai runcit, selain aktif dalam kegiatan sosial. Penternak Ikan jaya, Abu Bakar Ahmad mempunyai 16 kolam ikan yang sentiasa mengeluarkan hasil. Tan Tiong Bin atau Ah Tee yang sebelum ini menjadi pengusaha babi tidak dapat lagi menjalankan kegiatan itu selepas wabak Japanese Encephalitis (JE). Namun, dia tidak pernah berputus asa, sebaliknya kini muncul sebagai penternak lembu yang mempunyai lebih 100 ekor lembu tenusu di Tanah Merah, dekat Port Dickson. Bagi perkumpulan wanita, mereka tidak lagi bergiat dalam membuat sos dan jahitan tetapi gigih menjalankan kegiatan perniagaan. Orang ramai berpeluang melihat dan membeli pelbagai produk pertanian dalam perayaan kali ini menerusi gerai yang akan terus dibuka sehingga majlis penutupannya, Ahad ini (24 Julai). Mereka juga berpeluang menyaksikan ternakan unta, burung dan rusa, selain lembu dan kambing yang biasa dilihat di kawasan kampung. Semua haiwan ini juga boleh dibeli.


Mohd Isa berkata dasar pertanian negeri ini untuk menumpukan peningkatan pengeluaran makanan untuk keperluan negara, dengan mengambil kira penggunaan tanah secara optimum untuk memaksimumkan pengeluaran. Katanya, suatu rangkaian yang kuat perlu wujud antara sektor ini yang akan membolehkan ia merangsang kegiatan ekonomi. Menurut Menteri Besar, FAMA memainkan perana dalam memasarkan hasil pertanian dan ternakan. Beliau berkata ketika ini terdpaat 17 pasar tani yang mencatat jualan dianggarkan bermilai RM1.4 juta sebulan. ‘Industri ternakan juga memberi sumbangan besar dalam mengeluarkan makanan dan bahan mentah kepada industri pemprosesan makanan untuk keperluan dalam negara dan eksport. Penternakan lembu tenusu juga dijangka meningkat khususnya Negeri Sembilan Barat,’ kata Menteri Besar lagi. Di negeri ini, ternakan menyumbang tujuh peratus daripada KDNK, 15% kepada pengeluaran hasil makanan dan ternakan manakala 33 hingga 35% kepada keseluruhan pengeluaran sektor makanan. Terdapat 289 ladang ayam pedaging di negeri ini pada tahun 2007, dengan kadar pengeluaran 31.5 juta ekor ayam daging sebanyak RM350 juta. Penternakan ayam daging dan telur yang produktif di Negeri Sembilan dengan nilai pelaburan semasa RM345 juta bagi ayam sading dan RM38.5 juta telur. 89. Andaikan bahawa anda pemberita di sebuah akhbar tempatan. Anda diberikan tugas untuk membuat liputan tentang pelancaran kempen menghayati Rukun Negara. Tulis berita tersebut selengkapnya. Kempen Hayati Prinsip Rukun Negara Diperluas Oleh Raihanah Abdullah KUALA LUMPUR, 24 Julai – Kempen ‘Kamu, Aku Seiring’ yang mengajak rakyat kembali ke prinsip Rukun Negara, akan diperluas ke Perak, Johor, Sabah, Sarawak, dan Pahang bagi memastikan masyarakat berbilang kaum menghayati kelima-lima prinsip dalam Rukun Negara. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata kempen itu, yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sehingg ahujung tahun ini, diharap meningkatkan keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan menghayati prinsip Rukun Negara. Beliau berkata, hasil kajian selama dua bulan ke atas masyarakat negara ini mendapati hanya 20 daripada 1000 responden yang ditemu ramah tentang prinsip Rukun Negara, mengetahui tentagn kelima-lima prinsip itu, yang diwujudkan sejak 33 tahun lalu. Kita yakin kempen ‘Kami, Aku Seiring’ dapat mengingatkan semula rakyat negara ini terhadap prinsip-prinsip itu yang semakin dilupakan.


‘Penghayatan dan penghafalan kelima-lima prinsip Rukun Negara yang tersurat dan mengamalkan maksudnya yang tersirat, akan diberikan kestabilan agama, dan pembangunan sosial pada setiap rakyat berbilang bangsa di tanah air ini,’ kata beliau ketika melancarkan kempen berkenaan pada peringkat Wilayah Persekutuan di Saloma Sistrom semalam. Datuk Seri Shahrizat berkata, matlamat mencapai perpaduan kaum yang menyeluruh boleh terjejas jika semakin maju sesebuah negara itu, semakin bertambah pula gejala sosial yang membimbangkan seperti rogol dan sumbang mahram selain masalah polarisasi kaum. Sementara itu, beliau berkata bahawa skim Rukun Tetangga masih relevan bagi membantu kerajan meyemai semangat kejiranan dan perpaduan yang semakin tandus, khasnya di kawasan perumahan bandar besar. ‘Membangunkan masyarakat bandar adalah sukar. Semangat kejiranan seakanakan sudah mati dan aktiviti Rukun tetangga adalah satu usaha murni supaya semangat itu kembali seperti di kampung dulu,’ katanya ketika melancarkan Kempen kenali Jiran Anda dan Perasmian Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Alam Damai anjuran Jabatan Perpaduan Wilayah Persekutuan di sini. Katanya, persefahaman, toleransi dan perpaduan antara kaum adalah satu faktor yang mendorong kepada pembangunan pesat yang dinikmati rakyat Malaysia sekarang. Beliau berkata, ada pihak menganggap perpaduan kaum sekarang sudah kukuh dan tidak mungkin tergugat, dan oleh itu tidak perlu lagi diadakan kempen berterusan bagi memupuk perpaduan. ‘Pendapat seperti ini boleh menjatuhkan negara, tetapi ada di kalangan kita tidak peka dengan hal ini. Contohnya peristiwa pahit yang melanda negara pada Mei 1969’, katanya. Beliau berkata, Perdana Menteri pada tahun 2003, menyarankan supaya Rukun Tetangga diperluas terutamanya ke kawasan yang berisiko tinggi berlaku konflik selain mengeratkan semangat kejiranan. Katanya, usaha mengadakan kempen buat kali pertama di wilayah Persekutuan itu adalah satu contoh sebuah komuniti yang ingin mengembalikan semangat kejiranan kea rah meningkatkan perpaduan. Sementara itu, Datuk Seri Shahrizat juga menyiratkan skim Rukun tetangga masih relevan bagi membantu kerajaan menyemai semangat kejiranan dan perpaduan yang semakin tandus khasnya di kawasan perumahan di bandar besar.


90. Huraikan dengan selengkapnya peribahasa dipersembahkan dalam bentuk pantun empat kerat:

di

bawah

ini

yang

“Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang ke tepian, Bersakit-sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian”. Peribahasa banyak digunakan oleh masyarakat kuno untuk tujuan tertentu. Peribahsa mudah diingat dan mudah diucapkan pada ketika yang sesuai. Kata-kata yang digunakan melambangkan sesuatu yang terdapat di sekeliling kehidupan masyarakat pada masa itu, Justeru, faktor alam sekeliling memainkan peranan penting dalam penciptan peribahasa. Salah satu antara peribahasa yang dicipta oleh orang dahulu kala ialah “Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang ke tepian, Bersakit-sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian”. yang diperturunkan dalam bentuk pantun empat kerat. Walau bagaimanapun, maksud hakikinya terkandung dalam baris ketiga dan keempat. Daripada peribahasa berbentuk pantun ini, dapat disimpulkan bahawa pembayangnya mengingatkan kita untuk sampai ke tebing, kita perlu terlebih dahulu berenang dengan bersungguh-sungguh melawan arus menghala ke tepian. Jika tidak, mustahil dapat sampai ke destinasi. Begitulah juga halnya, sekiranya kita menginginkan kesenangan pada kemudian hari, kita terpaksalah mengharungi segaal kesusahan sebelum menikmati kesenangan dan kebahagiaan. Hakikatnya, itulah hokum alam untuk manusia merealisasikan impian masing-masing. Falsafah di sebalik peribahasa ini bukan saja ditujukan kepada individu, malah kepada sesebuah negara secara keseluruhannya. Hal ini bermakna tanpa perancangan yang teratur dan usaha gigih, sesebuah negara itu tidak dapat mencapai kemajuan dan pembangunan seperti yang dihasratkan. Kita ambil negara kita, Malaysia sebagai contoh. Sekiranya tiada usaha terancang oleh para pemimpin negara, tidak mungkin Malaysia dapat menempa kejayaan seperti yang dicapai pada hari ini. Di depan mata kita, sedia terpampang projek raksasa seperti Menara Kembar Petronas yang menjadi mercu tanda ibu kota, Koridor Raya Multimedia, Menara Kuala Lumpur, Cyberjaya, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya dan lain-lain yang seumpamanya. Kesemua kejayaan yang dinyatakan di atas tidak akan menjadi reality tanpa pengorbanan dan usaha gigih para pemimpin negara yang berwawasan futuristic. Peribahasa ini bermaksud jika kita inginkan kesenangan, kita terpaksalah bersusah payah dahulu. Hal ini demikian kerana kesenangan tidak akan tercapai tanpa usaha yang gigih, seperti kata bidalan, ‘malas berdayung, perahu hanyut’. Peribahasa lain yang seerti dengannya ialah ‘yang bulat kat akan datang bergolek, yang pipih tak akan databng melayang’ dan ‘kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’.


Peribahasa ini amat sesuai dijadikan sebagai panduan hidup untuk semua umat manusia. Hal ini kerana setiap kejayaan terpaksa didahului dengan usaha yang bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat lelah. Sesungguhnya tiada jalan pintas ke arah kejayaan dan kecemerlangan dalam hidup. Hanya orang yang sanggup bersusah payah dan bergelumang dengan pahit maung yang akan dapat menikmati hasilnya. Inilah nasihat di sebalik peribahasa ini. Dalam hal ini, perbagai cabaran dan dugaan terpaksa dihadapi sebelum seseorang dapat meraih kejayaan yang diidam-idamkan. Oleh itu, seseorang yang hanya berharap untuk beroleh kejayaan dengan sentiasa berpeluk tubuh sahaja tanpa sebarang usaha adalah ibarat ‘bermimpi pada siang hari’. Lupakan saja impian yang manis-manis kerana sikap begitu dapat disamakan dengan sikap ‘Mat Jenin’ yang mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin tercapai, iaitu impian berkahwin dengan puteri raja. Kesimpulannya, kejayaan manis menanti sesiapa sahaja yang sanggup mengorbankan kesenangan sekarang dan bekerja keras untuk kesenangan pada harihari muka. Ambillah mesej yang cuba dipaparkan oleh maksud peribahasa ini sebagai pedoman dalam meniti hidup kita sebagai seorang pelajar yang menuju ke arah kejayaan cemerlang. Mudah-mudahan kita berjaya.

91. Peribahasa merupakan aspek unggul dalam budaya Melayu yanf diwarisi sejak turun-temurun. Salah satu peribahasa yang sering digunakan ialah ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Huraikan maksud peribahasa ini selengkapnya. Peribahasa digunakan untuk memberi nasihat secara sopan tanpa menyinggung perasaan orang lain. Hal ini keraan masyarakat dahulu kala amat sensitif terhadap sebarang teguran atau sindiran. Biasanya, sesuatu peribahasa itu mempunyai kaitan dengan kehidupan masyarakat pada masa itu. ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’ merupakan salah satu daripada ratusan peribahasa Melayu yang dicipta oleh orang dahulu. Maksud peribahasa ini ialah ‘jika hendak mendidik, mengasuh atau membentuk peribadi anak, biarlah bermula dari peringkat kanak-kanak lagi’. Hal ini demikian kerana pada peringkat inilah lebih mudah untuk menasihat dan menegur sebarang salah laku anak. Persoalan kini ialah masih reklevankah peribahasa ini. Sebenarnya peribahasa ini masih benar dan dapat diterima pakai dalam semua situasi mengasuh anak. Peribahasa ini sebanyaknya ditujukan kepada para ibu bapa berhubung hal mendidik anak. Peribahasa ini merupakan sebahagian daripada ilmu keibubapaan yang sering diperkatakan sejak kebelakangan ini. Mesej penting di sebalik peribahasa ini ialah para ibu bapa harus mendidik dan membentuk keperibadian anak sejak mereka kecil lagi. Janganlah menuggu hingga anak sudah menjadi remaja, baru hendak cuba melentur perwatakan mereka. Apabila sampai ke peringkat ini, sukar bagi ibu bapa melaksanakan tugas berat ini, ini disebabkan pengaruh rakan sebaya anak adalah lebih kuat daripada nasihat para ibu bapa. Begitu juga para remaja lebih terpengaruh oleh media massa. Biasanya hubungan ibu bapa dengan anak-anak cukup mesra dan akrab semasa anak-anak masih kecil lagi. Anak-anak dilayan bagai ‘menatang minyak yang


penuh’ kerana setiap kerenah anak dilayan dengan sepenuh hati.ibu bapa berharap agar pada suatu hari nanti, anak-anak mereak akan menjadi insan yang berguna, bertanggungjawab, dan pandai mengenang jasa ibu dan bapa yang telah melahir, menyayangi, dan mengasuh mereka sejak kecil lagi. Sesungguhnya pada waktu inilah, para ibu bapa harus memainkan peranan sebenar mereka untuk membentuk sahsiah, peribadi, dan tabiat anak. Sekiranya pada peringkat ini, anak-anak diabaikan, kehendak mereka tidak dilayan, ragam mereka dibiarkan, dan makan minum mereka tidak dititikberatkan, pasti apabila anak-anak ini meningkat dewasa, kehidupan mereka akan menjadi tidak teratus, tidak tertib, kucar-kacir, dan tidak berhaluan serta tiada matlamat hidup. Justeru, bermula dari sinilah masalah sosial mula menular kerana anak-anak remaja pada peringkat ini sukar dikawal kerana mereka inginkan kebebasan. Sementara sebilangan besarnya sudah mula berjinak-jinak dengan rokok dan arak kerana sudah berupaya mencari nafkah sendiri dengan bekerja di kilang-kilang atau di restoran, stesen minyak mahupu sebaagi buruh kasar. Sering kita terbaca berita tentang para remaja yang melakukan pelbagai kesalahan seperti jenayah juvana, pergalan dan seks bebas, lumba motosikal haram, berfoya-foya, bersekedudukan tanpa bernikah, penyalahgunaan dadah, penggunaan pil ekstasi, laku musnah dan seumpamanya. Kesemua ini adalah sebagai akibat pengabaian para ibu bapa sendiri. Sudah tentu kejadian-kejadian seperti ini tidak akan berlaku sekiranya para ibu bapa mengambil berat dan memberi perhantian terhadap kebajikan anak-anak sejak dari bayi lagi. Pada peringkat remaja dan awal dewasa, anak sudah tiak mudah menerima sebarang teguran terbuka, dan nasihat daripada para ibu bapa. Peringkat ini merupakan peringkat ‘melawan’. Justeru itu, peringkat terbaik untuk mendidik dan mengasuh serta membentuk anak-anak, seperti yang disarankan oleh peribahasa ini ialah pada peringkat ‘rebungnya’ kerana hubungan anak-anak dengan ibu bapa cukup akrab. Kesimpulannya, kesempurnaan tingkah laku dan tabiat anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Oleh itu, hayatilah peribahasa ini dan amalkan pengajarannya dalam kehidupan seharian kita.

92. Terdapat banyak peribahasa dalam bahasa Melayu, Salah satu daripadanya uialah ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Tulis sebuah ceria yang lengkap berdasarkan peribahasa ini. Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph, Miri, Sarawak terdiri daripada pelajar pelbagai kaum. Terdapat pelajar berketurunan Melayu, Cina, India, Serani, Iban, Bajau, Dayak dan suku-suku kaum yang lain. Sekolah ini mempunyai seramai 1 700 pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Suasana pembelajaran di sekolah ini sungguh seronok. Guru yang mengajar di sini rajin-rajin belaka. Umumnya, mereka amat komited terhadap tugas masing-masing. Keadaan inilah telah menjadikan sekolah ini antara yang terbaik dan ternama di negara ini. Umpamanya, pada tahun lepas sahaja. Dalam peperiksaan Penilaian Menengah


Rendah (PMR), 90% pelajarnya daripada seramai 259 orang mencapai 8A. ini merupakan satu rekod yang belum pernah tercatat dalam sejarah sekolah ini. Selain itu, pencapaian pelajar-pelajarnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga amat mengagumkan. Daripada seramai 277 orang yang menduduki SPM pada tahun sudah, seramai 201 orang memperoleh 9A dalam dalam setiap mata pelajaran yang diambil. Sesungguhnya kejayaan ini menjadi kebanggan seluruh warga sekolah ini, dari Tuan Pengetua hinggalah pelajar dan para pekerjanya. Sungguhpun begitu,kejayaan dalam bidanfg akademik juga diimbangi kejayaan manis dalam bidanf kokurikulum. Misalnya, pada awal tahun ini, pasukan bahas Bahasa Inggeris sekolah ini telah berjaya merangkul Piala Perdana Menteri serta hadiah wang tunai bernilai RM4000. Kejayaan ini meninggalkan kenangan manis pada setiap pelajar dan guru sekolah ini. Selain itu, pasukan kuiz sains peringkat menengah rendah berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan kuiz sains peringkat kebangsaan yang telah diadakan di Sekolah menengah Sains Alam Shah, Selangor. Setiap peserta berjaya mendapat RM200 sebagai hadiah serta sebuah plak. Kejayaan pelajar sekolah ini tidak berhenti setakat itu sahaja. Dalam pertandingan badminton juniors anjuran Milo-Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, Leong Chai Yen dan Lee Siew Hua telah menempa nama dengan muncul sebagai juara bergu wanita. Pihak PIBG sekolah telah menghadiahi setiap pemain sebuah jam tangan sebagai penghargaan atas jasa mereka mengharumkan nama sekolah. Perkara yang telah memungkinkan kesemua kejayaan ini ialah amalan peribahasa ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ oleh seluruh warga sekolah ini. Bermula daripada Tuan Pengetua, barisan gurunya hinggalah kepada semua staf sokongan termasuk kerani, jurutaip, dan pekerja telah sama-sama beruaha meningkatkan kecekapan pentadbiran sekolah tercinta ini. Pendek kata, seluruh warga sekolah ini tidak kira yang tua, muda, lelaki, perempuan, besar, atau kecil senantiasa sama-sama berganding bahu meningkatkan setiap aspek perjalanan sekolah ini, sama ada dalam akademik, permainan, persatuan, sukan, bahas, atau pun kebudayaan. Segala kesusahan dan kesenangan menjadi tanggungjawab bersama. Sikap prihatin cukup menebal di kalangan setiap guru yang berkhidmat di sekolah ini. Tidak kira sama ada sakit pening, makan, minum, atau hal-hal lain pelajar diambil berat oleh setiap guru. Tegasnya, kebajikan pelajar-pelajar sekolah ini sentiasa mendapat perhatian secukupnya daripada pihak Tuan Pengetua, dan guru-gurunya. Apabila diadakan projek Jogathon untuk mengutip sumbangan membina dewan sekolah, setiap ibu bapa, guru dan pelajar sama-sama berusaha keras untuk menjayakan acara murni ini. Hasilnya sejumlah RM155 000 berjaya dikutip. Jumlah ini telah membolehkan sebuah dewan yang tersergam indah dibina bersebelahan blok Sains Fizik. Begitu juga, majlis jamuan makan malam yang dianjurkan oleh Persatuan Murid Tua dan pihak PIBG telah berjaya meraih sejumlah RM100 000 yang digunakan untuk mendirikan sebuah makmal komputer yang mempunyai 40 PC untuk kegunaan pelajar. Begitulah erat hubungan antara tiga penjuru, iaitu para ibu bapa, guru, dan bekas-bekas pelajar yang prihatin dan penyayang terhadap kebajikan dan kepentingan adik-adik yang masih berada di bangku sekolah.


‘Hidup Sekolah Menengah St Joseph’. Moga-moga semangat peribahasa ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ terus subur dalam perjalananmu sepanjang zaman.

93. Baru-baru ini, anda telah mewakili sekolah dalam suatu forum remaja yang diadakan sempena Hari Kebangsaan. Tajuk yang dibicarakan ialah ‘Erti Kemerdekaan’. Tulis semula teks perbincangan forum tersebut dengan selengkapnya. Baru-baru ini, saya telah mengambil bahagian dalam satu majlis forum yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-47. Tajuk forum yang dibicarakan ialah ‘Erti Kemerdekaan’’. Ahli-ahli panel forum terdiri daripada saya, Suhaimi Hamzah; saudara Peter Munis; saudara Selvarajah Ratnam; dan saudari Norfarahin Johari. Yang berikut saya perturunkan semula teks perbincangan forum itu. Pengerusi :

selamat sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan kepada para hadrin sekalian. Sebagai pembuka tirai saya mempersilakan saudara Suhaimi untuk menjelaskan maksud dan tujuan sebenar ‘Erti Kemerdekaan’ diperkenalkan sebagai slogan sambutan pada kali ini. Suhaini : Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya fakir tujuan slogan ‘Erti Kemerdekaan’ diperkenal pada sembutan kali ini ilah untuk membangkitkan kesedaran rakyat Malaysia, khususnya generasi muda yang lahir pasca merdeka untuk memahami serta mendalami signifikan kemerdekaan negara kita. Hal ini kerana ‘erti merdeka’ dapat ditafsirkan secara berbeza-beza mengikut pengalanman dan umur masing-masing. Pengerusi : Oh, begitu tampaknya pendapat Saudara Suhaimi. Sekarang saya minta saudari Christine untuk mengajukan pendapat beliau tentang perkara ini. Dipersilakan. Christine : Pada hemat saya, sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan saban tahun adalah untuk menperingat kira rakyat Malaysia akan tanggungjawab kita untuk menghargai kebebasan yang dinikmati selama ini serta mempertahan ibu pertiwi kita pada setiap masa tidak kira apa jua keadaannya. Perkara ini seharusnya ditekankan lebih-lebih lagi kepada anak-anak muda yang lahir selepas merdeka agar mereka indaf akan keperitan para pemimpin dahulu yang telah berhempas pulas memperjuangkan kemerdekaan negara kita. Pengerusi : Terima kasih Christine. Saudara Peter, bagaimanakah pula pengertian kemerdekaan pada pandangan saudara? Peter : Pada saya, kemerdekaan adalah sesuatu yang paling berharga. Hal ini kerana sesuatu bangsa itu bebas menentukan masa depan bangsanya, tidak perlu tunduk kepada telunjuk kuasa asing. Justeru, kemerdekaan negara kita tidak ada komprominya. Kita perlu mempertahankannya tidak kira apa kosnya sekalipun. ‘Negara kita adalah tanggungjawab kita’. Pengerusi :

Oh, begitu bersemangat sekali Saudara Peter meluahkan pandangannya. Apa kata kita mendengar pula pandagan saudara selvarajah tentang pengertian kemerdekaan. Selvarajah : kita semua haris bersyukur kerana dapat bernaung di sebuah negara bernama Malaysia yang sentiasa dikurniai keadaan aman sentosa.


Pengerusi ;

Suhaimi

:

Pengerusi : Christine :

Pengerusi : Peter

:

Penegrusi :

Terima kasih. ‘Keranamu Malaysia’, kita dapat sama-sama hidup dalam keadaan aman damai. Oleh itu, setiap kali menjelang sambutan peristiwa bersejatah ini, kita seharusnya melafazkan taat setia kita terhadap raja dan negara tanopa rasa berbelah bahagi. Inilah tanah tumopah darat kita. Di sinilah, kita mencari rezeki kita, Di Sinilah, kita membina kehiduoan kita. Di sinilah, kita telah dapat menikmati keamanan dan kesejahteraan buat sekian lama. Tegasnya, rasa kesyukuran harus sentiasa tersemat di dada setiap orang yang mengaku dirinya sebagai warga negara Malaysia. Ya, begitulah luahan rasa terima kasih Saudara selvarajah yang dapat bernaung di bumi yang bertuah ini. Seterusnya, kita dengarkan pula pendapat Suhaimi tentang cara-cara untuk memelihara kemerdekaan negara kita. Yang saya muliakan Tuan Pengerusi. Sebagaimana yang kita maklum, kerajaan telah melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara. Sebagai generasi baru pewaris bangsa, kita seharusnya secara rela hati menyertai program ini. Kita tidak boleh berdolak-dalik lagi. Selain latihan asas ketenteraan, para peserta juga akan mengikuti aktiviti meliputi aspek kempimpinan, ketahanan diri, keyakina dan pembentukan keperibadian. Christine, pada hemat saudari bagaimanakah generasi muda kita dapat menghayati pengertian kemerdekaan ini? Tuan Pengerusi, generasi muda seperti kita perlu dididik menghargai kemerdekaan. Mudah saja, tanyailah diri sumbangan kita untuk memajukan negara dan bukan sebaliknya. Sesungguhnya, kemerdekaan sesebuah negara perlu diisi dengan pelbagai program pembangunan demi memaknakannya dan sekali gus mengangkat martabat bangsa di mata dunia. Kita kini sedang menuju negara maju yang dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Pada fikiran Peter pula, bagaimanakah generasi muda dapat diajak untuk memaknakan erti kemerdekaan negara? Terima kasih sekali lagi. Generasi muda kita perlu mengisi dada dengan ilmu supaya dapat maju selari dengan negara-negara maju seperti yang dihasratkan oleh cita-cita Wawasan 2020. Apa yang kita nampak ialah sejak kebelakangan ini, banyak antara kalangan generasi muda kita lalai kerana didapati melepak, menagih dadah, melakukan pelbagai jenayah, dan terbabit dalam pelbagai gejala sosial lainnya. Tegasnya, tugas mengisi dan memertabatkan negara terletak di tangan generasi muda yang pasati mewarisi generasi muda yang pasti mewarnai kepimpinan negara pada masa akan daatng. Terima kasih, Saudara Peter. Para hadirin yang saya hormati sekalian. Nampaknya kita dihambat oleh masa. Oleh itu, majlis forum kita terpaksa berakhir di sini. Sebenarnya banyak lagi idea dan buah fikiran yang dapat disumbangkan oleh para ahli panel kita. Sebelum menutup tirai, sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli panel yang telah sudi berkongsi pendapat. Kepada para penonton, saya rakamkan setinggi-tinggi terima kasih kerana sama-sama menjayakan majlis forum kita pada petang ini. Hingga berjumpa lagi, terima kasih.


94. Satu majlis forum anjuran Kelab Setia diadakan di sekolah anda baru-baru ini sempena Hari Pahlawan. Tajuk forum yang ditetapkan ialah ‘Malaysiaku Syurgaku’. Anda telah mempengerusikan forum tersebut. Kelab Setia SMK Taman Indah, Kajang telah menganjurkan majlis forum bertajuk ‘Malaysiaku Syurgaku’ sempena sambutan Hari Pahlawan pada 31 Julai yang lalu. Saya telah diamanahkan untuk mempengerusikan majlis forum tersebut. Yang berikut, saya perturunkan skrip lengkap tersebut. Pengerusi :

Selamat petang dan salam bahagia saya ucapkan kepada semua hadirin forum kita. Tajuk forum kita pada kali ini ialah ‘Malaysiaku Syurgaku’, diadakan sempena sambutan Hari Pahlawan yang jatuh pada 31 Julai. Sebagai pembuka tirai perbincangan kita, saya persilakan mana-mana ahli panel untuk menghuraikan maksud slogan ini. Sulaiman : Tuan Pengerusi, slogan ini cukup bermakna. Setiap rakyat harus menganggap negara ini sebagai syurganya kerana Malaysia dikurniai pelbagai prasarana dan sumber asli. Yang hanya perlu dilakukan untuk berjaya sebagai rakyat Malaysia ialah dengan berusaha gigih. Sebenarnya, kita sedang bernaung di sebuah negara yang cukup bertuah, Tuan Pengerusi. Pengerusi : Terima kasih, Saudara Sulaiman atas mukadimah saudara sebentar tadi. Saudara-saudari, saban tahun, kerajaan kkita melancarkan Tabung Rayuan Pahlawan menjelang sambutan Hari Pahlawan. Saudara Rashidi, pada pendapat saudara mengapakah tabung ini perlu dilancarkan pada setiap tahun? Silakan. Rashidi : Sebenarnya derma yang dihulurkan kepada Tabung Pahlawan digunakan untuk menjaga kebajikan para perajurit kita yang kemalangan, serta untuk membantu ahli-ahli keluarga perajurit yang telah meninggal dunia sebagai akibat gugur yang telah membantu ahli-ahli keluarga perajurit yang telah meninggal dunia sebagai akibat gugur di medan perjuangan atau mereka yang sudah hilang keupayaan fizikal, tetapi masih mempunyai tanggungan, Tuan Pengerusi. Sesungguhnya, derma yang dikutip adalah untuk menampung bantuan kerajaan yang sering didapati tidak mencukupi. Pengerusi : Nampaknya, kita sungguh bertuah kerana pengorbanan para perajurit kita, kita dapat hidup dalam suasana aman damai sepanjang masa. Malangnya, situasi ini kurang mendapat penghargaan orang ramai. Apakah pendapat Saudari Farawahida tentang sikap yang sedemikian? Silakan. Farawahida : Memang itulah sikap manusia. Lazimnya mereka menganggap sesuatu itu sebagai seadanya. Sesungguhnya, berkat kawalan dan penjagaan pasukan keselamatan kitalah, maka kita dapat menjalani kehidupan kita dengan aman sentosa. Oleh itu, menderma kepada Tabung Rayuan Pahlawan merupakan suatu amalan murni yang wajar diterapkan di kalangan generasi muda supaya mereka insaf bahawa nilai kemakmuran dan kemerdekaan yang dinikmati kini adalah titik peluh dan perjuangan perajurit yang menjaga keselamatan negara, Tuan Pengerusi. Pengerusi : Terima kasih, saudari Farawahida atas penjelasan saudri. Kini, kita cuab meraih pendapat ahli panel lain tentang perlunya masyarakat mengubah


sikap terhadap kutipan derma untuk membantu para perajurit kita melalui Tabung Rayuan pahlawan setiap kali sambutan hari Pahlawan. Silakan. Li Cheng Yee : Tuan Pengerusi, sumbangan yang kita hulurkan sebenarnya adalah sangat kecil nilainya jika dibandingkan dengan pengorbanan dan jasa yang ditaburkan oleh perajurit tanah air dalam menjaga keselamatan negara. Oleh itu, sumbangan ini adalah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kita terhadap jasa dan perkhidmatan anggota tentera yang sudah berkorban nyawa demi negara. Sesungguhnya, mereka menjalankan tugas tanpa perasaan takut menghadap musuh. Itulah pandangan saya, Tuan Pengerusi. Pengerusi : Terima kasih, Saudari Li Cheng Yee atas keprihatinan saudari terhadap pengorbanan para perajurit ibu pertiwi ini. Kini, kita ingin mendpaat pandangan Saudara Abdul Fatah pula tentang betapa nasib baiknya kita menghuni di sebuah negara yang aman damai sepanjang zaman. Silakan. Abdul Fatah : Terima kasih, Pengerusi majlis forum. Saya amat bersetuju dengan pendapat sedemikian. Justeru, slogan ‘Malaysiaku Syurgaku’ wajib dijadikan bahan kesyukuran setip rakyat Malaysia. Sebagai tanda terima kasih kepada kumpulan perajurit yang telah menungkinkan keadaan sedemikian, kita harus menyumbang mengikut kadar memampuan kita. Sumbangan golongan pelajar ini amat bermakna dan memberi petanda baik ke arah membentuk generasi pelapis yang pemurah dan suka menabur budi kepada mereka yang memerlukan. Sumbangan ini juga sebagai penghargaan kecil untuk mereka. Pengerusi : Terima kasih, saudara Abdul Fatah. Saudara-saudari, nampaknya mata amat mencemburui kita. Setakat ini sajalah perbincangan forum kita pada malam ini. Semoga hadirin mendapat manfata hasil daripada perbincangan ini. Sekian, diucapkan terima kasih atas sokongan and semua dalam menjayakan forum kita pada kali ini. 95. Baru-baru ini, anda telah mewakili sekolah anda dalam satu forum anjuran Persatuan Bimbingan dan Kaunseling daerah. Tajuk perbincangan yang ditetapkan ialah ‘Semangat Waja Diri Asas kecemerlangan’. Tulis semula butiran forum tersebut dengan lengkap Baru-baru ini, saya telah mewakili sekolahn dalam forum Isu Semasa anjuran Persatuan Bimbingan dan Kaunseling Daerah Temerloh – Mentakab. Tajuk perbincangan forum tersebut ialah ‘Semangat Waja Diri Asas Kecemerlangan’. Ahli-ahli panel kali ini terdiri daripada Lim Choon Beng, K. Yogarajah, dan Izhar Illias. Yang berikut ialah butiran lengkap perbincangan pada tempoh hari. Pengerusi :

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua hadirin majlis forum kita pada pagi yang ceria ini. Terlebih dahulu, saya mengalu-alukan kehadiran dan sokongan anda sekalian. Tajuk forum yang dianjurkan oleh Persatuan Bimbingan dan Kaunseling daerah Temerloh – Mentakab pada kali ini ialah ‘Semangat Waja Diri Asas Kecemerlangan’. Tanpa berlengah lagi, saya mempersilakan Saudara Lim Choon Beng untuk memperkatakan tajuk ini. Silakakan, Saudara Lim.


Choon Beng: Secara ringkas, maksud tajuk ini ialah bahawa berkat semangat kental sajalah yang dapat menjamin kejayaan cemerlang seseorang individu, Tuan Pengerusi. Pengerusi : Terima kasih, Saudara Lim Choon Beng atas definisi ringkas tetapi padat itu. Seterusnya, kita ingin meraih pandangan ahli panel lain pula, silakan. Yogarajah : Terima kasih, Tuan Pengerusi majlis. Seperti yang dimaklumi, sejak tahun-tahun belakangan ini, Malaysia telah berjaya melahirkan beberapa wira negara. Antaranya, pelayar ulung negara, Datuk Azahar Mansor; pendaki tersohor M. Magendran dan N. Mohandas; penjelajahan basikal marathon Datuk Hassan Nawawi bersaudara; dan Datuk Abdul Malik Mydin serta Lennard Lee, perenang yang berenang menyeberangi Selat Inggeris. Saya percaya, Tuan Pengerusi, kejayaan para wira kita ini tidak akan tercapai tanpa berbekalkan semangat waja pada jiwa masingmasing. Sesungguhnya, semangat kental mereka bagaikan waja itulah yang menjamin kejayaan luar biasa mereka. Justeru, benarlah ungkapan ini. Pengerusi : Jadi, kejayaan para wira negara kita patut dicontohi oleh generasi muda kita? Saya buka soalan ini kepada sesiapa yang ingin menambah. Silakan. Azahar Illias : Memang benar pandangan Tuan Pengerusi itu. Peribahasa Inggeris adan menyingkap ‘No pain, no gain’ yang bermaksud sesuatu perjuangan tanpa usaha tidak akan mendatangkan apa-apa hasil. Ertinya, kejayaan tidak akan dapat diraih jika seseorang itu tidak berusaha. Peribahasa Melayu yang berbunyi ‘kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan mendapat sagunya’ menjelaskan hakikat ini, Tuan Pengerusi. Nampaknya, begitulah lumrah alam. Setiap usaha yang bersungguhsungguh pasti akan menelurkan hasil yang diidam-idamkan, dan begitu jugalah sebaliknya. Pengerusi : kalau tidak silap saya, slogan ‘Malaysia Boleh’ yang telah dicanangkan oleh Perdana Menteri kita sejak awal tahun 1990-an telah menyemarakkan semangat waja diri anak muda kita, benarkah begitu? Choon Beng : Tepat sekali, Tuan Pengerusi. Slogan ‘Malaysia Boleh’ yang dilaunglaungkan selama ini telah menyuntik semangat baru dalam jiwa setiap lapisan bangsa. Secara psikologi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat Malaysia menjadi semakin berani menyahut cabaran-cabaran hingga mencapai kejayaan yang dapat membanggakan kita semua. Pengerusi : Pada pendapat Saudara Yogarajah, perlukah semangat ini dipupuk di kalangan anak muda kita temasuk para pelajar yang masih di bangku sekolah? Yogarajah : Tentu sekali, kerana kita ingin melahirkan suatu generasi muda yang sanggup menerima cabaran. Malah untuk tujuan ini, kerajaan kita telah melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara. Tujuannya, tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk melahirkan suatu generasi muda yang bersemangat kental, berdaya tahan dan sekali gus mempunyai semangat menabur bakti demi negara dan tanah air. Pengerusi : Ahli-ahli panel dan sidang hadirin sekalian, nampaknya kita diburu masa. Banyak lagi yang dapat diperkatakan. Walaupun begitu, kita terpaksa menamatkan perbincangan ini. Sehingga kesempatan yang lain, selamat malam.


96. Anda telah dilantik sebagai seorang pengawas sekolah. Ceritakan pengalaman suka duka anda bertugas sebagai pegawas pada hari pertama. “Nanti, nanti, nanti,� suara jeritku seolah-olah tidak terdengar oleh seorang pelajar Tingkatan Lima yang berjalan sambil lewa melepasi sekatan pintu sekolah. Pelajar tersebut bersama-sama beberapa orang pelajar lain telah lewat sampai ke sekolah. Aku terus berlari mendapatkan pelajar tersebut. Rupa-rupanya dia ialah rakan setingkatanku. Tapi, apakan daya. Aku terpaksa menjalankan tugasku. “Maafkanku Din, aku terpaksa mencatatkan namakau.� Itulah ujian paling getir buat diriku pada hari pertama aku mula menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah. Aku sedar aku mesti bertanggungjawab. Sama ada kawan atau tidak, aku perlu bertegas melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadaku. Jika tidak aku dipersendakan oleh pelajar-pelajar lain. Aku terpaksa keluar kelas lima minti lebih awal sebelum waktu rehat. Aku dibenarkan makan sebelum menjalankan tugas di kantin. Tiga orang pengawas baru lain bertugas besama-samaku. Kami berdiri di tepi kantin untuk memerhati dan mengawas pelajar-pelajar membeli makanan pada waktu rehat. Loceng berdering panjang menandakan tepat pukul 10.20 pagi. Sorak sorai kedengaran dan seluruh ruang legar kantin. Suasana menjadi riuh-rendah dengan kehadiran pelajar yang menderu-deru. Kelihatan pelajar-pelajar lelaki tingkatan rendah berlari pantas menuju ke kantin. Aku menyergah mereka. Mereka diarahkan beratur untuk membeli makanan. Suara arahanku seolah-olah tidak diendahkan. Mungkin juga suaraku ditenggelamkan oleh keadaan hiruk-pikuk yang berlaku ketika pelajar-pelajar sedang berasak-asak untuk membeli makanan dan minuman. Keadaan mulai menjadi terkawal apabila guru bertugas, Cikgu Ibrahim Saad datang meninjau. Beliau mengherdik pelajar-pelajar yang ingkar perintah para pengawas yang bertugas di situ, termasuklah aku. Aku hanya mampu mengukir senyuman sinis terhadap pelajar-pelajar yang tidak mahu mematuhi arahanku. Tidak lama kemudian Cikgu Ibrahim pun beredar membiarkan kami berempat mengawal keadaan seterusnya. Itulah asam garam menjadi seorang pengawas. Sesekali aku terasa rimas oleh suasana bising di situ. Tiba-tiba kedengaran suatu jeritan yang kuat. Azmi Botak, pelajar Tingkatan Empat yang dikenali sebagai pembuli telah menghimpit seorang pelajar Tingkatan Dua dan memasuki barisannya. Azmi enggan beratur mengikut giliran. Aku terus menggampiri Azmi dan melontarkan suatu pandangan yang serius terhadapnya. Dia terus meninggalkan tempat itu dengan mulutnya berkumat-kamit mencemuh sesuatu. Aku membiarkan sahaja lalu mencatatkan kesalahannya dalam buku catatanku. Itulah cabaran kedua dalam tempoh sehari aku menjalankan tugas sebagai pengawas. Namun aku tetap bertabah. Aku sentiasa berpegang kepada pesanan ibu agar jangan bertindak terburu-buru. Jika orang lain bertindak kasar, jangan pula kita membalas dengan cara yang sama. Buruk padahnya. Loceng akhir berbunyi menandakan masa untuk balik. Aku ditugaskan untuk mengawas kelas-kelas Tingkatan Lima. Semua pelajar diarahkan berdiri di luar kelas


masing-masing untuk menyanyikan lagu ‘Negaraku’ sambil mendengar beberapa pengumuman dan pesanan daripada guru bertugas. Tanpa kusedri seorang pelajar lelaki menepuk bahuku. Aku menoleh ke kiri dan tersentak. Rupa-rupanya samsudin, pelajar Tingkatan 5 Sastera 2 yang lagi tadi aku catatkan namanya kerana terlewat, sedang menghulurkan tangannya untuk mengucapkan tahniah kepadaku. Aku pun membalasnya sambil mengucapkan terima kasih. Hatiku berasa lega sedikit. Mungkin dia sudah insaf bahawa aku terpaksa berbuat demikian kerana menjalankan tugasku. Tugasku sebagai pengawas pada hari pertama selesai sudah. Aku berasa tanggungjawab sebagai seorang pengawas tidaklah seskuar seperti yang mula-mula aku bayangkau. Yang berbeza cuma, aku terpaksa membahagikan masa antara belajar dan menjalankan tugas. Aku harus bijak mengagihkan masaku. Jika tidak aku bimbang pelajaranku akan terjejas. Antara akademik dan tanggungjawab, kedua-duanya aku anggap sama penting. Kecemerlangan akademik dapat menjamin masa depanku. Tanggungjawab seperti pengawas dapat melatih diri dalam bidang kepimpinan dan sekali gus dapat membentukku menjadi seorang insane yang berdisiplin. Hari-hari seterusnya akan menyaksikan aku menjalankan tugas sebagai pengawas sehinggalah aku tamat pesekolahan pada akhir tahun nanti. Biarpun apa berlaku aku tetap akan tabah melaskanakan tugas dan kepercayaan yang telah diamanahkan kepadaku.

97. Kebaikan dan Kelemahan Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dalam memberikan peluang belajar kepada golongan yang bekerja. Program Pendidikan Jarak Jauh atau PJJ merupakan satu corak pembelajaran uang kian popular di negara kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sesungguhnya, program sebegini rupa memberikan peluang kedau kepada mahasiswa yang bekerja untuk memperoleh ijazah tanpa meninggalkan pekerjaan mereka. Pusat pengajian tinggi pertama di negara ini yang mengajurkan program ini ialah Universiti Sains Malaysia, iaitu mulai tahun 1971. Oleh sebab sambutan yang begitu meggalakkan, pusat-pusat pengajian tinggi lain turut mengikut jejak langkah USM. Misalnya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memperkenalkan pelbagai kursus seperti Sarjana MUda Sains dan Sarjana Muda Sastera dalam disiplin komunikasi, psikologi, dan geografi. Universiti-universiti lain yang turut mempopularkan sistem pengajian luar kampus ialah Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia. Malah kini, terdapat kolej-kolej swasta yang nenawarkan pelbagai kursus PJJ seperti pengurusan hotel, undang-undang, perbankan, dan pengurusan perniagaan. Terdapat beberapa kebaikan di sebaliknya pengenalan sistem PJJ ini. Secara langsung lebih ramai para profesional yang berkelayakan dapat dilahirkan untuk menampung permintaan negara dalam millennium baru ini. Bidang-bidang yang ditawarkan oleh PJJ ini termasuklah ICT, pengurusan perniagaan, kejuruteraan, sains, dan komputer. Selain itu, PJJ juga memberikan ‘peluang kedua’ kepada para petugas yang tidak berpeluang belajar separuh masa kerana masalah kewangan. Para mahasiswa mengikuti kursus secara sambilan dan mengikut kemampuan dan kadar


masing-masing kerana tempoh masa pengajian adalah fleksibel. Syarat kemasukan adalah lebih anjal kerana pengalaman kerja diambil kerja sebagai kriteria kelayakan masuk. Seterusnya, para mahasiswa dapat menyesuaikan pemnelajaran dengan situasi masing-masing, iaitu keadaan keluarga dan suasana tugas rasami. Pembelajaran dapat dilakukan dalam keselesaan rumah masing-masing tanpa menghadiri kuliah di bilik kuliah. Para pelajar dapat merancang masa belajar, sama ad awaktu malam atau pada hujung minggu. PJJ juga dapat menggalakkan para mahasiswa berfikir secara lebih matang kerana rata-rata mereka terdiri daripada golongan yang sudah berkerja dan ingin meningkatkan tahap pencapaian diri. Kaedah pengajian PJJ banyak memberi ruang kepada pelajarnya berfikir dan berinteraksi dengan para pensyarah dan pelajar lain menerusi sidang video. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kekurangan sistem PJJ ini. Hambatan utamanya ialah PJJ menyukarkan komunikasi dua hala antara pelajar dengan pelajar serta antara pensyarah dengan pelajar. Sistem sidang video tidak dapat digunakan oleh pelajar-pelajar yang berada di kawasan pedalaman yang tiada kemudahan satelit yang lengkap. Tiada pertemuan bersemuka dengan para mahasiswa menjejaskan hubungan antara pensyarah dengan pelajar. Aspek komunikasi dianggap penting dalam pembelajaran lebih-lebih lagi pengajian tinggi seumpama ini. Malah sistem PJJ juga merumitkan pelajar-pelajar melaksanakan kerja kumpulan yang sering diarahkan oleh para pensyarah. Para pelajar tidak dapat bersua muka untuk mengaturkan perbincangan dan diskusi tentang sesuatu topic. Peluang ini hanya terbatas kepada kursus intensif pada akhir setiap tahun di kampus induk universiti. Masa kontak sedemikian rupa amat sedikit kerana banyak urusan akademik yang terpaksa dibereskan oleh para tenaga pengajar PJJ. Oleh sebab sistem PJJ ini berlangsung dalam situasi tidak formal, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) keberatan untuk mengiktirafnya sebagai setaraf dengan pengajian sepenuhnya masa di universiti. Kemelut pengiktirafan ini telah menghambarkan semangat pelajar-pelajar lain yang ingin melanjutkan pengajian mereka ke pusat pengajian tinggi menerusi sistem PJJ. Walau bagaimanapun, diharapkan masalah ini hanyalah bersifat sementara. Moga-moga pada masa depn pihak JPA akan mencari jalan untuk mengiktiraf lulusan PJJ. Untuk berjaya dalam kursus PJJ, seseorang itu harus mempunyai disiplin diri yang tinggi. Tanpanya sudah tentu sukar sekali untuk menamatkan pengajian kerana tiada siapa yang akan memaksa pelajar-pelajar melakukan sesuatu demi untuk kepentingan dirinya. Hanya pelajar yang bersemangat waja yang mampu menamatkan pengajian dalam tempoh terpendek yang dibenarkan. Kesimpulannya, kebaikan PJJ mengatasi keburukannya kerana dapat menambahkan bilangan guna tenaga terlatih untuk negara. Tegasnya, masyarakat kita harus mengiktiraf lulusan PJJ sebagai setanding dengan graduan universiti separuh masa kerana kandungan pengajian adalah serupa dengan sukatan pelajar sepenuh masa.


98. Keracunan makanan sering berlaku di negara kita. Huraikan punca-punca keracunan makanan dan terangkan langkah-langkah sesuai untuk membendungnya. Makanan merupakan sumber utama tenaga untuk aktiviti kehidupan termasuk denyutan nadi dan proses tumbesaran. Secara tuntas, terdapat tujuh kelas makanan, iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin, dan garam mineral, pelawas dan air. Karbohidrat berfungsi sebagai sumber tenaga mangsung bagi tubuh manusia. Protein memperbaiki tisu-tisu yang rosak dan membina tisu-tisu baru untuk proses tumbesaran. Lemak pula merupakan sebatian simpanan tenaga, manakala vitamin penting dalam sajian makanan untuk menjamin kesejahteraan kesihatan badan. Hakikatnya, terdapat empat punca keracunan makanan. Pertama, keracunan makanan berlaku setelah termakan makanan yang tidak bersih atau makanan yang mengandungi racun. Pelbagai jenis racun seperti racun serangga, racun tikus, tacun rumput atau ladang diketahui pernah termasuk ke dalam makanan dan mencemarinya. Keduanya, sesetangah bahan makanan mempunyai racun asli. Antaranya ialah beberapa jenis cendawan dan ubi kayu yang diketahui mempunyai bahan pelindung beracun. Sekiranya kita tersalah makan bahan-bahan makanan ini, akibatnya amatlah buruk. Selain itu, keracunan makanan juga boleh berlaku sekiranya seseorang itu mamakan hidupan air yang mengandungi racun. Umpamanya, sungai atau kolam yang terletak berhampiran dengan kilang-kilang industri mudah tercemar sekiranya langkahlangkah rawatan sisa-sisa toksik tidak diambil oleh pihak kilang sebelum membuangkannya ke dalam sungai. Sekiranya ini berlaku, sudah pasti hidupan air di dalam sungai berkenaan seperti ikan, udang dan ketam akan turut tercemar dengan buah-buahan beracun. Oleh hal yang demikian, jika hidupan air ini dijadikan sebagai sumber makanan manusia pula, pasti kejadian keracunan makanan akan berlaku. Punca keracunan yang keempat ialah melalui penggunaan makanan yang diawet untuk mengelakkannya daripada mengalami kerosakan. Dalam proses pengawetan, kemungkinan virus membiak tidak dapat dielakkan. Sebagai akibatnya, sesiapa yang termakan makanan itu pasti akan mengalami keracunan. Untuk mencegah masalah keracunan makanan, pelbagai langkah harus diambil Antaranya, harus dijalankan kempen untuk mendidik pelajar sekolah memilih makanan yang sempurna, iaitu makanan yang berkhasiat dan menghapuskan amalan suka memakan makanan ringan. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan harus bersungguh-sungguh mengambil tindakan untuk menguatkuasakan undang-undang yang berhubung dengan amalan keselamatan makanan. Umpamanya, Akta Makanan (1983) dan Peraturan Makanan (1985) yang memperuntukkan langkah-langkah memlihara keselamatan makanan dan cara-cara mengendalikan bahan makanan, wajib dikuatkuasakan dengan tegas pada setiap masa. Begitu juga dengan Akta Racun Makhluk Perosak (1974) yang bertujuan untuk menjamin bahan makanan daripada keluaran pertanian tidak tercemar oleh penggunaan racun perosak yang berlebihan, perlu dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi.


Selain itu, para pengguna perlu membersihkan semua sayur-sayuran, buahbuahan dan bahan makanan lain sebelum dimasak atau dimakan. Begitu juga, pihak Kementerian Kesihatan dan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) harus mempergiat usaha-usaha penyelidikan dan pengujian ke atas semua bahan makan dan minuman yang dikeluarkan oleh petani atau syarikat pengeluar untuk memastikan bahan-bahan makanan dan minuman itu benar-benar selamat digunakan sebelum dijual kepada para pengguna. Selain itu, badan-badan seperti persatuan pengguna juga perlu memainkan peranan lebih aktif bagi mengingatkan masyarakat umum tentang bahaya dalam makanan tertentu. 99. Golongan intelek mampu membangunkan negara. Terangkan bagaimana golongan ini dapat menyumbang kepada pembangunan negara anda. Golongan intelek atau cerdik pandai terdiri daripada kira-kira 20% masyarakat kita. Oleh sebab taraf pendidikan dan kemampuan berfikir mereka jauh lebih tinggi daripada anggota-anggota masyarakat lainnya, golongan ini dianggap mampu menyumbang kepada usaha-usaha pembangunan negara. Dalam lapangan ekonomi, golongan intelek ini dijadikan sebagai ‘think tank’ kepada barisan pemimpin negara dalam merangka, merancang, melaksanakan, dan menilai semula segala program pembangunan yang direncanakan untuk manfaat rakyat. Kumpulan ini seolah-olah menjadi perancang ekonomi dan pegawai kerajaan menjadi jentera penggerak kepada rancangan yang mereka ilhamkan. Hal ini jelas dimanifestasikan melalui penggubalan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat agar tiada mana-mana kaum etnik dikenal melalui fungsi ekonomi lagi. Kini kita mempunyai Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang terdiri daripada kalangan pakar-pakar ekonomi, ahli-ahli pemikir, dan tokoh politik untuk mengkaji, merencana dan menilai prestasi ekonomi negara daripada krisis ekonomi yang melanda negara sejak beberapa tahun yang lalu. Sumbangan kaum intelek ini juga jelas terpancar melalui bidang pendidikan. Sebagai tokoh akademik, para pensyarah, para penyelidik pendidikan, dan professor, mereka sentiasa berusaha meningkatkan mutu pendidikan di kalangan anak-anak didik masing-masing. Tanpa sumbangan golongan ini dalam bidang keilmuan, sukarlah untuk memajukan penduduk terbanyak kerana tanpa kelayakan dalam bidang-bidang tertentu banyak jawatan kosong tidak dapat diisi. Pendek kata, bidang pendidikan menjadi senjata untuk memajukan diri seseorang. Justeru, bidang pendidikan sentias adiberi keutamaan dalam pembangunan negara. Dalam hal ini, golongan cendikiawan menjadi penjana kepada usaha murni. Tanpa mereka, mustahil cita-cita untuk menaikkan taraf pencapaian anak-anak dapat dilaksanakan dengan sempurnanya. Dalam bidang kesihatan dan perubatan pula, para profesional bertanggungjawab dalam menjaga dan memelihara kesihatan masyarakat terbanyak. Kumpulan ini terdiri daripada kalangan cerdik pandai dalam bidang masing-masing, sama ada doktor pakar perubatan, pajkar bedah, pengkaji penyakit, penyelidik perubatan, jururawat kanan, dan


sebagainya. Sumbangan mereka tidak boleh dipandang sepi kerana tanpa mereka mutu penjagaan kesihatan di negara pada hari ini tidak akan berada di tahap yang baik. Wawasan 2020 merupakan visi kerajaan untuk membangunkan negara menjadi negara termaju dalam kalangan negara Dunia Ketiga. Kerajaan telah menggunakan khidmat tenaga para cendekiawan dalam mencari, menjana dan melahirkan idea yang terunggul ini. Kini Wawasan 2020 sebagai visi negara kita semakin difahami oleh rakyat negara ini. Seluruh rakyat sedang berusaha gigih untuk mencapainya. Pendek kata, semua pihak harus bekerjasama secara seiring untuk mencapai sesuatu aspirasi kebangsaan. Kesimpulannya, segala pembangunan negara kita sudah tentunya berpaksikan sumbangan positif daripada golongan intelek yang mempunyai daya minda yang luar biasa dalam menjana dan mencipta kaedah untuk membangunkan dan memajukan seluruh rakyat negara kita. Sumbangan mereka seharusnya kita hargai dengan melaksanakan segala idea yang telah dijana.

100. Terangkan faedah-faedah menguasai pelbagai bahasa asing, selain bahasa kebangsaan kita dan bahasa Inggeris. Tulis penerangan anda itu selengkapnya. Selama ini, bahasa Inggeris menjadi wadah pengucapan ilmu dan segala kemajuan sains dan teknologi. Kita telah berupaya untuk memperoleh ilmu yang banyak dalam bidang sains dan teknologi berkat kemampuan rakyat kita menguasi bahasa Inggeris. Kini, segala-gala itu telah berubah. Seorang saintis Malaysia yang hanya mahir dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris tidak lagi memadai untuk menguasai ilmu dunia. Bahasa-bahasa besar dunia seperti bahasa Jepun,Cina, Rusia, Jerman, Arab, dan Perancis adalah perlu dalam meningkatkan kecekapan diri. Memanglah benar seseorang itu dapat memperoleh ilmu ini melalui penterjemahan, namun, harus diingat proses penterjemahan memerlukan masa dan apabila sesuatu bahan atau buku itu siap diterjemah, ilmu yang terkandung di dalamnya mungkin sudah menjadi usang dan tidak lagi relevan dengan kemajuan semasa. Tambahan pula usaha penterjemahan memerlukan kos yang tiggi dan masa yang lama. Oleh itu, sebaik-baik jalan untuk mempercepatkan proses pemindahan ilmu sains dan teknologi adalah melalui penguasaan sesuatu bahasa yang ilmu tersebut ditulis. Cara ini adalah lebih baik kerana tafsiran makna dan fakta tidak mudah terpesona sebagaimana yang kerap berlaku di dalam buku-buku terjemahan. Di dalam dunia perniagaan pula, seseorang peniaga yang fasih di dalam pelbagai bahasa dapat berniaga dengan pelbagai bangsa lain. Kebolehan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa memudahkan interaksi antara peniaga dengan para pelanggannya. Yang diperkatakan di sini ialah perniagaan di persada antarabangsa, sama ada perniagaan yang dijalankan melalui ‘e-dagang’ atau perniagaan yang dijalankan secara konvensional. Sesungguhnya penguasaan banyak bahasa dapat membantu mempercepatkan urusan jual beli sekali gus melicinkan segala transaksi perniagaan. Orang yang enggan menguasai pelbagai bahasa akan kerugian apabila dihadapkan dengan situasi yang memerlukan dirinya berkomunikasi dalam


bahasa selain bahasa ibundanya sendiri seperti di dalam kes perniagaan dengan bangsa-bangsa asing. Negara kita sedang bergerak kea rah perniagaan secara global dan bukan lagi terbatas kepada negara-negara dagangan tradisi. Pemimpin negara telah menerokai banyak peluang perniagaan di benua Afrika, pulau-pulau Karibean, Amerika Selatan dan Kepulauan Pasifik. Sudah semestinya penguasaan dalam bahasa-bahasa penduduk negara-negara ini akan menguntungkan kita sebagai pedagang. Di samping itu, orang-orang yang berjaya menguasai banyak bahasa akan dapat menguasai pelbagai ilmu pengetahuan daripada bangsa-bangsa tertentu. Penerapan ilmu itu sekali gus dapat memajukan diri dan juga menguntungkan negara kita sendiri. Kita tidak mahu rakyat negara kita tercicir dalam penggarapan ilmu dunia. Kita ingin melahirkan suatu masyarakat yang celik ICT dan mampu memperguna segala ilmu sains dan teknologi bagi memajukan negara selaras dengan cita-cita Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Oleh hal yang demikian, rakyat kita tidak boleh bersikap leka dan sambil lewa dalam mempelajari bahasa-bahasa asing yang lain. Barisan pemimpin negara juga sedar bahawa kita tidak boleh salaam-lamanya bergantung pada bantuan teknikal daripada negara-negara asing. Kita perlu menjadi pengeluar dan bukan sebagai pengguna barangan. Untuk menjayakan cita-cita ini, ilmu tinggi menjadi pemangkinnya. Tanpa ilmu, kemajuan sesuatu bangsa akan terbantut. Dalam hubungan antarabangsa, penguasaan dan kebolehan dalam pelbagai bahasa juga banyak membantu seseorang pegawai perhubungan luar dalam menjalin hubungan dua hala atau pelbagai hala. Kebolehan berkomunikasi dalam banyak bahasa memudahkan tugas pegawai berkenaan, malah beliau akan dihormati oleh negara tuan rumahnya. Secara tuntasnya, tidaklah rugi jika seseorang itu berusaha untuk mempelajari dan menguasia beberapa bahasa utama dunia sebagai wahana untuk pengucapan dan pertukaran fikiran dengan pakar-pakar. Akhirnya, janganlah jadikan sikap patriotisme terhadap bahasa ibunda sebagai alasan tidak mahu mempelajari bahasa-bahasa lain. Pasti yang rugi ialah diri kita sendiri kerana bahasa menjadi penyuluh ilmu.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.