http://pergaminelli.wixsite.com/pergaminelli/seapexpert
SEAP adalah program yang dilaksanakan bagi mempertingkatkan khidmat nasihat teknikal kepada PKS. PKS diberi bantuan dari segi pemindahan pengetahuan teknologi dan pengalaman industri.
SEAP terdiri daripada pakar-pakar daripada industri dan agensi kerajaan yang telah bersara. Mereka dilantik untuk menyediakan khidmat nasihat dan teknikal bagi membantu PKS meningkatkan operasi dan amalan perniagaan mereka.
Kriteria kelayakan PKS:
.Syarikat diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 atau enterpris yang diperbadankan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 ATAU mempunyai Sijil Amalan oleh Badan Profesional
.Memenuhi definisi PKS
.Sekurang-kurangnya 60% ekuiti dimiliki oleh rakyat Malaysia
.Mempunyai lesen premis yang sah
Sektor yang diliputi
.Pembuatan
.Perkhidmatan Berkaitan Pembuatan
.Perkhidmatan (Kecuali Insurans dan Perkhidmatan Kewangan)
Pertanyaan dan permohonan :
gpergaminelli@gmail.com