Pameran Terbuka PeRUPA 2020 merupakan Keperluan dari aspek Penilaiaan kepada pengiat seni tanah air. Setiap tahun dan pameran ini akan di dokumentasikan, Pameran Terbuka PeRUPA 2020 akan mengadakan pameran Visual secara tahunan dengan menentukan lokasi yang berbeza untuk memberi pendedahan kepada semua peminat seni mahupun secara amnya.
PENGENALAN Pengurusan pengetahuan dalam era globalisasi dan dunia ekonomi mengutamakan integrasi antara perbagai kecerdasan (multiple intelligence) dan pelbagai tugas (multi-tasking). Tumpuan terhadap perkembangan yang seimbang pada kedua-dua belah otak kanan dan kiri secara holistik telah meningkatkan lagi kepentingan Pendidikan Seni Visual dalam proses perkembangan intelektual manusia. Hal ini telah membawa kepada pembaharuan pada penekanan kandungan mata pelajaran. Oleh sebab itu, kaedah untuk menggerakkan aktiviti intelektual perlu ditegaskan secara eksplisit dalam proses pemerhatian, penerokaan, interaksi, dan apresiasi. Atas kesedaran inilah PeRUPA mengambil peluang u