Kuala Lumpur, 23 Disember – Majlis Malam Gala Anugerah Telenovela 2017 anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia di PWTC pada malam ini yang turut menyaksikan penyampaian trofi kepada penerima 33 kategori anugerah yang telah dipertandingkan. Tujuan utama penganjuran majlis ini adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada penulis, penerbit dan warga kerja industri penerbitan buku yang berjaya menterjemah kandungan buku dalam pelbagai genre kepada layar perak atau diterbitkan dalam bentuk audio dan visual.
Objektif utama Majlis Anugerah Telenovela dilaksanakan adalah untuk menjayakan tiga komponen agenda ilmu melalui bidang kesusasteraan, sosioekonomi dan sosiobudaya. Pencalonan bagi setiap kategori yang dipertandingkan memfokuskan kepada naskhah novel yang telah diterbitkan dan diadaptasi kepada filem, telefilem dan drama bersiri.
https://goo.gl/k1SrW3