Buku Panduan KRN

Page 1

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL JABATAN PERDANA MENTERI

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BUKU PANDUAN KELAB RUKUN NEGARA


KANDUNGAN 1. Prinsip‐Prinsip Rukun Negara 2. Lirik Lagi Lima Prinsip Rukun Negara 3. Pendahuluan 4. Latar Belakang Penubuhan Kelab Rukun Negara 5. Objektif Penubuhan Kelab Rukun Negara 6. Modus Operandi Kelab Rukun Negara 7. Pengisian Aktiviti Kelab Rukun Negara 8. Sumber Kewangan 9. Kesimpulan 10. Peraturan Kelab Rukun Negara 10.1 Pendahuluan 10.2 Prosedur Penubuhan Kelab Rukun Negara 10.3 Peraturan 11. Lampiran B ‐ Aktiviti Kelab Rukun Negara 12. Lampiran C ‐ Cadangan Perancangan Tahunan Aktiviti Kelab Rukun Negara

2


Rukun Negara Pengisytiharan BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita‐cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi‐tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, Rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita‐cita tersebut berdasarkan atas prinsip‐prinsip yang berikut: • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA • KELUHURAN PERLEMBAGAAN • KEDAULATAN UNDANG‐UNDANG • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

3


Lima Prinsip Rukun Negara Lima Prinsip Rukun Negara Harus Menjadi Cara Hidup Kita Bukan Sekadar Ikrar Sahaja Sekali Sekala Dibaca Semata Lima Prinsip Rukun Negara Telah Menjadi Teras Perpaduan Membentuk Satu Negara Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa Chorus: Amalkanlah Rukun Negara Dalam Hidup Harian Kita Tanpa Mengira Tua Muda Mengekalkan Warisan Kita Lima Prinsip Rukun Negara Telah Menjadi Teras Perpaduan Membentuk Satu Negara Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa Lima Prinsip Rukun Negara Ikrar: Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang‐Undang Kesopanan Dan Kesusilaan Itulah Lima Prinsip Rukun Negara 4


Lagu Ciptaan Lirik Oleh

: Dato’ Wah Idris : Dato’ Cosmas J. Abah Dato’ Azman Amin Hassan

5


1.

PENDAHULUAN 1.1

Peristiwa rusuhan kaum/etnik pada 13 Mei 1969 telah mengganggugugat keamanan dan kestabilan negara pada ketika itu dan tindakan serta merta telah diambil untuk mengisytiharkan darurat di seluruh negara. Dengan pengisytiharan tersebut, sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan seterusnya Majlis Gerakan

Negara

(MAGERAN)

telah

ditubuhkan

untuk

mengembalikan keamanan, menegakkan semula undang‐undang negara serta memupuk suasana harmoni dan percaya mempercayai di kalangan rakyat. 1.2

Berikutan dengan peristiwa itu juga, MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara di bawah Peraturan‐ Peraturan Perlu Majlis Perundingan 1970 yang berfungsi untuk membincangkan serta meneliti isu‐isu perpaduan nasional dan mencari jalan bagi menyelesaikan masalah‐masalah berkaitan dengan hubungan antara kaum. Melalui beberapa perbincangan dan mesyuarat, Majlis Perundingan Negara telah memutuskan bahawa Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum memerlukan satu ideologi negara yang boleh diamalkan oleh seluruh rakyat ke arah membentuk sebuah negara yang bersatu padu. Berdasarkan kepada keputusan tersebut, maka terbentuklah Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di‐Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 menjadi pegangan, panduan dan amalan oleh seluruh rakyat Malaysia ke arah pemupukan dan pengukuhan semangat perpaduan, ketaatan dan kecintaan kepada bangsa dan negara. 6


1.3 Dalam usaha menyuntik kesedaran dan penghayatan murid‐murid mengenai prinsip‐prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara, maka Kelab Rukun Negara yang telah diperkenalkan di sekolah‐ sekolah dan di Institusi Pengajian Tingggi (IPT) dimantapkan dan diperkukuhkan lagi selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Ogos 2004. 2.

LATAR BELAKANG PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

2.1

Penubuhan Kelab Rukun Negara (KRN) ini telah diilham dan disarankan oleh Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi (ketika itu selaku Timbalan Perdana Menteri) semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka. Malah sebelum itu, ketika merasmikan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau telah menyeru agar seluruh rakyat Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip‐prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran negara terus berkekalan. Menerusi Kelab Rukun Negara ini, para pelajar akan didedahkan mengenai prinsip‐prinsip tersebut supaya mereka benar‐benar dapat memahami serta menghayatinya agar dapat diamal dan dijadikan budaya hidup seharian.

2.2

Selaras dengan saranan tersebut, pihak Kementerian Pendidikan pada masa itu telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara di sekolah‐sekolah menengah seluruh negara. Inisiatif ini dilaksanakan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7


17/2000: Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah‐sekolah bertarikh 16 November 2000 kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri. Walau bagaimanapun, sejak Kelab Rukun Negara ditubuhkan, tiada sebarang garis panduan yang terperinci dikeluarkan untuk dijadikan sebagai panduan pengurusan dan pengisian program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab ini. 2.3

Atas kesedaran untuk mengukuhkan perhubungan kaum dan meningkatkan penghayatan masyarakat terhadap prinsip‐prinsip Rukun Negara, maka Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri (JPNIN, JPM) telah dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan kerjasama erat dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi tujuan tersebut (Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 11 Ogos 2004).

3.

OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

3.1

Memperkenalkan prinsip‐prinsip Rukun Negara;

3.2

Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara;

3.3

Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran kerohanian akan kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan; dan

3.4

Menjadikan prinsip‐prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup yang berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu padu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara. 8


4.

MODUS OPERANDI KELAB RUKUN NEGARA

Peranan yang perlu dimainkan bagi mewujud dan memperkukuhkan Kelab Rukun Negara di sekolah‐sekolah adalah seperti berikut:‐ JABATAN

1. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional

TINDAKAN / PELAKSANAAN

TANGGUNGJAWAB -

Ketua Pengarah Bahagian Perpaduan Masyarakat Dan Integrasi Negara

-

-

Garis Panduan Cadangan aktiviti Kepegawaian / Fasilitator Bahan cetak Promosi Kewangan Pemantauan Pelaporan

9


JABATAN

TINDAKAN / PELAKSANAAN

TANGGUNGJAWAB

2. Kementerian Pelajaran Malaysia

-

-

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Pengarah Bahagian Sekolah Pengarah Bahagian Pendidikan Guru

-

3. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri /Jabatan Pelajaran Negeri

4. Pejabat Perpaduan Daerah /Bahagian/ Pejabat Pelajaran Daerah/ Bahagian

Garis Panduan Cadangan aktiviti Kepegawaian / Fasilitator Bahan cetak Promosi Kewangan Pemantauan Pelaporan

-

-

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Pengarah Pelajaran Negeri

-

Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian Pegawai Pelajaran Daerah/Bahagian

Arahan Kewangan Cadangan dan pelaksanaan aktiviti Pemantauan Pelaporan

Pelaporan Penyelarasan

10


JABATAN

5. Sekolah

TINDAKAN / PELAKSANAAN

TANGGUNGJAWAB

Pengetua/Guru Besar Guru Penasihat

Penubuhan kelab Pelaksanaan aktiviti Pemantauan Pelaporan Sumber Kewangan

11


5.

PENGISIAN PROGRAM DAN AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA 5.1

Kelab Rukun Negara yang diwujudkan di sekolah‐sekolah akan melaksanakan pelbagai aktiviti yang berteraskan kepada pengukuhan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan (4P) Rukun Negara di kalangan murid. Selain daripada matlamat untuk memperkenal dan menyedarkan murid tentang kepentingan Rukun Negara, kelab ini juga akan dijadikan sebagai salah satu strategi utama ke arah pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid pelbagai kaum. Bagi mencapai matlamat ini, aktiviti Kelab Rukun Negara akan dirangka dan dilaksanakan berlandaskan kepada lima prinsip Rukun Negara iaitu:

*

Kepercayaan Kepada Tuhan

*

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

*

Keluhuran Perlembagaan

*

Kedaulatan Undang‐Undang

*

Kesopanan dan Kesusilaan

5.2

Antara aktiviti‐aktiviti yang boleh dilaksanakan melalui Kelab Rukun Negara ialah seperti di Lampiran A, manakala Cadangan Perancangan Tahunan Aktiviti Kelab Rukun Negara adalah seperti di Lampiran B.

5.3

Selain daripada aktiviti‐aktiviti yang dinyatakan di atas, dari semasa ke semasa Jabatan ini juga akan terus merancang dan merangka pelbagai aktiviti lain yang difikirkan lebih berkesan, 12


mantap dan relevan dengan situasi semasa. Selain itu, Jawatankuasa Kelab Rukun Negara yang akan ditubuhkan di sekolah juga digalakkan untuk melaksanakan aktiviti yang menjurus kepada peningkatan penghayatan dan pengamalan nilai‐ nilai yang terkandung dalam Rukun Negara serta pengukuhan semangat patriotisme, perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid. 6.

SUMBER KEWANGAN

6.1

Peruntukan daripada pihak pentadbiran sekolah (menggunakan peruntukan kokurikulum sedia ada);

6.2

Peruntukan daripada Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri;

6.3

Sumbangan daripada pihak PIBG Sekolah;

6.4

Sumbangan

daripada

agensi‐agensi

kerajaan,

pertubuhan‐

pertubuhan bukan kerajaan dan swasta; 6.5

Perkongsian bijak dengan agensi‐agensi kerajaan, pertubuhan‐ pertubuhan bukan kerajaan dan swasta; dan

6.6

Sumbangan individu dan lain‐lain yang difikirkan sesuai.

7.

KESIMPULAN

Bagi mencapai matlamat untuk membina bangsa Malaysia yang bersatu padu selaras dengan wawasan negara, penubuhan Kelab Rukun Negara akan menjadi pemangkin kepada proses untuk mencapai perpaduan yang unggul di negara ini. Justeru, peranan Kelab Rukun Negara dari semasa 13


ke semasa akan diperkemas dan diperkukuhkan lagi supaya pencapaian matlamat tersebut dapat direalisasikan. Pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan (4P) terhadap falsafah Rukun Negara perlu dipertingkatkan terutamanya di kalangan murid untuk menjadikan mereka sebagai rakyat yang lebih bertanggungjawab dan prihatin dalam sebuah negara majmuk. Bagi mencapai matlamat ini, Jabatan Perpaduan Negara akan mewujudkan kerjasama erat dan berterusan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

14


PERATURAN‐PERATURAN KELAB RUKUN NEGARA 1.

PENDAHULUAN

1.1

Penubuhan Kelab Rukun Negara adalah diwajibkan kepada semua sekolah rendah dan menengah.

1.2

Pelaksanaan kelab ini di sekolah rendah dan menengah akan dikendalikan oleh murid dengan bimbingan guru kelab/pihak sekolah.

1.3

Kelab yang ditubuhkan di sekolah akan dipantau oleh satu jawatankuasa yang dibentuk di peringkat kebangsaan dan negeri. Selain memantau, jawatankuasa ini juga bertanggungjawab kepada perancangan aktiviti, garis panduan, peraturan dan segala perkara yang berkaitan dengan Kelab Rukun Negara.

2.

PROSEDUR PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

2.1

Pengetua/Guru Besar hendaklah melantik Jawatankuasa Penaja di peringkat sekolah masing‐masing.

2.2

Jawatankuasa Penaja tersebut hendaklah mengemukakan satu permohonan penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah masing‐ masing.

15


2.3

Setelah menerima kelulusan daripada pendaftar, Pengetua/Guru Besar, Jawatankuasa ini perlu memanggil satu mesyuarat agung untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara dan memilih ahli‐ahli jawatankuasa.

2.4

Jawatankuasa Penaja hendaklah dibubarkan setelah terbentuknya Jawatankuasa Kelab Rukun Negara sekolah melalui mesyuarat agung.

2.5

Jawatankuasa hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada Pengetua/Guru Besar dalam tempoh 14 hari laporan‐laporan seperti berikut:‐

i)

Perlembagaan kelab;

ii)

Senarai Ahli Jawatankuasa dan minit mesyuarat agung;

iii)

Senarai aktiviti utama kelab; dan

iv)

Laporan Kewangan.

2.6

Jawatankuasa Kelab Rukun Negara perlu mengadakan mesyuarat sekurang‐kurangnya 3 kali setahun.

3.

PERATURAN

Peraturan 1: Nama Pertubuhan 1.1

Kelab Rukun Negara ini boleh ditubuhkan sebagaimana yang terkandung dalam Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah 1997. 16


1.2

Nama pertubuhan ini ialah ‘Kelab Rukun Negara’ dan diikuti dengan nama sekolah masing‐masing.

1.3

Alamat pertubuhan adalah alamat sekolah di mana kelab tersebut ditubuhkan.

Peraturan 2 : Objebtif 2.1

Objektif Kelab Rukun Negara ditubuhkan untuk:

2.1.1 Memperkenalkan Rukun Negara kepada murid supaya mereka dapat mengetahui dan memahami falsafah serta prinsip‐prinsip Rukun Negara; 2.1.2 Menyemai prinsip‐prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara di kalangan murid; 2.1.3 Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman murid tentang kepentingan Rukun Negara kepada negara; 2.1.4

Mendidik murid supaya memahami, menghayati dan mengamalkan Rukun Negara;

2.1.5

Menyemai dan mempertingkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan murid berasaskan sikap saling percaya‐ mempercayai,

hormat‐menghormati,

toleransi

dan

kerjasama antara kaum; 17


2.1.6

Mempertingkatkan penghayatan agama yang dianuti;

2.1.7

Mempertingkatkan kefahaman dan menghormati budaya,

adat resam dan pantang larang kaum‐kaum di Malaysia. Peraturan 3 : Keahlian 3.1

Semua murid sekolah rendah dan menengah adalah digalakkan menjadi ahli Kelab Rukun Negara. Justeru, mereka hendaklah terlibat secara aktif dengan aktiviti‐aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab ini.

3.2

Keahlian Kelab Rukun Negara mestilah terdiri daripada pelbagai kaum dan tidak boleh dipelopori oleh satu kaum sahaja kecuali bagi sekolah‐sekolah yang muridnya terdiri daripada satu kaum sahaja.

3.3

Ahli kelab adalah tertakluk kepada peraturan kelab dan berjanji

mentaati perkara‐perkara berikut:‐

3.3.1

Saling hormat‐menghormati di antara satu kaum dengan kaum yang lain sama ada dalam kelab mahupun di mana‐ mana sahaja dan dalam apa jua keadaan. 18


3.3.2

Setiap ahli dikehendaki melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab;

3.3.3

Setiap ahli dilarang mempengaruhi ahli atau orang lain membuat propaganda yang boleh memecah‐belahkan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum;

3.3.4 Setiap ahli dilarang mengamalkan diskriminasi antara kaum dan seterusnya memantau agar amalan tersebut tidak diamalkan. 3.3.5 Setiap ahli dilarang menyentuh atau membicarakan secara terbuka perkara yang sensitif bagi sesuatu kaum; 3.3.6 Berusaha ke arah memelihara semangat perpaduan sehingga menjadi satu budaya di kalangan rakyat Malaysia. Peraturan 4 : Aktiviti 4.1

Kelab Rukun Negara yang ditubuhkan harus melaksanakan aktiviti‐aktiviti berdasarkan kepada lima prinsip Rukun Negara seperti berikut:‐

4.1.1 Kepercayaan Kepada Tuhan

‐ Program/aktiviti yang berbentuk keagamaan;

19


4.1.2 Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara -

Program/aktiviti yang berbentuk patriotisme;

4.1.3 Keluhuran Perlembagaan - Program/aktiviti yang berdasarkan perlembagaan;

4.1.4 Kedaulatan Undang‐Undang

‐ Program/aktiviti yang berkaitan dengan undang‐

undang;

4.1.5 Kesopanan Dan Kesusilaan

‐ Program /aktiviti yang berbentuk pemahaman mengenai

tatasusila dan kebudayaan sesuatu kaum.

4.2.1

Program/aktiviti lain yang difikirkan sesuai seperti dalam Buku Panduan Kelab Rukun Negara.

Peraturan 5 : Pentadbiran 5.1.

Jawatankuasa Induk Kelab Rukun Negara – Peringkat Kebangsaan

Jawatankuasa ini adalah bertanggungjawab dalam menggubal dasar serta menentukan hala tuju Kelab Rukun Negara. 20


Jawatankuasa ini adalah seperti berikut : 1. Penaung Bersama 2. Pengerusi

‐ ‐ ‐ ‐

3.

Timbalan Pengerusi

4.

Setiausaha

‐ ‐

5.

Ahli

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Menteri Pelajaran Malaysia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Pengarah Bahagian Perpaduan Masyarakat dan Integrasi Negara a) Bahagian Perpaduan Masyarakat dan Integrasi Negara b) Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia c) Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia d) Jabatan Penerangan Malaysia e) Bahagian Teknik dan Vokasional 21


f)

Kementerian Pelajaran Malaysia Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri

5.2.

Jawatankuasa Pelaksana Kelab Rukun Negara – Peringkat Negeri Jawatankuasa ini adalah bertanggungjawab dalam pelaksanaan aktiviti Kelab Rukun Negara di peringkat Negeri. Di samping itu, peranannya juga adalah dalam melaksanakan dan memantau pengendalian Kelab Rukun Negara di peringkat daerah dan sekolah‐sekolah.

Jawatankuasa ini adalah seperti berikut: i. ii.

iii.

Penaung

Exco Perpaduan

Pengerusi bersama ‐

Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri/ Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri

Setiausaha

Penolong Pengarah JPNIN Negeri Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri

Ahli

Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Pegawai Pelajaran Daerah/Bahagian

iv.

22


Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian

5.3

Jawatankuasa Peringkat Daerah/Bahagian

1. 2. 3. 5.

Penasihat

Pengerusi Bersama Setiausaha

Ahli

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri/ Pengarah JPNIN Negeri Pegawai Pelajaran Daerah/ Pegawai Perpaduan Daerah Penyelia Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Pembantu Pembangunan Masyarakat JPNIN

Pengetua/Guru Besar (yang dilantik)

5.4

Jawatankuasa Peringkat Sekolah Keanggotaan Jawatankuasa Kelab Rukun Negara di peringkat sekolah adalah seperti berikut: i) ii)

Penaung Penasihat

‐ ‐

iii) iv) v) vi)

Penyelaras Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha

‐ ‐ ‐ ‐

Pengetua/Guru Besar Penolong Kanan Kokurikulum Guru Penasihat Seorang murid Seorang murid Seorang murid 23


vii) viii) ix) x)

Penolong Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa Juru Audit Dalam

‐ ‐ ‐ ‐

Seorang murid Seorang murid 10 orang murid 2 orang (seorang guru dan seorang murid)

Jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari adalah Jawatankuasa Eksekutif yang dilantik melalui Mesyuarat Agung Tahunan yang perlu diadakan sebelum 31 Mac setiap tahun. Jawatan Juru Audit Dalam dilantik oleh Pengetua atau Guru Besar.

Peraturan 6 : Tugas Jawata tankuasa Pengerusi

‐ ‐

Timbalan Pengerusi

Merapatkan hubungan dengan Kelab‐ kelab Rukun Negara yang lain. Berhubung dengan Pejabat Perpaduan Negeri / Daerah / Bahagian untuk mendapatkan bahan penerbitan dan sebagainya. Lain‐lain tugas pentadbiran kelab. Bertanggungjawab kepada Pengerusi.

Membantu Pengerusi mentadbir kelab.

Mempengerusikan ketiadaan Pengerusi.

Bertanggungjawab ke atas keseluruhan perjalanan kelab. Mempengerusikan mesyuarat kelab. Menyusun dan merangka aktiviti kelab.

kelab

semasa 24


Setiausaha

‐ ‐

Penolong Setiausaha

Bendahari

AJK

Membantu Pengerusi merancang aktiviti kelab. Tugas‐tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi. Mencatat minit mesyuarat. Menyediakan laporan kegiatan dan aktiviti. Menguruskan urusan surat‐menyurat. Menyimpan dan merekodkan segala fail‐ fail kelab. Tugas‐tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi. Membantu Setiausaha menjalankan tugas‐tugas kesetiausahaan. Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaan Setiausaha. Bertanggungjawab menguruskan urusan kewangan kelab. Menyimpan dan merekodkan segala urusan kewangan kelab. Mengusahakan sumber kewangan kelab. Tugas‐tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi. Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pengerusi/Timbalan Pengerusi. Membantu Jawatankuasa Eksekutif menjalankan urusan kelab. Menghadiri mesyuarat kelab apabila dipanggil. Membantu Pengerusi menambah keahlian kelab. Membantu pengerusi menjalankan aktiviti kelab. Tugas‐tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi.

25


Juru Audit Dalam

Memeriksa dan mengesahkan penyata perbelanjaan Kelab Rukun Negara sekurang‐kurangnya dua kali setahun.

Peraturan 7 : Peraturan Pengurusan Kewangan Kelab Rukun Negara 7.1 Akaun bagi tiap‐tiap kelab di sekolah dan hendaklah di bawah kawalan Pengetua /Guru Besar. 7.2 Pengetua/Guru Besar hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu akaun yang sewajarnya dan hendaklah menyimpannya di bawah jagaannya bagi tempoh tidak kurang dari enam bulan setelah berakhir tiap‐tiap tahun kewangan dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh pihak pendaftar. 7.3 Apa‐apa tajaan atau kutipan derma bagi setiap kelab di sekolah hendaklah mendapat kelulusan Pengetua/Guru Besar Peraturan 8 : Mesyuarat Agung 8.1

Setiap Kelab Rukun Negara hendaklah mengadakan mesyuarat agung pada setiap tahun.

8.2

Peranan Mesyuarat Agung

a)

Memilih Jawatankuasa Kelab; 26


b)

Membentangkan Laporan Tahunan Kelab;

c)

Membentangkan Penyata Kewangan Kelab;

d)

Menerima dan meluluskan usul dan resolusi;

e)

Hal‐hal lain.

Peraturan 9: 9.1 Jawatankuasa Induk Kelab Rukun Negara berhak untuk membatal, meminda dan menambah mana‐mana peraturan yang terkandung di dalam buku ini pada bila‐bila masa dan tanpa terikat kepada mana‐ mana pihak.

27


28


PRINSIP 1: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN BIL 1.

2.

3.

AKTIVITI LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA

MEMPAMERK AN PRINSIP‐ PRINSIP RUKUN NEGARA NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN ’NEGARAKU’ DAN NEGERI

STRATEGI PELAKSANAAN

OBJEKTIF Supaya murid sentiasa menghayati falsafah serta prinsip‐prinsip Rukun Negara

Supaya murid sentiasa mengingati prinsip‐prinsip Rukun Negara.

Menyemai rasa cinta dan bangga terhadap raja dan negara

Arahan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. (KPM)

Setiap perhimpunan sekolah.

Hari Korikulum

Majlis rasmi.

Sambutan Bulan Kemerdekaan

Sambutan Bulan Perpaduan.

Kumpulan pembaca ikrar terdiri daripada pelbagai kaum.

• • • •

• •

Di pintu masuk hadapan sekolah. Sudut khas dalam kelas dan pejabat. Mural di dinding Papan kenyataan Semasa majlis sekolah. Setiap perjumpaan kelab.

TINDAKAN

• • • •

Pengetua/ Guru Besar Semua murid AJK Kelab Rukun Negara Pegawai Perpaduan Daerah (Pemantauan)

• •

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

• •

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

29


BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

4.

FORUM‐ MEMAHAMI KEPELBAGAIAN AGAMA

1. Memperkenalkan nilai‐ nilai sejagat dalam agama. 2. Menghormati kepercayaan agama lain. 3. Menghormati penganut‐ penganut agama lain. 1. Mendedahkan nilai‐nilai sejagat dalam agama. 2. Menerapkan unsur‐unsur positif dalam kehidupan.

5.

6.

CERAMAH‐ Penerapan nilai sejagat dalam agama

PERTANDINGAN PIDATO/DEBAT PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

1. Mengasah minda dan mencungkil bakat murid 2. Memupuk minat membaca. 3. Menggalakkan penggunaan ICT untuk mencari bahan.

STRATEGI PELAKSANAAN •

Menjemput ahli panel yang mewakili agama masing‐masing.

TINDAKAN

• •

Semua murid AJK KRN

Menjemput panel penceramah bertauliah daripada JPNIN, KPM dan Jabatan Penerangan Malaysia. Pertandingan terbuka kepada setiap murid. Sempena Bulan Kemerdekaan / Bulan Perpaduan Peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.

• • •

Pengetua/Guru Besar PIBG JPNIN

• • • •

KPM JPNIN Sekolah AJK KRN

30


BIL

AKTIVITI

7.

LAWATAN KE RUMAH‐RUMAH IBADAT

8.

MERAIKAN HARI PERAYAAN PELBAGAI KAUM

OBJEKTIF 1. Mengenali secara lebih dekat rumah‐ rumah ibadat penganut agama lain. 2. Menyemai perasaan/sikap menghormati prinsip kebebasan beragama di kalangan setiap warganegara.

Mendedahkan murid kepada pelbagai hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai dan Pesta Kaamatan.

STRATEGI PELAKSANAAN •

Menganjurkan lawatan ke rumah‐ rumah ibadat yang dibuka untuk lawatan/seperti di Masjid Negara/Putrajaya, Batu Caves Selangor, Sam Poh Tong di Ipoh, Perak.

Mendapatkan kebenaran bertuulis daripada ibu bapa.

Mendapat kebenaran daripada rumah‐ rumah ibadat.

Mengadakan majlis sambutan di sekolah. Murid digalakkan melibatkan diri di dalam aktiviti‐ aktiviti yang dianjurkan.

TINDAKAN

• •

• •

Sekolah AJK KRN

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

Program dianjurkan dalam bulan‐bulan berkaitan.

31


BIL 9.

10.

11.

AKTIVITI

OBJEKTIF

PERTANDINGAN PENYEDIAAN FOLIO/BUKU SKRAP

KEM BINA INSAN

BAHAN PENERBITAN

1. Memupuk sikap mencintai dan menghargai anugerah Tuhan di kalangan murid. 2. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada murid tentang kesan terhadap alam sekitar akibat daripada perbuatan manusia. 3. Menggalakkan penggunaan ICT untuk mencari bahan.

Mempertingkatkan kerohanian dan nilai‐nilai murni di kalangan murid.

Mempertingkatkan kerohanian dan nilai‐nilai murni di kalangan murid.

STRATEGI PELAKSANAAN •

Pertandingan Buku Skrap tentang kepercayaan kepada Tuhan.

Sebelum dan selepas Hari Perayaan Agama; contoh: pada hari Maulidur Rasul.

Mengumpul bahan‐bahan berkaitan dengan keindahan dan kemusnahan alam ciptaan Tuhan.

TINDAKAN

Guru Agama/Guru Pendidikan Moral AJK KRN

Mengadakan ceramah, forum, bengkel dan sebagainya. Mengadakan ceramah, forum, bengkel dan sebagainya.

• • •

• • •

Pengetua/Guru Besar AJK KRN JPNIN

Pengetua/Guru Besar AJK KRN JPNIN

32


PRINSIP 2: KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA BIL 1.

AKTIVITI

STRATEGI PELAKSANAAN

OBJEKTIF

LAFAZ IKRAR Supaya murid sentiasa RUKUN NEGARA menghayati falsafah serta prinsip – prinsip Rukun Negara

Arahan daripada KPM.

Setiap perhimpunan sekolah.

Hari Kokurikulum.

Majlis rasmi.

Sambutan Bulan Perpaduan.

Kumpulan pembaca ikrar terdiri daripada murid pelbagai kaum.

TINDAKAN

• • • • •

Pengetua/Guru Besar Semua murid AJK Kelab Rukun Negara (KRN) Pegawai Perpaduan Daerah (Pemantauan)

2.

NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN ’NEGARAKU’ DAN NEGERI

Menyemai rasa cinta dan bangga terhadap raja dan negara.

Semasa majlis sekolah. Setiap perjumpaan kelab.

• Pengetua/Guru Besar • AJK KRN

33


BIL 3.

AKTIVITI LAWATAN

STRATEGI PELAKSANAAN

OBJEKTIF Memberi pendedahan mengenai Sistem Pemerintahan Raja Berperlembagaan.

Lawatan ke Istana, Muzium DiRaja dan Muzium Negeri

Lawatan Integrasi semasa Hari Keputeraan Agong.

Lawatan semasa Persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

TINDAKAN

• •

Semua murid AJK KRN

4.

PERTANDINGAN 1. BUKU SKRAP/FOLIO SALASILAH KESULTANAN 2. NEGERI

Menyemai rasa cinta dan bangga kepada Raja dan Negara. Memberi pendedahan mengenai sistem pemerintahan negeri‐ negeri di Malaysia. 3.

Bersifat pertandingan

Kerja kumpulan.

Dijalankan di peringkat sekolah.

• Pengetua/Guru Besar • AJK KRN

34


BIL

AKTIVITI

5.

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG DAN BENDERA NEGERI

STRATEGI PELAKSANAAN

OBJEKTIF Menyemai dan memupuk semangat patriotisme di kalangan murid.

Mengadakan majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Bendera Negeri.

Nyanyian lagu Jalur Gemilang dan patriotik

Tayangan gambar berunsurkan patriotik untuk semua kaum.

Ahli KRN menyertai Perbarisan sempena ulang tahun Hari Kemerdekaan.

Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan.

Majlis rasmi yang lain.

TINDAKAN

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

JPNIN

6.

PENGKISAHAN SEJARAH NEGARA OLEH TOKOH‐TOKOH NEGARA DAN TEMPATAN

1. Mengingati dan menghayati sejarah dan pembangunan negara. 2. Menghargai jasa‐jasa pemimpin negara.

Bersifat pertandingan

Kerja kumpulan.

Dijalankan di peringkat sekolah.

Pengetua/Guru Besar • AJK KRN

35


BIL 7.

AKTIVITI PAMERAN (Sejarah Negara)

STRATEGI PELAKSANAAN

OBJEKTIF 1. Mengenali dan menghayati sejarah negara. 2. Memupuk perasaan cintakan negara. 3. Menghargai jasa‐jasa pemimpin tempatan dan pejuang negara.

TINDAKAN

Mengadakan pameran.

Menyediakan bahan.

Mengadakan lawatan ke pameran yang dianjurkan oleh agensi‐agensi lain.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

8.

PERTANDINGAN 1. Mencungkil bakat. KEBUDAYAAN/ KESENIAN DAN 2. Membentuk keyakinan WARISAN diri.

Menguruskan pertandingan:‐ a) puisi

• Pengetua/Guru Besar • AJK KRN

b) drama

36


BIL

AKTIVITI

STRATEGI PELAKSANAAN

OBJEKTIF 3. Memberi pendedahan kepada murid tentang kebudayaan dan kesenian kaum‐kaum lain.

TINDAKAN

c)

mencipta lagu patriotik

d)

menyanyi

e)

tarian

f)

buku skrap

g)

cerpen

h)

kata bestari kenegaraan

i)

pertandingan pertandingan lain yang difikirkan sesuai dan selaras dengan prinsip‐ prinsip Rukun Negara.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

9.

KARNIVAL PATRIOTIK

1. Memupuk semangat patriotik dan menyuburkan semangat perpaduan di kalangan murid. 2. Menyemarakkan jati diri murid.

Koir, sajak, pentomen dan sebagainya.

• Pengetua/Guru Besar • AJK KRN

37


PRINSIP 3: KELUHURAN PERLEMBAGAAN BIL 1.

AKTIVITI

STRATEGI PELAKSANAAN

OBJEKTIF

LAFAZ IKRAR Supaya murid sentiasa RUKUN NEGARA menghayati falsafah serta prinsip – prinsip Rukun Negara

TINDAKAN

Arahan daripada KPM.

Setiap perhimpunan sekolah.

Hari Kokurikulum.

Majlis rasmi.

Sambutan Bulan Kemerdekaan

Sambutan Bulan Perpaduan.

Kumpulan pembaca ikrar terdiri daripada murid pelbagai kaum.

• •

Pengetua/Guru Besar Semua murid AJK Kelab Rukun Negara (KRN) Pegawai Perpaduan Daerah (Pemantauan)

2.

NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN ’NEGARAKU’ DAN NEGERI

Menyemai rasa cinta dan bangga terhadap raja dan negara.

Semasa majlis sekolah. Setiap perjumpaan kelab.

Pengetua/Guru Besar • AJK KRN

38


BIL 3.

AKTIVITI CERAMAH

STRATEGI PELAKSANAAN

OBJEKTIF Memberi kesedaran dan kefahaman tentang keluhuran perlembagaan/pembentuk an perlembagaan/kontrak sosial.

TINDAKAN

Semasa kempen/ minggu kesedaran sivik.

Salah satu aktiviti Kursus Kepimpinan/ Perkhemahan.

Salah satu aktiviti Bulan Patriotisme.

Semua murid AJK KRN JPNIN

4.

5.

LAWATAN KENEGARAAN

1. Memberi peluang kepada murid menyaksikan proses sistem perundangan Negara dijalankan. 2. Mempertingkatkan kefahaman murid mengenai sistem perundangan negara.

KUIZ / PERBAHASAN (PERLEMBAGAAN)

1. Memupuk kemahiran pengucapan awam. 2. Menilai/menguji tahap pengetahuan murid tentang perlembagaan.

Menganjurkan lawatan ke Sidang Dewan Undangan Negeri/Parlimen

• Pengetua/Guru Besar • AJK KRN

Menganjurkan lawatan pertandingan peringkat sekolah/daerah

• Pengetua/Guru Besar • AJK KRN

39


BIL 6.

7.

AKTIVITI PERKHEMAHAN (MOTIVASI)

PERMAINAN BERASASKAN PRINSIP KETIGA RUKUN NEGARA

STRATEGI PELAKSANAAN

OBJEKTIF 1. Memupuk sifat‐ sifat kepimpinan berlandaskan prinsip‐prinsip Rukun negara. 2. Meningkatkan pengetahuan murid tentang sistem perlembagaan negara. 1. Menggalakkan integrasi kaum. 2. Memupuk perpaduan dan nilai kerjasama. 3. Menambah pengetahuan dan pengalaman tentang sistem perlembagaan negara.

Aktiviti luar sekolah/ceramah motivasi.

Kerjasama dengan agensi kerajaan / swasta.

TINDAKAN

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

Permainan Mencari Harta Karun (Treasure Hunt)

’Clue’ yang digunakan berdasarkan sistem perlembagaan negara.

Pelaksanaan agensi‐agensi kerajaan/swasta.

• Pengetua/Guru Besar • AJK KRN

40


BIL 8.

9.

AKTIVITI PERTANDINGAN MENULIS

DRAMA / SKETSA

STRATEGI PELAKSANAAN

OBJEKTIF 1. Memupuk kemahiran kreatif menulis tentang isu‐isu perlembagaan negara. 2. Mencungkil bakat‐ bakat dalam bidang berkaitan. 3. Kesedaran tentang isu‐isu semasa perlembagaan negara. 1. Memupuk daya kreativiti. 2. Menghayati sistem perlembagaan negara. 3. Sebagai pemangkin percambahan fikiran. 4. Menggalakkan integrasi kaum.

Pertandingan Menulis Esei Cerpen / Puisi peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan

TINDAKAN

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

Berkala

Dalam bentuk pertandingan.

Berkala

• Pengetua/Guru Besar • AJK KRN

41


BIL 10.

AKTIVITI FORUM PERLEMBAGAAN

STRATEGI PELAKSANAAN

OBJEKTIF 1. Meningkat pengetahuan tentang perlembagaan. 2. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman. 3. Memperjelaskan isu‐isu semasa yang timbul (kurang difahami/keliru)

TINDAKAN

Dianjurkan di peringkat sekolah.

Kerjasama dengan agensi luar.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN JPNIN

11.

PERTANDINGAN BUKU SKRAP

1. Memupuk daya kreativiti murid. 2. Kesedaran tentang isu‐isu semasa dalam sistem perlembagaan.

Bersifat pertandingan.

Kerja kumpulan

Peringkat sekolah.

• Pengetua/Guru Besar • AJK KRN

42


BIL

AKTIVITI

12.

PAMERAN KENEGARAAN

STRATEGI PELAKSANAAN

OBJEKTIF 1. Memupuk daya kreativiti murid.

Kerja keumpulan untuk mengendalikan pameran.

Menonjolkan pencapaian individu/syarikat yan berjaya.

Melibatkan PIBG.

2. Kesedaran isu‐isu semasa dalam sistem perlembagaan.

TINDAKAN • Pengetua/Guru Besar • AJK KRN

. 13.

BULAN KEMERDEKAAN

1. Memupuk kesedaran kebangsaan yang merangkumi Prinsip Rukun Negara. 2. Menghayati idea kebebasan dan demokrasi. 3. Mengetahui tentang latar belakang kronologi penggubalan perlembagaan Malaysia. 4. Memupuk semangat setia dan cintakan negara

Kerja keumpulan untuk mengendalikan pameran.

Menonjolkan pencapaian individu/syarikat yan berjaya.

Melibatkan PIBG.

Menganjurkan aktiviti‐aktiviti yang boleh menyemarakkan semangat patriotisme. Contoh: Pertandingan mencipta lagu patriotik, melukis poster dan lain‐ lain.

• Pengetua/Guru Besar • AJK KRN

.

43


BIL 14.

15.

AKTIVITI MENGADAKAN AKTIVITI ALA MINI PARLIMEN DI SEKOLAH

BULAN KESEDARAN PERLEMBAGAAN

STRATEGI PELAKSANAAN

OBJEKTIF 1. Mencungkil bakat murid sebagai pemimpin negara. 2. Memberi kebebasan membahas isu penting untuk pembangunan negara. 1. Memberi kesedaran dan kefahaman tentang pembentukan perlembagaan/kelu huran perlembagaan/kont rak sosial 2. Memperjelaskan isu‐isu yang timbul yang kurang difahami/keliru. 3. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman.

Melibatkan semua murid

Peringkat antara sekolah.

.

Mempamerkan naskhah Perlembagaan Negeri/Persekutua n dalam Pusat Sumber Sekolah dan di papan kenyataan.

Menganjurkan ceramah mengenai perlembagaan daripada agensi‐ agensi yang terlibat.

TINDAKAN • Pengetua/Guru Besar • AJK KRN

Pengetua/Guru Besar • AJK KRN • JPNIN

.

44


BIL 16.

AKTIVITI

STRATEGI PELAKSANAAN

OBJEKTIF

KUIZ KELUHURAN PERLEMBAGAAN

1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid tentang perlembagaan negara.

Penyeragaman dalam penyediaan soalan kuiz.

Hadiah disediakan oleh JPN KPM/JPNIN.

TINDAKAN • Pengetua/Guru Besar • AJK KRN

.

45


PRINSIP 4: KEDAULATAN UNDANG‐UNDANG BIL 1.

AKTIVITI

STRATEGI PELAKSANAAN

OBJEKTIF

LAFAZ IKRAR Supaya murid sentiasa RUKUN NEGARA menghayati falsafah serta prinsip – prinsip Rukun Negara

TINDAKAN

Arahan daripada KPM.

Setiap perhimpunan sekolah.

Hari Kokurikulum.

Majlis rasmi.

Sambutan Bulan Kemerdekaan

Sambutan Bulan Perpaduan.

Kumpulan pembaca ikrar terdiri daripada murid pelbagai kaum.

• •

Pengetua/Guru Besar Semua murid AJK Kelab Rukun Negara (KRN) Pegawai Perpaduan Daerah (Pemantauan)

2.

NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN ’NEGARAKU’ DAN NEGERI

Menyemai rasa cinta dan bangga terhadap raja dan negara.

Semasa majlis sekolah. Setiap perjumpaan kelab.

Pengetua/Guru Besar • AJK KRN

46


BIL

AKTIVITI

3.

KEMPEN MENDAULATKAN UNDANG‐UNDANG NEGARA DAN PERATURAN SEKOLAH

OBJEKTIF 1. Memberi kesedaran tentang kepentingan undang‐undang serta penghayatan terhadap tugas‐ tugas penguatkuasa. 2. Menghayati cara undang‐undang dipraktikan. 3. Mengetahui cara‐ cara penggubalan dasar‐dasar dan peraturan tertentu.

STRATEGI PELAKSANAAN •

Syarahan semasa perhimpunan sekolah.

Mempamerkan keratan akhbar di papan kenyataan.

Pertandingan buku skrap pertandingan melukis/fotografi.

Menganjurkan pameran dengan kerjasama agensi‐ agensi yang berkaitan seperti PDRM, Majlis Perbandaran, Pihak Berkuasa Tempatan dan AADK.

TINDAKAN

• •

Semua murid AJK KRN

4.

MINGGU KESEDARAN SIVIK

1. Menghayati nilai‐ nilai murni. 2. Pemahaman terhadap tugas‐ tugas penguatkuasa undang‐undang.

• •

Pengetua/Guru Besar AJK KRN Agensi Berkaitan

47


BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PELAKSANAAN •

Tayangan Multimedia/slaid berkenaan tugas‐ tugas unit penguatkuasa undang‐undang.

Bahan dibekalkan oleh Unit‐unit Majlis Perbandaran/Piha k Berkuasa Tempatan/PDRM/ JPJ/Jabatan Penerangan Malaysia.

Menganjurkan lawatan ke Mahkamah Penguasa Tempatan.

5.

LAWATAN

1. Kesedaran tentang implikasi melanggar undang‐undang. 2. Melihat sendiri cara‐cara pentadbiran tempat berkenaan.

Lawatan ke institusi‐institusi pemulihan seperti Pusat Serenti/sekolah pemulihan akhlak dan sebagainya.

TINDAKAN

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

48


BIL 6.

AKTIVITI PERMAINAN (EXPLOLAW)

OBJEKTIF 1. Menggalakkan interaksi murid pelbagai kaum. 2. Memberi pengalaman tentang pelaksanaan undang‐undang.

STRATEGI PELAKSANAAN •

Permainan mengenali peraturan sekolah/undang‐ undang negara.

TINDAKAN

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

Kerjasama dengan agensi kerajaan / swasta.

49


PRINSIP 5: KESOPANAN DAN KESUSILAAN BIL 1.

AKTIVITI

STRATEGI PELAKSANAAN

OBJEKTIF

LAFAZ IKRAR Supaya murid sentiasa RUKUN NEGARA menghayati falsafah serta prinsip – prinsip Rukun Negara

TINDAKAN

Arahan daripada KPM.

Setiap perhimpunan sekolah.

Hari Kokurikulum.

Majlis rasmi.

Sambutan Bulan Kemerdekaan

Sambutan Bulan Perpaduan.

Kumpulan pembaca ikrar terdiri daripada murid pelbagai kaum.

• •

Pengetua/Guru Besar Semua murid AJK Kelab Rukun Negara (KRN) Pegawai Perpaduan Daerah (Pemantauan)

2.

NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN ’NEGARAKU’ DAN NEGERI

Menyemai rasa cinta dan bangga terhadap raja dan negara.

Semasa majlis sekolah. Setiap perjumpaan kelab.

Pengetua/Guru Besar • AJK KRN

50


BIL 3.

AKTIVITI SEMINAR / FORUM/ CERAMAH

STRATEGI PELAKSANAAN

OBJEKTIF

1. Memperkenalkan dan memupuk prinsip‐prinsip Rukun Negara di kalangan murid. 2. Mempertingkatkan kesedaran murid tentang nilai‐nilai murni dalam masyarakat.

TINDAKAN

Menjemput penceramah dari agensi kerajaan/ swasta dan lain‐ lain.

Pertandingan Syarahan (wujudkan piala) di peringkat sekolah/daerah.

KPM JPNIN JPN Biro Tata Negara

Ceramah mengenai kesopanan dan kesusilaan untuk pemimpin‐ pemimpin murid:‐ -

Pengawas

-

Ketua Kelas

-

Pengerusi/AJK Kelab/ Persatuan

Forum mengenai adat resam pelbagai kaum/budaya/ agama.

51


BIL 4.

AKTIVITI LAWATAN

STRATEGI PELAKSANAAN

OBJEKTIF

TINDAKAN

1. Memberi keinsafan dan kesedaran semasa melakukan lawatan ke institusi‐ institusi yang berkenaan. 2. Menyemai dan memupuk nilai‐nilai murni seperti kasih sayang, simpati dan hormat‐menghormati di kalangan murid.

Menganjurkan lawatan ke Rumah Orang Tua, Anak Yatim dan sebagainya.

• •

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

5.

PERKHEMAHAN (MOTIVASI)

3. Memberi pengertian dan menerapkan nilai‐nilai murni bagi mengukuhkan semangat perpaduan kaum.

Penerangan budaya antara kaum. Contoh:‐

• •

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

a) Adat Resam/ Pantang Larang b) Permainan Tradisional/ Sukaneka c) Kebudayaan

52


BIL 6.

7.

AKTIVITI KEMPEN BERBUDI BAHASA

HARI KELUARGA/ HARI IBU BAPA

STRATEGI PELAKSANAAN

OBJEKTIF

TINDAKAN

Memilih murid yang 1. Menentukan pertuturan yang baik terbaik bertutur dan berbudi bahasa. di kalangan murid. 2. Menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan semua peringkat umur. 3. Memupuk sikap beradab sopan dikalangan murid. Memupuk dan mengeratkan kasih sayang yang mendalam antara ahli keluarga.

Pendedahan dan panduan kepada ibu bapa dan murid di peringkat sekolah. Ibu bapa dan murid akan melaksanakannya di rumah untuk seluruh keluarga.

• •

• • •

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

Pengetua/Guru Besar AJK KRN Ibu Bapa Murid

53


AKTIVITI‐AKTIVITI LAIN BIL 1.

AKTIVITI HARI TERBUKA KELAB RUKUN NEGARA

STRATEGI PELAKSANAAN

OBJEKTIF 1. Meningkatkan minat murid untuk menjadi ahli Kelab Rukun Negara. 2. Mempromosikan Kelab Rukun Negara di kalangan murid pelbagai kaum.

TINDAKAN

Peringkat sekolah, Contoh: gerai jualan dan pameran.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

Pameran Kelab Rukun Negara.

2.

BULAN PENGHAYATAN RUKUN NEGARA

Mengingatkan murid tentang kepentingan Rukun Negara dalam mengekalkan keharmonian kaum di negara ini.

Pelbagai aktiviti ke arah meningkatkan penghayatan Rukun Negara di kalangan murid dilaksanakan.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

3.

PROGRAM PERTUKARAN MURID KE SABAH/SARAWA K/LABUAN/ SEMENANJUNG.

Mengeratkan hubungan antara murid berbilang kaum.

Sekurang‐ kurangnya satu bulan. Peringkat kebangsaan

KPM JPNIN

54


BIL 4.

AKTIVITI LAWATAN INTEGRASI

STRATEGI PELAKSANAAN

OBJEKTIF

TINDAKAN

Lawatan antara sekolah/daerah/ negeri/wilayah.

1. Memupuk semangat setiakawan dan perpaduan di antara murid. • Berkonsepkan 2. Memahami dan Homestay menghayati adat (Program Anak resam sesuatu Angkat). Contoh: kaum. Rumah Panjang Baba dan Nyonya, Perkampungan Melayu dan sebagainya.

• •

Pengetua/Guru Besar AJK KRN JPNIN

5.

KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PERPADUAN

Memupuk semangat • Persembahan / pertunjukkan cintakan kesenian dan tarian/ nyanyian kebudayaan ke arah tradisional. menyatupadukan rakyat pelbagai kaum. • Pameran budaya adat resam pelbagai kaum.

SUKAN

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

6.

1. Menggalak dan memupuk semangat kesukanan di kalangan murid. 2. Memahami dan menghayati adat resam sesuatu kaum.

Menganjurkan:‐

i) Larian Perpaduan

ii) Permainan Tradisional/Sukan eka

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

55


BIL 7.

AKTIVITI PROGRAM PRA LATIHAN KHIDMAT NEGARA

STRATEGI PELAKSANAAN

OBJEKTIF Memupuk semangat • perpaduan dan sahsiah yang tinggi di kalangan murid.

Gotong royong di Rumah Orang Tua/Anak Yatim/Kawasan Rekreasi/Rumah Ibadat dan sebagainya.

• Memberi sumbangan dalam kerja‐kerja kebajikan anjuran agensi kerajaan/swasta.

TINDAKAN

• • • • •

Pengetua/Guru Besar AJK KRN NGO KPM JPNIN JLKN

56


LAMPIRAN C CADANGAN PERANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA 57


CADANGAN PERANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA (ARAHAN: Semua aktiviti yang dilaksanakan MESTILAH berdasarkan kepada lima prinsip Rukun Negara) Bulan Aktiviti Objektif Strategi Tindakan Pelaksanaan 1. Lafaz ikrar Rukun Januari Negara Sila rujuk Lampiran B 2. Nyanyian lagu kebangsaan Sila rujuk Lampiran B ’Negaraku’ dan lagu negeri. 3. Mesyuarat penaja/ 1. Melantik Agung KRN Jawatankuasa Kelab Rukun Negara. 2. Merangka aktiviti tahunan. 3. Mengemukakan aktiviti tahunan/kewan gan kepada Pengetua/ Guru Besar.

● Membuat hebahan ● Poster ● Promosi ● Kain rentang ● Borang keahlian ● Pengumuman dalam perhimpunan sekolah ● Kempen

Guru Penasihat Kelab

58


Bulan Februari

Aktiviti 1. Lafaz ikrar Rukun Negara 2. Nyanyian lagu kebangsaan ’Negaraku’ dan lagu negeri. 3. Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Rukun Negara.

4. Ceramah Rukun Negara (Latar belakang)

Objektif

Strategi Pelaksanaan

Tindakan

Sila rujuk Lampiran B

Sila rujuk Lampiran B

Membincang dan mengelolakan aktiviti sekolah/negeri. (rujuk Lampiran B)

● Kertas kerja ceramah Rukun Negara. ● Pertandingan buku skrap. 1. Melantik Memaklumkan Jawatankuasa kepada JPNIN Daerah/Negeri Kelab Rukun Negara. untuk 2. Merangka menetapkan aktiviti tahunan. tarikh dan masa yang sesuai untuk mengadakan ceramah.

● Guru Penasihat Kelab ● AJK Kelab ● Guru Penasihat Kelab ● AJK KRN ● JPNIN

59


5. Pertandingan Buku Memupuk Skrap kreativiti murid.

● Guru Penasihat Kelab 6. Pertandingan Mencungkil bakat ● Anjuran JPNIN ● Guru di kalangan murid Ibu Pejabat Penasihat menulis rencana Kelab mengenai dalam bidang perpaduan nasional penulisan rencana ● Syarat‐syarat ● AJK KRN pertandingan ● JPNIN (Peringkat mengenai kebangsaan.) perpaduan dan akan diedarkan Negeri/ integrasi nasional. melalui pihak Ibu KPM Pejabat 7. Hari Thaipusam Sila rujuk Lampiran B 8. Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina (tarikh sambutan mengikut kesesuaian)

Pertandingan, kerja berkumpulan.

Sila rujuk Lampiran B

60


Bulan Mac

Aktiviti 1. Lafaz ikrar Rukun Negara 2. Nyanyian lagu kebangsaan ’Negaraku’ dan lagu negeri 3. Mesyuarat . pertandingan debat perpaduan dan integrasi nasional peringkat sekolah. 4. Pertandingan debat perpaduan dan integrasi nasional peringkat sekolah. (tarikh pertandingan mengikut kesesuaian.)

Objektif

Strategi Pelaksanaan

Tindakan

Sila rujuk Lampiran B

Sila rujuk Lampiran B

Sila rujuk Lampiran B

Sila rujuk Lampiran B

61


BULAN April

Mei

Jun

Julai

AKTIVITI / PERAYAAN

TINDAKAN

1. Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W ● Guru (Maulidur Rasul) Penasihat 2. Hari Keputeraan Sultan Perak Kelab 3. Hari Keputeraan Sultan Johor ● AJK Kelab 1. Sambutan Bulan Perpaduan peringkat ● Guru kebangsaan dan Negeri (boleh dibincang Penasihat bersama dengan JPNIN/Daerah/Bahagian) Kelab 2. Hari Wesak ● AJK Kelab 3. Hari Ulang Tahun Keputeraan Tuanku Raja Perlis 4. Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) 5. Bengkel Kelab Rukun Negara Peringkat Kebangsaan 1. Perayaan Hari Dayak (Gawai) ● Guru 2. Hari Keputeraan S. P. B. Yang di‐Pertuan Penasihat Agong Kelab ● AJK Kelab

1. Harijadi T. Y. T. Yang di‐Pertua Negeri Pulau Pinang 2. Hari Keputeraan Tuanku Yang di‐Pertuan Besar Negeri Sembilan 3. Hari Keputeraan Sultan Johor

● Guru Penasihat Kelab ● AJK Kelab

Ogos

1. Pelancaran Perayaan Bulan Kemerdekaan 2. Ulang tahun kemerdekaan negara 3. Kempen Kibar Jalur Gemilang 4. Peristiwa Israk dan Mikraj

● Guru Penasihat Kelab ● AJK Kelab

62


BULAN

AKTIVITI / PERAYAAN

September

1. Harijadi T. Y. T. Yang di‐Pertua Negeri Sarawak 2. Hari Pembentukan Malaysia (16 September 1963) 3. Harijadi T. Y. T. Yang di‐Pertua Negeri Sabah 4. Umat Islam menjalani ibadah puasa 1. Harijadi T. Y. T. Yang di‐Pertua NegeriSarawak 2. Hari Pembentukan Malaysia (16 September 1963) 3. Harijadi T. Y. T. Yang di‐Pertua Negeri Sabah 4. Umat Islam menjalani ibadah puasa

Oktober

TINDAKAN ● Guru Penasihat Kelab ● AJK Kelab

● Guru Penasihat Kelab ● AJK Kelab

63


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.