TEACH-IN SESSION 2013 MANUAL PENILAIAN IMPAK SOSIAL BAGI PROJEK PEMBANGUNAN 18 SEPTEMBER 2013 GRAND BLUE WAVE, SHAH ALAM Aspek sosial bagi sesebuah projek pembangunan sememangnya telah menjadi agenda yang sangat penting di seluruh dunia. Negara-negara seperti Australia, Eropah, New Zealand dan Amerika Syarikat telah memasukkan dimensi sosial dalam proses perancangan dan membuktikan keperluan tersebut dalam projek pembangunan. Baru-baru ini juga, para perancang bandar, pembuat keputusan, pelaksana projek dan pemimpin politik di negara ini telah mengiktiraf keperluan untuk memahami kesan-kesan sosial sesebuah projek dengan lebih baik lagi. Hampir semua cadangan pemajuan sama ada projek swasta atau sektor awam dijangka boleh menimbulkan kesan sosial kepada masyakarat dan komuniti setempat dalam bentuk positif atau negatif. Ini adalah masanya untuk kita semua memastikan bahawa Penilaian Impak Sosial (SIA) di peringkat projek dimasukkan ke dalam proses perancangan khususnya dalam pemilihan tapak yang dapat meminimakan impak sosial. Selain itu, keperluan untuk memasukkan implikasi sosial dalam mengemukakan Laporan Cadangan Pemajuan, telah dinyatakan di bawah seksyen 21A(1A), Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1972 (Akta 172). Pelaksanaan SIA akan memanfaatkan pihak kerajaan dan juga pihak pelaksana projek sama ada projek swasta atau awam ke arah memastikan bahawa keputusan berkaitan pembangunan dan hasilnya mengambil kira impak-impak sosial.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia Federal Department of Town and Country Planning Malaysia
OBJEKTIF • • •
Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai SIA; Pendedahan kepada proses SIA dalam pembangunan; dan Untuk mendapatkan maklum balas daripada pelaksana berkait dengan Manual dan pelaksanaan SIA di peringkat projek.
Anggota Tertinggi MSIA Presiden : Tim. President : Setiausaha : Tim. Setiausaha : Bendahari :
Dr. Dahlia Rosly En. Philipose Philips Dr. Susheel Kaur En. Nai Chun Wei Dr. Hamzah B Jusoh
Ketua Jawatankuasa : Pn. Tee Szu Fong Dr. Azmizam Abdul Rashid En. Saiful Azman Dr. Oliver Ling Hoon Leh
Pertubuhan Penilaian Impak Sosial Malaysia Malaysian Association of Social Impact Assessment (MSIA)
malaysianmsia.blogspot.com