Selamat Datang
Selamat datang ke Kisah Pingat Budaya Kami, pameran yang diadakan buat julung-julung kalinya mengenai Pingat Budaya, anugerah tertinggi
Singapura untuk seni.
Tahukah anda bahawa kira-kira 130 orang seniman telah dianugerahkan
Pingat Budaya dalam masa empat dekad? Siapakah mereka? Apakah pencapaian kebudayaan mereka?
Pingat Budaya, yang mula dikurniakan pada 1979, bertujuan untuk mengiktiraf individu yang telah membentuk landskap seni dan budaya
Singapura seperti yang kita ketahui hari ini melalui kecemerlangan mereka.
Mari sertai kami dalam perjalanan melalui Kisah dalam enam bahagian:
Kisah Pingat Budaya Kami
Ikuti garis masa Pingat Budaya
Tonton: Kisah-kisah penuh Inspirasi
Dari mulut mereka sendiri: Para
penerima Pingat Budaya
Baca: Perpustakaan
Baca buku-buku karya para penerima Pingat Budaya kita
dan kisah mengenai mereka.
Berinteraksi: Melihat Lebih Dekat
Ketahui lebih lanjut mengenai
penerima Pingat Budaya kita
Kuiz: Adakah anda Bersedia?
Kenali lebih dekat para penerima
Pingat Budaya kita
Jadual Seni Untuk Anda
Pelbagai kegiatan seni yang
disyorkan untuk anda
Mulakan perjalanan anda di sini:
1. Ambil token
2. Ketik pada cincin yang
menyala untuk berinteraksi
Pemangku Menteri Budaya dan Tetamu Kehormat, Encik Ong
Teng Cheong, semasa berucap di majlis penyampaian anugerah Pingat Budaya 1979 yang julung-julung
kalinya diadakan pada 3 Mac 1980.
Kredit: Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian, ihsan Arkib Negara Singapura
Kisah Pingat Budaya Kami“Seorang seniman adalah orang yang dikurniakan wawasan kemanusiaan dan kesedaran yang luar biasa tentang kehidupan.
Beliau percaya bahawa beliau mempunyai fungsi sosial dan moral dalam masyarakat, dan berusaha untuk menghidupkan pandangan dan pengalaman peribadinya dalam bentuk yang membolehkan orang lain untuk berkongsi.
Oleh itu, seniman mempunyai tanggungjawab pertama kepada diri mereka sendiri untuk
mengembangkan wawasan dan bakat mereka sepenuhnya, dan seterusnya, menggunakan bakat mereka untuk mentafsir dan meluahkan dan akhirnya untuk menghiburkan serta memberi keseronokan estetik kepada sesama manusia.
Banyak yang boleh mereka lakukan untuk mendidik perasaan kita, mengajar emosi mudah yang menyatukan manusia biasa. Sayangnya, potensi ini dan sumbangan berharga mereka sering tidak diiktiraf.
Pelaburan dalam seni, seperti perbelanjaan untuk pendidikan, adalah pelaburan dalam sumber manusia. Pemerintah telah menyediakan dan akan
terus memberi peluang, sokongan dan galakan
kepada seniman muda melalui pelbagai kegiatan yang dianjurkan. Seni memerlukan penonton sama
seperti mereka memerlukan seniman. Penciptaan khalayak yang menghargai, berpengetahuan dan kritis memerlukan bimbingan yang teliti dan penglibatan aktif serta usaha semua sektor dalam masyarakat. Penonton yang lebih berpengetahuan dan menghargai akan mendorong seniman untuk
membuat persembahan ke tahap yang lebih tinggi dan begitu juga sebaliknya.”
- Petikan ucapan Pemangku Menteri
Kebudayaan dan Tetamu Kehormat, Encik Ong Teng Cheong, pada majlis
anugerah Pingat Budaya yang julung
kali diadakan pada 3 Mac 1980.
Pingat Budaya dimulakan sebagai inisiatif
oleh Pemangku Menteri Kebudayaan ketika
itu, Encik Ong Teng Cheong.
Anugerah yang diwujudkan oleh
Kementerian Kebudayaan itu adalah untuk
mengiktiraf individu yang cemerlang dalam
seni visual, seni sastera, seni persembahan dan filem. Ia mengiktiraf sumbangan
dan komitmen para seniman yang telah
memperkaya dan mencorak landskap
seni dan budaya Singapura.
Di samping itu, Bintang Bakti Masyarakat
dan Pingat Bakti Masyarakat kini boleh
diaugerahkan kepada individu atas
pencapaian cemerlang mereka atau
perkhidmatan awam yang membanggakan
dalam bidang seni dan persuratan, sukan dan sains. Pada masa lalu, anugerah itu
hanya diberikan untuk khidmat awam
dalam bidang lain seperti pendidikan, gerakan buruh, pertubuhan amal dan kerja kemasyarakatan.
Anugerah Pingat Budaya yang pertama
dalam 1979 telah dikurniakan kepada
enam orang seniman – Dr Choo Hoey dan David Lim untuk muzik, Madhavi Krishnan
untuk tarian, Bani Bin Buang untuk drama, Wee Beng Chong untuk seni halus dan Profesor Edwin Thumboo untuk sastera.
Majlis Penyampaian Pingat Budaya
yang pertama diadakan di Auditorium Bank Pembangunan Singapura (DBS)
pada 3 Mac 1980.
Kredit: Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian, ihsan Arkib Negara Singapura
Kisah Pingat Budaya KamiTetamu Kehormat, Encik Ong Teng Cheong, menyampaikan anugerah kepada penerima Pingat
Budaya pertama di majlis yang diadakan di Auditorium Bank Pembangunan Singapura (DBS)
pada 3 Mac, 1980. Mereka masing-masing menerima pingat dan sijil.
Anugerah Pingat Budaya 1979
3 Mac 1980
(dari kiri) Choo Hoey, Madhavi Krishnan, Bani Bin Buang, David Lim Kim San dan Wee Beng Chong. Edwin Nadason Thumboo tidak dapat hadir kerana berada di luar negara kerana cuti kerja.
Sumber: The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula
Tonton: Kisah-kisah penuh Inspirasi / Baca: Perpustakaan
Kisah-kisah Inspirasi
Apakah yang memberi inspirasi kepada
penerima Pingat Budaya kita?
Dari mulut mereka sendiri: Penerima
Pingat Budaya kita berkongsi pemikiran
mereka dalam satu siri video yang
dihasilkan oleh NAC sejak 2004.
Ketik token anda jika anda menjumpai video yang anda gemari.
Perpustakaan
Ingin tahu tentang karya-karya oleh/ mengenai penerima Pingat Budaya kita?
Terokai salinan bahan-bahan bacaan di sini. Kembalikan selepas anda selesai membacanya.
Koleksi Lembaga Perpustakaan Negara, Singapura.
Untuk meminjam kebanyakan buku di sini daripada perpustakaan awam
berhampiran anda, pergi ke:
Kisah Pingat Budaya Kami
1982 1981
Anugerah Pingat Budaya 1981
12 September 1981
(dari kiri) Wong Men Won, Lee Hock
Moh, Ng Eng Teng, Goh Soo Khim, Ahmad Bin Ja’afar dan Joanna Wong.
Sumber: The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula
Anugerah Pingat Budaya 1982
29 Oktober 1982
(dari kiri) David Tay Poey Cher, Goh Poh Seng, Leong Yoon Pin, Lin Chen dan Menteri Kebudayaan S. Dhanabalan. Georgette Chen Li
Ying tidak dapat hadir atas sebab kesihatan.
Sumber: The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula
Anugerah Pingat Budaya 1983
16 November 1983
(dari kiri) Menteri Kebudayaan Encik
S. Dhanabalan, Ang Chwee Chai, Vivien Goh, Christopher Allen, dan Arthur Yap Chioh Hiong.
Kredit: Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian, ihsan Arkib Negara Singapura
Anugerah Penaung Seni (PoA) diperkenalkan pada majlis anugerah Pingat Budaya untuk mengiktiraf dan menggalakkan tajaan korporat bagi seni.
Anugerah untuk individu dan organisasi awam ini dikurniakan kepada penaung atas sumbangan kewangan, kemahiran, sumber dan masa yang mereka sumbangkan kepada seni.
Empat penerima - Mobil Oil Singapore, Singapore Airlines (SIA), Lembaga Penggalak Pelancongan Singapura (STPB) dan Singapore Turf Club – telah diberi penghormatan atas sokongan kewangan mereka yang cemerlang.
Di majlis anugerah Pingat Budaya pada 16 November di Pusat Dagangan Dunia, Menteri Kebudayaan S. Dhanabalan berkongsi bahawa sumbangan kewangan daripada organisasi dan institusi perniagaan dan bukan perniagaan telah membantu meningkatkan kesedaran seni serta membolehkan pelaksanaan pelbagai projek kebudayaan yang membawa kesan yang berkekalan.
1985 1984
Kementerian Pembangunan
Masyarakat dibentuk.
Ia mengambil alih fungsi kebudayaan
Kementerian Kebudayaan yang
ditiadakan untuk mengawasi kesenian di Singapura di bawah Bahagian Hal
Anugerah Pingat Budaya 1984 29 Oktober 1984
(dari kiri) Kam Kee Yong, S. Varathan, Thomas Yeo dan Yip Cheong Fun.
Sumber: The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula
Ehwal Kebudayaannya. Ini termasuk pentadbiran Pingat Budaya.
Kisah Pingat Budaya Kami
1987 1986
Anugerah Pingat Budaya 1985
30 Januari 1986
(dari kiri) Tay Chee Toh, Low Ing Sing, Tan Lip Seng dan Lee Tzu Pheng.
Kredit: Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian, ihsan Arkib Negara Singapura
Anugerah Pingat Budaya 1986
10 Februari 1987
(dari kiri) Almahdi Al-Haj Ibrahim
(Nadiputra), Paul Abisheganaden, Goh
Choo San, Pan Shou, Wong Yoon Wah, Menteri Pembangunan Masyarakat Wong
Kan Seng, Teo Eng Seng dan N. Palanivelu.
Sumber: The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula
Kisah Pingat Budaya Kami
1989 1988
Anugerah Pingat Budaya 1987
13 Januari 1988
(dari kiri) Tan Swie Hian, Max Le Blond, Muhammad Ariff Bin Ahmad, Menteri Pembangunan Masyarakat Wong Kan
Seng, Som Bte Mohd Said, Lee Lim dan Teng Mah Seng.
Kredit: Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian
Anugerah Pingat Budaya1988
28 Februari 1989
(dari kiri) Alexander S. Abisheganaden, Chua Soo Bin, Lim Fei Shen, Tay Bin
Wee dan Iskandar Jalil. N Abdul Rahman (Singai Mukilan) tidak dapat hadir atas sebab kesihatan.
Sumber: The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula
Pelan induk kebudayaan yang pertama disiapkan.
Diusahakan oleh Majlis Penasihat
Kebudayaan dan Kesenian (ACCA), ia merupakan pelan hala tuju untuk
merealisasikan wawasan masyarakat yang berkembang maju dari segi budaya.
Antara saranan utamanya termasuk:
Penubuhan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) untuk menerajui bidang kesenian;
Penubuhan pusat seni persembahan
bertaraf dunia; menaik taraf kemudahan
kebudayaan, perpustakaan, muzium dan teater sedia ada;
meningkatkan mutu pendidikan seni;
dan melaksanakan program Seni-dalamPendidikan untuk mendidik pelajar agar
menghargai seni dengan lebih baik.
Proses pemilihan anugerah Pingat
Budaya diperhalusi lagi untuk
memastikan penilaian yang adil dan teliti. Calon-calon dinilai terlebih
dahulu oleh Jawatankuasa Penasihat
Pakar. Saranan-saranannya kemudian
diserahkan kepada Jawatankuasa
Anugerah Kebudayaan yang terdiri
daripada pegawai kanan kementerian
dan individu ternama dalam masyarakat
seni, yang dipengerusikan oleh Menteri
Negara bagi Pembangunan Masyarakat.
Anugerah Pingat Budaya 1989
3 May 1990
(dari kiri) Kuo Pao Kun, Neila
Sathyalingam, Goh Beng Kwan dan Foo Tee Jun.
Kredit: Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian
Kementerian Penerangan dan Kesenian (MITA) dibentuk.
Ia mengambil alih tanggungjawab menggalakkan seni daripada Bahagian Hal Ehwal Kebudayaan
Kementerian Pembangunan Masyarakat, termasuk menyelia anugerah Pingat Budaya.
Satu kategori baharu, Darjah Utama Penaung
Kesenian, disampaikan buat pertama kali di majlis
penganugerahan Pingat Budaya untuk mengiktiraf organisasi atau individu yang telah memberikan sokongan berterusan dan penting untuk kesenian di Singapura.
Menteri Ehwal Luar dan Pembangunan Masyarakat
Wong Kan Seng berkongsi bahawa penyertaan dalam seni harus datang dari semua sektor untuk membina suasana budaya yang lebih rancak dan bersemangat.
Anugerah Darjah Utama Penaung Kesenian
disampaikan kepada Lembaga Penggalak Pelancong
Singapura (STPB) dan Syarikat Penerbangan
Singapura (SIA) pada majlis yang diadakan di Marina Mandarin Ballroom itu pada 3 Mei 1990.
Anugerah Pingat Budaya 1990
25 Mac 1991
(dari kiri) Ong Kim Seng, Han Lao Da, Wu Peng Seng, Santha Bhaskar, Chew Kok Chang, Anthony Poon Kin Soon dan Lim Yau.
Sumber: The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula
Majlis Seni Kebangsaan (NAC) ditubuhkan pada 15 Oktober 1991.
Lembaga berkanun itu diberi tanggungjawab menerajui pembangunan sastera, persembahan dan seni visual di Singapura.
Ini adalah sebagai respons kepada saranansaranan awal dalam pelan induk budaya pertama – laporan oleh Majlis Penasihat
Kebudayaan dan Kesenian (ACCA).
NAC mengambil alih pentadbiran anugerah
Pingat Budaya daripada Kementerian Penerangan dan Kesenian (MITA).
NAC juga mewarisi fungsi agensi yang terlibat dalam seni dan budaya: Yayasan Kebudayaan
Singapura; Bahagian Kebudayaan Kementerian
Pembangunan Masyarakat; Urusetia Pesta Seni; dan Amanah Teater Negara.
Misinya adalah untuk memupuk pembangunan seni dan menjadikan seni sebagai sebahagian daripada kehidupan warga Singapura.
Buat julung-julung kalinya, sebuah panel
16 orang seniman – terdiri daripada
penerima Pingat Budaya serta penerima
Bintang Bakti Masyarakat dan penerima
Pingat – ditubuhkan.
Panel ini berfungsi sebagai jambatan
antara Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan masyarakat seni, menyampaikan nasihat dan maklum balas kepada Majlis.
NAC memperkenalkan Anugerah Seniman
Muda sebagai pelengkap kepada Pingat Budaya.
Ini adalah sebagai memberi semangat kepada para seniman muda di bawah umur 35 tahun dalam mengejar kecemerlangan seni.
Penerima Anugerah Seniman Muda
mendapat geran sebanyak $10,000 untuk digunakan untuk projek atau
pengajian lanjutan dalam bidang seni, dalam tempoh dua tahun mereka menerima anugerah tersebut.
Anugerah Pingat Budaya 1992
9 September 1993
(dari kiri) Jamaludin Jalil (YAA), Lim Jen Erh (YAA), Shane Thio (YAA), Ying E Ding (CM), Phan Wait Hong (CM), Menteri Penerangan dan Kesenian, Brigedier Jeneral George Yeo, Wang Sui Pick (CM), Choo Hwee Lim (CM), Liang Wern Fook (YAA) dan Lee Tiah Khee (YAA).
(CM) - Penerima Pingat Budaya (YAA) - Penerima Anugerah Seniman Muda
Kredit: Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian
1995 1994
Anugerah Pingat Budaya 1993
29 Ogos 1994
(dari kiri) Tay Teow Kiat dan Menteri
Penerangan dan Kesenian, Brigedier Jeneral George Yeo.
Sumber: The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula
Anugerah Pingat Budaya 1995
31 Ogos 1995
(dari kiri) Mohamed Noor Bin Sarman
(YAA), Ghanavenothan Retnam (YAA), Han Sai Por (CM), Baet Yeok Kuan (YAA), Goh Lay Kuan (CM), Nirmala Seshadri
(YAA), Simon Tay Seong Chee ( YAA) dan Lim Seng Tiong (YAA).
(CM) - Penerima Pingat Budaya
(YAA) - Penerima Anugerah Seniman Muda
Sumber: Lianhe Zaobao © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula
1997 1996
Skop Anugerah Pingat Budaya dan Seniman Muda diperluaskan untuk turut meliputi filem. Ini adalah sebagai mengiktiraf sumbangan artistik oleh pembuat filem.
Anugerah Pingat Budaya 1996
30 Ogos 1996
(dari kiri) Lew Poo Chan (Dan Ying) dan Phoon Yew Tien.
Sumber: The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula
Anugerah Pingat Budaya 1997
29 Ogos 1997
(dari kiri) Tan Mei Ching (YAA), Ker Ban Hing (YAA), Lou Mee Wah (CM), Eric Khoo Kim Hai (YAA), Ho Minfong (CM), Lim Poh Teck (YAA), Haresh Sharma (YAA) dan Lim Jing Jing (YAA).
(CM) - Penerima Pingat Budaya
(YAA) - Penerima Anugerah Seniman Muda
Sumber: Lianhe Zaobao © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula
Anugerah Pingat Budaya 1998
18 September 1998
(dari kiri) Menteri Penerangan dan Kesenian, Brigedier Jeneral George Yeo dan Rama Kannabiran.
Kredit: Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian
Anugerah Pingat Budaya 1999
24 September 1999
(dari kiri) Chua Lik Wuk (YAA), Aravinth
Kumarasamy (YAA), Henry Low Swee Kim
(YAA), Chua Ek Kay (CM), Menteri Penerangan
dan Kesenian Lee Yock Suan, Abdul Ghani Bin
Abdul Hamid (CM) , Ang Gey Pin (YAA) dan Chng Nai Wee (YAA).
(CM) - Penerima Pingat Budaya
(YAA) - Penerima Anugerah Seniman Muda
Kredit: Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian
Anugerah Pingat Budaya 2000
22 September 2000
(gambar) Tan Siah Kwee.
Sumber: Tan Siah Kwee
Kisah Pingat Budaya KamiMajlis Seni Kebangsaan mengumumkan sokongan pembiayaan sebanyak $1 juta untuk pemenang
Pingat Budaya dan projek-projek mereka, yang akan diberikan dalam tempoh lima tahun mendatang.
Ini berikutan pelancaran Renaissance City, pelan induk kebudayaan kedua Singapura untuk menjadikan negara ini menjadi sebuah kota seni sejagat yang tersendiri.
Anugerah Pingat Budaya 2001
19 September 2001
(dari kiri) Yan Huichang dan
Tan Kian Por.
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Kisah Pingat Budaya KamiDana Pingat Budaya sebanyak $50,000 diperkenalkan.
Ini adalah untuk menyokong penerima Pingat
Budaya dalam sumbangan artistik mereka kepada
pembangunan seni dan budaya Singapura, serta melibatkan masyarakat di peringkat yang
lebih luas.
Sehingga $200,000 boleh diberikan untuk kerjasama antara dua atau lebih penerima.
Anugerah Pingat Budaya 2002
8 Oktober 2002
(gambar) Jeremy Monteiro.
Sumber: Lianhe Zaobao © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula
Kisah Pingat Budaya KamiMajlis Seni Kebangsaan menerbitkan buku berjudul Narratives: Notes On A Cultural Journey. (Naratif: Catatan Mengenai Perjalanan Kebudayaan)
Buku ini mendokumentasikan pencapaian 76 orang penerima Pingat Budaya dari 1979 hingga 2001, dan menyediakan rujukan berharga kepada para seniman, pengunjung dan pelajar tentang sejarah budaya Singapura.
Terdapat profil khusus untuk setiap penerima, memperincikan perjalanan artistik mereka. Terdapat juga pengenalan mengenai keseluruhan
persada seni di Singapura, diikuti dengan esei mengenai opera Cina, tarian, sastera, muzik, fotografi, teater dan seni visual.
Kisah Pingat Budaya Kami
2004 2003
Anugerah Pingat Budaya 2003
26 September 2003
(dari kiri) Lim Tze Peng, Ong Keng Sen
dan Yeng Pway Ngon.
Sumber: The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula
Anugerah Pingat Budaya 2004
19 Oktober 2004
(gambar) Teo Bee Yen.
Sumber: The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula
Anugerah Pingat Budaya 2005
21 Oktober 2005
(dari kiri) Jack Neo Chee Keong, M. Balakrishnan (Ma Ilangkannan), Chng Seok Tin, Lee Wen dan Dick Lee.
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Kisah Pingat Budaya Kami
Skop Anugerah Pingat Budaya dan Seniman Muda diperluaskan untuk merangkumi lebih banyak genre, termasuk teater teknikal, seni berbilang media dan muzik pop. Fotografi ditakrifkan semula dan termasuk di bawah kategori seni visual.
Ini adalah sebagai respons kepada bentuk dan amalan seni yang semakin bersifat antara dan pelbagai disiplin.
Anugerah Pingat Budaya 2006
20 Oktober 2006
(dari kiri) Pengerusi Majlis Seni
Kebangsaan Edmund Cheng, Menteri
Penerangan, Perhubungan dan
Kesenian Lee Boon Yang, Lynnette
Seah Mei Tsing (CM), Presiden
S.R. Nathan, Tan Choh Tee (CM), Setiausaha Tetap Kementerian
Penerangan, Perhubungan dan
Kesenian Tan Chin Nam dan Ketua
Pegawai Eksekutif Majlis Seni
Kebangsaan Lee Suan Hiang.
(CM) - Penerima Pingat Budaya
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Kisah Pingat Budaya Kami
Pingat Budaya disampaikan oleh Presiden Singapura buat pertama kali dan seterusnya.
Ia menandakan prestij yang sesuai dengan anugerah seni tertinggi negara.
Anugerah Pingat Budaya 2007
19 Oktober 2007
(dari kiri) Presiden S.R. Nathan dan Eric Khoo Kim Hai.
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Kisah Pingat Budaya Kami
Dana Pingat Budaya dinaikkan daripada $50,000 kepada $80,000.
Ini adalah untuk membantu penerima Pingat Budaya memulakan projek baharu dan mencipta karya asli, meningkatkan profil mereka di sini dan di luar negara.
Anugerah Pingat Budaya 2007
19 Oktober 2007
(dari kiri) Presiden S.R. Nathan dan Isa Kamari.
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Anugerah Pingat Budaya 2008
17 Oktober 2008
(dari kiri) Iskandar Mirza Ismail, P. Krishnan dan Chia Hwee Pheng (Xi Ni Er).
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Kisah Pingat Budaya Kami
Adakah anda Bersedia?
Jack Neo, 2005
Filem Jack Neo, Money No Enough, yang diterbitkan pada 1998 memegang rekod untuk filem Singapura dengan kutipan tertinggi selama…
Rekodnya itu dipecahkan pada 2012 oleh Ah Boys To Men yang juga merupakan filem oleh Jack Neo.
Soalan
Santha Bhaskar, 1990
Dalam taridra manakah perintis penari klasik India, Santha Bhaskar, mencipta dan membuat persembahan ketika beliau baru berusia 19 tahun?
Liang Shan Bo dan Zhu Ying Tai (Pencinta Rama-rama)
Macbeth
Liang Shan Bo dan Zhu Ying Tai (Pencinta Rama-rama)
Santha Bhaskar ialah Pengarah Artistik dan Pereka Tari Akademi
Seni Bhaskar. Membuat hubungan dengan bentuk tarian-tarian etnik lain di Singapura telah menjadi sumber inspirasi artistik untuk reka tari beliau.
Dick Lee, 2005
Selain menggubah pelbagai lagu popular seperti lagu Hari Kebangsaan, Home, Dick Lee juga telah menggubah banyak persembahan pentas muzikal yang berjaya. Muzikal pertamanya di Singapura ialah…
Soalan
Beauty World
Ditulis oleh Michael Chiang dengan muzik dan lirik oleh Dick Lee, Beauty World ditayangkan di Pesta Seni 1988. Wonder Boy ialah filem berdasarkan kehidupan Lee yang diterbitkan pada 2017.
Iskandar Blue
Soalan
Iskandar Blue
Iskandar Jalil, 1988
Pakar tembikar dan cikgu Iskandar Jalil seberapa yang boleh lebih suka menggunakan tanah liat tempatan, dan membuat sepuh beliau sendiri.
Malah, beliau telah mencipta sepuh biru khas yang dikenali sebagai…
Swedish Blue
Inspirasi untuk rona biru barium yang terang didapati daripada
keamatan laut semasa lawatan beliau ke Scandinavia untuk mengadakan pemeran solonya, Tembikar Singapura di Galeri
Nasional Stockholm.
Joanna Wong , 1981
Sebagai Pengarah Artistik dan Pelakon Utama
Chinese Theatre Circle (CTC), Joanna Wong
mengetuai kumpulan opera Kantonis untuk
mempersembahkan lebih 2,000 pertunjukan di Singapura dan di seluruh dunia.
Betul Tidak
Soalan
Betul
Joanna Wong merupakan seorang penganjur opera Cina yang tidak mengenal penat. Beliau telah mempelopori penggunaan sari kata bahasa Inggeris untuk mengiringi persembahan CTC bagi manfaat penonton berbahasa Inggeris.
Jeremy Monteiro, 2002
Maestro jazz, Jeremy Monteiro, ialah pemuzik
pertama dari Singapura yang mencapai kedudukan
50 teratas dalam carta jazz Amerika Syarikat pada
2021, dengan album beliau berjudul “Live at No Black Tie Kuala Lumpur”.
Seorang pemain piano jazz, pencipta lagu, vokalis, penerbit dan pendidik, Jeremy Monteiro telah menghasilkan lebih 40 album
solo atas nama beliau.
Soalan Betul Tidak BetulRama Kannabiran, 1998
Seorang perintis dan tokoh terkemuka dalam
golongan sastera Tamil Singapura, karya
Rama Kannabiran sering mencerminkan…
Isu-isu Sosial Tema-Tema Ghaib
Soalan
Isu-isu Sosial
Karya-karya Rama Kannabiran yang meliputi pelbagai genre seperti cerpen, novel, novella dan esei, mencerminkan kehidupan individu daripada kelas sosial yang berbeza, dan kepercayaannya dalam memperjuangkan idea serta moral.
Soalan
Lim Tze Peng, 2003
Seorang seniman yang belajar sendiri, Lim Tze Peng mengembangkan bentuk abstrak gaya kaligrafi yang disebutnya sebagai…
Running Script
Muddled calligraphy
Muddled calligraphy
Kemuncak percubaan berdekad-dekad lamanya, Hu Tu Zi (糊涂字) atau
kaligrafi bercelaru yang dicipta oleh Lim Tze Peng ialah bentuk kaligrafi abstrak yang menggabungkan watak dan subjek, lukisan dan huruf.
Xing Shu 行书 Hu Tu Zi 糊涂字 Hu Tu Zi 糊涂字Pesta Adelaide
Soalan
Pesta Adelaide
Som Said, 1987
Pengasas syarikat seni persembahan terkemuka, Sri Warisan, pakar tarian Som Said menamakan anak tunggalnya sempena…
Cannes Film Festival
Som Said begitu terharu dengan pengalamannya membuat persembahan untuk Singapura di Pesta Adelaide pada tahun 1972 sehingga beliau kemudian menamakan anaknya “Adel”, sempena perayaan itu. Sri Warisan telah menyertai lebih 40 acara antarabangsa dan pesta di seluruh dunia sejak penubuhannya pada tahun 1997.
Kuo Pao Kun, 1990
Pakar dalam teater dwibahasa, Kuo Pao Kun
membantu merapatkan jurang antara teater
berbahasa Inggeris Singapura dengan teater
berbahasa Cina melalui karya-karya beliau.
Beliau telah menulis drama berbilang bahasa
terkenal yang dipanggil…
Mama Mencari Kucingnya
Soalan
Mama Mencari Kucingnya
Keranda Terlalu Besar
untuk Liang Lahat
The Coffin Is Too Big For The Hole atau Keranda Terlalu Besar
untuk Liang Lahat ialah lakonan pertama Kuo Pao Kun dalam
bahasa Inggeris. Seorang pengamal seni yang berpengaruh, Kuo Pao Kun telah mengasaskan tiga institusi seni utama:
The Theatre Practice, The Substation dan Program Latihan & Penyelidikan Teater.
Kisah Pingat Budaya Kami
2010 2009
Anugerah Pingat Budaya 2009
16 Oktober 2009
(dari kiri) Angela Liong Pui-Yin, Lan Shui, Ang Ah Tee dan Tham Yew Chin (You Jin).
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Anugerah Pingat Budaya 2010
12 Oktober 2010
(dari kiri) Liang Wern Fook, Suratman
Markasan dan Amanda Heng.
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Kisah Pingat Budaya Kami
2011
Anugerah Pingat Budaya 2011
18 November 2011
(dari kiri) Halimah Bte Jaafar
(Atin Amat), Yusnor Ef, Kelly Tang dan Lim Yew Kuan.
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Geran Anugerah Seniman Muda digandakan daripada $10,000 kepada $20,000.
Anugerah Pingat Budaya 2012
17 Oktober 2012
(dari kiri) Thirunalan Sasitharan, Ho Ho Ying, Jennifer Tham, J. M. Sali dan Milenko Prvacki.
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Kisah Pingat Budaya Kami
Majlis Seni Kebangsaan memperkenalkan
Siri Penceramah Pingat Budaya untuk penerima
Pingat Budaya melibatkan diri dengan orang ramai dan berkongsi falsafah serta perjalanan seni mereka.
Siri Tokoh Seniman juga diperkenalkan, di mana penerima Pingat Budaya dan Anugerah Seniman
Muda adalah antara yang diundang untuk memberi ceramah, kelas pakar dan bengkel untuk guru Seni Visual, Muzik, Drama dan Tarian.
Siri ini merupakan kerjasama dengan Akademi Perguruan Singapura untuk Seni (MOE-STAR)
dan Cawangan Pendidikan Seni MOE (MOE-AEB).
Kisah Pingat Budaya Kami
2013
Penerima Pingat Budaya tidak lagi dikategorikan mengikut bentuk seni mereka.
Ini disebabkan oleh amalan berbilang disiplin yang semakin meningkat, mencerminkan landskap seni Singapura yang semakin berkembang.
Anugerah Pingat Budaya 2013
22 Oktober 2013
(dari kiri) Ivan Heng, Mohamed
Latiff Mohamed dan Tsung Yeh.
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Anugerah Pingat Budaya 2014 16 Oktober 2014
(dari kiri) Chong Fah Cheong, Alvin Tan dan KTM Iqbal.
Kisah Pingat Budaya KamiKisah Pingat Budaya Kami
Anugerah Pingat Budaya 2015
16 Oktober 2015
(dari kiri) Chua Mia Tee dan
Presiden Tony Tan.
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Anugerah Pingat Budaya 2015
16 October 2015
(dari kiri) Haresh Sharma and President Tony Tan.
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Anugerah Pingat Budaya 2015
16 Oktober 2015
(dari kiri) Lim Hung Chang (Lin Gao)
dan Presiden Tony Tan.
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Anugerah Pingat Budaya 2015
16 Oktober 2015
(dari kiri) Margaret Leng Tan dan
Presiden Tony Tan.
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Kisah Pingat Budaya Kami
2017
Anugerah Pingat Budaya 2016
4 Oktober 2016
(dari kiri) Asiah Aman (Nona Asiah)
dan Presiden Tony Tan.
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Anugerah Pingat Budaya 2017
24 Oktober 2017
(dari kiri) Djamal Tukimin
dan Presiden Halimah Yacob.
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Anugerah Pingat Budaya 2016
4 Oktober 2016
(dari kiri) Koh Mun Hong
dan Presiden Tony Tan.
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Anugerah Pingat Budaya 2017
24 Oktober 2017
(dari kiri) Law Wai Lun dan
Presiden Halimah Yacob.
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Kisah Pingat Budaya Kami
Anugerah Pingat Budaya 2018
23 Oktober 2018
(dari kiri) Louis Soliano dan
Presiden Halimah Yacob.
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Anugerah Pingat Budaya 2018
23 Oktober 2018
(dari kiri) Low Mei Yoke dan
Presiden Halimah Yacob.
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Kisah Pingat Budaya Kami
2019
Pingat Budaya mencapai tahun ke-40
sebagai penghormatan tertinggi Singapura dalam
bidang seni.
Sejak 1979, ia telah dianugerahkan kepada 126 orang
seniman, yang sumbangan mereka kepada seni telah memperkaya Singapura.
Anugerah Pingat Budaya 2019
15 Oktober 2019
(dari kiri) Eric James Watson dan
Presiden Halimah Yacob.
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Kisah Pingat Budaya Kami
Sesi Penglibatan dengan Penerima Pingat
Budaya dan Seniman Muda (CMYAA) 2020
8 Disember 2020
(dari kiri) Sarkasi Said dan Presiden Halimah Yacob.
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Anugerah Pingat Budaya 2021
24 November 2021
(dari kiri) Vincent Leow* dan Presiden
Halimah Yacob.
*Vincent Leow ialah penerima Pingat Budaya
2020 dan telah disampaikan dengan anugerahnya pada majlis Anugerah Pingat Budaya 2021.
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Anugerah Pingat Budaya 2021
24 November 2021
(dari kiri) Chia Joo Ming dan Presiden
Halimah Yacob.
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Kisah Pingat Budaya Kami
Majlis Seni Kebangsaan (NAC) telah menganjurkan
pameran mengenai penerima Pingat Budaya di The Arts House.
Pameran itu meraikan individu dan mengiktiraf karya
mereka sebagai sebahagian daripada warisan budaya
Singapura dan mencerminkan keazaman diri warga
Singapura sebagai satu warga negara.
Satu repositori digital nasional juga diditubuhkan.
Kerjasama antara NAC dan Lembaga Perpustakaan
Negara ini mendokumentasikan karya-karya para penerima, memberikan pandangan yang lebih
mendalam tentang sejarah kebudayaan Singapura.
Anugerah Pingat Budaya 2021
24 November 2021
(dari kiri) Rahimah Rahim dan Presiden
Halimah Yacob.
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Kisah Pingat Budaya Kami
Anugerah Pingat Budaya 2022
5 December 2022
(dari kiri) Aravinth Kumarasamy dan Presiden
Halimah Yacob.
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Anugerah Pingat Budaya 2022
5 December 2022
(dari kiri) Kok Heng Leun dan Presiden
Halimah Yacob.
Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan
Berinteraksi: Lihat Lebih Dekat / Repositori Seni Dalam Talian Singapura (SOAR)
Berinteraksi: Lihat Lebih Dekat / Repositori Seni Dalam Talian Singapura (SOAR)
Lihat Lebih Dekat Repositori Seni Dalam Talian Singapura (SOAR)
Ketahui lebih lanjut tentang penerima
Pingat Budaya kita.
Selami dan teroka sumber digital mengenai penerima di sini, daripada profil kepada artikel berita kepada karya-karya terpilih.
Gunakan token anda untuk memulakan penerokaan anda.
Repositori Seni Dalam Talian
Singapura (SOAR) ialah kerjasama
antara Majlis Seni Kebangsaan dan
Lembaga Perpustakaan Negara untuk
meningkatkan koleksi kandungan seni
Singapura, termasuk kandungan seni
persembahan, seni visual dan seni
sastera daripada seniman-seniman
terkemuka Singapura serta perkumpulanperkumpulan seni institusi-institusi
kebudayaan yang telah lama wujud.
Untuk melihat koleksi SOAR, pergi ke:
Jadual Seni Untuk Anda
Inginkan lebih banyak rangsangan artistik?
Lengkapkan proses daftar keluar di sini dan dapatkan Jadual Seni yang dicipta khas untuk anda.
Repositori Seni Dalam Talian Singapura (SOAR) / Penghargaan
Repositori Seni Dalam Talian
Singapura (SOAR)
Repositori Seni Dalam Talian Singapura (SOAR) merupakan kerjasama antara
Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan
Lembaga Perpustakaan Negara (NLB)
untuk meningkatkan koleksi karya
seni Singapura, dan untuk menjadikan
bahan-bahan itu tersedia secara
digital untuk generasi masa hadapan
warga Singapura. Koleksi ini akan
merangkumi seni persembahan, seni
visual dan kesusasteraan Singapura serta
menampilkan para seniman terkemuka
Singapura seperti penerima Pingat Budaya
dan Anugerah Seniman Muda serta
kumpulan-kumpulan seni dan institusi kebudayaan yang mapan.
Untuk melihat koleksi SOAR, pergi ke:
Penghargaan
Kisah Pingat Budaya kita ditauliahkan oleh
Majlis Seni Kebangsaan dan diuruskan oleh
Arts House Limited.
Nantikan lebih banyak program Pingat
Budaya dan program berkaitan seni
di The Arts House –ikuti dan sukai kami di laman web dan media sosial kami.
Imbas di sini untuk menyertai senarai mel
Arts House Limited: