Che Guevara dan Revolusi Kuba Oleh Mike Gonzalez Diterbitkan pada tahun 2004 oleh Penerbit Bookmarks. Diterjemah oleh Muhammad Salleh (Jun 2004). Penerjemahan buku ini adalah sebahagian daripada projek penerjemahan Suara Sosialis, sebuah kumpulan sosialis yang berhubung dengan Peralihan Sosialis Antarabangsa (International Socialist Tendency). Lihat http://arts.anu.edu.au/suara
Mengenai Pengarang Mike Gonzalez adalah seorang pensyarah dalam Kajian Hispanik di Universiti Glasgow. Dia sudah banyak menulis mengenai kesusasteraan dan budaya Amerika Latin, dan mengenai politik Amerika Latin mutakhir – terutamanya mengenai Kuba, Nikaragua dan Chile. Dia menduduki badan penyunting jurnal International Socialism dan adalah seorang ahli Dasar Socialist Worker dalam Parti Sosialis Scotland. Dia juga pernah mengikuti pelbagai rancangan radio dan terlibat dalam beberapa projek pentas.