Bab 5 tingkatan 5 latihan menulis

Page 1

BAB 5 TINGKATAN 5

LATIHAN MENULIS

SISTEM AHLI MAKSUD: Sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain untuk mentadbir. Maksud Sistem Ahli:

CIRI-CIRI: 1. Anggotanya dikenali sebagai Ahli. 2. Satu sistem kabinet bayangan dibentukkan. 3. Pelantikan Ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British. 4. Ahlinya terdiri daripada 9 orang anggota. 5. 5 orang penduduk tempatan dan 4 orang pegawai British. 6. Ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British. Ciri-ciri Sistem Ahli:

KEPENTINGAN: 1. Melatih orang tempatan untuk mentadbir. 2. Persediaan berkerajaan sendiri. 3. Proses perpaduan kaum.

1


Kepentingan Sistem Ahli:

PAKATAN MURNI MAKSUD: 1) Usaha semua kaum di Tanah Melayu bekerjasama dalam politik melalui rundingan dan tolak ansur. : 2) Jalan penyelesaian untuk menyatukan pelbagai kaum. Maksud Pakatan Murni:

LANGKAH-LANGKAH MEMBENTUK PAKATAN MURNI (PRAPERIKATAN): 1) Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) 2) Pembukaan Keahlian UMNO Kepada Bukan Melayu 3) Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) 4) Penubuhan Persidangan Kebangsaan 5) UMNO-MCA Mengadakan Konvensyen Langkah-langkah Membentuk Pakatan Murni:

2


Langkah-langkah Untuk Membentuk Pakatan Murni: 1) Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) -Pada tahun 1949 di Pulau Pinang. -Merupakan gabungan UMNO-MCA. 2) Pembukaan Keahlian UMNO Kepada Bukan Melayu -Dicadangkan oleh Dato Onn Ja’afar pada tahun 1951. 3) Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) -Mengamalkan konsep kerjasama kaum dalam sebuah parti. -IMP terbuka kepada semua kaum yang ingin berkerjasama untuk mencapai kemerdekaan. 4) Penubuhan Persidangan Kebangsaan -Pada 1953 di King’s House, Kuala Lumpur -Bertujuan untuk mencapai kerjasama politikdengan mengurangkan perasaan perkauman. 5) UMNO-MCA Mengadakan Konvensyen -Konvensyen ini disertai oleh pelbagai parti politik. -Menjadi asas pembentukan Parti Perikatan. Menulis dalam bentuk Esei dengan menggunakan maklumat di atas: Tajuk: Huraikan langkah-langkah untuk melaksanakan pakatan murni.

3


PARTI PERIKATAN DAN KERJAYAANNYA DALAM PILIHAN RAYA UMNO-MCA telah bergabung membentuk Parti Perikatan apabila British ingin mengadakan pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada Februari 1952. Gabungan UMNO-MCA telah menang 9 daripada 12 kerusi dalam pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. Dalam pilihan raya negeri pada tahun 1954, Parti Perikatan telah menang 226 daripada 268 kerusi yang dipertandingkan. MIC telah menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955. Parti Perikatan telah menyertai pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) pada 27 Julai 1955. Manifesto Parti Perikatan dalam pilihan raya ialah: i) mencapai kemerdekaan dalam 4 tahun. ii) mewajibkan pendidikan iii) mengadakan perkhidmatan bercorak tempatan iv) menjaga hak asasi manusia v) melindungi hak Raja-raja Melayu Dalam pilihan raya itu, Parti Perikatan telah menang 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan yang cermelang membolehkan Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri dan membentuk kabinet. Menulis Esei: Huraikan Kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya.

4


ROMBONGAN RUNDINGAN KEMERDEKAAN Tunku Abdul Rahman telah mengetuai rombongan rundingan kemerdekaan ke London pada Februari 1956. Rombongan ini disertai oleh Dr. Ismail, H. S. Lee, 4 orang wakil sultan dan sebagainya. Pengerusi rundingan tersebut ialah Lord Lennox-Boyd, iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British. Rundingan tersebut berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Satu suruhanjaya telah dibentukkan di dalam rundingan tersebut untuk mengkaji perlembagaan. British bersetuju memberikan kemerdekaan pada 31 ogos 1957. Tunku Abdul Rahman telah membuat pengisytiharan tarikh kemerdekaan di Bandar Hilir, Melaka. Menulis Esei: Huraikan rombongan rundingan kemerdekaan ke London pada 1956

5


SURUHANJAYA REID Suruhanjaya Reid dibentuk pada Mac 1956. Ia diketuai oleh Lord Reid (Hakim British). Tugas Suruhanjaya Reid adalah merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka. Isu-isu yang menjadi panduan kepada Suruhanjaya Reid, adalah seperti: kedudukan Raja-raja Melayu , hak istimewa orang Melayu, membentuk satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu dan sebagainya. Suruhanjaya ini telah menerima 131 memorandum daripada pelbagai pihak, seperti Raja-raja Melayu, parti politik dan rakyat biasa. Suruhanjaya Reid menerbitkan cadangan-cadangan pada bulan Februari 1957. Parlimen British menerima cadangan tersebut pada Mei 1957. Akhirnya, Melalui beberapa rundingan hasilnya Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Menulis Esei: Huraikan tentang Suruhanjaya Reid

6


ISI-ISI PENTING PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957 1) Membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan. 2) Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri. 3) Prinsip jus soli diterima. 4) Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan. 5) Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. 6) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 7) Yang di-Pertua Agong menjadi ketua negara. 8) Negara mengamalkan sistem demokrasi berpalimen. Isi-isi Penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957:

7


Esei: Huraikan ISI-ISI PENTING PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ditadatangani oleh Raja-raja Melayu dan British pada 15 Ogos 1957. Perjanjian ini telah melahirkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Isi penting yang pertama ialah Membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan. Isi yang kedua tentang Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri. Isi ketiga ialah prinsip kerakyatan jus soli diterima. Isi seterusnya berkaitan dengan Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan. Selain itu, Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Menurut perjanjian tersebut, Yang di-Pertua Agong menjadi ketua negara dan negara mengamalkan sistem demorkasi berparlimen. Menulis Esei Tajuk Esei: Huraikan ISI-ISI PENTING PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

8


KEPENTINGAN PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957 1) Membentuk kerajaan demokrasi. 2) Mewujudkan perpaduan kaum. 3) Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan mentadbir negara sendiri. 4) Melahirkan identiti bangsa yang merdeka. Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957:

Menulis Esei: Huraikan Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan dibentuk. Ia juga penting untuk mewujudkan perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu. Menerusi pakatan murni, perpaduan kaum dicapai secara damai. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 juga memberikan hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir negara sendiri. Ia juga penting untuk melahirkan identiti bangsa yang merdeka. Perbezaan warna kulit, agama, bahasa diketepikan.

9


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.