Fertigasi2

Page 1

Perusahaan Kecil dan Sederhana Negeri Kedah Model Tanaman Kaedah Fertigasi Tanaman Tomato Secara Fertigasi Jajan Tembusi Pasaran


berita transformasi pertanian

Oleh: Rosly Abdul Rahman (LPP Negeri Kedah)

A

ntara agenda penting yang menjadi tumpuan pimpinan YAB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Besar bagi memacu Negeri Kedah Darul Aman ke arah KEDAH GEMILANG adalah usaha berterusan membasmi kemiskinan di kawasan bandar dan luar bandar di samping menekankan kepada aspek pendidikan berterusan. Ini kerana kedua-dua agenda ini cukup penting dengan menjadikan sektor pertanian dan industri asas tani sebagai salah satu mekanisme dalam pelan tindakan beliau bagi memastikan hasrat kegemilangan Negeri Kedah tercapai. Walaupun Negeri Kedah dikenali sebagai negeri jelapang padi, ini tidak bermakna hanya industri padi menjadi tumpuan bagi menjana ekonomi. Kerajaan negeri turut memfokuskan kepada pelbagai aktiviti pengeluaran dan pemprosesan hasil-hasil pertanian

2

dengan memperuntukkan sejumlah kewangan bagi memaju dan memodenkan sektor pertanian dan industri asas tani sebagaimana digariskan dalam perancangan bajet tahunan. Untuk menjayakan pembangunan fizikal, aspek pembangunan modal insan turut digerakkan selari. Ia akan dimanfaat sepenuhnya bagi melahirkan insaniah yang berkualiti, cemerlang dan berdaya tahan serta mempunyai jati diri yang kuat. Dengan cara dan kaedah betul, modal insan yang dibangunkan di kalangan pegawai, petani, penternak dan nelayan akan menjelmakan impak kepada pembangunan rohaniah dan fizikal seperti yang diharapkan oleh kerajaan negeri. Bersandarkan kepada kejayaan program pembangunan industri asas tani atau lebih tepat lagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berasaskan


pertanian yang diperkenalkan di Daerah Sik, kerajaan negeri kini berhasrat untuk mengembangkan model ini kepada dua buah daerah lagi iaitu Daerah Baling dan Daerah Padang Terap. Negeri Kedah mempunyai 11 daerah dan Daerah Baling dan Daerah Padang Terap mempunyai keluasan masing-masing 1529 dan 1357 kilometer persegi. Kepadatan penduduk ialah seramai 142,513 orang di Daerah Baling dan 65,578 orang di Daerah Padang Terap berdasarkan data tahun 2004. Pertanian masih menjadi pilihan sebahagian besar penduduk bagi keduadua daerah ini.

ke daerah lain, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Baling, Dato’ Mohd. Sibi bin Haji Ahmad menyatakan langkah yang dilakukan kerajaan ini amat baik dan patut dipuji. Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa membela nasib masyarakat luar bandar yang rata-rata terdiri daripada golongan petani yang menjadikan pertanian sebagai punca pendapatan. Beliau berharap LPP Negeri Kedah dan PPK Baling akan memainkan peranan besar terutamanya bagi menyalurkan lebih banyak peruntukan ke Daerah Baling dan Padang Terap.

Model pembangunan Daerah Sik menumpukan kepada pembangunan insan terlebih dahulu sebelum mereka yang terpilih ini memulakan aktiviti pengeluaran pertanian atau melibatkan diri dalam program pemprosesan hasilhasil per tanian. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah dilantik sebagai penyelaras program pembangunan perusahaan kecil dan sederhana berasaskan pertanian Daerah Sik bagi memastikan pelaksanaan program ini berjalan lancar dan seterusnya dapat memberi manfaat maksimum kepada masyarakat tani.

Daerah Sik telah dikenalpasti oleh kerajaan sebagai salah satu kawasan yang perlu diberikan tumpuan dalam usaha meningkatkan taraf hidup masyarakatnya. Mengikut bancian yang dijalankan dalam tahun 2004, sebanyak 67.4 peratus penduduk Sik merupakan golongan petani, 10.3 peratus menjalankan perniagaan, 15.4 peratus makan gaji, 3.7 peratus nelayan dan 3.1 peratus tiada pekerjaan. Sebanyak 81.2 peratus mempunyai pendapatan kurang RM500 sebulan dan 4 peratus tiada pendapatan.

“Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah dilantik sebagai penyelaras program pembangunan perusahaan kecil dan sederhana berasaskan pertanian Daerah Sik bagi memastikan pelaksanaan program ini berjalan lancar dan seterusnya dapat memberi manfaat maksimum kepada masyarakat tani.�

Mengulas mengenai langkah Kerajaan Negeri Kedah meluaskan program Industri berasaskan pertanian

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai peneraju pembangunan industri asas tani Daerah Sik telah mengenalpasti jabatan dan agensi >>>

3


berita transformasi pertanian

yang perlu memainkan peranan. LPP diberi tanggungjawab melaksanakan latihan motivasi dan teknikal dengan kewangan yang diperuntukkan berjumlah RM534,000 sehingga tahun 2006. Seramai 376 orang terdiri dari senarai PPRT yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Sik telah dikenalpasti untuk menerima latihan. Sehingga Mac 2007, Sebanyak 7 kursus motivasi dan 23 kursus teknikal melibatkan seramai 230 orang telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Peserta-peserta kursus perlu melalui proses kedua di mana LPP akan menjalankan analisis kehendak peserta. Proses ini adalah bagi menentu dan mengenalpasti minat serta keupayaan mereka selepas menghadiri kursus motivasi. Daripada sejumlah 230 orang peserta yang telah dilatih, seramai 70 orang memilih untuk menjalankan projek tanaman, 35 orang projek perikanan, 152 orang projek ternakan dan 63 orang lain-lain projek. Proses seterusnya ialah pemadanan peserta dengan projek-projek. Senarai nama peser ta yang dipadankan ini dikemukakan kepada Jabatan Pertanian untuk projek tanaman, Jabatan Perikanan untuk projek perikanan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk projek ternakan dan kepada lain-lain agensi untuk lain-lain projek. Seterusnya jabatan dan agensi berkenaan akan membimbing pesertapeserta ini dalam melaksanakan projek-projek industri berasaskan pertanian yang dipilih. Selain projek-projek yang dipadankan ini, Jabatan Pertanian Malaysia juga terlibat dalam program pemprosesan kuih tradisional, Jabatan Perikanan Malaysia bertanggungjawab dalam memajukan program pemprosesan ikan air tawar dan pemeliharaan ikan hiasan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan memilih projek pemprosesan daging puyuh dan MARDI diminta menjalankan program perintis tanaman nilam bagi pemprosesan dan pengeluaran minyak pati.

4

Di bawah program pemprosesan kuih tradisional, Jabatan Pertanian memperuntukkan sebanyak RM2.0 juta dan menumpukan kepada aktiviti menaiktaraf 15 projek di tapak pengusaha yang melibatkan seramai 15 usahawan, pembinaan 4 buah bengkel baru di Bandar Beris Jaya yang melibatkan seramai 4 orang usahawan, pembinaan 6 buah inkubator melibatkan seramai 9 orang, projek pembungkusan dan promosi pemasaran bersama pihak FAMA dan LPP serta projek pembangunan produk kuih tradisional yang melibatkan aktiviti pembangunan resepi standard dan peningkatan tempoh hayat kuih serta persembahan bentuk baru kuih-kuih tradisional. Sementara itu dalam projek pemprosesan ikan air tawar, Jabatan Perikanan Malaysia memperuntukkan RM200,000 yang melibatkan seramai 9 orang peserta. Bekalan ikan air tawar ini akan diproses untuk dijadikan pekasam. Projek yang dijalankan di kampung Kota Aur telah memberi impak dari segi pertambahan pendapatan setiap peserta sebanyak RM150 sebulan. Satu lagi projek Jabatan Perikanan yang bernilai RM2.05 juta ialah projek penternakan ikan hiasan di Kg. Bandang Man. Projek ini dijalankan bersama dengan Syarikat Subang Akuatik Eksport (M) Sdn. Bhd. sebagai pemasar yang melibatkan seramai 17 orang peserta. Pelbagai spesies ikan diternak seperti Lion Head, Ryukin, Pearl Scale dan Koi. Sehingga kini, sebanyak 6,000 ekor ikan telah dijual atau dieksport dengan nilai jualan mencecah RM15,000. Bagi projek pemprosesan puyuh pedaging Jabatan Perkhidmatan Haiwan, sebanyak RM420,000 telah diperuntukkan bagi menjayakan program ini. Seramai 7 orang peserta terlibat dalam projek yang dijalankan di Sungai Setar, Jeneri, Sik. Pembinaan infrastruktur baru sahaja selesai pada bulan Januari >>>


dan projek telah mula beroperasi pada pertengahan Februari 2007. FAMA dan MARDI sebagai agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut digerakkan bagi melaksanakan tanggungjawab dalam bidang pemasaran dan teknologi/kualiti. FAMA ditugaskan dalam aspek pembungkusan, pelebelan dan mempromosikan produk-produk PKS yang dikeluarkan di Sik terutamanya kepada jenama “KLASIK�. Sementara MARDI pula sentiasa membantu dari aspek penggunaan teknologi dan peningkatan kualiti bahan makanan yang dikeluarkan. Kini Daerah Sik yang mempunyai keluasan 1635 kilometer persegi telah mula berubah. Sik yang selama ini lesu tiba-tiba menjadi segar. Tidak pernah diimpikan sebelum ini oleh penduduk Sik bahawa kerajaan akan melaksanakan pembangunan pertanian dan industri asas tani di daerah ini. Pemimpin tertinggi peringkat pusat dan negeri turut sama turun padang bagi memastikan kejayaan ini. Betapa keprihatinan Kerajaan Pusat dan Negeri membela nasib masyarakat tani di Sik tidak seharusnya dicemburui oleh pihak lain. Kejayaan yang dikecapi dengan penglibatan dan sokongan pelbagai pihak mengilhamkan kerajaan negeri membuat keputusan untuk mengembangkan model Sik ini kepada dua daerah lagi.

tani. Jika pembangunan daerah ini mengguna pakai model pembangunan pertanian dan industri asas tani Sik, maka semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani digembleng di bawah pendekatan MOA Incorporated (MOA Inc). Setiap organisasi mempunyai peranan masing-masing bagi memastikan apa jua aktiviti yang dijalankan akan turut memikul tanggungjawab bersama sebagaimana penglibatan mereka di Sik. Walaupun program perusahaan kecil dan sederhana dicadangkan diperkenalkan di Daerah Baling dan Daerah Padang Terap, namun LPP telahpun memperuntukkan lebih RM2.0 juta bagi membangunkan aktiviti pertanian, penternakan dan ternakair serta pembangunan unit peladang dan usahawan dikedua-dua daerah ini dalam tahun 2007. Malah sebuah pusat pengumpulan hasil pertanian dan industri asas tani juga telah diluluskan pembinaan di Kuala Nerang bagi menampung bekalan di daerah Padang Terap. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Usahawan Negeri Kedah, Dato’ Dr. Shuib bin Saedin turut melahirkan keyakinan bahawa kedua-dua daerah ini akan dibangunkan tidak lama lagi dengan pelbagai aktiviti industri berasaskan pertanian dengan kerjasama semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, agensi pertanian kerajaan negeri dan para peladang dan penternak.

Selepas ini Baling dan Padang Terap pula akan dilimpahi pembangunan pertanian dan industri asas

5


berita transformasi pertanian

F

ertigasi berasal dari perkataan fertigation (ferti lizer and irrigation) atau baja pengairan. Ini merupakan satu daripada sistem hidroponik beragregat.

fertigasi ini dapat memupuk minat di kalangan individu terhadap bidang per tanian untuk mengusahakan tanaman sayuran bagi kegunaan sendiri.

Penanaman secara fertigasi adalah kaedah di mana baja lengkap dalam bentuk larutan nutrien diagihkan ke pangkal tanaman (zon pengakaran) melalui sistem pengairan (titisan). Pokok ditanam di dalam bekas atau polibeg yang mengandungi media bukan tanah yang sesuai (soiless culture).

Jenis-jenis Tanaman Yang Sesuai

Kaedah ini merupakan alternatif terbaik mengatasi masalah tanah (kesuburan atau jangkitan dari tanah). Prestasi tanaman sangat dipengaruhi oleh kualiti nutrient (keseimbangan, kepekatan, pH, mutu air dan input baja yang dibekalkan).

Antara jenis tanaman yang diusahakan menggunakan sistem fertigasi ini ialah melon, cili, tomato, timun, terung dan bunga. Namun begitu teknik tanaman secara fertigasi boleh digunakan untuk tanaman sayur- sayuran jenis berdaun seperti sawi, kangkung, salad dan lain-lain lagi. Kelebihan Kaedah Fertigasi Kaedah penanaman fertigasi mempunyai beberapa kelebihan berbanding kaedah konvensional seperti:

Sistem Fertigasi Pasang Siap Sistem ini dikhususkan untuk kegunaan di rumah atau di kawasan yang kecil. Penggunaan sistem

6

•

Keperluan nutrient lengkap diberi dan boleh dikawal dari segi jumlah dan keperluan tanaman mengikut tumbesaran pokok. >>>


• • • •

Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindar masalah penyakit. Kualiti hasil yang lebih baik dan bersih. Penggunaan baja yang cekap di samping mengurangkan penggunaan racun ke atas tanaman. Hasil pengeluaran yang tinggi.

Bagi memudahkan teknologi ini digunakan oleh individu yang ingin mencuba di kawasan persekitaran rumah, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Penaga menyedia dan membekal keperluan asas serta peralatan berkaitan fertigasi. Model fertigasi pasang siap PPK Penaga ini meliputi semua keperluan asas. Pembeli hanya perlu menyediakan benih tanaman saja sebelum usaha dijalankan. Dengan adanya model pasang siap oleh PPK, individu boleh mempraktikkan teknologi ini seterusnya dapat memupuk minat terhadap bidang pertanian.

Kos Keseluruhan Bagi Model Fertigasi Rumah Kalis Hujan Sistem Pengairan Kos Tanaman Jumlah

= RM 600 = RM 460 = RM 40 RM1,100

Untuk keterangan lanjut sila hubungi: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Penaga No. 1211, Mukim 4 13100 Penaga Seberang Perai Utara. Tel: 04-3515520 Fax: 04-3514167

7


berita transformasi pertanian

Pengenalan Penggunaan Teknologi Fer tigasi khususnya tanaman tomato telah berkembang diera tahun 90an terutama kawasan hawa sederhana. Lain-lain jenis sayur berbuah seperti timun jepun, capsicum, cili, terong dan strawberr y. Sistem ini dapat menghindarkan penyakit daripada tanah, penggunaan kawasan tanah yang tidak sesuai, penggunaan medium hasil buangan, kawalan unsur makanan yang efisen, hasil yang tinggi, penanaman tidak dipengaruhi oleh musim, kuantiti hasil lebih tinggi dan kurang penggunaan racun makhluk perosak. Komponen peralatan dalam sistem fertigasi adalah rumah perlindungan hujan. Teknologi fertigasi dapat memastikan penggunaan baja yang efisen, mengurangkan kawalan penyakit, penanaman tanpa dipengaruhi oleh musim, hasil yang tinggi dan berkualiti serta menjadi asas

8

penyokong kepada pokok. Sistem paiping terdiri daripada tangki nutrient, pam, paip utama, tubin 16 mm, adopter, spageti tube dan arrow dripper. Lain-lain keperluan asas Di samping itu terdapat juga lain-lain keperluan asas dalam mengusahakan tanaman menggunakan teknik ini, keperluan tersebut ialah: Bahan Media Pelbagai bahan media boleh digunakan tetapi pastikan bahan tersebut tidak terlalu halus yang boleh berlaku kekurangan oksigen dan menyebabkan kelembapan media yang terlalu tinggi serta boleh mengganggu perkembangan sistem akar selain paras pH cepat menurun. Jika media terlalu kasar akan menyebabkan bahan nutrient tidak terperangkap. Contoh bahan media seperti sabut >>>


kelapa, sekam padi baker, pasir yang bersih, habuk kayu yang sesuai, perlite dan bermikulit. Polybag Bersaiz 15 inci x 16 inci berwarna putih untuk mengelakkan penyerapan haba. Sebelum penyusunan beg di kawasan tanaman dengan jarak 4 kaki x 16 inci semua permukaan tanah di kawasan tanaman ditutupi dengan plastik silver shine dengan tujuan akar yang terkeluar daripada beg tidak tembus ke dalam tanah, kawalan rumpai, kawasan penanaman lebih bersih dan mengurangkan serangan penyakit. Semaian

keadaan yang sekata. Sebanyak 2 pokok anak benih ditanam sedalam 1 cm setiap beg dan ditutupi tanah pada permukaan yang dilakukan dengan berhati-hati supaya akar dan batang tidak rosak. Lakukan pengubahan sebaiknya sebelah petang supaya benih tidak mengalami gangguan perubahan cuaca. Pembajaan Pada peringkat awal, lakukan pembajaan dengan kadar isi yang rendah antara 0.4-0.6. Seminggu selepas ditanam peningkatan perlu dilakukan sehingga peringkat umur pokok 2 bulan bacaan isinya 2.5-3. Kepekatan dan kekerapan baja bergantung kepada peringkat umur pokok, cuaca, suhu dan variati tanaman.

Benih semaian perlu dirawat supaya penyakit daripada benih tidak dibawa masuk ke rumah tanaman. Penyemaian benih dalam tray dengan media pix most perlu dilakukan supaya kadar pertumbuhan baik dan sekata. Selepas 10 hari benih mula mengeluarkan daun dan perlu disiram setiap 2 kali sehari dengan air baja pada kadar 1:200. Setelah semaian berumur 22-25 hari, pokok perlu diubah ke kawasan tanaman.

Pastikan jangan lakukan pembajaan pada sebelah petang atau hari terlalu mendung kerana media akan mengalami kelembapan yang tinggi pada sebelah malam yang boleh membantu pembiakan penyakit dan kerosakan akar serta perubahan ph boleh berlaku. Komponen baja yang digunakan dipasaran ialah CaNo3, KNO3, MgSo4, MKP, Fe, Mn, Zn, Cu, Bo, Amm.

Mengubah Anak Benih

Pengurusan Pokok

Sebelum mengubah anak benih, bahan media perlu dibasuh dan dibilas dengan air supaya kepadatan dan kelembapan bahan media berada dalam

Pokok tomato perlu sokongan untuk mengelakkan ia menjalar dengan menggunakan tali yang digantung pada dawai. Tunas air perlu dibuang dengan >>>

9


berita transformasi pertanian

“Penemuan teknologi baru fertigasi yang dikenali sebagai Water Powered Dosing Technology melalui penggunaan peralatan Dosatron telah menjadikan kaedah ini dipraktikkan kebanyakkan pengusaha.� menggunakan pisau yang nipis dan bersih untuk mengelakkan penyebaran penyakit. Hanya batang utama sahaja ditinggalkan. Tunas yang dipotong perlu dikumpul dan ditanam. Penurunan daun bahagian bawah perlu dilakukan apabila buah tangkai pertama mula menguning. Pastikan hanya daun bahagian bawah tangkai pertama sahaja dibuang. Penemuan teknologi baru fertigasi yang dikenali sebagai Water Powered Dosing Technology melalui penggunaan peralatan Dosatron telah menjadikan kaedah ini dipraktikkan kebanyakkan pengusaha. Penggunaan peralatan tersebut mempunyai pelbagai kebaikan, antaranya ialah: a. Memerlukan ruang minimum & mudah dipasang (perlu 100kp daripada 1,200kp) b. Kurang kos modal berbanding polytank (20 @650.00=RM13,000.00 kpd 2 set @4,650 =

10

c. d. e. f. g. h.

RM9,300.00) (Rumah baja 20 x 60 = RM15,000.00 kpd 10 x 10 = RM5,000.00, pengurangan sehingga 49% Ubahsuai formulasi larutan nutrien (Precise dosing) Tiada perlukan elektrik dan Flexibility Kos & tenaga buruh yang kurang Penjimatan masa untuk menyediakan larutan baja (6 jam kepada 1 jam) Pengurangan kos baja dan penggunaan air (masih dalam kajian terperinci) Tidak berlaku pemendapan baja (uniform distribution)

Dengan perkembangan semasa bidang pertanian melalui penemuai pelbagai teknologi menjadikan sektor tersebut berdaya saing dan mampu memberikan pulangan yang tinggi jika diusahakan secara komersial.


P

elbagai jenis produk makanan ringan di pasaran merancakkan lagi industri tersebut kerana pengusaha akan memastikan hanya produk yang benar-benar berkualiti dan menepati citarasa pengguna sahaja berada di pasaran. Pengguna sekarang bijak memilih barangan berdasarkan kualiti dan bukannya kuantiti seperti dahulu. Pengeluar pula perlu peka terhadap keinginan pengguna yang lebih menjurus kepada tahap keselamatan makanan itu sendiri. Bermula dari tahap kebersihan seawal pemprosesan hingga peringkat pembungkusan dan pelabelan akan mempengaruhi pengguna kepada produk yang dikeluarkan. Persekitaran pasaran iaitu daya beli pengguna, citarasa pengguna, status pengguna dan peringkat umur juga memainkan peranan dalam memastikan produk yang dihasilkan mendapat pasaran. Golongan umur pertengahan dan ke atas dengan pasaran luar bandar biasanya tidak terlalu mementingkan kualiti berbanding untuk pasaran di bandar.

Bengkel pemprosesan yang berkeluasan 20’ x 40’ dilengkapi dengan peralatan pemprosesan dan pembungkusan memudahkan kerja-kerja pengeluaran produk. Antara produk yang dihasilkan ialah rempeyek, kerepek ubi, tumpi, meruku dan mee siput. Walaupun produk yang dikeluarkan bersifat makanan tradisional ia digemari oleh pengguna tempatan kerana keenakan rasanya. Beliau bersama anak dan dua orang pekerja melakukan kerja-kerja harian seperti memproses >>>

Produk makanan ringan berjenama Jajan yang dikeluarkan oleh Hajah Bariah binti Sujak, 63 tahun bersama keluarga sejak tujuh tahun lalu semakin digemari oleh pengguna tempatan. Hajah Bariah yang merupakan ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Muar Tengah mengusahakan projek tersebut di Kg. Hujung Tambak, Gersik, Muar melalui peruntukan sebanyak RM31,000 daripada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Jabatan Pertanian dan KEMAS selain modal sendiri berjumlah RM3,000.

11


berita transformasi pertanian

bahan mentah, menggoreng dan membungkus. Dengan bantuan mesin dan peralatan yang ada tempahan oleh pelanggan dapat dipenuhi mengikut masa ditetapkan. Permintaan biasanya tinggi di musim perayaan dan bagi memenuhinya stok bahan mentah akan diperolehi terlebih dahulu. Di antara kebanyakan produk yang dikeluarkan, mee siput merupakan kegemaran kebanyakan pelanggan kerana pembuatannya tanpa menggunakan bahan pengawet dan perasa tiruan. Proses pembuatan mee siput dilakukan menggunakan mesin sepenuhnya. Proses pengadunan tepung dengan bahan dikenali sebagai ubat mee yang dibenarkan dan garam merupakan langkah pertama untuk membuat mee siput. Seterusnya campuran tersebut diadun menggunakan mesin sehingga sebati. Kemudian adunan akan dimasukkan ke dalam mesin peleper untuk dijadikan kepingan dengan anggaran ukuran 4" x 18" dan ketebalan 0.25". Kepingan kemudian akan dijadikan helaian mee dengan menggunakan mesin pelerai yang mampu menjadikan kerja menghasilkan mee lebih mudah. Setelah itu helaian mee akan dimasak, dibasuh dan dibiarkan sejuk mengikut masa tertentu. Proses membentuk kepingan mee dan menjemur perlu dilakukan dengan segera kerana kerja membentuk mee tidak dapat dilakukan setelah helaian mee sejuk dan keras manakala proses menjemur pula bergantung kepada keadaan cuaca kerana dilakukan secara manual iaitu mengguna sinaran matahari sepenuhnya.

Mee siput mestilah cukup kering bagi pasaran mentah untuk mengelakkannya berlapuk. Manakala untuk pasaran segera mee akan digoreng terlebih dahulu dan dibungkus mengikut saiz pasaran. Pasaran bagi produk lain dilakukan mengikut tempahan, jualan terus di pasar tani dan penghantaran ke kedai-kedai sekitar pekan Bukit Gambir dan bandar Muar. Purata pasaran untuk kesemua produk yang dihasilkan dianggarkan 250 kg sebulan bernilai RM3,500. Untuk perancangan jangka panjang, beliau akan menerokai pasaran baru ke seluruh negeri Johor dan meningkatkan kapasiti pengeluaran. Peluang pasaran dari luar negeri Johor pula akan dibuat jika terdapat permintaan daripada pelanggan.

Penaung

Dato’ Haji Abd. Rahim bin Haji Ahmad Penasihat

Haji Arpan Shah bin Satu Ketua Pengarang

Haji Abd. Nasir bin Haji Ismail Grafik/Illustrator

Penyunting

Berita Transformasi Elektronik

Rohman bin Jasmani Kamaruzzan bin Hanif

Azizan bin Othman Rohman bin Jasmani

boleh dilayari di http://www.lpp.gov.my

Edisi Internet

Haninah bte Abd. Rahman Diterbitkan Oleh:

Lembaga Pertubuhan Peladang, Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, 50460 Kuala Lumpur.

12


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.