1
Salah satu objektif transformasi pertanian yang dilancarkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani adalah menjadikan projek yang berjaya sebagai tempat rujukan bagi usahawan baru menimba pengalaman, mempelajari teknik dan pengurusan projek tersebut bagi dilaksanakan di tempat lain. Seorang usahawan baru, Bing Irwan bin Sutno telah mengambil langkah awal mempelajari teknik tanaman tomato fertigasi daripada Harrani bin Dayat seorang usahawan yang berjaya di Johor. Minat Bing timbul apabila melihat kejayaan Harrani yang merupakan abang iparnya mengusahakan tanaman tomato fertigasi di Batu Pahat.
Oleh : Rosli Yaakub Ibu Pejabat LPP
Menurut Bing, peluang bagi memulakan projek ini pula terbuka apabila Harrani sendiri menunjukkan tapak yang sesuai bagi memulakan usahanya di Taman Usahawan Peladang (TUP), Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) di Sungai Lebak, Johor. Tapak ini telah ditinggalkan oleh pengusaha sebelumnya. Bermula dengan 0.8 hektar yang diusahakan pada awal tahun 2001, beliau telah menambah keluasannya kepada 1.2 hektar ditanam dengan tanaman tomato fertigasi. Bagi setiap 0.4 hektar yang diusahakan, Bing telah menanam 10 ribu hingga 12 ribu pokok tomato dengan anggaran pengeluaran 120 hingga 130 metrik tan. Bing menggunakan cara semaian anak benih bagi memulakan tanaman tomatonya, setelah itu ia akan dipindah ke polibeg yang diisi dengan sabut kelapa sebagai medianya. Pada masa inilah pembajaan memainkan peranan utama. Menurut Bing, formula bancuhan dan jenis baja yang digunakan sangat penting untuk mendapatkan pengeluaran hasil yang maksimum dan bermutu. Dalam mengusahakan penanaman kaedah fertigasi ini pemerhatian tindak balas pokok terhadap setiap perubahan formulasi nutrein perlu diberi tumpuan. 2
Pengeluaran buah tomato bagi 1.2 hektar yang diusahakan sekarang, Bing telah memperolehi 98,600 kg, iaitu catatan bagi tahun 2004.
“Bing telah menanam 10 ribu hingga 12 ribu pokok tomato dengan anggaran pengeluaran 120 hingga 130 metrik tan.�
Bing tidak menghadapai masalah bagi memasarkan hasil usahanya itu dengan permintaan tetap dan harga yang tinggi. Pasaran dibuat secara jualan terus kepada peruncit dan juga jualan secara borong di ladang. Malahan menurutnya pada masa ini beliau tidak dapat memenuhi permintaan pasaran tempatan.
Bing Irwan bin Sutno, usahawan tomato fertigasi.
Di awal penglibatannya Bing telah mengeluarkan modal sendiri bagi menjayakan projek ini. Namun demikian beliau bernasib baik kerana tapak dan peralatan asas telah sedia ada yang ditinggalkan oleh pengusaha sebelumnya. Antara peralatan yang tersedia adalah tapak asas bersimen, kerangka rumah lindungan dan tiub pengairan semburan baja. Dengan asas yang ada Bing memulakan tanaman tomatonya dengan tunjuk ajar dari mantornya, Harrani. Beliau sangat menghargai pengetahuan tersebut dan seterusnya menjadikan Harrani sebagai perunding kepadanya. Apa yang lebih membanggakan beliau adalah apabila projek beliau mendapat pengiktirafan dengan penganugerahan sijil SALM pada bulan Mac 2003 setelah beliau mengikuti segala amalan pertanian yang disyaratkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Beliau merancang meluaskan lagi kawasan projek ini meliputi dua hektar kawasan di TUP Sungai Lebak tersebut. Beliau amat berharap agar kawasan tersebut mendapat bekalan elektrik segera bagi beliau melaksanakan proses pengurusan pembajaan secara automatik dengan penggunaan komputer. Dengan cara ini beliau menjangkakan pengurusan akan dilaksanakan lebih cekap dan dapat menjana lebihan pendapatan yang tinggi di masa depan. Tomato yang dihasilkan melalui kaedah fertigasi ternyata menguntungkan.
3
Terdapat pelbagai faktor yang mendorong peningkatan pengeluaran hasil padi, antaranya amalan pengurusan tanaman yang sistematik, teknologi terkini yang diaplikasikan serta benih bermutu dan terjamin yang digunakan sebelum dipindahkan ke bendang.
sekam arang yang terhasil tidak berubah dari segi bentuk. Manakala unsur-unsur phosphorus (P2 05) dan kalium (K20) yang amat diperlukan oleh anak padi bagi pertumbuhan akar dengan cara mempercepatkan tumbesaran tisu manistem masih kekal.
Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gunong Semanggol mempunyai perancangan dan strategi tersendiri dalam mengeluar anak padi asas untuk kegunaan peladang yang menjayakan projek benih padi berdaftar. Anak padi asas yang sihat dan bermutu ini, PPK sediakan melalui penggunaan sekam padi sebagai media bagi mempercepatkan tumbesarannya.
Penggunaan media ini juga menjadikan anak padi sihat, kuat dan tumbuh sekata. Faktor ini memboleh anak padi yang berumur 20 hari dapat digulung dan dihantar ke bendang dalam masa yang singkat bagi proses penanaman. Sebaliknya agak sukar jika dibandingkan dengan penggunaan sekam padi yang dibakar secara biasa atau tanah liat. Oleh kerana pengubahan anak padi perlu dilakukan menggunakan mesin khas iaitu transplanter, maka benih padi perlu disemai di dalam tray (takung) khas yang berukuran 2 kaki lebar x 1 kaki panjang x 1 inci tinggi. Setiap hektar sawah memerlukan 250 tray anak padi dan setiap tray memerlukan 350 gram sekam arang. Benih padi yang diperlukan untuk satu tray ialah 250 gram yang mengandungi lebih kurang 9,529 biji benih.
Sekam padi yang digunakan oleh PPK bukanlah sekam kuning dari sisa buangan kilang, sebaliknya sekam arang hasil daripada proses pembakaran menggunakan mesin pembakar/ burner yang direka khas. Proses pembakaran sekam ini mengambil masa sekitar 20 minit dan
Oleh : SMT Ibu Pejabat LPP
Cara media ini digunakan adalah dengan meletak rata sebahagian daripada 350 gram sekam ke dalam tray. Selepas itu, 250 gram
Benih padi akan direndam dan dicampur bahan penggalak akar untuk proses percambahan. Proses pemilihan benih untuk semaian penting dalam menghasilkan benih padi berdaftar.
4
benih padi yang telah direndam dan dituskan ditabur rata di atas sekam seterusnya diikuti dengan menutup benih padi tersebut dengan sebahagian lagi baki sekam yang tinggal. Seterusnya tray yang mengandungi sekam dan anak padi tadi disiram serta disusun bertingkattingkat dan ditutup.
pembakaran sekam melalui burner ini mengeluarkan asap yang banyak dan mengganggu penduduk sekitar. Sungguhpun begitu usaha sedang dilakukan oleh PPK bagi mencari kaedah untuk mengurangkan asap dan memindahkan operasi pembakaran ke tempat yang lebih strategik. PPK juga sedang berusaha memperbesarkan saiz projek yang diusahakan dan bersedia untuk memberi tunjuk ajar kepada yang berminat.
Selepas tiga hari anak-anak padi dalam tray akan dipindahkan ke tapak semaian konkrit dan ditutup dengan plastik pelindung dengan tembusan cahaya 30 % selama dua hari. Proses membaja dengan baja semburan (foliar) untuk pertumbuhan pokok dan pembiakan akar serta penukaran air di tapak semaian dilakukan tiga hari sekali. Pertukaran air ini dilakukan supaya tapak semaian tidak berlumut dan untuk mempercepatkan pertumbuhan akar. Manakala kawalan serangga dilakukan mengikut keperluan. Seterusnya pada hari ke-19 tapak semaian perlu dikeringkan dan pada hari ke-20 anak padi bolehlah digulung dan dibawa ke bendang untuk proses penanaman. PPK dalam menyediakan sekam arang yang memenuhi spesifikasi media tanaman padi pada peringkat semaian telah membelanjakan lebih RM60,000. Perbelanjaan tersebut antaranya penyediaan bangunan, pendawaian, takung semaian, mesin pembakar dan paip air. Walaupun PPK berkemampuan mengeluarkan sekam arang ini dalam kuantiti yang banyak, namun PPK keluarkan hanya untuk keperluan sendiri, iaitu sebanyak 17,500 kg.
Anak benih padi yang mencapai umur 20 hari sesuai untuk dipindahkan ke ladang.
Sungguhpun dapat menjadikan sekam padi terbuang ini menjadi media penting dalam menyedia anak padi asas yang berkualiti, namun PPK juga menghadapi masalah kerana Tray yang mengandungi sekam dan benih padi disusun bertingkat-tingkat ditutup bagi proses percambahan.
Anak padi yang telah bercambah akan dipindahkan ke tapak semaian konkrit dan ditutup plastik pelindung untuk proses tumbesaran.
55
Oleh : Rohman Jasmani Ibu Pejabat LPP
daripada air bukit manakala elektrik daripada TNB dan baja saya beli daripada pembekal swasta.
Penglibatan kaum bumiputera khususnya Melayu dalam sektor pertanian secara komersial masa kini semakin ketara. Situasi ini mungkin disebabkan sokongan pihak kerajaan yang inginkan sektor ini berkembang seperti sektor lain.
“Semua itu memerlukan modal yang tinggi untuk menyediakannya, mujurlah ibu dan adik beradik saya dapat membantu dari segi tenaga kerja. Melihatkan perkembangan projek yang dapat memberikan p u l a n g a n menguntungkan pada pusingan pertama, saya tambah menjadi 8,000 polibeg pada April 2003.
Sektor pertanian pada masa dahulu hanya diusahakan secara kecil-kecilan dan sebagai sara diri bagi menampung pendapatan. Bagi Mohd Bakhtiar Hashim, 26, membuktikan aktiviti pertanian sememangnya boleh dikomersialkan dan mampu menjanjikan pulangan lumayan jika diusahakan bersungguh-sungguh. Beliau yang mengusahakan tanaman cili secara fertigasi merasakan sektor pertanian sebenarnya mempunyai tarikan tersendiri. “Saya akan merasa puas dan tersenyum bila melihat pokok cili yang saya tanam mula berbuah. Kepuasan akan lebih dirasai bila kita mula memetik hasil kerana segala penat lelah selama ini telah berbalas” kata beliau memberi keyakinan.
“Saya banyak berterima kasih kepada PPN yang menjadi pembekal anak pokok cili. Anak pokok cili daripada PPN merupakan varieti Kulai 630 yang mampu mengeluarkan hasil tinggi. Di samping itu Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sik juga menganjurkan Kursus Pengurusan Fertigasi kepada saya”, ujarnya.
Mohd Bakhtiar yang sebelum ini pernah bekerja dihotel terkemuka di Alor Star menceritakan, penglibatan awal dalam tanaman cili fertigasi timbul ketika melawat projek yang diusahakan oleh Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Kedah di Terenas, Sik. Beliau merasakan tanaman cili secara fertigasi tidaklah sukar kerana ia menggunakan teknologi terkini yang mudah dipelajari.
Menurut beliau, dalam mengusahakan tanaman cili secara fertigasi terdapat peringkat
Berbekalkan semangat ingin mencuba, akhirnya pada Jun 2002, beliau mula mengusahakan tanaman tersebut di kawasan seluas 1.8 hektar yang disewa di Kampung Charok Tenang, Sik. “Peringkat permulaan dengan modal sendiri sebanyak RM20,000 saya hanya mampu mengusahakan 5,000 polibeg kerana dengan modal itu juga saya gunakan untuk membayar sewa tanah sebanyak RM550.00 setahun. Segala kelengkapan infrastruktur terpaksa saya sediakan sendiri. Bekalan air saya perolehi Mohd Bakhtiar Hashim, usahawan cili fertigasi.
6
terlebih dahulu. Bahan-bahan tersebut ialah: Cili yang ditanam menggunakan kaedah fertigasi t e r b u k t i menguntungkan.
i. ii. iii. iv. v. vi.
kerja yang perlu dilakukan dengan teliti agar tidak mengganggu perjalanan projek. Peringkat-peringkat yang mesti diikuti dalam mengusahakan tanaman cili tersebut ialah:
Bahan-bahan ii – iv di atas dicampur mengikut sukatan yang sama agar menjadi 50% daripada media tanaman kemudian ditambah dengan sabut kelapa yang mewakili 40%. Akhir sekali campuran tersebut ditambah pasir sungai sebanyak 10%. Kesemua bahan-bahan tersebut digaul rata dan dimasukkan ke dalam polibeg hingga ž ketinggian polibeg. Polibeg yang mengandungi media tanaman boleh digunakan sehingga empat pusingan penanaman yang mengambil masa 8 bulan sepusingan.
Penyediaan Tapak Penyediaan tapak dilakukan pada peringkat awal kerja. Elakkan pilih kawasan berbukit yang menyukarkan kerja-kerja penyediaan tapak. Kawasan projek hendaklah diratakan bagi memudahkan air baja dialirkan kesetiap pokok dalam polibeg. Setelah tanah diratakan, penyediaan batas yang berukuran 12 kaki lebar dengan ketinggian 6 inci dan panjang mengikut kesesuaian tapak dilakukan. Jarak antara batas adalah 4 kaki bagi memudahkan pengurusan kerja seperti mengawal rumpai, makhluk perosak dan memunggut hasil. Setelah batas siap, ia perlu ditutup dengan plastik hitam berukuran 4 kaki lebar bagi menghalang rumpai tumbuh mengganggu tumbesaran pokok cili. Penyediaan Tanaman
Polibeg berukuran 23 inci x 18 inci Sekam padi yang telah dibakar hingga menjadi arang Sekam padi/kulit padi hasil daripada pemprosesan Sekam padi yang telah dikeringkan dalam oven Sabut kelapa Pasir sungai
Penyusunan Media Tanaman Kerja-kerja penyusunan polibeg yang mengandungi media tanaman dilakukan mengikut batas yang tersedia. Polibeg disusun secara memanjang dengan jarak antara barisan 2 kaki manakala jarak dalam barisan pula 2 ½ kaki. Pemasangan Paip Pemasangan polypipe untuk menyalurkan air ke polibeg dilakukan mengikut saiz tertentu. Bermula dari tangki air yang berkapasiti 2,400 liter dengan pam elektrik, pemasangan paip utama yang berukuran 50mm dibuat mengelilingi tapak projek. Seterusnya paip berukuran 32mm akan dibuat antara batas untuk menyalurkan air masuk. Penyaluran air antara batas ke dalam barisan dilakukan menggunakan paip berukuran 16mm (tubing). Dari paip tersebut air akan disalurkan ke polibeg dan pokok cili menggunakan paip berukuran 3mm (liners) dan dipasang dengan dripper yang berkemampuan menitiskan air sebanyak 1.5 liter sehari. Penyediaan Sokongan Pokok Selepas kerja-kerja pemasangan paip siap, penyediaan sokongan pokok berukuran 4 – 5 kaki dibuat menggunakan besi paip untuk jangkamasa panjang atau kayu bagi menjimatkan kos. Sokongan akan diletakkan pada hujung dan tengah batas kiri dan kanan. Kemudian tali direntang sebagai penyambung antara sokongan
Media
Dalam menyediakan media tanaman, bahan-bahan asas perlu diperolehi 77
mengeluarkan hasil. Pada peringkat umur pokok 2 bulan ke atas, baja yang mengandungi foliar akan diberi menggunakan kaedah semburan agar tumbesaran pokok lebih sihat. Di samping itu serangan serangga perosak seperti White Flies, Thrip, Hamama dan Ulat diawasi dengan penggunaan racun yang sesuai jika terdapat tanda-tanda serangan. Selain itu kerja penyelenggaraan seperti merumput dalam polibeg dan meracun lorong turut dilakukan bertujuan menghapuskan tempat pembiakan serangga perosak. “Pokok cili akan mula berbuah sebulan setelah ditanam dan hasil boleh dipetik sebulan selepas itu. Buah dipetik sebelah pagi tiga kali seminggu dan terus dihantar kepada pemborong. Purata setiap pokok boleh keluarkan hasil sebanyak 1.5 – 2.0 kg. Keadaan ini juga bergantung pada cuaca yang mana jika cuaca panas serangan serangga perosak kurang, hasil akan tinggi berbanding musim hujan.
Tapak penanaman cili kaedah fertigasi boleh menggunakan sistem batas atau para.
dan seterusnya tali akan dipasang pada setiap polibeg. Penanaman Pokok Penanaman anak pokok cili akan dilakukan setelah kerja-kerja pada peringkat penyediaan asas selesai. Penanaman anak pokok cili akan dilakukan pada sebelah petang agar pokok tidak layu. Benih pokok yang berumur 30 – 35 hari ditanam dalam polibeg dengan kedalaman 3 – 5 cm. Selepas ditanam anak pokok cili akan diikat pada tali sokongan dan diairkan menggunakan air kosong.
“Saya akan menggaji pekerja bagi memetik buah cili kerana pemborong mahu buah cili segar untuk pasaran. Jika saya lakukan sendiri buah akan rosak kerana lambat dipetik. Untuk pasaran terus kepada pemborong, purata harga cili yang saya dapat sekitar RM3.00/kg. Sehingga kini, sebanyak 35 tan cili telah dapat saya hasilkan dengan tiga pusingan. Setiap pusingan, kos yang saya keluarkan sebanyak RM15,000 dengan pulangan sekitar RM30,000�, tambah Mohd Bakhtiar lagi.
Pengurusan Tanaman Kerja pengurusan tanaman dilakukan dengan mengawasi bekalan air kosong atau mengandungi baja. Bekalan air kosong akan disalurkan ke setiap pokok bergantung pada cuaca. Dalam keadaan cuaca panas, air akan dibekalkan setiap jam selama 15 minit yang dipam daripada tangki sedia ada. Manakala dalam keadaan biasa air akan dibekalkan 3 kali sehari di samping air yang mengandungi campuran baja juga sebanyak 3 kali sehari.
Bercakap mengenai harapan masa depan, beliau ingin menambah modal yang mungkin diperolehi daripada institusi kewangan, seterusnya membesarkan projek dengan menambah bilangan polibeg. “Jika ingin pendapatan lebih, kita jangan takut untuk menambah modal. Kadang-kadang semangat ingin membesar projek kita ada tetapi bila memikirkan masalah untuk mendapatkan modal tambahan, semangat itu terus pudar� katanya mengakhiri perbualan.
Menurut beliau lagi, bekalan air baja mempunyai campuran tertentu untuk tumbesaran pokok. Campuran tersebut berbeza mengikut umur pokok. Pada peringkat awal, bekalan air baja disalurkan selepas 4 hari penanaman. Campuran baja A dan baja B yang mengandungi unsur-unsur tumbesaran dimasukkan ke dalam tangki dan disalurkan kesetiap pokok. Pada peringkat umur pokok 30 hari selepas ditanam dan mula berbuah, campuran baja A dan B akan ditambah dengan campuran baja C dan D (campuran baja molybdate) yang mengandungi unsur-unsur penggalakkan buah. Campuran ini akan diberi sehingga pokok berumur 2 bulan hingga 7 bulan iaitu anggaran umur pokok boleh 8
dibesarkan dalam polibeg sebelum dipindahkan ke ladang. Pada tahun 2004, limau madu yang dihasilkan kira-kira 40 metrik tan sahaja. Ini adalah disebabkan terdapat beberapa limitasi. Di antaranya ialah struktur tanah yang tidak sesuai untuk tanaman limau madu kerana kawasan berbukit dan kekurangan jalan perhubungan.
Oleh : Norma Haslina Abd. Manan Ibu Pejabat LPP
Tanaman limau merupakan salah satu daripada enam komoditi komersial terpilih di Negeri Terengganu. Industri limau Negeri Terengganu telah bermula semenjak tahun 60an lagi di mana Negeri Terengganu telah menjadi sebuah negeri pengeluar utama tanaman limau. Sekitar tahun 70an industri tanaman ini merosot akibat daripada serangan Phythoptora. Dalam tahun 80an industri penanamannya dibangunkan semula dengan penemuan teknik cantuman (tut) dengan menggunakan pokok penanti yang tahan Phythoptora. Projek tanaman limau madu yang diusahakan di Terengganu ini diselia oleh seorang pengurus ladang bernama Encik Pepat bin Jalal. Jumlah pekerjanya seramai 10 orang, enam orang daripada penduduk tempatan dan empat orang rakyat Thailand yang bekerja secara kontrak. Ianya dijalankan di Lot P.T. 91, Kampung Durian Mentangau, Mukim Rasau, Dungun ( dalam kawasan KETENGAH ).
Penanaman limau menggunakan sistem titis dapat mengurangkan kos buruh.
Projek telah diusahakan di kawasan seluas 50.5 hektar ( 125 ekar ) bermula pada 15 Mei 1999. Pada 31 Disember 2000 semua anak pokok limau madu siap dipindahkan dari APM (Advance Planting Material) ke ladang. Jumlah penanaman anak pokok limau madu tersebut ialah sebanyak 20,000 pokok. Root Stocknya ialah Cleopatra dan Troyer Citrange. Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Terengganu merupakan sebuah jabatan pelaksana projek limau madu ini di bawah peruntukan sebanyak RM 2 juta. Limau madu yang diusahakan ini daripada jenis Limau Madu (M 33) iaitu anak cantuman APM. APM merupakan anak benih lanjutan yang
Pokok limau hidup subur kerana sumber baja dan air mencukupi menggunakan sistem titis.
99
iaitu (AAA, AA, A, B, C dan D). Dengan penggunaan mesin ini, kualiti limau akan diasingkan mengikut saiz.
“Limau madu yang diusahakan ini daripada jenis Limau Madu (M 33) iaitu anak cantuman APM.”
Kelengkapan Mesin dan Jentera
Pelbagai teknologi telah dijalankan oleh PPNT bagi memastikan mutu dan kualiti buah dapat dijaga. Di antaranya ialah pengamalan APM, sistem pengairan titis, mesin pengredan, kelengkapan jentera dan teknik pengawalan perosak dan rumpai. Pengamalan APM ( Advance Planting Material) Kaedah ini dinamakan Advance Planting Material atau “anak benih lanjutan”. Biasanya anak benih akan disemai dan dibesarkan dalam polibeg sebelum ditanam dan dibesarkan di ladang. Sistem Pengairan Titis Operasi sistem ini pada awalnya menggunakan tenaga elektrik yang dibekalkan oleh generator. Pada bulan Mei 2004 kawasan tersebut telah disalurkan dengan bekalan tenaga elektrik maka kerja pengairan menjadi lebih mudah dan cepat. Sistem pengairan titis ini menggunakan sumber air daripada bumi yang digali sedalam 300 kaki ( pam air “deepwell”) berkapasiti 30,000 liter.
* * *
Jacto Air Blast Sprayer SS A1 Tractor Mounted Sprayer System Fertilizer Spreader
Teknik Pengawalan Serangga/ Rumpai Jabatan Pertanian mengadakan gerakan bersepadu untuk mengawal serangga perosak. Semburan racun serangga dijalankan sebulan sekali bagi memastikan buah limau yang dihasilkan adalah bermutu tinggi dan bebas parasit. Impak daripada projek limau madu ini ialah mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk. Ianya juga dapat memberikan sumbangan kepada 50 keluarga PPRT mulai tahun 2003. Selain itu, projek dapat meningkatkan pendapatan melalui kegiatan memproses, menggred, membungkus dan memasarkan limau.
Mesin Pengredan Mesin pengredan ini berharga RM 58,000. Mesin ini digunakan untuk menentukan gred limau yang dihasilkan. Ianya mengikut enam kategori gred
Mesin pengredan yang digunakan dapat memastikan kualiti buah terjamin mengikut saiz.
10
Oleh : SMT Ibu Pejabat LPP
Padi angin merupakan masalah yang melanda dalam industri padi mengakibatkan kerugian kepada pesawah dan negara. Puncanya pelbagai, antaranya penggunaan mesin yang tidak diselia rapi, penggunaan benih yang tidak diiktiraf dan penyediaan bendang yang tidak sistematik. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam industri padi bagi mengatasi perkara ini. Antara cara yang disarankan adalah pengiliran cara penanaman padi, sekiranya musim ini menggunakan cara tabur terus, maka musim berikutnya cara mengubah perlu dilakukan. Walaupun cara mengubah dapat mengurangkan masalah padi angin, namun memerlukan masa yang lama dan tenaga buruh yang ramai. Malah tenaga mahir dalam kerja ini telah lama berkurang.
Mesin transplanter berharga RM45,000 ini didatangkan khas dari Jepun. Kini, PPK mempunyai empat buah dan setiap mesin berkeupayaan mengubah tiga ekar sehari. Manakala keistimewaan mesin ini pula dapat mengubah mengikut jarak dan jumlah anak benih yang kita kehendaki. Mesin yang menggantikan tenaga manusia dalam kerja mengubah ini memerlukan alat untuk menyokong kerjanya. Alat tersebut antaranya tray (takung) berukuran 2 kaki x 1 kaki x 1 inci tinggi untuk semaian anak padi dan bagi seekar sawah memerlukan 100 tray anak padi. Tapak semaian khas yang mempunyai saliran yang baik diperlukan bagi menempatkan anak-anak padi ini. PPK dalam membantu pesawah, menyediakan pakej khas bagi kerja mengubah anak padi yang berumur 20 hari. Kadar bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM300.00 seekar, iaitu
Beberapa inisiatif telah dilakukan oleh pihak tertentu dalam memperkenalkan cara mengubah terbaru. Dalam perkara ini, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gunong Semanggol turut memberi sumbangan yang bermakna dengan memperkenalkan cara mengubah menggunakan mesin transplanter kepada para peladang yang mengusahakan projek padi benih berdaftar selian PPK. Varieti padi benih yang diusahakan ialah MR 219 dan MR 220. Benih padi akan diangkut ke ladang untuk diubah ke bendang.
11 11
Benih padi yang mencapai umur 20 hari sesuai untuk diubah ke bendang menggunakan mesin transplanter.
RM150.00 bagi perkhidmatan trasplanster dan RM150.00 untuk 100 tray anak padi. Perkhidmatan yang diberikan oleh PPK ini membolehkan para pesawah mendapat benih padi asas yang terjamin dan bermutu. Justeru itu, pesawah tidak payah membazirkan tenaga, masa dan wang bagi menyedia dan mengawal tapak semaian. Sebaliknya boleh menumpukan perhatian dalam kerja-kerja penyediaan bendang bagi proses penanaman. Penanaman melalui transplanter ini juga memudahkan para pesawah membuat kerjakerja pembajaan, kawalan serangga dan mengawal rumpai bagi mengelakkan merebaknya padi angin yang mengancam industri padi. PPK dan usahawan dalam kawasan padi yang berkemampuan boleh menggunakan atau menyediakan perkhidmatan ini, walaupun kos permulaannya agak mahal tetapi dalam masa yang terdekat mampu memberi pulangan. Untuk mendapat maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi: Pertubuhan Peladang Kawasan Gunung Semanggol, Selinsing, Perak. No. Tel 05 -8901030
Mesin transplanter yang digunakan untuk mengubah anak padi dapat mengurangkan padi angin.
Penaung Y. Bhg. Dato’ Nozir Ahmad bin Hussain
Grafik/Illustrator Rohman bin Jasmani
Penasihat Aziz bin Abu Seman
Fotografi Ishak bin Abd. Rahman
Ketua Pengarang Mohd. Rosli bin Harun
Pengedaran Zulkifle bin Mat Abu Hassan bin Abd. Aziz
Pengarang Rosly bin Abd. Rahman Saat bin Mohamad Tan Azizan bin Othman Rohman bin Jasmani Sarimah bt Nordin Mohd. Yusof bin Abd. Jalil Norma Haslina bt Abd. Manan Rosli bin Yaakub Othman bin Majid
Diterbitkan Oleh: Unit Produksi Media, Bahagian Hal Ehwal Korporat, Lembaga Pertubuhan Peladang, Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, 50990 Kuala Lumpur.
12