Info petaling jaya malaysia

Page 1

MATLAMAT Petaling Jaya Bandaraya Dalam Taman yang indah dan bersih, selamat dan selesa untuk didiami atau dikunjungi. Di samping merancang pembangunan dan penyelenggaraan landskap yang tersusun mengikut peruntukan akta, undang-undang kecil dan garis panduan yang berkaitan bagi menyediakan persekitaran hidup yang bersih, indah, selesa dan selamat ke arah mencapai pembangunan mental, fizikal dan sosial yang sihat di kalangan penghuni yang mendiami, bekerja atau berekreasi di Petaling Jaya.

OBJEKTIF •

Alam semulajadi di Petaling Jaya terpelihara dengan memastikan keharmonian pembangunan dan persekitaran semulajadi melalui kawalan pembangunan dan pelaksanaan aktiviti landskap yang berkesan

Kawasan lapang di Petaling Jaya dilengkapi dengan perabot landskap dan peralatan yang selamat untuk memenuhi keperluan dan kehendak kegiatan riadah semua golongan pengguna dan penduduk Petaling Jaya.

Petaling Jaya menjadi ‘Bandar Taman” melalui aktiviti pembangunan dan penyelenggaraan landskap yang terancang dan tersusun.

Menggunapakai pendekatan LA21 dalam proses penyediaan kemudahan di kawasan lapang.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.