Manual Kit Fertigasi
sabakAgro
Manual Kit Fertigasi 10 Beg Siri 2 Kaedah Penanaman
**Sebelum memulakan sessi ini, anda perlu memastikan media polibeg anda lembab dengan cara menyiram air pada setiap polibeg. Jika boleh, gunakan air kumbahan dari sinki dapur anda atau air basuhan beras. Jika tidak, air paip juga boleh digunakan. Sebagai info, sebahagian benih perlu disemai dahulu sebelum menanam di dalam polibeg. Sila rujuk www.sabakagro.com.my tentang cara penanaman sesuatu benih di bahagian BENIH. Cara mudah CARI ‘nama benih’. Anda boleh juga menyemai benih terus ke dalam polibeg dengan menggunakan kaedah yang di terangkan dalam ruangan BENIH untuk setiap benih. Kaedahnya, masukkan benih ke dalam media sedalam 2.5cm, ulangi proses ini untuk 2~3 biji benih setiap polibeg. Setelah tumbuh setinggi 10cm, pilih satu anak benih yang paling sihat dan buang yang lain dengan cara memotong dan bukan mencabut. Anda juga boleh menggunakan kaedah menyemai di bekas lain dahulu, seperti tray penyemaian dan bila benih telah mencapai tinggi 10cm, alihkan kedalam polibeg. Kaedah ini dapat menjimatkan biji benih bila anda memulakan projek fertigasi secara komersil. Kaedah Pembajaan & Kawalan Serangga
**Didalam kotak Kit Fertigasi anda, ada 3 jenis pek disediakan. Pek kecil yang mengandungi serbuk berwarna KELABU adalah bahan kawalan serangga. Pek lain adalah baja. Baja yang disediakan ada 2 jenis, mengikut permintaan anda. -Baja Organik >> dibuat dari ekstrak pokon Neem (semambu) dan di bungkus dalam bentuk pallet. -Baja Komposit >> dari jenama Miracle Gro dan di bungkus dalam bentuk serbuk (powder)
Cara pembajaan menggunakan Baja Organik adalah seperti berikut : Masukkan semua isi pek Baja Organik (pek besar) ke dalam bekas takungan air anda. Masukkan juga 1 pek Baja Komposit (pek kecil). Masukkan air kedalam takungan sehingga 90% penuh dan peram selama 24 jam. Selepas itu anda boleh memasukkan Pam Mini ke dalam bekas takungan air untuk disalurkan ke setiap polibeg. Setiap 14 atau 21 hari, anda digalakkan memasukkan 1 pek Baja Komposit sebagai baja tambahan untuk pokok. Ini bukan satu kemestian jika anda mahukan 100% hasil organik. sabakAgro Lot 6017 Sg Lias, 45300 Sg Besar, Selangor, Malaysia www.sabakagro.com.my | sabakagro@yahoo.com | Tel / Fax : +603-3224-5639 | SMS : +6013-270-5863