PELAN PEMASARAN KOMODITI HALIA 2003 - 2010 1.
PENGENALAN
Halia dikategorikan sebagai sayuran umbisi .Ia juga merupakan tanaman herba atua rempah.Tanaman halia dikatakan berasal dari Asia Tenggara telah lama di kenali di Asia dan kini di seluruh dunia.Halia digunakan sebagai bahan perasa dalam
pelbagai masakan.Halia boleh di proses
untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak oleoresin.Minyak halia boleh di jadikan bahan perasa minuman buah-buahan,confectionary kosmetik dan ubatan.Oleoresin pula boleh digunakan untuk bahan perasa minuman tetapi lebih untuk ubatan. Ubat-ubatan dari halia boleh mengawal penyakit antaranya demam,batuk,sesak dada,pleurisy,cramps,migrane, sengugut,sakit kepala,sakit gigi,sakit tulang,sakit perut dan sakit gastrointestinal. Halia ditanaman dikawasan tropika meliputi tanah ketinggian 1500 meter dari aras laut dan boleh hidup dalam berbagai keadan cuaca dan jenis tanah.
1
2.
ANALISA SITUASI
2.1
Analisa Produk
2.1.1 Jenis Dan Varieti
Halia atau nama botaninya, Zingiber officinale Roscoe dari famili Zingiberaceae digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Ciri-ciri rizom halia seperti kandungan serabut, hasil dan pungency (pedas) berbeza dari varieti ke varieti. Terdapat dua jenis di Malaysia, iaitu : -
Jenis Bentong (Halia Bkt. Tinggi)
-
Jenis Tanjung Sepat (Halia Indonesia)
rizom besar dan berwarna pucat keputihan rizomnya berbentuk panjang dan berwarna kekuningan muda
2.1.2 Benih
Halia ditanam daripada keratan rizom berumur 9 bulan. Pada masa kini benih hanya boleh diperolehi daripada pengusahapengusaha halia di mana sebahagian daripada halia yang dituai disimpan untuk dijadikan benih.
Benih/rizom halia
pada masa kini dijual pada harga RM4.00/kg. Sebanyak
2
1,800 kg rizom segar adalah diperlukan untuk seluas 1 hektar. 2.1.3 Zon Pengeluaran
Di Malaysia, negeri-negeri pengeluar utama halia ialah Sabah, Sarawak, Pahang, Selangor dan Johor. Di Negeri Pahang, kawasan utama pengeluaran halia ialah di Bentong. Di Negeri Sabah, kawasannya ialah di Keningau dan Tambunan. Keluasan tanaman di semua negeri adalah seperti tercatat di bawah : Jadual 1 : Keluasan tanaman halia mengikut negeri (1996 – 2000)
NEGERI
Johor Kedah Kelantan Melaka N.Sembilan Pahang P.Pinang Perak Perlis Selangor Terengganu Sabah Sarawak JUMLAH Sumber :
KELUASAN (HEKTAR) MENGIKUT TAHUN 1996 27.0 20.0 1.0 47.0 448.0 * * 543.0
1997 53.0 13.0 2.0 80.0 1.0 337.0 * * 486.0
Jabatan Pertanian • Tiada Maklumat
3
1998 88.0 17.0 2.0 115.0 94.0 * * 316.0
1999 71.0 21.0 1.0 117.0 1.0 72.0 * * 283.0
2000 55.2 0.4 15.7 0.3 91.8 0.6 6.0 72.0 2.0 264.7 236.7 745.4
Pada tahun 2000, jumlah pengeluaran halia dari kawasan yang mengeluarkan hasil (225.7 hektar) di Semenanjung Malaysia dilaporkan sebanyak 1,859.3 metrik tan.
2.1.4 Keperluan Tanah Dan Cuaca Halia memerlukan taburan hujan sebanyak 200 – 260 cm setahun dan cuaca yang panas. Halia sesuai ditanam dipelbagai jenis tanah yang mempunyai saliran baik, kaya dengan bahan organik serta gembur dan peroi, dan tidak menyekat tumbesaran rizom. Halia hidup subur dalam keadaan pH 5.0 – 6.5. Tanah yang paling sesuai ialah yang bertekstur lom dari segi membekal nutrien, air dan udara kepada akar tanaman. Ia juga boleh ditanam di tanah gambut setelah ianya diperbaiki dengan sistem pengaliran yang efisien, pengapuran sehingga pH tanah melebehi 5.0, dan pemberian baja makro dan mikro yang mencukupi. Halia juga sesuai di tanam dikawasan rendah di mana suhunya 22-34°C dan mempunyai purata taburan hujan sebanyak 2,000-2,500 mm/tahun.Masa yang paling sesuai untuk menanam ialah pada bulan Februari hingga Mac, iaitu pada musim permulaan hujan. 2.1.5 Amalan Kultur Tanah perlu dibajak dan digembur sebelum menyediakan batas berukuran 70 cm lebar dan 25 – 30 cm tinggi. Bagi tanah yang berasid, kapur (GML) sebanyak 2.5 tan/ha
4
ditabur semasa tanah dibajak. Bagi tanah mineral, baja organan sebanyak 4 tan/ha digaulkan dengan tanah di atas batas sebelum menanam. Halia ditanam daripada keratan rizom berumur 9 bulan. Rizom disimpan di tempat redup selama 2 minggu untuk menggalakkan percambahan tunas. Selepas itu, rizom dikerat 5 cm panjang (sekurang-kurannya 2 mata tunas). Sebayak 25 – 30 keratan boleh didapati daripada 1 kg rizom. Sebanyak 1800 kg rizom segar adalah diperlukan untuk seluas 1 hektar.
Keratan-keratan rizom perlu direndam dalam larutan racun kulat seperti Benomyl, dan dibiarkan kering sebelum ditanam. Selepas ditanam, naungan perlu disediakan untuk pucuk-pucuk baru yang muncul dalam masa 2 –4 minggu selepas menanam. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 45 cm di anatara baris dan 30 cm di antara pokok. Kepadatan pokok 45,000 sehektar. Baja kapur sebanyak 2.5 tan/ha ditabur semasa membajak tanah, sekiranya pH kurang dari 5.Kadar pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
5
Jadual 2 : Jadual pembajaan tanaman halia
PUSINGAN 1 2 3 4 5 6
MASA Sebelum menanam 4 minggu 8 minggu 12 minggu 16 minggu 20 minggu
JENIS BAJA Baja organan NPK 12:12:17:2 NPK 12:12:17:2 NPK 12:!2:17:2 NPK 12:12:17:2 NPK 12:12:17:2
KADAR/HA 4 tan 300 kg 300 kg 300 kg 300 kg 300 kg
Sumber : Jabatan Pertanian.
Untuk mengelakkan pertumbuhan rumpai, racun herba pracambah seperti Alachlor atau Atrazine disembur pada kadar 4 lit/ha ke atas batas, sebaik sahaja keratan-keratan halia ditanam. Selepas itu, dua pusingan merumput secara manual di atas batas diperlukan. Rumpai di sekeliling batas boleh dikawal dengan penyemburan racun herba seperti Glufosinate ammonium. Penimbunan tanah di pangkal pokok perlu dilakukan semasa merumput, supaya rizomrizom
tidak
terdedah
Serangga
dan
penyakit
utama
menyerang tanaman halia ialah :
Jadual 3 : Pengurusan serangga dan penyakit
JENIS SERANGGA/PENYAKIT
KAWALAN
1. Ulat Pengorek (Udaspes folus)
Sembur racun Permethrin
2. Layu Bakteria (Pseudomonas solanacearum)
Musnahkan pokok yang berpenyakit Gunakan benih yang sihat Tentukan saliran yang baik
3. Bintik Daun (Phyllosticta zaingibera)
Sembur racun kulat Benomyl
6
yang
Sumber : Jabatan Pertanian
Pada masa sekarang, pengeluaran halia masih dihasilkan secara konvensional oleh pengusaha-pengusaha. Walau bagaimanapun, pengeluaran sayur-sayuran termasuk halia
adalah digalakkan
supaya diusahakan secara organik dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan. Keperluan tenaga kerja bagi penanaman halia sehektar adalah seperti berikut : Jadual 4 : Keperluan tenaga kerja tanaman halia
JENIS KERJA 1. Penyediaan tanah & batas 2. Merata & membaiki batas 3. Penyediaan benih 4. Menanam 5. Membuat naungan 6. Mengawal rumpai 7. Menimbus tanah 8. Membaja 9. Mengawal serangga/penyakit 10. Memungut hasil JUMLAH
1 Kontrek 6 4 20 4 2 36
BULAN 2 3 4 5 6 7 - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 25 - - - - 4 - 4 - - 8 - 8 - - 2 2 2 2 2 2 4 4 - - -
8 9 - - - - - - - - - -
6 4 20 25 12 16 12 10
- - - 41 6 18 2
-
60 165
2
-
JUMLAH
60 60
Sumber : Jabatan Pertanian
Halia boleh dipungut sebagai halia muda semasa berumur 4 – 5 bulan dan halia tua semasa berumur 8 – 9 bulan (batang dan daun mula menjadi kuning). Halia yang dipungut sekiranya terdedah lama kepada cahaya matahari akan kehilangan air dan mutunya
7
merosot. Hasil halia tua adalah di antara 14 – 20 tan/ha dan halia muda ialah 8 – 12 tan/ha. Hasil purata halia tua ialah 17 tan/ha. Ini masih rendah jika di bandingkan dengan pengeluaran halia China ( 115 tan/ha ), Indonesia ( 73 tan/ha ), Filipina ( 58 tan/ha ) (Lampiran 1)
2.1.6 Kos Pengeluaran Kos pengeluaran dibahagi kepada tiga komponen; iaitu kos bahan, kos tenaga dan kos pelbagai. Sila rujuk Lampiran 2,3 dan 4. Jumlah kos pengeluaran bagi penanaman halia Bentong
adalah
merupakan
kos
RM17,357.00
sehektar.
yang
tinggi
paling
Kos
bahan
(RM12,962.00),
berbanding dengan kos tenaga (RM3,900.00) dan kos pelbagai (RM495.00). Kos pengeluaran sekilogram halia Bentong ialah RM1.02. Manakala anggaran kos pengeluaran Halia Sabah ialah RM0.76 dan kos pengeluaran di kawasan keseluruh Malaysia ialah RM0.86. Perbezaan di antara harga ladang dan kos/kg ini merupakan angka petunjuk untung atau ruginya pengeluaran. Harga halia pada peringkat ladang sering menghadapi keadaan turun naik yang dipengaruhi oleh faktor-faktor kualiti halia dan keadaan cuaca yang mempengaruhi pengeluaran halia. Dalam tempoh lima tahun (1996 – 2000), harga halia di peringkat ladang adalah di antara RM1.64/kg dan RM2.37/kg dan harga purata ialah RM1.99/kg. Bagi halia Bentong, harga di peringkat ladang ialah RM4.00/kg.
8
Berdasarkan kepada hasil halia sehektar dan harga purata RM2.00 sekilogram, pendapatan kasar yang boleh diperolehi ialah RM68,000 bagi halia Bentong, RM24,000.00 bagi halia Sabah dan RM34,000.00 secara umum Pendapatan bersih merupakan baki pendapatan setelah ditolak segala kos perbelanjaan yang terlibat. Berdasarkan hasil,
harga
dan
kos
pengeluaran
yang
dinyatakan,
pendapatan bersih sehektar ialah RM50,643.00 bagi halia Bentong.RM14,890.00 bagi halia Sabah dan secara umum RM19,343.00. Bagi tanaman singkat masa seperti halia, kaedah “Pulangan bagi setiap ringgit yang dilabur� sering digunakan dalam analisis
keuntungan.
Ianya
adalah
nisbah
di
antara
pendapatan kasar dan kos pengeluaran. Bagi penanaman halia, pulangan bagi setiap ringgit yang dilabur ialah RM3.92 bagi halia Bentong, RM2.63 bagi halia Sabah dan secara umum RM2.32 dalam jangka masa 9 bulan. 2.1.7 Amalan Pengendalian Lepastuai
Pengendalian lepastuai yang teratur bagi halia amatlah penting untuk mengawal kerosakan dan kemerosotan mutu. Mutu halia menurun akibat jangkitan kulat, kehilangan air (kecut) dan juga percambahan.
Keperluan pengendalian
harus diambil kira daripada peringkat pengutipan sehingga penerimaan oleh pengguna (Carta alir 1). dan untuk dieksport. 9
(8-9 bulan selepas penanaman)
Pengendalian di ladang
Pengangkutan ke rumah penyediaan Atau kawasan pengumpulan
Operasi penyediaan
Pemilihan dan pemotongan
Pembasuhan dan rendaman di dalam Larutan pengawal kulat selama 10 minit
Pengeringan dan perawatan (25-30 ยบC, selama 4-5 hari)
Penggredan
Pemeriksaan kuarantin, pembungkusan, Penyimpanan sementara (10-15 ยบC, Kelembapan bandingan 85-90%)
Pengangkutan ke Pelabuhan Kelang
Destinasi Rajah 1 : Aliran operasi penyediaan halia untuk eksport dengan kapal laut
10
2.1.7.1
Pengutipan Halia mencapai kematangan yang sesuai untuk kegunaan segar selepas 8-9 bulan penanaman. Kematangan juga kerap ditentukan dengan meneliti perubahan warna daun yang menjadi kekuningan dan seterusnya gugur.
Halia dikutip pada awal pagi ataupun petang iaitu dalam keadaan persekitaran yang redup.
Ini
bertujuan mengelakkan kehilangan kandungan air yang boleh menyebabkan halia menjadi kecut. Kesan
pancaran
menyebabkan
matahari
penghijauan
juga
boleh
yang
akan
menjejaskan mutu halia. Pada peringkat permuliaan, cangkul digunakan bagi melonggarkan tanah disekitar pokok halia untuk
memudahkan
penarikan
rizom
Penggunaan alat yang tidak sesuai kasar
boleh
merosakkan,
keluar.
atau yang
mencacatkan
atau
mematahkan halia. 2.1.7.2
Pengendalian di ladang
Halia yang telah dikutip dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai seperti bakul plastik (30 kg) ataupun bakul buluh.
11
Sekiranya bakul buluh
digunakan, bahan pengalas seperti kertas atau span perlu bagi mengelakkan geseran antara bakul dan halia itu. Kutipan harus dibawa dengan secepat mungkin ke tempat pengumpulan atau rumah pembungkusan bagi operasi penyediaan yang seterusnya.
Keadaan yang sedemikian
adalah untuk mengelakkan pendedahan yang lama atau cuaca panas yang boleh mengecutkan rizom.
Jenis
pengangkutanyang
digunakan
bergantung pada muatan dan jarak perjalanan ke tempat pengumpulan.
2.1.7.3
Operasi di rumah pembungkusan
i) Pemilihan dan pemotongan Pemilihan dilakukan bagi mengasingkan rizom yang terlalu tua, yang terlalu muda, yang busuk dan yang patah. Kebanyakan halia yang patah disebabkan oleh kecederaan semasa pengutipan
dan
kesan
himpitan
semasa
pengangkutan.
Cabang halia yang kecil dan tidak menarik dipotong
dengan
pisau
yang
tajam.
Pemotongan perlu dilakukan dengan cermat supaya tidak mencederakan bahagian halia yang sebenar.
12
ii) Pembasuhan dan perlakuan racun kulat Pembasuhan halia dibahagikan kepada dua peringkat.
Pada peringkat yang pertama,
pancutan
air
bersih
digunakan
untuk
membuang tanah dan serangga yang melekat pada rizom. Pada peringkat yang kedua pula, halia direndam di dalam air yang bersih untuk membersihkan bahagian yang masih kotor dengan
menggunakan
penggosok
yang
lembut.
Air perlu ditukarkan selalu bagi
mengelakkan jangkutan kulat. Halia yang bersih direndam di dalam larutan pengawal kulat (500 ppm) selama 10 minit bagi mengelakkan pertumbuhan kulat yang boleh menyebabkan pembusukan. iii) Pengeringan
Air yang berlebihan pada halia boleh dibuang dengan meletakkan halia di atas rak pada suhu ambient.
Kipas
boleh
digunakan
untuk
mempercepatkan proses pengeringan.
iv) Perawatan Halia yang telah kering di atas rak dibiar terdedah
13
kepada
suhu
ambient,
dengan
pengudaraan yang baik selama 4-5 hari. Operasi
ini
perlu
bagi
membolehkan
pembentukan lapisan periderma di bahagian rizom yang terluka semasa pengutipan dan pengendalian. Pembentukan lapisan ini akan dapat mengelakkan kehilangan lembapan yang berlebihan,
serangan
mikroorganisma
dan
lebam pada tisu yang luka. Halia yang telah diberi perawatan yang cukup akan mempunyai rupa dan warna yang menarik. v) Penggredan
Halia untuk pasaran dalam negeri dan eksport digred
berdasarkan
ciri-ciri
saiz,kesegaran,kerosakan
keseragaman
dan
kecacatan
berpandukan piawaian Sirim iaitu gred 1,2 dan 3. Terdapat 3 kumpulan saiz yang diukur dari timbangan berat.(Lampiran 5 dan 6)
vi) Pembungkusan Kotak ‘corrugated fireboard’ jenis teleskopik yang berukuran 53 cm x 40 cm x 20 cm dengan
14
muatan
13.5
kg
sesuai
untuk
pembungkusan halia yang dieksport. tersebut
mestilah
mempunyai
Kotak
beberapa
tebukan di bahagian sisi memanjang dan satu lubang
pengudaraan
di
bahagian
tengah
penutupnya bagi mengelakkan suhu halia di dalamnya meningkat.
vii) Penyimpanan sementara Sementara menunggu untuk hantaran, halia yang telah siap dibungkus di dalam kotak boleh disimpan pada suhu 10-15 ยบC dengan kelembapan
bandingan
85-90%.
Pada
keadaan penyimpanan ini, halia boleh tahan selama 4-5 bulan tanpa menjejaskan mutunya. viii) Pengangkutan Pengangkutan dengan kapal laut lebih murah berbanding dengan kapal terbang.
Untuk
tujuan ini, kontena kargo yang berukuran 6.1 m (20 kaki) dan 12.2 m (40 kaki) masingmasing boleh digunakan untuk pengisian kirakira 5 tan dan 10 tan halia.
Bagi pengangkutan ke pelabuhan, kotak-kotak yang berisi dengan halia perlu diangkut dengan lori atau kontena yang bersuhu 10-15 ยบC dan kelembapan
15
bandingan
85-90%.
Kerja
mengisikan kontena perlu dilakukan dengan secepat
mungkin
untuk
mengelakkan
peningkatan suhu yang boleh menjejaskan mutu hantaran.
2.1.7.4
Piawaian dan kawalan mutu Piawaian dan kawalan mutu diperlukan bagi mewujudkan
satu
sistem
pengendalian
dan
pemasaran yang baik dan berkesan. Pengeksport harus memastikan supaya
halia yang dieksport
bermutu tinggi.
Dengan kawalan yang rapi dan
teliti
menjalankan
ketika
setiap
operasi
pengendalian, matlamat ini boleh dicapai.
Untuk membolehkan halia memasuki pasaran luar, setiap hantaran hendaklah disertai dengan sijil fitosanitari
(phytosanitary)
yang
dikeluarkan
disahkan oleh Jabatan Pertanian. Sijil ini diperoleh setelah pemeriksaan yang teliti oleh Pegawai Kuarantin semasa operasi pembungkusan bagi memastikan ketiadaan sebarang perosak dan penyakit. 2.1.7.5
Kemudahan dan infrastruktur Pengendalian lepastuai halia untuk pengeksport melibatkan satu rangkaian operasi khusus yang
16
memerlukan sesuatu infrastruktur seperti bilik sejuk untuk penyimpanan.
Bagi ladang yang
besar, sebuah kompleks rumah penyediaan boleh didirikan di kawasan ladang. Bagi pekebun kecil pula, sebuah bangsal penyediaan yang dilengkapi dengan rak untuk pengeringan dan perawatan, meja
pemilihan,
penimbang,
meja
ruang
penggredan,
menyimpan
kotak,
alat ruang
pembungkusan dan bekalan air bersih perlu didirikan di kawasan kebun.
Operasi-operasi yang dijalankan di rumah atau bangsal
penyediaan tersebut ialah pemilihan,
pembersihan,
perawatan,
penggredan,
pembungkusan dan pengisian ke dalam kotak. Kotak-kotak yang berisi halia kemudiannya segera diangkut
ke
kompleks
bilik
sejuk
yang
berhampiran seperti kompleks yang dimiliki oleh FAMA bagi penyimpanan sementara.
2.1.8 Amalan Pemerosesan Minimum dan Pengilangan
Pemprosesan minimum merupakan satu aktiviti lepastuai yang mula mendapat tempat di pasaran sekarang. Sayur yang diproses secara minimum merupakan produk yang telah
dilakukan
pembersihan,
pembuangan
kulit
pemotongan/hirisan, rawatan kimia, pengeringan
17
atau dan
pembungkusan. Operasi yang dilakukan bergantung pada jenis sayur. Bagi halia ia melibatkan operasi membersih rizom,pembuangan kulit,hirisan,rendaman dalam larutan kalsium klorida,pengeringan,pembungkusan dan penyimpan. Halia yang di proses secara minumum sedia untuk terus di gunakan untuk pemasakan. Melalui kaedah penyediaan yang sesuai halia yang diproses secara minimum dapat di kekalkan kesegarannya selama 4 minggu di suhu 2 C dan RH 85-90%. Dari segi pengilangan, halia boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk, minced ginger dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos, bakery dan jam serta minuman
buah-buahan
dan
teh
yang
mana
barangan/produk ini ada terdapat di pasaran luar negara. Walau bagaimanapun, setakat ini perusahaan pemprosesan halia di dalam negara masih lagi kecil dan terhad dari segi produk dan tidak dibuat secara besar-besaran. 2.1.9 Penyelidikan dan Pembangunan Penyelidikan oleh MARDI telah menghasilkan beberapa teknologi bagi meningkat produktiviti halia. Teknologi merangkumi aspek-aspek berikut: -
Cara memperbaiki tanah bermasaalah seperti tanah gambut supaya sesuai untuk tanaman halia.
-
Amalan kultura dan agronomi seperti penyediaan tanah, jarak tanaman dan merumput.
-
Pembajaan di berbagai jenis tanah seperti tanah lom 18
berliat dan tanah gambut. -
Pengawalan serangga perosak dan penyakit.
-
Mekanisasi terutamanya dalam penyediaan tanah, pembajaan dan penyemburan kimia.
-
Pengendalian lepas tuai, penyimpanan, pembungkusan dan pengangkutan.
-
Teknologi pemprosesan.
Dasar Petanian Negara ( DPN3 ) telah mengenalpasti bidang-bidang penyelidikan yang perlu dititik beratkan oleh MARDI demi untuk memajukan industri sayur-sayuran termasuk
halia.
Di
antara
bidang-bidang
penyelidikan
tersebut ialah: -
Teknologi pengendalian lepas tuai.
-
Sistem
pengeluaran
persekitaran
terkawal
bagi
sayur-sayuran temperat dan tropika. -
Pengeluaran sayur-sayuran secara tanpa tanah.
-
Teknik Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) untuk berbagai jenis sayur-sayuran.
-
Mewujudkan ‘standards, grades and certification schemes’ untuk sayur-sayuran.
19
3.
ANALISA PASARAN 3.1
Pasaran Domestik Mengikut FAMA permintaan halia segar di pasaran domestik pada tahun 2002 di jangka 18,603 mt (Lampiran 7) sedangkan jangkaan pengeluaran halia tempatan adalah 9233 mt. Jangkaan kekurangan bekalan sebanyak 9370 mt di tampung oleh import dari negeri China, Indonesia, Thailand, Myanmar, Hong Kong dan Vietnam. Syer halia tua dan muda tempatan dalam pasaran domestik ialah 49.63%. Sumber Pahang
yang
utama bekalan halia tua dari Bukit Tinggi, terkenal
dengan
halia
Bentong
dan
dari
Sabah(Keningau dan Tambunan), manakala halia muda dari Sepang Selangor ( varieti Sabah/Indonesia,). Setakat yang di ketahui tidak ada halia muda di import dari luar negeri. 3.1.1 Segmen Permintaan 3.1.1.1
Permintaan isi rumah dan institusi Halia digunakan sebagi bahan perasa dalam masakan
pelbagai
makanan
lauk
pauk
dan
hidangan.Jangkaan penggunaan halia oleh isi rumah dan institusi
pada tahun 2002 adalah
10,972 tan metrik dan di jangka akan terus meningkat ke14,227 tan metrik pada tahun 2006.
20
3.1.1.2
Permintaan Kilang Jangkaan permintaan halia oleh pengilang adalah banyak 198 tan metrik pada tahun 2002 Antara hasil produk proses terdapat dalam pasaran ialah -
Sos halia dari syarikat Amisan Product(M) Sdn Bhd., Kapar Perak
-
Halia minced dari Syarikat Bidor Kwong Heng Sdn. Bhd., Bidor Perak
-
Serbuk
halia
dari
Syarikat
Adillah
Food
Industies Sdn. Bhd., Kota Kinabalu, Sabah -
Minuman herba halia dari Syarkat Vast Green Sdn. Bhd.,Petaling Jaya,Selangor
-
Chinese Ginger & Soy (untuk
bahan tumis
termasuk cendawan Shiitake) dari
syarikat
Merry Chef Food Sdn. Bhd Shah Alam Selangor yang memasarkan produk di bawah jenama TANPING.Produk diedarkan pasaraya seperti Cermat,Giant,Jaya Jusco,Tops Sogo,Savemart Xtra Super Cen dan
Klang
di sekitar Kuala Lumpur, PJ
dan
beberapa
pasaraya
di
Seremban, Penang dan Ipoh. -
Syarikat syarikat tersebut di dapati berdaftar di Matrade untuk tujuan eksport ke luar negara dan edaran dalam pasaran domestik .
21
Cawangan
Pengilangan
IKS
FAMA
sedang
berusaha mempromosikan produk gula-gula madu halia madu dan serbuk halia madu
kepunyaan
syarikat Suhaimi Sdn Bhd Taiping Perak di dalam pasaran tempatan. Tinjauan di pasar raya Giant Shah Alam dan Xtra Klang mendapati halia kering,ubatan herba termasuk halia, minuman dan gula-gula halia turut di hasilkan dalam negeri Permintaan kilang di ramalkan akan meningkat 347 tan metrik pada tahun 2006. 3.1.2 Aliran Pemasaran
Halia tua Bentong di percayai sebahgian besar nya di eksport kerana mempunyai ciri saiz rizom yang lebih besar di samping mempunyai rasa yang lebih pedas.Halia import yang terdapat di pasaran tempatan juga turut di eksport keluar negara. FAMA pernah mengeksport halia dari Indonesia dan Cina serta halia Bentong dan dari Sabah ke Rotterdam pada tahun 2000 dan 2001. Selain FAMA adalagi seorang pengeksport halia yang berdaftar dengan Matrade iaitu syarikat CED yang pernah menghantar halia Bentong ke Belanda lima tahun lepas.Halia muda tempatan terbukti dieksport ke UK. Umumnya aliran pemasaran halia adalah seperti rajah 2
22
Rajah 2 : Aliran Pemasaran halia segar dalam Negara
Pengeluar Peraih Pengusaha Pengangkutan Pengeksport Pemborong Pengimport Pemborong Kedua
Jualan Terus
Pasar Raya
Peruncit
Instiusi
Kilang
(Pasar Tani) Pengguna
Bagi hasil proses produk
jenama TANPING dari Malaysia
telah memasuk pasaran Brunei, Australia dan UK.Terdapat juga produk dari Singapura minuman halia segar ,teh halia dan teh serai halia di jual di pasar raya Malaysia.
23
3.1.3 Kos Pemasaran
Kebiasaannya
kos
pemasaran
termasuk
upah,
pembungkusan dan pengangkutan sayur-sayuran termasuk halia segar dalam pasaran tempatan dianggarkan 7-10%. Kos pemasaran eksport halia tua ke Rotterdam,Belanda yang di lakukan FAMA pada Januari 2002 melalui laut ialah USD
0.80(RM3.00)/kg
atau
USD
8.00(RM30.00)
bagi
pembungkusan kotak 10kg.
3.1.4 Harga , gred dan pembungkusan Gred bergantung kepada saiz rizom yang di ukur dari timbangan berat dan rasa kepedasan Gred halia tua yang di amalkan oleh Cawangan Urusniga Fama seperti berikut;
Gred
Saiz
1
>250gm
2
<250-150
3
<150->100gm
Umumnya halia tua dari Bentong lebih pedas serta mempunyai rizom yang lebih besar dari segi ukuran garis lintang (diameter) berbanding dari halia lain.Justu itu harganya pun lebih tinggi Sebagai contoh tinjauan pada 20/7/2002 di pasar Borong Selayang di dapati harga borong Gred 1 bagi halia Bentong adalah RM 5.25 /kg berbanding 24
dengan halia Thailand RM3.00/kg dan Indonesia RM1.70/kg bagi gred sama.
Harga ladang halia Bentong
adalah
RM4.25 bagi Gred 1.Marjin pengusha tanaman halia Bentong tinggi sebanyak RM3.38 kerana kos pengeluaran halia tersebut hanya di anggarkan RM 1.02/kg. Harga halia Bentong tinggi kerana berlaku penggunaan oleh perempuan
kaum
China selepas bersalin atas sebab menjaga
kesihatan. Halia import di bungkus dalam kotak 10 kg. Gred bagi halia muda juga bergantung pada saiz. Berat bagi Gred 1 melebihi 300gm manakala berat bagi Gred 2 kurang dari 300gm.Harga ladang bagi Gred 1 RM1.10/kg manakala harga borong RM 3.25. Di kalangan pemasar spesifikasi gred tersebut tidak di ikuti sepenuhnya kerana terdapat halia yang luar saiz dalam sesuatu saiz gred dengan kadar boleh melebehi 20% , termasuk dalam kotak halia import. Hasil-hasil proses dari halia di jual pada harga yang berbeza mengikut pelbagai bentuk dan saiz
pembungkusan seperti
aluminium foil, packet, kotak,botol dan uncang.
3.2
Pasaran antarabangsa
3.2.1 Eksport
Pada tahun 2000 eksport di pasaran dunia bagi halia ialah 226,743 mt bernilai USD 130, juta.(Lampiran 9) 10 negara pengeksport utama dunia di dahului jauh dihadapan oleh
25
China 49%, Thailand 14% Taiwan 7%, Indonesia 4%,Brazil 4%,India 4%,Belanda 3% Fiji 3% Nepal 2% dan Singapura 2%. Eksport Malaysia pada tahun tersebut hanya 189 tan metrik bernilai USD 97,000
terutama ke Singapura(75%)
dan Amerika Syarikat (11%) (Lampiran 10). Ini bermakna syer pasaran eksport Malaysia di dunia 0.08% sahaja menjadikan Malaysia menduduki tempat ke-28 di pasaran dunia. Walaupun kuantiti eksport dunia telah berkembang sebanyak 8% dari tahun 1966-2000, namun pada tempoh tersebut, eksport Malaysia merosot sebanyak 22% . Pengeluaran di Semenanjung Malaysia berkurangan dari 54.3 hektar pada tahun 1996 ke 244 hektar pada tahun 2000.
3.2.2 Import
Import halia
oleh negara pengimport pada tahun 2000
adalah sebanyak 247,112 tan bernilai US176.86 juta. Negara Jepun merupakan negara pengimport yang jauh terbesar dari negara lain dengan import
sebanyak 104,379 tan
bernilai US 76.96 juta yang merupakan 42% dari jumlah kuantiti import dunia. Negara kedua ialah Pakistan 11.6% ketiga Amerika Syarikat 7.7%, keempat Emirat Arab Bersatu 4.8%,
kelima
United
Bangladesh,3.4%
Kingdom
4.2%,keenam
ketujuh Arab Saudi 3.3%,kelapan
Malaysia 3.1% dan 29 negara lain lain.
26
Jadual 5 : Kuantiti,syer dan pertumbuhan import oleh negara pengimport.
Negara
Import(tan)
Jepun
104,379
42.2
12
Pakistan
28,738
11.6
65
Amerika Syarikat
19,035
7.7
7
Emirat Arab Bersatu 11,.804
4.8
10
United Kingdom
10,337
4.2
5
Bangladesh
8,409
3.4
506
Arab Saudi
8,248
3.3
na
Malaysia
7,652
3.1
53
Singapura
7,566
3.1
36
Belanda
6,981
2.8
12
Korea
6,805
2.8
43
Canada
4,680
1.9
5
India
2,591
1
Jerman
2,310
0.9
7
Morroco
1,758
0.7
21
Perancis
1,358
0.5
-2
(%)
Pertumbuhan 1996-2000(%)
63
Sumber: Ekstrak Dari Statistik Matrade â&#x20AC;&#x201C; Import Dnia Halia 2000
27
3.2.3 Import bersih
Halia yang di import oleh pengimport utama hampir kesemuanya di gunakan dalam negara masing â&#x20AC;&#x201C;masing. Ini terbukti dari angka import bersih masing-masing.
Jadual 6 : Import bersih negara pengimport
Negara
Import(tan)
Eksport(tan)
Import bersih(tan)
Jepun
104,379
17
104,362
Pakistan
28,738
nil
28,738
Amerika Syarikat
19,035
664
18,371
Emirat Arab Bersatu 11,.804
248
11,556
United Kingdom
10,337
763
9,574
Bangladesh
8,409
nil
8,409
Arab Saudi
8,248
nil
8,248
Malaysia
7,652
189
7,463
Singapura
7,566
2,989
4,577
Belanda
6,981
2,858
4,123
Korea
6,805
nil
6,805
Canada
4,680
147
4,533
India
2,591
2,652
Jerman
2,310
nil
2,310
Morroco
1,758
nil
1,758
Perancis
1,358
176
1,182
-61
Sumber : Ekstrak Dari Statistik Matrade â&#x20AC;&#x201C;Eksport dan Import Dunia Halia 2000
28
Dari jadual-jadual diatas boleh di katakan bahawa 7 negara berpotensi bagi pasaran eksport halia yang boleh di tumpukan adalah Jepun, Pakistan, Amerika Syarikat, Emirat Arab Bersatu, United Kingdom, Bangladesh dan Arab Saudi.Di samping banyak pengunaan halia, negara-negara berkenaan mencatatkan pertumbuhan import yang positif 5506% (1996-2000). Negara Singapura walaupun negara pengimport utama Malaysia ketika ini tetapi kedudukannya adalah cuma sebagai pengeksport semula.Syer pasaran kita di Singapura ialah 142 tan iaitu cuma 1.9% sahaja Sebanyak 39.5% dari import negara Singapura di eksport semula. Eksport Malaysia ke USA pula hanya berjumlah 20 tan sahaja, sekadar 0.1% sahaja dari syer pasaran di negara berkenaan.
Didapati negara Eropah seperti Jerman, Perancis dan Belanda bukanlah merupakan negara pasaran besar untuk halia. Import bersih masing-masing kurang dari import bersih Malaysia.
3.2.4 Harga runcit
Di dapati harga runcit halia segar mengikut Matrade harga runcit halia segar di pasaran Belanda, UK dan Australia seperi berikut;
29
Jadual 7 : Harga runcit halia segar dipasaran luar negara
Pasaran Belanda
UK
Australia
Harga runcit (RM/kg) 16.05
Pembungkusan
Negara Asal
kotak
Thailand
23.60( muda)
Thailand
31.00 (muda)
Malaysia
36.60 (muda)
Thailand
21.80
kotak
Australia
3.2.5 Halia proses
Antara produk halia yang terdapat di pasaran dunia ialah minyak halia, jeruk,oleoresin, halia kering/dehydrated dan sebagai
bahan
ramuan
untuk
produk
ubatan/kesihatan,minuman,kek,puding,jam
sabun,.ubatdan
sos
makanan.Negara-negara pengeluar yang mengusahakan produk halia adalah seperti berikut:
30
Produk
Negara pengeluar
1.
China
hirisan halia,minyak halia,minced green ginger in vegetable oildan ginger paste
2.
Filipina
jeruk halia
3.
Thailand
halia kering,jeruk dan minuman halia
4
Malaysia
sos perasa halia
5.
India
minyak halia, oleoresin dan dehydrated ginger
7.
Singapura
oleoresin dan minuman halia segera
8
Hong Kong
Jeruk dan minced ginger
9
Canada
Ginger spice liquid handsoap
10
Australia
Crush ginger,halia kering,jeruk bahan perasa minuman, jam, bakery confectionery, candy strawberry & conserve,sos dan halia serbuk. Ubat tablet dan kapsul
Australia merupakan pengeluar yang besar di dunia bagi produk halia diproses. operasi
1943
Syarikat Buderim Ltd di yang mula merupakan
pengeluar
yang
besar,mengeluarkan hampir 100 produk halia proses yang dipasarkan dipasaran utamanya di Amerika Syt dan di Australia sendiri di bawah jenama Buderim Ginger.
Ia
mengeluar dan memproses 40 % keperluan halia di Yandina, Timur Selatan Queensland, Australia. Produk halia proses yang terbaru dikeluarkan oleh Syarikat Buderin ialah Strawberry
bercampur
â&#x20AC;&#x2DC;ginger
conserveâ&#x20AC;&#x2122;
Keuntungan
sebelum cukai Syarikat Buderim pada tahun 2001, dijangka Ringgit Australia 1.6 juta sedikit sebanyak menunjukkan
31
pasaran halia diproses mempunyai prospek yang besar. Syarikat Buderim mengariskan stategi pemasarannya seperti berikut:
-
Memasarkan
sendiri
Amerika Syarikat untuk
halia
proses
terus
kepasaran
mengelakkan pengguna ditipu
dengan produk tiruan atau kualiti rendah. -
Memastikan bekalan berterusan sepanjang tahun dengan kualiti yang terjamin.
-
Mempunyai sijil akreditasi ISO 9001 dan HACCP tentang keselamatan dan kualiti makanan.
Di Australia satu pertiga (1/3) penduduknya guna jem halia dalam resepi makanan harian mereka. United Kingdom merupakan pengguna terbesar halia proses di Barat diikuti oleh Jerman dan negara-negara Eropah lain.
Buat masa ini halia yang ditanam secara organik menjadi semakin diminati dipasaran UK, Eropah dan Amerika Syarikat. Halia merupakan bahan campuran utama melebihi 50 % dalam ramuan perubatan menggunakan herba. Kajian menunjukkan ubatan dari halia dapat mengurangkan kesan pening kepala dan muntah lebih baik dari placebo.
Seperti di Malaysia produk di proses dari halia di jual pada harga yang berbeza mengikut pelbagai bentuk dan saiz pembungkusan seperti packet kotak,botol dan uncang.
32
Di
jangka
dengan
perkembangan
industri
makanan,minuman,ubatan dan sabun penggunaan halia sebagai bahan akan juga turut berkembang.
4.
ANALISA PESAING
4.1
Pasaran domestik
Jumlah halia berjumlah
yang di import oleh Malaysia pada tahun 2000
7,627
tan
bernilai
USD3.65 juta. Negara China
menguasai hampir tiga suku pasaran import halia kedalam negeri di ikuti oleh Indonesia ,Thailand , Myanmar ,Hong Kong Vietnam
Jadual 8 : Import halia Malaysia tahun 2000
Pengeksport
Kuantiti (tan)
Nilai( ribu USD)
(%)
China
5574
2910
73
Indonesia
1239
396
16
Thailand
536
231
7
Myanmar
169
57
2.2
Hong Kong
90
43
1.2
Vietnam
19
11
0.3
Jumlah
7,627
3,648
100
Sumber : Ekstrak dari Statistik Matrade 2000
33
dan
Jadual 9 : Perbandingan nilai-nilai import halia, Malaysia
Pengeksport
Nilai import(US/tan)
Nilai import(RM/kilo)
China
522
1.97
Indonesia
320
1.20
Thailand
431
1.60
Myanmar
337
1.80
Hong Kong
478
1.80
Vietnam
579
2.10
Sumber:Ekstrak dari Statistik Martrade 2000
Nota :I USD =RM 3.775
Berpandukan maklumat nilai import/kilo boleh diputuskan bahawa harga bagi halia import tidak begitu jauh perbezaan antara satu dengan yang lain.Dijangkakan kemasukan halia luar ke dalam negara akan terus berlanjutan pada masa akan datang jika halia Bentong terus mendapat harga premium dalam negara.
Setakat ini tidak ada data menunjukan kemasukan hasil-hasil proses halia ke dalam negara kerana tidak ada kod khas perdagangan import dan ekport halia proses.Walaubagaimana pun terdapat kemasukan halia proses dari Singapura dan ini boleh memberi saingan kepada hasil proses negara dalam pasaran domestik
34
4.2
Pasaran Antarabangsa
4.2.1 Kuantiti Eksport
Dalam pasaran dunia, China merupakan pesaing terbesar bagi Malaysia di rantau Asia di ikuti Thailand,Indonesia dan Singapura ,masing masing dengan
kekuatan eksportnya
814,147, 76 dan 16 kali ganda dari eksport Malaysia bagi tahun 1996-2000. China telah berjaya mengeksport halia ke 24 buah negara manakala Thailand,Indonesia dan Singapura masing-masing berjaya mengeksport ke 17 dan 18 negara. Malaysia mengikut data resmi hanya mampu mengeksport ke 2 buah negara saja iaitu Singapura dan Amerika Syt.Pertumbuhan eksport Thailand dan China masing-masing telah meningkat pada kadar yang tinggi sebanyak 45% dan 37% ,manakala berlaku
penurunan prestasi eksport bagi
negara negara lain termasuk Malaysia bagi tempoh tersebut (Jadual 10)
35
Jadual 10 : Perbandingan prestasi eksport halia dikalangan negara pesaing Asia 2000
Negara
Kuantiti Eksport (tan)
Pertumbuhan tahunan
Bil negara mengimport
(1996-2000)
Bandingan kuantiti eksport dgn Msia (kali ganda)
Malaysia
189
-22
2
Singapura
2,989
-9
17
16
Thailand
27,780
45
17
147
Indonesia
14,343
-18
18
76
Myanmar
218
-11
3
1.1
Vietnam
169
-44
4
0.9
Filipina
159
na
2
0.8
153,842
37
24
814
China
Sumber: Ekstrak dari Statistik Matrade â&#x20AC;&#x201C;Eksport dunia setiap negara untuk halia 2000
4.2.2 Harga Eksport .
Dari segi harga, Malaysia juga menghadapi persaingan terutamanya dari China, kedua Indonesia dan ketiga dari Thailand , seterusnya dari Filipina dan Vietnam.Nilai eksport China di dapati terendah berbanding dengan nilai eksport lain-lain ke semua tujuh pasaran utama. Sebaik- baiknya Malaysia harus bersaing dengan China dan Indonesia dari segi harga jika mahu meningkatkan lagi syer pasaran di dunia.tetapi ini agak sukar di capai Contohnya nilai
36
eksport/kg Malaysia ke Amerika Syt. perlu di kurang dari paras RM3.38 ke paras RM1.97 ( nilai eksport China) iaitu pengurangan harga sebanyak 42% dan ke paras RM 2.31 (nilai eksport Indonesia) iatu sebanyak 32%.Perkara ini perlu di teliti lebih lanjut samada boleh
di
lakukan
pengeluaran
eksport halia Malaysia
memandangkan
semasa
sahaja
RM1.02/kg(halia Bentong)
komponen
yang
kos
dianggarkan
sudah memakan masin-masing
52% dan 44% nilai eksport China dan Indonesia..Setakat ini boleh di katakan harga eksport Malaysia tidak kompetitif terhadap harga China dan Indonesia .Ini boleh di kaitkan sebab kenapa prestasi eksport Malaysia terlau sangat kecil di dalam pasaran dunia walaupun kualiti nya lebih baik. Untuk mampu bersaing dengan China dan Indonesia di masa akan datang
usha R&D
untuk meningkatkan produktiviti
pengeluatan perlu di laksanakan agar kos pengeluaran dapat di turunkan lagi. Untuk bersaing di pasaran eksport pengeluaran tempatan harus berskala besar dan bercorak producer- cum -exporter bagi tujuan mengurangkan marjin orang tengah..
Di pasaran Amerika Malaysia boleh
bersaing dari segi harga dengan Singapura dan Thailand memandangkan nilai eksport Malaysia lebih rendah iaitu RM 3.38 /kg berbanding dengan nilai eksport Singapura RM 3.60/kg dan Thailand RM 3.52 ,lagi pun kita mempuyai kelebihan dari segi kualiti.Dengan itu eksport Malaysia ke Amerika boleh di gandakan lagi. Di pasaran
baru iaitu Pakistan,Emirat Arab Bersatu,
Bangladesh dan Arab prospek untuk memasuki pasaran tersebut adalah baik jika Malaysia dapat mengeksport
37
dengan
harga yang munasabah sama dengan Singapura
iaitu RM 3.10,RM2.80,RM3.29 danRM2.92./kg Di pasaran UK pula Malaysia harus mengeksport dengan harga sama dengan Thailand iaitu RM 3.05/kg.
Jadual 11 : Nilai eksport halia USD/kg di pasaran utama
Msia Jepun
Pakistan
USA
Emirat Arab
UK
B/desh
Indo
Spura
Thai
Vietnam
0.585
0.858
(2.20) (3)
Filipina
Myanmar
China
0.627
0.583
0.42
(3.22)
(2.35)
(2.19)
(1.58)
(4)
(5)
(2)
(1)
0.292
0.836
0.289
0.242
(1.10)
(3.10)
(1.09)
(0.91)
(3)
(4)
(2)
(1)
0.616
0.960
0.939
0.545
1.333
0.529
(3.38) (2.31)
(3.60)
(3.52)
(2.05)
(5.01)
(1.97)
(4)
(3)
(6)
(5)
(2)
(7)
(1)
0.412
0.746
0.572
0.362
(1.55)
(2.80)
(2.15)
(1.36)
(1)
(2)
(3)
(1)
0.537
0.811
0.476
(2.02)
(3.05)
(1.79)
(2)
(3)
(1)
0.900
0.226
0.875
0.213
(0.84) (2)
(3.29)
(0.80)
(3)
(1)
Arab
0.531
0.778
0.467
0.550
0.400
Saudi
(1.99)
(2.92)
(1.75)
(2.07)
(1.50)
(3)
(5)
(2)
(4)
(1)
Sumber: Ekstrak dari Statistik Matrade â&#x20AC;&#x201C;Eksport dunia setiap negara untuk halia 2000
Nota
: Angka dalam kurungan dalam Ringgit Malaysia
Angka kurungan italic menunjukan nilai ranking terendah
38
Mengikut Matrade
harga halia
muda dari Malaysia (RM
20/kg) di peringkat runcit di UK adalah lebih murah berbanding dari Thailand(RM24.60/kg)
4.3
Pasaran Singapura dan Amerika Syarikat.
4.3.1 Kuantiti Eksport
Jumlah import Singapura dari negara Asia sahaja pada 2000 berjumlah
7692
tan..China
menjadi
pembekal
utama
sebanyak 66% di ikuti Indonesia 27%,Thailand 4.4%. Malaysia menduduki tempat ke 4 dengan eksport 142 tan atau 1.8%. Jumlah import Amerika Syt. dari negara Asia sahaja pada 2000 berjumlah 13,052 tan. China menjadi pembekal
utama
sebanyak
82%
di
ikuti
Thailand
16%,Indonesia 1% dan diikuti jauh oleh Thailand,Filipina dan Malaysia masing-masing 0.2% (Jadual 12)
39
Jadual 12 : Kedudukan kuantiti (tan) eksport Malaysia dengan pesaing Asia di pasaran Singapura dan Amerika Syarikat
Msia Indo Spura
USA
Spura
Thai
Vietnam
Filipina
Myanmar China
142
2,089
341
19
5,101
7,692
(1.8)
(27.2)
(4.4)
(0.24)
(66.3)
(100%)
(4)
(2)
(3)
(5)
(1)
20
125
25
2112
22
9
10,739
13,052
(0.2)
(1)
(0.2)
(16.2)
(0.2)
(0.1)
(82.3)
(100%)
(6)
(3)
(4)
(2)
(5)
(7)
(1)
Sumber: Ekstrak dari Statistik Matrade â&#x20AC;&#x201C;Eksport setiap negara untuk halia 2000
Nota
Jumlah
: Angka dalam kurungan menunjukan kedudukan % eksport. Angka dalam kurungan italic menunjukan kedudukan ranking pengeksport
4.3.2 Harga Eksport
Nilai eksport Thailand RM 0.39/kg jauh lebih rendah dari China, Indonesia
dan seterusnya Malaysia di pasaran
Singapura. Harga Malaysia
lebih tinggi dari yang lain
di
Singapura mungkin kerana faktor kualiti.Malaysia seharusnya tidak perlu Singapura
berusaha meningkatkan syer pasaran di kerana
kedudukannya
hanya
sebagai
pengeksport semula. Lebih baik tumpukan pasaran lain.
40
Jadual 13 : Perbandingan nilai eksport USD/kg di pasaran Singapura
Spura
Msia
Indo
Thai
Vietnam
China
0.465
0.331
0.103
0.632
0.376
(1.75) (1.24)
(0.39)
(2.37)
(1.41)
(4)
(1)
(5)
(3)
(2)
Sumber: Ekstrak dari Statistik Matrade â&#x20AC;&#x201C;Eksport halia setiap negara 2000
Nota
: Angka kurungan dalam Ringgit Malaysia : Angka kurungan italic menunjukan nilai ranking terendah.
4.3.3 Halia Proses
Malaysia harus mengeksport halia proses mengikut harga pesaing
di pasaran
destinasi
di dunia mengikut jenis
pembungkusan dan berat bersih supaya kompetitif.
.
41
5.
ANALISA PERSEKITARAN
Bagi
menghadapi
persekitaran
globalisasi
dan
liberalisasi
perdagangan,mesra alam asli dan kawalan kualiti akan menjadi faktor penentu bagi pemasaran halia menjelang perlaksanaan AFTA 2003 dan WTO 2005.Implikasi langsung daripada citarasa pengguna memerlukan barangan yang lebih murah,segar,bersih dan selamat digunakan. Aspek pembungkusan,grading dan kualiti barangan akan menjadi tumpuan utama dan asas dalam perdagangan terutamanya meneroka dan mengekalkan bahagian pasaran yang semakin bersaing
Dasar Pertanian Negara (DPN3) 1992 - 2010 yang mengariskan matlamat untuk membangunakan rantaian dalam penggunaan produk sumber untuk meningkatkan nilai ditambah dalam kegiatan perkilangan dan pengeluaran tanaman makanan akan ditambah dengan mengubah sektor pertanian kepada tanaman secara komsersial, berskala besar, tersusun dan berteknologi tinggi dilaksanakan bagi menghasilkan pengeluaran berjadual untuk memenuhi kehendak pasaran. Komoditi halia merupakan salah satu komoditi sektor pertanian yang dapat dikenalpasti mempunyai prospek dan potensi untuk dibangunkan.
42
5.1
Peraturan-peraturan Bagi merealisasikan matlamat ini usaha perlu dijalankan untuk mempelajari
peraturan-peraturan
perdagangan
antarabangsa
terutama pasaran negara-negara yang di terokai ini dapat dijalankan mengikut kumpulan perdagangan dunia seperti negara ASEAN,Kumpulan Ekonomi Asia Pasifik, Kumpulan Negara Eropah (EEC) Pertubuhan perdagangan dunia (WTO)
yang melibatkan
peraturan pelaburan,dasar persaingan dan perolehan kerajaan serta isu buruh,sosial dan piawaian alam sekitar
5.1.1 Peraturan Eksport
Bagi negara maju seperti Jepun,UK,Eropah dan Amerika Syt. sedang menekankan kepentingan produk organik dalam perdagangan
makanan.
Umumnya
Jepun
mengenakan
syarat import ketat terhadap sayur dan buah ke dalam negaranya mengikut pengalaman FAMA yang lepas. Eksport halia ke negara selain dari Jepun di
jangka lebih
mudah di laksanakan.
5.2
Insentif
Insentif yang disediakan bagi penanaman halia ialah dibawah projek Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan(TKPM), kontrak ladang oleh FAMA dan Bank Pertanian melalui 3 F (Food for Fund)
43
5.2.1 Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan Ia merupakan satu kawasan yang dikhaskan bagi pengeluaran sayur dan tanaman jangka pendek secara berterusan.kemudahan asas disediakan bagi peserta yang dipilih untuk mengusahakan tanaman makanan ditaman tersebut termasuk pembersihan kawasan dan pembekalan sistem pengairan yang bernilai RM10,000/ha. 5.3
Kualiti dan Standard
FAMA akan menambah lagi jenis sayur termasuk
halia
di
bawah program kawalan gred dan kualiti didalam pasaran domestik dan eksport dengan matlamat
supaya pihak pengeluar dan
pemasar dapat menghasil dan memasarkan halia yang berkualiti mengikut piawaian/standard CODEX dan SIRIM.
Hantaran halia keluar negara
di jangka tidak menghadapi
masaalah dari segi memenuhi keperluan piawaian kerana telah berjaya mengeksport halia ke Belanda.
44
FAMA
5.4
Skim Akreditasi Tanaman Ladang dan Skim Persijilan Ladang Organik
Kedua-dua skim ini dilaksanakan bagi memberi pengiktirafan kepada peladang-peladang yang mengeluarkan hasil ladang yang selamat dan berkualiti.Peladang perlu terlebih dahulu mematuhi beberapa kriteria sebelum dapat diberi pengiktirafan dibawah skim ini.Hasil ladang yang selamat dan berkualiti dapat bersaing serta mendapat harga pasaran baik dipasaran tempatan dan luar negara. 5.5
Peraturan Kuarantin Tumbuhan Bahan makanan pertanian segar sayur dan buah yang di import tertakluk kepada peraturan kuarantin tumbuhan.Hasil pertanian ini diperiksa terlebih dahulu dipintu masuk bagi memastikan ia tidak dicemarai tanah serta membawa perosak atau penyakit sebelum dibenarkan masuk.
5.6
Larangan Mengusaha di Tanah Tinggi Nasional Forestry Council telah memutuskan mulai tahun 2002 , kawasan yang melebihi 1000 mapl tidak boleh lagi diusahakan untuk tujuan pertanian.Ini bermakna untuk
menambahkan lagi
penanaman tanaman makanan jenis iklim sederhana seperti halia,ia hanya boleh dilakukan di kawasan tanah rendah.
45
5.7
Peraturan Permit Buruh Asing Kerajan mengenakan Peraturan Permit Buruh Asing yang ketat menyebabkan kos buruh meningkat dan sukar untuk bersaing.
6.
ANALISA SWOT 6.1
Kekuatan -
Varieti halia Bentong lebih baik daripada varieti yang diimport dari Thailand, China, Indonesia, Hong Kong dari segi kualiti.
-
Harga runcit halia muda lebih murah dari Thailand di pasaran United Kingdom ( harga halia Malaysia RM 31.00/ kg. â&#x20AC;&#x201C; harga Thailand RM 36.60/ kg. )
-
Kos pengeluaran halia tempatan masih rendah
(RM 1.02 per
kg) harga halia tempatan boleh diturunkan untuk bersaing dengan harga halia import (penggantian import di pasaran domestik). -
Mempunyai teknologi pengeluaran lengkap untuk memberi penghasilan halia yang tinggi dan berkualiti.
-
Malaysia mempunyai tanah subur yang luas, manakala tanah yang kurang subur boleh di perbaiki melalui teknik pembaikan tanah yang telah diwujudkan.
46
-
Teknologi pengendalian lepas tuai dan pemerosesan telah dibangunkan untuk mengurangkan ‘post –harvest losses’, meningkatkan kualiti produk, menambahkan ‘end-product’ dan ‘by-product’ serta memaksimumkan pendapatan.
-
Terdapat insentif kerajaan
dibawah
projek
TKPM,kontrak
Ladang dan 3F (Food for Fund) 6.2
Kelemahan -
Ladang berskala kecil dan berselerak. Pengeluaran tidak konsisten.
-
Pengeluaran
masih
rendah
China.Indonesia dan Filipina.
-
Kekurangan tenaga buruh.
-
Hak milik tanah yang tidak tetap.
-
Harga input yang meningkat.
47
berbanding
dengan
6.3
Peluang
-
Malaysia boleh tingkatkan syer pasaran di Amerika Syarikat yang pada masa ini 0.1 % disebabkan harga eksport Malaysia ( RM 3.38 ) lebih rendah daripada Singapura ( RM 3.60 ) dan Thailand ( RM 3.52 ) Myanmar ( RM 5.01 )
-
Malaysia boleh menembusi pasaran baru di Jepun, Pakistan, Emirate Arab, UK, Bangladesh. Ini berdasarkan kemampuan Malaysia bersaing dengan Singapura dan Thailand di pasaran USA dari segi harga.
-
Keadaan
perdagangan
yang
mengalakkan
dengan
perlaksanaan AFTA dan polisi-polisi WTO. -
Gred dan kualiti halia tempatan memenuhi keperluan tahap piawaian eksport mengikut standard SIRIM, CODEX dan USDA.
48
6.4
Ancaman
-
Pesaingan
produk
halia
diproses
dari
negara-negara
pengeluar seperti China, Filipina, Thailand, India, Singapura, Australia, Kanada dan Hong Kong.
-
Di pasaran Amerika Syarikat Malaysia menghadapi ancaman dari Indonesia, Filipina dan China kerana harga eksport negara-negara tersebut lebih rendah dari Malaysia
-
Negara Jepun mengenakan
prosidur dan pemeriksaan
import yang ketat berbanding negara lain.
49
7.
PENETAPAN ARAH TUJU 7.1
Misi Untuk menjadi salah satu negara pengeluaran utama halia di Asia Tenggara menjelang tahun 2007.
7.2
Objektif Mensasarkan untuk mengeksport sebanyak 19,000 tan menjelang 2007(berdasarkan
10 peratus import 2002 masing-masing
dinegara Amerika Syarikat, Jepun, Belanda, Jerman , Emirate Arab Bersatu, Arab Saudi dan Pakistan. Meningkatkan
syer halia tempatan ke 80 peratus iaitu sejumlah
21,000tan dalam permintaan domestik menjelang 2007. Menambah bilangan dan kuantiti produk halia yang diproses ( halia kering,jeruk halia,minyak halia, serbuk halia, oleoresin, produkproduk makanan dan minuman dengan perasa halia seperti jam dan minuman buah-buahan serta ubat-ubatan dari halia(di campur dengan herba lain) untuk eksport. 7.3
Penetapan Kedudukan Untuk menjadi negara pesaing utama pengeluaran halia di Asia Tenggara.
50
8.
STRATEGI PEMASARAN
8.1
Produk Halia segar varieti Bentung yang mempunyai ciri-ciri berikut : Pembungkusan untuk pasaran dalam negeri 30 kg dan pasaran eksport 10 kg. Untuk halia diproses jenama , pembungkusan dan berat bersih bergantung kepada pengusaha berpandukan kepada cita rasa pengguna.
8.2
Harga
Menetapkan harga yang sama atau lebih rendah dari harga negara Thailand bagi halia segar. Bagi halia diproses harga yang sama atau lebih rendah mengikut jenis pembungkusan dan berat bersih bergantung kepada destinasi pasaran.
51
8.3
Tempat
Saluran pasaran segar dalam negeri pasaran utama dipasar borong dan
pengilangan.Untuk
pasaran
luar
negera
Jepun,Amerika
Syarikat,Pakistan,Arab Saudi,Eropah dan Emirate Arab. Saluran pasaran halia diproses dalam negeri di pasaraya dan hyermarket.Untuk
pasaran
luar
negara,Amerika
Syarikat,Jepun,United Kingdom,Jerman Usahawan
dan
perkhidmatan
pengeksport
disaran
untuk
mengujudkan
E- dagangan untuk membangunkan
jualan terus
kepada pelanggan .
8.4
Promosi
Langkah untuk meningkatkan saiz pasaran halia dalam segmen pasaran eksport dan domestik seperti berikut :
8.4.1
Pamaeran Perdagangan – Malaysia Products Exhibition dinegara terpilih.
8.4.2
Misi Perdagangan dengan MATRADE.
8.4.3
Promosi
in-store
bersama
Pengimport
–
safeway
supermarket,Greenshop Holland. 8.4.4
Pengiklanan di Majalah dagangan di luar negara – fruit world
8.4.5
Bahan-bahan
promosi
–
poster,risalah
makan,katalog dalam pelbagai bahasa.
52
resipi,cara
Perlu dijalankan secara agresif dan berterusan dipasaran tempatan dan negara Amerika Syarikat,Jepun,Pakistan,Arab Saudi,Emirate Arab Bersatu dan Eropah. Pengeluaran halia untuk pasaran segar dan diproses mesti menepati Syarat-syarat Skim Akreditasi Ladang Malaysia dan HACCP Pengeluaran produk diproses perlu juga mempunyai sijil akreditas ISO 9001 .Sijil-sijil ini bertujuaan menjamin keselamatan dan kualiti makanan.
8.5
People
Mengujudkan syarikat yang melibatkan dalam aktiviti pengeluaran dan eksport halia segar dan diproses. Dicadangkan FAMACO dan Koperasi Pasartani
menjalankan
usahasama dan mempunyai equiti dalam syarikat tersebut. Syarikat ini dicadangkan di Bentung,Pahang dan di Tambunan atau Keningau,Sabah.
53
9.
PEMILIHAN STRATEGIK
-
Pengeluar-pengeluar halia segar dan pengusaha-pengusaha halia diproses diberi bantuan input-input pertanian (benih,baja dan racun) sekurang-kurang pada tahun pertama mulai tahun 2003 untuk merangsang minat menanam halia.
-
R & D pengeluaran mesti ditingkatkan bagi mengurangkan perbezaan hasil pengeluaran halia segar negara dan negara lain. Teknologi pemerosesan produk baru seperti minyak halia,jeruk halia,halia kering ,oleoresin dan produk-produk halia yang boleh digunakan untuk makanan,minuman,ubatan dan kosmestik perlu dibangunkan secara agresif mulai pada tahun 2003.
-
Kursus-kursus penamanan, pemerosesan dan pemasaran halia perlu diberi kepada bakal usahawan secara bersepadu anjuran Jabatan Pertanian, FAMA dan MARDI.
-
Kemudahan
infrastruktur
pemasaran
seperti
pusat
pengumpulan,rumah pembungkusan,bilik sejuk dipertingkatkan. -
Syarat-syarat insentif penggalakan pelaburan,1986 dan Akta Cukai pendapatan 1967 dilonggarkan supaya dapat dimanafaatkan oleh golongan IKS.
-
Megujudkan dana untuk pembangunan industri komoditi halia.
-
Kajian penggunaan minyak halia dan oleoresin perlu ditingkatkan.
54