Anis Jun 2009

Page 1

pedoman wanita solehah

Yang Bernama

AYAH... Anak Ayah dari parang puting ke awan biru

SOLAT JENAZAH

JUN 2009 • JAMADILAKHIR / REJAB 1430H AUTHORISED PERSON IN SINGAPORE: Worldwide Subscriptions & Distributions Services, A.M. Shaikk (Marketing Manager) 51 Kampong Bugis #0606, Singapore-Johore Fty Building, Singapore 338986 Tel: (65) 62920320 Fax: (65) 62920905 Mobile: (65) 97699884, 012-2128554 Email: wsds@ pacific.net.sg

pahala besar yang dilupakan Saifulislam.com TULISLAH DEMI ANAK-ANAK!

KAYA CEPAT HILANG CEPAT

JOM Kongsi Kekayaan

Ikatan Tudung

Majlis Pernikahan

Shafnie bangkit

dengan ilmu

SAJIAN ISTIMEWA

Hari Bapa

Luqman Bapa Mithali

21

TAHUN TEMPOH DIDIK ANAK www.galeriilmu.com.my


FOKUS UTAMA

21

TAHUN TEMPOH DIDIK ANAK OLEH : ROSLAN KASSIM

R

umah tanpa anak-anak adalah suatu tempat yang membosankan. Cinta akan berkurangan dan perkahwinan akan selalu diancam bahaya kehancuran. Ini kerana anak-anak adalah sumber kehangatan dan kelangsungan hidup sesebuah rumah tangga. Namun, keriangan keluarga dengan kehadiran anak sering tercemar kerana kecuaian ibu bapa dalam soal didikan agama dan adab sedari mereka masih kecil. Hal ini ternyata benar kerana mengabaikan pesanan Hukama: “Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukan.� Mendidik anak dengan didikan agama dan adab adalah jelas menjadi tanggungjawab bapa sebagai ketua keluarga dalam sesebuah rumah tangga. Bapa sama sekali tidak boleh lepas tangan atau mencuaikannya kerana tanggungjawab ini adalah amanah dari Allah SWT. Firman Allah

10 ::

anis :: J U N

2009


INTERVIU FOKUS OLEH : ALIYAH SIJARI FOTO : NAZIR SUFARI

RANCANG & RANGSANG ZURIAT IKUT SYARIAT -Haji Ahmad Zahid bin Zainal Abidin-

“K

EHIDUPAN seorang kanak-kanak bagaikan kain putih. Ayah dan ibulah yang harus mencorakkan mereka untuk menjadi yang terbaik atau sebaliknya. Dan dalam usaha ini setiap pasangan Islam yang berkahwin hendaklah merancang zuriat keturunan mereka sejak dari awal perkahwinan.” Kata Tuan Haji Ahmad Zahid Zainal Abidin kepada Majalah ANIS.Penasihat UndangUndang di sebuah syarikat di Kuala Lumpur ini adalah bapa kepada adik Muhammad Hafiz Muda yang sudah tidak asing lagi namanya di dalam bidang hafazan dan bacaan al-Quran. Haji Ahmad Zahid berkahwin dengan Dr.Siti Khadijah Fadzil, seorang doktor gigi di sebuah klinik pergigian kerajaan di Kuala Lumpur. Pasangan ini dikurniakan lima orang anak. Dan Muhammad adalah anak sulung bagi pasangan ini. Menurut kata Haji Ahmad Zahid, dia dan isterinya merancang pendidikan

18 ::

anis :: J U N

2009

anak-anak mereka sebaik mendirikan rumah tangga. Namun mula merangsang minda anak-anak lebih terarah menghala tuju sebagai seorang Islam yang berjaya sejak awal usia. Dan mula serius apabila usia anak-anak meningkat antara empat hingga lima tahun. “Sebagai anak yang sulung, kami mahu Muhammad menjadi ulamak profesional. Dan kami sangat memahami untuk melengkapkan diri dengan ilmu Allah tentulah panduan dan pedomannya melalui al-Quran. Oleh kerana itu Muhammad sudah mula mengenal al-Quran dan masjid sewaktu usianya masih terlalu muda.” Tegas Haji Ahmad Zahid. “Selain saya sendiri mengajarnya mengenal dan membaca al-Quran, sewaktu usianya antara tiga ke empat tahun, Muhammad sudah kami bawa ke masjid pada setiap waktu solat. Biarpun mulanya dia seperti kanak-kanak lain sekadar duduk atau berlari-lari di dalam

masjid dengan botol susu. Tetapi lama kelamaan ia menjadi satu teras dalam hidupnya. Mendidik Muhammad secara menyeluruh memang membuahkan hasil.Kerana pada usia tujuh tahun dia telah khatam al-Quran dan semasa usianya sepuluh tahun sudah menghafaz 30 juzuk al-Quran.” “Setelah itu barulah Muhammad kami juruskan kepada pendidikan akademik yang lebih formal serta pelbagai. Kejayaan Muhammad seperti yang dapat dilihat hari ini bukanlah satu jalan yang mudah. Saya dan isteri sekeluarga sentiasa berusaha agar Muhammad mendapat pendidikan berteraskan al-Quran. Latih tubi dan jadual yang ketat juga kami atur sejak awal lagi. Dan hasilnya apabila Muhammad berjaya, ini mudah diikuti oleh adik-adiknya dalam menerima pendidikan Islam yang kami terapkan untuk mereka.” Ujar Haji Ahmad Zahid lagi. ✻


LENSA RASA OLEH: ALIYAH SIJARI

MAKA SIRNALAH SEBUAH

TAMADUN‌ Menyelusuri Mada’in Saleh resah semakin kelu dalam puput angin dingin mencengkam belulang puing-puing debu menderu ditiup bayu berbisik sendu kesepian kian mendekam menghulur salam. Berabad nan lalu di sini sorakan tamadun bergema Nabatean diberi kurnia kepintaran yang tidak terhingga gunung-ganang adalah gelanggang perjuangan mereka di sini tamadun dimula tanpa henti lalu wujudlah sebuah negara dengan penghuni menyebar di belantara batu yang indah dilarik sebuah kepandaian! Yang bernama manusia itu apabila diberi nikmat kian tenggelam punca salah anggap lupa bahawa kepandaian itu milik sementara kurnia Dia Yang Maha Pencipta semua yang ada adalah kerajaan kepunyaan-Nya kepandaian Nabatean tidak terkecuali‌

40 ::

anis :: J U N

2009


Ranggi bergaya dengan corak flora fauna dari fabrik English Cotton. Kot Trench bercorak ini sesuai dipadan bersama tudung sutera sifon senada warna membuat anda tampil ceria dalam suasana kerja berpasukan.

44 ::

anis :: J U N

2009


Saranan

TABIR SILAM

Rahib Yahudi

OLEH ZURAIMI ISMAIL

“Sekiranya dia dapat menerangkan semua itu kepada kamu, ikutlah dia. Benarlah dia seorang nabi. Kalau tidak, dia hanya seorang lelaki yang mengadangada.” Mesyuarat yang berlangsung hampir separuh hari berakhir dengan baik; sebulat suara menyokong cadangan yang diusulkan oleh An-Nadhar bin Al-Haris. Setelah terbukti betapa sukarnya memaksa orang-orang yang sudah menganut Islam agar kembali tunduk kepada tuhan-tuhan mereka yang lama, idea sang penyair Quraisy itu diharap akan memberikan pulangan perkembangan yang memihak kepada kaumnya. Pelbagai cara telah dibuat – daripada selunak-lunak pujukan sampailah sekeras-keras seksaan, namun iman yang sudah tumbuh di dalam hati tidak mungkin mudah dicabut lagi. Kalaupun ada hanyalah seorang dua sahaja. Dan itu pun lebih kepada helah untuk melepaskan diri.

58 ::

anis :: J U N

2009

Sekadar akuan di mulut tetapi tidak keyakinan di dalam hati. Sebagai menghargai cadangan yang diberikan, An-Nadhar sendiri dilantik menjadi wakil bagi pihak para pembesar Makkah. Sebagai teman perjalanan dipilih seorang yang cukup mendapat sanjungan orang-orang musyrikin Quraisy lantaran kegigihannya menekan dan menyekat penyebaran Islam di Makkah; Ukbah bin Abi Mu’ais. “Engkau tidak khuatirkah kalau kedatangan kita ini akan ditertawakan mereka?” Ukbah meluahkan keraguan hatinya. “Jangan fikir begitu,” tegur AnNadhar. “Kita cuba dulu.” “Aku sekadar mengingatkan saja.” “Jangan bimbang, kita tidak bermusuhan dengan mereka. Lagipun keputusan ini sudah dibincangkan dalam sidang di Darun Nadwah. Secara rasminya ini adalah keputusan pemerintah dan rakyat Makkah,” An-Nadhar terus mengingatkan. “Aku tahu. Aku tahu,” tegas Ukbah, berasa seperti rakan kembaranya itu menganggap dia tidak tahu duduk sebenar perkara. An-Nadhar pun tidak berkata apa-apa lagi.

Perjalanan diteruskan menuju tujuan yang mengambil masa kebiasaan kurang lebih tujuh hari tujuh malam. Perjalanan harus cepat agar tiba di sana nanti hari masih belum gelap. Selain banyak perkara yang perlu diuruskan tatkala matahari masih mencelikkan cahaya, ketibaan juga biarlah diketahui penduduk tempatan.

Menghadap Pembesar Yahudi “Sembah hormat dari kami berdua kepada tuan-tuan para pemimpin Yahudi di negeri Yasrib ini,” An-Nadhar memulakan ucapan pembukaan dalam pertemuan rasmi yang diadakan, sehari selepas tiba. “Kami tahu, tuan-tuan tentu lebih arif dan faham terhadap masalah yang sedang kami hadapi. Sebab itulah kami ke mari meminta buah fikiran,” sambung An-Nadhar lagi. Diam An-Nadhar, Ukbah pula meneruskan bicara, “Di negeri kami ada seorang lelaki bernama Muhammad. Dia mendakwa dirinya sebagai Rasul utusan Tuhan. Apa pendapat tuan-tuan tentang lelaki itu?”


TINJAUAN EKSKLUSIF OLEH: UMMU HANI HJ ABU HASSAN FOTO: UMMU HANI & ANIS SUHAILI

P

Pengorbanan guru-guru mencorakkan benih tarbiah Islam dalam diri Madihah dan para pelajar lain.

erasaan berat ketika Encik Isman Nadim Isam, Pengarah Urusan Hijjaz Group Sdn. Bhd. menawarkan tugas besar kepada saya. “Hanya Ummu yang kami harapkan untuk menulis tentang Nik Nur Madihah. Pihak Hijjaz mahu terbitkan buku ni sebelum Pesta Buku berlangsung 17 April ni,” begitulah kata Encik Isman melalui telefon. Setelah berbincang dengan Pengurus Penerbitan Majalah, Encik Roslan Kassim dan Editor Anis, Puan Hajah Jalilah Hj Abdullah, saya menerima tugas tersebut dengan tajaan perjalanan dan penginapan oleh Hijjaz Group. Mengapa rasa berat? Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 akan berlangsung lebih kurang dua minggu lagi, bebanan tugas wartawan dan pengajian menyibukan diri saya untuk bersetuju pada awalnya. Apabila bersetuju, bermakna saya akan mengetepikan semua tugasan yang ada. Namun, kerana kesungguhan pihak Hijjaz mengangkat kisah kehidupan Nik Nur Madihah, saya tabahkan hati menerimanya. “Sebenarnya kami nak Madihah tulis sendiri lepas dia pulang dari umrah Mei ini. Memandangkan Pesta Buku sudah hampir, terpaksa minta Ummu yang tulis tentang Madihah,” kata Encik Isman. Dengan iringan doa ibu bapa dan pihak pengurusan Majalah Anis, saya terbang ke Kelantan bersama Pengarah Hijjaz Record Publishing, Encik Faizal Osman.

Menulis Catatan Hati

Nik Nur Madihah

Inilah sekolah Madihah, Maahad Muhammadi (P) Kota Bharu.

76 ::

anis :: J U N

2009


petua anis Asma Allah Melegakan Tekanan Adakah anda mengalami tekanan menghadapi kerenah anak atau bebanan kerja yang banyak? Apabila tekanan melanda diri, sudah tentu anda akan rasa sakit kepala. Apa yang akan anda lakukan? Cuba kaedah ini untuk menghilangkan tekanan dan sakit yang dialami. 1. Letakkan dua atau tiga jari ke tempat yang sakit. 2. Tongkat atau letakkan lidah kita di lelangit. 3. Dengan menggunakan jari tadi, ketuk-ketuklah (perlahan-lahan) di tempat yang sakit itu berulang kali sambil membaca Asma Allah. Kalau diamalkan selalu, insya-Allah akan melegakan tekanan atau sakit anda.

Merawat Tumit Kaki Pecah Ambil sebiji buah limau purut yang agak tua, cucuk kulitnya dengan garpu. Kemudian gosokkan di bahagian tumit yang pecah perlahan-lahan. Biarkan air limau tadi rata keseluruhan bahagian yang pecah. Biarkan seketika sebelum dibilas dengan air bersih. Insya-Allah akan nampak hasilnya jika diamalkan beberapa kali. Nor Aza Binti Hamzah Jitra, Kedah.

Muhammad Nor Selangor.

PENAJA

Melebat Dan Meluruskan Rambut Daun pandan juga boleh dijadikan shampu rambut campurkan ia dengan halia dan dikisar untuk diambil airnya. Kemudian campurkan pula dengan santan kelapa. Lumurkan ke kepala. Ia boleh melebat dan meluruskan rambut serta mencegah kelemumur.

Yuslaily Yunos Pengasas Prodak Qurratu

Hilangkan Gatal Sayur Keladi Keladi, sedap untuk dijadikan sayur dalam menu masakan harian. Awas, sekiranya tidak betul gaya memasaknya akan mendatangkan kesan sampingan kepada diri kita iaitu kegatalan. Cara untuk menghilangkan rasa gatal tersebut bolehlah mencuba petua ini. Untuk hilangkan rasa gatal tangan semasa menyiang keladi, lumurkan tangan dengan minyak masak dan bilas hingga bersih. Keladi yang telah dipotong-potong dicelur hingga empuk ke dalam air yang dicampur beberapa keping asam gelugur. Pastinya tangan dan tekak kita tidak merasa gatal lagi apabila memakan sayur keladi tersebut.

TIP DARIPADA

Setiap petua yang tersiar akan menerima hadiah sumbangan YUSLAILY YUNOS INSPIRE Sertakan nama, alamat lengkap dan no. telefon dan hantarkan penyertaan anda kepada: PETUA ANIS, Galeri Ilmu Sdn. Bhd. No. 44, Jalan Pekaka 8/3, Sek. 8 Kota Damansara 47810 P. Jaya

YUSLAILY YUNOS INSPIRE

No. 31, Jalan Tasik Tambahan 1, 68000 Ampang, Selangor. Hotline: 012-225 4931 www.qurratu.com emel:yuslaily_yunos@yahoo.com

anis :: J U N

2 0 0 9 :: 89


Lala Bersos Tiram Resipi: Marzainab Tukiman (Tel: 012-3624865)

Bahan-bahan: 500 gm lala 2 ulas bawang merah } 2 ulas bawang putih } 4 tangkai cili padi } diketuk 1 batang serai } 3 sudu makan sos tiram Maggi Garam secukup rasa Minyak untuk menumis Cara membuatnya: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah diketuk tadi. 2. Masukkan sos tiram dan garam secukupnya. 3. Seterusnya masukkan lala. Kacau hingga masak. 4. Angkat terus dan sedia untuk hidangan.

anis :: J U N

2 0 0 9 :: 93


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.