pedoman wanita solehah
Menu Ringkas Dari Keju
Halal
DISEMBER 2009 • ZULHIJJAH 1430H / MUHARRAM 1431H • AUTHORISED PERSON IN SINGAPORE: Worldwide Subscriptions & Distributions Services, A.M. Shaikk (Marketing Manager) 51 Kampong Bugis #06-06, Singapore-Johore Fty Building, Singapore 338986 Tel: (65) 62920320 Fax: (65) 62920905 Mobile: (65) 97699884, 012-2128554 Email: wsds@pacific.net.sg
Asni Abu Mansor Al-Hafizah Dari Kelas Al-Quran ke Medan Dakwah
KAHWIN
“Bior Pape Asal Bergaye”
Hidup Kaya dengan
ZAKAT Istimewa
+16
mukasurat tambahan
TOMATO Baik Untuk
Kuruskan Badan?
PENJARA BENTONG menanti NGO Islam? Salam Maal Hijrah 1431H www.galeriilmu.com.my
Doa Akhir Tahun Doa ini dibaca pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib sebanyak tiga kali. Apabila doa ini dibaca, syaitan akan mengeluh dengan berkata, “Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar saja.” “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji dan pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarganya dan para sahabatnya. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan pada sepanjang tahun ini, dari apa yang Engkau tegah kami daripada melakukannya, mana-mana yang tidak sempat kami bertaubat daripadanya, dan Engkau tidak meredhainya, dan Engkau tidak melupainya, malah Engkau berlemah-lembut pula di atas kami walaupun Engkau berkuasa menyeksa kami, bahkan Engkau memberi peluang pula kepada kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada-Mu, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu, maka ampunilah kami dan segala perbuatan kami, dari apa yang Engkau redhai dan Engkau telah menjanjikan kami dengan ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon daripada-Mu, wahai Tuhan yang mempunyai segala kebesaran dan kemuliaan, semoga Engkau menerima amalan kami dan Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Tuhan yang Maha Mulia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan dunia dan kebaikan akhirat, dan peliharalah kami daripada azab seksa api neraka. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan para sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”
Doa Awal Tahun Apabila masuk waktu Maghrib, bermulalah tahun baru (1 Muharam). Ketika ini, doa awal tahun pula dibaca sebanyak tiga kali. Setelah membacanya, syaitan akan berkata, “Amanlah dirinya, kerana dia dijaga oleh dua malaikat yang menjaganya dari syaitan dan pengikut-pengikutnya.” “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal, qadim dan azali dan dengan segala kemurahan Engkau yang melimpah, kami memohon dengan kedatangan tahun baru ini, Engkau peliharalah kami daripada syaitan yang direjam, para pembantu dan tenteranya, dan kami memohon pertolongan-Mu dalam melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepadaMu. Ya Allah, Tuhan yang mengubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan-Mu, wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan akhirat dan peliharalah kami dari azab seksa api neraka. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan para sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”
2 ::
anis :: D I S E M B E R
2009
CATATAN EDITOR
Seni-seni Dalam Berjariah 2009 bakal melabuhkan tirai. Cuti panjang persekolahan anak-anak disambut dengan gembira. Maka musim majlis kahwin juga meriah di sana-sini lebih-lebih lagi di rumah sanak-saudara di kampung. Pastinya ramai yang mengambil peluang untuk bercuti panjang bersama keluarga. Terbayang kemeriahan ahli keluarga jauh dan dekat bersua muka. Lebih-lebih lagi yang baru buat pertama kali menjalin silaturahim. Sebab itulah dalam Islam kita dituntut menghadiri majlis jemputan kahwin kerana silaturahim keluarga yang jauh dan dekat, yang lama dan baru dapat disatukan. Apabila membuat persiapan menghadiri majlismajlis besar seumpama ini di kampung, sebagai menjaga adab kekeluargaan adalah digalakkan kita sekeluarga balik kampung berala kadar dalam penampilan diri. Barang kemas jangan sampai sarat dipakai, pakaian pula jangan yang terlalu mahal sehingga membataskan pergerakan untuk lasak bekerja. Jaga hati ibu, ayah dan sanak-saudara yang tinggal di kampung. Masa sanak-saudara itu lebih banyak bersama ibu bapa kita, susah-senang orang tua kita, mereka lebih dahulu mengetahuinya. Kebiasaannya, apabila emas penuh melilit diri kita akan ‘dicap’ banyak duit. Walaupun kekadang yang dipakai itu sekadar emas celup. Apa yang penting ada gaya.. Tidak mustahil sesekali ahli keluarga di kampung tersedik hati hendak meminjam duit
daripada orang bandar, apa jadi apabila orang bandar kata tidak punya duit? Tentu ada syak wasangka yang tidak selesa. Jadi, jaga hubungan hati dan penampilan diri. Bukan emas melilit jadi penambat utama sayang, sebaliknya keramahan dan kesungguhan kita dalam membantu keluarga membuat kerja-kerja gotongroyong itu menjadi hiburan buat mereka. Sebaiknya, sesekali usahakan kita menjadi antara keluarga yang awal balik ke kampung membantu majlis kendurikendara. Anak-anak adalah ‘mata-mata’ yang akan menilai keperibadian kita. Ringankan tangan berkhidmat dan rajin berjariah, usah terlalu berkira dalam mengeluarkan belanja bersama keluarga yang sesekali berkenduri. Apabila kita tidak berkira, insya-Allah, Allah SWT juga tidak akan berkira-kira melimpahkan rezeki kepada kita. Orang yang kita bantu akan mendoakan kita. Rahmat dan keberkatan dapat dirasai bukan semestinya dari pulangan wang tapi jauh lebih tersirat seperti ketenangan hati, dikurniakan anakanak yang taat, rakan-taulan yang baik dan diredhai ibu dan ayah. Hal inilah yang disarankan dalam tuntutan berzakat melalui ruangan Fokus Utama bulan ini. Turut disokong hasil pengalaman Ustazah Asni Abu Mansor Al-Hafizah, penghias kulit luar yang banyak menceritakan pengalaman keutamaan berjariah, berbakti dengan ibu bapa dan keluarga menjernihkan sumber keberkatan kehidupan berumah tangga. Salam Maal Hijrah 1431 Hijrah.
Hjh. Jalilah Abdullah
anis :: D I S E M B E R
2 0 0 9 :: 3
LENSA RASA OLEH: ALIYAH SIJARI FOTO: ANIS SUHAILI ROSSENAN
Sketsa
Taman Alam Rona hijau damai membaur rasa terkesima ibarat sebuah desa santun pelbagai wajahnya ini harga nikmat kurnia Ilahi bukti Dia yang mencipta kita di sini dalam bersuku bangsa tetap ada manfaat hasil ciptaan-Nya akur dalam jalur takdir-Nya tegak berdiri penuh megah namun taat menurut perintah. Tatkala bayu berpuput lembut yang tegak pun terus meliang-liuk tanpa memandang rendah buat si renek di bawah menjalin guna buat manfaat manusia sewaktu berfotosintesis udara segarnya dihambur nikmat makhluk yang pasti tak dilupa. Hijau rona kelembutan‌ dalam nyaman menyala khidmat inilah hakikat yang harus dilihat 12 ::
anis :: D I S E M B E R
2009
dalam tujuh rona mendasar alam andai sirna hijau nan satu pasti pincang segarnya maya. Begitulah tamsilan alam bukti nyata ciptaan Tuhan beradun dalam rona seperti silih berganti malam serta siangnya sampai waktu dan ketika yang muda menjadi tua putik nan kecil mekar kelopak inilah bukti jalan kita mengikut paksi ketentuan kudrat Ilahi. Andai sudah jauh layar menebar leka pulanglah ke jalan asalmu kerana kau adalah ciptaan-Nya sampai ketika pusingan silih berganti usah tertipu silauan dunia kerana yang kekal adalah kampung-Nya!
anis :: D I S E M B E R
2 0 0 9 :: 13
RENCANA KULIT OLEH: NORHASHIMAH ABD RAHMAN PENYELARAS FOTOGRAFI: HAJAH JALILAH ABDULLAH FOTOGRAFI: ANIS SUHAILI ROSSENAN SOLEKAN: AWIN TEL: 013-7702739 TUDUNG & PAKAIAN: BUTIK ZAL JANNAH, 30-G, BLOK C, BISTARI DE’ KOTA, JALAN TEKNOLOGI 3/9, PJU 5, KOTA DAMANSARA, 47810 PETALING JAYA, SELANGOR TEL: 03-61485799 FAKS: 03-61406809 www.pearlislam.com BROOCH: JOI COLLECTION TEL: 017-8811267
S
esi fotografi kali ini terasa begitu berlainan. Mana tidaknya, lantunan suara Ustazah Asni Abu Mansor Al-Hafizah, 34 tahun mengalun doa membuatkan kami yang berada di situ seakan berada di depan kaca TV. Seakan terbayang Ustazah Asni sedang tekun menyemak bacaan suci al-Quran dalam rancangan Kalamullah, pada musim Ramadan lalu. “Sayang, Ustazah tak bawa kompanglah. Kalau tak lagi rancak...” guraunya lagi yang tiba di lokasi penggambaran pagi itu bersama suami tercinta iaitu Ustaz Mohd Nasir Rustam Al-Hafiz, 36 tahun. Berkongsi perkembangan terkini, menurut Ustazah Asni, rancangan Kalamullah yang mengisi slot Renda Ramadan lalu telah memberi impak begitu mengesankan terutama pada dirinya. Ke mana Ustazah Asni pergi, dia pasti dikenali dan dikerumuni peminatnya.
Mewujudkan rangsangan yang hebat bagi mengubah persepsi masyarakat untuk mendekati al-Quran.
Ustazah Asni Abu Mansor Al-Hafizah
Dari Kelas al-Quran ke 52 ::
Medan Dakwah
anis :: D I S E M B E R
2009
MUTIARA TERPENDAM OLEH: USTAZ AHMAD LUTFI BIN ABDUL WAHAB AL LINGGI PENASIHAT AKADEMI TAHFIZ DARUL HUFFAZ, KOTA DAMANSARA, SELANGOR.
Di sebalik ada kasih sayang
ALLAH
Segala musibah yang menimpa orang-orang Mukmin atau sebuah negara Islam itu hakikatnya adalah teguran dan peringatan daripada Allah agar merenungi kembali hubungan kita dengan Allah.
64 ::
anis :: D I S E M B E R
2009
M
usibah yang berlaku di Padang, Indonesia baru-baru ini membuatkan ramai manusia insaf dan akur dengan kekuasaan Allah. Boleh dikatakan keseluruhan bandar Padang mengalami kerosakan yang teruk - penduduk tempatan kehilangan tempat tinggal, tiada makanan, terputus perhubungan, dan yang lebih menyayat hati, gempa bumi yang menggemparkan dunia itu telah meragut ribuan nyawa manusia.
Sehingga kini, mereka masih lagi tidur dan tinggal dalam khemah-khemah bantuan, masih berada dalam kebingungan dan terkejut dengan musibah yang menimpa negeri mereka itu. Adakah gempa bumi itu tanda kemurkaan Allah terhadap mereka, atau ada hikmah yang berlaku di sebaliknya. Marilah kita merenungi dan bermuhasabah,
idea Kediaman
Pelbagai Pameran Penyeri
A
ssalamualaikum, bertemu kembali. Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai beberapa idea kreatif gaya pameran tanaman hiasan di kediaman anda agar tampil lebih cantik dan menarik pada hari raya nanti. Namun, pada kali ini saya ingin fokuskan pula kepada penggunaan pelbagai ‘planter’ atau bekas pameran yang unik, cantik dan menarik.
Kaedah Pameran Cara mempamerkan tanaman hiasan dalam bekas pameran ini adalah mudah sahaja. Tanaman hiasan boleh ditanam dalam pasu atau polibeg yang kurang cantik dan kurang menarik penampilannya. Untuk mencantikkannya lagi, cara yang paling mudah ialah dengan hanya meletakkan pasu atau polibeg tanaman hiasan tadi dalam bekas pameran pilihan anda. Ia sangat mudah dan semua orang boleh melakukannya malah ia tampil cantik dan menarik berbeza dari sebelumnya.
‘Planter’ Terdapat pelbagai jenis ‘planter’ atau bekas pameran di pasaran yang cantik yang boleh digunakan untuk mempamerkan tanaman hiasan anda di dalamnya. Di antaranya diperbuat daripada bahan anyaman seperti buluh atau rotan, tembikar atau seramik, namun terdapat juga yang diperbuat daripada kayu, plastik dan sebagainya. Ikuti paparan seterusnya mengenai pelbagai idea pameran dalam ‘planter’ berbentuk unik, cantik dan menarik seperti berikut: 1) Tanaman hiasan berdaun cantik seperti Episcia begitu sesuai dan serasi sekali dipamerkan dalam bakul yang diperbuat daripada buluh yang dianyam kemas dan cantik (foto 1). Pada zaman dulu bakul seperti ini banyak digunakan masyarakat kampung untuk meletakkan bahan makanan di dalamnya seperti belacan atau ikan kering. 2) Manakala pokok paku pakis yang berdaun cantik pula lebih cantik lagi dipamerkan dalam bekas pameran unik dan menarik yang diperbuat daripada kayu Jati yang diimport dari negara jiran Indonesia (foto 2).
Bekas Pameran Dari Bahan Asli
6 110 ::
anis nis ::: D I S E M B E R
2009
Sebagai pilihan, anda juga boleh menggunakan bekas tanaman atau pameran yang diperbuat daripada bahan asli yang semula jadi. Pokok akan tampak lebih menyerlah lagi jika ditanam atau dipamerkan dalam
SIHAT ANGGUN
KENAPA ANDA MESTI MAKAN
TOMATO? OLEH: SURAIYA PAUZI (http://suraiyasuraiya.blogspot.com)
M
akanlah tomato cara mana yang anda suka. Buah yang dikategorikan sebagai sayur ini melimpah dengan khasiat penting. Komponen-komponen tomato dan manfaat kesihatannya termasuklah: Likopena. Merupakan fitokimia yang dikelaskan sebagai karotenoid. Likopena inilah yang memberi warna merah kepada tomato, buah dan sayur lain. Semakin merah tomato itu, semakin banyaklah kandungan likopena. Likopena
112 ::
anis :: D I S E M B E R
2009
ialah sejenis antioksidan yang sangat berkuasa dan didapati boleh mengurangkan risiko kanser dan penyakit kardiovaskular. Tidak seperti karotenoid lain, likopena tidak ditukarkan kepada vitamin A oleh badan. Likopena ialah bahan larut lemak yang didapati di dalam darah dan tisu testis, kelenjar adrenal, hati, prostat, payudara, usus serta paru-paru. Produk tomato (seperti sos, pes, puri dan jus) mengandungi kepekatan likopena yang lebih tinggi berbanding likopena daripada tomato segar atau sumber tumbuhan lain seperti tembikai dan betik.
Vitamin C. Merupakan vitamin penting yang bertindak sebagai antioksidan. Ia boleh mengurangkan tekanan darah dan menurunkan paras kolesterol. Vitamin C membantu membentuk tisu penghubung, menjaga kesihatan kapilari dan juga gusi.