Anis September 2009

Page 1

pedoman wanita solehah

OGOS 2009 • SYAABAN / RAMADAN 1430H AUTHORISED PERSON IN SINGAPORE: Worldwide Subscriptions & Distributions Services, A.M. Shaikk (Marketing Manager) 51 Kampong Bugis #06-06, Singapore-Johore Fty Building, Singapore 338986 Tel: (65) 62920320 Fax: (65) 62920905 Mobile: (65) 97699884, 012-2128554 Email: wsds@pacific.net.sg

PASCA

TSUNAMI

ACEH

Lailatulqadar

malam yang sempit

Umrah

dalam bulan Ramadan Petua Tentang Puasa Al-Quran kenduri jamuan Allah

6

Sebab Gagal Gali Keberkatan Al-Quran

2 sifat pembaca Quran

Norhaslina

Masih Terkenang Tragedi Pada Hari Raya

Jalan untuk ikhlas

~ Dr. Jahid Sidek ~

Selamat Berpuasa & Salam Aidilfitri

www.galeriilmu.com.my www.g


MUTIARA TERPENDAM

S OLEH: USTAZ AHMAD LUTFI BIN ABDUL WAHAB AL LINGGI PENASIHAT AKADEMI TAHFIZ DARUL HUFFAZ, KOTA DAMANSARA, SELANGOR.

egala puji bagi Allah kerana menemukan kita sekali lagi pada tahun ini dengan bulan Ramadan yang mulia dan penuh dengan barakahnya. Terima kasih diucapkan kepada baginda Rasulullah SAW kerana mengajarkan kepada umatnya cara-cara untuk berpuasa pada bulan Ramadan. Selamat datang wahai bulan Ramadan, kekasih kami yang datang pada setiap tahun. Kami menanti kedatanganmu dengan penuh cinta yang melimpah-ruah, dan kerana cinta kami kepada Penciptamu. Seorang ulama tokoh ahli Sunnah wal Jamaah, Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki telah menyebutkan dalam kitabnya Tazkirah Ramadhan, sesungguhnya Allah Yang Maha Pemurah telah menganugerahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW dengan Lailatulqadar, iaitu suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan dan suatu anugerah yang tidak diberikan kepada umat-umat yang lain. Allah SWT telah berfirman:

MENCARI MALAM LAILATULQADAR “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar itu? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril a.s. dengan izin Tuhan mereka kerana membaca segala perkara (yang ditakdirkan berlaku pada tahun yang berikutnya); Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.� (al-Qadr: 1-5) Para ulama telah berbeza pendapat serta berbahas sebab apakah dinamakan dengan malam Lailatulqadar. Antaranya ialah:

Pada malam itu dipaparkan seluruh takdir atau ketentuan makhluk kepada para malaikat. Malam itu memiliki dan menyimpan sesuatu yang bersifat agung. Ini kerana al-Qadr ertinya kemuliaan dan keagungan.

6 ::

anis :: S E P T E M B E R

2009

Lailatulqadar membawa maksud malam yang sempit. Ini kerana dunia pada malam itu mengalami kesempitan dan sesak kerana turunnya para malaikat. Rasulullah SAW telah menggesa umatnya agar berusaha mencari Lailatulqadar dengan sabdanya: “Pilihlah malam Lailatulqadar pada bilangan malam yang ganjil daripada sepuluh terakhir Ramadan.� Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad ibn Hanbal r.a. daripada Abdullah ibn Umar r.a. berkata, “Mereka iaitu beberapa orang sahabat Nabi SAW sentiasa menceritakan kepada Nabi SAW tentang mimpi-mimpi mereka bahawa Lailatulqadar ialah pada malam ke-7 likur di dalam malam ke-10 terakhir Ramadan. Maka Nabi SAW bersabda: “Aku melihat bahawa mimpi-mimpi kami itu telah bersepakat menunjukkan Lailatulqadar ialah pada malam ke-7 likur daripada malam sepuluh terakhir Ramadan. Sesiapa yang ingin memilihnya, maka pilihlah pada malam yang ke-7 likur dari 10 malam yang terakhir tersebut.� Imam al-Nawawi r.a., seorang ulama besar ilmu hadis telah menyatakan di dalam Majmu’ Syarah al Muhazzab, bahawa tanda berlakunya Lailatulqadar ialah, pada malam tersebut keadaan tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Matahari yang terbit pada pagi hari itu pula kelihatan putih cerah tidak banyak sinaran cahayanya. Sayyidah Aisyah r.ha. pernah bertanya kepada baginda SAW, “Wahai Rasulullah! Sekiranya aku menemui malam Lailatulqadar, apakah doa yang harus dan baik untuk dibaca?� Rasulullah SAW menjawab, “Bacalah doa ini: Ya Allah! Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun. Engkau menyukai akan keampunan, maka ampunilah kami.� J


LAMBAIAN KAABAH

OLEH: DATO’ HJ. MD DAUD CHE NGAH (PENGERUSI EKSEKUTIF ANDALUSIA TRAVEL & TOURS)

Umrah Dalam Bulan Ramadan

P

ada umumnya umat Islam mengetahui bahawa melakukan umrah dalam bulan Ramadan amat banyak pahala dan faedahnya. Sebuah hadis meriwayatkan bahawa satu umrah dalam bulan Ramadan adalah sama seperti satu haji pahalanya. Oleh sebab itu, terlalu ramai orang berkunjung ke Makkah dalam bulan Ramadan untuk menunaikan umrah sama seperti musim haji. Selain mendapat pahala yang berganda dalam setiap ibadah seperti sedekah, berjemaah solat Tarawih dan Tahajud, umrah dalam bulan Ramadan juga tidak terikat dengan sekatan kuota seperti ibadah haji. Ini bererti jemaah boleh pergi dengan lebih bebas.

Panduan Menunaikan Umrah Pada Bulan Ramadan Lazimnya perbelanjaan yang akan digunakan untuk menunaikan umrah pada bulan Ramadan ada tiga peringkat: Peringkat pertama: Awal Ramadan sehingga 10 haribulan, perbelanjaannya agak murah. Peringkat kedua: Bermula dari 10 Ramadan sehingga 20 haribulan, perbelanjaannya agak sederhana.

22 ::

anis :: S E P T E M B E R

2009

Peringkat ketiga: Di antara 20 Ramadan sehingga awal Syawal, perbelanjaannya mahal dan hampir sama dengan perbelanjaan haji. Kebiasaan jemaah dari negaranegara Islam merebut peluang menunaikan umrah pada peringkat pertengahan dan akhir Ramadan. Ketika di Makkah / Madinah pada bulan Ramadan, para jemaah tidak perlu risau dengan makanan berbuka kerana di Masjidil Haram sentiasa tersedia juadah berbuka berupa buah kurma, air zam-zam, roti dan qahwa Arab. Bermula dari jemaah menjejakkan kaki ke dalam masjid, nanti adalah orang membawa dan mempelawa

berbuka puasa dengan juadah jamuan mereka. Waktu berbuka ini mengambil masa kira-kira tujuh minit sahaja. Cuma bagi jemaah umrah dari Malaysia mungkin terpaksa mencari makanan yang berat seperti nasi kerana kurang biasa dengan roti yang menjadi makanan rasmi orang Arab. Oleh itu, selepas sahaja berbuka dan solat Maghrib, mereka akan kembali ke tempat penginapan untuk mendapatkan nasi yang memang disediakan oleh pihak pengurusan pakej umrah mereka. Kemudian sebelum azan Isyak, mereka bergegas kembali ke masjid untuk solat Isyak dan Tarawih.


Syawal Pun Menguak Kelopak! Senja-senja Ramadan kian sayup perlahan-lahan berarak ke penghujung sendunya mengalun membuai rasa mentari Syawal pun mula menyingsing hari terlalu pantas waktu berlalu! Wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa‌ Hanya pada-Mu kami memohon kasih belas dalam rahmat-Mu agar kami terus diberi waktu punya kesempatan menjengah Ramadan bertandang g pada usia di tahun seterusnya‌ Fajar Syawal kian menguak kelopak kemenangan tanda nafsu berjaya ditundukkan namun perjuangan bukanlah untuk sepurnama ia bermula semalam, esok dan selamanya. Wahai Al-Khalik... Pada-Mu jua kami bermohon hon agar Kau perteguhkan ikatan atan iman biar lasak dan unggul kental jiwa kami tatkala mendepani musuh nafsu yang tak pernah puas biar kami tegas dan tegar memugar iman hanya nur keinsafan yang bakal menang biar perjuangan syaitan terus Kau kalahkan. Sesungguhnya batas Ramadan dan Syawal itu amat halus benang pemisahnya sering terungkai di tengah perbezaan kerana itu, dalam munajat panjang serta doa kudus berteleku semoga Kau himpunkan kami di dalam golongan umat-Mu yang sentiasa dilimpah dengan rahmat dan barakah! Restuilah kami agar ketemu pada Ramadan dan Syawal terus bersilih ganti!

anis :: S E P T E M B E R

2 0 0 9 :: 33


TETAMU ANIS PENYELARAS FOTOGRAFI: NORHASHIMAH ABD RAHMAN FOTO: NAZIR SUFARI (012-6552007) & ANIS SUHAILI ROSENAN SOLEKAN: AWIN (013-7702739) TUDUNG & PAKAIAN: SD IMAGE NO. 89, GROUND FLOOR, JALAN AMINUDDIN BAKI, TAMAN TUN DR. ISMAIL, 60000 KUALA LUMPUR TEL: 03-77275705 www.sdimage.biz LOKASI: KEDIAMAN PN. SURAYA DAUD

...MENGGALAS CABARAN BARU SEBAGAI PEMBACA BERITA RTM.

Norhaslina

Masih Terkenang Tragedi Pada Hari Raya 34 ::

anis :: S E P T E M B E R

2009


GAYA CILIK PENYELARAS FOTOGRAFI: NORHASHIMAH ABD RAHMAN FOTO: NAZIR SUFARI & ANIS SUHAILI ROSENAN SOLEKAN: AWIN 013-7702739 MODEL: MARYAM ISMAIL, FATIN KAMALIA, ALYA SYAHIRA, NUR ANIS SYARMILA, NUR ANIS SYAZWANI, NUR ANIS SYAKIRAH DAN HAPPY PHANG. TUDUNG & PAKAIAN: ZAITON ALIAS COLLECTION (ID-PEREMPUAN) TEL: 017-8819190/ 017-8819187

Sudah makan nak main congkak pula. Alya dan Fatin tampak manis berbaju kurung sifon. Maryam pula memakai kurung corak jalur dari kain satin.

B

aju kurung pakaian warisan kita yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Sentiasa dicari terutama pada musim lebaran. Untuk pakaian si cilik anda tidak perlu gusar kerana sudah banyak pilihan baju kurung siap di pasaran. Sudah membeli jangan lupa gandingkan bersama tudung sebagai latihan mereka menutup aurat. J

Berseloka bersama teman. Jangan pula lupa bermaafan pada hari mulia. Begitulah gelagat Maryam dan Syazwani yang cantik berkebarung rona pic dan biru muda.

38 ::

anis :: S E P T E M B E R

2009


GAYA KINI

Purnama Syawal semakin hampir. Di samping pulang bertemu ayah bonda, tradisi ziarah menziarahi jangan dilupakan. Sudah jadi tradisi negara kita ini yang pasti meriah dengan rumah terbuka di sana-sini. Jangan lepaskan peluang ini kerana inilah kesempatan terbaik untuk menjengah kembali sanaksaudara dan rakan-taulan yang sudah lama tidak bersua muka. Gaya Kini menampilkan koleksi busana lelaki dan wanita sesuai dipakai ketika bertandang ke majlis atau rumah terbuka. Semoga ukhuwah bersemarak kembali pada musim lebaran tidak lama lagi.

Berseri dengan jubah latar bunga sulam tampal dari Aflah House. Diperbuat dari fabrik t-shirt yang berkualiti, pasti selesa memakainya.

Pilihan Busana Untuk Majlis Terbuka 40 ::

anis :: S E P T E M B E R

2009


OLEH: DR. NIK YUSRI MUSA PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN UMUM, UKM nik_yus@pkrisc.ukm.my

al-Syaukani menerusi kitabnya Nayl al-Awtar.

MAKSUD ZAKAT FITRAH DAN WAKTUNYA

D

aripada Ibn ‘Umar, beliau berkata: “Rasulullah SAW telah fardukan (wajibkan) zakat fitrah pada bulan Ramadan dengan secupak buah tamar atau secupak gandum ke atas hamba dan yang merdeka, lelaki dan perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa dari kalangan orang-orang Islam.” Hadis riwayat para jamaah perawi hadis. Manakala menurut riwayat Imam al-Bukhari pula: “Adalah mereka (para sahabat) menunaikan zakat fitrah sehari atau dua hari sebelum hari raya.” Sementara hadis riwayat al-DarQutni daripada Abi Sa’id, beliau berkata: “Kami tidak menunaikan zakat fitrah pada zaman Rasulullah SAW melainkan secupak gandum, atau secupak tamar atau secupak zabib atau secupak oat.” Hadis-hadis tersebut merupakan antara hadis yang dijadikan sandaran hukum mengenai kewajipan zakat fitrah sebagaimana menurut

Menurut Ibn Hajar, zakat ini dinisbah atau disandarkan kepada fitrah (zakat fitrah) kerana ia dikeluarkan atau ditunaikan setelah berlalunya puasa Ramadan dan sebelum umat menyambut Aidilfitri atau Hari Raya Puasa. Manakala Ibn Qutaibah pula berpandangan nama zakat fitrah ini diambil dari zakat diri kerana ia dari asal kejadian manusia. Zakat fitrah merupakan suatu bentuk ibadat harta yang dikeluarkan pada masa tertentu iaitu waktu wajibnya ialah apabila tenggelamnya matahari pada malam hari raya atau hari terakhir puasa Ramadan. Ini merupakan pandangan Imam al-Thauri, Ahmad, Ishaq, Imam al-Syafii menurut qaul barunya. Terdapat juga pandangan menyatakan bahawa waktu wajibnya ialah setelah timbulnya fajar pada hari raya, ia adalah pendapat Imam Abu Hanifah, al-Laith dan juga Imam al-Syafii menurut pendapat qadimnya. Pandangan ini didasarkan kepada hadis Ibn Umar yang bermaksud: “Rasulullah SAW

memerintahkan zakat fitrah sebelum keluarnya manusia untuk solat hari raya.” Kesimpulannya, waktu wajib dikeluarkan zakat fitrah ialah setelah terbenamnya matahari pada akhir Ramadan dan sebelum keluarnya umat untuk solat Hari Raya. Manakala waktu sunatnya ialah setelah masuknya bulan Ramadan sehingga datangnya waktu wajib sebagaimana dinyatakan di atas. Imam al-Syafii umpamanya mengharuskan zakat fitrah dikeluarkan daripada permulaan bulan Ramadan. Berlainan dengan Imam Ahmad yang berpandangan bahawa tidak boleh dikeluarkan melainkan waktu wajibnya atau sehari atau dua hari sebelum hari raya. Sementara Imam Malik pula berpendapat bahawa tidak boleh dikeluarkan atau didahulukan melainkan pada waktu wajibnya kerana kiaskan zakat fitrah dengan waktu solat.

MAKANAN ASASI SETIAP NEGERI Melihat kepada hadis-hadis Rasulullah SAW mengenai zakat fitrah ini dapat disimpulkan bahawa pada zaman Rasulullah SAW, zakat fitrah dikeluarkan ialah dari perkara

ZAKAT FITRAH ‘COVER’ KURANG PUASA 64 ::

anis :: S E P T E M B E R

2009


MEMAHAMI ZAKAT OLEH: USTAZ HAMIZUL ABDUL HAMID PEGAWAI DAKWAH PENA, LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS)

R

amadan datang lagi. Bagi orang yang beriman, mereka menyambut datangnya bulan ini dengan ucapan ‘marhaban ya Ramadan, marhaban ya shahrul barakah’. Ini kerana, pada bulan ini terkumpulnya segala kebaikan yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain. Syaratnya, setiap individu Muslim hendaklah berikhtiar menggali hikmah dan fadilatnya. Ibarat menggali permata berharga. Usahanya sedikit susah, namun berbaloi melepas lelah. Apabila disebut Ramadan, maka ia amat sinonim dengan zakat fitrah. Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan kepada setiap orang Muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahupun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169) Di dalam Islam, di samping zakat harta maka semua umat Islam yang layak diwajibkan zakat fitrah. Sungguh pun sama dari aspek nama dan amalan, namun kedua-dua amalan fardu ini mempunyai perbezaan. Ia berbeza lantaran mempunyai konotasi yang mendasari hikmah di sebalik perlaksanaannya.

ZAKAT FITRAH MENGHAKIS SIKAP TAMAK

Perbezaan Zakat Fitrah dan Harta Zakat fitrah dikenakan kepada semua umat Islam, sama ada merdeka mahupun hamba sahaya. Ini berbeza dengan zakat harta, kerana tidak dikenakan kepada hamba. Mana mungkin seorang hamba mampu berzakat, andai dirinya sendiri

92 ::

anis :: S E P T E M B E R

2009

Zakat fitrah yang dikenakan berdasarkan makanan asasi, jika di Malaysia adalah beraslah zakat fitrahnya.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.