pedoman wanita solehah
Eksklusif Haji
50
Halaman
Tip & Pedoman NOVEMBER 2009 • ZULKAEDAH / ZULHIJJAH 1430H AUTHORISED PERSON IN SINGAPORE: Worldwide Subscriptions & Distributions Services, A.M. Shaikk (Marketing Manager) 51 Kampong Bugis #06-06, Singapore-Johore Fty Building, Singapore 338986 Tel: (65) 62920320 Fax: (65) 62920905 Mobile: (65) 97699884, 012-2128554 Email: wsds@pacific.net.sg
Berkorban untuk kejayaan keluarga
Andainya diuji selepas balik haji
Sharifah Khasif
menggapai haji pada usia muda
“Berwasiatlah kepada waris dengan ada saksi”
Menjengah Dapur Jemaah Haji Di Tanah Suci
harapan & cabaran yang ditinggalkan!
www.galeriilmu.com.my
Haji Muda
~Dato’ Haji Md. Daud Che Ngah~
PENGHIAS KULIT PENGHIAS KULIT: SHARIFAH KHASIF PENYELARAS FOTOGRAFI: HAJAH JALILAH ABDULLAH FOTOGRAFI: ANIS SUHAILI ROSENAN SOLEKAN: COMEL FADILAH (ARTIS STUDIO) 016-3197500 TUDUNG & PAKAIAN: BUTIK ZAL JANNAH, 30-G, BLOK C, BISTARI DE’ KOTA, JALAN TEKNOLOGI 3/9, PJU 5, KOTA DAMANSARA, 47810 PETALING JAYA, SELANGOR. TEL: 03-61485799/ FAKS: 03-61406809 WWW.PEARLISLAM.COM M
SEPINTAS LALU
14-17
NOVEMBER 2009
Cabaran Haji Muda Risiko Tinggalkan Anak-anak?
Rencah
08
01
Catatan Editor
42
Lensa – Salam Arafah
06
Jendela Mak Uda – Menyahut Panggilan Kaabah!
46
Tip Haji - PeliHara Solat Walau Di Mana Jua
10
Eksklusif Haji – Tujuan Haji Dengan Hati
50
Eksklusif Haji – Hayati Falsafah Haji
18
Sketsa – Tidurlah Sebantal, Dan Mimpi Pun Serupa! - Yang Diraih Hanyalah Takwa
58
Tabir Silam – Utusan Quraisy Ke Habsyah
20
Kembara Andalusia – Kaherah Penuh Sejarah - Menjengah Bandar Seribu Menara.
60
Eksklusif Haji – Beri Syafaat Pada Keluarga
62
Fokus Haji – Berkorban Untuk Kejayaan Keluarga
68
Bicara Abu Hassan – Menghadapi Arafah
70
Tip Haji - Wuduk Ketika Haji
74
Imbas Kembali - Majlis Minum Petang Alumni Al-Durra
81
Warta Sekilas
24
Tip Haji - Persiapan Di Arafah
30
Kemudi Hati - Sisi Lain Di Sebalik Haji...
34
Tetamu Anis – Sharifah Khasif - Idam Haji Pada Usia Muda
38
Gaya Kini – Gaya Sopan - Busana Timur Tengah
FIKIR ZIKIR OLEH: ZUL RAMLI M. RAZALI KIFFAH MOTIVATION & TRAINING SDN. BHD. (zulramli.blogspot.com)
Menjiwai Perjuangan Dari Ikonik Haji ika ibadah haji adalah proses, apakah produknya? Apakah produk yang dapat disaksikan daripada ibadah yang agung ini? Umumnya, apabila disebut sahaja haji, spontan terbayang di minda para hujjat yang baru pulang dari Tanah Suci seseorang dengan title pak haji dan mak hajah. Seorang lelaki tua berkopiah atau berserban, mungkin juga igal. Mereka kelihatan sedikit warak memikul gelaran haji yang dikerjakannya. Tidak banyak yang dapat dibayangkan selain daripada itu! Sekiranya itu sahaja yang mampu digambarkan, alangkah kecilnya
4 ::
anis :: N O V E M B E R
2009
persepsi umum terhadap ibadah haji. Alangkah kerdilnya pengajaran yang terhimpun melalui acara ibadah yang sangat hebat ini. Ia tentu tidak cukup untuk membayangkan betapa agungnya ibadah ini apabila melihat kepada produk-produk haji.
Ikon Haji Kita tidak nampak Nabi Ibrahim, Nabi Ismail serta Siti Hajar dengan wajah mereka yang hebat penuh wibawa. Begitu juga Rasulullah dan para sahabat dengan sejarah mereka yang harum semerbak. Merekalah
ikon haji yang sepatutnya tercetak dalam keperibadian hujjat pada saban tahun. Mereka juga sepatutnya menjadi penanda aras kepada keberkesanan ibadah haji: Nabi Ibrahim dengan wajah perjuangan yang sasa. Beliau walaupun seorang diri tetapi tidak gentar berdepan dengan sebuah kerajaan kufur Namrud. Tidak goyah mengemukakan bukti, menangkis hujah. Tidak sedikitpun gentar walaupun terpaksa menerima hukuman dibakar hidup-hidup. Keyakinan dan kesabaran adalah nadi perjuangannya apabila dia melangkah dengan tenang keluar
EKSKLUSIF HAJI
T
ujuan mengerjakan umrah dan haji ialah untuk ‘persaksikan manfaat dan kebaikan’. Oleh itu, kita perlu melihat perjalanan haji dengan hati. Jangan sekadar melihat perjalanan haji dengan mata, akal dan apatah lagi melihatnya dengan nafsu. Manfaat dan kebaikan yang tersirat mungkin kita boleh suratkannya dalam beberapa keadaan iaitu:
SEBELUM KE TANAH SUCI Sesungguhnya ibadah haji dapat memberi kebaikan pada diri kita. Sebagai contoh: Apabila kita tahu tahun ini kita akan pergi ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji, maka secara spontan, diri dan perasaan kita terdorong untuk dekat kepada Allah SWT. Kita akan mula rajin berulang-alik ke masjid dan surau. Sama ada untuk mendirikan solat berjemaah, untuk mendengar kuliah-kuliah serta bersilaturahim. Kita akan terangsang untuk mengaji dan menuntut ilmu terutamanya ilmu yang ada kaitan
dengan ibadah haji. Ini antara kebaikan yang kita perolehi sebelum berangkat ke Tanah Suci. Apa yang dinyatakan ini hanya sebahagian sahaja. Apa pun ia bergantung kepada setiap individu yang ingin mengerjakan ibadah haji ke Tanah Suci. Andai ada 27,000 sehingga 37,000 orang akan berangkat ke Tanah Suci, maka sudah pasti akan ada sebanyak itu juga bentuk kebaikan yang akan dirasai serta diperolehi.
SEMASA DI TANAH SUCI Apabila sudah berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah, pasti suasana dan semangatnya sudah
Tujuan Haji Lihat Dengan Hati OLEH: USTAZ HAJI GHAZALI IBRAHIM (PEMBIMBING HAJI & PENULIS BUKU KEMBARA HAJI DI TANAH SUCI)
10 ::
anis :: N O V E M B E R
2009
FOKUS UTAMA OLEH : ROSLAN KASSIM
M
emiliki keluarga yang berjaya merupakan impian utama setiap pasangan suami isteri apabila mendirikan rumah tangga. Malah ia menjadi antara ‘legasi’ yang ingin ditinggalkan oleh manusia selepas kematiannya. Fitrah manusia yang murni pasti selesa dan bersetuju dengan kenyataan ini. Adalah pelik lagi janggal, jika ada manusia berkahwin tetapi tidak menginginkan sebuah keluarga yang berjaya.
Ukuran Kejayaan
Keluarga
Memiliki keluarga yang berjaya bukan suatu perkara yang mustahil. Peluang menjadikannya satu kenyataan adalah terbuka kepada sesiapa sahaja. Walaupun demikian tidak semua mereka yang berumah tangga berhasil membentuk keluarga yang berjaya. Punca kegagalan ini banyak disebabkan krisis nilai dalam cita-cita berkeluarga pasangan suami isteri. Masing-masing tenggelam punca untuk menentukan nilai terhadap sesuatu perbuatan atau tingkah laku, manakah yang baik untuk dilakukan dan manakah yang buruk untuk dijauhi. Salah dalam penilaian boleh membawa kepada kesilapan dalam pilihan untuk bertindak. Krisis nilai turut melanda umat 62 ::
anis :: N O V E M B E R
2009
Islam hari ini. Mereka turut bingung dengan perselisihan yang banyak tentang ukuran kejayaan sesebuah keluarga. Jawapan yang tepat selamanya tidak akan dapat ditemui jika akal dan budaya hidup manusia dijadikan rangka rujukan. Seringkali terjadi manusia menderita dan kecewa dalam hidupnya apabila kejayaan hanya diukur berdasarkan pencapaian akademik, harta benda dan kedudukan.
Nilai Sebenar Bagi orang beriman, nilai terhadap sesuatu perkara atau hal itu dirujuk kepada hukum yang ditentukan oleh Allah SWT. Sikap mereka diperjelaskan Allah dalam firmanNya: “Sesungguhnya pendirian orangorang yang beriman kepada Allah, apabila mereka diseru kepada Allah dan Rasul-Nya bagi mengambil hukum bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul di kalangan mereka, katakata mereka hanyalah ‘kami dengar
BEKAL JALANAN OLEH: ABU SAIF www.saifulislam.com
Kenangan Terhalal
“U
staz tidak pernah bergaduh dengan isteri?” tanya sahabat saya. “Bergaduh yang macam mana?” saya menoleh kepadanya. Perjalanan ke lokasi program masih jauh. Masih banyak masa untuk berbual dan bertukar kisah. Kalau boleh, biarlah kisah yang boleh mencelikkan mata.
“Bergaduh. Bertengkar atau salah faham. Tak semestinya sampai baling-baling senduk dan tudung periuk,” jelas beliau. “Tak ingat kata P. Ramlee?” saya bertanya kepadanya pula. “Kata-kata yang mana tu, ustaz?” soal beliau. Matanya masih tekun mengawal perjalanan kereta. “Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri!” saya memetik lagu P. Ramlee yang dimaksudkan. “Ooo, adegan dalam kandang kuda itu ya?” katanya sambil ketawa. Teringat kepada kisah Tiga Abdul. “Ya. Kenangan di kandang kuda,” saya mengiyakan telahannya. “Maknanya ustaz pernahlah bergaduh dengan isteri?” beliau
108 ::
anis :: N O V E M B E R
2009
PERGADUHAN ITU SAYA NAMAKAN SEBAGAI PELUANG. RUANG YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH SEBAGAI PELUANG UNTUK SUAMI ISTERI BELAJAR MENINGKATKAN DIRI. meminta kepastian. “Tentulah. Cuma tidak sampai tidur di kandang kuda. Berselisih faham, bermasam muka, merajuk atau mengamuk, semua itu asam garam kehidupan berumah tangga. Sampai masanya nanti anta (kamu) akan menempuhnya, insya-Allah,” saya tersenyum kepadanya. Adakalanya saya berasa terkejut dengan soalan-soalan yang diajukan kepada kami. Masakan saya dan isteri terlepas peluang untuk bergaduh dan berselisih faham dalam kehidupan kami. Pergaduhan itu saya namakan sebagai peluang. Ruang yang diberikan oleh Allah sebagai peluang untuk suami isteri
belajar meningkatkan diri. Bukanlah bermaksud sengaja mencari gaduh. Tetapi setiap kali berlakunya perselisihan faham, ia pasti berakhir dengan satu pelajaran baru buat suami dan isteri jika mereka berjaya mempositifkannya. Alangkan rumah tangga Rasulullah SAW sendiri menempuh fasa-fasa sedemikian rupa, apatah lagi kita yang serba kekurangan ini? Malah, Rasulullah SAW juga pernah mentalakkan isteri baginda iaitu Hafsah binti Umar al-Khattab, dan kemudian rujuk semula. Ia catatan sejarah untuk mengajar Muslim menguruskan realiti, bukan berfantasi.
PENYELARAS: HAJAH JALILAH HJ. ABDULLAH FOTO: ANIS SUHAILI ROSSENAN RESIPI SUMBANGAN: PN. LELA ABD. AZIZ, PENGURUS PEMASARAN DAN JUALAN TH GLOBAL SERVICES SDN. BHD., TINGKAT 17, BANGUNAN TABUNG HAJI, 201, JALAN TUN RAZAK, 50400 KUALA LUMPUR. TEL: 03-2161 1700. web: www.taha.com.my TERIMA KASIH: 1. TUAN HJ. MOHAMED IZAM MOHAMED YUSOF, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TH GLOBAL SERVICES SDN. BHD. 2. PUAN LINDA AZIZ, PERUNDING PERHUBUNGAN AWAM DAN MEDIA BAGI PIHAK TH GLOBAL SERVICES SDN. BHD. TEL: 019-3936088
Kepak Ayam Panggang Istimewa TaHa
Hidangan Dari TaHa Global
Mudah Cuba Enak Rasa Salam Aidiladha. Musim cuti kembali lagi. Kemeriahan suasana di rumah dengan anak-anak yang bercuti panjang boleh diisi masa terluang dengan mengajar mereka menyediakan juadah ringkas dan mudah tapi lazat serta berkhasiat bersama Perencah Pracampuran TaHa. Selamat mencuba. J
100 ::
anis :: N O V E M B E R
2009
Bahan-bahan: 6-8 kepak ayam – dicuci dan dibersihkan 1 peket (25gm) Perencah Pracampuran Rendang Ayam TaHa 1 sudu besar minyak zaitun 1 sudu besar mentega Cara penyediaan: 1. Perapkan kepak ayam dengan semua bahan-bahan di atas selama dua hingga tiga jam (boleh diperap dengan lebih lama jika suka). 2. Panaskan ketuhar pada suhu 180-200 Celsius. Griskan dulang pembakar dengan mentega dan susun semua kepak ayam tersebut. Renjiskan sedikit minyak zaitun.
3. Bakar kepak ayam tersebut selama 10-15 minit. Kemudian boleh diangkat dan dihidangkan. Tip: Keistimewaan diperap dengan minyak zaitun dan mentega menjadikan ayam panggang berbau wangi dan garing. Hidangan ini sesuai bagi yang tidak gemar makan makanan bersantan. Boleh diubah suai untuk diperap seekor ayam untuk dijadikan ayam golek. Hanya perlu menambah beberapa peket Perencah Pracampuran Rendang Ayam TaHa mengikut saiz ayam.
GAYA KINI OLEH: NORHASHIMAH ABD RAHMAN FOTOGRAFI: NAZIR SUFARI 0126552007 SOLEKAN: COMEL FADILAH 016-3197500 PAKAIAN: BEAUTIFUL ABAYA, R-161, LEVEL 1ST FLOOR, PLAZA IDAMAN, MEDAN IDAMAN, KM8, JALAN GOMBAK, 53100 KUALA LUMPUR (TERIMA KASIH PN HALIAH ABDUL HAMID 012-2385144/ 03-40224144)
Gaya Sopan
Busana Timur Tengah Rona Hitam kian diminati. Jubah hitam berasal dari Timur Tengah ini boleh didapati dengan pelbagai potongan, corak serta hiasan yang cukup unik. Bagi anda yang ingin mencuba, Beautiful Abaya menampilkan kelainannya. Sesuai dipakai semua golongan. Tidak kira tua atau muda pasti anggun dengan koleksi jubah hitam.
Jika mahu tampil lain dari yang lain, cubalah jubah kaftan ala kelawar ini. Dihias menarik dengan tatahan batu swarovski sepanjang tepi kaftan. Andai mahu bergaya ringkas cubalah jubah satin silk bersulam sequin dengan potongan kembang di hujung lengan.
38 ::
anis :: N O V E M B E R
2009
SIHAT ANGGUN FOTO: KOLEKSI TABUNG HAJI
Masalah Kesihatan Jemaah Haji di Tanah Suci
SIHAT “Ibadat Haji merupakan satu Ibadat Perbuatan” - Berjalan kaki ke mana sahaja untuk menunaikan ibadah atau urusan rasmi semasa berada di Tanah Suci.
PERBEZAAN KEADAAN DI TANAH SUCI • Iklim dan cuaca • Tempat penginapan • Bekalan Air • Kenderaan • Jumlah jemaah yang ramai
IBADAT DALAM MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH Tawaf Berjalan lebih kurang 500 m hingga 1 km Saei Berjalan lebih kurang 4.9 km Sembahyang Bergantung kedudukan daripada masjid 1–5 km Melontar Berjalan lebih kurang 7 hingga 10 km setiap hari selama 4 hari berturut-turut
PERUBAHAN CUACA Purata suhu: Siang 30ºC, Malam 18°C. Di Madinah cuaca sejuk: 3 - 14ºC. Berdebu dan kering
90 ::
anis :: N O V E M B E R
2009
TEMPAT PENGINAPAN J Bangunan tinggi J Bilik penginapan berkongsi ikut ukuran yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi J Lif sentiasa penuh J Perlu sabar untuk menunggu lif atau tandas
tandas awam terdapat disekeliling Masjidil Haram di Mekah dan di Madinah
BEKALAN AIR J Terhad J Air minum mudah diperolehi J Tempat wuduk dan
TUJUAN PALING UTAMA 1. Melancarkan Perjalanan Ibadah Haji 2. HAJI MABRUR
BILANGAN MANUSIA Mencecah lebih dari 2 juta orang. Ibadah akan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan