Majalah Asuh Julai 2009

Page 1

A

M

Adik-adik mesti pernah dipuji kerana kecantikan, kecerdikan di dalam kelas, kebaikan menolong orang lain dan sebagainya. Rasa bangga, angkuh, sombong terus masuk dalam diri dengan kelebihan tersebut. Kita merasakan diri hebat daripada orang lain, berasa takbur (besar diri) sehinggakan orang lain tidak dapat menandingi diri kita. Itulah sifat yang tidak patut ada pada diri kita. Ini kerana sifat-sifat ini hanya layak ada pada Allah SWT yang bersifat al-Mutakabbir iaitu Yang Memiliki Segala Keagungan. Meskipun kita seorang yang hebat dalam bersukan, berpidato, sering mendapat nombor satu, itu hanyalah pemberian dari Allah SWT. Kita hamba yang lemah tidak layak untuk mengagungkan diri, menyombongkan diri bahkan membesarkan diri. Adik-adik tentu ingat kisah Iblis yang ingkar akan perintah Allah, merasakan diri hebat sehinggakan tidak mahu sujud hormat kepada Nabi Adam

OLEH:AMIRA

SHAZWANI CHE ABD GHANI Pelatih Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, UM

walaupun itu adalah perintah Allah SWT. Akhirnya Iblis dilaknat oleh Allah kerana menderhaka. Begitu juga kita, jika kita angkuh, sombong dan berbangga diri, kawan-kawan akan menjauhkan diri. Hidup kita akan kesunyian, apabila susah tiada siapa yang sudi membantu, tinggallah kita seorang diri. Sesungguhnya sikap sombong, angkuh dan besar diri semuanya orang benci. Inilah sifat yang mesti dihindarkan untuk menjaga hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah. Kita mesti ingat, Allah yang mencipta segala bentuk alam ini, makhluk dan kita. Jadi layaklah Allah untuk meng-Agungkan diri dan kita sebagai ciptaan-Nya mesti taat akan suruhan-Nya. Kita tidak boleh bermegah-megah berjalan di atas

Al-Mutakabbir

muka bumi ini dengan memandang hina kekurangan orang lain. Berjalanlah dengan penuh rendah diri dan memandang orang yang susah dengan kasih sesama insan. Bahkan kita juga tidak boleh sombong terhadap kedua ibu bapa dengan merasakan kita selalu betul. Kita kenalah mendengar nasihat mak ayah kerana mereka berpesan untuk kebaikan diri kita. Sentiasa bercakap dengan lemahlembut terhadap mereka. Tanpa mereka siapa kita. Mereka tanpa mengenal penat-lelah, tanpa keluhkesah, sentiasa berkorban untuk membesarkan kita. Pengorbanan mereka tiada tandingannya. Justeru itu, segala ilmu yang kita perolehi perlu disyukuri dengan berkongsi bersama kawan-kawan, menceritakan kepada adik-adik dan memberi manfaat kepada masyarakat di sekeliling. Jangan sesekali kita kedekut untuk berkongsi segala ilmu dan kelebihan yang kita miliki. Ingatlah adik-adik, jangan sombong, pasti kita akan mendapat ramai kawan. Jika kita menghadapi pelbagai halangan dalam hidup, jadikanlah nama Allah “al-Mutakabbir� ini sebagai wirid, insya-Allah akan diperkenankan segala hajat dengan mengetepikan segala halangan tersebut.

BIL. 144 • JULAI 2009

5


OLEH:ALI

ADLI

(Siri 1)

AL-BIRUNI Anak Yatim Pakar Astronomi Adik-adik, kali ini kita akan berkenalan dengan salah seorang tokoh ilmuan Islam iaitu al-Biruni. Al-Biruni hidup sezaman dengan Ibnu Sina. Namun al-Biruni amat terserlah keilmuannya dalam bidang astronomi, sejarah dan bahasa. Nama penuhnya ialah Abu Raihan Muhammad bin Ahmad al-Biruni. Beliau lahir pada 3 Zulhijjah 362 H bersamaan 4 September 973 Masihi di Parsi. Ada juga riwayat menyatakan dia dilahirkan di Khawarizm. Ada juga mengatakan dia dilahirkan di Birun, sebuah bandar di luar Kath. Bandar Khawarizm terletak kira-kira 60 km dari Kath. Ia muncul sebagai pusat pemerintahan putera Ma’muniyah ketika itu. Oleh itu, penduduk Kath yang berhijrah ke bandar itu digelar Biruni. Oleh kerana Abu Raihan orang yang lebih terkenal di antara mereka, gelaran itu diberi kepadanya. Suka Menjelajah Satu tabiatnya semasa kecil, dia suka memerhati kejadian alam. Hati kecilnya sering terpesona dan kagum melihat kejadian alam. Matahari, bulan, lautan, sungai dan gunung-ganang yang tersergam indah di hadapan mata semuanya menjadi tanda tanya pada dirinya siapakah Penciptanya. Oleh itu, dia cukup suka menjelajah hutan, mendaki bukit dan berlari-lari di padang pasir. Kembalinya ke rumah ada saja ole-ole dibawa pulang. Ole-ole berupa kayu-kayu wangi yang diletakkan di dalam cawan. Itulah teman anak kecil yang suka meneroka ini. Bagaimanapun kegembiraan Abu

Raihan tidak berpanjangan. Tidak lama kemudian ayahnya yang berniaga kecil-kecilan meninggal dunia. Tiada siapa yang diharapkan untuk menyara keluarganya lagi. Oleh itu, Abu Raihan membantu ibunya bekerja mencari rezeki dengan mengumpul kayu api untuk dijual di pasar Birun. Berguru dengan Ahli Botani Suatu hari Abu Raihan bertemu de ngan seorang ahli botani (tumbuhantumbuhan) dari Yunani. Ahli botani itu sedang mengumpul bunga-bunga dan mencantas pokok-pokok yang jarang ditemui. Abu Raihan membantah perbuatannya, “Kenapa tuan memotong bunga dan pokok ini? Tuan hanya perlu melukis bunga-bunga dan pokokpokok tersebut. Buat seperti yang saya buat, tanpa perlu memotongnya dan mengambil nyawanya!” Ahli botani itu tertawa lalu me nerangkan tujuan dia mengumpulnya adalah untuk ilmiah. “Daripada bahan-bahan ini kita akan memperoleh ramuan ubat-ubat untuk mengubati penyakit yang dihidapi manusia.” Abu Raihan terperanjat. Melihat anak muda yang begitu cintakan alam ini, ahli botani itu menawarkan diri sebagai guru. “Apakan daya saya tuan kerana saya terpaksa menolong ibu saya

mencari rezeki dan mengumpul kayu api sebelum datangnya musim sejuk,” ujar Abu Raihan. Sambil mengusap kepala anak kecil itu, ahli botani itu berkata, “Jangan risau. Kamu akan menolong saya mengumpul bunga dan herba. Saya juga akan mengajarmu rahsia ilmu yang saya miliki. Selain itu, saya akan beri kamu upah yang cukup untuk saraan hidup kamu dan ibu kamu.” Abu Raihan menangis kerana terlalu gembira. Bukan saja dia dapat meringankan beban ibunya, dia juga dapat belajar dan duduk bersama ahli botani itu yang kaya ilmunya tentang dunia tumbuh-tumbuhan. Begitulah secebis kisah Abu Raihan ketika kecil. Adik-adik juga harus mencontohi sifat tokoh ini yang tidak mudah berputus asa dengan kehidupan. Untuk mencapai kejayaan bukan mudah. Di mana-mana saja ada halangan dan rintangan. Jangan jadikan ia sebagai alasan untuk kita mengejar impian menjadi insan yang berilmu. Akan datang: Berguru dengan pakar Matematik dan Astronomi. Rujukan: Buku Siri Tokoh Cendekiawan Islam, DBP (Sulaiman Fayyad) http://en.wikipedia.org • http://www.muslim.philosophy.com http://members.tripod.com • http://pkukmweb.ukm.my

BIL. 144 • JULAI 2009

11


Gerhana

Eksplorasi

Matahari

Alam Semesta

Lagi?

Oleh: SHAHRIN AHMAD www.falakonline.net Hantar soalan adik-adik kepada: Eksplorasi Alam Semesta Galeri Ilmu Sdn. Bhd. No. 44, Jalan Pekaka 8/3, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

S

ekali lagi, sebahagian daripada cahaya matahari yang jatuh ke bumi akan dilindungi oleh bulan, apabila berlakunya gerhana matahari pada 22 Julai nanti. Kebetulan pula, tahun ini, kita di Malaysia berpeluang menyaksikan dua kali gerhana matahari, yang mana kali terakhir ia berlaku ialah pada bulan Januari lepas. Sebagai ulang kaji, fenomena gerhana yang berlaku pada bulan Januari lepas ialah Gerhana Matahari Cincin, iaitu, ketika itu saiz bulan agak kecil sedikit berbanding matahari, menyebabkan ia tidak dapat menutupi keseluruhan cahaya matahari. Fenomena cincin tersebut juga tidak dapat dilihat di Malaysia kerana laluannya merentasi negara Indonesia. Bagi kita di tanah air, hanya berpeluang menyaksikan sebahagian sahaja daripada matahari ditutupi. Pada bulan Julai ini, gerhana yang berlaku ialah Gerhana Matahari Penuh. Namun sekali lagi kita di Malaysia, tidak dapat melihatnya secara penuh kerana laluannya merentasi India, Bangladesh, China dan Jepun. Tetapi kita masih juga berpeluang menyaksikan Gerhana Separa pada pagi 22 Julai itu nanti. Berdasarkan kiraan falak, bulan akan menutupi tidak sampai suku daripada matahari. Oleh itu, kesannya terhadap persekitaran tidak begitu jelas. Di Kuala Lumpur, bulan akan mula bergerak masuk ke dalam kawasan matahari pada jam 8.28 pagi. Gerhana akan memuncak pada jam 9.06 pagi, di mana ketika itu hanya 17 peratus matahari sahaja

12

BIL. 144 • JULAI 2009

Atau e-mel kepada shahgazer@gmail.com

Apa Kata Rasulullah SAW? Nabi bersabda:

“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari sekian tanda kebesaran Allah. Keduanya tidak menggerhana kerana kematian seseorang mahupun kerana kelahirannya. Sehingga jika kalian melihat hal itu (gerhana), maka berzikirlah kepada Allah, bertakbirlah, solatlah dan bersedekahlah.� (Riwayat Imam alBukhari)

Rajah menunjukkan keadaan gerhana matahari yang akan dapat dilihat dari Kuala Lumpur pada 22 Julai nanti.

akan ditutupi. Gerhana akan tamat pada jam 9.48 pagi. Walaupun ia tidak sehebat seperti bulan Januari lepas, fenomena ini tetap boleh dicerap dan tidak patut dilepaskan begitu sahaja.

Foto menunjukkan solat gerhana yang dilakukan ketika fenomena Gerhana Matahari Cincin yang berlaku di Anyer, Indonesia pada bulan Januari lepas.


n n

P

Bila lagi akan berlaku gerhana di Malaysia?

ada tahun 2009, kita di Malaysia telah dapat menyaksikan dua kali Gerhana Matahari Separa, iaitu pada bulan Januari yang lepas dan pada pertengahan bulan ini (Julai). Kali terakhir rakyat Malaysia ber peluang menyaksikan Gerhana Matahari Penuh ialah pada tahun 1995 di Sabah. Manakala pada tahun 1998, Gerhana Matahari Cincin telah dapat dilihat merentasi Semenanjung Malaysia. Gerhana matahari seterusnya akan berlaku pada 26 Disember 2019, dan ia merupakan Gerhana Matahari Cincin. Ia akan merentasi sebahagian kecil sahaja daripada selatan Semenanjung Malaysia serta kawasan sempadan selatan Sarawak. Seterusnya ialah pada 21 Mei 2031. Ini juga ialah Gerhana Matahari Cincin dan kali ini ia akan merentasi sebahagian besar utara Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Pada tahun 2042, Malaysia agak bertuah kerana dapat menyaksikan dua kali gerhana. Yang pertama berlaku pada 20 April 2042, dan ini ialah Gerhana Matahari Penuh! Ia akan merentasi Sabah dan Sarawak. Yang kedua berlaku pada 14 Oktober 2042, dan ini ialah Gerhana Matahari Cincin. Ini dapat dilihat dari utara Semenanjung sehinggalah ia

Foto ketika Gerhana Matahari Penuh yang diambil oleh penjejak gerhana tersohor di dunia, Fred Espanak, ketika mencerapnya di Libya pada tahun 2006.

merentasi Sarawak. Oleh itu, adik-adik boleh lihat fenomena gerhana ini yang amat jarang berlaku di Malaysia. Ini disebabkan faktor geografi, iaitu keluasan negara Malaysia amat kecil berbanding negara-negara lain di dunia. Maka, kebarangkalian untuk gerhana lalu di kawasan negara kita amat kecil.

Apa yang boleh dilihat ketika gerhana penuh? Gerhana Matahari Penuh merupakan suatu keajaiban dunia yang begitu menakjubkan. Suasana ketika matahari yang terang-benderang, dan dalam sekelip mata menjadi gelap, hanya dapat dirasai keajaibannya jika kita berada di lokasi gerhana tersebut. Selain itu, mungkin adik-adik ada tertanya-tanya, apakah lagi suasana menarik yang dapat dilihat ketika fenomena tersebut berlaku? Antara yang boleh dilihat ialah: 1. Atmosfera matahari bernama Corona, akan kelihatan seperti satu cahaya putih mengelilingi bulatan hitam matahari/bulan. Corona hanya dapat dilihat ketika Gerhana Matahari Penuh sahaja.

Foto julangan api di matahari yang dapat dilihat daripada belakang bulan. Saiz julangan api itu sungguh besar se hingga boleh menelan bumi kita!

2. Julangan api yang berwarna kemerah-merahan, yang dipanggil prominence dapat dilihat dengan jelas menerusi teleskop. Julangan api ini sebenarnya terletak pada matahari dan bersaiz puluhan kali ganda lebih besar daripada bumi! 3. Ufuk langit berwarna kemerahmerahan, seperti waktu senja, padahal gerhana itu mungkin berlaku pada waktu pagi atau tengah hari. 4. Langit berwarna biru pekat, seperti setengah jam selepas matahari terbenam pada waktu Maghrib. 5. Planet Zuhrah mudah kelihatan seperti sebiji bintang yang cerah. Jika kita bernasib baik, beberapa buah bintang yang cerah turut dapat dilihat dengan mata kasar. 6. Suhu akan turun secara mendadak semasa suasana gelap. Angin akan mula bertiup agak kuat berbanding sebelum gerhana. 7. Burung-burung akan kelihatan terbang balik ke sarang. Bunyi kicauan burung amat jelas dan bertambah apabila menjelangnya Gerhana Penuh.

Foto menunjukkan beberapa saat sebelum matahari keseluruhannya ditutupi bulan. Fenomena ini dikenali sebagai Kesan Cincin Berlian.

BIL. 144 • JULAI 2009

13


mahmudah vs mazmumah TEMPAT AKU TIDUR MESTI AKU YANG KEMAS SENDIRI.

OLEH: SHAMSIAH

BAGUS, ANAK IBU. LEPAS BELAJAR KEMAS SEMUA BARANGBARANG.

SAYA MINTA MAAF, LAIN KALI SAYA TIDAK AKAN BUAT LAGI.

16

BIL. 144 • JULAI 2009

WARNA:BAKAFRO

AH! AKU SUDAH LAMBAT NI. NANTI IBU MESTI KEMASKAN.

AAHH! AKU MENGANTUK SANGAT NI. ESOK PAGI SAJA AKU KEMAS.

SELAGI DIA TIDAK MINTA MAAF DENGAN AKU, AKU TIDAK AKAN BERKAWAN DENGAN DIA.


Karnival Rakan Asuh

Eratkan Ukhuwah Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan (SIMDE) yang terletak di Subang Jaya, Selangor telah mengadakan Karnival Rakan Asuh pada penghujung Mei lalu. Ini adalah kali pertama SIMDE berkerjasama dengan majalah Asuh. Karnival sehari ini merupakan program tahunan sekolah yang bertujuan untuk YB Dr. Ahmad Yunos mengerat dan mengukuhkan Haji Hairi. silaturahim di antara pihak se ko l a h , g u r u-g u r u , i b u bapa serta masyarakat setempat. Pada masa yang sa ma, u ntu k mengu m pu l dana pembangunan sekolah khususnya dalam menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang lebih baik serta selesa untuk proses pengajaran dan Dr. Tengku Shahrom pembelajaran para pelajar dan Tengku Shahdan, guru-guru. Pengerusi Yayasan Denga n terl a k sa n a nya Sekolah Agama Masjid Darul Ehsan. karnival ini, secara tidak langsung telah membuktikan bahawa semangat bersatu padu dan kerjasama yang erat telah ditonjolkan oleh semua warga SIMDE. “Sesungguhnya semangat perpaduan penting dalam melahirkan insan yang bukan sahaja cemerlang dari aspek akademik malah cemerlang dari aspek kerohanian dan sahsiah diri,” kata Cik Nor Saadah bt. Yusof, Pengarah Program Karnival Rakan Asuh-SIMDE 2009. Pelbagai program dan aktiviti telah diadakan sepanjang berlangsungnya karnival ini seperti pertandingan mewarna bersama majalah Asuh, pertandingan nasyid, hafazan, tilawah al-Quran, pa mera n da n Antara aktiviti di gerai demonstrasi Rakan Asuh. daripada Polis, Bomba dan Agensi Dadah Kebangsaan. Sel a i n itu , para pengunjung 48

BIL. 144 • JULAI 2009

YB Dr. Ahmad Yunos Haji Hairi melawat gerai jualan GISB.

Perbarisan hormat daripada pasukan badan berunifom SIMDE.

Gerai jualan.

Kumpulan Insyirah, Johan Pertandingan Nasyid. Tuan Hj. Abu Hassan Morad, Pengarah Urusan GISB.

Peserta pertandingan mewarna.

juga berpeluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma dan mengunjungi pelbagai gerai jualan. Pada sebelah malamnya, pengunjung telah dihiburkan dengan alunan nasyid oleh Kumpulan Far East dan ceramah motivasi keluarga oleh Ustaz Wan Akashah Wan Abdul

Editor Asuh menurunkan tandatangan untuk para peminat majalah Asuh.

Hamid dan Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Ahmad Yunos Haji Hairi, Pembantu Exco Belia dan Pembantu Exco Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan, Exco Kerajaan Negeri Selangor.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.