Asuh Ogos II

Page 1

145

Eh! mana logo halal dia?

OGOS ’09

jajan vs halal haram ta

Bil. 8 Tahun 13 • ISSN 1394 9470 • PP9892/04/2010 (023812) • MICA 140/06/2009 • Ogos 2009 • Syaaban / Ramadan 1430H • Harga: Semenanjung Malaysia: RM3.00 Sabah/Sarawak: RM3.80 Singapura: $2.50 Brunei B$2.50

RABBANI – duH

RAKAN ASU

Bulan depan birthday adik, kak long bagi la hadiah besar tau!!

Doa Pelajar

Cemerlang Cuci Pakaian Terkena Najis TOLONG

Sudut Kraf

DENGAN IKHLAS

KENALI MATAHARI Majalah ini mengandungi nama ALLAH dan petikan kalimah suci al-Quran. Tolong letak di tempat yang mulia.

www.galeriilmu.com.my


Doa Penerang Hati

Ya Allah, bukakanlah atas kami hikmah (kebijaksanaan) Engkau dan bentangkanlah atas kami gedung rahmat Engkau. Wahai Tuhan yang Maha Pengasih daripada segala yang pengasih.

Doa Agar Ditambah Kefahaman

Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungi aku daripada kejahatan nafsuku.

Doa Mohon Ditambah Pengetahuan dan Kesihatan

Ya Allah, Kayakanlah aku dengan ilmu pengetahuan, hiasilah aku dengan sifat lemah lembut (tidak cepat marah), dan muliakanlah aku dengan takwa, dan indahkan aku dengan kesihatan (tubuh badan).

Doa Apabila Lupa Maha Suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa. Ya Allah, peringatkanlah aku apa yang aku lupa.

'

Selamat menempuh musim peperiksaan. Iringkan doa dan tawakal dalam usaha anda. Moga kejayaan milik bersama.

'


mahmudah vs mazmumah Siti, apakah peristiwa penting yang berlaku pada 31 Ogos?

OLEH: SHAMSIAH

WARNA:BAKAFRO

Hari kemerdekaan negara kita, cikgu.

Hah, Nazri tidur, ya! Apakah peristiwa penting yang berlaku pada 31 Ogos?

Entah! Tak tahu!

Bagus.

Jom, kita tengok bunga api malam ini.

Maaf. Masjid ada buat bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena hari kemerdekaan malam ini. Jom, kita pergi bersama-sama.

Sekarang saya pula...

Kau tengok budak sebelah tu‌tidak ada kelas langsung. Sambut merdeka di masjid. Patutnya masa ini kita lepak tengok bunga api.

Saya hendak main sama, boleh?

Saya tidak suka main dengan orang asing! Pergi sana!

16

BIL. 145 • OGOS 2009


S

edar tak sedar, sudah seminggu aku dan Anis tinggal di rumah nenek. Semalam, ibu menelefon dari Kuala Lumpur bertanyakan khabar kami. Ibu juga bertanya sama ada aku dan Anis mahu pulang lebih awal ke Kuala Lumpur atau terus tinggal dengan nenek sehingga musim persekolahan dibuka semula. Aku cepat mengatakan mahu tinggal di rumah nenek lagi. Sesungguhnya, hatiku mula jatuh cinta dengan persekitaran kampung terutamanya nenek yang baik hati dan pandai bercerita.

“Abang Amir suka tak kalau tinggal di kampung?” tanya Anis. Aku tersenyum dan mengangguk-angguk. “Kalau boleh Abang Amir nak pindah sekolah di kampung ni,” balasku. “Betulkah? Macam tu Anis pun nak EPISOD 6 pindah sekolah juga,” tambah Oleh: Kak Ummu Anis. Nenek datang menghampiri kami. “Tahukah Anis dan Amir, Rasulullah SAW sudah berjalan jauh sejak kanak-kanak? Sebab itu kita dianjurkan untuk mengembara dan berziarah, supaya fikiran kita cepat matang,” ujar nenek kemudian meneruskan kisahnya.

Perjalanan

Nabi SAW ke Syam Kematian Aminah, bonda Rasulullah SAW menambahkan kasih Abdul Mutalib terhadap cucunya yang kini bergelar si yatim piatu. Sebagai seorang datuk, Abdul Mutalib amat memahami jiwa kanak-kanak yang dahagakan kasih sayang dan perhatian. Justeru, dia sanggup menjadi ibu dan ayah kepada cucu kesayangannya, Muhammad bin Abdullah. Ke mana sahaja Abdul Mutalib berada, pasti Muhammad bersamanya hatta ketika di dalam majlis penting sekalipun. 14

BIL. 145 • OGOS 2009

Muhammad sentiasa di sisi Abdul Mutalib memerhatikan cara datuknya itu menguruskan jemaah yang datang ke Makkah. Abdul Mutalib juga menjadi orang yang dihormati oleh seluruh masyarakat Arab Quraisy. Namun, Allah SWT menjalurkan kehidupan suram buat kekasihNya. Pada usia lapan tahun, Abdul Mutalib pula dijemput Ilahi. Tinggal Muhammad SAW bersama bapa saudaranya, Abu Talib. Muhammad berasa sedih namun ditabahkan hatinya untuk

tidak menunjukkan kepada orang lain. Kala ingatan menerpa kepada arwah ibu dan datuknya, seolah ada bisikan ketenangan dalam jiwanya untuk bersabar dan menghadapi hari kanak-kanaknya dengan normal. A b u T a l i b m e m p u n ya i anak yang ramai. Beliau juga bukan seorang yang berharta tetapi mempunyai kedudukan dalam masyarakat Quraisy. Secara tradisinya, Abu Talib bekerja sebagai pedagang yang membawa barang-barang niaga ke Negara Syam. Ketika usia Muhammad SAW menginjak 12 tahun, Abu Talib mengajak anak saudaranya itu pergi berdagang bersamanya. Muhammad se orang remaja yang rajin, dia tidak menyusahkan orang lain. Sepanjang tinggal di rumah Abu


Talib, Muhammad berdikari dan mencari rezeki untuk mereka sekeluarga. Dia mengembala kambing dan turut terlibat dalam kerja-kerja kemasyarakatan di sekitar Makkah. Secara jujur, Abu Talib sangat menyayangi Muhammad lebih daripada dia mengasihi anak-anaknya sendiri. Sepanjang perjalanan ke Syam, Muhammad SAW memerhatikan pemandangan padang pasir yang indah. Minda kanakkanaknya berfikir bahawa alam sebegini cantik tentu mempunyai Penciptanya. Sejak kecil lagi dirinya tidak dapat menerima bahawa patung-patung yang disembah oleh masyarakatnya itulah Tuhan. Dia menafikan se keras-kerasnya malahan turut membenci perbuatan menyembah Latta dan Uzza, dua berhala yang amat dihormati bangsa Arab ketika itu. Namun, dirinya belum ada kekuatan untuk menentang hanya mampu membenci di dalam hati. Awan gemawan sentiasa mengarak si putera kecil. Ke mana pun unta yang ditunggangi Muhammad SAW berjalan, awan biru menjadi payung yang meneduhkan. Jika Muhammad mahu turun dari unta, binatang itu sendiri tunduk ke bumi memperhambakan diri. Semua itu dapat dikesan oleh sang rahib ketika rombongan dagangan Abu Talib berhenti di kawasan bernama Bosra. Akhirnya, penantian sang rahib bernama Buhaira itu terjawab. Inilah Nabi akhir zaman yang disebutkan dalam kitab Zabur, Injil dan Taurat. Buhaira lantas mempelawa rombongan

Abu Talib untuk berehat di kawasannya. Alangkah pelik Abu Talib, kerana selama dia berulangalik dari Makkah ke Syam, itu kali pertama dia menerima layanan dari seorang pendeta. “Apakah anak itu yatim piatu dan mempunyai tanda di badannya?” tanya Buhaira ke pada Abu Talib. Lelaki itu terkejut kerana dia memberitahu kebanyakan orang bahawa Muhammad adalah anaknya sendiri. Bagaimanakah Buhaira mengetahuinya? Satu-satu tanda kenabian Muhammad SAW disebut Buhaira membuatkan Abu Talib tidak mampu me nafi kannya. “Bawalah anak saudaramu itu pulang ke Makkah. Jangan teruskan perjalanan ke

Syam. Di sana, orang-orang Yahudi sedang menunggunya untuk membunuh. Mereka tidak dapat menerima bahawa Tuhan akan mendatangkan seorang Nabi akhir zaman dari bangsa Arab. Dia ialah Muhammad bin Abdullah, anak saudaramu!” katakata Buhaira membuatkan Abu Talib terkejut. D e m i c i n t a n ya k e p a d a Muhammad, Abu Talib menurut nasihat Buhaira. Di renung wajah Muhammad yang sentiasa tenang. Dia berjanji akan melindungi anak saudaranya itu dari sebarang bahaya walaupun nyawanya ter paksa digadaikan. Cintanya kepada Muhammad mengatasi yang lain.

Inilah Nabi akhir zaman yang disebutkan dalam kitab Zabur, Injil dan Taurat. Nenek tersenyum pada kami. “Subhanallah, berkat Abu Talib mencintai Nabi Muhammad SAW, beliau diberi azab neraka yang paling ringan,” kata nenek. “Kenapa Abu Talib masuk neraka, nek?” tanya Anis pula. “Ini kerana Abu Talib tak memeluk agama Islam. Walaupun dia mengakui Rasulullah SAW adalah utusan Allah tapi kerana malu pada masyarakatnya, dia tidak menuturkan kalimah syahadah dan mati sebagai orang kafir,” ujar nenek. “Sayangnya Abu Talib..” kataku dan Anis. “Kalau nak duduk dalam syurga dengan Rasulullah SAW kenalah mencintai baginda dan beriman dengan baginda,” tambah nenek lagi. “Macam mana nak tunjukkan rasa cinta pada Rasulullah SAW, nek?” “Perbanyakkanlah selawat kepada Rasulullah SAW,” nenek mengulangi pesanannya. BIL. 145 • OGOS 2009

15


Doa Pelajar Cemerlang

BIJ AK BELAJAR

Adik-adik, sebelum keluar rumah, minta keizinan dan doa restu daripada ibu bapa terlebih dahulu. Bagi adikadik yang tinggal berjauhan daripada ibu bapa pula, boleh memaklumkan tentang peperiksaan yang akan diduduki kepada mereka melalui telefon. Mohon keampunan daripada mereka dan minta mereka doakan kejayaan anda. Doa seorang ibu kepada anaknya, mudah dimakbulkan oleh Allah SWT. Nota: Doa Ibu Bapa Amat Makbul Doa ibu bapa untuk anak-anaknya diperkenankan oleh Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Doa ibu bapa untuk anak-anaknya menembusi hijab.” (Riwayat Ibnu Majah). Oleh itu, mohon kepada ibu bapa anda agar mereka mendoakan kejayaan untuk anda. Sebagai pelajar Islam, selain usaha, doa merupakan senjata yang perlu digunakan dalam mencapai cita-cita. Berikut diberikan beberapa doa yang boleh diamalkan mengikut kesesuaian masa dan keadaan:

1. Ketika adik-adik hendak keluar dari rumah, adik-adik boleh lakukan perkara seperti berikut: a. Membaca ayat al-Kursi dengan niat semoga mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. b. Melangkah keluar dengan kaki kanan dan baca Basmalah.

2. Doa Penerang Hati

Adik-adik boleh membaca doa ini ketika berada dalam dewan peperiksaan dan lebih afdal atau sebaik-baiknya mengadap kiblat. Doa ini hendaklah dibaca sebelum menjawab soalan-soalan peperiksaan.

3. 3 Doa menambah ilmu dan mendapat ilham

Ertinya: “Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku petunjuk dan kecerdikan, lindungilah aku daripada bahaya kejahatan diriku, Tuhanku, tambahkanlah ilmu untukku dan anugerahkanlah kepadaku kefahaman.”

4. 4 Menuju ke dewan peperiksaan Sewaktu menuju ke dewan peperiksaan, adik-adik boleh membaca doa ini: Ertinya: “Ya Allah, bukakanlah kepada kami hikmah Engkau dan tunjukkan khazanah-khazanah dan rahmatkan kami wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”

36

BIL. 145 • OGOS 2009


Ertinya: “Ya Allah, jadikanlah dalam hatiku cahaya dan pada lidahku cemerlang, dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya, jadikanlah pada penglihatanku cahaya, jadikanlah di pihak belakangku cahaya, dan pihak hadapanku cahaya, dan jadikanlah di pihak atasku cahaya, dan di pihak bawahku cahaya. Ya Allah, kurniakanlah kepadaku cahaya.” (Riwayat Muslim)

5 5. Semasa hendak memulakan peperiksaan Adik-adik boleh membaca: a. Surah al-Fatihah dengan memohon pada Allah agar dibukakan segala ingatan dan fikiran.

apa yang Engkau jadikannya mudah, sedang Engkau memang boleh menjadikan yang sukar itu mudah bila Engkau kehendaki.” (Riwayat Ibn Hibban) Ulang bacaan berikut:

Ertinya: “Sesungguhnya beserta kesukaran itu terdapat kemudahan.”

8. Setelah selesai menjawab soalan 8 peperiksaan, baca pula doa berikut:

b. Ayat al-Kursi dengan niat meminta pada Allah agar Dia menghilangkan segala kegusaran dan kegementaran hati agar memperoleh kejayaan cemerlang. c.

Kemudian baca doa berikut:

Ertinya: “Segala puji bagi Allah pada setiap keadaan.” (Riwayat al-Hakim)

9. Apabila memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang, adik-adik jangan lupa untuk membaca doa berikut: Ertinya: “Segala puji bagi Allah dengan sebenar-benar pujian. Manakala selawat dan salam (diucapkan) kepada utusan-Nya Nabi Muhammad dan keluarganya.” Mula menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan Basmalah.

6. Doa ketika terlupa nota yang dibaca:

Ertinya: “Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam sebagai pujian di mana Dia menyempurnakan nikmatNya dan membalas (memberi) tambahannya (apabila nikmat itu disyukuri). Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya menjadi sempurna segala kebaikan.” (Riwayat Ibnu Majah & Ibn al-Sunni)

110. Bagi adik-adik yang gagal memperoleh Ertinya: “Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kefahaman para Nabi dan pemeliharaan para Rasul dan ilham para malaikat yang hampir (dengan-Mu). Wahai Tuhan Yang Maha Pembuka dan Maha Tahu, bukalah hatiku seperti orang-orang yang arif.”

7. Ketika berasa susah menjawab soalan peperiksaan, adik-adik boleh baca:

Ertinya: “Ya Allah, tiadalah kemudahan itu melainkan

keputusan peperiksaan yang cemerlang boleh membaca doa berikut:

Ertinya: “Ya Allah, berilah pahala kepada hamba berhubung dengan bala (kegagalan) yang mengenai aku ini, dan susulilah ia dengan yang lebih baik bagi aku!” (Riwayat Imam Malik) Semoga dengan usaha tekun dan segala doa yang dipohon kepada Allah SWT akan dimakbulkan oleh-Nya. Moga semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan berjaya dengan cemerlang. Selamat maju jaya! 37 BIL. 145 • OGOS 2009


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.