Preview Asuh December 2009

Page 1

jom JADI BAIK

149

Bil. 12 Tahun 13 • ISSN 1394 9470 • PP9892/04/2010 (023812) • MICA 140/06/2009 • Disember 2009 • Zulhijjah - Muharram 1430/1431H • Harga: Semenanjung Malaysia: RM3.00 Sabah/Sarawak: RM3.80 Singapura: $2.50 Brunei B$2.50

ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA

PENERBITAN MAJALAH BERKALA TERBAIK 2009

Wina Distributors Reg. No. 53122820K 505 West Coast Drive #01-210 Singapore 120505

Majalah ini mengandungi nama ALLAH dan petikan kalimah suci al-Quran. Tolong letak di tempat yang mulia.

MARTABATKAN

mari ucapkan

salam

TULISAN JAWI

ta

RABBANI – duH

RAKAN ASU

pengemis

tua

www.galeriilmu.com.my


Doa & Zikir

Doa Awal Pagi

“Ya Allah, kerana Engkaulah kami melalui waktu pagi dan petang, dan kerana Engkau juga kami hidup dan mati, dan kepada-Mu jualah kami kembali.”

Doa Mohon Keselamatan Dunia dan Akhirat

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu akan keampunan dan kesihatan pada agama, dunia dan akhirat.”


BIL. 12 TAHUN 13 • DISEMBER 2009 ZULHIJJAH 1430H – MUHARAM 1431H

MAJALAH ASUH Pengarah Urusan Haji Abu Hassan Morad Pentadbiran & Kewangan Abd Halim Che Pa Kreatif Haji Badrul Hisham Shaari Pemasaran Mohd Yusri Mohd Yusof Operasi & Komunikasi Korporat Aliyah Sijari, A.M.N REDAKSI Editor Marzhatul Syima Md Saad Sidang Editor Norhashimah Abd Rahman, Rosmawati Saidin, Shamsiah Puad Penulis Tamu Dr. Nik Yusri Musa, Zuraimi Ismail, Shahrin Ahmad STUDIO / ARTIS Rekabentuk & Grafik Hj Badrul Hisham Shaari Aturhuruf & Rekaletak Mohd Hanafiah Taib, Fauzi Abd Hamid, Che Su Husin Ilustrasi / Warna Badrul, Mokhtar Lufti, Amran, Bakafro, Alif Jurufoto: Anis Suhaili Rosenan PROMOSI & IKLAN Nur Suriati Mohd Soffee, Ismail Kassim LANGGANAN Elyas Yusuf PENGEDARAN Mohd Nor Rafuzi, Zulkarnain Suhaimi, Hafizi Yusof, Muhd Asshaari Ramli, Rosli Abd Razak Diterbitkan oleh: GALERI ILMU SDN. BHD. (417643-K)

AS UH 13 TAHUN DI PA SA RA N sihat Assalamualaikum dan apa khabar adik-adik? Moga semuanya dari sayang kasih serta t rahma sejahtera dan sentiasa berada dalam Allah SWT. Masa begitu pantas berlalu. Kini, kita berada di penghujung tahun diberkati 2009. Semoga perjalanan kehidupan yang kita lalui selama ini dan bermanfaat untuk kita di dunia dan juga akhirat. dan Mmm... bagaimana dengan azam adik-adik? Adakah ia tercapai dalam 5A pat dapat dilaksanakan dengan sempurna? Pasti yang menda san yang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) gembira melihat keputu Asuh. kerja warga a daripad syabas telah diumumkan. Tahniah dan Manakala, bagi yang kurang cemerlang, jangan berputus asa dan teruskan usaha adik-adik. ik Memandangkan cuti persekolahan masih berbaki, diharap adik-ad in. mungk sebaik ada yang g dapat memanfaatkan masa terluan kan Pada kesempatan ini, selaku Editor majalah Asuh, saya panjat an sokong sepenuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan semua pembaca, majalah Asuh telah diiktiraf sebagai Penerbitan Majalah Berkala Terbaik pada Anugerah Media Islam Negara (AMIN) Ketiga yang telah berlangsung pada awal Oktober lalu di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya. Justeru, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pada pembaca yang terus menyokong kami dari mula ia diterbitkan Asuh h majala tahun 13 tahun 1997 hingga kini. Ini bermakna sudah ik berada di pasaran dan cuba memberi input terbaik kepada adik-ad agar sama-sama cemerlang dunia dan akhirat. Sesuai dengan moto majalah Asuh iaitu JOM JADI BAIK, kami berdoa agar terus diberikan ilham dan juga kekuatan menempuh untuk cabaran dalam menyediakan informasi yang berguna dan sesuai adik-adik semua. Selamat menyambut awal Muharam 1431H.

Urusan surat menyurat & langganan: GALERI ILMU SDN. BHD. 44, Jln. Pekaka 8/3, Seksyen 8, Kota D‘sara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Tel: 03-614 21 614 / Faks: 03-614 21 612 Web: www.galeriilmu.com.my Dicetak oleh: ULTIMATE PRINT SDN. BHD. (19965-V) Lot 2, Jln. Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. © Hakcipta terpelihara. Segala tulisan, ilustrasi dan foto dalam majalah ini adalah hak milik penerbit dan tidak dibenarkan disiarkan kembali sama ada dalam bentuk cetak atau elektronik tanpa kebenaran bertulis daripada GALERI ILMU SDN. BHD. AUTHORISED PERSON IN SINGAPORE: Wina Distributors Reg. No. 53122820K, 505 West Coast Drive, #01-210 Singapore 120505. Tel: 02-6778 4347, 02-9180 7794, 02-67784307 Email: enquiry_wina@hotmail.com.

Editor...

KANDUNGAN Pekerti Mulia Tiru Nabi Komik Syaitan Ilmuan Islam Kenal Allah Faham Fikah Alam Semesta Mahmudah vs Mazmumah

2 4 6 11 12 13 14 16

Peraduan Sudoku Tanya Ustaz Tajam Minda Amir & Amirah Lukis & Warna Dialog Asah Bakat Komen @ Cadangan

17 18 20 23 24 25 26 30

Buku Kita Sana Sini Nenek Bercerita Lughatul Arabiah Cerita Haiwan Cerpen Kelab Rakan Asuh Sudut Kraf

32 33 36 38 40 42 44 48


Godaan Syaitan

PADA SUATU MASA DAHULU, DI SEBUAH KAMPUNG TERDAPAT SEBATANG POKOK BESAR YANG DIJADIKAN SEMBAHAN PENDUDUK.

Oleh: Pak Cik Bad

Dalam episod: KERANA

MARAH!

HARI DEMI HARI, SEMAKIN RAMAI YANG DATANG MENYEMBAH DAN MENGADU HAJAT PADA POKOK ITU.

PERBUATAN ITU SANGAT TIDAK DISUKAI OLEH SEORANG PEMUDA YANG BERIMAN. Ini sudah mensyirikkan Allah.

Mengapa pokok pun nak disembahnya?

DIA BERNIAT MENEBANG POKOK ITU LANTARAN MARAH KERANA ALLAH.

SEAWAL PAGI SELEPAS MENGASAH KAPAKNYA SEHINGGA TAJAM...

Huh, bodoh betul manusia yang menyembah pokok ini. Tak boleh jadi, pokok itu mesti ditebang. Kalau tidak semakin ramai yang syirik kepada Allah.

6

BIL. 149 • DISEMBER 2009


DI PERTENGAHAN JALAN, DIA DITAHAN OLEH SEORANG TUA.

Jangan halang aku. Aku hendak tebang pokok itu kerana ramai yang menyembahnya!

Engkau tidak menyembahnya. Kenapa kau hendak menebangnya?

Opps! Kau tak boleh tebang pokok itu.

AKHIRNYA MEREKA BERGADUH DAN BERTUMBUK.

I! O D

AKHIRNYA PEMUDA ITU BERJAYA MENEWASKAN ORANG TUA ITU.

!

A DBUK DB EK! O U CH !

Aku tidak peduli.

Okey Okey, aku mengaku kalah. Tapi begini saja wahai orang muda. Aku ada pilihan yang lebih baik.

Engkau jangan tebang pokok itu. Aku akan berikan engkau dua keping wang emas setiap hari.

Wang emas? Hmmm...

Pilihan apa pula?

Aku jamin, setiap pagi apabila kau bangun, wang emas itu akan berada di bawah bantalmu. Percayalah!

BIL. 149 • DISEMBER 2009

7


S

ebagai seorang Muslim, sudah seharusnya kita selalu memberi salam antara satu sama lain. Kita harus menjadikan salam satu kelaziman setiap kali berjumpa. Namun, jangan mudah terikut-ikut dengan budaya kini yang memberi salam dengan menggunakan kata-kata yang kadangkala kita tidak pasti maknanya. Sebenarnya, terdapat banyak ayat dalam alQuran dan juga hadis yang menyarankan agar kita sentiasa memberi salam sesama Muslim.

Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu meminta izin serta memberi salam kepada penghuninya. Demikian itu adalah lebih baik bagi kamu agar kamu beringat.” (an-Nur: 27) Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisi Allah ialah sesiapa yang memulakan salam.” (Riwayat Abu Daud)

Mari Ucapkan

SALAM

Sebenarnya dalam memberi salam ini, ada beberapa perkara yang perlu diketahui. Antaranya ialah:

1. Sentiasa memberi salam kepada orang yang kita kenal mahupun yang tidak kita kenal. Dari Abdullah bin Amar bin Ash r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah Islam yang paling baik?” Baginda menjawab, “Engkau memberi makan dan memberi (mengucapkan) salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang belum kamu kenal.” 2. Memberi salam mengeratkan persaudaraan sesama Muslim dan menambah rasa cinta sesama orang yang beriman. Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata, “Rasulullah SAW bersabda: Kalian tidak akan masuk syurga sehingga kalian beriman, dan kalian tidak beriman sehingga kalian saling mencintai, mahukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang apabila kalian amalkan akan saling mencintai? Sebarkanlah (ucapkanlah) salam di antara kalian.” (Riwayat Muslim) 4

BIL. 149 • DISEMBER 2009

3. Sesiapa yang mengamalkan salam dijanjikan masuk syurga. Dari Abdullah bin Salam r.a. beliau berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Hai manusia sebarkanlah (ucapkanlah) salam, berikanlah makanan, hubungkanlah tali kekeluargaan (silaturahim), solatlah sedang orangorang (lagi lelap) tertidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Majah)

Adab Memberi Salam Dalam hadis Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda: 1. Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.

2. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk.


3. Orang yang sedikit hendaklah memberi salam kepada orang yang ramai. Rasulullah SAW bersabda: “Cukuplah bagi sekumpulan manusia apabila mereka melintasi orang lain dengan salah seorang daripada mereka memberi salam. Dan cukuplah bagi kumpulan yang duduk dengan salah seorang daripada mereka menjawab salam.” (Riwayat Abi Dawud)

4. Disunatkan memberi salam dengan diulangi lebih dari satu kali jika orangnya banyak, supaya semua dapat mendengarnya. Rasulullah SAW jika datang kepada suatu kaum, beliau mengucapkan salamnya tiga kali. (Riwayat Bukhari)

5. Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke suatu majlis dan ketika akan meninggalkannya. “Apabila salah seorang kamu sampai di suatu majlis hendaklah memberikan salam. Dan apabila hendak keluar, hendaklah memberikan salam, dan tidaklah yang pertama lebih berhak daripada yang kedua.” (Riwayat Abu Daud) 6. Makruh mengucapkan ‘alaikas salam, kerana ucapan itu untuk orang yang telah meninggal. Ucapan salam yang disyariatkan ialah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

7. Apabila dua orang sahabat berjumpa, cukuplah dengan bersalaman dan mengucapkan salam tanpa berpelukan, kecuali bagi orang yang baru pulang dari perantauan. “Adalah para sahabat Rasulullah SAW apabila bertemu satu sama lain, mereka memberi salam dan berjabat tangan. Dan apabila pulang dari perantauan, mereka saling berpelukan.” (Riwayat Anas bin Malik)

Larangan Memberi Salam 1. Dilarang memberi salam dengan isyarat kecuali ada keuzuran seperti sedang solat atau bisu atau kerana orang yang akan diberi salam itu jauh jaraknya. Jabir bin Abdillah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kalian memberi salam seperti orang-orang Yahudi dan Nasrani, kerana sesungguhnya pemberian salam mereka memakai isyarat dengan tangan.” (Riwayat al-Baihaqi)

2. Makruh memberi salam kepada orang yang sedang buang air atau mandi. Ibnu Umar r.a. menyebutkan: “Bahawa ada seseorang yang lewat sedangkan Rasulullah SAW sedang buang air kecil, dan orang itu memberi salam. Maka Nabi tidak menjawabnya.” (Riwayat Muslim) 3. Dilarang memberi salam kepada orang yang sedang mengajar dalam majlis ilmu, orang yang sedang membaca al-Quran kerana dibimbangi terganggu apa yang sedang dibaca atau diperkatakan (hilang idea). 4. Dilarang memberi salam kepada orang yang sedang makan kerana takut tercekik.

Justeru, mari sama-sama kita didik diri untuk sentiasa memberi salam dalam kehidupan seharian. Allah berfirman: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama).” (al-Nisa’: 86) BIL. 149 • DISEMBER 2009

5


Martabatkan Tulisan Jawi Pada awal November lalu telah berlangsung Karnival Gemilang Jawi Sekolah-sekolah Rendah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertempat di Sekolah Kebangsaan Tiara Permai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Karnival ini melibatkan 198 buah sekolah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dan Se kolah Jenis Ke bangsaan Tamil (SJKT). Seramai 500 orang murid telah terlibat dalam pertandingan ini. Menurut Encik Azman bin Yusof, Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (SPIJPWPKL), objektif karnival ini diadakan agar para pelajar dapat menguasai kemahiran menulis jawi dan membaca tulisan jawi. “Kita ingin memartabat kembali tulisan dan bahasa Jawi di peringkat global agar tulisan ini terus mekar dalam setiap sanubari masyarakat dan tidak terpinggir seterusnya musnah begitu sahaja,� kata Encik Azman mengulas lanjut mengenai karnival yang dianjurkan oleh Sektor

Peserta pertandingan menulis khat. 34

BIL. 149 • DISEMBER 2009

Sana-Sini

Permainan Senawi. En. Azman bin Yusof

Peserta pertandingan diuji membaca jawi.

Pendidikan Islam JPWPKL. Antara pengisian pertandingan dalam Karnival Gemilang Jawi ini ialah membaca Jawi, menulis Jawi, menulis khat dan juga mengeja Jawi. Di samping itu juga, terdapat beberapa aktiviti sampingan yang turut diadakan bagi memeriahkan lagi karnival ini iaitu boling, teng-teng, Roda Impian, Senawi dan pancing. Namun, menariknya pada setiap permainan ini ialah terdapat huruf-huruf Jawi yang perlu para pelajar kenal untuk bermain. Acara penyampaian hadiah dan penutup Karnival Gemilang Jawi ini telah dirasmikan oleh Puan Norhayati bt. Lebai Isa, Ketua Sektor Operasi Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Permainan teng-teng.


Apa Kata Mereka?

Pn. Norhayati menyampaikan cenderamata kepada Guru Besar SK Tiara Permai sebagai tuan rumah Karnival Gemilang Jawi W. Persekutuan K. Lumpur.

“Karnival Gemilang Jawi ini adalah satu usaha Jabatan Pelajaran yang sangat bagus diadakan dan perlu diteruskan pada setiap tahun. Usaha murni ini mampu untuk membantu menanam minat serta memahirkan para pelajar dalam menguasai tulisan dan bahasa Jawi.” Ustazah Suhaila Daud, Guru Pendidikan Islam SK Danau Perdana, Jln. Klang, K. Lumpur.

“Pada awalnya saya agak takut dan berdebar untuk memasuki pertandingan ini. Namun, setelah melalui beberapa pertandingan di sekolah sehingga saya terpilih mewakili sekolah ke pertandingan ini, saya berasa amat gembira. Malah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan usaha, galakan dan juga berkat doa ibu bapa, ustazah dan semua guru SK Taman Midah, saya telah berjaya dalam pertandingan Karnival Gemilang Jawi ini.” Nurin Safiah Mohd Hairi, Pelajar Tahun 6, SK Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur. -Johan Mengeja Jawi, Tempat Ketiga Menulis Jawi-

SEJARAH TULISAN JAWI

Johan menulis khat dimenangi oleh SK Taman Melati.

Nurin Safiah dan rakan-rakan serta Ustazah Zawiyah, Guru Pendidikan Islam SK Taman Midah bergambar bersama piala pusingan yang dimenangi.

Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini, tulisan ini digunakan

dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu. Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Misalnya, digunakan dalam perjanjianperjanjian penting antara pihakpihak di Raja Melayu dengan pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pengisytiharan Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi. Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_ Jawi

BIL. 149 • DISEMBER 2009

35


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.