HURAIAN SUKATAN PELAJARAN SAINS SUKAN
TINGKATAN 5 OBJEKTIF AM Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 5, murid dapat: 1.
Mengelola pertandingan sukan dengan mengaplikas ikan pengetahuan pengurusan sukan;
2.
Memahami maksud sosiologi sukan serta dapat membincangkan isu-isu dalam sukan;
3.
Menerangkan fungsi sistem-sistem tubuh badan dalam pergerakan fizikal;
4.
Menghubungkaitkan kesan fisiologi semasa pergerakan fizikal;
5.
Menjelaskan kesan latihan terhadap fisiologi tubuh badan;
6.
Mengelolakan ujian kecergasan yang bersesuaian mengikut komponen tertentu;
7.
Menguruskan kecederaan sukan dalam situasi perlawanan;
8.
Merancang program latihan berdasarkan periodisasi latihan;
9.
Memahami konsep kemahiran motor dalam menguasai pembelajaran motor; dan
10.
Mengaplikasikan aspek biomekanik dalam pergerakan fizikal. 47