Haileybury Rendall School | International Boarding (Malaysian)

Page 1

ASRAMA ANTARABANGSA



SELAMAT DATANG Daripada Pengetua

Haileybury Rendall School sukacita menawarkan pengalaman pendidikan dan asrama bertaraf dunia kepada para pelajar antarabangsa Tahun 9 – 12.

Sebagai sekutu erat Haileybury Melbourne dan ahli keluarga Haileybury yang menyediakan khidmat pendidikan di seluruh Asia Tenggara, Haileybury Rendall School (HRS) memanfaatkan kejayaan Haileybury yang disanjung serta mewujudkan visi tersendiri untuk masa hadapan. Hubungan erat dengan Haileybury memberikan banyak peluang bagi komuniti HRS kami menyertai berbagai rupa aktiviti. Keputusan akademik yang hebat menjadi tunjang budaya kami, dan di peringkat negara, Haileybury tetap merupakan salah sebuah sekolah bebas terkemuka di Australia. Program HRS diteguhkan dengan komitmen kuat untuk membangunkan kemahiran hidup para pelajar, agar dapat hidup dan bekerja dengan jayanya apabila dewasa. Program Akademik dan Pastoral kami menawarkan kemahiran seperti daya tahan, kreativiti, komunikasi, kerjasama dan pemikiran kritikal. Kami mahu semua pelajar meninggalkan Sekolah siap sedia dan penuh semangat untuk menghadapi cabaran hari muka. Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke Australia dan ke komuniti HRS. Andrew McGregor Pengetua



PROGRAM SEKOLAH KAMI

Program HRS direka untuk memupuk jiwa pelajar yang berdaya tahan dan berdikari, berbekalkan kemahiran hidup yang teguh serta kesedaran tentang diri sendiri dan orang lain. MISI Misi kami adalah untuk memupuk jiwa pelajar berprestasi tinggi yang terhubung dengan seluruh dunia, antara satu sama lain dan dengan komuniti tempat mereka tinggal dan berkhidmat.

PELAJAR HAILEYBURY RENDALL SCHOOL Pelajar yang berdaya tahan dan berdikari Memenuhi potensi akademik. Menunjukkan kemahiran akademik utama. Siap sedia untuk mencintai pelajaran seumur hidup. Kemahiran hidup yang teguh, kesedaran tentang diri sendiri dan orang lain

Berkomunikasi dengan baik dengan semua khalayak Bercakap dan menulis dengan baik. Menggunakan teknologi baru dengan mahir dan yakin. Sedar akan kerumitan dunia moden. Menegakkan keadilan sosial

Seorang yang terpuji dan berintegriti. Memiliki kesedaran sosial dan warga yang baik. Kuat azam dan kuat hati. Berjiwa pemimpin.

Memahami pentingnya hidup dalam masyarakat yang saksama serta menyokong undang-undang dan hak asasi manusia.

Insan yang syumul

Pemimpin hari esok

Menikmati sukan dan menghargai kesejahteraan fizikal. Menghargai seni dan menikmati penyertaan.

Berkeyakinan, dapat menyesuaikan diri, peka dan tajam pengamatan. Kecekapan sosial yang teguh. Memiliki kesedaran budaya serta perspektif sedunia. Selesa dalam interaksi profesional mahupun sosial dengan orang lain.

Bermotivasi, positif, gembira, yakin diri Selesa dalam persekitaran berbilang budaya. Memikirkan masa hadapan dengan perspektif antarabangsa.



Di Sekolah inilah antara kenanganku yang paling indah.



MEMILIH Asrama HRS

Belajar di luar negara boleh menjadi pengalaman hidup yang paling kaya.

Asrama antarabangsa banyak kelebihannya dan HRS Boarding menyediakan program yang tiada tanding di Australia: • Kedudukan dekat dengan Asia • Pengalaman yang kaya di peringkat Wilayah dan Australia • Penerokaan dan pengembaraan • Menjalin persahabatan yang erat dan berkekalan • Pendidikan yang menyokong dan disanjung • Belajar Bahasa Inggeris dalam Program Bahasa Tambahan (EAL) • Budaya keputusan akademik yang hebat • Laluan menuju pelbagai universiti terkemuka di seluruh dunia.



PENGALAMAN ASRAMA

Terletak di Northern Territory yang mempesona, Haileybury Rendall School Darwin memberikan para pelajar pengalaman Australia yang benar-benar istimewa. KEMUDAHAN

KESEJAHTERAAN

Asrama Pelajar Senior, yang terletak di kawasan sekolah Haileybury Rendall School, menempatkan 60 orang pelajar di kediaman lelaki dan perempuan, dengan bilik seorang dan dua orang.

Ketua Asrama menyelia Program Asrama dan menjadi penghubung penting antara pelajar dengan kakitangan di seluruh sekolah.

Kediaman lelaki dan perempuan terhubung melalui ruang tamu umum bagi mengulang kaji dan berinteraksi sesama rakan asrama. Setiap bilik dilengkapi bilik mandi dan tandas, meja belajar, alat hawa dingin (pemanas udara tidak perlu dalam iklim Darwin) dan WiFi. Kafeteria dan dewan makan yang besar disediakan untuk semua pelajar, menawarkan menu antarabangsa sesuai untuk semua aturan pemakanan. Pelajar juga dapat menggunakan kemudahan sukan termasuk kolam renang, gelanggang bola keranjang dan padang rekreasi. Keselamatan pelajar sangat terpenting. Semua kemudahan asrama dilengkapi CCTV, pagar sekeliling, pintu pagar berkunci dan kakitangan asrama 24/7.

Penolong Pengetua – Penjagaan Pastoral bekerjasama dengan kakitangan asrama bagi membina dan melaksanakan program kesejahteraan holistik yang disesuaikan untuk keperluan setiap penghuni. Perkhidmatan Pelajar pula menyediakan klinik perubatan, perkhidmatan kaunseling dan pelbagai program untuk menyokong pelajar. Kami menegakkan Kewajipan Penjagaan yang tertinggi agar para penghuni sentiasa berasa selamat, bertempat dan disokong. Hal ini mewujudkan suasana hidup di rumah sendiri meskipun jauh di perantauan. Kami juga sedar bahawa suasana terbaik untuk remaja belajar adalah apabila sihat, bahagia dan terhubung erat dengan keluarga dan pegangan budaya mereka. Seorang Penyelaras Kegiatan Asrama menyiapkan program yang padat, merangkumi aktiviti petang, malam dan hujung minggu termasuk sukan tersusun, malam karaoke, pertukaran budaya, pembangunan kepimpinan, pungutan dana dan sumbangan masyarakat, seni, tarian, yoga muzik, seni pertahanan diri, permainan, trivia, tayangan filem dan banyak lagi.


Images left: Tourism NT/Shaana McNaught. Image right: Tourism NT/Backyard Bandits.


KEHIDUPAN DAN BELAJAR di Darwin

Dalam komuniti berbilang budaya beriklim tropika di Darwin, pelajar antarabangsa tidak akan kesunyian jauh dari rumah. TENTANG DARWIN

Wilayah beriklim tropika ini menikmati cuaca antara hangat dengan panas sepanjang tahun. Suhu purata 30 darjah. Hanya empat setengah jam penerbangan dari Singapura, Darwin menjadi gerbang Australia untuk Asia Tenggara.

Pelajar juga dapat menikmati beberapa pengalaman Australia yang paling indah dan unik betul-betul di kawasan sekeliling mereka. Hanya 60 minit dari Darwin, di Taman Negara Litchfield, anda dapat menjelajah air terjun tinggi diselimuti kabut serta rupa bumi yang menakjubkan. Bagi yang berjiwa kembara, hujung minggu dapat dinikmati dengan kegiatan lasak jauh di Kakadu, taman negara terbesar di Australia. Pelajar juga hanya perlu menaiki penerbangan singkat untuk melawat UIuru, mercu tanda alam yang paling ikonik dan suci di Australia.

PENGALAMAN YANG PATUT DINIKMATI

KEHIDUPAN SEKOLAH DI DARWIN

Tidak seperti lokasi asrama lain di Australia, Darwin dan sekitarnya menawarkan sesuatu yang berlainan dalam erti kata sebenar.

Pelajar HRS memanfaatkan kemudahan dan program pendidikan yang terbaik di Darwin. Sekolah ini mempunyai Program Akademik yang disanjung serta Program Pendidikan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, membuka laluan ke pelbagai universiti di Australia dan seluruh dunia.

Darwin merupakan ibu kota Northern Territory dan kampung halaman pemilik tanah tradisional di sini, iaitu masyarakat Larrakia. Kota Darwin mempunyai sekitar 148,000 penduduk dan komuniti berbilang budaya yang istimewa dan beragam.

Pelajar dapat menikmati pelbagai pengalaman kota Darwin yang meriah, seperti pasar malam dan hujung minggu, muzium dan galeri, belayar di pelabuhan, berkumpul dengan temanteman di Darwin Waterfront, menonton filem di pawagam terbuka atau membeli-belah.

Program Asrama menyediakan pendekatan persekolahan berstruktur dan seimbang untuk pelajar, termasuk waktu untuk kerja akademik, aktiviti kokurikulum dan masa lapang. Haileybury Rendall juga mempunyai hubungan erat dengan Haileybury Melbourne, memberi peluang untuk lawatan sambil belajar ke salah sebuah kota terbesar dan paling rancak di Australia.



Guru-guru sangat baik hati dan penyabar. Mereka selalu meluangkan masa untuk membantu saya. Mereka seperti sahabat bagi saya.



KURIKULUM

di Haileybury Rendall School Rangkaian mata pelajaran yang berbagai-bagai di HRS menawarkan sesuatu untuk setiap pelajar. Apabila memasuki Haileybury Rendall School pada Tahun 9, pelajar bermula dengan program Middle School yang mempersiapkan mereka untuk tamat persekolahan di Tahun 10 – 12. Kemuncaknya, pelajar menerima Australian Admissions Tertiary Ranking (ATAR) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai laluan ke pelbagai universiti di seluruh dunia. Gaya pengajaran dan pembelajaran Senior School menggalakkan pengurusan kendiri serta disiplin diri sendiri. Gaya pembelajaran individu juga ditingkatkan. Pelajar digalakkan berdikari dan berdaya tahan dalam berbagai-bagai mata pelajaran.

MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN • Perakaunan • Pengkomputeran Gunaan • Seni • Biologi • Pengurusan Perniagaan • Kimia • Bahasa Cina (Latar Belakang) • Bahasa, Budaya dan Masyarakat Cina • Bahasa Cina Bahasa Kedua • Perdagangan • Drama • Bahasa Inggeris • Matematik Lanjutan • Geografi • Matematik Am (Lanjutan)

• Kesihatan dan Pembangunan Manusia • Sejarah: Abad Ke-20 • Sejarah: Revolusi • Bahasa Indonesia • Pengajian Undang-Undang • Kaedah Matematik • Matematik • Media • Persembahan Muzik • Kajian Luar dan Alam Sekitar • Pendidikan Jasmani • Fizik • Psikologi • Sains • Sosiologi • Pembangunan Perisian • Bahasa Sepanyol • Matematik Pengkhususan • Seni Studio Kurikulum HRS menjangkau ke luar kelas dan mendorong pelajar supaya menyertai aktiviti kokurikulum seperti sukan, kelab, inisiatif keadilan sosial, program kepimpinan dan pengalaman budaya tempatan. Peluang ini memberi pelajar antarabangsa kerangka akademik yang teguh dalam persekitaran yang padat dengan nilai sosial dan budaya untuk mereka meningkat matang.



KEHIDUPAN ASRAMA di Haileybury Rendall School

Pendekatan yang sangat tersusun merupakan bahagian penting dalam pengalaman asrama di Haileybury Rendall School. Berikut dibentangkan jadual pertengahan minggu yang biasa, dengan kelonggaran diberikan pada hujung minggu.

6.45 – 8.35 pagi

12.30 tengah hari – 1.10 petang

6.25 – 6.30 petang

RUTIN PAGI

MAKAN TENGAH HARI

MESYUARAT ASRAMA

Bangun jam 6.45 pagi lalu bersiap untuk hari persekolahan. Setelah selesai tugas-tugas pagi, sarapan di Dewan Makan dalam perjalanan ke kelas pagi.

Pelbagai pilihan makan tengah hari disajikan untuk semua pelajar asrama di Dewan Makan. Seperti rehat pagi, sajian makanan pelajar termasuk dalam Program Makan Asrama.

Ketua Asrama Senior dan para pelajar mengadakan mesyuarat petang setiap hari bagi membincangkan apa yang berlaku hari itu dan merancangkan aktiviti hari berikutnya.

1.10 – 2.50 petang

6.30 petang – 8.00 malam

8.35 – 10.25 pagi KELAS PAGI Awal pagi pada kebanyakan hari dimulai dengan kelas Kumpulan Tutor, sebelum pelajar mengikuti kelas pagi. 10.25 – 10.50 pagi

KELAS PETANG

WAKTU KERJA RUMAH

Pelajar menghadiri dua tempoh terakhir setiap hari sebelum bersiap untuk kembali ke Asrama Senior.

Pelajar disediakan waktu untuk kerja rumah. Sepanjang minggu, pada waktu itu, kakitangan HRS serta tutor kediaman sedia memberikan sokongan tambahan.

REHAT PAGI

3.00 – 5.30 petang

Kudapan ringan dengan berbagai-bagai snek disajikan di Dewan Makan, yang merupakan sebahagian daripada Program Makan Asrama.

AKTIVITI PETANG Sejumlah aktiviti petang disediakan untuk pelajar asrama melalui pelbagai Program HRS.

10.50 pagi – 12.30 tengah hari

MAKAN MALAM

KELAS TENGAH HARI

Makan malam adalah masa yang penting bagi pelajar asrama dan makan malam khas sering dirancangkan sepanjang tahun. Kakitangan HRS kerap diundang untuk menikmati makan malam bersama penghuni asrama, sebagai peluang lanjut untuk membina kepercayaan dan saling hormat.

Pelajar menghadiri dua tempoh kelas tengah hari.

5.30 – 6.15 petang

8.30 – 9.00 malam KUDAPAN LEWAT MALAM Kudapan lewat malam disediakan untuk pelajar di Asrama Senior sebelum mereka mula bersiap untuk tidur. 10.30 malam WAKTU TIDUR Semua pelajar Asrama dikehendaki masuk tidur pada jam 10.30 malam supaya cukup berehat keesokan harinya.



KEJAYAAN AKADEMIK

Bagi pelajar Haileybury Rendall School, dunia yang penuh peluang terbentang di hadapan mereka. Dalam proses pendaftaran, kami bekerjasama dengan sebuah Agensi Pengujian Akademik yang akan menilai kebolehan anak anda di negara anda, untuk kami lebih memahami potensi dan keperluan akademiknya. Dengan ini kami dapat memberikan pelajar permulaan terbaik di Sekolah. Setiap kumpulan umur yang lulus daripada HRS mencapai hasil VCE yang luar biasa serta Australian Tertiary Admission Ranking (ATAR) yang tinggi. Keputusan tahun 2020: • 38% pelajar mencapai ATAR 90 ke atas, dalam kelompok 10% terbaik di Australia. • 33.3% pelajar mencapai ATAR 95 ke atas, dalam kelompok 5% terbaik di Australia. Dengan mencapai ATAR, pelajar berada di laluan yang tepat menuju beberapa universiti dan kolej paling terkemuka di seluruh dunia.

Ramai pelajar Haileybury dari seluruh Australia melanjutkan pelajaran di dalam negari, misalnya di Universiti Melbourne, Universiti Monash, Universiti Sydney dan Universiti Nasional Australia. Kursus paling popular di kalangan lulusan Haileybury termasuk Perubatan, Sains, Undang-undang, Perdagangan dan Perniagaan.


BEIJING

HONG KONG HANOI

JANGKA MASA PERJALANAN • Beijing – 8 jam

• Hong Kong – 6 jam • Hanoi – 6 jam • Bangkok – 6 jam

BANGKOK

• Phnom Penh – 5.5 jam • Singapura – 4.5 jam

PHNOM PENH

• Jakarta – 4 jam

SINGAPURA

JAKARTA

DARWIN

BRISBANE PERTH

SYDNEY MELBOURNE


HUBUNGI KAMI Hubungi kami hari ini bagi mengenali lebih lanjut Asrama Antarabangsa Haileybury Rendall School.

PEJABAT KEMASUKAN +61 8 8922 1611 haileyburyrendall@hrs.edu.au

LAMAN SESAWANG www.haileyburyrendall.com.au

ALAMAT 6057 Berrimah Road Berrimah Northern Territory 0828 Australia

ALAMAT POS PO Box 241 Berrimah Northern Territory 0828 Australia ABN 84 325 837 304 CRICOS 0097ID



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.