![](https://assets.isu.pub/document-structure/200205070256-b14e81be1518492ff63ff4da1633debd/v1/58a18785ff96ac009d9a3be9e5d523f6.jpg?width=720&quality=85%2C50)
1 minute read
pokjak dengan rodat
POK JAK DENGAN RODAT POK JAK
![](https://assets.isu.pub/document-structure/200205070256-b14e81be1518492ff63ff4da1633debd/v1/52936e768e90ebf81146e575ef7c7202.jpg?width=720&quality=85%2C50)
Advertisement
Persembahan Rodat merupakan satu bentuk persembahan kesenian yang popular di Negeri Terengganu. Menurut Kamus Dewan, Rodat membawa maksud seni nyanyian Arab yang dialunkan dengan iringan paluan rebana tar. Dalam pengertian bahasa Arab pula, perkataan Rodat membawa maksud berulang-alik, bersahut-sahutan, bersatu kembali atau berbalas-balas.
Rodat biasanya dipersembahkan dalam majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan, sambut menantu, berkhatam, bertindik, sambutan tahun baru serta pesta dan majlis yang lain. Persembahan yang ditampilkan merupakan gabungan antara satu bentuk tarian, nyanyian serta paluan alat muzik yang unit, dipanggil rebana tar atau tar Rodat yang melibatkan 25 orang peserta.
Perkara yang lebih menarik berkaitan seni tradisional Rodat ini ialah keunikannya dalam persembahan dan mesej yang ingin disampaikan serta diperkuatkan lagi dengan seni yang berunsurkan Islam. Seni tradisional ini juga sangat dihormati kerana merakamkan pujian kepada Tuhan serta sejarah hidup para Rasul.
Abdul Razak bin Senik atau lebih dikenali sebagai Pok Jak berasal dari Kampung Surau Panjang, Kuala Terengganu merupakan antara tokoh kesenian rodat yang masih gigih memperjuangkan kesenian ini melalui Kumpulan Seri Terengganu Surau Panjang. Beliau mula bermain rodat ketika berusia 14 tahun iaitu 54 tahun yang lepas melalui arwah Pok Cik Min. Pok Jak merupakan anak tunggal, sudah berkahwin dan memiliki 4 cahaya mata. Seorang bapa tunggal kerana isteri beliau sudah kembali kepada ALLAH SWT pada empat (4) tahun lepas.
Beliau yang kini berusia 68 tahun pada 23 September 1951, telah dianugerahkan Warisan Kebangsaan Orang Hidup pada 17 Oktober 2018 oleh YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
Peringkat Negeri, beliau penerima Anugerah Seni Terengganu 2005 anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dalam kategori Karyawan Seni (Muzik) yang diadakan pada 24 Februari 2006 bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.