2 minute read
kebaya perlis
PAKAIAN TRADISIONAL WANITA DARI INDERA KAYANGAN
Baju Kebaya Perlis merupakan baju yang menjadi warisan budaya masyarakat Melayu Perlis sebelum tahun 1930-an lagi. Kebiasaannya pada zaman dahulu, Kebaya Perlis dipakai oleh golongan istana dan bangsawan di majlis-majlis keraian seperti kenduri. Baju Kebaya Perlis mula dipakai oleh masyarakat Melayu di Negeri Perlis sebelum kedatangan Jepun dan menjadi sangat masyhur pada zaman pemerintahan Raja Syed Alwi lagi iaitu Raja Perlis yang ke-4 (1904-1943). PENGENALAN
Advertisement
Baju Kebaya Perlis dari pandangan hadapan, menyerupai bentuk baju kebaya dan jika dilihat dari pandangan belakang pula, ia kelihatan seperti baju kebaya yang mempunyai kekek dan tidak bertulang di atas bahu sama seperti baju kurung. Ukuran Kebaya Perlis diambil di bahagian-bahagian tertentu seperti bahu, pinggang, punggung, labuh baju, keliling ketiak, labuh tangan dan pergelangan tangan. Cara pengukuran baju Kebaya Perlis tradisional dan Kebaya Perlis moden adalah berbeza tetapi masih memperlihatkan hasil dan bentuk yang agak serupa. BENTUK POTONGAN KEBAYA PERLIS
Cantuman tengkuk belakang sebelum dikelepet
Kekek yang telah dilipat dan dijahit pada lengan baju
Tiada cantuman di bahagian bahu Cantuman tengkuk belakang selepas dikelepet
Kekek yang belum dilipat
Kelepet dibahagian tengah baju
AKSESORI KEBAYA PERLIS Baju Kebaya Perlis turut disematkan dengan penggunaan kerongsang sebagai hiasan di bahagian lipatan hadapan baju, untuk menambahkan lagi seri si pemakai. Kerongsang tersebut diselitkan secara menyerong. Terdapat dua versi cara pemakaian Baju Kebaya Perlis iaitu baju yang mempunyai lipatan di hadapan dan hiasan kerongsangnya diletakkan di atas lipatan tersebut. Bagi baju yang tidak mempunyai lipatan hadapan tetapi hanya ditindankan terus lipatan tersebut, hiasan kerongsang akan diletakkan secara menyerong di atasnya.
Terdapat pelbagai jenis kain yang menjadi pilihan untuk menghasilkan Kebaya Perlis. Dahulu, Kebaya Perlis diperbuat daripada kain kapas ataupun Kasarubia. Material kain Kasarubia dahulu amat berbeza dengan kain yang terdapat di pasaran pada masa kini. Penghasilan Kebaya Perlis memerlukan material kain yang lembut supaya si pemakainya akan merasa bahawa kebaya yang dipakainya itu, selesa dan kelihatan ‘terletak’ di atas badan. FABRIK KEBAYA PERLIS
Susun atur pola-pola bagi fabrik bidang 114 sm anggaran 2.25. (Merupakan potongan tradisional)
Identiti Kebaya Perlis kini semakin dilupakan rentetan daripada kemunculan arus permodenan. Usaha untuk mengetengahkan dan mempopularkan kembali identiti keunikan baju tradisional negeri Perlis, masih dijalankan oleh Jabatan KEMAS Negeri, Institusi Pengajian Tinggi dan orang-orang perseorangan yang berminat. KESIMPULAN