CITRA BUDAYA JKKN BIL. 2/2019 - PERCUMA

Page 14

PN. JULINA BINTI REDZUAN (MENTOR) NOOR AZMIERA BINTI ABDULLAH NOR ASMIDAR BINTI SOBRI

PAKAIAN TRADISIONAL WANITA DARI INDERA KAYANGAN

PENGENALAN

Baju Kebaya Perlis merupakan baju yang menjadi warisan budaya masyarakat Melayu Perlis sebelum tahun 1930-an lagi. Kebiasaannya pada zaman dahulu, Kebaya Perlis dipakai oleh golongan istana dan bangsawan di majlis-majlis keraian seperti kenduri. Baju Kebaya Perlis mula dipakai oleh masyarakat Melayu di Negeri Perlis sebelum kedatangan Jepun dan menjadi sangat masyhur pada zaman pemerintahan Raja Syed Alwi lagi iaitu Raja Perlis yang ke-4 (1904-1943).

BENTUK POTONGAN KEBAYA PERLIS Baju Kebaya Perlis dari pandangan hadapan, menyerupai bentuk baju kebaya dan jika dilihat dari pandangan belakang pula, ia kelihatan seperti baju kebaya yang mempunyai kekek dan tidak bertulang di atas bahu sama seperti baju kurung. Ukuran Kebaya Perlis diambil di bahagian-bahagian tertentu seperti bahu, pinggang, punggung, labuh baju, keliling ketiak, labuh tangan dan pergelangan tangan. Cara pengukuran baju Kebaya Perlis tradisional dan Kebaya Perlis moden adalah berbeza tetapi masih memperlihatkan hasil dan bentuk yang agak serupa.

13

CITRA BUDAYA 2/2019

Cantuman tengkuk belakang sebelum dikelepet

Cantuman tengkuk belakang selepas dikelepet

Kekek yang belum dilipat

Kekek yang telah dilipat dan dijahit pada lengan baju

Tiada cantuman di bahagian bahu

Kelepet dibahagian tengah baju


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.