2 minute read
sedapnya laksa kuala perlis
Negeri Perlis mempunyai makanan tradisinya yang tersendiri. Laksa Kuala Perlis sangat enak dan mempunyai aroma yang pasti memikat hati. Berikut merupakan resepi yang boleh digunapakai dalam penyediaan Laksa Kuala Perlis.
BAHAN-BAHAN YANG PERLUKAN
Advertisement
Laksa: •Tepung Beras 2 kilogram •Tepung Ubi 1 kilogram •Air secukupnya (1 paint)
Kuah Laksa: •Ikan Kembung / Ikan Selayang 20 Kilogram •Cili kering ½ kilogram •Bawang besar/ bawang merah 3 kilogram •Bawang putih 300 gram •Asam gelugur ½ kilogram •Belacan ½ ketul •Daun cenehom 300 gram •Bunga kantan 4 kuntum
Campurkan 2 kilogram tepung beras, 1 kilogram tepung ubi beserta satu liter air. Gaulkan semua bahan dan uli sehingga adunan tersebut sebati. Tambah air ke dalam periuk sehingga ia mendidih dan masukkan tepung yang telah diuli ke dalam mesin atau acuan laksa. Tekan isi laksa tersebut ke dalam air yang telah didihkan. Untuk memastikan laksa bertahan lebih lama, air rebusan perlulah betul-betul mendidih. Rebus selama 15 minit dan kemudian laksa tersebut perlulah ditoskan serta dibasuh menggunakan air sejuk. Laksa perlu dicap supaya ia tidak melekat dan mudah diambil apabila hendak dimakan. 1. 2. 3. 4. 5. LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN LAKSA:
Rebus ikan bersama garam, asam keping (asam gelugur) serta sedikit cili kering. Cili kering bertujuan untuk menambahkan sedikit rasa pedas rebusan ikan tersebut. Asingkan isi ikan daripada tulangnya dan kisar bersama air rebusan ikan tadi. Selepas itu, tulang-tulang ikan yang telah direbus tadi juga akan turut dikisar untuk mendapatkan patinya. Seterusnya kisar cili kering, bawang merah atau bawang besar, bawang putih dan belacan sehingga halus. Masukkan semua bahan yang dikisar ke dalam periuk dan didihkannya dengan api yang sederhana. Masukkan air sekiranya kuah menjadi terlalu pekat dan masukkan asam keping. Masukkan bunga kantan dan daun cenohom bagi menambahkan lagi aroma kelazatan kuah laksa. Tunggu sehingga mendidih. Kuah laksa akan bertahan sehingga beberapa hari sekiranya ia dimasak dengan teliti. 1. 2. 3. 4. 5. 6.
ULAM LAKSA :
Semasa menghidangkan laksa, ulam seperti timun, daun selom, bawang besar, cabai Melaka serta telur rebus boleh dihidangkan bersama untuk menaikkan lagi selera mereka yang mengemari laksa ini. Terdapat juga individu yang turut memasukkan kicap atau pulut udang ke dalam laksa sesuai dengan cita rasa masing-masing.