4 minute read

tradisi lisan : perantara masyarakat

Next Article
sudut puisi

sudut puisi

Perantara Masyarakat Tradisi Lisan:

Tradisi lisan merupakan satu kaedah untuk berkomunikasi dengan masyarakat pada zaman dahulu bagi menyampaikan sesuatu mesej dan ia juga merupakan salah satu warisan tidak ketara yang terletak di bawah kategori bahasa dan persuratan, iaitu sesuatu yang boleh dilihat dengan mata kasar, disentuh, dirasai dan diamalkan oleh seseorang. Pesan atau amanat itu disampaikan dalam bentuk ucapan, pidato, nyanyian dan ungkapan yang terdapat dalam bentuk pantun, cerita rakyat, nasihat, balada, lagu atau peribahasa. Melalui cara ini suatu masyarakat dapat menyampaikan sejarah lisan dan pengetahuan lain kepada generasi bawahan sebagai penerusnya tanpa melibatkan bahasa tulisan. Richard M. Darson (1973) menyebut tradisi lisan (oral tradition) sebagai folk literature (kesusasteraan rakyat). Tradisi lisan juga turut dikatakan sebagai kaedah komunikasi yang digunapakai secara turun-temurun dari satu generasi kepada satu generasi yang lain. Kebiasaannya tradisi lisan disampaikan dalam bentuk perceritaan, syair, pidato, peribahasa dan lain-lain. Komunikasi atau interaksi yang dilakukan seringkali berkait rapat dengan alam sekeliling. Hal ini akan menyebabkan masyarakat mencari satu kaedah atau cara yang paling berkesan untuk berinteraksi antara mereka secara kreatif. Seperti yang kita ketahui, masyarakat Melayu dikenali sebagai masyarakat yang baik budi pekertinya dan bersopan-santun, justeru, tradisi lisan inilah yang digunakan sebagai salah satu cara untuk menegur orang sekeliling dengan baik tanpa menggunakan perkataan yang kasar serta perkataan yang boleh menguris hati orang yang mendengarnya. Antara tradisi lisan yang masih kekal sehingga kini ialah Wayang Kulit. Wayang kulit merupakan salah satu contoh tradisi lisan yang digunakan dalam menyampaikan sesuatu pengajaran dan pedoman. Wayang Kulit akan dimainkan oleh narator atau dikenali sebagai “dalang”, berserta dengan iringan muzik paluan atau gamelan. Dalang akan memasukkan lawak jenaka dalam setiap persembahan wayang kulit yang dipersembahkan tetapi secara tidak langsung kata nasihat akan diselitkan bersama. ia dikenali sebagai tradisi lisan kerana segala pengajaran disampaikan secara lisan dan penceritaan kepada penonton. Misalnya, Wayang Kulit akan dipersembahkan kepada khalayak ramai dan ada kalanya ia banyak menceritakan mengenai raja dan rakyat, di mana perbezaan antara golongan pemerintah dan golongan yang d i p e r i n t a h a k a n Tradisi lisan merupakan satu kaedah untuk berkomunikasi dengan masyarakat pada zaman dahulu bagi menyampaikan sesuatu mesej dan ia juga merupakan salah satu warisan tidak ketara yang terletak di bawah kategori bahasa dan persuratan, iaitu sesuatu yang boleh dilihat dengan mata kasar, disentuh, dirasai dan diamalkan oleh seseorang. Pesan atau amanat itu disampaikan dalam bentuk ucapan, pidato, nyanyian dan ungkapan yang terdapat dalam bentuk pantun, cerita rakyat, nasihat, balada, lagu atau peribahasa. Melalui cara ini suatu masyarakat dapat menyampaikan sejarah lisan dan pengetahuan lain kepada generasi bawahan sebagai penerusnya tanpa melibatkan bahasa tulisan. Richard M. Darson (1973) menyebut tradisi lisan (oral tradition) sebagai folk literature (kesusasteraan rakyat). Tradisi lisan juga turut dikatakan sebagai kaedah komunikasi yang digunapakai secara turun-temurun dari satu generasi kepada satu generasi yang lain. Kebiasaannya tradisi lisan disampaikan dalam bentuk perceritaan, syair, pidato, peribahasa dan lain-lain. Komunikasi atau interaksi yang dilakukan seringkali berkait rapat dengan alam sekeliling. Hal ini akan menyebabkan masyarakat mencari satu kaedah atau cara yang paling berkesan untuk berinteraksi antara mereka secara kreatif. Seperti yang kita ketahui, masyarakat Melayu dikenali sebagai masyarakat yang baik budi pekertinya dan bersopan-santun, justeru, tradisi lisan inilah yang digunakan sebagai salah satu cara untuk menegur orang sekeliling dengan baik tanpa menggunakan perkataan yang kasar serta perkataan yang boleh menguris hati orang yang mendengarnya. Antara tradisi lisan yang masih kekal sehingga kini ialah Wayang Kulit. Wayang kulit merupakan salah satu contoh tradisi lisan yang digunakan dalam menyampaikan sesuatu pengajaran dan pedoman. Wayang Kulit akan dimainkan oleh narator atau dikenali sebagai “dalang”, berserta dengan iringan muzik paluan atau gamelan. Dalang akan memasukkan lawak jenaka dalam setiap persembahan wayang kulit yang dipersembahkan tetapi secara tidak langsung kata nasihat akan diselitkan bersama. ia dikenali sebagai tradisi lisan kerana segala pengajaran disampaikan secara lisan dan penceritaan kepada penonton. Misalnya, Wayang Kulit akan dipersembahkan kepada khalayak ramai dan ada kalanya ia banyak menceritakan mengenai raja dan rakyat, di mana perbezaan antara golongan pemerintah dan golongan yang d i p e r i n t a h a k a n

Advertisement

dijelaskan secara tidak langsung supaya penonton dapat memahami kedudukan antara dua golongan ini, di samping menerapkan sikap menghormati terhadap pemerintah.

Selain itu, gurindam juga merupakan salah satu tradisi lisan yang bertujuan untuk mengingatkan manusia mengenai kehidupan. Sebagai contoh, gurindam yang sering kita dengar ialah gurindam dua belas.

Dengan bapa jangan derhaka, Supaya Allah tidak murka, Dengan ibu hendaklah hormat, Supaya badan dapat selamat

Bait-bait di atas merupakan pasal ke-10 dalam Gurindam Dua Belas. Secara tidak langsung dapat dirumuskan bahawa ia menasihati semua pendengar supaya menghormati ibu bapa dan tidak menderhaka kepada mereka. Nasihat yang diberikan adalah melalui gurindam, supaya ia lebih dekat dengan hati pendengar dan dapat disemai dalam jiwa. Oleh itu, jelaslah bahawa tradisi lisan sememangnya digunakan sebagai satu kaedah dalam penyampaian maklumat secara langsung mahupun tidak langsung, dan ia kekal dari satu generasi ke generasi lain.

Selain daripada menjadi medium perantara yang penting dalam kalangan masyarakat, tradisi lisan juga mempunyai kepentingannya yang tertentu. Bahkan, ia kekal sehingga kini kerana masih terdapat individu yang berusaha untuk memeliharanya. Kepentingan tradisi lisan inilah yang menjadikannya sebagai satu pilihan dalam memberi nasihat, pantang larang dan menghiburkan hati yang duka. Berikut merupakan kepentingan tradisi lisan dalam kalangan masyarakat:

Tradisi lisan dapat mendidik dan memberi pengajaran yang baik kepada pembaca Ia sebagai satu sumber penting untuk membentuk satu nilai yang baik dalam kalangan masyarakat khususnya kanak-kanak. Tradisi lisan dapat membantu menghubungkan masa kini dengan masa lalu kerana ia mampu untuk memberikan gambaran yang tertentu. Tradisi lisan penting sebagai salah satu sumber dalam usaha dalam usaha untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu peristiwa.

This article is from: